tahap kepuasan bekerja

Upload: hadi-naufal

Post on 04-Apr-2018

250 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 tahap kepuasan bekerja

    1/15

    1

    TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI POLITEKNIK, KEMENTERIAN PENGAJIAN

    TINGGI MALAYSIA

    Disediakan oleh:

    Mohd Zahari Ismail (PBU), Nik Zaleha Nik Manap (PSIS), Abdul Hanif Mustaffa (PTSB),

    Fisal Harun (PUO), Abdul Razak Sadli (POLIMAS), Abdub Rani Yunus (PMU), Roslina

    Lapanditah (PMM), Mahmood Mohamad (POLISAS), Samsudin Abdullah(PMK), Wan

    Azlan Wan Ismail (PKB), Mohd Sani Said(PKB), Kamarudin Ajib (POLIMAS) dan

    Saifullah Musa (PSMZA)

    Abstraks

    Agenda Transformasi Politeknik telah menggariskan politeknik sebagai peneraju utama di

    bidang teknikal dan vokasional (TEVT).Namun, beberapa persoalan timbul antaranya kesediaan

    fizikal di politeknik dan mental di kalangan staf dalam mencapai hasrat ini.Keadaan fizikal,

    suasana dan masa bekerja, mobiliti staf, governance adalah antara beberapa persoalan utamadalam mencapai matlamat agenda transformasi ini.Justeru, kajian ini memfokuskan kepada tahap

    kepuasan bekerja di politeknik, KPT.Ia dilihat dari perspektif komitmen dan penghargaan yang

    diterima oleh staf; pengurusan, pensyarah dan stafsokongan sepanjang mereka bekerja dipoliteknik. Sebanyak 2934 responden daripada politeknik seluruh Malaysia telah dipilih secara

    rawak dalam kajian ini.Instrumen telah dibangun dan diadaptasi daripada beberapa kajian

    terdahulu.Dengan menggunakan perisian SPSS kajian telah dianalisa dan dilaporkan dalam

    bentuk percentage.Keseluruhannya, kajian ini mendapati majoriti responden berpuashatiterhadap suasana bekerja di politeknik, iaitu lebih dapada 60% responden mempunyai min skor 3

    hingga 5.Penskoran ini dinilai dari aspek komitmen, penghargaan, suasana kerja dan keselesaan

    di tempat kerja di institusi ini.Namun, beberapa penambahbaikan perlu diadakan bagimeningkatkan lagi prestasi dan kualiti di tempat kerja dalam memenuhi aspirasi transformasi

    ini.Kajian ini diharapkan akan membantu politeknik untuk mencerna, memperbaiki dan

    meningkatkan suasana bekerja di institusi masing-masing.Kajian ini akhirnya diharapkan dapatuntuk mengisi kekosongan bahan ilmiah berkaitan kepuasan bekerja di organisasi terutamanya di

    politeknik, KPT.

    Keywords: PoliteknikPengurusanTahap kepuasan bekerjaPenghargaan - Komitmen

    1. Pendahuluan

  • 7/30/2019 tahap kepuasan bekerja

    2/15

    2

    Setelah lebih empat puluh tahun berdiri teguh sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal dan

    latihan vokasional negara, politeknik terus bangun dan berkembang dalammenyahut cabaranarus perdana pendidikan negara. Beberapa polisi baru telah dilancarkan di bawah kepimpinan

    YAB Perdana Menteri hari ini; Rancangan Malaysia ke 10, Program Transformasi Kerajaan,

    Program Transformasi Ekonomi, Model Baru Ekonomi selaras dengan semangat 1Malaysia;rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Kementerian Pengajian Tinggi mewartakanpolisinya dalam Plan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) yang kini berada di fasa

    kedua pelaksanaannya.Justeru, politeknik tidak dapat tidak turut merangka program bagi

    memenuhi aspirasi Negara ini dengan pelancaran Agenda Transformasi Politeknik pada 25Februari 2010.Hasilnya politeknik diklasifikasikan dengan tiga kategori; premier, konvensional

    dan metro.Perkembangan ini pastinya menimbulkan beberapa implikasi besar dalam sistem

    pengajian politeknik masa kini.

