koleksi manuskrip di universiti brunei · pdf filefalambani daripada kitab lubab ihya...
Post on 24-May-2018
232 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
1
KOLEKSI MANUSKRIP DI UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM : KITAB SEGALA UBAT1
Prof. Madya Ampuan Dr Haji Brahim Akademi Pengajian Brunei
Universiti Brunei Darussalam.
Pada seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu anjuran Perpustaan Negara Malaysia
pada 10-11 Julai 2006 yang lalu, saya telah pun membentangkan kertas kerja bertajuk
Penyelenggaraan & Penelitian Manuskrip Melayu Dalam Bidang Kesusasteraan Di Brunei
Darussalam. Dalam kertas kerja tersebut saya telah pun membincangkan masalah
penyelenggaraan dan penelitian teks Di Brunei Darussalam yang kurang dilakukan secara
filologi oleh para pengkaji atau pelajar universiti dalam dan luar negeri. Saya telah
menyenaraikan beberapa judul manuskrip dalam bidang Kesusasteraan Melayu di Dewan
Bahasa dan Pustaka Brunei, Arkib Negara Brunei dan Pusat Sejarah Brunei. Selain daripada
ketiga-tiga institusi penyimpanan manuskrip ini ada lagi dua institusi di Brunei yang aktif
mencari dan menyimpan manuskrip-manuskrip Melayu lama iaitu Universiti Brunei
Darussalam dan Jabatan Mufti Negara Brunei Darussalam. Dalam kertas kerja kali ini, saya
akan membicarakan serba sedikit koleksi manuskrip di Perpustakaan Universiti Brunei
Darussalam (UBD) dan kemudian akan memfokuskan perbincangan kepada salah sebuah
manuskrip yang terdapat dalam koleksi UBD iaitu Kitab Segala Ubat.
Perpustakaan UBD telah wujud bersama-sama dengan penubuhan Universiti Brunei
Darussalam pada 28 Oktober 1985. Malah Perpusataan UBD telah wujud lama sebelum
UBD itu sendiri ditubuhkan kerana perpusatakaan UBD asalnya adalah perpustakaan Institut
Pendidikan Hassanal Bolkiah yang telah diserapkan ke dalam Fakulti Pendidikan UBD.
Setelah UBD berpindah ke bangunan baru, perpustakaan UBD mempunyai bangunan yang
lebih besar dari sebelumnya dengan koleksi buku-buku yang bertambah banyak. Salah satu
bahagian dalam perpusatakaan UBD yang ada hubungannya dengan kertas kerja ini ialah
bahagian koleksi manuskrip Melayu.
Perpustakaan UBD telah mula mengumpul bahan-bahan manuskrip sejak UBD mula
di tubuhkan lagi, dengan tujuan bagi menyediakan sumber dan bahan kajian kepada pelajar-
1Kertaskerja Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu. Anjuran Perpustakaan Negara Malaysia,
6-7 Mei 2014, Seri Pacific Hotel, Jalan Putra 50350 Kuala Lumpur.
Hakcipta Terpelihara 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
2
pelajar UBD dan juga pengkaji-pengkaji dalam dan luar UBD. Perpustakaan UBD
mendapatkan manuskrip-manuskrip Melayu ini biasanya melalui pembelian manuskrip
daripada orang awam atau institusiinstitusi yang mempunyai koleksi manuskrip. Manuskrip
Melayu disini diertikan sebagai naskhah lama tulisan tangan yang dianggap sebagai
khazanah warisan bangsa Melayu. Perpustakaan UBD telah diberikan peruntukan setiap
tahun oleh kerajaan untuk membeli atau menyalin manuskrip-manuskrip lama yang dinilai
bermutu tinggi dan berguna untuk rujukan penelitian berbagai displin ilmu seperti ilmu
agama, sejarah, budaya, bahasa, sastera, seni dan sebagainya.
Terdapat kira-kira dua ratus lebih naskhah manuskrip Melayu tersimpan di
Perpustakaan UBD dalam bahasa samaada Arab, Parsi, atau Melayu. Koleksi manuskrip
terdiri daripada berbagai bahan seperti Al-Quran, Kitab-kitab dan buku-buku lama mengenai
ilmu perubatan, zikir-zikir, hukum-hukum Islam dan sebagainya.
Semua bahan-bahan mansukrip ini telah dikatalog, dan semua rekod-rekodnya telah
dimasukkan ke dalam sistem, dan boleh dilihat melalui katalog atas talian e-Clik
perpustakaan. Masa ini sebahagian bahan manuskrip telah pun didigitasikan dan boleh
diakses melalui internet http://library.ubd.edu.bn/main.htm di bahagian Koleksi Digitas
Brunei (Brunei Digital Collections). Bagaimanapun akses hanya diberikan kepada ahli-ahli
berdaftar dan mereka yang diberikan kebenaran sahaja. Semua bahan-bahan manuskrip
tersimpan di Bahagian Koleksi Pengajian Brunei, Tingkat 3 Perpustakaan UBD dengan kod
bahannya KMan.
Koleksi perpustakaan UBD ini boleh saja dibahagikan mengikut bentuk dan tema.
Dari segi bentuk, terdapat dua bentuk utama iaitu prosa dan puisi. Bentuk prosa dalam
koleksi kebanyakannya mengenai kitab agama dan sedikit hikayat misalnya Hikayat
Ambiyayang bernombor panggilan KMan BL633 M84 dan KMan BL533 M84, Hikayat
Raja Siong bernombor panggilan KMan PL5069. H539 A23, dan Hikayat Kobad Laila
Indera yang bernombor panggilan KMan PN45 H5422. Antara tiga hikayat ini, hanya dua
hikayat sahaja yang mencatatkan nama pengarang iaitu Hikayat Ambiya yang dikarang oleh
Muhammad bin Ismail, dan Hikayat Raja Siong yang dikarang oleh Abdul Halim Ibrahim
daripada cerita Muhammad Salih Abdullah.
