85129950 laporan-kawad-kebakaran-skj2-2011
TRANSCRIPT
KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 1
4 O G O S 2 0 1 0
SMK TAMAN KENARI
PENGENALAN
Pada 4 Ogos 2010, satu Program Kawad Kebakaran (fire-drill) telah dibuat dengan
kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kenari dan Jabatan Bomba Kulim. Program
ini telah dirancang awal di luar pengetahuan guru-guru dan pelajar untuk menilai tahap
kecekapan dan sensitiviti warga sekolah terhadap situasi kecemasan seperti kebakaran.
Penggerak utama latihan kawad kebakaran ini ialah Tuan Haji Zainal Abidin bin Ahmad Turki.
Pihak sekolah telah menjemput 2 orang Pegawai Bomba dan Penyelamat dari Jabatan
Bomba Kulim iaitu Encik Saad bin Hassan dan Encik Khairul Rijal bin Affendi bagi menjayakan
program latihan kawad kaki ini.
PERJALANAN PROGRAM KAWAD KEBAKARAN
Latihan Kawad Kebakaran bermula pada pukul 9.30 pagi apabila loceng kecemasan
(deringan panjang tanpa henti) dibunyikan. Sehubungan itu semua murid telah mengikut
arahan yang telah diarahkan oleh guru untuk ke kawasan selamat iaitu di padang sekolah
setelah masing-masing dapat mengenalpasti loceng kecemasan tersebut. Ketua-ketua tingkatan
membantu dan mengenalpasti bilangan pelajar mencukupi, manakala guru tingkatan
memeriksa kedatangan pelajar. Setelah diteliti, semua pelajar dan guru berjaya dan selamat
berkumpul di kawasan padang sekolah.
Catatan masa yang diambil oleh pelajar untuk berkumpul adalah sekitar 5 minit.
Piawaian masa yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat ialah tiga minit.
Pegawai Bomba dan Penyelamat yang hadir untuk memantau latihan yang diadakan pada hari
ini, berpuas hati dengan catatan masa yang dicatatkan oleh murid-murid walaupun tidak
mencapai standard yang telah ditetapkan. Pegawai tersebut menyarankan pihak sekolah perlu
lebih kerap mengadakan latihan ini bagi mencapai standard masa yang ditetapkan.
KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 2
4 O G O S 2 0 1 0
SMK TAMAN KENARI
Setelah selesai Latihan Kawad Kebakaran, guru Penolong Kanan HEM, Encik Ramani
memberi sedikit penerangan tentang tujuan latihan kawad kebakaran diadakan iaitu untuk
memberi pendedahan kepada murid-murid tentang langkah-langkah awal bagi menghadapi
kejadian kebakaran yang boleh berlaku pada bila-bila masa di bangunan sekolah.
Kemudian pihak Bomba dan Penyelamat Kulim telah mengadakan demonstrasi
memadam kebakaran yang berpunca daripada sumber petrol dengan menggunakan alat
pemadam kebakaran yang bersesuaian iaitu debu kering (dry powder). Pihak bomba juga telah
memberi penerangan tentang penggunaan alat pemadam kebakaran jenis Karbon Dioksida
(CO2) yg sesuai untuk kebakaran di kawasan tertutup contohnya di makmal computer. Alat
pemadam kebakaran jenis ini boleh mengelakkan bahan atau peralatan elektrik dari rosak.
Setelah selesai membuat demonstrasi memadam kebakaran, pelajar dan guru juga
diberi peluang untuk menggunakan alat pemadam kebakaran bagi memadamkan api yang
berpunca daripada sumber petrol. Seramai 3 orang pelajar dan 2 orang guru tampil sebagai
sukarela untuk mencuba memadamkan api kebakaran tersebut. Kelima-lima sukarela tersebut
berjaya memadamkan api dengan kaedah yang betul dan masa yg singkat.