    2. Latar belakang

    Umumnya pendidikan di Malaysia berkuatkuatkuasa di bawah beberapa dasar utama pendidikan

    Negara; Penyata Razak (1956), Ordinan Pelajaran (1957), Laporan Rahman Talib (1961),Laporan Kabinet (1975) dan Rang Undang-undang Pendidikan(1995). Pendidikan vokasional di

    negara ini bermula dengan Laporan Rahman Talib (1961) dan diperkukuhkan dalam Rang

    Undang-undang Pendidikan(1995).Pada tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknikal danVokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia telah ditubuhkan dan dipertanggungjawab

    untuk mempromosikan pendidikan teknikal dan vokasional.Bahagian ini seterusnya diberi status

    jabatan dan dinamakan Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek) pada tahun 1995.Selain merangka

    polisi, jabatan baru ini juga bertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan teknikal danvokasional selaras dengan keperluan pengindustrian dan modernisasi negara.Satu bahagian

    khusus telah ditubuhkan untuk bertanggungjawab dalam mengurus politeknik iaitu BahagianPengurusan Politeknik.Kini, di bawah teraju Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), politeknikdikawalselia dibawah Jabatan Pengajian Politeknik.Sejarah politeknik bermula dengan

    penubuhan Politeknik Ungku Omar pada tahun 1969 melalui Pelan Colombo di bawah program

    UNESCO. Sehingga kini jumlah politeknik telah meningkat kepada 30 buah, iaitu 3 buahpoliteknik premier, 24 buah politeknik konvensional 3 buah politeknik metro.Negara

    memerlukan 11 buah lagi politeknik baharu iaitu iaitu penambahan 3 buah politeknik

    konvensional dan 8 buah politeknik metro (Amanat 2011).

    Sebagai peneraju technical education and vocational training (TEVT) politeknik

    bertanggungjawab untuk melahirkan teknologis yang berkualiti selaras hasrat Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan secara amnya dan Plan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN)secara khususnya.Matlamat ini juga adalah sejajar dengan keperluan industri yang memerlukan

    graduat yang kompeten dari segala aspek termasuklah soft skillsdan mempunyai ilmu

    keusahawanan.Justeru, adalah penting bagi politeknik untuk mempunyai budaya kerja yangsihat, bermula dengan visi, misi dan matlamat yang jelas, barisan pengurusan yang cekap

    mentadbir dan mengurus, iklim kerja yang kondusif, interaksi yang baik sesama pekerja,

    antarapelajar dan komuniti sekitar. Teras Keempat PSPTN adalah untuk memperkasakan insitusi

    pengajian tinggi, antaranya ialah untuk memastikan sistem tadbir urus IPT cekap, berkesan dan

  • 7/30/2019 tahap kepuasan bekerja

    3/15

    3

    terus menuju kearahautonomi dengan memantapkan kepimpinan dan pengurusan tertuinggi IPT

    danmembudayakan sifat profesionalisme di kalangan ahli akademik supaya dapatmemberikan

    perkhidmatan yang lebih cemerlang di IPT (PSPTN, KPT).Sehubungan itu, tahap kepuasanbekerja di kalangan staf tidak dapat tidak menjadi satu elemen penting dalam agenda

    transformasi ini.

    Pendekatan outcome based education (OBE) dalam curriculum, instructional, assessment (CIA),peningkatan kompetensi staf, memperkasakan bahasa inggeris di kalangan warga politeknik,

    penarafan di bawah polyrate, dasar kualiti jabatan, pengiktirafan, kolaborasi dan

    pengantarabangsaan adalah beberapa agenda utama transformasi ini. Beberapa mekanisme barutelah diperkenalkan dalam memantapkan pengajaran dan pembelajaran; online distance learning

    (ODL), elearning dan penggunaan CIDOS. Keperluan pengiktirafan program oleh Malaysia

    Qualification Agency (MQA) berdasarkanKerangka Kelayakan Malaysia (MQF) adalah satu lagi

    cabaran besar bagi politeknik.Kesemua aktiviti ini direkod dan dipantau di bawah indekspenunjuk prestasi (KPI) oleh pihak kementerian.Fenomena ini sudah tentunya menambahkan

    beban tugas (work load) di kalangan staf.

