k.kerja+kawad+kebakaran (1).doc

3
SMK SERI KUNDANG , RAWANG , SELANGOR KERTAS KERJA CADANGAN MENGADAKAN PROGRAM CERAMAH KESELAMATAN BANGUNAN DAN TUNJUK CARA MEMADAMKAN KEBAKARAN OLEH PIHAK BOMBA 1. Pengenalan Jawatankuasa Keselamatan Sekolah ditubuhkan oleh pihak sekolah untuk merancang dan melaksanakan program keselamatan sekolah yang merangkumi keselamatan aktiviti murid dan sosial, krisis bencana risiko dan infrastruktur sekolah . 2. Matlamat Program ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan yang dirancang oleh Ahli Jawatankuasa Keselamatan Sekolah bagi memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang kepentingan menjaga keselamatan diri daripada risiko berlaku kebakaran serta ilmu pengetahuan untuk memadamkan kebakaran . 3. Objektif 3.1 Meningkatkan pengetahuan murid tentang punca-punca boleh berlakunya kebakaran . 3.2 Memberi kesedaran kepada murid tentang bahayanya api dan dan punca elektrik jika tidak diselenggara dengan baik . 3.3Memberi ilmu pengetahuan kepada murid merasai sendiri pengalaman memadamkan kebakaran . 3.4 Membolehkan semua warga sekolah bersedia kemungkinan berlakunya bencana

Upload: asrul-iman-zali

Post on 11-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: k.kerja+kawad+kebakaran (1).doc

SMK SERI KUNDANG , RAWANG , SELANGOR

KERTAS KERJA CADANGAN MENGADAKAN PROGRAM CERAMAH KESELAMATAN BANGUNAN DAN TUNJUK CARA MEMADAMKAN

KEBAKARAN OLEH PIHAK BOMBA

1. Pengenalan

Jawatankuasa Keselamatan Sekolah ditubuhkan oleh pihak sekolah untuk merancang dan melaksanakan program keselamatan sekolah yang merangkumi keselamatan aktiviti murid dan sosial, krisis bencana risiko dan infrastruktur sekolah .

2. Matlamat

Program ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan yang dirancang oleh Ahli Jawatankuasa Keselamatan Sekolah bagi memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang kepentingan menjaga keselamatan diri daripada risiko berlaku kebakaran serta ilmu pengetahuan untuk memadamkan kebakaran .

3. Objektif

3.1 Meningkatkan pengetahuan murid tentang punca-punca boleh berlakunya kebakaran .

3.2 Memberi kesedaran kepada murid tentang bahayanya api dan dan punca elektrik jika tidak diselenggara dengan baik .

3.3Memberi ilmu pengetahuan kepada murid merasai sendiri pengalaman memadamkan kebakaran .

3.4 Membolehkan semua warga sekolah bersedia kemungkinan berlakunya bencana kebakaran di mana-mana serta tahu langkah-langkah yang sepatutnya diambil .

4. Sasaran

Semua pelajar SMK Seri Kundang tingkatan satu , dua dan empat dan semua guru dan staf sokongan yang tidak terlibat dengan P & P .

5. Kerjasama

Pegawai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Batu Arang , Rawang , Selangor .

6. Tarikh

12 April 2012 ( Khamis )Masa : Mulai jam 10.00 pagi hingga jam 12.30 tengah hari .

Page 2: k.kerja+kawad+kebakaran (1).doc

7. Tempat

7.1 Dewan Blok C ( ceramah ) 7.2 Tapak perhimpunan SMK Seri Kundang ( demontrasi cegah kebakaran ) .

8.Senarai nama Ahli Jawatankuasa Induk dan Pelaksana

Rujuk lampiran 1

9. Sumber Kewangan

9.1 Akaun Hal Ehwal Murid 9.2 Akaun Pengetua

10. Anggaran implikasi kewangan

Minyak diesel ( 5 liter ) : RM 12.00Minyak petrol ( 5 liter ) : RM 12.00Jamuan ringan penceramah dan pegawai bomba : RM 21.00JUMLAH : RM 45.00

Disediakan oleh ,

……………………………………………( USTAZ NIZAM BIN ABDUL HAMID ) Ketua Jawatankuasa Keselamatan SekolahSMK Seri Kundang

Disemak oleh ,

………………………..................( EN. PAZIR BIN ZAINUDDIN )Penolong Kanan HEMSMK Seri Kundang

Disahkan oleh ,

………………………………………( PN. NORAIZAN BINTI BRAHIM )Pengetua SMK Seri Kundang