koakademik bahasa melayu men 2013 drama komsas

15
139 DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP EDISI 2013 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DRAMA KOMSAS EDISI 2013

Upload: nic-kamariah

Post on 05-Dec-2014

96 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

drama komsas

TRANSCRIPT

Page 1: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Drama Komsas

139

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 DRAMA KOMSASEDISI 2013

Page 2: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Drama Komsas

139

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

KERTAS KONSEPDRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

EDISI 2013

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pertandingan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan ini memberi peluang kepada sekolah-sekolah di seluruh tanah air mementaskan karya terpilih masing-masing berdasarkan teks KOMSAS semasa.

1.2 Pertandingan Peringkat Daerah dikendalikan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.

1.3 Pertandingan Peringkat Negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

1.4 Johan setiap negeri akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat Kebangsaan yang akan dikendalikan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.5 Pertandingan Drama KOMSAS anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia merujuk pengajaran dan pembelajaran teks komponen sastera dan aktiviti kokurikulum akademik.

2.0 SUMBER

Drama daripada teks Komponen Sastera tingkatan 1 hingga 5.

3.0 TEMA

Nilai-nilai Murni Ke Arah Menjana Kecemerlangan Modal Insan.

4.0 PENYERTAAN

4.1 Murid-murid tingkatan 1 hingga 5 Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Kerajaan Bantuan Kerajaan.

4.2 Jumlah individu yang terlibat dalam produksi hendaklah tidak melebihi 15 orang termasuk pengarah, pelakon dan krew.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 3: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Drama Komsas

139

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

4.3 Senarai nama pelakon dan tenaga produksi hendaklah mendapat pengesahan daripada Pengetua sekolah masing-masing sebelum dikemukakan untuk pertandingan.

4.4 Guru pembimbing / jurulatih hendaklah dilantik dalam kalangan guru.

4.5 Setiap pasukan dibenarkan menghantar tiga ( 03 ) orang guru berdasarkan kapasiti berikut :

4.5.1 Pegawai Penyelaras Negeri ... 1 orang4.5.2 Guru Pembimbing/ Jurulatih ... 2 orang

4.6 Penyertaan pelbagai kaum dalam kumpulan yang menyertai pertandingan amat digalakkan.

5.0 SKRIP

5.1 Petikan skrip daripada mana-mana buku teks Komponen Sastera Melayu ( KOMSAS ) Tingkatan 1 hingga 5 – drama semasa.

5.2 Skrip boleh diimprovisasi dan diadaptasi tetapi tidak terpesong daripada skrip asal.

5.3 Skrip perlu dihantar kepada urus setia semasa pendaftaran.

6.0 DISIPLIN PENTAS.

6.1 Ruang lakon hanya DIBATASKAN di pentas yang disediakan.

6.2 Prop yang perlu dan bersesuaian dengan skrip sahaja dibenarkan. Penggunaan prop yang berbahaya sama ada digunakan atau sebagai hiasan sewaktu pementasan seperti benda-benda tajam atau senjata dalam bentuk asal adalah TIDAK DIBENARKAN, sebaliknya hendaklah menggunakan replika ( yang selamat ) sahaja.

6.3 Penggunaan bahan letupan, gas, ledakan dan api TIDAK DIBENARKAN.

6.4 Penggunaan alatan multimedia seperti projektor tayangan, projektor LCD serta pancaran laser TIDAK DIBENARKAN.

6.5 Kumpulan teater TIDAK DIBENARKAN memaparkan unsur-unsur mengghairahkan/ berbaur lucah sama ada melalui perlakuan, dialog atau kostum yang dipakai. Unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat tempatan, serta bercanggah dengan agama dan keperibadian bangsa Malaysia juga dilarang dalam pementasan.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 4: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Drama Komsas

139

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

6.6 Kumpulan juga DILARANG mempamerkan aksi-aksi kekejaman

terhadap manusia / haiwan serta perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan dasar kerajaan.