Program ini berakhir pada jam 10.20 pagi. Pelajar dibenarkan bersurai dan digerakkan
secara teratur ke kantin untuk rehat, manakala guru mengiringi Pegawai Bomba dan
Penyelamat untuk jamuan makan.
Pegawai Bomba dan Penyelamat, En Khairul Rijal bin Affendi dan Encik Saad bin Hassan
telah berterima kasih kepada semua warga sekolah kerana memberi kerjasama dan
menunjukkan sikap yang baik sepanjang latihan kawad kebakaran sedang berjalan.
KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 3
4 O G O S 2 0 1 0
SMK TAMAN KENARI
PENUTUP
Latihan Kawad Kebakaran ini berlansung seperti yang dirancang. Namun begitu wakil
pelajar lelaki yang telah membuat demonstrasi memadam api kebakaran telah mengalami
kepedihan ringan pada kulit muka apabila terlalu terdedah dengan bahang kebakaran semasa
memadamkan api, namun demikian keadaan itu dapat ditangani dengan baik setelah guru
membawanya ke bilik air dan mukanya dibasahkan dengan air mengalir seperti yang
dinasihatkan pegawai bomba. Sehubungan itu latihan ini telah mewujudkan nilai kerjasama,
bantu-membantu, keprihatinan, sensitiviti, seluruh warga sekolah.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
(Nur Hamizah binti Hamidon) (En. Ramani A/L Nathianathan)
KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 4
4 O G O S 2 0 1 0
SMK TAMAN KENARI
ATUCARA PROGRAM
9.30 pagi : Loceng Kecemasan berbunyi
9.45 pagi : Guru mengambil kedatangan pelajar mengikut kelas masing-masing
10.00 pagi : Pegawai bomba memberi penerangan tentang latihan kawad kebakaran,
jenis2 pemadam api dan langkah menggunakan alat pemadam api
10.00 pagi : Pegawai bomba membuat tunjuk cara/demonstrasi memadamkan api
menggunakan alat pemadam api jenis debu kering (dry powder) dan
karbon dioksida (CO2).
Latihan memadamkan kebakaran dari pelajar – Nur Izzati (5K3), Mohd
Lokman (2 Iltizam).
Latihan memadamkan kebakaran dari guru perempuan – Puan Hamidah
Latihan memadamkan kebakaran dari guru lelaki – En Nazmier
10.20 pagi : Latihan selesai. Pelajar bergerak ke kantin untuk rehat. Guru mengiring
pegawai-pegawai bomba dan penyelamat ke bilik jamuan.
KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 5
4 O G O S 2 0 1 0
SMK TAMAN KENARI
PELAN KEBAKARAN
TINGKAT BAWAH
TEMPAT BERKUMPUL
(PADANG SEKOLAH)
KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 6
4 O G O S 2 0 1 0
SMK TAMAN KENARI
LAMPIRAN
LATIHAN KAWAD KAKI SMKTK 2010
KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 7
4 O G O S 2 0 1 0
SMK TAMAN KENARI
LAMPIRAN
Guru dan pelajar bergerak menuju ke kawasan terbuka dan selamat iaitu
padang sekolah.
Guru Penolong Kanan HEM, Encik Ramani memberi sedikit penerangan
tentang Latihan Kawad Kebakaran.
KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 8
4 O G O S 2 0 1 0
SMK TAMAN KENARI
Pegawai Bomba dan Penyelamat membuat demonstrasi memadamkan
kebakaran menggunakan alat pemadam kebakaran.
Pegawai Bomba dan Penyelamat membuat persiapan Demonstrasi
memadamkan kebakaran.
KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 9
4 O G O S 2 0 1 0
SMK TAMAN KENARI
Wakil dari pelajar lelaki membuat latihan memadamkan kebakaran
menggunakan alat pemadam kebakaran jenis debu kering.
Puan Hamidah tampil sebagai sukarela membuat latihan memadamkan
kebakaran menggunakan alat pemadam kebakaran jenis debu kering.