    Locke (1969, 1976) mendifinisikan kepuasan kerja sebagai "a pleasurable or positive emotional

    state resulting from the appraisal of one's job or job experiences" iaitu kepuasan kepuasan kerja

    sebagai satu tindakbalas pekerja yang berpuashati terhadap kerjanya. Menurut Gruneberg

    (1979),kepuasan kerja menjadi tumpuan kerana wujudnya persepsi umum bahawa kepuasankerja dapat meningkatkan produktiviti dan banyak manfaat lain kepada organisasi.Kepuasan

    bekerja adalah alat pengukur dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi.Sekiranya

    organisasi dapat memberikan kepuasan kepada pekerjanya, ianya bukan sahajadapatmeningkatkan imej sesebuah organisasi tetapi juga dapat meningkatkan motivasi dan

    produktiviti semuapekerjanya. (Sarimah dan Faridatul, 2010). Manakala, Galpin (1996)

    mengenal pasti sepuluh elemen yang secara bersama membentukbudaya organisasi iaitu,

    peraturan dan polisi, matlamat dan pengukuran, adat istiadat dannorma, latihan, upacara danperistiwa, perlakuan pengurusan, ganjaran dan pengiktirafan,komuniti, persekitaran fizikal dan

    struktur organisasi (Sarimah & Faridatul, 2010). Mengikut Ott (1989) elemen-elemen formal dan

    tidak formal seperti kepercayaanbersama, nilai dan kod moral, kod etika dan ideologi pentingbagi sesebuah organisasi,kerana elemen-elemen ini memberi huraian yang jelas tentang kelakuan

    manusia dalamsesebuah organisasi.

    Justeru, kajian ini cuba melihat persepsi staf politeknik tentang tahap kepuasan bekerja merekadi era transformasi ini. Isu utama yang menjadi fokus kajian ini ialah tahap kepuasan bekerja dan

    komitmen di kalangan staf yang dianalisa secara umum.Akhirnya, beberapa cadangan ke arah

    penambahbaikan akan dicadangkan bagi memperbaiki dan seterusnya meningkatkan lagi prestasidan tahap kepuasan bekerja di institusi pendidikan teknikal ini.

    3. Objektif Kajian

  • 7/30/2019 tahap kepuasan bekerja

    4/15

    4

    Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan bekerja di kalangan

    kumpulan pensyarah, pengurusan dan staf sokongan di politeknik, KPT. Kajian ini boleh dicapai

    melalui objektif pengenalpastian sama ada kumpulan staf politeknik mempunyai perspektif yangberbeza terhadap kepuasan bekerja di politeknik.

    4. Persoalan Kajian

    Idea-idea baru seiring dengan era transformasi politeknik sedikit sebanyak telah membawa

    bebanan tugas yang banyak dan terpaksa dipikul oleh semua staf di politeknik. Fenomena inidibimbangi akan menimbulkan rasa tidak senang hati ataupun ketidakpuasan bekerja dan tekanan

    di kalangan staf. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada

    staf pengurusan, staf akademik dan staf sokongan di politeknik berpuashati dengan suasana

    bekerja di institusi mereka ataupun tidak.

    5. Kerangka kajian

    Input ProsesOutput

    Rajah 1: Kerangka kajian

    Rajah 1 di atas menunjukkan hubungan di antara elemen-elemen yang dipraktiskan di politeknik

    iaitu komitmen, mobiliti, pengetahuan, penghargaan, dan waktu bekerja di kalangan stafpoliteknik dan tahap kepuasan bekerja. Input-input ini akan dianalisa untuk melihat hubungan

    iaitu peningkatan elemen-elemen ini juga akan meningkatkan tahap kepuasan bekerja dan

    seterusnya meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja. Proses ini akan berulang sehinggalah

    tahap kepuasan kerja adalah tercapai ke tahap yang maksimum dan secara tidak langsungnyaakan meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja.

    6. Metodologi Kajian

    Komitmen

    Mobiliti

    Gaji dan

    faedah

    Kepimpinan

    Penghargaan

    Suasanakerja

    Produktiviti

    KualitiKepuasan

    bekerja

  • 7/30/2019 tahap kepuasan bekerja

    5/15

    5

    Penyelidikan ini dijalankan di seluruh negara mulai oktober 2010, melibatkan 24 buah politeknik

    seluruh Malaysia.Sebanyak 2934 responden telah menjawab soalan kajiselidik ini.Soalselidik initelah dibangunkan daripada soalselidik yang telah diubahsuai Ranjit (2010).Ianya telah

    diadaptasi dan disesuaikan dengan suasana di politeknik, KPT.Demografi responden dalam

    kajian ini direkodkan seperti di jadual 1 di bawah ini.

