k.kursus 2011 titas

Upload: sabreeni

Post on 08-Apr-2018

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    1/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    1.0 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN.

    Perbincangan tentang ilmu ketamadunan telah banyak dikupas oleh tokoh-tokoh sarjana diTimur mahupun di Barat dari pelbagai perspektif. Pelbagai istilah telah muncul dalam

    mendefinisikan pengertian tamadun, di mana secara umumnya ianya membawa erti

    pencapaian kemajuan dari segi pembangunan fizikal di samping pemupukan tingkahlaku

    yang baik. Menurut The Oxford Dictionary (1995) salah satu makna moden ialah barn dan

    mutakhir iaitu new and up to date. Menurut Kamus Dewan (1998), tamadun boleh

    didefinisikan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara

    berkelakuan, berfikir, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau kerohanian

    sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban. Dalam bab ini, perbandingan di antara . definisi

    tamadun yang dikemukakan oleh sarjana Barat dan definisi yang dikemukakan oleh sarjana

    Islam akan dilihat. Perbandingan ini dibuat bagi mendapatkan satu definisi terbaik.

    Perbincangan mengenai ciri-ciri masyarakat bertamadun dan faktor-faktor yang membantu

    sesebuah tamadun itu muncul dan seterusnya terbina turut diperbincangkan tanpa

    mengabaikan faktor-faktor yang menyumbang kepada keruntuhan sesebuah tamadun.

    1

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    2/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    1.1 KONSEP TAMADUN.

    Penggunaan istilah tamadun yang berasal dari bahasa Arab iaitu tamaddun telah lama

    diterima pakai dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Penggunaannya dalam bahasa Melayu

    dikenali sebagai fenomena peminjaman mengikut teori antara bahasa. Di dalam bahasa Arab

    terminologi yang sering disamakan dengan tamadun ialah Hadharah, Umran dan

    Madaniyyah atau sinonim dalam bahasa Inggeris Civilization. Semua istilah di atas,

    walaupun rujukan khususnya boleh dibezakan antara satu sarna lain lantaran berbezanya latar

    belakang sarjana dan pengalaman hidup mereka, akan tetapi secara umumnya merujuk

    kepada makna yang sarna. Semua istilah tersebut secara literalnya bererti maju atau

    mencapai kemajuan. Makna kemajuan ini akan dipakai sebagai suatu makna tamadun yang

    sarna supaya mudah difahami.

    Perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana dalam

    bahasa Arab. Maddana merupakan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka

    bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan maddana ini

    lahirlah perkataan madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu

    yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.

    Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada perkataan al-

    deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama (Chandra

    Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi, Hashim Hj Musa, Mohd Zuhdi Marsuki,

    2002: 3).

    Menurut Ibrahim Anis et al. (1960), perkataan tamadun adalah kata terbitan daripada

    kata kerja maddana yang bererti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan

    membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Manakala Ibrahim

    Mustafa et al. (1989) dalam Al-Mu'jam al-Wasit memberi erti yang sedikit berbeza iaitu

    hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju.

    Perkataan tamadun melahirkan beberapa perkataan lain yang menjelaskan lagi kandungan

    2

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    3/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    maksud yang diungkapkannya. Antara yang dimaksudkan ialah madinah (bandar) dan

    madi1ni (keselesaan hidup dan ketinggian budi) (Mohd Liki Hamid, 2004 : 4-5).

    Tamadun juga sering disamakan pengertiannya dengan peradaban yang membawa maksud

    keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalarn sesebuah bangsa

    dan masyarakat.

    Selain daripada itu, perkataan yang sering digunakan dalarn bahasa lnggeris untuk

    memberi maksud tarnadun ialah civilization atau civilisation. Perkataan ini berasal daripada

    perkataan civitas dalam bahasa Latin yang bermaksud bandar atau kota. Tamadun dari segi bahasa mempunyai erti yang sama dengan istilah civilization dalam bahasa Inggeris.

    Civilization berasal daripada istilah bahasa Perancis iaitu city (bandar). Sehingga tahun 1732,

    ia merujuk kepada proses perundangan yang mengubah perbicaraan jenayah kepada

    perbicaraan sivil. Pada akhir abad ke-18, ia mula berkembang kepada makna yang lebih luas

    daripada hanya proses perundangan. Istilah ini mula digunakan di England pada tahun 1772

    (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zaino, 2000).

    Seperti hadarah dan peradaban, civilization juga membawa maksud menekankan

    penggabungan antara ketinggian budaya hidup dan kemajuan kebendaan.

    3

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    4/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    1.2 PENGERTIAN TAMADUN MENGIKUT BEBERAPA TOKOH TERKENAL.

    Secara ringkasnya pengertian tamadun dapat dilihat melalui pandangan yang mewakili

    pemikiran tamadun Barat, Islam dan Melayu seperti yang telah dibincangkan oleh Marzuki

    (1994 : 51-59) dalam Mohd Liki Hamid (2004 : 9) seperti mana berikut;

    Tamadun Menurut Sarjana Barat

    (a)Arnold Toynbee:

    Tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil

    pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi,

    sistem politik, pengetahuan dan seni.

    (b)J.K. Fiebleman:

    Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan

    lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjad!kannya barang baru bagi

    sesuatu keperluan.

    (c)E.B. Taylor:

    4

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    5/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan,

    kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh

    masyarakat.

    (d)Oswarld Spengler:

    Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu membawa kepada

    kemajuan.

    (e)Will Durant:

    Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran,kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi

    moral dan kesenian.

    Tamadun Menurut Sarjana Islam

    (a)Ibn Khaldun :

    Tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan,

    keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan

    kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahanbahan makanan, pakaian, peralatan rumah

    tangga dan sebagainya.

    (b)Muhammad Rasyid Redha :

    Agama adalah asas tamadun. lni kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan

    mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu

    bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.

    (c)Sayyid Qutb :

    5

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    6/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan

    masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, Pclitik, ekonomi dan kebudayaan

    yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan mlai-nilai moral Islam.

    (d)Said Hawa :

    Tamadun secara umum terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam dan tamadun

    Jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam

    serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu. Manakala tamadun Jahiliah pula ialah segala

    kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek

    kerohanian dan moral.

    (e)Umar Audah ai-Khatib:

    Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang

    menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan.

    Muhammad al-Bahiy :

    Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai

    keperibadian manusia sarna ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik,

    kesusasteraan dan lain-lain.

    Tamadun Menurut Sarjana Melayu

    (a) Abu Bakar Hamzah :

    Tamadun Islam ialah sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan

    manusia dan perkembangan yang lahir daripadanya, sarna ada sesuatu yang berupa niskala

    (nisbah) mahupun yang berupa sekala (material).

    6

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    7/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    (b)Wan Hashim Wan Teh:

    Pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan,agama dan moral, pelbagai aspek kesenian, tatasusila iaitu adab, budi pekerti serta organisasi

    politik atau kemampuan mewujud dan menguruskan sesebuah kerajaan yang demokratik.

    Termasuk dalam konsepsi tamadun ialah kemajuan dalam pengurusan ekonomi dan

    perdagangan serta peningkatan dalam teknologi yang berkemampuan meningkatkan

    keselesaan hidup manusia.

    Justeru, tamadun Barat lebih menonjolkan aspek pencapaian kebendaan atau material

    sebagai ukuran bagi menentukan sesebuah masyarakat itu bertamadun atau sebaliknya,manakala tamadun Islam mengimbangi di antara pembangunan material dan spiritual atau

    antara kebendaan dan kerohanian. Tamadun Melayu juga meletakkan aspek keagamaan dan

    moral suatu unsur penting selain pembangunan material kerana menerima pengaruh besar

    daripada Tamadun Islam.

    1.3 CIRI-CIRI TAMADUN

    Secara umumnya tamadun mempunyai ciri- ciri seperti berikut:

    1. Pemikiran keagamaan:Cth:tamadun Islam, China, India dll.

    2. Kota Raya :

    Baghdad bagi tamadun Islam, Lembah Hwang Ho tamadun Cina.

    3. Penduduk yang ramai:

    Merupakan elemen penting dlm proses pembangunan sesebuah negara.

    Dapat menghasilkan kemajuan & pencapaian yg tinggi dlm pelbagai bidang sprt sains &

    7

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    8/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    teknologi, seni bina dsbgnya.

    4. Pemerintahan & Undang-undang:

    Undang-undang yang adil dan berkesan dapat membawa kemajuan kepada sesebuah

    tamadun.

    5. Pengkhususan kerja:

    Cth: wujudnya golongan intelektual, para sarjana, pedagang, teknorat, petani, pekerja dan

    sebagainya.

    6. Ilmu pengetahuan

    7. Teknologi

    8. Perdagangan Antarabangsa

    1.4 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN AGAMA.

    Menurut Kamus Dewan (1998), agama ialah kepercayaan kepada Tuhan dan sifatsifat,

    kekuasaan, penerimaan ajaran dan perintah-Nya. Secara fitrah, agama dan kepercayaan

    bukan hanya merupakan perkara asas yang wujud dalam diri setiap manusia, tetapi juga

    sudah menjadi suatu keperluan kepada manusia. Manusii memerlukan agama kerana

    8

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    9/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    dorongan sifat semulajadi iaitu seperti rasa takut yang membawa kecenderungan untuk

    mendapatkan keselamatan dan perlindungan daripada Tuhan.

    Islam mendefinisikan agama dengan nama al-deen, iaitu cara hidup yang disepadukan

    dari kepatuhan menurut peraturan yang diturunkan oleh Allah SWT dengan meletakkan

    agama Islam itu sebagai kebudayaan. Islam meletakkan hubungan yang amat erat di antara

    agama dan tamadun. Ianya berbeza dengan pandangan Barat yang meletakkan agama sebagai

    sebahagian daripada kebudayaan iaitu agama lahir dari aktiviti manusia atau hasil dari

    interaksi manusia dengan alam sekitar atau ketakutan kepada kuasa ghaib.

    Peranan agama dalam membentuk pandangan semesta sesebuah masyarakat serta perilaku

    tindakan mereka dalam kehidupan sememangnya amat penting. Ini kerana agama mengajar

    manusia melaksanakan perkara-perkara positif dalam kehidupan seperti berusaha, amanah,

    sabar dan sebagainya yang dapat melahirkan tamadun manusia.

