koleksi kamus 1

Click here to load reader

Post on 17-Sep-2015

78 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kamus

TRANSCRIPT

KAMUS PERIBAHASA & SIMPULAN BAHASA

KAMUS PERIBAHASA & SIMPULAN BAHASA

KATA PENGHANTARDengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, segala puji hanyalah untuk Allah yang maha pemurah. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw . Dengan hidayah dan kekuatan serta nikmat umur dan iman yang dikurniakan oleh Allah keatas diri saya, dapatlah saya menyusun sebuah buku yang dapat mengekalkan khazanah bangsa Melayu turun- temurun untuk rujukan dan panduan pembaca khususnya para pelajar di peringkat sekolah rendah. Buku Peribahasa dan Simpula Bahasa ini sesuai digunakan untuk rujukan para pelajar sekolah rendah kebangsaan dan jenis kebangsaan di Malaysia. Buku ini disajikan sedemikian rupa untuk tatapan para pelajar serta pembaca lain agar mendapat manafaat . Terima kasih kepada isteri dan anak-anak yang memberi dorongan serta kerjasama semasa saya dalam proses menyusun dan menyiapkan buku ini. Pengorbanan kalian amat saya sanjung dan hargai. Kepada rakan dan pensyarah pengajian saya , ribuan penghargaan saya ucapkan . Melalui percambahan idea , tunjuk ajar dan semangat bersama segala masalah dapat dikongsi dan diselesaikan bersama.Tenang-tenang air di laut,Sampan kolek mudik ke tanjung,Hati terkenang mulut menyebut,Budi baik rasa nak junjung.

PERIBAHASA

Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa Dan MaksudBeberapa contoh Peribahasa :1. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di airMaksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.Contoh ayat : Cita-cita Rahman untuk memiliki perniagaan sendiri akhirnya tercapai ibarat .

2. Yang lama dikelek, yang baharu didukungMaksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baru.Contoh ayat : Penduduk kampung berpegang prinsip walaupun kehidupan mereka kini lebih moden.

3. Seperti lembu dicucuk hidungMaksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orangContoh ayat : Azli sentiasa mengikut kehendak adiknya , sudah menjadi seperti.

4. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panasMaksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.Contoh ayat : Lagu-lagu ciptaan P.Ramlee terus diminati sehingga kini kerana lagunya 5. Bagai kaca terhempas ke batuMaksud : Sangat sedih atau kecewa.Contoh ayat : Hati Mak Uteh bagai .. apabila anak-anaknya berkelahi kerana berebut harta pusaka arwah suaminya.

6. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatMaksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.Contoh ayat : Kemajuan dan keharmonian rakyat dapat dikecapi hasil kesepakatan semua penduduk seperti kata pepatah.

7. Bagai Aur Dengan TebingMaksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.Contoh ayat : Pemimpin dan rakyat perlu membantu jika ingin mahu hidup dalam kemajuan dan kesejahteraan.

8. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjingMaksud : mengalami susah senang bersama-sama.Contoh ayat : Sesuatu kerja yang berat atau susah boleh diselesaikan dengan mudah jika bekerjasama kerana

9. Bara yang digenggam biar sampai jadi arangMaksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan. Contoh ayat : Kejayaan Encik Badrul mengusahakan ladang buah tembikai adalah disebabkan pegangan prinsipinya .

10. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiriMaksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.Contoh ayat : Setelah 20 tahun Encik Lim bekerja dan tinggal menetap di Australia akhirnya dia kembali untuk tinggal terus di negara ini kerana baginya .

11. Melentur buluh biarlah dari rebungnyaMaksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.Contoh ayat : Semejak kecil Puan Sarah telah mendidik anaknya bagaimana menjadi usahawan batik yang Berjaya kerana baginya . 12. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggiMaksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adatContoh ayat : Perkahwinan anak Datuk Rahim dan Datuk Salih itu memang sesuai kerana taraf mereka seumpama13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjingMaksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.Contoh ayat : Jambatan di Kampung Ulu yang runtuh itu berjaya dibaiki dalam masa sehari sahaja oleh orang ramai kerana .. 14. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantaiMaksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susahContoh ayat : Ayah mengingatkan kamu supaya berfikir betul-betul kerana .. nasihat Encik Badrul kepada anaknya yang mahu menjadi pelakon.15. Indah khabar daripada rupaMaksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.Contoh ayat : Mak Tijah berasa tertipu kerana barangan elektrik yang dipesannya . dari segi kualiti dan rupanya.

16. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecahMaksud : Pengagihan yang sama banyak.Contoh ayat : Hadiah wang tunai atas kemenangan pasukan Futsal itu dibahagi dengan adil oleh pengurus pasukan umpama .

17. Bukit sama didaki, lurah sama dituruniMaksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.Contoh ayat : Jamal dan Daud sudah lama berkawan dan sama-sama pernah hidup susah , hubungan mereka seperti.

18. Kacang lupakan kulitMaksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.Contoh ayat : Zamani bersikap kerana tidak mahu dan malu untuk mengaku Wak Leman itu ayahnya semenjak bergelar Datuk Seri . 19. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungMaksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.Contoh ayat : Encik William baharu sahaja tinggal di Malaysia, tetapi dia tidaklah berasa kekok untuk mengikuti kehidupan di sini kerana baginya .

20. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguakMaksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.Contoh ayat : Fatimah cepat menyesuaikan dirinya ketika mula-mula tinggal di kampung pendalaman itu kerana sikapnya.

21. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuaMaksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnyaContoh ayat : Pergaduhan pemain pertahanan itu dengan penyerang pihak lawan menyebabkan pasukan bolasepak Pahang di denda ibarat.. 22. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyaMaksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payahContoh ayat : Guru Besar mengingatkan para pelajar tentang sikap .untuk Berjaya.

23. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudianMaksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.Contoh ayat : Biarlah kita bertungkus-lumus seumpama .. asalkan kita akan mendapat kesenangan kelak.

24. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayangMaksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usahaContoh ayat : Puan Ainon memarahi anak sulungnya kerana baginya jika anaknya terus bermalas-malasan.25. Bagai ikan pulang ke lubukMaksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.Contoh ayat : Dua puluh tahun Encik Manan merantau kerana bekerja kini dia akan terus tinggal dikampungnya , kembalinya

26. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukitMaksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.Contoh ayat : Berkat jimat dan cermat .. menjadi kunci kemewahan keluarga Pak Samad.

27. Bak cendawan tumbuh selepas hujanMaksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.Contoh ayat : Apabila tiba bulan Ramadan banyak gerai-gerai menjual juadah berbuka di pekan itu

28. Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciranMaksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.Contoh ayat : Sikap tamak boleh menyebabkan apa ..

29. Biar mati anak, jangan mati adatMaksud : orang yang kuat perpegang pada adat.Contoh ayat : Tok Aki tetap mahu anaknya berkahwin dengan mengikut adat nenek moyangnya kerana baginya 30. Sediakan payung sebelum hujanMaksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.Contoh ayat : Penduduk kampung itu sudah bersedia untuk berpindah jika hujan turun lebat tanpa henti ibarat ..

31. Intan dikalungkan di leher anjing.Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya.Contoh ayat : Encik Din kerap menasihati rakanya berhenti berjudi tetapi tidak dipedulikan bagai 32. Alah sabung, menang sorak. Ertinya:~ Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya.Contoh ayat : Salleh tetap tidak mahu mengalah walaupun pendapatnya ditolak dalam mesyuarat itu seperti.

33. Anjing menyalak bukit, takkan runtuh. Ertinya:~ Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.Contoh ayat : Johari sering membantu orang suusah namun diejek dan dicaci oleh budak-budak nakal dikampungnya namun baginya ..

34. Seperti kaca terhempas ke batu. Ertinya:~ Hati yang hancur kerana dukacita.Contoh ayat : Perasaan Puan Nasuha . apabila anak lelakinya didapati bersalah kerana mengedar dadah.

35. Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu. Ertinya:~ Bertanya sesuatu yang sudah diketahui.Contoh ayat : Hisyam bersikap kerana sengaja bertanya ayahnya tentang isi surat daripada abangnya, sedangkan dia telah membacanya.

36. Kerana mulut badan binasa. Ertinya:~ Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.Contoh ayat : Perselisihan Hindon dengan Azlia berpunca dari kata mengata antara mereka .

37. Air mata jatuh ke dalam. Ertinya:~ Berdukacita dengan diam-diam.Con