    PoliteknikKumpulan staf

    JumlahPengurusan Akademik Sokongan

    PBU 2 12 22 36

    PTSB 20 46 26 92

    PTSS 4 52 30 86

    MAS 1 89 1 91

    PSP 2 49 16 67

    PSIS8 125 40 173PKK 10 162 48 220

    PKS 7 53 17 77

    PMU 8 109 24 141

    PMK 8 52 27 87

    PKB 12 260 12 284

    PSMZA 10 222 45 277

    PMM 13 229 58 300

    PSA 2 70 11 83

    PSAS 4 125 29 158

    PBS 2 15 15 32

    PNS 1 32 15 48

    POLISAS 4 180 14 198

    PJB 12 176 55 243

    PJK 0 0 2 2

    PHT 3 16 9 28

    PMJ 2 14 10 26

    PSS 1 15 0 16

    PPD 2 131 17 150

    TP 19 0 0 19

    Jumlah 157 2234 543 2934

    Jadual 1: Demografi responden

    Populasi kajian terdiri daripada kumpulan pengurusan, pensyarah dan staf sokonganyangberkhidmat di politeknik, KPT. Terdapat 30 buah politeknik padamasa ini dengan populasi

    sebenar seramai 9441 orang; staf akademik 7203 orang dan staf bukan akademik 2238 orang

    (Quick Facts, 2011). Untuk mewakili populasi, sampeldipilih berdasarkan persampelan rawak,memandangkan populasi kajian adalahtidak seragam dari segi pengalaman, jawatan, jantina,

    kaum dan tempoh berkhidmat. Bilangan respondenkeseluruhan untuk kajian adalah 2934

  • 7/30/2019 tahap kepuasan bekerja

    6/15

    6

    orang;157 orang kumpulan pengurusan,2234 orang pensyarah dan 543 orang staf sokongan yang

    sedang berkhidmat di politeknikyang dikaji. Jadual 1 menunjukkan jumlah responden yang

    terbanyak terdiri daripada PMM (300), diikuti dengan PKB (284), PSMZA (277) dan seterusnyaseperti ditunjukkan di jadual 1 di atas.

    Satu kajian rintis telah dijalankan di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.Hampir ke semua staftelah menjawab soal selidik yang diberikan.Beberapa penambahbaikan telah dibuat hasildaripada kajian rintis ini.

    Kepuasan bekerja dianalisa melalui beberapa elemen: komitmen, mobiliti, gaji dan faedah,kepimpinan, penghargaan dan suasana bekerja. Elemen-elemen ini akan dianalisis berdasarkan

    deskriptif analisisdan dilaporkan dalam bentukpercentage. Di samping itu, analisa min juga

    akan dilihat bagi melihat tahap penskoran yang diperolehi dalam kajian ini sama ada rendah,

    sederhana atau tinggi. Analisis min diterangkan dalam jadual 2 di bawah.

    Rendah Sederhana Tinggi

    1 hingga 2.5 2.6 hingga 3.5 3.6 hingga 5

    Jadual 2: Analisis Min

    Jadual 2 di atas menunjukan skala tahap kepuasan bekerja dilihat dalam kajian ini.Julat skor adalah tinggi. Dapatan dan perbincangan di bawah juga akan

    menggunakan jadual ini sebagai rujukan sepanjang kajian ini.

    7. Analisis Kebolehpercayaan (reliability analysis)

    Secara keseluruhannya tahap kepuasan bekerja di politeknik direkodkan dengan Apha = 0.836.

    Ini menunjukkan semua soalan yang diajukan kepada staf politeknik adalah sah dan boleh

    dipercayai.

    8. Dapatan kajian

    Berikut akan dibentangkan dapatan utama kajian khususnya tentang kepuasan bekerja di

    politeknik. Walaupun banyak isu yang ditanya dalam soal selidik ini, namun hanya beberapa isuutama yang akan dibincangkan dalam kertas kajian ini iaitu komitmen, mobiliti staf, Gaji dan

    faedah, kepimpinan, penghargaan dan suasana kerja di politeknik, KPT.

    8.1 Komitmen

  • 7/30/2019 tahap kepuasan bekerja

    7/15

    7

    Skala Frequency Percent

    sangat tidak setuju 27 .9

    tidak setuju 77 2.6

    tidak pasti 376 12.8

    bersetuju 1892 64.5

    sangat bersetuju 562 19.2

    Total

    Mean

    Std. Deviation

    2934 100.0

    3.98

    0.712

    Jadual 3: Komitmen

    Jadual3 di atas menggambarkan majoriti responden bersetuju dengan sanggup bekerja dengan

    lebih kuat demi kejayaan organisasi mereka. Sebanyak 64.5% responden bersetuju dan 19.2%

    sangat bersetuju apabila ditanya kesediaan mereka untuk bekerja lebih daripada norma biasademi menjayakan visi dan misi politeknik. Ini termasuklah bekerja selepas waktu pejabat, di

    hujung minggu juga di hari-hari cuti kelepasan am.Min skor dalam isu ini ialah 3.98 iaitu di

    tahap tinggi dan menggambarkan tahap komitmen mereka yang tinggi terhadap politeknik.

