kokurikulum dan sukan - pavsmksm.files.wordpress.com filemodul pembelajaran pendidikan asas...

111
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL MODUL PEMBELAJARAN TINGKATAN 3 KOKURIKULUM DAN SUKAN 2014

Upload: others

Post on 03-Sep-2019

27 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

i

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

MODUL PEMBELAJARAN

TINGKATAN 3

KOKURIKULUM DAN SUKAN

2014

ii

MODUL PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

MODUL JATI DIRI

KORURIKULUM DAN SUKAN

TINGKATAN 3

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

iii

iv

Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isikandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

v

KANDUNGAN

1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. PENDAHULUAN

a. Objektif Modul b. Kandungan Modul

1 1

4. MODUL PEMBELAJARAN (KOKURIKULUM) MODUL 2 : PERKHEMAHAN 2.1 MENGETAHUI KAEDAH MENYALAKAN API

2.2 MELAKUKAN AMALI MENYALAKAN API

2.3 MENYENARAIKAN JENIS TUMBUHAN BERACUN

2.4 SUMBER AIR

2.5 MENGENAL PASTI SUMBER BAHAN MAKANAN

2.6 MENYEDIAKAN BAHAN MAKANAN

2.7 KOMPAS DAN PETA

MODUL 3 :TALI TEMALI 3.1 MENYATAKAN JENIS-JENIS TALI

3.2 MENYATAKAN TATACARA PENJAGAAN TALI

3.3 MENGEMASKAN TALI

2

MODUL 4 : BANTU MULA

4.1 MENYATAKAN TEKNIK MENYELAMAT

4.2 MENERANGKAN PROSEDUR MENYELAMAT MANGSA

4.3 SIMULASI ‘ CPR ‘

5. MODUL PEMBELAJARAN (SUKAN) MODUL 6 : HOKI

6.1 SEJARAH, PERKEMBANGAN DAN UNDANG–UNDANG

PERMAINAN HOKI.

6.2 PERALATAN ASAS PERMAINAN HOKI.

6.3 TEKNIK YANG BETUL DALAM MELAKUKAN KEMAHIRAN

ASAS PERMAINAN HOKI.

vi

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai

perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara

hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan

dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu

masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha

kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

1

PERKHEMAHAN

PENDAHULUAN

Aktiviti perkhemahan adalah penting bagi aktiviti luar Pasukan Kadet Remaja Sekolah(KRS).

Kegiatan perkhemahan ini dijadikan aktiviti untuk membina semangat,motivasi dan keyakinan diri

disamping memberi keseronokan dan menambahkan ilmu pengetahuan. Ia juga memberi manfaat

secara langsung terhadap perkembangan jasmani, emosi, intelek dan rohani. Aktiviti perkhemahan ini

melibatkan aktiviti hutan bukit, gunung dan laut.

MODUL

2

2

OBJEKTIF MODUL 2

Modul ini membolehkan murid:

1. Melahirkan insan yang sentiasa bersyukur dengan menghayati alam sekitar.

2. Memupuk sikap prihatin terhadap sumbangan dan kepentingan alam sekitar kepada

kehidupan manusia serta memahami rantaian hidup antara alam sekitar dengan

manusia sejagat.

3. Membina insan yang bertanggungjawab dengan memberi sumbangan ke arah

memelihara alam sekitar sebagai khazanah Tuhan kepada manusia.

3

KANDUNGAN MODUL 2

Modul ini mengandungi 7 standard pembelajaran :

2.1 MENGETAHUI KAEDAH MENYALAKAN API

2.2 MELAKUKAN AMALI MENYALAKAN API

2.3 MENYENARAIKAN JENIS TUMBUHAN BERACUN

2.4 SUMBER AIR

2.5 MENGENAL PASTI SUMBER BAHAN MAKANAN

2.6 MENYEDIAKAN BAHAN MAKANAN

2.7 KOMPAS DAN PETA

4

MAKLUMAT RUJUKAN

1. Panduan menghidupkan api.

I. Api adalah penting untuk :

Memasak

Memanaskan badan

Menghalau haiwan

II. Jenis-jenis kayu untuk menghidupkan api.

Terdapat tiga jenis kayu yang sering digunakan iaitu :

Ranting kayu – ranting yang digunakan untuk menyalakan api

Kayu lambat bakar –kayu yang menghasilkan bara untuk memanggang

Kayu cepat bakar – kayu yang terbakar dengan kuat

III. Tapak untuk menyalakan api.

Tapak mestilah :

Jauh dari khemah dan pokok

Kering

Dilindungi dengan batu, kayu atau tanah supaya apinya tidak merebak ke tempat lain

IV. Menghidupkan api.

a. Api jenis Tee Pee atau Wigham

Letakkan habuk kayu atau daun kering di atas tanah.

Sebatang kayu ditekan ke dalam tanah condong ke arah daun atau habuk kayu

tersebut.

Letakkan ranting-ranting kayu menegak dan menindih kayu yang ditekan ke tanah

tersebut.

5

Nyalakan api.

b. Api Bersilang

Letakkan dua potong kayu yang lebih kurang sama besarnya di atas tanah dalam

kedudukan selari.

Tindih kayu secara berselang seli menjadi beberapa lapisan.

Letakkan ranting-ranting kayu dan daun-daun kering di dalam lapisan kayu-kayu

tersebut.

Nyalakan api.

2. Tumbuhan Beracun.

1. Jelatang

Bahagian yang beracun adalah bulu-bulu halus yang terdapat diseluruh permukaan

tumbuhan ini. Bulu ini sangat putih dan tajam di hujungnya. Ia mudah tanggal dari permukaan

tumbuhan tersebut dan melekat pada kulit. Akarnya menyebabkan cirit-birit jika dimakan atau

diminum air rebusnya. Bulu ini dapat mencucuk pada kulit yang lembut kecuali di tapak tangan

dan tapak kaki. Kesannya menyebabkan gatal, pedih serta bengkak-bengkak pada kulit. Kulit

kanak-kanak sangat sensitif terhadap bulu jelatang ini. Beberapa genus dan spesis lain yang

dipanggil jelatang seperti jelatang gajah,Laportea setimulans (Urticaceae), jelatang bulan,

Spahaerostylis malaccensis(Euphorbiaceae), jelatang ular, Tragia (Euphorbiaceae). Jelatang

gajah adalah jenis yang paling kuat kesannya. Bulu-bulu tumbuhan tersebut boleh

menyebabkan kesakitan yang kuat kepada mangsa

2. Rengas.

6

Bahagian yang beracun pada tumbuhan ini adalah getahnya yang keluar dari bahagian

batang atau dahan. Apabila ditakekkan batang tumbuhan ini, akan keluar getah yang jernih dan

bertukar menjadi warna hitam. Kesannya menyebabkan kepanasan, bengkak dan melecur jika

tersentuh pada kulit. Tetapi sesetengah orang tidak alergik kepada getah ini tidak akan

mendapat sebarang kesan.

3. Bunga Jepun

Keseluruhan pokok ini beracun terutamanya pada buah. Tumbuhan ini mempunyai

bahan kimia seperti alkohid, saponin, tanin dan sebatian polifenolik serta glikosid sianogenik.

Kematian pernah dilaporkan kerana memakan buahnya. Kesan yang dialami jika penggunaan

7

secara dalaman adalah muntah, denyut nadi lemah, menggigil dan menyebabkan kematian.

Sebiji buahnya sudah mencukupi untuk membunuh seorang manusia.

4. Lyle of the Valley

Lyly of the valley ialah bunga yang sangat cantik dan kelihatan seperti tidak berbahaya tetapi jangan tertipu dengan rupa fizikalnya kerana bunga ini sangat beracun.Satu atau dua dari bunganya yang berbentuk bell tidak terlalu menyakiti orang dewasa tetapi apabila dimakan dalam jumlah yang banyak,bunga ini menyebabkan rasa sakit di mulut,muntah-muntah dan

kejang di seluruh tubuh.Racun dari bunga ini juga boleh menyebabkan jantung tidak berfungsi.

8

5. Belladona

Belladona dikenali sebagai salah satu tumbuhan paling beracun.Ia mengandungi tropane alkoids yang berpotensi membahayakan kesihatan.Seluruh bahagian bunga ini berbahaya tetapi bahagian yang paling berbahaya adalah buahnya yang nampak seperti enak dimakan.Gejala yang akan terjadi dari racun bunga ini adalah pupil mata membesar,penglihatan menjadi kabur,sakit kepala,berhalusinasi dan boleh jadi gila.Atropine racun yang terkandung di dalam bunga ini boleh mengganggu sistem saraf.

6. Angels Trumpet

9

Jangan tertipu dengan nama bunga ini malah dari segi luaran juga bunga ini tidak kelihatan seperti beracun tetapi bunga ini mengandungi bisa yang amat bahaya kepada manusia atau haiwan. Bunga ini terkenal sebagai halusinogen yang sangat kuat kerana mengandungi tropane alkaloids.

7. Rhododendron

Bunga ini nampak sangat indah semasa musim berbunga. Mengikut cerita,sekumpulan pengembara pernah memakan madu daripada bunga ini dan kemudian tingkah laku mereka berubah menjadi sangat aneh. Rhododendron mengandungi andromedatoxin yang menyebabkan muntah rasa sakit yang hebat,kejang-kejang hingga boleh menyebabkan kematian.

8. Oleander

Oleander dikenal sebagai salah satu bunga yang paling beracun di bumi,sering digunakan untuk bunuh diri di selatan India.Pelbagai jenis racun terkandung di seluruh bahagian bunga ini,seperti Oleandrin dan neriine yang boleh menyebabkan gangguan sistem

10

saraf,gangguan pencernaan dan sistem peredaran darah dimana ke semua itu terjadi secara serentak.Mangsa akan mengalami gejala seperti hilang kesedaran,tubuh mengigil,rasa sakit atau pun koma. Getahnya dapat menyebabkan kegatalan pada kulit serta membutakan mata.

