kod etika-waktu-bekerja-lada

9
Garis Panduan Kod Etika Waktu Bekerja, Keluar Masuk Pejabat Dan Waktu Rehat 7 KATA-KATA ALUAN Y.BHG. TAN SRI KHALID BIN RAMLI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LADA Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) adalah Badan Berkanun Kerajaan Persekutuan iaitu agensi di bawah pemantauan Kementerian Kewangan Malaysia. Adalah menjadi tanggungjawab semua pegawai kerajaan untuk menggunapakai dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia seperti Pematuhan Waktu Bekerja, Keluar Masuk Pejabat dan Waktu Rehat. Selaras dengan itu, Garis Panduan Kod Etika Waktu Bekerja, Keluar Masuk Pejabat dan Waktu Rehat diwujudkan untuk menjadi bahan rujukan kepada warga LADA khususnya dalam usaha melahirkan pegawai kerajaan yang cemerlang dan terbilang. Sehubungan itu, selaku pegawai kerajaan, warga LADA perlu mematuhi waktu bekerja sepertimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dengan menunjukkan disiplin yang tinggi dan memberi komitmen yang sewajarnya. Pematuhan waktu bekerja melambangkan imej korporat dan imej peribadi yang mapan bagi seseorang pegawai kerajaan. Ianya juga dapat meningkatkan produktiviti seseorang pegawai kerajaan dalam penyampaian perkhidmatan di sesebuah agensi. Oleh itu, saya menyeru kepada semua warga LADA agar dapat membudayakan pematuhan waktu bekerja supaya LADA menjadi contoh kepada agensi-agensi lain di Langkawi.

Upload: alfakir-fikri-altakiri

Post on 18-Nov-2014

673 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Kod etika-waktu-bekerja-lada

Garis Panduan Kod Etika Waktu Bekerja, Keluar Masuk Pejabat Dan Waktu Rehat

7

KATA-KATA ALUAN Y.BHG. TAN SRI KHALID BIN RAMLI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LADA

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) adalah Badan Berkanun Kerajaan Persekutuan iaitu agensi di bawah pemantauan Kementerian Kewangan Malaysia. Adalah menjadi tanggungjawab semua pegawai kerajaan untuk menggunapakai dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia seperti Pematuhan Waktu Bekerja, Keluar Masuk Pejabat dan Waktu Rehat. Selaras dengan itu, Garis Panduan Kod Etika Waktu Bekerja, Keluar Masuk Pejabat dan Waktu Rehat diwujudkan untuk menjadi bahan rujukan kepada warga LADA khususnya dalam usaha melahirkan pegawai kerajaan yang cemerlang dan terbilang.

Sehubungan itu, selaku pegawai kerajaan, warga LADA perlu mematuhi waktu bekerja sepertimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dengan menunjukkan disiplin yang tinggi dan memberi komitmen yang sewajarnya. Pematuhan waktu bekerja melambangkan imej korporat dan imej peribadi yang mapan bagi seseorang pegawai kerajaan. Ianya juga dapat meningkatkan produktiviti seseorang pegawai kerajaan dalam penyampaian perkhidmatan di sesebuah agensi. Oleh itu, saya menyeru kepada semua warga LADA agar dapat membudayakan pematuhan waktu bekerja supaya LADA menjadi contoh kepada agensi-agensi lain di Langkawi.

Page 2: Kod etika-waktu-bekerja-lada

Garis Panduan Kod Etika Waktu Bekerja, Keluar Masuk Pejabat Dan Waktu Rehat

8

KOD ETIKA WAKTU BEKERJA

KELUAR MASUK PEJABAT DAN WAKTU REHAT

TUJUAN

1. Tujuan Garis Panduan Kod Etika Waktu Bekerja, Keluar Masuk Pejabat Dan Waktu Rehat ini ialah untuk menjelaskan kepada semua pegawai dan kakitangan mengenai peraturan yang diguna pakai bagi mematuhi waktu bekerja seperti mana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

LATAR BELAKANG

2. Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) adalah sebuah agensi Badan Berkanun Persekutuan yang telah ditubuhkan di bawah Akta 423. Pada masa kini, LADA dipantau sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan. Sehubungan itu, LADA mengguna pakai sepenuhnya pekeliling, surat edaran dan peraturan kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan Malaysia.

PEMAKAIAN

3. Di dalam garis panduan ini, penguatkuasaan Kod Etika Waktu Bekerja, Keluar Masuk Pejabat Dan Waktu Rehat adalah berdasarkan pemakaian peraturan-peraturan Kerajaan yang dikemas kini dari masa ke masa.