    Kumpulan staf Skala Jumlah

    sangat tidaksetuju tidak setuju tidak pasti bersetuju

    sangatbersetuju

    pengurusan 0 2 11 86 58 157

    staf akademik26 72 320 1437 379 2234

    staf sokongan1 3 45 369 125 543

    Jumlah 27 77 376 1892 562 2934

    Jadual 4:Staf dan komitmen

    Jadual 4 menunjukkan bahawa kumpulan pengurusan dan persepsimerekaterhadap komitmen.

    Kumpulan pengurusan menunjukkan 144orang (92%) bersetuju untuk berusaha dengan gigihdemi kejayaan politeknik. Pensyarah pula pensyarah yang bersetuju untuk bekerja lebih darpada

    biasa iaitu seramai 1816 orang (81%). Manakala kumpulan staf sokongan menunjukkkan

    kesanggupan mereka untuk bekerja lebih untuk mencapai agenda politeknik iaitu sebanyak 494orang (91%).Jelasnya, ketiga-tiga kumpulan iaitu, pengurusan, pensyarah dan

    sokonganmenunjukkan tahap komitmen yang tinggi terhadap politeknik iaitu mereka sanggup

    bekerja lebih demi mencapai matlamat organisasi berbanding kumpulan pensyarah.

  • 7/30/2019 tahap kepuasan bekerja

    8/15

    8

    8.2 Mobiliti staf

    Skala Frequency Percent

    sangat tidak setuju 324 11.0

    tidak setuju 574 19.6

    tidak pasti 879 30.0

    bersetuju 811 27.6

    sangat bersetuju 346 11.8

    Total

    Mean

    Std. Deviation

    2934 100.0

    3.10

    1.173

    Jadual 5:Mobiliti

    Apabila responden ditanya tentang kesediaan mereka untuk berpindah ke politeknik lain, data

    yang diperolehi adalah menarik di mana 30% responden tidak pasti sama ada sanggup ditukarkanataupun tidak, manakala 30.6% staf di politeknik tidak sanggup untuk berpindah. Ini adalah

    kerana keselesaan mereka di tempat sedia ada telah mempengaruhi sikap staf tersebut daripada

    berpindah ke tempat lain. Data yang diperolehi juga menunjukkan 39.4% staf politeknik sanggup

    dipindahkan ke tempat lain walaupun melakukan kerja yang sama. Jadual 5 di atas memberikangambaran yang jelas tentang isu ini.

    Kumpulan Staf Skala Jumlah

    sangat tidaksetuju tidak setuju tidak pasti bersetuju

    sangatbersetuju

    pengurusan

    staf akademik

    staf sokongan

    13 43 48 36 17 157

    270 424 634 625 281 2234

    41 107 197 150 48 543

    Jumlah 324 574 879 811 346 2934

    Jadual 6: Staf dan mobiliti

    Jadual 6 di atas menggambarkan 694 orang (31%)dari pada kumpulan pengurusan,54 orang

    (35%) pensyarah, 148 orang (38%) daripada staf sokongan tidak dan sangat tidak bersetuju

    untuk berpindah tempat kerja. Ini bermakna kira-kira 30-40 peratus staf politeknik tidak bersedia

  • 7/30/2019 tahap kepuasan bekerja

    9/15

    9

    untuk berpindah dan mereka lebih sedia bekerja di tempat sendiri walaupun diarahkan berpindah

    di atas kepentingan perkhidmatan.

    8.3 Gaji dan faedah

    Skala Frequency Percent

    sangat tidak setuju 198 6.7

    tidak setuju 462 15.7

    tidak pasti 867 29.6

    bersetuju 1204 41.0

    sangat bersetuju 203 6.9

    Total

    Mean

    Std. Deviation

    2934 100.0

    3.26

    1.024

    Jadual 7: Gaji dan faedah

    Jadual 7 di atas menunjukkan hampir separuh iaitu masing-masing 41% dan 6.9% daripada staf

    politeknik bersetuju dan sangat bersetuju mereka mendapat gaji yang lumayan darpada hasil

    pekerjaan mereka sekarang. Manakala 29.6% berasa tidak pasti dan selebihnya iaitu 22.4%

    berpendapat gaji mereka adalah tidak mencukupi. Ini menunjukan kedudukan gaji dan proseskenaikan gaji yang diamalkan sekarang ini adalah sesuai dan mampu menampung kos sara hidup

    di kalangan staf politeknik. Ia juga secara tidak langsungnya, membantu meningkatkan kepuasan

    kerja di kalangan staf.Seseorang akan berpuas hati dengan pekerjaannya sekiranya ia berpuas hatidengan gaji dan peluang kenaikan pangkat (Heneman et al.,1988).

    Skala Jumlah

    sangat tidaksetuju tidak setuju tidak pasti bersetuju

    sangatbersetuju

    pengurusan

    staf akademik

    staf sokongan

    3 21 38 66 29 157

    179 380 678 872 125 2234

    16 61 151 266 49 543

    Jumlah 198 462 867 1204 203 2934

    Jadual 8: Staf dan gaji dan faedah

    Jadual 8 merekodkan bahawa 95 orang (61%) responden daripada kumpulan pengurusan, 997

    orang (45%) pensyarah dan 315 orang (58%)mengakui bahawa gaji dan faedah yang merekaterima adalah mencukupi. Jadual ini juga memberikan gambaran bahawa lebih daripada separuh

  • 7/30/2019 tahap kepuasan bekerja

    10/15

    10

    staf politeknik iaitu kumpulan pengurusan dan staf sokongan sahaja yang berpuashati dengan

    gaji yang mereka terima. Manakala hanya 45% responden daripada kumpulan pensyarah sahaja

    yang berpuashati, 30% berada dalam keadaan tidak pasti dan 35% tidak berpuashati dengan gajidan faedah yang diterima oleh mereka. Dapatan ini telah menyokong dapatan daripada kajian di

    kalangan pensyarah PUO yang mendapati bahawa faktor gaji, kenaikan pangkat dan suasana

    kerja menyebabkan mereka mendapat kepuasan kerja yang rendah (Azurahani Bahari, 2004).

    8.4 Kepimpinan

    Skala Frequency Percent

    sangat tidak setuju 95 3.2

    tidak setuju 212 7.2

    tidak pasti 726 24.7

    bersetuju 1531 52.2

    sangat bersetuju 370 12.6

    Total

    Mean

    Std. Deviation

    2934 100.0

    3.64

    0.907

    Jadual 9: Kepimpinan

    Jadual 9 di atas mempamerkan bahawa 64.8% bersetuju bahawa mereka diberikan layanan yang

    sempurna oleh ketua mereka.Dalam konteks ini ketua dilihat sebagai Pengarah, Timbalan

    Pengarah dan Ketua Jabatan di institusi masing-masing. Walau bagaimanapun, kira-kira 10.5%

    responden menyatakan mereka tidak diberikan layanan yang adil oleh pihak pentadbir, manakala24.7% tidak pasti akan kedudukan ini. Ini menunjukkan bahawa masih terdapat ruang yang

    masih boleh dan perlu diperbaiki dalam memantapkan tadbir urus di politeknik.Ini adalah selaras

    dengan pandangan Meadows (1980) iaitu kepuasan bekerja boleh ditingkatkan sekiranya organisasi atau

    majikan mempunyai dasar-dasarpentadbiran yang baik. Min skor dalam aspek ini adalah tinggi iaitu 3.64menggambarkan responden lebih bersetuju bahawa mereka dilayan dengan baik oleh majikan mereka.

    Skala Jumlah

    sangat tidaksetuju tidak setuju tidak pasti bersetuju

    sangatbersetuju

    pengurusan 1 6 18 87 45 157

  • 7/30/2019 tahap kepuasan bekerja

    11/15

    11

    staf akademik 82 175 574 1168 235 2234

    staf sokongan 12 31 134 276 90 543

    Jumlah 95 212 726 1531 370 2934

    Jadual 10: Staf dan kepimpinan

    Dari aspek persepsi staf terhadap pemimpin mereka dapat dilihat dalam jadual 10 di atas.Jadualini menunjukkan bahawa mereka dilayan dengan baik oleh ketua mereka iaitu oleh pengarah,

    timbalan pengarah dan ketua jabatan masing-masing. Data yang diperolehi mencatatkan bahawa

    132 orang (84%) di kumpulan pengurusan bersetuju mereka dilayan dengan baik. Manakalapensyarah dan staf sokongan masing-masing 1403 orang (63%) dan 366 orang (67%).

    Gambaran ini jelas menunjukkan bahawa lebih 60% staf di politeknik adalah berpuashati dengan

    kepimpinan yang ada di politeknik hari ini.