    Kemunculan tamadun-tamadun silam sebelum ini merupakan manifestasi kepada

    kehidupan beragama yang berperanan membentuk pandangan semesta dan nilai kehidupan

    yang terpuji dalam masyarakat ketika itu. Contohnya tamadun Barat dipengaruhi oleh agama

    Kristian, tamadun Timur Tengah, Rusia dan China kebanyakannya dipengaruhi oleh agama

    Islam. Manakala tamadun Asia Tengah pula dipengaruhi oleh Hindu dan Buddha. Agama

    juga mempunyai hubungan dengan unsur tamadun yang lain seperti moral, etika, ekonomi,

    undang-undang, estetika dan sains.

    Walaubagaimanapun peranan agama ini telah dinafikan oleh dunia Barat yang pemah

    mengalami Zaman Kegelapan yang mendakwa agama Kristian telah menyebabkan

    berlakunya kemunduran dalam kehidupan manusia. Fahaman ini menyebabkan mereka

    memisahkan agama dengan kehidupan, lalu membina ilmu dan tamadun atas dasar

    kemanusiaan dan sains moden sejak zaman Renaissanse sehingga kini.

    Namun demikian, keadaan ini berlaku sebaliknya di dunia Timur atau suatu ketika

    dahulu dikenali dengan nama Jahiliah, telah berjaya membangun dan mencipta kemajuan

    kerana berpegang teguh dengan ajaran agama yang dinamakan Islam. Mengenai kewujudan

    9

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    10/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    hubungan yang erat antara tamadun dan ajaran Islam ini, R.E. Sullivan menegaskan,

    "Moslem civilisation was the product of Moslem religion." Manakala M. Abduh pula

    merumuskan bahawa "adherence to the Prophets and the guidance of religion provides the

    basis for every civilisation. (Mohd Nasir Ripin, Abdullah Sulong, Zulkiflee Haron, 2003: 5).

    10

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    11/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    1.5 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN KEBUDAYAAN.

    Hubungan antara tamadun dan kebudayaan ialah kedua-duanya merupakan hasil ciptaanmanusia yang menyentuh aspek cara hidup dengan menggunakan akal dan fikiran untuk

    menggarap ilmu dan pengetahuan. Daripada pemilikan ilmu ini pula, ia melahirkan

    keinginan dan kehendak untuk mencapai satu tingkat kehidupan yang maju dengan

    mematuhi undang-undang dan peraturan hidup dengan membina asas-asas pembangunan dan

    pemodenan.

    Menurut Kamus Dewan (1998), kebudayaan ialah cara hidup sesuatu masyarakat.

    Pengertian ini mempunyai makna yang sangat luas Jpenggunaannya. Perkaitannya dengantamadun dapat dilihat melalui ciri-ciri khusus kemajuan kehidupan sesuatu masyarakat yang

    meliputi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, kesenian, senibina, pakaian, agama dan

    lain-lain pencapaian manusia. Perkaitan antara kebudayaan dan tamadun berdasarkan

    kesamaan sumber kedua-duanya dihasilkan oleh fikiran dan keilmuan manusia dalam

    membangunkan insan untuk mencapai taraf hidup yang lebih maju di dunia ini.

    Bagaimanapun, tamadun berbeza daripada budaya sekiranya dilihat dari dua keadaan

    berikut:

    (a)Pengaruh dari natijah tamadun berkekalaJ:l lebih lama berbanding dengan pengaruh dari

    natijah budaya. Dengan pengertian lain sesuatu natijah budaya yang kekal lama dalam

    sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun. Sebagai contoh, kesetiaan kepada

    maharaja merupakan satu natijah tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik

    mereka telah jauh berbeza daripada keadaan silam. Manakala cara mereka berpakaian dan

    pemilihan jenis makanan pula merupakan natijah budaya kerana telah mengalami banyak

    perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.

    (b)Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya

    dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam misalnya mengandungi

    beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, budaya

    11

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    12/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    masyarakat Islam di rantau Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di

    Semenanjung Arab sungguhpun mereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam.

    1.6 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BANGSA.

    Hubungan antara tamadun dengan bangsa tidaklah begitu ketara sekalipun terdapat beberapa

    tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa seperti tamadun China dan India.

    Walaubagaimanapun hubungan tamadun melangkaui hubungan-hubungan sesuatu bangsakerana kewujudan sesebuah tamadun tidak berdasarkan batasan kedudukan geografi, budaya

    dan kebangsaan. Bagaimanapun, Islam meletakkan agama sebagai nadi utama di -dalam

    pembinaan tamadun manakala bangs a tidak memberikan suatu makna yang cukup besar

    kepada tamadun.

    Kepelbagaian bangs a dalam Islam dikira sebagai milik bersama secara global dan

    mempertahankan survival tamadun Islam untuk merentas zaman. Kefahaman ini dipetik

    menerusi maksud firman Allah SWT di dalam al-Quran surah al-Hujurat (49) ayat 13 yang bermaksud:

    Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu semua daripada seorang

    lelaki dan wanita dan Kami telah menjadikan kamu semua bersuku-suku dan berbangsa-

    bangsa, supaya kamu saling kenaI mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-

    mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.

    Kewujudan dan kemunculan tamadun-tamadun yang besar dan masyhur dilihat

    mempunyai penonjolan yang tersendiri seperti tamadun Yunani yang masyhur denganfalsafah dan keseniannya, manakala tamadun Islam pula masyhur dengan perspektif

    kehidupan yang menyeluruh di samping perkembangan sains dan teknologi. Keistimewaan

    tersebut hasil pandangan semesta atau world view yang biasanya berdasarkan agama yang

    dianuti oleh mereka.

    12

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    13/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    Unsur utama yang menjadi pembeza antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang

    lain ialah pandangan semesta (world view). Pandangan semesta inilah yang menjadikan

    sesuatu tamadun membentuk keutuhan yang berterusan dalam mencapai kemajuan yang

    menjadikan tamadun itu kekal. Walaubagaimanapun, kebanyakan tamadun yang pernah

    wujud memiliki ciri-ciri tertentu yang meneruskan kesinambungan sesuatu masyarakat.

    Beberapa ciri-ciri yang sejagat dimiliki oleh sesebuah tamadun seperti berikut :

    Penempatan Kekal

    Penempatan kekal merupakan aspek penting dalam kewujudan sesebuah tamadun di dunia

    ini. Ini kerana manusia memerlukan suatu kawasan bagi menjalankan aktiviti ekonomi dan

    kemasyarakatan malah tempat tinggal mereka. Kewujudan suatu penempatan tetap dan kekal

    membolehkan sesebuah masyarakat menetap di kawasan-kawasan yang boleh membekalkan

    hasil makanan kepada mereka. Ciri-ciri ekonomi as as di kawasan ini ialah wujudnya sumber

    makanan as as seperti tumbuhan bijirin liar serta sumber protein seperti ikan, udang, ketam

    dan sebagainya. Oleh itu, pemilihan kawasan yang mempunyai ciri-ciri ekonomi tersebut

    merupakan proses ke arah pembentukan sebuah masyarakat pertanian awal yang akhirnya

    membentuk bandar hasil daripada revolusi pertanian.

    Di samping itu, pemilihan kawasan yang mempunyai ciri-ciri geografi tertentu

    amatlah penting bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan seperti lembah sungai

    kerana tanahnya mempunyai tahap kesuburan semulajadi bagi permulaan kepada pertanian

    tetap, bekalan air yang cukup untuk kegunaan komuniti dan juga pertanian.

    Hampir kesemua tamadun awal bermula di kawasan-kawasan lembah sungai yang

    subur contohnya tamadun Mesir di lembah Sungai Nil, tamadun Sumeria di lembah Sungai

    Euphrates dan Tigris, tamadun Shang di lembah Sungai Kuning dan tamadun Mohenjo Daro-

    13

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    14/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    Harappa di lembah Sungai Indus. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah

    Mohd Noor, Salina Hj. Zainol, 2000 : 7). Penempatan kekal ini merupakan suatu yang amat

    penting dalam meneruskan proses selanjutnya atau kesinambungan perkembangan sesebuah

    tamadun itu.

    Revolusi Pertanian

    Perkembangan revolusi pertanian disebabkan penciptaan kekayaan (wealth creation) wujud

    di dalam sesebuah masyarakat. Perkara ini berlaku disebabkan masyarakat semakin pandai

    mengeksploitasi alam semulajadi melalui cara-cara saintifik. Ciri ini menjadi ukuran kepada

    ketamadunan sesebuah masyarakat berdasarkan kekayaan yang diperolehi. Keadaan ini berlaku apabila wujud pertambahan hasil pertanian dan pentemakan meningkat dan

    melampaui tahap sara diri. Kesannya segelintir anggota dalam masyarakat itu dapat bergiat

    dalam aktiviti lain seperti pertukangan, perdagangan dan sebagainya. Pad a peringkat ini kita

    dapati berlaku penciptaan peralatan yang lebih baik bagi meningkatkan lagi hasil makanan.

    (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd DaH, Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zainol, 2000

    : 8).

    Revolusi pertanian turnt memperkembang dan mempertingkatkan pengkhususan pekerjaan di kalangan anggota masyarakat. Kewujudan lebihan pengeluaran makanan

    menyebabkan masyarakat akan menjalankan aktiviti ekonomi lain seperti pertukangan,

    pentemakan, perniagaan dan sebagainya. Kepesatan perkembangan aktiviti-aktiviti ekonomi

    yang lain ini akan menghasilkan suatu bentuk baru kegiatan ekonomi yang dikenali sebagai

    perdagangan. Masyarakat sudah mampu menjuallebihan hasil makanan mereka malah

    mampu membuat pertukaran dengan barangan keperluan yang lain.

    14

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    15/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    Sistem Politik dan Pemerintahan yang Teratur Kewujudan suatu sistem politik dan

    pentadbiran yang teratur merupakan salah satu ciri penting tamadun dan menjadi simbol atau

    lambang kepada ketamadunan sesebuah masyarakat. Kebiasaannya pada peringkat awal

    perkembangan sesuatu tamadun sistem politik dan corak pemerintahan berdasarkan kepada

    hubungan kekeluargaan dan darah dalam membentuk sebuah masyarakat sebenar. Apabila

    manusia mencapai tahap tamadun yang tinggi, sistem politik dan pentadbirannya menjadi

    lebih kompleks. Begitu juga dengan kelompok manusia yang diperintah akan menjadi

    semakin kompleks. Hubungan antara individu bukan lagi berasaskan kepada hubungan

    darah, tetapi bentuk pemerintahan bermula dengan ketua kepada kuasa pemerintah tertinggi

    yang dikenali sistem beraja atau monarki yang menjadi hak turun temurun, contohnya rajaatau sultan dalam tamadun Melayu dan Firaun dalam tamadun Mesir. Organisasi politik di

    bawah kuasa pemerintah tertinggi ini muncul sejak tahap awal sesebuah masyarakat

    mencapai tamadun. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noor,

    Salina Hj Zainol, 2000 : 14).