Page 3: Kod etika-waktu-bekerja-lada

Garis Panduan Kod Etika Waktu Bekerja, Keluar Masuk Pejabat Dan Waktu Rehat

9

4. Perintah-Perintah Am, Bab G - Perkara 2 dan 5 menerangkan berkaitan waktu bekerja seperti berikut:

(i) Waktu Bekerja Pejabat Dan Rehat Makan

PERATURAN PERKARA TINDAKAN NOTA

Fasal 2 Rehat Makan Semua pegawai

Waktu rehat untuk makan akan diberi dari jam 1.00 petang hingga 2.00 petang.

Fasal 5 Mematuhi Waktu Bekerja

Ketua-ketua Jabatan dan semua pekerja/pegawai

Seseorang pegawai yang hendak meninggalkan waktu bekerja perlu mendapatkan kebenaran pegawai penyelia sebelum berbuat sedemikian.

5. Berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2005 iaitu Pelaksanaan Lima Hari Bekerja Seminggu, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kemudahan bercuti selama 2 hari dan 5 hari bekerja kepada semua penjawat awam.

(i) Ia bertujuan untuk memantapkan produktiviti dan penyampaian serta menggalakkan budaya pembelajaran berterusan dan membangunkan diri sepanjang hayat. Kerajaan juga mengambil berat untuk membangunkan institusi kekeluargaan dengan memberi peluang kepada penjawat awam untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Page 4: Kod etika-waktu-bekerja-lada

Garis Panduan Kod Etika Waktu Bekerja, Keluar Masuk Pejabat Dan Waktu Rehat

10

(ii) Peraturan ini adalah terpakai kepada pegawai yang bekerja mengikut Waktu Kerja Pejabat. Bagi pegawai yang bekerja mengikut syif Ketua Jabatan boleh menimbangkan kemudahan dengan membuat penyesuaian waktu bekerja selaras dengan keperluan perkhidmatan dan jabatan masing-masing. Berikut adalah jadual pelaksanaan waktu bekerja.

NEGERI HARI REHAT MINGGUAN

HARI REHAT MINGGUAN NOTA

Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)

Ahad Sabtu dan Ahad Rujuk Jadual 1

Kedah, Kelantan dan Terengganu Jumaat Jumaat dan

Sabtu Rujuk Jadual 1

dan 2.

6. Pelaksanaan Waktu Kerja Berperingkat Di Semua Agensi Kerajaan Persekutuan, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2007 dan Penyeragaman Waktu Bekerja Berperingkat Bagi Semua Agensi Kerajaan Persekutuan Di Negeri-Negeri Yang Hari Rehat Mingguannya Ialah Hari Jumaat, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 2010.

(i) Ia bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan memanjangkan tempoh masa perkhidmatan kepada orang awam.

(ii) Selain itu, Bagi menjamin keberkesanan WBB, pegawai hendaklah membuat

perancangan WP dengan memilih WP1, WP2 dan WP3 yang sesuai setiap bulan bagi setahun dengan menggunakan borang yang disediakan, tertakluk kepada persetujuan Ketua Jabatan.

Jadual 1: Tempoh Waktu Bekerja WBB

NEGERI HARI TEMPOH WAKTU PEJABAT (SEHARI)

Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)

Isnin hingga Khamis 9 jam

Jumaat 7 jam 30 minit

Page 5: Kod etika-waktu-bekerja-lada

Garis Panduan Kod Etika Waktu Bekerja, Keluar Masuk Pejabat Dan Waktu Rehat

11

NEGERI HARI TEMPOH WAKTU PEJABAT (SEHARI)

Kedah, Kelantan dan Terengganu Ahad hingga Khamis 9 jam

Khamis 7 jam 30 minit

Jadual 2: Waktu Bekerja Berperingkat di Negeri-negeri Yang Hari Rehat Mingguannya Ialah hari Jumaat.