    8.5 Penghargaan

    Skala Frequency Percent

    sangat tidak setuju 110 3.7

    tidak setuju 314 10.7

    tidak pasti 975 33.2

    bersetuju 1297 44.2

    sangat bersetuju 238 8.1

    Total

    Mean

    Std. Deviation

    2934 100.0

    3.42

    0.919

    Jadual 11: Penghargaan

    Dari aspek penghargaan oleh pihak politeknik, hanya 52.9% sahaja iaitu sangat besetuju (8.1%)

    dan bersetuju (44.2%).Responden mengatakan bahawa mereka diberikan penghargaan oleh pihakpoliteknik. Penghargaan sama ada berbentuk imbuhan kewangan, kenaikan pangkat dan pujian

    adalah termasuk dalam konteks ini. Manakala 14.4% menyatakan mereka tidak tidak diberikan

    penghargaan yang sewajarnya oleh politeknik. Sebanyak 33.2% responden berada dalamkeadaan tidak pasti sama ada mereka mendapat penghargaan ataupun tidak daripada superior

    mereka. Min skor 3.42 adalah di tahap yang sederhana.

    Skala Jumlah

    sangat tidaksetuju tidak setuju tidak pasti bersutuju

    sangatbersetuju

  • 7/30/2019 tahap kepuasan bekerja

    12/15

    12

    pengurusan 2 10 38 79 28 157

    staf akademik 96 263 758 965 152 2234

    staf sokongan 12 41 179 253 58 543

    Jumlah 110 314 975 1297 238 2934

    Jadual 12: Staf dan penghargaan

    Jadual 12 memperincikan persepsi staf politeknik terhadap isu ini.Sebanyak 107 orang (68%) dikalangan kumpulan pengurusan mengatakan mereka dihargai dengan tugasan yang mereka

    laksanakan.Kumpulan pensyarah dan staf sokongan pula masing-masing menunjukkan rasa

    dihargai dengan 1117 (50%) dan 311 (57%).Ini menunjukkan kedua-dua kumpulan mendapat

    penghargaan yang sederhana sahaja ke atas kerja yang mereka lakukan.Keadaan inimenggambarkan amalan yang kurang baik berlaku di politeknik di mana akhirnya boleh

    menjejaskan kualiti kerja di kalangan staf sokongan dan pensyarah ini.

    8.6 Suasana kerja

    Skala Frequency Percent

    sangat tidak setuju 122 4.2

    tidak setuju 288 9.8

    tidak pasti 743 25.3

    bersetuju 1338 45.6

    sangat bersetuju 443 15.1

    Total

    Mean

    Std. Deviation

    2934 100.0

    3.58

    0.996

    Jadual 13: Suasana kerja

    Jadual 13 memaparkan sebanyak 60.7% staf politeknik menghargai memuji dan berpuashati

    dengan suasana bekerja di politeknik masing-masing.Ini menunjukkan mereka berpuas hatidengan keadaan dan suasana kerja sedia ada di politeknik.Manakala, 25.3% tidak pasti dan 18%sahaja tidak memuji suasana berkerja mereka di politeknik.Min skor 3.58 adalah tinggi dalam

    aspek ini menggambarkan responden lebih memilih untuk bersetuju bahawa mereka berpuashati

    dengan suasana bekerja mereka. Ini termasuklah waktu bekerja, rakan sekerja, beban kerja danseumpamanya.

  • 7/30/2019 tahap kepuasan bekerja

    13/15

    13

    Skala Jumlah

    sangat tidaksetuju tidak setuju tidak pasti bersetuju

    sangatbersetuju

    pengurusan

    staf akademik

    staf sokongan

    0 13 24 77 43 157

    112 246 598 985 293 2234

    10 29 121 276 107 543

    Jumlah 122 288 743 1338 443 2934

    Jadual 14: Staf dan suasana kerja

    Jadual 14 menunjukkan bahawa min skor bagi tahap kepuasan ini berada di tahap yang tinggi

    iaitu min skor sebanyak 3.58. Sebanyak 120orang (76%) staf pengurusan dan 383 orang (71%) dikalangan staf sokongan bersetuju dan sangat bersetuju dengan suasana bekerja di politeknik.

    Manakala 1278 orang (57%) responden di kalangan pensyarah sahaja yang berada dalam

    kategori ini. Ringkasnya, lebih 70% daripada staf pengurusan dan sokongan sangat bersetujudengan keadaan bekerja di sistem politeknik berbanding dengan pensyarah.