6.7 Setiap kumpulan mestilah mematuhi peraturan penggunaan dewan atau pentas dan bertanggungjawab terhadap pemunggahan prop/ set dan kebersihan selepas produksi

serta memastikan keselamatan premis yang digunakan.

7.0 MASA PERSEMBAHAN

7.1 Persembahan tidak melebihi 30 minit, tidak termasuk masa transisi. Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong 5 markah daripada markah keseluruhan.

7.2 Masa untuk persiapan dihadkan selama 5 minit dan masa mengosongkan pentas dihadkan selama 5 minit.

7.3 Masa persembahan dikira bermula daripada intro persembahan sama ada dalam bentuk muzik, aksi atau dialog.

8.0 PEMARKAHAN

8.1 Bahasa ( 40 markah )

8.1.1 Pengucapan dialoq yang lancar menggunakan struktur ayat yang betul dari segi tatabahasa dan sesuai dengan watak

8.1.2 Pemilihan kosa kata yang betul, jelas dan sesuai dengan watak

8.1.3 Intonasi dan nada suara yang kuat, jelas dan sesuai dengan watak

8.1.4 Penggunaan kata, frasa, bahasa kiasan, peribahasa, perumpamaan dan pantun mengikut situasi yang sesuai dengan watak

8.1.5 Memperlihatkan penggunaan ragam bahasa yang sejadi sesuai dengan watak dan budaya setempat

8.1.6 Pengolahan bahasa yang baik dan indah serta gramatis

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 5: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Drama Komsas

139

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

8.2 Persembahan (20 markah)

8.2.1 Memperlihatkan sebuah persembahan yang meyakinkan.

8.2.2 Memperlihatkan sebuah persembahan yang menarik.

8.2.3 Memperlihatkan sebuah persembahan yang kreatif.

8.2.4 Memperlihatkan sebuah persembahan yang kaya dengan eleman dramatik.

8.2.5 Memperlihatkan sebuah persembahan yang berjaya mengangkat tema, pemikiran dan nilai-nilai murni dengan jelas.

8.3 Lakonan ( 20 markah )

8.3.1 Pelakon berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dengan baik.

8.3.2 Pelakon berjaya memperlihatkan lakonan melalui pergerakan ( gerak, gerak isyarat / gesture dan ekspresi ) dengan baik.

8.3.3 Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan ( suara – artikulasi, intonasi dan projeksi ) yang baik .

8.3.4 Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan (sebagai satu ensembel) dengan baik.

8.3.5 Pelakon berjaya memperlihatkan penghayatan watak dengan baik.

8.3.6 Pelakon berjaya mengolah bahasa dengan baik dan indah.

8.4 Sinematografi ( 10 markah )

8.4.1 Rekaan set yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.

8.4.2 Rekaan/pilihan prop yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.

8.4.3 Rekaan cahaya yang menarik dan bermakna.

8.4.4 Tatarias yang memperkuatkan watak dan perwatakan.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 6: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Drama Komsas

139

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

8.4.5 Rekaan/pilihan kostum yang sesuai, menarik dan mampu memperkuatkan watak dan perwatakan.

8.4.6 Kesan khas dan kesan bunyi yang menarik dan berkesan.

8.5 Pengarahan ( 10 markah )

8.5.1 Pengarah berjaya melakukan tafsiran yang tepat dan menarik terhadap skrip.

8.5.2 Pengarah berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dalam drama.

8.5.3 Pengarah berjaya membentuk dan mengawal keseluruhan lakonan dengan baik.

9.0 PENGHAKIMAN / PENILAIAN.

9.1Peringkat Daerah dinilai oleh 3-5 orang hakim, termasuk Ketua Hakim.

9.2 Peringkat Negeri dinilai oleh 3-5 orang hakim, termasuk Ketua Hakim.

9.3Peringkat Kebangsaan dinilai oleh 5 orang hakim, termasuk Ketua

Hakim.

9.4 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.