9. Autumn Crocus

Autumn Crocus mengandungi colchicine,racun ini sama seperti arsenik yang tidak ada ubatnya.Ia boleh menyebabkan kehilangan tekanan darah dan penyakit jantung.

Rawatan terkena racun tumbuhan

Langkah-langkah yang perlu diambil jika terkena/termakan tumbuhan beracun.

i. Kenalpasti jenis tumbuhan tersebut.

ii. Berapa banyak dan bahagian mana tumbuhan tersebut yang dimakan.

iii. Berapa lama tumbuhan itu telah dimakan.

iv. Lihat simptom yang terdapat pada mangsa seperti muntah, gatal, cirit-birit dan

sebagainya.

v. Jika mangsa tidak muntah, masukkan jari ke dalam mulut mangsa sehingga muntah

bagi mengeluarkan racun.

11

vi. Beri mangsa minum air atau susu bagi melarutkan toksid yang ada dalam badan

mangsa.

vii. Bagi rawatan lanjut, bawa mangsa ke hospital.

3. Sumber Air.

Sumber air merupakan komponen penting untuk penyediaan air bersih karena tanpa

sumber air maka suatu sistem penyediaan air bersih tidak akan berfungsi. Berikut ini adalah 5

jenis sumber air minum yang dapat digunakan ;

i. Air Laut - Air ini sifatnya asin karena mengandung garam NaCl. kadar garam Nacl

dalam air laut 3% dengan keadaan ini maka air laut tidak memenuhi syarat untuk diminum.

ii. Air Hujan - Cara menjadikan air hujan sebagai air minum hendaknya jangan saat air

hujan baru mulai turun, karena masih mengandung banyak kotoran. Air hujan juga mempunyai

sifat agresif terutama terhadap pipa-pipa penyalur maupun bak-baik reservoir sehingga hal ini

akan mempercepat terjadinya korosi atau karatan.

iii. Air Permukaan - Air permukaan adalah air yang mengalir di permukaan bumi, Pada

umumnya air permukaan ini akan mendapat pengotoran selama pengalirannya, misalnya oleh

lumpur, batang kayu, daun, kotoran industri dan lainnya. Untuk meminumnya harus melewati

proses pembersihan yang sempurna.

iv. Air Tanah - Air tanah adalah air yang berada di bawah tanah di dalam zone jenuh

dimana tekanan hidrstatiknya sama atau lebih besar dari tekanan atmosfer (Suryono, 1993:1).

v. Mata Air - Mata air adalah suatu titik di mana air tanah mengalir keluar dari permukaan

tanah, yang bererti dengan sendirinya adalah suatu tempat di mana permukaan muka air tanah

(akuifer) bertemu dengan permukaan tanah. Mata air adalah air tanah yang keluar dengan

sendirinya ke permukaan tanah.

12

4. Sumber Bahan Makanan.

Di dalam aktiviti Ikhtiar Hidup, makanan terbahagi kepada dua kategori:-

a. Tumbuhan

b. Haiwan

a. Tumbuhan

Kebanyakan tumbuhan di dalam hutan boleh dimakan. Sekiranya kita was-was kita

boleh memerhatikan monyet atau burung makan kerana apa yang mereka makan, kita juga

boleh memakannya. Anda boleh mencuba sedikit tumbuhan tersebut dengan lidah.

Sekiranya terasa pedas atau menggigit ianya beracun. Anda juga boleh menggosok

tumbuhan pada lengan, sekiranya terasa gatal elakkan daripada memakannya. Di samping

itu berhati-hati apabila berjumpa tumbuhan atau buahan yang mengandungi banyak lendir,

kerana ianya juga bahaya untuk dimakan.

i. Ciri-ciri tumbuhan yang perlu dielakkan untuk dimakan.

Rasanya pedas dan pahit

Tumbuhan yang mengeluarkan getah berwarna putih

Tumbuhan yang berwarna cerah seperti warna merah

Rasanya menggigit lidah

Tumbuhan banyak lendir

Tumbuhan yang kurang pasti boleh dimakan

ii. Tumbuhan yang boleh dimakan.

Pokok palma seperti nipah, rotan, rumbia dan kelapa - mempunyai umbut dan

buah.

Buluh yang ada rebung

Pucuk paku

13

Buah-buahan hutan seperti kepayang, cermai, tampoi, pecepak, keranji, durian

hutan, sentol, kedondong, kelubi, salak, asam paya, gemial, senangin dan binjai

Jenis buah ubi

Jenis kulat

iii. Mengenalpasti tumbuhan yang boleh dibuat ubat.

Tongkat ali

Buah gorek

Dukong anak

Pokok bakung

Pokok ara pulas

Pokok halban

Pokok selayang

Pokok nataltik

b. Haiwan

Di sungai atau kali terdapat sumber makanan yang mudah didapati. Oleh itu, adalah

digalakkan untuk berkhemah berdekatan dengan sungai kerana haiwan-haiwan darat akan

pergi ke sungai untuk minum. Di samping itu, kehidupan yang terdapat dalam sungai juga

banyak iaitu seperti ikan dan siput sungai. Haiwan kecil mudah ditangkap seperti burung dan

tidak mengancam keselamatan manusia. Terdapat pelbagai cara untuk menangkap haiwan-

haiwan ini seperti memancing, menyumpit dan menjerat.

14

5. Penyediaan bahan makanan.

i. Roti lilit

Bahan - Tepung gandum secukupnya, sedikit garam, air dan ranting kayu atau belahan buluh

yang telah dibersihkan.

Cara Membuat - Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. Lakukan dengan cermat

dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Uli sehingga sebati sehingga menjadi doh. Bila

siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang panjang sebelum dililit dengan kemas pada

sebatang belahan buluh atau ranting. Pastikan ukuran lilit doh tidak terlalu tebal kerana

bimbang lambat masak. Jika ada mentega, sapukan di atas doh tadi. Kemudian panggang di

tepi api yang sederhana sambil dipusing-pusingkan supaya semua bahagian doh masak

dengan sempurna. Apabila telah masak, bolehlah dihidang di atas daun pisang.

ii. Telur bersalut tanah liat

15

Bahan - Telur secukupnya dan tanah liat sungai.

Cara Membuat - Kumpul tanah liat sungai dalam sebuah bekas. Pastikan tanah liat tidak

terlalu cair. Kemudian balut telur tadi dengan menggunakan tanah liat sehingga tebal. Tujuan

utama kenapa tanah perlu dibalut dengan tebal supaya telur tidak pecah atau meletup apabila

dibakar. Jika selesai, masukkan telur ke dalam bara api dan tunggu sehingga masak. Tanda

telur telah masak ialah, bahagian tanah liat tadi kelihatan kering dan merekah.

6. Kompas dan Peta.

6.1 Pengenalan

6.1.1 Definisi kompas

- Kompas ialah alat pengemudian yang digunakan untuk mencari arah tuju.

- Mengandungi jarum magnetik berwarna merah/hitam

- Diukur dalam kiraan darjah atau mil.

- Kompas adalah elemen bantu kedua terpenting dalam sukan orienteering

6.2 Tujuan

Tujuan kompas digunakan adalah untuk:

a. Melaraskan peta.

b. Membantu dalam navigasi

c. Menentukan kedudukan

d. Membuat peta.

e. Mengukur jarak di atas peta.

16

6.3 Pelaksanaan / Aktiviti

6.3.1 Pengenalan peralatan:

I. Jenis-jenis Kompas

Kompas terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk.

Jenis-jenis kompas adalah seperti :

i) kompas tentera Military compass (prismatic & lensatic)

ii) kompas orienteering. Orienteering compass (baseplate & thumb)

iii) kompas lautan. Marine compass.

iv) Kompas kiblat Prayer compass

v) Kompas digital. Digital compass

II Bahagian-bahagian kompas

6.3.2 Pengurusan Peralatan

I Cara-cara Melaras kompas

i) letakkan kompas di tapak tangan separas dada dengan petunjuk arah

pergerakan menghadap ke hadapan

17

ii) laraskan perumah kompas sehingga jarum kompas masuk ke rumahnya

dengan petunjuk arah pergerakan yang menghala kehadapan . Bacaan

tersebut merupakan arah bearing yang sebenar.

II Cara-cara menentukan arah kiblat.

i) Laraskan kompas 298° .

ii) Gerakkan arah kompas sehingga jarum merah masuk ke dalam

perumahnya. Maka arah yang ditunjukan oleh petunjuk arah

pergerakan adalah arah kiblat yang dicari.

6.3.3 Mengenal Arah Mata Angin

Terdapat 8 arah mata angin yang biasa digunakan iaitu, Utara, Timur,

Barat, Selatan, Timur Laut, Tenggara, Barat Daya dan Barat Laut.

18

I. Penunjuk Arah Utara

i) Utara sebenar

Utara sebenar bermaksud arah sebenar ke kutub Utara

ii) Utara magnetik

Utara magnetik bermaksud arah yang ditunjukkan oleh jarum

magnetik

iii) Utara Grid

Utara grid bermaksud garisan lurus yang dibuat oleh pembuat

peta sebagai asas ke arah utara

II. Bearing

i) Bearing adalah sudut yang dinyatakan dalam ukuran darjah atau

mil melalui bacaan di antara garisan pandangan dengan arah

utara benar.

ii) Bearing dibuat mengikut arah pusingan jam.

19

6.3.4 Aktiviti berkaitan

I Praktikal mencari bearing :

Guru menentukan beberapa bearing yang perlu ahli kadet cari .

Contohnya : 1) mencari bearing : a. 100°

b. 240°

c. 380°

II Latihan di kawasan sekolah

i) Guru menyediakan peta lakaran sekolah.

ii) Pelajar perlu memahami peta lakaran tersebut dan mencari

petunjuk.

iii) Pelajar mencari bearing yang telah ditentukan oleh guru mereka.

6.3.5 Menggunakan peta

I Definisi

Peta adalah sebuah lukisan bagi gambaran bentuk muka bumi bagi

sesuatu kawasan yang dilihat dari udara. Peta juga merupakan bahan untuk

komunikasi, data dan maklumat sains bumi secara terbaik.