    9. Cadangan-cadangan

    Berikut dicadangkan beberapa pendekatan bagi memantapkan lagi institusi politeknik:

    9.1 Satu kajian menyeluruh terhadap tahap kepuasan bekerja hendaklah dilakukan bagimengukuhkan lagi kajian ini. Ia hendaklah merangkumi aspek visi dan misi politeknik, iklim

    bekerja, interaksi di antara staf, orientasi pelanggan dan sebagainya.

    9.2 Adalah dicadangkan supaya pihak yang berkenaan agar dapat menyediakan suasana kerja

    yang lebih baik kepadastaf di Politeknik. Ini termasuklah keperluan ruang, peralatan dan

    peruntukan kewangan yang sewajarnya bagi meningkatkan lagi tahap kepuasan bekerja di

    kalangan staf politeknik.

    9.3 Konsep kepuasan bekerja dan berpuashati juga hendaklah dilihat dalam perspektif yang

    lebih luas dan menyeluruh iaitu dari aspek keagamaan. Islam khususnya menyeru umatnya untuk

    bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. Justeru, konsep etika kerja

    Islam merupakan salah satu cara untuk meningkatkan prestasi kerja di kalangan pekerja dipoliteknik.

    10. Kesimpulan

  • 7/30/2019 tahap kepuasan bekerja

    14/15

    14

    Kajian ini cuba melihat persepsi staf politeknik tentang tahap kepuasan bekerja mereka di

    politeknik. Keseluruhannya, kajian mendapati bahawa tahap kepuasan staf di politeknik hanya

    berada di sekitar 60-70 peratus sahaja pada masa kini.Manakala 30-40% staf masih berada ditahap tidak pasti dan kurang berpuashati dengan keadaan bekerja mereka pada hari ini. Beberapa

    penambahbaikan sepatutnya dilakukan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan

    Pengajian Politeknik dan politeknik masing-masing bagi meningkatkan tahap kepuasan bekerjadi kalangan staf sama ada di kalangan staf pengurusan, akademik mahupun staf sokongan.Antaranya menggunakan sumber dengan cekap, menambahkan peruntukan kewangan, latihan

    peningkatan dan pengukuhan staf dan sebagainya.Kajian ini adalah selaras dengan dapatan

    kajian oleh Azurahani Bahari (2004) tentang tahap kepuasan bekerja di Politeknik Ungku Omar(PUO) yang mendapati bahawa pensyarah di Politeknik Ungku Omar mendapat kepuasan kerja

    yang sederhana sahaja.

    RUJUKAN

  • 7/30/2019 tahap kepuasan bekerja

    15/15

    15

    Amanat Tahun 2011, Pengajian Tinggi Ke Arah Transformasi Negara, oleh YB DatoSeri

    Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi, Dewan A, PICC, 17 Januari 2011.

    AzurahaniBahari (2004)Kepuasan kerja di kalangan pensyarah : kajian kes perbandinganPoliteknik Ungku Omar dan Kolej Cosmopoint. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun

    Hussein Onn (unpublished).

    Gruneberg, M. (1979). Understanding job satisfaction. London: Macmillan Press Ltd.

    Locke, E. A. (1969). What is Job Satisfaction? OB and Human Performance, Vol. 4, pp. 309-336.

    Locke, E. A. (1976). The Nature and Causes of Job Satisfaction. In Dunnette, M.D. (Ed.),Handbook of the Industrial and Organizational Psychology. Chicago: Rand McNally

    Galpin, T. (1996) Connecting culture to organizational change. HR Magazine, Volume 41, Issue3,pp 84-90.

    Heneman.R.L, Greenberger.D.B., and Strasser.S. (1988) The Relationship Between Pay

    forPerformance Perceptions and Pay Satisfaction, Personnel Psychology, Volume 41, Issue 4,

    pp. 745759

    Meadows, I. S. G. (1980) Organic structure and innovation in small work groups.Human

    Relations, 33, pp. 369-382.

    Ott, J. S. (1989). The organizational culture perspective.Pacific Grove, CA: Brooks-

    Cole. Peters, T. J., &Waterman, R, H. (1982).In search of excellence.New York: Harper.Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

    Quick Facts, March 2011, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

    Malaysia.

    Ranjit Singh Malhi, Kursus Effective Academic Leadership, Glenmarie Hotel, Shah Alam, 19-21

    July 2010.

    SarimahIsmail danFaridatul AkmarTalip (2010)Kepuasan Bekerja Staf Akademik Jabatan

    Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,

    Skudai. pp. 1-7. (Unpublished)

    http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/peps.1988.41.issue-4/issuetochttp://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/peps.1988.41.issue-4/issuetoc