    Di samping itu, pemerintahan juga mengandungi pelbagai bentuk pentadbiran yang

    membantu, menyelaras serta melicinkan sesebuah negara seperti kehakiman, perkhidmatan

    awam, suruhanjaya dan badan-badan keselamatan seperti polis dan tentera. Kewujudan bentuk pentadbiran tersebut boleh dilihat pada pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka

    dengan wujudnya jawatan Temenggung yang berperanan menjaga keselamatan, Laksamana

    menjaga keselamatan perairan dan lain-lain.

    15

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    16/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    Stratifikasi dan Organisasi Sosial

    Pengkelasan dalam masyarakat berdasarkan kelas dan status merupakan suatu ciri yang

    berlaku dalam perkembangan sesebuah tamadun. Stratifikasi sosial sesuatu masyarakat

    biasanya bermula dengan pemilikan tanah pertanian yang dianggap mempunyai kedudukan

    tinggi dalam masyarakat sementara golongan yang tidak mempunyai tanah pertanian menjadi

    golongan pekerja atau buruh iaitu kelas yang lebih rendah, contohnya hamba. Oleh itu kelas

    masyarakat seseorang atau sesebuah keluarga pada awal kemunculan tamadun ditentukan

    berdasarkan pemilikan tanah tersebut. Selain itu golongan masyarakat yang mempunyaistatus yang tinggi dilihat mempunyai peraturan adat yang istimewa yang tidak boleh

    dilakukan oleh golongan berstatus rendah termasuklah jenis pakaian, perhiasan dan bentuk-

    bentuk binaan rumah. Lazimnya golongan yang berstatus tinggi juga merupakan golongan

    yang berada pada strata sosial yang paling tinggi serta mengawal sebahagian besar faktor

    pengeluaran.

    16

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    17/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    Namun demikian perkembangan ekonomi yang membawa kepada kemunculan

    golongan peniaga atau pedagang kemudiannya mempengaruhi perubahan sosial.

    Kemunculan golongan ini secara tidak langsung menjejaskan kerangka masyarakat awal.

    Pemilikan kekayaan kini bukan hanya terhad kepada tanah tetapi juga harta benda lain yang

    mana kekayaan tersebut telah mempertingkatkan kedudukan pedagang ke kelas sosial yang

    tinggi. Dalam keadaan ini golongan bangsawan yang memiliki tanah dan kuasa politik boleh

    ditandingi oleh golongan pedagang. Oleh itu dalam kebanyakan masyarakat, golongan

    pedagang dinafikan status tinggi oleh golongan bangsawan melalui pelbagai cara walaupun

    golongan ini mempunyai kekayaan.

    Urbanisasi

    Urbanisasi merupakan proses pembentukan pembandaran at au dikenali sebagai bandar.

    Bandar merupakan pusat utama kegiatan pentadbiran, ekonomi, keagamaan, kemasyarakatan

    dan sebagainya dalam sesebuah tamadun. Ianya dianggap sebagai nadi sesebuah tamadun

    kerana hampir semua aktiviti masyarakat berlangsung di bandar. Walaubagaimanapun aspek

    urbanisasi ini merangkumi juga kawasan perkampungan yang didiami oleh sebilangan

    masyarakat lain yang mempunyai peranan dan fungsi yang sarna seperti di bandar.

    Bentuk lazim yang wujud pada bandar-bandar awal ialah penempatan sekelompok

    bandar di mana pusatnya ialah kuil-kuil dan istana-istana yang didiami oleh keluarga

    pemerintah serta pembesar-pembesar. Sementara golongan petani dan pekerja-pekerja lain

    17

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    18/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    tinggal di kampung masing-masing yang berhampiran dengan bandar. Oleh itu penempatan

    keseluruhannya lebih bercorak berselerak (dispersed city).

    Contohnya bandar dalam tamadun Shang mempunyai binaan tembok-tembok yang

    memisahkan setiap kelompok berdasarkan kepada kelas sosial serta pengkhususan kerja.

    (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd NoOf, Salina Hj. Zainol,

    2000: 11). Tamadun Lembah Indus memberi contoh terbaik di mana proses perbandaran

    dibangunkan sangat menakjubkan. Kesan-kesan tinggalan bangunan besar, bilik air, limbah,

    pembentungan, longkang dan palung di kaki-kaki atap masih menjadi bukti kepada

    ketinggian kehidupan masyarakat tempatan pada ketika itu.

    Perkembangan Sains dan Teknologi

    Kepesatan kemajuan sains dan teknologi selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan

    dan pemikiran sesebuah masyarakat. Ianya memartabatkan sesebuah tamadun dati satu tahap

    ke satu tahap yang lebih tinggi. Kemajuan material selalunya berpunca dari kemajuan

    pemikiran atau mind~ dan keilmuan sesuatu bangsa. Taraf pemikiran yang tinggi ini pula

    diterjemahkan dalam bentuk realiti yang bersifat benda atau alatan atau teknologi. Kemajuan

    dalam bidang perdagangan sekadar contoh, diiringi dengan teknologi perkapalan, penciptaan

    18

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    19/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    mata wang, alatan tembaga, tembikar dan seumpamanya. Tidak dapat dinafikan sejarah

    sesebuah tamadun amat bergantung kepada ketinggian sains dan teknologinya. Penciptaan

    piramid sebagai contoh, kekal menjadi mercu tanda tamadun Mesir hingga hari ini.

    Pada awal perkembangan sains dan teknologi setiap tamadun memiliki ciri yang

    sarna dengan penggunaan batu sebagai alat terpenting dalam kehidupan. Pengetahuan dan

    pengalaman manusia semakin meningkat dalam penciptaan perala tan keperluan seharian

    sehingga memasuki era pertanian dan kerja-kerja kraftangan. Dua penciptaan terpenting

    manusia pada peringkat ini ialah bajak dan roda. Bajak memudahkan kerja-kerja dalam

    sektor pertanian manakala roda menjadikan aktiviti pengangkutan pembuatan tembikar dan

    pengairan. (Azhar Hj. Mad Aras, Azharudin Mohd Dali, Suffian Mansor, Zulkarnaian Abdul

    Rahman, 2001 : 10). Perkembangan sains dan teknologi manusia bertambah baik dengan

    penggunaan besi sebagai bahan utama penciptaan pelbagai keperluan manusia sehingga ke

    hari ini. Kepesatan manusia melakukan kajian dan penyelidikan melonjakkan taraf

    kehidupan yang bertambah maju dan canggih.

    Sistem Tulisan

    Masyarakat memerlukan kepada komunikasi untuk berinteraksi sambil memberi atau

    menerima maklumat. Lantaran itu, kewujudan sistem tulisan merupakan ciri tamadun yang

    paling penting bagi perkembangan sesebuah tamadun dalam jangka mas a panjang. Tulisan

    19

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    20/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    dalam tamadun awal mempunyai pelbagai bentuk yang difahami oleh komuniti setempat,

    contohnya di Sumeria, Mesir dan China muncul tulisan piktograf yang mana gambar-gambar

    dilukis bagi mewakili sesuatu makna. Tulisan piktograf ini kemudiannya berkembang kepada

    sistem tulisan yang berbentuk logagrafi (logographic) iaitu bentuk awal kepada pembentukan

    tulisan berbentuk abjad. Kemunculan tulisan menjadi petunjuk kepada dinamisme

    masyarakat sesebuah tamadun kerana melalui sistem tulisan, komunikasi dalam masyarakat

    menjadi lebih luas dan efektif. Angka-angka yang terbit daripada sistem tulisan memudahkan

    lagi pengiraan dibuat. Perkembangan ini membawa kepada kemunculan kelas terpelajar atau

    literati. Golongan ini terbabit dalam aktiviti pemerhatian dan penyimpanan rekodrekod.

    Ilmu astronomi merupakan ilmu yang berkembang seiring dengan sistem tulisan dan

    angka dalam masyarakat tamadun awal. Penciptaan sistem tulisan dan angka secara tidak

    langsung telah memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam masyarakat bertamadun.

    Catatan-catatan dapat dibuat dan rekod-rekod dapat disimpan. Contohnya dalam sejarah

    China telah wujud tradisi menyimpan rekod istana sejak tamadun Shang. Sistem tulisan turut

    menjadi penggerak kepada kemunculan seni kreatif yang melibatkan penulisan seperti

    penggarapan epik-epik, puisi-puisi dan cerita-cerita rakyat, contohnya epik Gilgamesh dalam

    masyarakat Sumeria. Sistem tulisan juga dapat membantu memperkembangkan danmenyemarakkan sesuatu agama atau kepercayaan. Contohnya, penganut agama Islam dapat

    menghayati ajaran Islam yang sebenar melalui kitab al-Quran yang telah ditulis dan

    dibukukan oleh golongan ulama terdahulu.

    Sistem Agama dan Kepercayaan

    20

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    21/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    Kehidupan beragama merupakan ciri penting yang wujud dalam masyarakat bertamadun.

    Pemikiran tentang wujudnya kuasa ghaib yang mengawal kehidupan manusia menunjukkan

    manusia sebenarnya sudah berfikir mengenai keperluan spiritual Giwa) mereka. Spiritual

    merupakan unsur penting dalam tamadun-tamadun dunia, misalnya tamadun Mohenjo Daro-

    Harappa, tamadun Sumeria dan Mesir. Agama dan kepercayaan ~ini bukan sahaja rriemberi

    kesan kepada wujudnya manusia yang bersopan santun atau baik tetapi juga dimanifestasikan

    melalui pembinaan bangunan-bangunan keagamaan yang kemudiannya menjadi pusat

    kepada urbanisasi dalam tamadun tersebut Kemunculan tamadun dikatakan bermula apabila

    muncul bandar-bandar. Lazimnya bandar-bandar awal muncul di sekitar pusat-pusat upacara

    agama. Kerja-kerja mencari gali bahan-bahan arkeologi mendapati bahawa kadangkadang bandar tersebut berasal daripada sebuah kuil agama atau pusat penyembahan nenek moyang.

    Kewujudan kompleks-kompleks kuil amatlah menonjol dan seiring dengan

    pertumbuhan bandar sehingga sejarawan dan ahli arkeologi berpendapat bahawa

    kepercayaan agama yang telah diinstitusikan sebagai agama rasmi sesebuah masyarakat

    memainkanperanan penting dalam pembentukan masyarakat bertamadun dan bandarbandar

    awal. Peristiwa besar dunia hari ini pun seringkali dikaitkan dengan agama. Tahun Masehi

    sebagai contoh, dinasabkan kepada seorang Nabi Isa yang menyebarkan ajaran agamaKristian.

    21

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    22/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    1.7 FAKTOR KELAHIRAN DAN KEJAYAAN TAMADUN

    Kemunculan dan perkembangan sesebuah tamadun dipengaruhi oleh pelbagai faktor,

    antaranya (Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi, Hashim Hj.Musa, Mohd

    Zuhdi Marsuki, 2003: 13) :

    Politik yang kukuh

    Politik yang kukuh merupakan faktor utama yang menentukan jangka hayat sesebuah

    tamadun. Contohnya, tamadun Mesopotamia dengan sistem beraja dan Kod ammurabinya

    (1792-50 S.M). Tamadun Mesir dengan Raja Firaun dan sistem hierarkinya. Begitu juga

    tamadun Lembah Indus dan tamadun Melayu yang terkenal dengan sistem beraja dan sistem

    pembesamya seperti empayar Melaka. Kesultanan Melaka yang diasaskan oleh Parameswara

    dari Palembang sekitar 1400M telah mengukuhkan sistem pentadbirannya dengan

    memperkenalkan Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Tamadun China

    yang bermula di Lembangan Sungai kuning (Hwang Ho) juga ditentukan kesinambungan

    hayatnya oleh faktor politik, perundangan dan kestabilan.

    kedudukan yang Strategik

    Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan kedudukannya yang trategik yang

    boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah untuk lemperoleh sumber-

    sumber semulajadi untuk menampung kehidupan masyarakatnya. aktor lokasi seperti ini

    yang merujuk kepada kesesuaian faktor-faktor geografi telah .ilihat menggalakkan

    kemunculan tamadun China di Lembah Huang-He dan Yang Tse, tamadun India di Lembah

    Ganges dan Brahmaputra, tamadun Mesopotamia di Lembah igris dan Euphrates, tamadun

    Mesir di Lembah Nil dan juga tamadun Melaka di )inggiran- Selat Melaka. Jika dilihat

    22

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    23/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    keistimewaan Tamadun Melaka sehingga menjadi mpayar yang ulung di rantau ini pada abad

    ke-15 adalah disebabkan kedudukannya rang strategik dari segi perdagangan dan

    pelabuhannya terlindung dan selamat dari iupan angin Monsun.

    Rangsangan Keagamaan

    Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan rangsangan eagamaan dan

    kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani sebenamya mendorong lanusia supaya

    menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan sud yang mendorong ,epada kehidupan

    bertamadun. Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan eragama akan berusaha

    untuk membangunkan kehidupan mereka menuju kepada :esempurnaan kemanusiaan dan

    seterusnya melahirkan ketinggian budaya. Daripada lembangunan kehidupan seperti ini

    bermulalah bibit-bibit kehidupan bertamadun. kemunculan Tamadun Islam misalnya begitu

    dipengaruhi oleh rangsangan nilai aripada penghayatan cara hidup Islam yang sempuma.

    Sejarah Tamadun Islam bermula di Semenanjung Tanah Arab, dari zaman yang dikenali

    sebagai Jahiliah kerana masyarakat Arab pada masa itu masih jahil tentang agama dan

    berpuak-puak. Peperangan sering meletus, golongan kaya sering menindas golongan miskindan wanita berada pada kedudukan yang hina. Kedatangan Islam telah mengubah cara hidup

    masyarakat Arab kepada perpaduan ummah dan sifat keinsanan yang tinggi. Tamadun Islam

    mula berkembang pesat sehingga mencapai kegemilangan.

    Penghayatan Tinggi Terhadap Moral dan Nilai Terpuji

    Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh penghayatan yang tinggi terhadap moral

    dan nilai yang terpuji. Nilai-nilai murni yang wujud pada masyarakat sudah pasti

    menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai murni yang lain seperti kreativiti,

    ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin dan sebagainya. Nilainilai murni yang wujud

    pada pemimpin sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemat, bertanggungjawab

    dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan

    negara. Penghayatan nilai-nilai murni seperti penekanan konsep keadilan dalam

    23

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    24/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    pemerintahan telah dihayati hampir semua tokoh tamadun silam seperti Plato dan Aristotle

    dalam tamadun Yunani, Lao Tze dan Kung Fu Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan

    Samkara dalam tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun

    dalam Tamadun Islam.

    Pengalaman Kesengsaraan Hidup

    Kemunculan sesebuah tamadun dikaitkan juga dengan kesengsaraan hidup. Situasi

    kehidupan yang sengsara dan menderita boleh mendorong masyarakat untuk bekerjasama

    mengembelengkan tenaga untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut.

    Kesengsaraan dan penderitaan menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih berdisiplin dan

    kreatif dalam membangunkan kehidupan mereka. Dalam konteks zaman moden, kemunculan

    negara Jepun seringkali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan

    mereka dalam Perang Dunia Kedua. Kekalahan dalam peperangan tersebut telah

    meningkatkan semula semangat rakyat Jepun untuk bangun memajukan negara mereka.

    Hasil usaha yang bersungguh-sungguh menjadikan Jepun sebagai sebuah negara yang maju

    dalam bidang sains dan teknologi serta muncul salah satu kuasa ekonomi dunia.

    Toleransi dengan Tamadun Lain

    Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh toleransi yang tinggi terhadap sumbangan

    tamadun-tamadun yang lain. Semangat untuk mewujudkan interaksi antara tamadunmerupakan satu rangsangan kepada pemupukan kehidupan bertamadun. Toleransi terhadap

    sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima

    sumber-sumber yang baik daripada tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu

    kemunculan tamadun barn. Sikap tokoh-tokoh penting dalam tamadun-tamadun sebelum ini

    jelas menampakkan toleransi dan saling hubungan antara tamadun. Tamadun Islam

    24

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    25/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    contohnya merupakan tamadun yang bersikap terbuka untuk menerima sumber ilmu

    astronomi daripada tamadun Yunani.

    1.8 FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN

    Ketidakadilan dan Perbezaan Jurang

    Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara antara

    golongan kaya dengan miskin. Sebagai contoh, situasi seperti ini dapat diperhatikan berlaku pad a zaman pemerintahan raja-raja zaman Greek awal, terdapat ramai golongan hamba abdi

    yang hidup miskin dan melarat sedangkan golongan kaya terus menambah kekayaan.

    Golongan miskin ini tidak dapat hak untuk mengundi malah ditindas dan diperah tenaga

    untuk mengusahakan tanah orang kaya. Akibat daripada ketidakadilan yang dilakukan oleh

    golongan atasan maka tercetus perasaan tidak puas hati dan pemberontakan dan rusuhan

    orang bawahan. Mereka menuntut pembaharuan dari segi ekonomi terutama mengenai tanah,

    namun desakan mereka tidak diendahkan, malah ketua mereka Tiberius dan Cains Gracchus

    telah terkorban akibat ditindas oleh ahli-ahli senat. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd

    Dali, Arba'iyah Mohd Noar, Salina Hj. Zainol, 2000 : 33).

    Penindasan dan Kezaliman

    25

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    26/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan

    diketepikan sarna sekali. Kehidupan bertarnadun sudah tidak bermakna lagi apabila sistem

    ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati malah dicabuli dengan sewenang-

    wenangnya. Sebagai contoh, semasa era pemerintahan Dinasti Sui (589-618), Maharaja Yang

    Ti (604-617) telah mengabaikan tanggungjawab serta bertindak kejarn ke atas rakyatnya.

    Tindakan beliau yang memaksa rakyat membina istana-istana raja dan terusan membawa

    rasa tidak puas hati rakyat. Akhimya golongan petani bangkit memberontak dan

    menjatuhkan dinasti tersebut. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd DaH, Suffian Mansor,

    Zulkarnaian Abdul Rahman, 2001 : 23).

    Keruntuhan Moral dan Nilai Masyarakat

    Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutarnanya di kalangan

    pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekern yang murni dan

    mulia. Berdasarkan sejarah kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan Tamadun

    Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai terutama di kalangan pemimpin.

    Dalam pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah perpecahan berlaku di kalangan puak Syi' ah

    dan Sunni kerana semangat perkauman yang sempit. Malah wujud di kalangan pemimpin

    mereka yang tidak berakhlak mulia seperti suka berfoya-foya, zalim, tamak kuasa dan

    sebagainya. Nilai-nilai yang tidak sihat di kalangan pemimpin ini telah menyebabkankeadaan politik menjadi tidak stabil, akhirnya kerajaan menjadi merosot dan lemah. (Azhar

    Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noar, Salina Hj. Zainol, 2000 : 33).

    Sikap Tertutup Dari Menerima Perubahan

    26

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    27/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    Wujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi perubahan

    teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial. Sikap tertutup seperti

    ini sudah tentu merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya

    menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang beku atau jumud berpanjangan. Dalam

    sejarah dapat dilihat bagaimana Tamadun Islam Uthmaniyyah mengalami keruntuhan dari

    dalam disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan so sial.

    Begitu juga yang berlaku kepada tamadun China yang enggan menerima perubahan dari

    Barat menyebabkan kerajaan China semakin merosot dan lemah walaupun pelbagai usaha

    dijalankan untuk memulihkannya.

    Malapetaka dan Bencana Alam

    Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-

    besaran. Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan sesebuah

    tamadun. Bagaimanapun, faktor ini di luar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada

    berlaku. Misalnya wabak penyakit yang dahsyat telah me!ebak ke seluruh bandar Athens dantelah mengakibatkan kematian dan kemusnahan sehingga melemahkan semangat penduduk

    Athens pada sekitar 429 S.M. Pericles yang dianggap pemerintah yang berkebolehan telah

    menjadi mangsa wabak penyakit tersebut termasuk ramai pembesar-pembesar yang telah

    banyak membuat perubahan kepada Athens sendiri. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd

    Dali, Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zainol, 2000 : 34).

    27

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    28/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    KESIMPULAN

    Sesebuah tamadun itu sebenarnya mempunyai kriteria dan faktor tersendiri dalam membina,

    membangun dan memajukan tamadun tersebut. Terdapat tamadun yang mampu bertahan

    untuk jangka mas a yang lama namun sebaliknya terdapat juga tamadun yang tidak dapat

    bertahan lama kerana faktor-faktor tertentu. Begitu juga dengan tamadun Malaysia yang

    meletakkan asas pembinaannya yang berteraskan kepada polarisasi kaum, ras dan bangs a

    bagi membina acuan tamadun Malaysia itu sendiri.

    2.0 TOKOH TAMADUN ISLAM

    AL-FARABI

    28

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    29/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    2.1 RASIONAL PEMILIHAN TOKOH AL FARABI

    29

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    30/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    Bumi Turkistan yang selama beberapa abad di bawah empayar Islam telah menjadi

    pusat aktiviti keintelektualan dan keagamaan.

    Kini telah menjadi sebuah jajahan di bawah

    pemerintahan Soviet Union. Namun, kita harus

    berterima kasih kerana bumiTurkistan ini yang

    telah melahirkan al-Farabi, seorang ahli falsafah

    yang begitu agung dalam dunia Islam mahupun

    Barat. Pengkajian beliau meliputi banyak

    bidang, daripada Disiplin Logik dan Falsafah

    kepada Ilmu Fizik dan Psikologi; daripadaLinguistik dan Matematik kepada Sains Politik

    dan Perbandingan Agama. Al-Farabi merupakan ahli falsafah Muslim yang berpandukan al-

    Quran dan Sunnah, bukannya berteraskan ahli falsafah Greek sepertimana yang sering

    didakwa. Malahan, cara hidup dan berfikir beliau dalam dunia keintelektualan, juga

    berpandukan al-Quran, As-sunnah dan syariah.

    Oleh itu saya memilih tokoh ini kerana sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang

    tokoh falsafah yang sangat ulung dan ilmuwan yang hebat. Banyak pemikirannya masih

    relevan dengan perkembangan kehidupan manusia hari ini. Pemikirannya mengenai politik

    dan negara banyak dikaji sebagai panduan dalam pentadbiran dan pemerintahan. Selain itu

    hasil kerja dan penulisannya masih lagi digunakan dan menjadi rujukan di pusat-pusat

    pembelajaran dan institusi pendidikan. Sumbangan Al-Farabi memberikan pengaruh besar

    dalam bidang sains, falsafah, dan ilmu pengetahuan berkurun lamanya.

    30

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    31/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    2.2 RIWAYAT HIDUP AL-FARABI

    Nama asal Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad Tarkhan Al-Uzdag.

    Beliau dilahirkan di Wasij, iaitu di wilayah Transosiana,di negara Turkestan. Beliau

    dikatakan lahir pada tahun 257 H bersamaan 870 Masihi, pada zaman pemerintahan kerajaan

    samaniah.

    Al-Farabi dikatakan berketurunan Turki, bapanya berketurunan Persia manakala

    ibunya pula berketurunan Turki. Pada zaman pemerintahan kerajaan Samaniyah, bapa Al-

    Farabi bekerja sebagai seorang pegawai tentera kerajaan manakala perkerjaan ibunya tidak

    diketahui dengan jelas.

    Dimasa kecil, ia yang dikenal rajin belajar dan memiliki otak yang cerdas, belajar

    agama, bahasa Arab, bahasa Turki, dan bahasa Parsi di kota kelahirannya, Farab. Setelah

    besar al-Farabi pindah ke Baghdad dan tinggal selama 20 tahun. Di Baghdad ia

    memperdalam filsafat, logika, matematika, etika, ilmu politik, musik, dll. Dari Baghdad Al-Farabi kemudian pindah ke Harran (Iran). Disana ia mempelajari filsafat Yunani kepada

    beberapa ahli diantaranya Yuhana bin Hailan. Dari Harran kemudian pindah lagi ke

    Baghdad.Al-Farabi dikatakan mendapat pendidikan awal dari guru-guru persendirian, sama

    ada beliau pergi belajar di rumah guru berkenaan ataupun beliau belajar secara formal di

    masjid-masjid yang terdapat di Wasij., seterusnya beliau dikatakan dibesarkan semasa

    pemerintahan Nasir Ibnu Ahmad.

    Al-Farabi tidak seperti beberapa tokoh atau sarjana muslim yang lain, ini kerana

    beliau tidak menulis mengenai riwayat hidupnya sendiri berbanding dengan tokoh yang lain

    yang membuat biografi tentang kehidupan mereka. Keduanya Al-Farabi dikatakan memiliki

    atau mempunyai daya akal yang tinggi sejak dari kecil lagi, ini kerana dalam usia muda lagi

    beliau telah belajar dan mampu belajar berbagai-bagai ilmu.

    31

    http://dedekusn.wordpress.com/2009/12/22/2009/12/22/al-farabi-biografi/http://dedekusn.wordpress.com/2009/12/22/2009/12/22/al-farabi-biografi/http://dedekusn.wordpress.com/2009/12/22/2009/12/22/al-farabi-biografi/http://dedekusn.wordpress.com/2009/12/22/2009/12/22/al-farabi-biografi/
  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    32/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    Al-Farabi juga dikatakan dapat menguasai beberapa bahasa asing, antaranya bahasa

    Syria, Arab, Greek, dan beberapa bahasa lagi sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa

    Al-Farabi berasal dari wasij dan keluarga berketurunan Turki, penguasaan ini tidak akan

    dicapai tanpa keinginan yang tinggi.

    Al-Farabi juga menguasai pelbagai bidang dalam ilmu keagamaan, antaranya ilmu

    Nahu, Tafsir, Hadis, Fiqh, dan sebagainya, selain itu beliau juga mahir dalam pelbagai

    cabang-cabang falsafah, ilmu lingkungan, ilmu militer dan ilmu muzik, walaupun Al-Farabi

    mahir dalam pelbagai bidang tetapi beliau lebih tertarik ataupun lebih memberikan

    perhatiannya pada bidang falsafah dan logik.

    Al-Farabi juga lebih dikenali sebagai guru kedua, beliau dikenali sebegitu selepas

    Aristotle sebagai guru pertama, ini kerana beliau sentiasa mengkaji buku-buku yang

    dihasilkan oleh Aristotle, mahupun mengkaji mengenai diri Aristotle. Al-Farabi dikatakan

    mempunyai ramai guru-guru, tetapi yang utama ataupun yang lebih diberikan perhatian dan

    masyhur ialah Ibn Hailan dan Matta ibn Yunus, kedua-dua guru beliau ini mahir di dalam

    bidang logik dan falsafah.

    Pada tahun 287 Hijrah bersamaan 900 Masihi merupakan pengembaraan pertama Al-

    Farabi ke negara luar iaitu Baghdad bersama gurunya yang tidak asing lagi ialah Ibnu Hailan.

    Kedatangan Al-Farabi ke Baghdad bersama gurunya adalah untuk mempelajari logik dan

    mendalaminya.

    Seterusnya pada tahun 298 Hijrah bersamaan 908 Masihi, beliau telah meninggalkan

    Baghdad bersama gurunya untuk ke Harran seterusnya meneruskan perjalanan ke

    Konstentinople, beliau ke sana untuk mempelajari falsafah dengan mendalam yang mana

    gurunya iaitu Ibnu Hailan bertindak sebagai penyelia beliau dalam pembelajaran tersebut.

    Manakala pada tahun 297 Hijrah bersaman 910 Masihi, beliau telah kembali ke

    Baghdad semula. Kembalinya beliau ke Baghdad adalah untuk belajar, mengajar, mengkaji

    buku-buku yang di tulis oleh Aristotle dan menulis karya-karya. Pada tahun 330 Hijrah

    32

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    33/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    bersama 942 Masihi, Al-Farabi telah berpindah ke Damsyik iaitu satu daerah di negara Syria

    akibat kekacauan dan ketidakstabilan politik yang berlaku di Baghdad.

    Manakala pada tahun 332 Hijrah bersamaan 944 Masihi Al-Farabi dikatakan telah

    pergi ke Mesir, tetapi tidak diketahui tujuan, mengapa dan kegiatan beliau di sana, tapi

    menurut Abi Usaibiyah yang mana merupakan seorang ahli sejarah, mengatakan Al-Farabi

    telah mengarang sebuah karya mengenai politik ketika berada di Mesir iaitu sekitar tahun

    337 Hijrah.

    Seterusnya pada tahun 338 Hijrah bersamaan 949 Masihi Al-Farabi telah kembalisemula ke Damsyik, sekembalinya ke sana adalah untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya

    sebagai seorang cendiakawan di sebuah istana di Aleppo semasa pemerintahan Syria baru

    iaitu seorang putera Handaniyah bergelar Saf Al-Daulah, yang tertarik dengan kebijaksanaan

    dan kepandaian beliau. Serta kehidupannya sebagai seorang ahli sufi.

    Di dalam bulan Rajab 339 Hijrah bersamaan 950 Masihi, Al-Farabi telah meninggal

    dunia di damsyik, semasa beliau berumur 80 tahun. Beliau telah dikebumikan di sana, iaitu

    di sebuah perkuburan di bahagian luar pintu selatan atau pintu sampingan kota tersebut. Saf

    al-daulah sendiri yang mengetuai para pembesar negeri bagi menyembahyangkan jenazah

    Al-Farabi, seorang cendikiawan yang terulung dan termasyhur di kalangan para sarjana dan

    tetamu di istana Saf Al-Daulah.

    33

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    34/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    2.3 SUMBANGAN AL- FARABI

    Sumbangan al-Farabi adalah dalam bidang mantik, falsafah dan sosiologi. Tambahan

    lagi, beliau memberi sumbangan yang amat besar dalam bidang ilmu hisab, sains, perubatan

    dan muzik. Beliau juga mengarang ensiklopedia. Dalam bidang mantik, beliau membuat

    pengajian sistematik dengan membahagikan subjek kepada 2 kategori : Takhayyul

    (pendapat/ idea) dan Thubut (bukti / dalil). Beliau menggabungkan teori Platonik dan

    Aristotle dengan teologi dan menulis komentar tentang fizik, mantik dan meteorologi. Al-

    Farabi yakin dan percaya bahawa falsafah dan Islam wujud dalam harmoni. Karangannya,

    Kitab al- Ihsa al-'Ulum mengemukakan prinsip-prinsip dasar dan klasifikasi sains daripada

    perspektif yang baru.

    Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang

    falsafah. Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lainseperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.

    Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle

    dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak

    hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia

    34

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    35/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur

    dalam bahasa Arab.

    Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi

    beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan

    manusia.

    Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya

    daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang

    ahli falsafah yang sempurna.

    Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk

    diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak

    akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi keranakeduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini beliau

    mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah.

    Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah

    Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle

    kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada

    kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.

    Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan

    ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di

    dalam sistem sosial sesebuah negara.

    Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului

    zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula jadi

    35

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    36/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula

    jadi tersebut.

    Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan

    kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun

    kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah

    memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangan ilmu perubatan di

    zamannya.

    Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan

    kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut

    keperluan anggota tubuh badan.

    Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak

    daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini.Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta dibicarakan

    di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang

    berlaku pada hari ini. Al-Farabi berpendapat bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti

    berbagai-bagai bentuk tindakan, cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak. Semua

    tindakan dapat diteliti mengenai tujuannya, dan apa yang membuat manusia dapat

    melakukan seperti itu dan bagaimana yang mengatur memelihara tindakan dengan cara yang

    baik dapat diteliti.

    Kebahagian manusia diperoleh kerana perbuatan atau tindakan dan cara hidup yang

    dijalankan. Bagi Al-Farabi, kebahagian adalah dicapai melalui pandangan akal dan

    perbahasan dan bertemu dengan tuhan dalam hubungan akal. Al-Farabi berpendapat bahawa

    kebahagian hakiki (sebenar) tidak mungkin dapat diperoleh sekarang (di dunia ini ), tetapi

    sesudah kehdupan sekarang iaitu akhirat. Namun sekarang ini juga ada kebahagian yang

    nisbi seperti kehormatan,kekayaan, dan kesenangan yang dapat dilihat dan dijadikan

    36

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    37/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    pendoman hidup.Kebahagiaan sejati sentiasa dengan suatu tindakan yang mulia, kebajikan

    dan keutamaan. Maka, untuk menuju ke arah itu melalui kepimpinan yang tegak dan benar.

    Kepimpinan tumbuh dari keahlian dan pembawaan manusia. Hal ini dapat mengarahkan

    manusia dalam menegakkan nilai-nilai utama dan tindakan bakal memelihara sebagai

    kemantapan keahlian yang disebut pemerintahan dan raja.

    Al-Farabi menyatakan bahawa masalah dalam politik dapat dibahagikan kepada dua

    iaitu:

    1. Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan tindakan yang sedar, cara

    hidup. Dasar ini dapat dijadikan upaya untuk memperolehi kebahagiaan.

    Pemerintahan atas dasar ini disebut pemerintahan utama, dimana sebagai ciri kota-

    kota dan bangsa- bangsanya tunduk terhadap pemerintahan.

    2. Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan-tindakan dan watak-watak dan

    rangka mencapai sesuatu yang dianggap mendapat suatu kebahagian. Maka, muncul

    beraneka ragam bentuk pemerintah. Apabila yang dikejar adalah kejayaan semata

    dapat dianggap sebagai pemerintah yang rendah. Jika mengejar kehormataan,

    pemerintahan akan bergantung kepada apa yang menjadi tujuannya.

    Dipandang dari kemampuan suatu pemerintahan ilmu politik terbahagi menjadi dua:

    1. Kemampuan dalam melahirkan peraturan-peraturan yang bersifat universal

    2. Kemampuan yang disebabkan oleh adanya ketekunan dalam aktiviti politik, dengan

    harapan boleh menjadi kebijaksanaan Sebagai ringkasan pemerintahan dapat menjadi

    baik, jika ada teoritis dan praktis bagi pengelolaannya. Dalam membicarakan teori

    politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang

    padu.

    Al-Farabi menjelaskan bahawa roh dan amalan saja tidak akan mampu untuk mensucikan

    seseorang dan mengangkatnya ke arah kesempurnaan tetapi juga memerlukan fikiran dan

    amalan renungan. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan elemen-elemen ini akan

    melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau bilau. Oleh itu, akal

    dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sesebuah negara yang kuat,

    stabil dan makmur.

    37

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    38/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    Selain itu, Al-Farabi menulis beberapa buah buku dalam bidang sosiologi, 'Ara Ahl al-

    Madina al-Fadila' (Bandar Contoh) adalah yang terkenal. Ia adalah sumbangan terbesar

    dalam bidang sosiologi dan sains politik. Beliau juga mengarang buku untuk bidang

    metafizik dan psikologi termasuk hasil kerja aslinya. Al-Farabi menyatakan bahawa seorang

    individu itu tidak akan meraih kejayaan dan kesempurnaan tanpa menerima bantuan daripada

    individu-individu yang lain. Adalah fitrah manusia untuk bergaul dan berganding bahu

    bersama manusia lain untuk melakukan sesuatu pekerjaan, justeru mencapai kesempurnaan.

    Setiap manusia perlu tinggal bersama-sama masyarakat di sekelilingnya.

    Dalam karangannya yang lain pula, beliau menulis "arahan dan fatwa dalam teori sains

    patut diserahkan kepada imam dan pemerintah negara atau kepada mereka yang mempelajari

    teori-teori sainsmerekalah yang sepatutnya disuruh memburu ilmu tersebut dan

    membentuk sifat-sifat mereka daripada zaman kecil hingga mereka besar dan matang.

    Di dalam seni muzik, al-Farabi merupakan seorang pemuzik yang handal dan lagu

    hasil karya beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain

    mempunyai kemampuan bermain alat muzik, beliau juga berjaya mencipta sejenis alat muzik

    yang dikenali sebagai gambus (Umar, 1983). Mahayudin (2004) pula menyatakan bahawa al-

    Farabi adalah pencipta dan pengembang seni muzik daripada alat rabah dan qanun.

    Al-Farabi turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori

    muzik Islam yang diberi judul al-Musiqa. "Beliau mahir dalam muzik dan menyumbang

    karyanya serta mencipta beberapa alat muzik. Al-Farabi mampu membuat penontonnya

    tertawa atau menangis hanya dengan memainkan alat muziknya. Karangannga tentang

    muzik, 'Kitab al-Musiqa' amat terkenal. Menurut Mahayudin (2004), beliau juga terkenal

    menerusi karyanya yang diterjemahkan bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan

    On The Classification of Rhythm. Buku-buku ini sebenarnya diterjemahkan daripada karya

    bahasa Arab dan menjadi rujukan penting di Eropah. Selain itu, beliau juga memberi

    sumbangan yang besar dalam penciptaan not-not muzik

    38

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    39/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    Al-Farabi menulis banyak buku dalam pelbagai bidang termasuk sumbangan aslinya.

    117 buah buku dikatakan berjaya bertahan. 43 di antaranya adalah mengenai mantik, 7

    tentang sains politik dan kesusilaan, 11 menyentuh tentang metafizik dan 28 buah buku

    mengenai perubatan, sosiologi, muzik dan komentar.

    Buku beliau yang bertajuk 'Fusus al-Hikam' telah digunakan sebagai bahan teks

    falsafah buat beberapa abad di Eropah. Beliau banyak mempengaruhi bidang sains dan

    falsafah untuk beberapa abad lamanya.

    2.4 KARYA AGUNG AL -FARABI

    Para penulis biografi asal Arab memberikan apresiasi tinggi atas berbagai karya Al-

    Farabi. Nama lengkapnya dalam sumber-sumber Arab adalah Muhammad ibn Muhammad

    ibn Uzalagh Ibn Tarkhan, penduduk asli Farab di Transoxiana yang berasal dari Turki atau

    Turkoman. Penulis biografinya paling awal bernama Said Ibn Said Al-Andalusi (w. 1070)

    menitikberatkan kontribusi Al-Farabi dalam bidang logika. Setelah belajar logika kepada

    Yuhanna Ibn Haylan, ia segera melampaui semua Muslim di bidang tersebut. Dia

    39

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    40/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    menjelaskan bagian-bagian samar dari (ilmu itu) dan berhasil mengungkapkan rahasia dalam

    buku-buku karyanya dengan ekspresi dan isyarat yang menarik perhatian. Karyanya yang

    berjudul The Enumeration of the Sciences ( Ihsa al-Ulum ) banyak dipuji ilmuwan sebagai

    risalah tak tertandingi dan risalah-risalah yang sama mengagumkan tentang Philosophy of

    Plato and Aristotle pada metafizika dan politik, Civil Polity (al-Siyasah al-Madaniyah )

    dan Virtuous Regime (al-Sirah al-Fadilah ).

    Risalah Al-Farabi yang paling terkenal berjudul The Virtuous City ( Al-Madinah al-

    Fadilah ). Menurut Said, risalah ini mewujudkan prinsip-prinsip dasar filsafat Aristoteles,

    fondasi bagi enam prinsip spiritual, dan bagaimana cara substansi jasmaniah berasal dari

    enam prinsip spiritual tersebut sebuah referensi yang hampir mirip dengan skema emanasi

    dari Plotinus. Informasi ini dilengkapi sumber-sumber referensi ketika Al-Farabi datang ke

    Damaskus, di sana ia bekerja sebagai penjaga kebun. Tak lama di situ, ia pindah ke Baghdad

    mengabdikan diri untuk mempelajari bahasa Arab yang tidak diketahuinya, walaupun ia

    fasih bahasa Turki serta banyak bahasa lainnya.

    Di dalam karyanya yang berjudul On the Rise of

    Philosophy kita diberi tahu bahwa setibanya di Baghdad ia

    segera berkenalan dengan ahli logika terkemuka bernama Abu

    Bishr Matta (w. 911) dan ahli logika yang kurang dikenal

    bernama Yuhanna Ibn Haylan. Selain perjalanannya ke Mesir

    dan Ascalon, peristiwa yang paling berkesan dalam hidupnya adalah hubungannya dengan

    Saif Al-Daulah (w. 967) seorang penguasa Hamdani di Aleppo yang mencintai seni dan

    kaligrafi. Saif Al-Daulah menjungjung tinggi makna filosofis dari kebiasaan hemat dan sikap

    pertapa serta pada musik.

    Selain karya besar berjudul Musical Treatise ( Kitab al-Musiqa al-Kabir ), ditambah

    dengan karyanya mengenai Melody ( fi al-Iqa ) dan Transition to Melody (al-Nuqlah ila al-

    Iqa ) dan karya-karya musik lainnya. Al-Farabi dilaporkan menjadi musisi terampil. Ia

    bermain begitu mengesankan di hadapan Saif Al-Daulah yang menyebabkan pendengarnya

    tergerak untuk mengalirkan air mata. Tetapi ketika ia berubah lagu, mereka tertawa dan

    akhirnya jatuh tertidur, sehingga ketika ia pergi mereka tidak menyadarinya. Setelah

    40

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    41/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    kunjungannya ke Mesir pada tahun 949, ia kembali ke Damaskus

    sampai meninggal pada tahun 950.

    Di dalam karyanya yang hilang berjudul Rise of

    Philosophy berisi informasi otobiografi tambahan. Setelah meninjau

    tahap filsafat Yunani melewati periode Klasik ke periode Alexandria,

    ia menjelaskan bagaimana pengajaran logika berpindah dari

    Alexandria ke Baghdad, di mana terdapat guru-guru terkenal seperti

    Ibrahim Al-Marwazi, Abu Bishr Matta dan Yuhanna Ibnu Haylan.

    Pengajaran logika telah dibatasi sampai dengan akhir suasana hati eksistensial karena

    dianggap banyak mengancam keimanan. Al-Farabi muncul sebagai orang pertama yang

    melanggar tradisi logika dan melanjutkan bagian pertama dari Organon untuk

    studi Analytica Posteriora ( Kitab al-Burhan ). Studi tentang logika Aristoteles sebenarnya

    telah dibahas dalam seminar-seminar Nestorian dan Jakobite di Suriah dan Irak mengenai

    empat bagian pertama dari logika itu; yaitu Isagoge dari

    Porphyry, Categories , Interpretation ( Peri Hermeneias ) dan Analytica Priora yang dikenal

    dalam sumber-sumber Arab sebagai Kitab al-Qiyas .

    Kesaksian penulis biografinya sendiri sangat konklusif dalam menyoroti peran Al-Farabi sebagai ahli logika besar pertama yang melampaui ilmuwan Muslim pendahulunya

    dan sarjana Kristen sezamannya seperti Yuhanna Ibn Haylan dan Abu Bishr Matta sebagai

    gurunya sendiri dalam logika.

    Kesaksian ini diperoleh dari luasnya karya Al-Farabi dalam bidang logika. Karyanya

    mencakup serangkaian komentar besar ( shuruh ) pada Analytica Posteriora , Analytica

    Priora , Categories , Isagoge , Rhetorica dan On Interpretation (Syarh Kitab al-Ibarah )

    merupakan satu-satunya komentar yang masih bertahan. Harus ditambahkan pula karyanyadalam bentuk parafrase dari Analytica Posteriora , Analytica Priora , Topica , Isagoge ,

    dan Sophistica , serta karyanya dalam Conditions of Certainty (Sharait al-Yaqin ).

    Namun, tulisan paling asli mengenai logika terdiri dari serangkaian risalah analitis

    yang dimaksudkan sebagai pengantar untuk mempelajari logika dengan pengecualian

    pada Isagoge karya Porphyry dan pendahuluan pada Categories yang tidak selari dengan

    sejarah kuno atau abad pertengahan. Termasuk di dalamnya Introductory Treatise ( Risalah fi

    41

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    42/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    al-Tawtiah ), Five Sections (al-Fusul al-Khamsah ), Terms Used in Logic (al-Alfaz al-

    Mustamalah fi al-Mantiq ) dan Book of Letters ( Kitab al-Huruf ).

    Tulisan-tulisan Al-Farabi mengenai fizikal dan meteorologi di antaranya Physics ( al-

    Sama al-Tabii ) mreupakan kitab yang dikenal dalam bahasa Arab, risalah

    mengenai Changing Entities ( Fi al-Mawjudat al-Mutaghayrah ), Heavens and the World (al-

    Sama wa al-Alam ), Meteorology (al-Athar al-Ulawiyah ), serta risalah mengenai Perpetuity of

    Motion dan Essence of the Soul ( Fi Mahiyat al-Nafs ). Adapula karya-karyanya dalam bidang

    kimia dan astrologi, risalah yang paling penting mengenai On Valid and Invalid Astrological

    Inferences ( Fi ma Yasuh wa la Yasuh min Ilm Ahkam al-Nujum ) yang mampu bertahan

    sampai sekarang. Ia juga menulis komentar yang dikenal dalam bahasa Arab sebagai al-

    Majasti karya dari Ptolemeus berjudul Almagest .

    Karya-karya Al-Farabi mengenai metafizik dan metodologinya adalah Treatise on

    Metaphysics ( Fi al-Ilm al-Ilahi ), Harmony of the Opinions of Plato and Aristotle ( Fi Ittifaq

    wa Ara Aflatun wa Aristutalis juga dikenal sebagai al-Jam Bain Rayai al-Hakimain ), Name

    of Philosophy ( Fi Ism al-Falsafah ), Philosophy and its Genesis ( Fi al-Falsafah wa sabab

    Zuburiha ) dan puncak karyanya berjudul Enumeration of the Science ( Ihsa al-Ulum ).

    Dalam bidang etika dan politik, sosok Al-Farabi juga memiliki keunggulan. Sejumlah

    karya telah dihasilkan berdasarkan sumber-sumber kuno. Daftar karyanya ini dimulai

    dengan Opinions of the Inhabitants of the Virtuous City ( Ara Ahl al-Madinah al-

    Fadilah ), Civil Polity (al-Siyasah al-Madaniyah ), Epitome of Platos Laws ( Kitab al-

    Nawamis ),Select Sections ( Fusul Murtazaah min Aqawil al-Qudama ), Attainment of

    Happiness (Tahsil al-Saadah ) dan risalah pendek berjudul Admonitionto Seek the Path of

    Happiness (al-Tanbih ala Sabil al-Saadah ). Karyanya yang hilang berupa komentar

    mengenai Opening Parts of Aristotles Ethics (Syarah Shadr Kitab al-Akhlaq li-Aristutalis ).Akhirnya, Al-Farabi juga cemerlang dalam teori dan praktek musik. Karyanya yang

    paling terkenal dan sampai kepada kita dalam bidang ini berjudul Large Music ( Kitab al-

    Musiqa al-Kabir ), ia juga menulis risalah pendek mengenai Melody ( Fi al-Iqa ), Transition

    to Melody (al-Nuqlah ila al-Iqa ), dan A Short Discourse on Melody ( Kalam fi al-Iqa

    Mukhtashar ) yang tidak sudah tidak ada lagi.

    42

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    43/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    2.5 INTERAKSI ANTARA TAMADUN

    Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksi dengan tamadun- tamadun lain merupakan

    rangsangan kepada kehidupan bertamadun. Ini kerana sikap tolenteransi kepada sumbangan

    tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai yang

    43

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    44/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    baik daripada tamadun-tamdun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan

    tamadun baru. Tamadun Islam umpamanya menerima sumber-sumber ilmu daripada

    Tamadun China, Tamadun India, Eropah dan sebagainya melalui interaksi antara tamadun

    tersebut melalui tokoh-tokoh.

    Keagungan empayar Islam satu ketika dahulu telah memberikan sumbangan yang

    amat besar di dalam pembentukan sejarah ketamadunan manusia. Di antara ciri-ciri

    keagungan yang telah dicapai oleh umat Islam pada zaman kegemilangan mereka ialah

    kemajuan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan. Kemajuan sains dalam sejarah

    kebangkitan ilmu dalam Islam telah melahirkan tokoh-tokoh ternama yang sangat ramai.

    Antaranya ialah al-Khawarizmi, al-Kindi, al-Farabi, al-Biruni dan sebagainya. Mereka ini

    beserta ramai lagi tokoh ilmu yang lain telah meninggalkan kesan yang besar dalam

    kemajuan ilmu pengetahuan bagi manusia sejagat.

    Sumbangan tokoh-tokoh Islam ini telah mewujudkan interaraksi antara tamadun

    Islam dan tamadun-tamadun lain di dunia. Berfokoskan pada tokoh Islam yang saya pilih

    iaitu Al Farabi, terdapat beberapa interaksi yang berlaku antaranya interaksi tamadun islam

    dengan tamadun eropah yang dibawa oleh al-Farabi. Sebelum tiba zaman Renaissance ,

    Eropah dilanda zaman gelap (dark age). Maksud dark age ini ialah zaman masyarakat Eropah

    menghadapi kemunduran intelek dan kelembapan ilmu pengetahuan. Sementera masanya

    pula menurut Encyclopedia Americana ialah tempoh 1000 tahun, yang bermula antara zaman

    kejatuhan Kerajaan Roman dan berakhir dengan kebangkitan intelektual pada kurun ke-15

    Masihi.

    "Gelap" juga bermaksud tiada prospek yang jelas bagi masyarakat Eropah. Situasi ini

    wujud kerana tindakan dan cengkaman kuat pihak berkuasa agama; Gereja Kristian yang

    sangat berpengaruh. Gereja serta para paderi mengongkong pemikiran masyarakat dan juga

    politik. Mereka berpendapat hanya gereja sahaja yang berkelayakan untuk menentukan

    kehidupan, pemikiran, politik dan ilmu pengetahuan. Akibatnya kaum cendekiawan yang

    terdiri daripada ahli-ahli sains berasa mereka ditekan dan dikontrol. Pemikiran mereka

    ditolak. Sesiapa yang mengeluarkan teori yang bertentangan dengan pandangan gereja akan

    ditangkap dan didera malah ada yang dibunuh.

    44

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    45/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    Dalam politik, gereja sering bersaing dengan kuasa-kuasa kerajaan. Biasanya apa

    yang berlaku di Eropah pada abad pertengahan itu ialah kuasa gereja lebih kuat dan

    adakalanya terjadi semacam kerjasama, Thomas Aquinas (merujuk pada gambar) seorang

    ahli fikir zaman ini mengeluarkan teori "negara wajib tunduk kepada

    kehendak gereja". St Augustine (m 430) sebelumnya juga berpendirian

    demikian. Manakala Dante (1265-1321) berpendapat kedua-dua kuasa itu

    hendaklah masing-masing berdiri sendiri, dan mestilah bekerjasama untuk

    mewujudkan kebajikan bagi manusia (Joseph H Lynch, 1992, 172-174).

    Diringkaskan cerita sejarah, golongan cendekiawan sentiasa memberontak terhadap

    dan kongkongan gereja tersebut. Pada kurun kedua belas, gerakan intelek telah mula

    berjalan. Cerdik pandai Eropah mula bersikap lebih berminat untuk tahu dan lebih ghairah

    terhadap kebudayaan bangsa Timur yang telah lama maju. Dan Timur yang dimaksudkan itu

    ialah Timur Tengah. Beberapa kota besar di Timur Tengah telah menjadi kata ilmu

    pengetahuan seperti Iskandariah, Harran, Antiok dan Baghdad. Diskusi akademik yang

    melibatkan tajuk besar seperti metafizik, perubatan, astronomi, etik, politik, fizik dan

    seumpamanya dibahas secara terbuka dan ilmiah. Ini bermakna sewaktu dunia Islam sudah

    menikmati kemajuan dan tamadun yang tinggi, Eropah masih diselimuti kegelapan dankemunduran! Dunia telah diperlihatkan tentang betapa hebatnya perkembangan intelektual

    dan ilmu pengetahuan di dunia Islam antara kurun ke-9 hingga ke-12.

    Sewaktu pemerintahan khalifah-khalifah Abbasiyah yang mashyur; al-Mansur (754-

    75), Harun al-Rashid (786-809) dan al-Makmun (813-833 ) wilayah-wilayah Islam khasnya

    di Baghdad telah disuburkan dengan kemunculan ahli-ahli fikir besar seperti al-Farabi, yang

    menjadi pemikir-pemikir dalam bidang-bidang f alsafah, metafizik, fizik, matematik, etik,

    politik, psikologi, perubatan, geografi, astronomi, kimia, optik, dan muzik . Sebuah institusi

    bernama Baitul-Hikmat telah secara langsung membantu operasi ilmiah ini dengan jayanya.

    Ini menunjukkan interaksi antara tamadun Islam yang melahirkan tokoh Al Farabi telah

    menyelamatkan Eropah dari zaman kegelapannya.

    Dalam bidang falsafah dan pemikiran, daripada pengaruh Islam, orang Eropah dapat

    membebaskan pemikiran mereka yang selama ini dibelenggu oleh pelbagai doktrin Kristian

    45

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    46/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    terutama sekali hubungan manusia dengan alam. Manusia tidak lagi dipandang sebagai

    makhluk yang pasif lantaran dosa warisan. Demikian juga sikap mereka terhadap kehidupan

    di dunia, bukan lagi sesuatu yang dibenci lantaran ia merosakkan, tetapi sesuatu yang mesti

    diisi dengan aktiviti kehidupan yang bermakna. Perubahan sikap ini akhirnya melahirkan

    satu gerakan intelektual yang dikenali sebagai faham humanisme pada abad ke-13M. Tokoh-

    tokoh falsafah Islam yang dicontohi oleh orang Eropah antaranya ialah al-Farabi, yang

    mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah

    mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh

    Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671.

    Seterusnya karya tersebut diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah yang lain. Bukan setakatmenterjemah, malahan orang Eropah juga menghayatinya melalui penciptaan kisah-kisah

    berdasarkan idea yang dikemukakan dalam buku tersebut. Antara kisah tersebut

    ialah Robinson Crusoe yang dihasilkan pada abad ke 18M. Maka secara tidak langsung Al

    Farabi telah mengubah pemikiran orang Eropah pada masa ini menjadi makhluk yang tidak

    lagi mundur, interaksi tokoh Al Farabi telah membawa kebaikan pada masyarakat Eropah

    serta mengembangkan dan meninggikan Tamadun Islam di mata dunia.

    Ringkasnya, dalan interaksi ini banyak aspek keintelektualan Islam telah ditiru oleh bangsa Eropah sehingga melahirkan satu perubahan besar dalam sejarah tamadun di Eropah.

    Namun begitu, nilai-nilai murni yang terkandung dalam tamadun Islam yang dibawa oleh Al

    Farabi pada masa itu tidak dimanfaatkan oleh masyarakat Barat bagi mengukuhkan lagi

    tamadun mereka, malah mereka menggantikannya dengan nilai-nilai kebendaan semata-

    mata. Justeru, lahirlah era penjajahan bagi mengejar harta kekayaan tanpa batas dan

    sempadan.

    46

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    47/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    KESIMPULAN

    Al-Farabi merupakan model cendekiawan Islam yang pakar segenap bidang. Beliau

    menguasai banyak bahasa. Selain bahasa Arab, Turki, dan Parsi, dikatakan bahawa beliau

    mengetahui loghat-loghat Asia Tenggara dan bahasa tempatan termasuk bahasa Syria dan

    Greek.

    Penulisan Al-Farabi mencakupi setiap bidang ilmu. Idea beliau juga mempengaruhi

    daripada segi keintelektualan ke atas dunia Islam di Timur dan juga duniaLatin di Barat.

    Beliau pernah menghuraikan secara terperinci pandangan tokoh falsafahAristotle dalam

    bidang Fizik Meteorologi dan Logik. Berdasarkan pemikiran intelektualitu, beliau diberi

    gelaran utama al-Muallim al-Thani (guru yang kedua).Beliau digambarkan dengan seadil-adilnya sebagai tokoh yang kuat pegangan

    agamanya. Beliau seorang Muslim sejati yang hidup dan berfikir dalam sinaran ajaran Islam

    yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah. Al-Farabi membentuk gagasan idea sebagai

    tindak balas intelektual kepada pemikiran Greek. Pengislaman sains dan falsafah Greek yang

    diusahakannya perlu mendapat perhatian yang wajar daripada kalangan sarjana Muslim hari

    ini.

    47

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    48/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    3.0 REFLEKSI.

    Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah kerna dengan limpah

    dan kurniaNya dapat saya menyiapkan Kerja Kursus TAMADUN ISLAM DAN

    TAMADUN ASIA(TITAS) pada kali ini dengan jayanya. Pertama kali mendapat tugasan

    ini, saya sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Namun, selepas mendapat

    penerangan dan taklimat daripada pensyarah iaitu UST MUSTAFFA B MAT DAUD dan

    semua pensyarah pembimbing yang lain barulah saya faham apa sebenarnya kehendak

    tugasan.

    Bagi saya tugasan TITAS ini merupakan tugasan yang menarik untuk saya terokai dan

    selesaikan, sepertimana yang diarahkan saya dikehendaki memilih seorang tokoh untuk

    dikaji dan saya memilih Tokoh Islam iaitu Al Farabi. Saya pasti tidak ramai yang

    mengetahui kehebatan beliau selaku tokoh terulung, ini kerana pada mulanya saya juga tidak

    mengenali beliau. Pada mulanya saya ingin memilih tokoh Ibn Khaldun kerna beliau

    merupakan tokoh tersohor sejak saya di bangku sekolah, di dalam buku teks sejarah juga

    banyak menyebut pasal ketokohan Ibn Khaldun, namun sewaktu pencarian bahan saya

    terbaca satu buku yang menulis Al Farabi Aristotle kedua, lantas menarik perhatian saya

    untuk mengenali beliau dengan lebih mendalam.

    Hasil dari kajian saya beliau bukan Aristotle kedua malah lebih hebat dari itu,

    sifatnya yang zuhud dan merendah diri membuatkan saya semakin mengaguminya. Al-Farabi

    merupakan model cendekiawan Islam yang pakar segenap bidang. Beliau menguasai banyak

    bahasa. Selain bahasa Arab, Turki, dan Parsi, dikatakan bahawa beliau mengetahui loghat-

    loghat Asia Tenggara dan bahasa tempatan termasuk bahasa Syria dan Greek. Bagi saya

    sebagai pelajar pada masa kini kita patut mencontohi dan mengagumi beliau diatas

    kemampuannya menguasai pelbagai bahasa.

    Banyak sifat dan kecemerlangannya yang boleh dicontohi oleh kita semua, tugasan

    ini membuatkan saya semakin tertarik untuk mengkaji tokoh-tokoh lain dalam Tamadun

    48

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    49/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    Islam kerna saya yakin bahawa tokoh-tokoh Islam lebih hebat dibandingkan dengan tokoh

    Barat.

    Berbicara tentang cabaran dalam menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi

    kesulitan apabila ingin mengaitkan tokoh Al Farabi dengan pembangunan tamadun, ini

    memerlukan saya mengkaji secara keseluruhannya tentang tokoh ini dan

    menghubungjalinkan interaksi yang berlaku. Namun apa yang saya perolehi ialah Al Farabi

    banyak menimbulkan interaksi dalam tamadun Eropah kerna beliau amat mahir dalam

    bidang falsafah dan menyedarkan masyarakat Eropah pada masa tersebut sehingga

    membolehkan masyarakat Eropah bangkit dan membina tamadun yang hebat pada masa itu.

    Walaubagaimanapun saya sangat berpuas hati dengan tugasan ini, sayamengharapkan pihak ustaz juga dapat menilai tugasan ini dengan baik dan berpuas hati

    dengan tugasan ini. Oleh itu, saya ingin menyusun sepuluh jari jika terdapat salah dan silap

    dari segi tutur kata yang kurang menyenangkan pihak-pihak tertentu. Diharapkan hasil kerja

    saya ini dapat membantu dalam memenuhi kehendak kursus program saya di institusi ini.

    49

  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    50/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    4.0 RUJUKAN

    Azhar Hj.Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arbaiyah Mohd Noor & Salina Hj. Zainol.

    (2000). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS 1) . Shah Alam: Penerbit Fajar

    Bakti Sdn.Bhd. II

    Azhar Hj.Mad Aros2004.. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS 2) . Shah Alam:

    Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

    Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, Hashim Hj. Musa, Mohd Zuhdi

    Marsuki. 2001. Pengenalan Ilmu Ketamadunan.Dlm. Tamadun Islam dan Tamadun

    Asia, hlm. 3-17. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

    Ibn Khaldun, 1995. Mukadimah (Terjemahan DBP), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Sulayman Fayyad, (2003) Siri Tokoh Cendikiawan Islam , Dewan Bahasa dan

    Pustaka: Kuala Lumpur.

    http://djlovehistory.blogspot.com/2008/05/bab-1tingkatan-4definisi-\tamadun.html

    50

    http://djlovehistory.blogspot.com/2008/05/bab-1tingkatan-4definisi-/tamadun.htmlhttp://djlovehistory.blogspot.com/2008/05/bab-1tingkatan-4definisi-/tamadun.html
  • 8/7/2019 k.kursus 2011 titas

    51/51

    TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2011

    http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/pengertian-tamadun.html

    http://titashaba.blogspot.com/2008/11/definisitamadun.html

    http://aliasppd.tripod.com/sarjanabaratdanislam.htm

    http://saku30.tripod.com/BAB1SEJ4.htm

    http://belajarsejarah.blogspot.com/2008/08/apakah-konsep-tamadun.html

    http://www.slideshare.net/wanbk/52ciri-ciri-tamadunislam

    http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/pengertian-tamadun.htmlhttp://titashaba.blogspot.com/2008/11/definisitamadun.htmlhttp://aliasppd.tripod.com/sarjanabaratdanislam.htmhttp://saku30.tripod.com/BAB1SEJ4.htmhttp://belajarsejarah.blogspot.com/2008/08/apakah-konsep-tamadun.htmlhttp://www.slideshare.net/wanbk/52ciri-ciri-tamadunislamhttp://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/pengertian-tamadun.htmlhttp://titashaba.blogspot.com/2008/11/definisitamadun.htmlhttp://aliasppd.tripod.com/sarjanabaratdanislam.htmhttp://saku30.tripod.com/BAB1SEJ4.htmhttp://belajarsejarah.blogspot.com/2008/08/apakah-konsep-tamadun.htmlhttp://www.slideshare.net/wanbk/52ciri-ciri-tamadunislam