9.5 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.

9.6Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan kertas konsep

Kementerian Pelajaran Malaysia.

9.7 Keputusan Panel Hakim adalah MUKTAMAD.

10.0 DISIPLIN PESERTA

10.1 Semua peserta hendaklah menjaga disiplin diri sepanjang pertandingan ini berlangsung terutama tatacara berpakaian dan adab kelakuan bagi menjaga nama baik program, individu serta sekolah.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 7: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Drama Komsas

139

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

10.2 Penggunaan selipar, berseluar pendek, baju ’t’ tanpa kolar serta pakaian yang mencolok mata adalah DILARANG sama sekali sewaktu menonton persembahan sepanjang pertandingan berlangsung, termasuk Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah.

10.3 Setiap pasukan mestilah mematuhi arahan dan peraturan pihak penganjur/ pengelola bagi memastikan kelancaran program.

11.0 TINDAKAN

11.1 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berhak MEMBATALKAN penyertaan kumpulan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep .

12.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 8: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Drama Komsas

139

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

BORANG PEMARKAHANDRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Giliran No. : ……………………………………………………………………

Sekolah : ……………………………………………………………………

Tajuk Drama : ……………………………………………………………………

Perkara KriteriaPenskoran

Markah Catatan

Bahasa (40 markah)

Struktur tatabahasa yang betul, sebutan jelas dan lancarPengolahan bahasa yang baik, indah & gramatis

Lemah: 1 – 10Baik: 11 – 29Cemerlang: 30 - 40

Persembahan( 20 markah )

Meyakinkan/ menarikKreativiti/Dramatik

Pemikiran

Lemah: 1 - 6Baik: 7 - 14Cemerlang:15 - 20

Lakonan( 20 markah )

Penghayatan watakGesture/gerak isyaratKesatuan lakonanPentafsiran watak

Lemah: 1 - 6Baik: 7 - 14Cemerlang: 15 - 20

Sinematografi( 10 markah )

Rekaan SetProp, kesan bunyi, cahayaTatarias

Lemah: 1 - 3Baik: 4 - 7Cemerlang: 8 - 10

Pengarahan( 10 markah )

Tafsir skripBentuk watakKawalan keseluruhan

Lemah: 1 - 3Baik: 4 - 7Cemerlang: 8 - 10

JUMLAH 100

Tandatangan Hakim : ..........................................

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 9: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Drama Komsas

139

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

BORANG KEPUTUSAN HAKIM INDIVIDUPERTANDINGAN DRAMA KOMSAS

PERINGKAT KEBANGSAAN

Nama : ................................................................ Tarikh : ................................

GILIRAN PESERTA MARKAH KEDUDUKAN

HAKIM1/2/3/4//5

Tandatangan Hakim………………………………..

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 10: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Drama Komsas

139

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

BORANG PENENTUAN KEPUTUSANPERTANDINGAN DRAMA KOMSAS

PERINGKAT KEBANGSAAN

GILIRANPESERTA

HAKIM1

HAKIM2

HAKIM3

HAKIM4

HAKIM5

JUMLAH KEDUDUKAN

Pengesahan oleh Ketua Hakim,

………………………………………( )

BORANG KEPUTUSAN RASMIPERTANDINGAN DRAMA KOMSAS

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 11: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Drama Komsas

139

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

PERINGKAT KEBANGSAAN

A. KEPUTUSAN KESELURUHAN

KEDUDUKAN GILIRAN PESERTA JUDUL DRAMA

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

B. KEPUTUSAN INDIVIDU

ANUGERAH WATAK JUDUL DRAMA GILIRANPELAKON LELAKI

TERBAIKPELAKON

PEREMPUAN TERBAIK

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK

PELAKON PEMBANTU PEREMPUAN

TERBAIKSINEMATOGRAFI

TERBAIKPENGARAH TERBAIK

PENGESAHAN HAKIMHAKIM NAMA TANDATANGAN TARIKH

12345

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA