koku 2015

10
Basariah Binti Bachik, SK RAUB JAYA, 27600 RAUB. Ruj Tuan : Ruj Kami : CBA 6028 / 04 / 03 / 01 (1) Tarikh : 20 JANUARI 2015 Kepada, GURU BESAR, SK Raub Jaya, 27600 RAUB. Tuan, PERMOHONAN PENUBUHAN UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM Dengan segala hormatnya dimaklumkan, bahawa saya BASARIAH BINTI BACHIK, guru penasihat Unit Beruniform PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA sekolah berdasarkan Peraturan Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998 P.U.(A) 196, sukacita dengan ini memohon untuk menubuhkan UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA SK Raub Jaya mulai 1 FEBRUARI 2015. 2. Bersama-sama ini disertakan: 2.1 Draf Perlembagaan 2.2 Draf Aktiviti Asas 2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja 3 Kerjasama pihak tuan untuk mempertimbang dan meluluskan permohonan ini sangat dihargai. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” KOKURIKULUM SK RAUB JAYA 2015

Upload: azran-jaafar

Post on 22-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: koku 2015

Basariah Binti Bachik,SK RAUB JAYA,27600 RAUB.

Ruj Tuan : Ruj Kami : CBA 6028 / 04 / 03 / 01 (1) Tarikh : 20 JANUARI 2015

Kepada,GURU BESAR,SK Raub Jaya,27600 RAUB.

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM

Dengan segala hormatnya dimaklumkan, bahawa saya BASARIAH BINTI BACHIK, guru penasihat Unit Beruniform PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA sekolah berdasarkan Peraturan Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998 P.U.(A) 196, sukacita dengan ini memohon untuk menubuhkan UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA SK Raub Jaya mulai 1 FEBRUARI 2015.

2. Bersama-sama ini disertakan:

2.1 Draf Perlembagaan2.2 Draf Aktiviti Asas2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja

3 Kerjasama pihak tuan untuk mempertimbang dan meluluskan permohonan ini sangat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………….(BASARIAH BINTI BACHIK)

MOHD NAZRI BIN ROMLY,Guru Besar, SK RAUB JAYA,

KOKURIKULUM SK RAUB JAYA 2015

Page 2: koku 2015

27600 RAUB.Ruj.Tuan : CBA 6028 / 04 / 03 / 01 (1)

Ruj Kami : CBA 6028 / Tarikh : 27 JANUARI 2015

Kepada,BASARIAH BINTI BACHIK,Guru Penasihat Pergerakan Puteri Islam,SK Raub Jaya,27600 RAUB.

Tuan,

KELULUSAN PENUBUHAN UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM

Menurut surat cikgu CBA 6028 / 04 / 03 / 01 (1) bertarikh 20 JANUARI 2015 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998 P.U.(A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan cikgu untuk menubuhkan UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM SK Raub Jaya diluluskan berkuatkuasa 1 FEBRUARI 2015.

2. Semoga cikgu dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Surat kelulusan ini hendaklah sentiasa berada dalam fail kelab / persatuan yang berkenaan sehingga surat pembubarannya dikeluarkan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

[MOHD NAZRI BIN ROMLY]Guru Besar, SK RAUB JAYA.

MOHD NAZRI BIN ROMLYGuru Besar, SK RAUB JAYA27600 RAUB

Ruj Tuan : CBA 6028 / 04 / 03 / 01 (1) Ruj Kami : Tarikh : 27 JANUARI 2015

Page 3: koku 2015

BASARIAH BINTI BACHIK,SK RAUB JAYA,27600 RAUB.

Tuan,

PELANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas.

2. Sehubungan dengan itu, mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah yang bermesyuarat pada 26 JANUARI 2015 telah bersetuju untuk melantik tuan sebagai Guru Penasihat kepada UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM SK RAUB JAYA mulai 1 FEBRUARI 2015 sehingga 31 Disember 2015. Bersama ini dilampirkan bidang tugas guru penasihat persatuan / kelab / unit beruniform. Tuan dikehendaki pada setiap masa menjalankan kegiatan dan aktiviti berkaitan dengan persatuan / kelab / unit beruniform, mengawasi keselamatan dan kesejahteraan murid-murid. Murid-murid hendaklah sentiasa dibimbing untuk menjadi pemimpin persatuan / kelab / unit beruniform masing-masing.

3 Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Surat perlantikan ini sah sehingga tarikh yang tersebut di atas sahaja dan hendaklah dimasukkan dalam fail peribadi pegawai serta satu salinan di dalam fail persatuan / kelab / unit beruniform.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah.

………………………………(MOHD NAZRI BIN ROMLY)GURU BESARSK RAUB JAYA27600 RAUB

DRAF PERLEMBAGAAN PUTERI ISLAM MALAYSIASEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA

1. Nama dan Alamat : Pergerakan Puteri Islam, SK Raub Jaya, 27600 Raub Pahang.

2. Matlamat2.1 Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara

Page 4: koku 2015

2.2 Melatih pelajar cara berpersatuan2.3 Membentuk sikap kepimpinan dalam diri pelajar.2.4 Memberikan pelajar pengalaman dan pengetahuan yang mungkin tidak dapat dipelajari di

dalam bilik darjah terutamanya yang berkaitan dengan bahasa [Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris].