WAKTU PERINGKAT HARI WAKTU BEKERJA WAKTU REHAT WAKTU BEKERJA

*WP 1 Ahad - Rabu 7.30 pg -1.00 ptg 1.00 ptg -2.00 ptg 2.00 ptg -4.30 ptg

Khamis 7.30 pg -1.00 ptg 1.00 ptg -2.00 ptg 2.00 ptg -3.00 ptg

WP 2 Ahad - Rabu 8.00 pg -1.00 ptg 1.00 ptg -2.00 ptg 2.00 ptg- 5.00 ptg

Khamis 8.00 pg -1.00 ptg 1.00 ptg -2.00 ptg 2.00 ptg -3.30 ptg

WP 3 Ahad - Rabu 8.30 pg -1.00 ptg 1.00 ptg -2.00 ptg 2.00 ptg -5.30 ptg

Khamis 8.30 pg -1.00 ptg 1.00 ptg -2.00 ptg 2.00 ptg -4.00 ptg

Nota: *LADA tidak menggunakan Waktu Bekerja Berperingkat pada WP 1

7. Kerajaan melalui surat edaran rujukan; JPA(SARAAN) (S) 1619 Klt.16(7) bertarikh 9 Disember 2009 memperkenalkan peraturan mengenai Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di Bawah Perintah Am 5 Bab G, iaitu Mematuhi Waktu Bekerja.

(i) Peraturan ini memperuntukkan bahawa seseorang pegawai perkhidmatan awam hendaklah mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan.

(ii) Jika hendak meninggalkan pejabat (di dalam waktu pejabat), perlu

mendapatkan kebenaran pegawai penyelia terlebih dahulu.

Page 6: Kod etika-waktu-bekerja-lada

Garis Panduan Kod Etika Waktu Bekerja, Keluar Masuk Pejabat Dan Waktu Rehat

12

(iii) Kemudahan ini perlu dilaksanakan dan dibaca bersama Garis Panduan berkaitan Pelaksanaan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja. Garis Panduan tersebut seperti di LAMPIRAN A.

8. Penguatkuasaan peraturan berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Pegawai Awam.

(i) Arahan telah dikeluarkan melalui Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan; JPA (S) TT.233/2 Jld.2(1) bertarikh 27 Januari 2010. Arahan ini bertujuan untuk mengawal aduan serta mengatasi masalah segelintir penjawat awam yang berada di tempat-tempat awam seperti kantin, kafeteria mahupun pusat membeli belah pada waktu bekerja.

(ii) Ketidakpatuhan waktu bekerja adalah bertentangan dengan Perintah Am 5, Perintah-perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974 dan Peraturan 24, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta Tatakelakuan Pegawai Awam di bawah Peraturan 4, peraturan-peraturan yang sama.

(iii) Tindakan pengesanan serta pematuhan ke atas waktu bekerja akan

dilaksanakan dari masa ke masa sebagai langkah untuk meningkatkan lagi integriti serta imej perkhidmatan awam, malah dapat melahirkan penjawat awam yang lebih berdisiplin. (Rujuk pada Rajah 2, Pelan Pelaksanaan Ketidakpatuhan Waktu Bekerja di LAMPIRAN B)

(iv) Jabatan/Agensi Kerajaan hendaklah menguatkuasakan peraturan mengenai pematuhan waktu masuk bekerja pada sebelah pagi dan tengah hari serta membuat pemantauan secara berterusan di kantin, kafeteria dan lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pegawai di bawah seliaan.

PENUTUP Adalah menjadi harapan agar Garis Panduan ini dapat melahirkan kakitangan yang mematuhi peraturan dan etika waktu bekerja sekali gus melahirkan penjawat awam yang lebih kompeten dalam menerajui arus pemodenan perkhidmatan awam.

Page 7: Kod etika-waktu-bekerja-lada

Garis Panduan Kod Etika Waktu Bekerja, Keluar Masuk Pejabat Dan Waktu Rehat

858

Page

5

LAMPIRAN A

Rajah 1 Garis Panduan Pelaksanaan Kebenaran Untuk Meninggalkan

Pejabat Dalam Waktu Bekerja

Page 8: Kod etika-waktu-bekerja-lada

Garis Panduan Kod Etika Waktu Bekerja, Keluar Masuk Pejabat Dan Waktu Rehat

LAMPIRAN C

Rajah 2 Pelan Pelaksanaan Ketidakpatuhan Waktu Bekerja

Pemantauan oleh Unit Pengurusan Prestasi &

Tatatertib

Aduan/Laporan daripada Pegawai Penyelia bahagian/unit

Pemantauan Melalui Kad Perakam Waktu

Memo tunjuk sebab dikeluarkan kepada pegawai/ kakitangan

Pertukaran warna Kad Perakam Waktu:i. Kuning (biasa)

ii. Hijau (3 kali lewat)iii. Merah (3 kali lewat)

Amaran/amaran keras kepada kakitanganyang tidak mengemukakan tunjuk sebab

Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pegawai/ kakitangan yang tidak mematuhi waktu bekerja

Mengawal ketidakpatuhan waktu

bekerja

Page 9: Kod etika-waktu-bekerja-lada