Hakcipta Terpelihara 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
http://library.ubd.edu.bn/main.htm
3
Bentuk puisi pula, khususnya syair, yang terdapat di dalam koleksi Perpustakaan
UBD ini adalahShaer Ibadat yang dikarang oleh Tun Muhammad Jamaluddin Burham yang
bernombor panggilan KMan PN1049.S72 T866. Shaer yang bersaiz 26 x 22 cm ini
mengandongi pantun-pantun yang dikarang untuk memberikan peringatan supaya
mengamalkan ajaran agama dan berakhlak mulia, menerangkan rukun Islam lima perkara dan
rukun Iman enam perkara, menerangkan sifat 20, dan sifat-sifat yang wajib ada pada rasul-
rasul, memberi nasihat supaya rajin mengaji, dan menyuruh banyak bertanya untuk
mendapatkan ilmu. Dalam kepentingan ilmu, Shaer ini menceritakan burung-burung yang
memberi pendapat mengenai kebaikan menuntut ilmu.
Selain itu terdapat satu lagi shaer yang hampir sama dari segi isinya iaitu Syair
Burung dan Hikayat Derma Tasiah. Syair yang bersaiz 22 x 27 cm dan isinya terdiri
daripada dua bahagian ini menceritakan hal yang sama seperti apa yang diceritakan di
bahagian akhir Shaer Ibadat iaitu mengenai burung-burung yang bersoal jawab tentang ilmu
fekah terutama tentang rukun iman dan rukun Islam. Pada bahagian kedua Syair burung dan
Hikayat Derma Tasiahini pula mengandungi cerita tentang Derma Tasiah iaitu seorang isteri
yang amat taat kepada suaminya dan isteri tersebut dianugerahi dengan pakaian dari syurga.
Hal ini berlaku disebabkan dia sangat taat dengan perintah Allah.
Dilihat dari segi tema, naskhah-naskhah yang terdapat di dalam koleksi Perpustakaan
UBD padaumumnya bolehlah dibahagikan kepada enam tema utama iaitu al-Quran, Hadith,
kitab-kitab atau syair mengenai keagamaan, kisah Nabi-Nabi, kepustakaan ilmu tradisional,
dan ubat-ubatan. Beberapa naskhah al-Quran yang terdapat dalam koleksi Perpustakaan
UBD seperti naskhah yang nombor panggilan; KMan BP100 Q732 1840, KMan BP100
Q734 1840, KMan BP109 (6 naskhah), KMan BP128.16 L58, dan KMan BP128.17
Q87, dan KMan BP 130 Q73. Pada keseluruhannya naskhah al-Quran ini tidak
mempunyai muka surat kecuali naskah KMan BP130 Q73 yang mempunyai 83
halaman.Naskhah yang paling besar dan yang paling kecil saiznya adalah salah satu daripada
kumpulan enam naskhah KMan BP109 dengan saiz 38 x 25 cm dan sainz 8.5 x 5 cm.
Naskhah Hadith misalnya kitab Arbaiin hadithyang nombor panggilan; KMan
BP135.A1 A73 dan Kitab Bulugh al-Maram yang bernombor panggilan; KMan BP135.A2
B85. Kitab Arbaian Hadithini tulisannya besar dan jarang. Ia tidak mempunyai kulit luar
dan mengandungi empat puluh buah hadith. Hadith-hadith ini diterjemahkan kedalam bahasa
Hakcipta Terpelihara 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia
4
Melayu tulisan jawi. Dinyatakan di dalam teks bahawa sesiapa yang menghafal hadith-hadith
ini Allah akan mengangkat darjatnya. Kitab Bulugh al-Maram pula mengandungi hadith-
hadith mengenai galakan menuntut ilmu, berbuat baik dan berakhlak mulia serta melarang
daripada melakukan keburukan. Terdapat juga hadith-hadith Qudsi yang dimuat dalam
naskhah ini. Di pertengahan isi kitab ini, terdapat tafsiran Surat al-Araf, Surat al-Anfal dan
Surat al-Maidah (Tafsirannya dalam tulisan jawi berbahasa Melayu).
Sementara Naskhah-naskhah kitab atau syair mengenai keagamaan adalah sepertikitab
Siyarus Salikin karya Abdu s-Samad Falimbani yang terdiri daripada tiga naskhah yang
bernombor panggilan; KMan BP144 A23, KMan BP144 F35 dan KMan BP144 F352.
Naskhah KMan BP144 A23 yang bukan dalam tulisan tangan tetapi cetakan ini adalah
bahagian pertama daripada kitab Siyarus Salikin yang diterjemahkan oleh al-Sheikh Abdul
Samad Falambani daripada kitab Lubab Ihya Ulumuddin karangan Iman Ghazalli. Kitab yang
dicetak pertama kali di Matbaat al-Amiriyyah di Bulaq Mesir pada tahun 1809H ini
membincangkan tentang kepentingan menuntut ilmu, solat, zakat, puasa, haji, adab membaca
Quran, adab berdoa dan adab berwirid. Naskhah ini adalah sama dengan naskhah yang
bernombor panggilan;KMan BP144 F35. Sementara naskhah nombor panggilan;KMan
BP144 F352 yang dipunyai oleh Tuanku Raja Kamala bin Tuanku Hashim adalah bahagian
kedua daripada Kitab Siyarus Salikin yang diterjemahkan oleh al-Sheikh Abdul Samad
Falambani daripada kitab Lubab Ihya Ulumuddin karangan Imam Ghazali. Kitab ini bukan
tulisan tangan sebaliknya bercetak