II Jenis-jenis peta

i) Peta topografi

ii) Peta planimetri

iii) Peta lakaran

iv) Peta imejan satelit

v) Pelan

vi) Atlas

vii) Peta khusus

20

III kegunaan peta

i) bank maklumat

ii) perhubungan

iii) merancang pembangunan

iv) menentukan jarak

IV Ciri-ciri peta

i) ciri yang membantu - jalan, rintis, trek dsb.

ii) Ciri yang menghalang – sungai, tebing, ceruk dsb

iii) Ciri garisan – saluran paiap, pagar dsb

iv) Ciri titik – knol, batu tongkol, tangki air, tunggul dsb

v) Bentuk muka bumi – garisan kontor

V) Butiran dalam peta

i) nama tempat / tajuk peta

ii) skala

iii) petunjuk

iv) arah utara peta

v) garisan melaras

vi) sela kontor

vii) kredit (juruukur dan kartografi)

viii) Permit dan penaja

21

Contoh Peta Taman Sri Keliru

6.3.6 Melaras kompas dengan peta :

Penggunaan kompas di dalam orienteering amat mudah , ringkas dan anda tidak

perlu mengetahui bearing pergerakan anda . Memandangkan masa merupakan

antara faktor yang penting dan ianya dipengaruhi oleh kecekapan anda dalam

memilih laluan yang terbaik, maka adalah penting untuk mengetahui dan

memahirkan diri cara penggunaan kompas yang efektif. 3 langkah melaras peta

dengan kompas:

22

Rajah 1

Langkah 1: - Letak

Letakkan tepi kompas pada garisan landasan dari 1 ke 2 (rujuk rajah 1)

Rajah 2.1

23

Rajah 2.2

Langkah 2: - Laras

Laraskan perumah kompas sehingga garisan melaras kompas selari dengan

garisan pelaras yang terdapat pada peta. (Rujuk rajah 2.1 dan rajah 2.2)

Rajah 3.1

24

Rajah 3.2

Langkah 3: - Pusing

Pusingkan badan anda sehingga jarum magnetik kompas masuk ke dalam petak

rumahnya. (Rujuk rajah 3.1 dan rajah 3.2)

25

AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 MENGETAHUI KAEDAH MENYALAKAN API

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid boleh :

2.1.1 Menyatakan 2 teknik menyalakan api.

Persediaan

1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu:

a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah)

b. Seluar trek atau seluar sekolah.

2. Guru menyediakan carta aliran teknik-teknik menyalakan api. ( Rujuk lampiran 1 )

3. Soalan-soalan berkaitan 2 teknik menyalakan api.

Prosedur Perlaksanaan

1. Guru menunjukkan carta aliran teknik-teknik menyalakan api.

2. Guru menerangkan teknik-teknik menyalakan api.

3. Murid diminta menerangkan 2 teknik menyalakan api.

26

LATIHAN

1 Nyatakan dua kaedah menyalakan api.

a……………………………………………

b……………………………………………

2 Isikan tempat kosong dengan penyataan yang betul.

Api jenis Tee Pee atau Wigham

Letakkan …………………di atas tanah.

Sebatang kayu ditekan ke ……………………….. daun atau habuk kayu tersebut.

Letakkan……………………kayu menegak dan ……………… kayu yang ditekan ke

tanah tersebut.

…………………………

27

Api Bersilang

Letakkan ……………… yang lebih kurang sama besarnya di atas tanah

dalam………………..

Tindih kayu……………….. menjadi beberapa lapisan.

Letakkan ……………. dan daun-daun kering di dalam lapisan ………….. tersebut.

……………………….

28

LAMPIRAN 1

Carta Aliran Teknik Menyalakan Api

Letakkan habuk kayu atau daun kering di atas tanah.

Sebatang kayu ditekan ke dalam tanah condong ke arah daun atau habuk kayu

tersebut.

Letakkan ranting-ranting kayu menegak dan menindih kayu yang ditekan ke tanah

tersebut.

Nyalakan api

Api Bersilang

Letakkan dua potong kayu yang lebih kurang sama besarnya di atas tanah dalam

kedudukan selari.

Tindih kayu secara berselang seli menjadi beberapa lapisan.

Letakkan ranting-ranting kayu dan daun-daun kering di dalam lapisan kayu-kayu

tersebut.

Nyalakan api.

Api Bersilang

Api jenis Tee Pee atau Wigham

29

2.2 MELAKUKAN AMALI MENYALAKAN API

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:

2.2.1 Melakukan amali menyalakan api.

Persediaan

1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu:

a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah)

b. Seluar trek atau seluar sekolah.

2. Murid dibahagikan beberapa kumpulan terdiri daripada 5 orang murid dan melantik

seorang ketua kumpulan.

3. Guru menyediakan carta aliran menyalakan api. ( Lampiran 1 )

Prosedur Perlaksanaan

1. Guru menerangkan cara menyalakan api.

2. Guru menunjukkan cara menyalakan api.

3. Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing.

4. Murid menyalakan api mengikut kumpulan masing-masing.

5. Ketua kumpulan dikehendaki menerangkan cara yang dilakukan untuk menyalakan api.

AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

30

2.3 MENYENARAIKAN JENIS TUMBUHAN BERACUN

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid boleh :

2.3.1 Menyenaraikan 3 jenis tumbuhan beracun.

Persediaan

1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu:

a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah)

b. Seluar trek atau seluar sekolah.

2. Guru menyediakan gambar contoh-contoh beberapa jenis tumbuhan beracun.

Prosedur Perlaksanaan

1. Guru menunjukkan gambar - gambar beberapa jenis tumbuhan beracun.

2. Guru menerangkan beberapa jenis tumbuhan beracun.

3. Murid diberikan gambar-gambar beberapa tumbuhan beracun dan diminta

menamakan dan menerangkan bahaya tumbuhan tersebut.

AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

32

3.4 SUMBER AIR

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:

2.4.1 Menyenaraikan 3 sumber air.

Persediaan

1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu:

a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah)

b. Seluar trek atau seluar sekolah.

2. Guru menyediakan gambar contoh-contoh beberapa sumber air.

Prosedur Perlaksanaan

1 Guru memberi contoh dan menunjukkan gambar – gambar sumber air. 2 Guru menerangkan tentang jenis-jenis sumber air.

3 Murid diberikan gambar-gambar beberapa jenis sumber air dan diminta menerangkannya.

AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

33

LATIHAN

Namakan sumber air berkut dan terangkan mengenainya.

34

2.5 MENGENAL PASTI SUMBER BAHAN MAKANAN

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:

2.5.1 Mengenalpasti 3 sumber bahan makanan. 2.5.2 Menyenaraikan 3 jenis binatang yang boleh dimakan. 2.5.3 Menyenaraikan 3 jenis tumbuhan yang boleh dimakan.

Persediaan

1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu:

a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah)

b. Seluar trek atau seluar sekolah.

2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang ketua

kumpulan.

3. Guru menyediakan gambar contoh-contoh beberapa sumber bahan makanan, jenis-jenis binatang yang boleh dimakan, jenis-jenis tumbuhan yang boleh dimakan.

Prosedur Perlaksanaan

1. Guru menerangkan sumber bahan makanan, jenis-jenis binatang yang boleh dimakan, jenis-jenis tumbuhan yang boleh dimakan.

2. Murid diminta berbincang dalam kumpulan masing-masing tentang sumber bahan makanan, jenis-jenis binatang yang boleh dimakan, jenis-jenis tumbuhan yang boleh dimakan.

AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

35

3. Ketua kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan dalam kumpulan

masing-masing.

LATIHAN

1. Dalam kumpulan anda senaraikan bahan-bahan makanan.

2. Dalam kumpulan anda senaraikan binatang dan tumbuhan yang boleh

dimakan.

2.6 MENYEDIAKAN BAHAN MAKANAN

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid boleh :

2.6.1 Menyenaraikan 2 kaedah penyediaan makanan. 2.6.2 Menyediakan makanan yang dimasak.

Persediaan

1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu:

a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah)

b. Seluar trek atau seluar sekolah.

2. Guru menyediakan carta penyediaan makanan.

.

AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

36

Prosedur Perlaksanaan

1. Guru menunjuk dan menerangkan kaedah penyediaan melalui gambar-gambar.

2. Pelajar dibahagikan dalam kumpulan dan setiap kumpulan ditugaskan untuk menyenaraikan 2 kaedah penyediaan makanan dan menyediakan makanan yang dimasak.

3. Guru menunjukkan cara menyediakan makanan yang dimasak.

4. Murid diminta merancang dan menyediakan makanan yang dimasak tugasan yang

diberikan.

5. Guru memberikan bimbingan dalam kumpulan masing-masing untuk menyediakan

makanan yang dimasak.

LATIHAN

Dalam kumpulan masing-masing sediakan samada roti lilit atau telor bersalut lumpur.

AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

2.7 KOMPAS DAN PETA

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid boleh :

2.7.1 Mengenal pasti kompas dan peta. 2.7.2 Melakukan amali penggunaan kompas dan peta.

Persediaan

1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu:

c. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah)

d. Seluar trek atau seluar sekolah.

2. Guru menyediakan kompas dan peta.

37

Prosedur Perlaksanaan

1 Guru menunjuk dan menerangkan kompas dan peta.

2 Guru menunjukkan cara menggunakan kompas dan peta

3 Murid dibahagikan dalam kumpulan dan setiap kumpulan ditugaskan untuk menyenaraikan melakukan amali penggunaan kompas dan peta.

LATIHAN

1 Senaraikan kegunaan – kegunaan kompas dan peta.

KEGUNAAN KOMPAS KEGUNAAN PETA

Segala maklumat boleh diperolehi melalui :

Media elektronik :

Internet

Television

Media cetak:

Surat khabar

Majalah

Brosur

Journal

38

PANDUAN KERJA

PENILAIAN

Nama murid

No. kad pengenalan

Nama sekolah

Tingkatan Tahun

No.modul/ unit 2

Tajuk projek Perkhemahan

BIL PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL

CATATAN YA TIDAK

1 Menyatakan 2 teknik menyalakan api.

2 Melakukan amali menyalakan api.

3 Menyenaraikan 3 jenis tumbuhan beracun.

4 Menyenaraikan 3 jenis tumbuhan beracun.

5 Menyenaraikan 3 sumber air.

6 Mengenalpasti 3 sumber bahan makanan

7 Menyenaraikan 3 jenis binatang yang boleh dimakan.

8 Menyenaraikan 3 jenis tumbuhan yang boleh dimakan.

9 Menyenaraikan 2 kaedah penyediaan makanan.

10 Menyediakan makanan yang dimasak.

11 Mengenal pasti kompas dan peta.

12 Melakukan amali penggunaan kompas dan peta

KEPUTUSAN

TRAMPIL TIDAK TRAMPIL

TARIKH

Nama guru Tandatangan & tarikh

Disahkan oleh Tandatangan & tarikh

39

TALI TEMALI

PENDAHULUAN

Tali temali adalah berkaitan ikatan dan simpulan yang sangat berguna dalam kegiatan

luar bilik darjah. Tali juga ialah serat halus yang dipintal panjang-panjang atau serat halus yang

dianyam panjang-panjang atau serat yang dipintal di bahagian dalam dan dianyam di bahagian

luar. Digunakan untuk tujuan tertentu.

MODUL

3

40

Tali digunakan untuk membuat ikatan dan simpulan asas untuk tujuan menyambung tali,

memendekkan tali, mengikat dan menyambung kayu, mematikan tali dan juga mengemas tali.

Tali juga digunakan untuk tujuan aktiviti rekreasi dan kerja menyelamat. Tali dibuat daripada

serat asli seperti sabut, kapas, sisal, pokok manila dan juga tali dibuat daripada serat tiruan

seperti nilon, plastik, fibre sintetik dan sebagainya.

OBJEKTIF UMUM MODUL 3

Modul ini membolehkan murid:

1. Melahirkan insan yang sihat fizikal dan mental.

2. Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu menyelesaikannya secara bijaksana.

3. Membina dan mengembangkan kemahiran untuk memperoleh pengetahuan dalam

kehipuan seharian.

41

KANDUNGAN MODUL 3

Modul ini mengandungi 3 standard pembelajaran :

3.1 MENYATAKAN JENIS-JENIS TALI

3.2 MENYATAKAN TATACARA PENJAGAAN TALI

3.3 MENGEMASKAN TALI

42

1. DEFINISI TALI

Mengikut Kamus Dewan (2002, m.s. 1353 Edisi ketiga), tali ialah :

a. serat yang dipintal panjang-panjang.

b. benda yang halus panjang-panjang untuk mengikat sesuatu.

Tali juga ialah serat halus yang dipintal panjang-panjang atau serat halus yang dianyam

panjang-panjang atau serat yang dipintal di bahagian dalam dan dianyam di bahagian luar.

digunakan untuk tujuan tertentu.

2. TUJUAN / KEGUNAAN TALI

2.1 Membuat simpulan dan ikatan asas :

a. menyambung tali.Contohnya:-

-buku sila (tali yang sama saiz)

-bunga geti (tali yang berlainan saiz)

-simpul himpit (tali yang sama atau berlainan saiz)

b. memendekkan tali.(Simpul pulih)

c. menyambung kayu (west country, ikatan gunting, ikatan Wahi)

d. mematikan hujung tali

e. mengemas tali

2.2 Rekreasi tali

MAKLUMAT RUJUKAN

43

a. Aras rendah

-spider web

-bouncing chair

-bamboo balancing

b. Aras tinggi

-abseilling

-repelling

-flying fox

-wall climbing

-mendaki gunung

-memanjat dengan tali

-kitten crawl

c. Tngga tali

2.3 Kerja-kerja menyelamat

3. JENIS-JENIS TALI

Jenis-jenis tali bedasarkan kepada bahan/serat binaan tali tersebut. Semua jenis tali yang

hendak digunakan mestilah tali yang kukuh dan selamat digunakan. Secara amnya terdapat

dua jenis serat digunakan untuk membuat tali iaitu serat asli , serat tiruan dan tali dawai(wire

rope)

44

3.1 SERAT ASLI (Natural Fibre)

Terdapat 4 jenis serat asli yang digunakan untuk membuat tali. Keempat-empat jenis ini

biasanya digunakan dalam kehidupan seharian.

i. Sabut – dihasilkan dari buah kelapa

ii. Sisal - serat jenis ini boleh didapati dari beberapa negara seperti Afrika

Timur,Amerika Latin ,Indonesia dan Haiti.Serat jenis ini tidaklah begitu kuat dan

tahan berbanding dengan serat manila.

iii. Manila – Ianya dihasilkan daripada sejenis pokok yang seakan-akan pokok pisang.

Ia terdapat di Filipina , Sumatera dan Amerika Latin.Nama asal serat ini ialah Abaka.

iv. Kapas – Ia dihasilkan sepenuhnya daripada pokok kapas

Sifat-sifat serat asli

i. Harga yang murah

ii. Tertakluk kepada kerosakan biologikal

iii. Kehilangan kekukuhan apabila dimakan usia.( Reput)

iv. Penyerapan tenaga haba yang rendah.

v. Fibre pendek adalah lebih kurang 0.3 – 2 meter( 1- 6 kaki).Fibre akan dipintal secara

bersambungan sehingga kepanjangan yang dikehendaki.

vi. Serat asli akan rosak apabila terdedah kepada sinaran matahari dan suhu melebihi

149 C(300F)

Penggunaan serat asli telah ditamatkan penggunaannya untuk kerja-kerja yang melibatkan

nyawa oleh :

IAFF – International Association of Fire Fighter

ISFI - International Society of Fire Service Instructors.

NFPA- National Fire Protection Association

Oleh itu, semua jenis tali serat asli tidak sesuai digunakan untuk tujuan menyelamat dan aktiviti

lasak.

45

3.2 SERAT TIRUAN/SINTATIK (Syntatic Fibre)

Serat tiruan dihasilkan daripada campuran bahan-bahan asli dan kimia seperti minyak, arang

batu, line dan beberapa bahan lain. Untuk menghasilkan serat tiruan, segala bahan tersebut

perlu melalui beberapa peringkat pemprosesan sebelum serat tersebut siap dan dapat

digunakan sepenuhnya. Terdapat beberapa jenis tali serat tiruan menggunakan nama

dagangannya bersempena dengan nama pembuat tali atau nama pengilang. Biasanya, serat

tiruan diwarnai dahulu sebelum dijual di pasaran .

Sifat-sifat Serat Tiruan

i. Tidak reput

ii. Tidak cepat menjadi buruk sepertimana tali fibre asli.

iii. Setiap lembar fibre terus menerus tanpa putus.

iv. Boleh direkabentuk dengan canggih

Jenis-jenis Tali Serat Tiruan

Terdapat beberapa jenis tali serat tiruan yang biasa digunakan iaitu Polyolefin , Kevlar,Polyester

, dan Nylon.

Polyolefin

Disebut sebagai Polypropylene, polyethylene,spectra (high density), dan polypropylene.

Selalunya digunakan untuk aktiviti air. Tidak digunakan untuk aktiviti yang melibatkan nyawa

seperti lowering/hauling.

Sifat-sifat khas

i. Mengapung di atas air.

ii. Mempunyai ketahanan terhadap serangan asid.

iii. Tidak dicadangkan untuk aktiviti-aktiviti yang melibatkan nyawa manusia.

iv. Kurang menyerap air.(1% penyerapan)

v. Ketahanan terhadap geselan adalah rendah.

vi. Takat cair yang rendah (Kira-kira 115C atau 240F)

vii. Keanjalan yang tinggi

viii. Mudah rosak jika terdedah kepada pancaran matahari

46

Kevlar

Disebut sebagai Paraphoylene Trerphathalamide.Tali ini tidak sesuai untuk aktiviti-aktiviti

menyelamat seperti lowering dan hauling.

Sifat-sifat khas

i. Harganya yang mahal.

ii. Kekukuhannya yang tinggi

iii. Tahan menerima haba yang tinggi.

iv. Kalis peluru.

v. Tidak anjal.

vi. Penyerapan tenaga yang rendah.

vii. Rapuh-mudah rosak oleh simpulan.

viii. Mudah rosak oleh geseran.

ix. Keupayaannya menyerap regangan kejutan adalah rendah.

Polyester

Nama perdagangan disebut sebagai Dacron.Banyak digunakan untuk kerja-kerja keselamatan

seperti tangga dan jambatan-Tidak sesuai untuk aktiviti memanjat.

Sifat-sifat khas

i. Kekukuhan yang tinggi walaupun semasa basah.

ii. Ketahanan kepada asid adalah tinggi.

iii. Ketahanan kepada haba dan sinaran matahari iaitu takat cair 260 C (500 F ).

iv. Tahan kepada geseran.

v. Keanjalannya rendah.

vi. Penyerapan tenaga yang rendah.

vii. Mudah rosak apabila terkena alkali.

47

Nylon

Juga disebut sebagai Perlon.Terdapat 2 jenis : Jenis 6 mencair pada tahap 249 C(480F ).

Jenis 6.6 mencair pada tahap yang lebih tinggi.

Sifat-sifat khas

i. Kekukuhannya kurang

ii. Kehilangan kekukuhan apabila basah sehingga 20% dan kembali kepada kekukuhan

asal apabila kering.

iii. Kekukuhan yang kurang 10 % daripada tali polyester walaupun bergaris pusat yang

sama.

iv. Mempunyai keupayaan menerima kejutan bebanan yang tinggi.

v. Keanjalan yang sederhana.

vi. Penyerapan tenaga yang sederhana.

vii. Kurang tahan untuk menerima geseran .

viii. Tahap cair tali nylon ialah 249 C ( 480 F ) bagi jenis 6 .

3.3 TALI DAWAI (WIRE ROPE)

Merupakan salah satu daripada jenis-jenis tali yang diperbuat daripada besi (steel)

sudah tidak digunakan lagi untuk kerja-kerja menyelamat, tetapi hanya untuk kerja-kerja

keselamatan sahaja seperti tangga ,menarik kenderaan (winching /towing) dan lain-lain.

4. PENJAGAAN TALI.

Tali ialah satu alat yang penting dalam aktiviti ikatan dan simpulan. Tali mestilah dijaga

dengan baik supaya sentiasa berada dalam sempurna dan dapat digunakan dalam kerja-kerja

menyelamat, mengangkat bebanan dan sebagainya.

48

Beberapa perkara yang perlu diberikan penekanan adalah seperti berikut:

i. Menghamparkan tali baru mengikut panjangnya sebelum digunakan dengan cara

ikatkan hujung tali pada satu cangkuk yang berpusing dan tarik tali itu.

ii. Elakkan daripada memotong tali kecuali sangat mustahak berbuat demikian. Hujung

yang dipotong hendaklah diikat ( Whipped ) dengan segera supaya tidak terburai. Pita

plastik juga boleh digunakan sebagai ikatan sementara.

iii. Elakkan daripada mengadakan simpulan yang tetap di tali kerana ini mungkin akan

mengurangkan kekuatan tali itu.

iv. Jangan mencuba dan memaksa tali yang kasar melalui satu blok yang dikhaskan untuk

tali kecil . Ini mungkin akan menyebabkan tali berbulu dan akan mengurangkan

kekuatan.

v. Elakkan tali daripada melalui atas bucu yang tajam.Lapikkan guni atau sebatang kayu

bulat.

vi. Elakkan tali daripada tersentak atau tekanan yang kasar kerana ini mungkin akan

melemahkan tali.

vii. Simpanlah tali dalam keadaan yang kering. Jika basah hendaklah dianginkan supaya

kering.

viii. Selalu buat pemeriksaan ke atas tali bagi menentukan kerosakan di luar tali tidak

berlaku.

49

ix. Jika tali yang tergulung itu terpaksa ditinggalkan di tempat yang terdedah kepada cuaca

, hendaklah ditutup dengan kanvas atau penutup-penutup yang lain.

x. Apabila tali telah digunakan, hendaklah menentukan tali itu kering dan bersih sebelum

digulung dan disimpan.

xi. Kekuatan tali akan berkurangan sekiranya tali itu basah dan lembap, terkena minyak,

bersimpul-simpul, melalui bucu yang tajam, dan bebanan dilepaskan secara tersentap-

sentap.

5. CARA-CARA MENGEMASKAN TALI

Cara 1

50

Cara 2

6. CARA MENYIMPAN TALI

i. Dengan melengkar tali dari tengah arah ke luar di atas permukaan yang rata dan bersih.

Jika permukaan tersebut adalah kayu lapis pastikan tiada habuk kayu yang mungkin secara

mikro melukakan serat dalam tali. Sebaik-baiknya kayu lapis tersebut dilapik menggunakan

kertas bersih.

ii. Dengan menggulung tali dan di sangkut pada dinding, penyangkut tersebut hendaklah

bersih, tumpul dan panjang supaya tali yang disangkut tidak tersentuh dinding bagi

mengelakkan sentuhan lembapan dan sebagainya. Tali dari jenis rami-manila hendaklah di

minyakkan dengan cara menggunakan berus halus yang dicelup minyak petrol atau minyak

kelapa dan diratakan supaya menyerap ke dalam serat tali.

iii. Tali yang menjalani proses urutan serat (yarn kneading) adalah kategori tali yang di

rawat dan perlu di rehatkan daripada kegunaan sehingga di fikirkan sesuai. Tali yang di rawat

hendaklah di simpan melengkar di atas para dan bukannya di sangkut supaya serat tali tersebut

dapat di rehatkan dari sebarang tanggungan beban fizikal.

51

iv. Tali yang di bersihkan dengan cara basuhan air hendaklah dikeringkan dalam keadaan

menjalar dan tergantung dalam suhu bilik dengan pengaliran udara yang cergas.

v. Tali tidak boleh simpan melengkar di atas lantai simen kerana lantai simen

mengeluarkan wap pada malam hari dan ini akan membuat tali itu menyimpan lembapan dan

dalam jangka yang lama tali akan reput.

vi. Jangan letak tali di atas pasir untuk mengelakkan butiran pasir halus memasuki celah

serat tali dan melukakan serat-serat tersebut semasa tali digunakan secara cergas. Luka-luka

ini akan mengakibatkan tali boleh kehilangan daya dan putus jika digunakan bagi mengangkat

beban.

7. MEMBERSIHKAN TALI

Pembersihan cara kering adalah menggunakan berus halus untuk membersihkan habuk

dan debu yang mungkin terdapat pada permukaan tali. Pembersihan cara basah adalah dengan

menggunakan kain kapas atau polyester di celup dalam air sabun yang suam dan di lurut

sehala sepanjang tali bagi menghilangkan kotoran minyak dan tanah yang melekat pada

permukaan tali.

8. MENGERINGKAN TALI

Tali yang dibersihkan dengan cara basuhan air hendaklah dikeringkan dalam keadaan

menjalar dan tergantung dalam suhu bilik dengan pengaliran udara yang cergas

52

3.1 MENYATAKAN JENIS-JENIS TALI

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid boleh :

3.1.1 Mengetahui definisi tali.

3.1.2 Menyenaraikan 2 jenis tali.

` 3.1.3 Membezakan antara tali asli dan tali tiruan.

3.1.4 Melabelkan struktur tali.

Persediaan

1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu:

a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah)

b. Seluar trek atau seluar sekolah.

2. Guru menyediakan gambarajah yang menunjukkan jenis-jenis tali.

3. Guru menyediakan contoh-contoh tali asli dan tali tiruan.

4. Soalan berkaitan nama jenis-jenis tali.

Prosedur Perlaksanaan

1. Guru menunjukkan gambarajah dan menerangkan jenis-jenis tali. ( Rujuk Lampiran 1 )

2. Guru menunjukkan contoh–contoh tali asli dan tali tiruan.

3. Murid dikehendaki menjawab soalan yang diberikan berkaitan nama jenis-jenis tali

AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

53

LATIHAN

1. Nyatakan definisi Tali.

2. Senaraikan 2 jenis Tali.

3. Nyatakan perbezaan Tali Asli dan Tali Tiruan.

4. Labelkan struktur Tali berikut.

54

LAMPIRAN 1

Jenis-jenis Tali.

55

3.2 MENYATAKAN TATACARA PENJAGAAN TALI

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid boleh :

3.2.1 Menyenaraikan tatacara penjagaan tali.

Persediaan

1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu:

a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah)

b. Seluar trek atau seluar sekolah.

2. Guru menyediakan carta tatacara penjagaan tali.

3. Soalan-soalan latihan tatacara penjagaan tali.

Prosedur Perlaksanaan

1. Guru menerangkan tatacara penjagaan tali.

2. Murid berbincang tentang tatacara penjagaan tali mengikut kumpulan

3. Ketua kumpulan melaporkan hasil perbincangan.

4. Murid menjawab soalan-soalan yang diberikan.

AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

56

LATIHAN

1. Nyatakan tatacara penjagaan tali.

57

3.3 MENGEMASKAN TALI

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid boleh :

3.3.1 Melakukan amali mengemaskan tali mengikut kaedah yang

betul.

Persediaan

1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu:

c. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah)

d. Seluar trek atau seluar sekolah.

2. Guru menyediakan tali temali .

3. Soalan – soalan berkaitan mengemaskan tali dengan kaedah yang betul.

Prosedur Perlaksanaan

1. Guru menunjukkan cara-cara mengemaskan tali dengan kaedah yang betul.

2. Murid mengemaskan tali mengikut kumpulan masing-masing.

3. Tunjuk cara mengemaskan tali mengikut kaedah yang betul oleh setiap kumpulan.

4. Murid melakukan amali mengemaskan tali dengan kaedah yang betul.

AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

58

LATIHAN

1. Mengikut kumpulan anda tunjukkan cara mengemaskan tali dengan betul.

2. Terangkan cara mengemaskan tali dengan kaedah yang betul.

Segala maklumat boleh diperolehi melalui :

Media elektronik :

Internet

Television

Media cetak:

Surat khabar

Majalah

Brosur

Journal

59

PANDUAN KERJA

PENILAIAN

Nama murid

No. kad pengenalan

Nama sekolah

Tingkatan Tahun

No.modul/ unit 3

Tajuk projek Tali Temali

BIL PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL

CATATAN YA TIDAK

1 Mengetahui definisi tali.

2 Menyenaraikan 2 jenis tali.

3 Membezakan antara tali asli dan tali tiruan.

4 Melabelkan struktur tali.

5 Menyenaraikan tatacara penjagaan tali

6 Melakukan amali mengemaskan tali mengikut kaedah yang betul.

KEPUTUSAN

TRAMPIL TIDAK TRAMPIL

TARIKH

Nama guru Tandatangan & tarikh

Disahkan oleh Tandatangan & tarikh

60

BANTU MULA

PENDAHULUAN

Modul ini memberi pendedahan kepada murid dengan pengetahuan dan kemahiran

mengenai rawatan bantu mula untuk penggunaan dalam kehidupan seharian. Murid perlu

mematuhi dan mengikuti aturan urutan rawatan, keselamatan diri serta kebersihan diri

semasa melakukan aktiviti rawatan. Semua pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap positif

yang diperolehi murid melalui modul ini adalah bertujuan untuk menyediakan mereka

menjadi modal insan yang berkebolehan dan berupaya memberikan rawatan bantu mula

kepada diri sendiri, keluarga dan komuniti.

Bantu mula adalah memberikan bantuan awal kepada mangsa yang mendapat kemalangan

atau sakit yang tiba-tiba sementara mendapat rawatan dari pihak perubatan

MODUL

4

61

OBJEKTIF UMUM MODUL 4

Modul ini membolehkan murid :

1. Mengenal pasti jenis-jenis kecederaan dan kemalangan.

2. Mengenal pasti bahan dan peralatan yang diperlukan untuk rawatan bantu mula di

dalam peti pertolongan cemas.

3. Memilih dan menggunakan bahan dan peralatan untuk rawatan bantu mula dengan

teknik yang betul.

4. Memberi rawatan bantu mula mengikut prosedur yang betul.

62

KANDUNGAN MODUL 4

Modul ini mengandungi 3 standard pembelajaran :

4.1 MENYATAKAN TEKNIK MENYELAMAT

4.2 MENERANGKAN PROSEDUR MENYELAMAT MANGSA

4.3 SIMULASI ‘ CPR ‘

63

1. PRINSIP BANTU MULA

Bantu mula merupakan satu proses rawatan awal yang perlu diberikan kepada

mangsa kecederaan dan kemalangan sementara mendapat bantuan perubatan. Bantuan awal

agar mangsa tidak mengalami komplikasi atau jangkitan kuman yang serius jika dibiarkan.

Perkara asas untuk memberikan bantuan awal ialah ilmu pengetahuan ,kemahiran dan sebuah

peti pertolongan cemas.

Peti Pertolongan Cemas

MAKLUMAT RUJUKAN

64

2. PRINSIP DAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Antara prinsip dan asas pertolongan cemas ialah

a. Kesaksamaan

Tiada diskriminasi melibatkan bangsa , agama dan jantina semasa memberi bantuan

b. Berkecuali

Tidak menyebelahi mana-mana pihak dari segi fahaman politik dan ideologi dan

sebagainya

c. Sukarela

Bantuan diberi secara sukarela

65

d. Berkeyakinan

Sentiasa tenang dan yakin semasa memberi bantuan

e. Cepat dan tangkas

Sentiasa bersedia dan pantas bertindak

3. MATLAMAT PERTOLONGAN CEMAS

a. Untuk menyelamatkan nyawa

b. Meminimumkan kesan-kesan kecederaan

c. Menggalakkan pemulihan

t

4. PANDUAN TINDAKAN SEMASA KECEMASAN

Menilai situasi kecemasan

i. menilai dengan pantas dan tenang

ii. Lihat bahaya lain terhadap diri dan mangsa kecederaan

iii. jangan letakkan diri anda dalam sebarang risiko

Mempastikan kawasan kecemasan selamat

i. Lindungi mangsa daripada bahaya

ii. Jangan bertindak melebihi kemampuan anda

66

Menentukan semua kecederaan dan memberi pertolongan cemas

i. menggunakan kebijaksanaan untuk menentukan keutamaan rawatan

Meminta bantuan

i. Segera meminta bantuan pakar seperti Hospital, Bomba dan Penyalemat

, JPA 3, Polis dan sebagainya.

5. TEKNIK MENGANKAT DAN MENGUSUNG

i. Kaedah mengangkat dan menyusung

Kaedah yang anda pilih untuk memindahkan seseorang mangsa kecederaan daripada

bahaya bergantung di atas keadaan kecemasan ,keadaan mangsa itu dan samaada

terdapat seseorang lain untuk membantu anda.

Dalam keadaan yang kurang memuaskan contohnya untuk memberi perlindungan

kepada mangsa kecederaan sementara menunggu bantuan perubatan tiba , satu

pendekatan yang lebih terancang bagi mengangkat dengan menggunakan pengusung

boleh dilaksanakan.

a. Jangan cuba mengalihkan seseorang mangsa kecederaan parah kecuali

keadaan mengancamnyawanya

b. Jangan membuat andaian bahawa seseorang mangsa kecederaan boleh duduk

atau berdiri tanpa sokongan

c. Jangan mengalihkan mangsa seorang diri tanpa bantuan orang lain

d. Nilai keupayaan pembantu-pembantu anda berhubung tugas untuk mengangkat

mangsa itu

e. Pastikan semua orang yang terlibat faham apa yang harus dilakukan.

67

PEMBAWA DAN PENGANGKAT BAGI SATU DAN DUA PEMBERI

PERTOLONGAN CEMAS

Keadaan Mangsa

Kecederaan

Seorang Pemberi

Pertolongan Cemas

Dua Orang Pemberi

Pertolongan Cemas

Sedar boleh berjalan Usung menopang Usung menopang

Sedar , tidak boleh

berjalan

Usungan mengendong

(untuk mangsa yang

ringan)

Kaedah usungan menarik

tidak sesuai kerana boleh

menyebabkan kecederaan

leher dan kepala

Usungan kerusi

Usungan di luan dan

buritan(Bukan untuk

kecederaan lengan)

Tidak sedarkan diri Kaedah mengendong

(hanya untuk mangsa yang

ringan.

Kaedah menarik

Usungan di luan dan

buritan

ii. Usungan Bagi Seorang Pemberi Pertolongan Cemas

Kaedah Menopang

68

Kaedah Mendukung

Kaedah Mengheret atau Menarik

69

Kaedah Menggendong

iii. Usungan Bagi Dua Orang Pemberi Pertolongan Cemas

Kaedah duduk dua tangan

70

Kaedah diluan dan buritan

71

iv. Usungan Kerusi Roda

6. PENGENALAN PEMULIHAN DAN PERNAFASAN

i. Kaedah pemulihan

Kaedah ini dilakukan dengan pelbagai cara dan teknik. Matlamat utamanya ialah untuk

memberi bantuan awal kepada mangsa yang mengalami renjatan, terhenti denyutan

nadi dan tiada pernafasan.

72

Antara kaedah menyelamat yang digunakan adalah:-

EAR = Expired Air Resuction

Cubaan memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan bantuan

pernafasan.

Hanya diberikan sebanyak 2 kali hembusan sahaja.

Dilakukan sekiranya mangsa tiada pernafasan tetapi ada denyutan nadi.

73

CPR = Cardio Pulmonary Resucitation

Satu cubaan memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dan nadinya

dengan menggunakan teknik tekanan di atas dada ( urut jantung ) dan

bantuan pernafasan.

Mengikut carta pemulihan dalam CPR.

Dilakukan apabila mangsa tiada pernafasan dan tiada denyutan nadi.

Kaedah CPR- DR ABC

D DANGER Penyelamat, Persekitaran,

Mangsa

R RESPONSE Kejutkan mangsa

Tindak balas dari mangsa

A Airways Head Tilt Chin Lift atau

Jaw Thrust ( kaedah

mengangkat dagu untuk

membuka ruang udara

dalam mulut )

Buang benda asing

B Breathing 3 M ( mendengar, melihat

dan merasa )

2 Hembusan penyelamat

C Circulation Periksa nadi carotid atau

Brtakial

Tekanan atas dada.

74

75

Carta Pemulihan

Peringkat Tekanan

dan

Hembusan

Kedalaman

Tekanan

Kitaran Penuh Bantuan pernafasan

Bayi 5 nisbah 1 ½ - 1 inci 100 tekanan

20 hembusan

1 hembusan 3 saat

20 hembusan 1 minit

Kanak

kanak

5 : 1 1 – 1 ½ inci 100 tekanan

20 hembusan

1 hembusan 4 saat

15 hembusan 1 minit

Dewasa 15 :2 1 ½ - 2 inci 60 tekanan

8 hembusan

1 hembusan 5 saat

12 hembusan 1 minit

Situasi CPR tidak boleh dilakukan.

Mangsa yang kaku dan kejang

Cedera teruk di bahagian dada, leher, kepala dan muka

Tiada kebenaran waris

Mangsa yang disahkan meninggal

Bayi berumur kurang dari 3 bulan.

Mangsa yang memakai bracelet, rantai leher DNAR ( Do Not Atemp

Resucitation.

Kaedah mulut ke mulut

Dilakukan apabila keadaan memerlukan bantuan pernafasan. Muka mangsa tidak rosak

atau boleh dilakukan apabila keadaan persekitaran dan juga punca penyakit

dikenalpasti. Sebelum melakukannya pastikan anda mempunyai sijil dan tahu kaedah

menyelamat dengan cara ini.

Antara langkah yang perlu dipatuhi ialah:-

76

Tentukan mangsa samada sedar atau tidak dengan menepuk bahu dan

memanggilnya.

Sekiranya tiada rangsangan, anggap mangsa tidak sedar dan secepat mungkin

dapatkan bantuan atau pertolongan dengan meminta orang lain memanggil

bantuan ambulan.

77

Buka saluran pernafasan mangsa dengan mendongak kepala dan angkat

dagunya.

Pastikan mangsa bernafas:-

1. Lihat pergerakan dada turun dan naik.

2. Dengar bunyi hembusan nafas.

3. Rasa haba panas yang keluar dari mulut ke hidung.

Sekiranya mangsa tidak bernafas, beri bantuan pernafasan seperti berikut:-

1. Dongakkan mangsa dan angkat dagu mangsa.

2. Pastikan mulut mangsa tidak mengandungi bahan atau benda yang

menghalang pernafasan.

3. Picit hidung dengan ibu jari dan jari telunjuk.

4. Buka mulut dan lekapkan mulut anda ke mulut mangsa.

5. Beri hembusan nafas anda sebanyak 2 kali ke dalam mulut mangsa dan

perhatikan dadanya naik dan turun.

6. Bantuan pernafasan ini diberikan selama 1 hingga 2 saat bagi setiap

hembusan.

7. Periksa nadi mangsa.

Kaedah mulut ke hidung

Kaedah ini dilakukan apabila mulut mangsa mengandungi bahan asing dan mungkin

mulut mangsa ada racun. Keadaan ini dilakukan dengan memberi hembusan nafas

melalui hidung mangsa.

Antara langkah yang perlu dipatuhi ialah:-

Tentukan mangsa samada sedar atau tidak dengan menepuk bahu dan

memanggilnya.

Sekiranya tiada rangsangan, anggap mangsa tidak sedar dan secepat mungkin

dapatkan bantuan atau pertolongan dengan meminta orang lain memanggil

bantuan ambulan.

Buka saluran pernafasan mangsa dengan mendongak kepala dan angkat

dagunya.

Pastikan mangsa bernafas:-

1. Lihat pergerakan dada turun dan naik.

78

2. Dengar bunyi hembusan nafas.

3. Rasa haba panas yang keluar dari mulut ke hidung.

Sekiranya mangsa tidak bernafas, beri bantuan pernafasan seperti berikut:-

1. Dongakkan mangsa dan angkat dagu mangsa.

2. Lekapkan mulut anda ke hidung mangsa.

3. Beri hembusan nafas anda sebanyak 2 kali ke dalam mulut mangsa dan

perhatikan dadanya naik dan turun.

4. Bantuan pernafasan ini diberikan selama 1 hingga 2 saat bagi setiap

hembusan.

5. Periksa nadi mangsa.

Kaedah Holger Nelson

Kaedah ini boleh dilakukan apabila mulut pesakit luka, kecedaraan muka yang parah,

kes keracunan dan mangsa terperangkat secara muka ke bawah.

Antara langkahnya ialah:-

Buangkan semua objek yang boleh menghalang pernafasan seperti gigi

palsu,pasir, tanah dan sebagainya.

Letakkan pesakit di tempat yang rata dalam keadaan meniarap dan

mukanya di sisi, tindankan tangannya di bawah dahinya.

Anda berada di hujung kepala pesakit sambil ke dua-dua belah tangan

diletakkan di belakang pesakit.

Mulakan pemulihan pernafasan dengan menekan bahu pesakit secara

perlahan lahan sehingga lengan anda tegak mengikut susuk badan pesakit.

Bilang satu, dua.

Selepas itu bilang tiga sambil mengurut tangan pesakit hingga anda dapat

mencekak pangkal lengan dekat dengan siku pesakit.

Seterusnya angkat dan tarik tangan pesakit sehingga terasa tegang, bilang

empat, lima. Jangan biarkan dada terangkat dari tempatnya.

Selepas itu bilang enam. Pergerakan ini telah mencukupi satu pusingan

dan mengambil masa selama 6 saat.

Satu saat bagi setiap bilangan.

Ulangi pergerakan mengikut urutan pusingan sehingga pesakit dapat

bernafas kembali.

79

Kaedah Silvester

Kaedah ini boleh dilakukan apabila mulut pesakit luka, kecedaraan muka yang parah,

kes keracunan dan mangsa terperangkat secara muka ke bawah.

Antara langkahnya ialah:-

Buangkan semua objek yang boleh menghalang pernafasan seperti gigi

palsu,pasir, tanah dan sebagainya.

Letakkan pesakit di tempat yang rata dalam keadaan meniarap dan

mukanya di sisi, tindankan tangannya di bawah dahinya.

Anda berada di hujung kepala pesakit sambil ke dua-dua belah tangan

diletakkan di bawah abdomen mangsa..

Mulakan pemulihan pernafasan dengan mengurut abdomen pesakit secara

perlahan lahan ke arah belakang mangsa. Bilang satu, dua.

Selepas itu bilang tiga sambil mengurut tangan pesakit hingga anda dapat

mencekak pangkal lengan dekat dengan siku pesakit.

Seterusnya angkat dan tarik tangan pesakit sehingga terasa tegang, bilang

empat, lima. Jangan biarkan dada terangkat dari tempatnya.

Selepas itu bilang enam. Pergerakan ini telah mencukupi satu pusingan

dan mengambil masa selama 6 saat.

Satu saat bagi setiap bilangan.

Ulangi pergerakan mengikut urutan pusingan sehingga pesakit dapat

bernafas kembali.

80

4.1 MENYATAKAN TEKNIK MENYELAMAT

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid boleh :

4.1.1 Menyatakan teknik menyelamat mangsa secara individu. 4.1.2 Menyatakan teknik menyelamat mangsa secara berpasangan.

Persediaan

5. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu:

e. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah)

f. Seluar trek atau seluar sekolah.

6. Guru menyediakan gambarajah dan carta teknik menyelamat mangsa secara individu

dan secara berpasangan.

7. Soalan berkaitan dengan teknik menyelamat mangsa secara individu dan secara

berpasangan.

Prosedur Perlaksanaan

4. Guru menunjukkan gambarajah dan carta teknik menyelamat mangsa secara individu

dan secara berpasangan.

5. Tunjukcara teknik menyelamat mangsa secara individu dan secara berpasangan.

6. Murid melakukan menyelamat mangsa secara individu dan secara berpasangan

mengikut kumpulan.

7. Murid menjawab soalan teknik menyelamat mangsa secara individu dan secara

berpasangan yang diberikan.

AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

81

LATIHAN

1. Bincangkan dalam kumpulan anda tentang teknik menyelamat mangsa secara individu.

2. Bincangkan dalam kumpulan anda tentang teknik menyelamat mangsa secara

berpasangan.

3. Tunjukkan cara menyelamat mangsa secara individu.

4. Tunjukkan cara menyelamat mangsa secara berpasangan.

82

4.2 MENERANGKAN PROSEDUR MENYELAMAT MANGSA

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid boleh :

4.2.1 Menyenaraikan prosedur menyelamat mangsa. 4.2.2 Mengetahui kaedah melakukan “CPR”.

Persediaan

1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu:

a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah)

b. Seluar trek atau seluar sekolah.

2. Guru menyediakan gambarajah dan carta yang menunjukkan prosedur menyelamat mangsa

dan kaedah melakukan “CPR’.

3. Soalan berkaitan dengan prosedur menyelamat mangsa dan kaedah melakukan “CPR’.

Prosedur Perlaksanaan

1. Guru menunjuk dan menerangkan gambarajah dan carta yang menunjukkan prosedur

menyelamat mangsa dan kaedah melakukan “CPR’.

2. Murid berbincang tentang prosedur menyelamat mangsa dan kaedah melakukan “CPR’

mengikut kumpulan.

3. Murid membuat laporan dan menjawab soalan tentang prosedur menyelamat mangsa dan

kaedah melakukan “CPR’ mengikut kumpulan.

AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

83

LATIHAN

1. Bincang dan laporkan mengikut kumpulan prosedur menyelamat mangsa.

2. Bincang dan laporkan mengikut kumpulan kaedah melakukan ‘CPR’

84

4.3 SIMULASI ‘CPR’.

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid boleh :

4.3.1 Simulasi “CPR” secara individu.

Persediaan

1. Murid hendaklah bersedia dengan pakaian aktiviti yang sesuai iaitu:

a. Baju T berkolar (baju T sukan atau sekolah)

b. Seluar trek atau seluar sekolah.

2. Guru menyediakan gambarajah dan Simulasi “CPR”.

3. Soalan dalam bentuk perbincangan Simulasi ‘CPR’

Prosedur Perlaksanaan

1. Guru menunjukkan gambarajah dan menerangkan ‘CPR’.

2. Guru menunjukkan Simulasi ‘CPR’

3 Murid melakukan simulasi ‘CPR’ mengikut kumpulan dan secara individu.

4 Murid menjawab soalan yang diberikan secara perbincangan.

AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

85

LATIHAN

1. Bincang dan lakukan Simulasi ‘CPR’ secara individu dalam kumpulan anda.

Segala maklumat boleh diperolehi melalui :

Media elektronik :

Internet

Television

Media cetak:

Surat khabar

Majalah

Brosur

Journal

86

PANDUAN KERJA

PENILAIAN

Nama murid

No. kad pengenalan

Nama sekolah

Tingkatan Tahun

No.modul/ unit 4

Tajuk projek Bantu Mula

BIL PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL

CATATAN YA TIDAK

1 Menyatakan teknik menyelamat mangsa secara individu

2 Menyatakan teknik menyelamat mangsa

secara berpasangan

3 Menyenaraikan prosedur menyelamat mangsa.

4 * Mengetahui kaedah melakukan “CPR”

5 Simulasi “CPR” secara individu.

KEPUTUSAN

TRAMPIL TIDAK TRAMPIL

TARIKH

Nama guru Tandatangan & tarikh

Disahkan oleh Tandatangan & tarikh

87

UNIT 3 : SUKAN HOKI

STANDARD PEMBELAJARAN:

6.3 Mengetahui sejarah dan perkembangan serta undang–undang permainan hoki.

6.4 Murid juga perlu mengetahui peralatan asas dalam permainan hoki.

6.5 Mengetahui teknik yang betul dalam melakukan kemahiran asas

permainan hoki.

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid boleh :

3.1 Menyatakan undang-undang permainan hoki.

3.2 Menerangkan undang-undang dan peraturan dalam permainan hoki.

3.3 Menyatakan ukuran dan zon padang hoki dengan tepat.

3.4 Menyenaraikan peralatan yang perlu dalam permainan hoki.

3.5 Menyatakan kemahiran asas dalam permainan hoki.

MODUL

6

88

MAKLUMAT RUJUKAN

UNIT 3 : SUKAN HOKI

3.1 Sejarah dan perkembangan permainan

3.1.1 Rekod sejarah menunjukkan Permainan hoki telah mula dimainkan pada abad ke-15.

Orang Mesir, Romania, Athens, Australia dan Eropah dikenal pasti telah bermain satu

permainan dengan menggunakan kayu yang melengkong untuk memukul bola. Asal

perkataan hoki berkemungkinan telah wujud daripada perkataan Anglo-Saxon iaitu

Hook, Hok atau perkataan Perancis Hocquet.

3.1.2 Hoki moden telah dimainkan di sekolah-sekolah awam Inggeris pada kurun ke-19.

Permainan tersebut tersebar luas ke negara-negara di bawah naungan British pada

akhir kurun ke-19. Badan Peraturan Hoki Antarabangsa telah ditubuhkan pada tahun

1895 dan permainan hoki buat julung kalinya dipertandingkan pada tahun 1908 di Sukan

Olimpik London bagi kategori lelaki.