3. Keahlian3.1 Keahlian terbuka kepada semua murid yang berada di Tahap 2

4. Yuran4.0 Tiada yuran keahlian dikenakan.

5. Jawatankuasa Persatuan (nama jawatan dan tugas)5.1 Penaung 5.1.1 Jawatan ini disandang oleh guru besar.

5.1.2 Membuat pemantauan secara keseluruhan mengenai pelaksanaan aktiviti dan pengurusan sesebuah persatuan supaya selaras dengan peraturan persatuan dan undang-undang Kementerian Pendidikan.

5.2 Penasihat5.2.1 Jawatan ini disandang oleh Penolong Kanan Kokurikulum.5.2.2 Membuat pemantauan secara keseluruhan mengenai pelaksanaan aktiviti dan

pengurusan sesebuah persatuan supaya selaras dengan peraturan persatuan dan undang-undang Kementerian Pendidikan

5.3 Guru Penasihat / Pembimbing5.3.1 Dilantik di kalangan guru sekolah atau kakitangan sekolah atau orang

persendirian.5.3.2 Membuat perancangan dan memberi latihan kepada ahli-ahli.5.3.3 Melaksanakan pentadbiran di peringkat sekolah.5.3.4 Menjadi penghubung antara badan induk dengan pentadbiran sekolah atau

pentadbir sekolah dengan persatuan.

5.4 Pengerusi5.4.1 Dilantik di kalangan pelajar5.4.2 Mengetuai persatuan mengikut perlembagaan5.4.3 Mengurus dan mentadbir persatuan atau melaksanakan keputusan mesyuarat

Jawatankuasa Kerja atau mesyuarat agung.5.4.4 Mengetuai untuk merancang, melaksana dan menyelia aktiviti persatuan.5.4.5 Mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Kerja.5.4.6 Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam

perlembagaan persatuan.

5.5 Naib Pengerusi5.5.1 Dilantik di kalangan pelajar.5.5.2 Membantu pengerusi dalam pengurusan pentadbiran persatuan.5.5.3 Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas pengerusi apabila

ketiadaan pengerusi.5.5.4 Menjalankan tugas seperti ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan

persatuan.

5.6 Setiausaha5.6.1 Dilantik di kalangan pelajar.5.6.2 Menyimpan pendaftaran keahlian.

Page 5: koku 2015

5.6.3 Bertanggungjawab bagi surat-menyurat dengan badan luar, pentadbiran sekolah dan ahli-ahli persatuan.

5.6.4 Menjemput dan mengedar surat panggilan semua jenis mesyuarat bagi persatuan.

5.6.5 Bekerjasama dengan pengerusi bagi mentadbir dan menguruskan persatuan.5.6.6 Menjalankan tugas sebagai mana ketetapan yang diperuntukkan dalam

perlembagaan persatuan.

5.7 Bendahari5.7.1 Dilantik di kalangan pelajar.5.7.2 Menyimpan rekod dan stok harta persatuan.5.7.3 Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran keahlian jika ada.5.7.4 Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan persatuan.5.7.5 Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira persatuan.5.7.6 Menjalankan tugas mengikut ketetapan yang diperuntukkan dalam

perlembagaan persatuan.

6. Kewangan Persatuan6.1 Segala sumber kewangan persatuan adalah bergantung kepada agihan pentadbiran

sekolah.

7. Pembatalan dan Pembubaran Persatuan7.1 Pembatalan dan pembubaran persatuan hanya boleh dilaksanakan oleh Guru Besar.7.2 Pembatalan dan pembubaran persatuan boleh dilakukan sekiranya persatuan melanggar

ataupun tidak mengikut undang-undang Kementerian Pelajaran.

8. Pindaan Perlembagaan dan Undang-undang Persatuan8.1 Guru Besar dan Penolong Kanan Kokurikulum berhak meminda mana-mana

perlembagaan ataupun undang-undang persatuan jika perlu. 8.2 Semua ahli persatuan adalah tidak terkecuali daripada perlembagaan dan undang-undang

persatuan.8.3 Kehadiran semua ahli adalah wajib untuk setiap perjumpaan samada harian, mingguan

ataupun tahunan.8.4 Sekiranya ahli gagal untuk menghadiri mana-mana sesi perjumpaan, ahli tersebut perlulah

memberikan sebab samada surat cuti sakit ataupun apa-apa bukti yang dapat menyokong ahli untuk tidak hadir.

8.5 Tindakan disiplin ataupun tatatertib boleh dikenakan kepada ahli yang gagal mematuhi undang-undang persatuan.

8.6 Semua ahli perlulah mematuhi etika berpakaian ketika menghadiri perjumpaan.8.7 Semua ahli perlulah menjalankan tugas semasa yang diberikan oleh pentadbir.

Page 6: koku 2015

UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN RAUB JAYA

TAKWIM 2015

BULAN AKTIVITI CATATAN

FEBRUARI- Pelantikan jawatankuasa

- Pertemuan mingguan ( Asmaul Husna )

MAC- Pengenalan Puteri Islam

- Pengenalan Kebersihan

APRIL- Pertemuan mingguan ( Asmaul Husna )

- Latihan Kawad Kaki

MEI - Program Buku Skrap

Page 7: koku 2015

- Pertemuan mingguan

JUN - OGOS

- Aktiviti amal membersih surau

- Pertemuan mingguan ( Asmaul Husna )

- Aktiviti Gubahan dan Jahitan

SEPTEMBER

- Persediaan UPSR (Solat hajat & bacaan Yasin)

- Pertemuan mingguan ( Asmaul Husna )