klasifikasi ilmu menurut imam

3
Klasifikasi Ilmu Menurut Imam al-Ghazali KLASIFIKASI ILMU PENGETAHUAN MENURUT IMAM AL-GHAZALI Topik ini mula diberi perhatian oleh Imam al-Ghazali setelah beliau mendapati sebahagian daripada ilmuan Islam dari pelbagai bidang disiplin ilmu seperti ilmu kalam [tawhid], fiqh, tasawuf, tafsir dan hadith bercanggah pendapat tentang bidang-bidang ilmu yang wajib dikuasai oleh setiap individu Islam. Berdasarkan sabda Nabi Muhammad (s.a.w) yang bermaksud “Menuntut ilmu adalah fardhu yang diwajibkan ke atas setiap individu Islam”. Imam al-Ghazali menimbulkan persoalan tentang ilmu; adakah menuntut ilmu itu fardhu ‘ain ataupun fardhu kifayah atas individu Islam ? Berpandukan persoalan tersebut Imam al-Ghazali telah mengkalsifikasikan ilmu kepada dua bahagian utama iaitu : a) Ilmu Mu‘amalah. Ilmu mu‘amalah dimaksudkan sebagai suatu ilmu yang diperolehi manusia samada melalui utusan Allah, akal [pembelajaran], pengalaman dan pendengaran. Pada asasnya ilmu tersebut [mu‘amalah] tiada sebarang perbezaan melainkan menerusi nama-nama khas yang dberikan kepadanya seperti ilmu fardhu ‘ain dan ilmu fardhu kifayah oleh para ilmuan Islam. Ilmu mu‘amalah menurut beliau terbahagi kepada dua bahagian iaitu : 1- Ilmu fardhu ‘ain. Ilmu fardhu ‘ain secara ringkas dimaksudkan sebagai ilmu tentang asas-asas agama Islam seperti mengucap syahadah, menunaikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa dan menunaikan fardhu haji bagi yang berkemampuan. Ia merupakan suatu ilmu yang wajib dituntut oleh setiap individu Islam kerana menerusi ilmu pengetahuan tersebut individu Islam dapat melaksanakan segala tuntutan yang ditaklifkan samada berbentuk iktikad [kepercayaan],

Upload: abdul-hariz-king-rock

Post on 21-Aug-2015

918 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Klasifikasi ilmu menurut imam

Klasifikasi Ilmu Menurut Imam al-Ghazali

KLASIFIKASI ILMU PENGETAHUAN MENURUT IMAM AL-GHAZALI      Topik ini mula diberi perhatian oleh Imam al-Ghazali setelah beliau mendapati sebahagian daripada ilmuan Islam dari pelbagai bidang disiplin ilmu seperti ilmu kalam [tawhid], fiqh, tasawuf, tafsir dan hadith bercanggah pendapat tentang bidang-bidang ilmu yang wajib dikuasai oleh setiap individu Islam.      Berdasarkan sabda Nabi Muhammad (s.a.w) yang bermaksud “Menuntut ilmu adalah fardhu yang

diwajibkan ke atas setiap individu Islam”. Imam al-Ghazali menimbulkan persoalan tentang ilmu; adakah

menuntut ilmu itu fardhu ‘ain ataupun fardhu kifayah atas individu Islam ?

      Berpandukan persoalan tersebut Imam al-Ghazali telah mengkalsifikasikan ilmu kepada dua bahagian

utama iaitu :

a) Ilmu Mu‘amalah.

      Ilmu mu‘amalah dimaksudkan sebagai suatu ilmu yang diperolehi manusia samada melalui utusan

Allah, akal [pembelajaran], pengalaman dan pendengaran. Pada asasnya ilmu tersebut [mu‘amalah] tiada

sebarang perbezaan melainkan menerusi nama-nama khas yang dberikan kepadanya seperti ilmu fardhu

‘ain dan ilmu fardhu kifayah oleh para ilmuan Islam.

      Ilmu mu‘amalah menurut beliau terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

1-      Ilmu fardhu ‘ain.

Ilmu fardhu ‘ain secara ringkas dimaksudkan sebagai ilmu tentang asas-asas agama Islam seperti

mengucap syahadah, menunaikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa dan menunaikan

fardhu haji bagi yang berkemampuan. Ia merupakan suatu ilmu yang wajib dituntut oleh setiap

individu Islam kerana menerusi ilmu pengetahuan tersebut individu Islam dapat melaksanakan

segala tuntutan yang ditaklifkan samada berbentuk iktikad [kepercayaan], melaksanakan perintah

dan menjauhi laranganNya. Ilmu fardhu ‘ain hanya diperolehi menerusi utusan Allah iaitu para

rasulNya.

2-      Ilmu fardhu kifayah.

Ilmu fardhu kifayah menurut ajaran Islam merupakan suatu ilmu yang perlu dikuasai oleh sebahagian manusia yang mendiami sesebuah kawasan, daerah atau negeri. Hukum mempelajari ilmu fardhu kifayah berubah menjadi fardhu ‘ain apabila tiada seseorang pun di sesebuah kawasan, daerah atau negeri mengetahui tentang sesuatu ilmu seperti ilmu perubatan, pertanian, pembinaan, pengiraan dan sebagainya. Ilmu fardhu kifayah juga dimaksudkan sebagai ilmu yang berhubung kait dengan kehidupan sosial. Ilmu tersebut terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :

Page 2: Klasifikasi ilmu menurut imam

i)                    TerpujiIlmu terpuji adalah ilmu yang bermanfaat kepada kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Menurut Imam al-Ghazali ilmu terpuji merangkumi dua kategori iaitu :a)      Ilmu syariah.

Ilmu syariah hanya dapat diperolehi menerusi utusan Allah atau dalam kata lain ilmu yang tak tercapai oleh akal, pengalaman dan pendengaran untuk mengetahuinya seperti ilmu tentang hari kiamat.

b)      Ilmu umum.Ilmu umum pula mampu diperolehi manusia menerusi akal (pembelajaran), pengalaman dan pendengaran seperti ilmu bahasa dan ilmu perubatan.

ii)                  Harus.Ilmu yang harus dipelajari oleh manusia adalah seperti ilmu-ilmu kesusasteraan, sejarah dan sebagainya.

iii)                Tercela.Ilmu tercela merupakan ilmu yang dilarang kepada manusia untuk mempelajarinya seperti ilmu sihir dan sebagainya.

b) Ilmu Mukasyafah.

      Ilmu mukasyafah merupakan suatu ilmu yang hanya diperolehi oleh manusia menerusi ilham yang

diberikan oleh Allah kepadanya setelah melalui peringkat-peringkat tertentu dalam amalannya. Ilmu ini

lebih dikenali di kalangan ahli-ahli tasawuf sebagai ilmu ladunni.

      Pembahagian ilmu-ilmu tersebut adalah berdasarkan kepada pemerhatian Imam al-Ghazali tentang :

a)      Sejauhmanakah ilmu-ilmu tersebut bermanfaat kepada manusia dari segi penggunaanya

seperti ilmu bahasa.

b)      Sejauhmanakah ilmu-ilmu tersebut bermanfaat kepada kehidupan beragama manusia.

c)      Sejauhmanakah ilmu-ilmu tersebut bermanfaat kepada kehidupan manusia di dunia

seperti ilmu perubatan dan pengiraan.

d)     Sejauhmanakah kesan ilmu-ilmu tersebut dalam memberi ilmu pengetahuan dan

keseronokan kepada manusia seperti ilmu kesusasteraan dan ilmu sejarah.

      Menurut Imam al-Ghazali dasarnya sesuatu ilmu tidak tercela sehinggalah ilmu tersebut :

1-      Mendatangkan kemudaratan ke atas diri orang yang mempelajarinya serta orang lain.

2-      Mendatangkan lebih banyak kemudaratan kepada penuntutnya.

3-      Tidak memberikan sebarang faedah kepada penuntutnya mahupun orang lain.

      Berdasarkan kepada klasifikasi ilmu yang diberikan oleh Imam al-Ghazali ilmu fardhu ‘ain

merupakan ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap individu Islam. Manakala lain-lain ilmu adalah

berdasarkan kepada sejauhmanakah ilmu-ilmu tersebut bermanfaat kepada kehidupan individu ataupun

masyarakat di dunia dan di akhirat.