3.1.3 Hoki menjadi sukan wajib dipertandingkan di Sukan Olimpik mulai 1928 di Amsterdam.

Persekutuan Hoki Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1924 di Paris dan dikenali

sebagai Federation Internationale de Hockey (FIH). Kini, ibu pejabat FIH di Brussels

merupakan pertubuhan yang bertanggungjawab terhadap permainan hoki.

3.1.4 Di benua Asia pula, permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Asia di Tokyo

pada tahun 1958 dan didominasi oleh Pakistan dan India. Negara-negara lain di Asia

yang juga unggul dalam permainan hoki ialah Korea, Jepun, China dan Malaysia.

Pasukan hoki wanita daripada Korea, China dan Jepun adalah antara negara yang

89

setaraf dengan pasukan wanita peringkat antarabangsa seperti Jerman, Australia dan

Belanda.

3.1.5 Hoki di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1898. Permainan ini menjadi popular pada

awal tahun 1920 an dan diperkenalkan di sekolah-sekolah awam Inggeris. Pertandingan

liga yang pertama dianjurkan di Pulau Pinang pada tahun 1925. Persatuan Hoki Negeri

yang pertama ditubuhkan oleh Negeri Perak pada tahun 1927. Majlis Hoki Malaysia

ditubuhkan pada tahun 1948 untuk menguruskan semua aktiviti sukan hoki di Malaysia.

Ia dibubarkan pada tahun 1954 dan digantikan dengan Persekutuan Hoki Malaysia. Dua

Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn pernah menjadi

presiden persatuan ini.

3.1.6 Malaysia sangat aktif dalam hoki pada peringkat Asia dan antarabangsa. Semua negeri

dan Angkatan Tentera bergabung (affiliated) dengan Persekutuan Hoki Malaysia.

Pertandingan-pertandingan hoki juga dikelolakan oleh persatuan kebangsaan,

persatuan - persatuan hoki negeri, bank, angkatan tentera dan jabatan-jabatan kerajaan.

Malaysia terlibat dalam Sukan Olimpik buat pertama kalinya pada tahun 1956 dan

pasukan hoki lelaki kebangsaan Malaysia telah menyertai sukan olimpik tersebut.

90

3.2 Undang-Undang Hoki

3.2.1 Ukuran Padang Hoki.

a. Kawasan permainan hoki berbentuk empat segi tepat yang berukuran 90meter panjang

dan 54 meter lebar dengan permukaan yang rata. Hoki amat sesuai jika dimainkan di

atas padang ‘astroturf’ (rumput tiruan). Terdapat lima garisan utama di padang hoki iaitu

:

(i) garisan tepi

(ii) garisan gol

(iii) garisan tengah

(iv) garisan 23 m

(v) garisan ‘D’

91

b. Dua garisan selari dengan garisan belakang didapati dalam kedua-dua

kawasan 23 meter,satu garisan 5.0 meter dari garisan belakang dan satu lagi 14.63 darinya.

3.2.2 Bulatan Menjaring

a. Satu garisan yang panjangnya 3.66 m selari dengan garisan gol ditanda

ditengah garisan 14.63 m.

b. Dua suku bulatan beradius 14.63 m dilukis bermula dari garisan 3.66 m ke garisan

belakang. Bagi suku bulatan disebelah kiri tiang gol kiri digunakan sebagai pusat,

manakala suku bulatan disebelah kanan tiang gol kanan digunakan sebagai pusat.

92

c. Bulatan yang dilukis dalam rajah di atas dikenali sebagai bulatan jaringan, bulatan

pukulan atau kawasan “D”.

d. Tanda-tanda yang lain didapati dalam bulatan jaringan adalah tanda strok penalti 6.4 m

di hadapan gol dan garisan-garisan sudut penalti 5.0 m dan 10.0 m dari tiang gol

sebelah kiri dan kanan.

3.2.3 Pintu Gol

a. Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol.

b. Gol diletakkan di tengah-tengah garisan belakang.

c. Gol dibuat dengan 2 tiang gol tengah yang disambung dengan 1 tiang

mendatar (crossbar).

93

d. Jarak antara dua tiang tengah itu ialah 3.66 m.

e. Ketinggian tiang tengah ialah 2.14 m.

f. Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk empat segi bujur berukuran

5 mm lebar dan dalam antara 5.0 mm-7.5 mm.

g. Semua tiang tengah dan mendatar dicat putih.

3.2.4 Bola

a. Sebiji bola keras, pejal dan kosong digunakan.

b. Biasanya, permukaan bola adalah licin.

c. Bola bewarna putih (warna lain digunakan dengan persetujuan oleh kedua-dua

pasukan).

d. Berat bola 156 g (minimum) -163 g (maksimum).

e. Lilitan bola : 224 mm (minimum) - 235 mm (maksimum).

94

3.2.5 Kayu Hoki

a. Kayu hoki hendaklah licin dan tidak boleh mengandungi tepi-tepian tajam atau serpihan

yang merbahaya.

b. Tebal kayu dihadkan kayu mesti boleh melalui 1 gelung yang mempunyai diameter 51

mm.

3.2.6 Peralatan

Kayu Hoki – yang memenuhi syarat

95

Shin pad

Kasut

Jersi

Bola

96

3.2.7 Peralatan Penjaga Gol

Helmet

Pelapik dada

Sarung tangan

97

Pelapik Kaki

Pelapik keselamatan

Kayu hoki penjaga gol

98

3.4 Kemahiran Asas

3.4.1 Menolak

Kemahiran ini boleh digunakan untuk membuat hantaran kepada rakan

sepasukan, tolakan ke dalam semasa pukulan sudut pendek atau untuk

menjaring. Perkara yang perlu dititikberatkan adalah kedudukan bahu dan kaki

serta daya tolakan dari kedua belah tangan untuk mendapat ketepatan arah dan

kederasan bola.

Bola berada disebelah tangan kanan. Kayu rapat dengan bola.

Bengkokkan lutut dan bahu kiri menghadap sasaran. Berat badan berada di kaki

kanan. Alihkan berat badan ke kaki kiri. Gunakan kekuatan tangan dengan

melejang bola ke hadapan. Bengkokkan badan semasa melakukan aktiviti

tersebut. Pindahkan berat badan ke kaki kiri dan ikut lajak. Halakan kayu ke arah

sasaran untuk ketepatan.

99

3.4.2 Memukul

Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola kepada kawan atau

rakannya pada jarak yang agak jauh atau membuat pukulan ke arah gol. Bagi

tujuan pukulan, perkara yang perlu dititikberatkan adalah ketepatan arah dan

kederasan bola. Ketepatan arah bola ditentukan dengan kedudukan bahu dan

kaki sementara kederasan bola ditentukan dengan daya pukulan daripada

kedua-dua belah tangan dan pemindahan berat badan.

Pegang kayu dengan kuat. Tangan kiri di atas tangan kanan. Bahu kiri

menghadap sasaran. Bola berada selari dengan kaki kiri.Mulakan aksi dengan

hayunan ke belakang. Hayun kayu ke arah bola dan pindahkan berat badan ke

kaki depan. Bengkokkan lutut semasa melakukannya. Mata memandang bola.

Kontak bahagian belakang bola. Ikut lajak, kayu dituju sehala dengan sasaran.

Berat badan dipindahkan ke hadapan.

100

3.4.3 Mengkelecek

Kemahiran menggelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambil

melepasi pemain lawan. Aspek yang perlu dititik beratkan semasa melakukan

kemahiran ini ialah kepantasan dan kemahiran mengacah dengan menggunakan

pergerakan badan dan kayu. Bola sentiasa berada di hadapan badan dan

digerakkan dari sisi ke sisi.

3.4.4 Menguis

Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola tinggi melepasi pihak

lawan ke rakan atau untuk menjaringkan gol.

101

Bola berada di sebelah kaki kiri. Kedudukan kayu rapat dan berada di

bawah bola. Bengkokkan lutut dan bahu kiri menghadap sasaran. Berat badan

berada di kaki kanan. Alihkan berat badan ke kaki kiri. Gunakan kekuatan tangan

dengan melejang bola ke hadapan dan ke atas. Bengkokkan badan semasa

lakuan. Ikut lajak ke arah atas.

3.4.5 Merebut

Merebut adalah satu keupayaan merampas bola daripada penguasaan

pihak lawan. Sewaktu melaksanakan kemahiran ini, imbangan, koordinasi,

ketangkasan dan kesedaran ruang memainkan peranan yang penting.

Kemahiran ini dilakukan pada saat pihak lawan leka dan cuai. Antara cara

merebut dalam permainan hoki ialah:

1. Merebut secara menghadang ( flat tackle)

2. Merebut secara kilas (reverse tackle)

3. Merebut secara melonjak (jab tackle)

Merebut secara menghadang (flat tackle) Digunakan untuk menghadang

kemaraan penyerang dari sebelah kanan pemain pertahanan dengan

meletakkan kayu mendatar dengan permukaan padang. Kayu diletakkan depan

kaki kiri

102

Merebut secara kilas (reverse tackle) Digunakan di sebelah kiri pemain

pertahanan. Tangan rapat dengan padang. Lonjak dan cuba kait bola.

Merebut secara melonjak (jab tackle) Pegang kayu kuat di tangan kiri. Cuba jolok

bola.

103

3.4.6 Menjaga Gol

104

PANDUAN KERJA

PENILAIAN

Nama murid

No. kad pengenalan

Nama sekolah

Tingkatan Tahun

No.modul/ unit 4

Tajuk projek Bantu Mula

BIL PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL

CATATAN YA TIDAK

1 Mengetahui sejarah dan perkembangan serta

undang–undang permainan hoki.

3 Murid juga perlu mengetahui peralatan asas

dalam permainan hoki.

5 Mengetahui teknik yang betul dalam

melakukan kemahiran asas

KEPUTUSAN

TRAMPIL TIDAK TRAMPIL

TARIKH

Nama guru Tandatangan & tarikh

Disahkan oleh Tandatangan & tarikh