koleksi jawapan bina ayat bahasa malaysia spm

6
KOLEKSI JAWAPAN BINA AYAT (KERTAS PERCUBAAN SBP 2007-2014) SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2007 (a) BINA AYAT (i) hias ayat: Pelamin itu perlu kita hias dengan bunga ros. (ii) berhias ayat: Kereta berhias itu menggunakan bunga ros dan bunga raya. (iii) menghiaskan ayat: Ayah menghiaskan rambut adik dengan pin berwarna merah. (iv) menghiasi ayat: Berita kemalangan ngeri itu menghiasi dada-dada akhbar hari ini. (v) perhiasan ayat: Ibu suka mengenakan perhiasan rambut sebelum keluar menghadiri majlis makan malam. (vi) penghias ayat: Penghias kereta pengantin itu seorang wanita yang kreatif. SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2008 (a) BINA AYAT (i) penampilan ayat: Setiap murid mesti menjaga penampilan diri dengan memakai pakaian yang kemas dan bersih. keterampilan ayat: Pemimpin yang memiliki ciri-ciri keterampilan itu telah dipilih menjadi Perdana Menteri ii) bertempiaran ayat: Budak-budak kecil itu lari bertempiaran selepas dikejar seekor anjing yang garang berkeliaran

Upload: felicia-ling

Post on 25-Dec-2015

477 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Koleksi jawapan bina ayat daripada cikgu lain.Berguna untuk calon-calon SPM yang kurung mahir dalam Bahasa Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Koleksi Jawapan Bina Ayat Bahasa Malaysia SPM

KOLEKSI JAWAPAN BINA AYAT (KERTAS PERCUBAAN SBP 2007-2014)

SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2007 (a) BINA AYAT(i) hias ayat: Pelamin itu perlu kita hias dengan bunga ros. (ii) berhias ayat: Kereta berhias itu menggunakan bunga ros dan bunga raya. (iii) menghiaskan ayat: Ayah menghiaskan rambut adik dengan pin berwarna merah. (iv) menghiasi ayat: Berita kemalangan ngeri itu menghiasi dada-dada akhbar hari ini. (v) perhiasan ayat: Ibu suka mengenakan perhiasan rambut sebelum keluar menghadiri majlis makan malam. (vi) penghias ayat: Penghias kereta pengantin itu seorang wanita yang kreatif. 

SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2008 (a) BINA AYAT  (i) penampilan ayat: Setiap murid mesti menjaga penampilan diri dengan memakai pakaian yang kemas dan bersih. 

keterampilan ayat: Pemimpin yang memiliki ciri-ciri keterampilan itu telah dipilih menjadi Perdana Menteri 

ii) bertempiaran ayat: Budak-budak kecil itu lari bertempiaran selepas dikejar seekor anjing yang garang 

berkeliaran ayat: Anjing-anjing yang berkeliaran di kawasan petempatan itu telah ditangkap oleh pihak kerajaan tempatan. 

 (iii) mengkaji ayat: Pihak kerajaan akan mengkaji cadangan untuk memansuhkan kutipan bayaran tol di Lebuh Raya Utara Selatan.

 mengaji ayat: Adik berusia tiga tahun tetapi sudah pandai mengaji al-Quran. 

SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2009 

Page 2: Koleksi Jawapan Bina Ayat Bahasa Malaysia SPM

(a) BINA AYAT  (i) penawaran ayat: Kerajaan membuat penawaran projek MRT itu kepada syarikat-syarikat yang besar secara tender. 

tawar-menawar ayat: Remigius suka tawar-menawar dengan penjaja ikan di pasar untuk mendapatkan harga ikan yang berpatutan. 

 (ii) persimpangan ayat: Apabila kami tiba di persimpangan lebuh raya itu, kereta ayah rosak secara tiba-tiba.

simpang-perenang ayat: Jalan ke rumah guru itu simpang-perenang sehingga sukar untuk kami mencarinya. 

(iii) penurunan ayat: Penurunan harga makanan yang diumumkan oleh kerajaan itu merupakan berita baik kepada rakyat. 

turun-temurun ayat: Adat resam itu diamalkan secara turun-temurun oleh masyarakat Orang Asli. 

SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2010 (a) BINA AYAT (i) menyalahi ayat: Perbuatan rasuah menyalahi undang-undang negara. 

menyalahkan ayat: Pihak atasan menyalahkan pegawai bawahannya dengan bukti yang kukuh. 

 (ii) mengotori ayat: Sampah sarap itu mengotori belakang rumah saya. 

mengotorkan ayat: Adik mengotorkan dapur rumah apabila ibu tidak berada di rumah. 

 (iii) menghiasi ayat: Berita kemalangan itu menghiasi dada-dada akhbar hari ini. 

 menghiaskan ayat: Murid-murid menghiaskan dewan dengan bunga segar. 

Page 3: Koleksi Jawapan Bina Ayat Bahasa Malaysia SPM

SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2011 (a) BINA AYAT 

(i) gamat ayat 1: Ibu menggunakan minyak gamat untuk disapu pada kaki adik yang terluka supaya cepat sembuh.  ayat 2: Suara sorak-sarai penonton di stadium menyebabkan suasana konsert itu menjadi gamat. 

 (ii) diam ayat 1: Saya diam di Kota Kemuning sejak lima tahun yang lalu.  ayat 2: Saya terlihat adik terduduk diam di sebelah ayah kerana dia sakit. 

 (iii) bidang ayat 1: Dada lelaki yang bidang itu menjadikannya disukai golongan gadis. ayat 2: Lelaki itu mula terlibat dalam bidang lakonan sejak berusia lima tahun. 

SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2012 (a) BINA AYAT 

 (i) lama ayat: Adik sudah lama tidak menonton rancangan kartun kerana dia sibuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan. 

(ii) berlama-lama ayat: Ayah tidak suka akan sikap ibu yang berlama-lama sewaktu membeli-belah di pasar raya. 

(iii) lama-kelamaan ayat: Jika kamu tidak memberitahu saya, lama-kelamaan rahsia itu akan terbocor juga. 

(iv) jauh ayat: Rumah saya terletak tidak jauh dari sekolah. 

(v) menjauh ayat: hubungan antara adik dengan abang saya semakin menjauh kerana mereka tidak tinggal bersama. 

(vi) kejauhan ayat: Hati ibu saya kejauhan kerana anak-anaknya tidak bersatu hati. 

SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2013 (a) BINA AYAT 

Page 4: Koleksi Jawapan Bina Ayat Bahasa Malaysia SPM

(i) mengupas ayat: Ibu sedang mengupas kulit oren di dapur.  mengelupas ayat: Luka pada kaki adik itu semakin kering dan mengelupas. 

(ii) bercanggah ayat: Pendapat antara saya dengan adik sering bercanggah kerana sikap kami berbeza. 

berceranggah ayat: Tanduk rusa yang berceranggah itu kelihatan amat cantik dan unik. 

(iii) menjajah ayat: Negara Jepun pernah menjajah Tanah Melayu selama tiga tahun lapan bulan 

menjelajahayat:Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga telah menjelajah ke benua Afrika. 

SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2014 (a) BINA AYAT (i) rumah ibu ayat: Pada cuti sekolah, saya akan pulang ke rumah ibu selepas mendapatkan kebenaran ayah yang telah bercerai dengan ibu. 

 ibu rumah ayat: Ruang tamu yang besar di rumah banglo merupakan ibu rumah yang menjadi perhatian pelawat dan sanak saudara. 

(ii) pokok pangkal ayah: Ayah terus memarahi kami tanpa mengetahui pokok pangkal kejadian yang berlaku. 

pangkal pokok ayat: Adik suka membaca buku sambil duduk di pangkal pokok di belakang rumah.  

(iii) orang-orang tua ayat: Orang-orang tua yang mendiami rumah kebajikan itu terabai oleh ahli keluarga mereka. 

orang tua-tua ayat: Kita mestilah menghormati dan mentaati orang tua-tua supaya mereka berasa disayangi.