kitaran air

17
KITARAN AIR

Upload: aini-firdaus

Post on 23-Jun-2015

394 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kitaran air

KITARAN AIR

Page 2: Kitaran air

Proses kitaran air

Page 3: Kitaran air
Page 4: Kitaran air

Penyejatan Sejatan: Perubahan air daripada cecair kepada gas atau wap

• Proses penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam atmosfera yang belum mencapai tahap tepu. Memerlukan cukup haba untuk memanaskan permukaan air yang membolehkan air tersejat.

Page 5: Kitaran air

• Penyejatan meningkat dengan kehadiran haba dan angin.

• Air menyerap haba dari kawasan persekitaran akan menyejukkan kawasan persekitaran.

Page 6: Kitaran air

Pemeluwapan/ Kondensasi Kondensasi : Pertukaran air daripada bentuk wap kepada cecair

• Satu proses pertukaran wap-wap air kepada cecair(hujan) atau pepejal(salji). Proses ini penting kepada kitaran air kerana kondensasi penting dalam proses pembentukan awan untuk menghasilkan hujan bagi mengembalikan air yang tersejat ke bumi.

Page 7: Kitaran air

• Partikel-partikel air yang terkondensasi bergabung membentuk titisan air.

• Kondensasi pada aras tanah membentuk embun dan kabus.

• Proses ini akan memanaskan kawasan persekitaran.

Page 8: Kitaran air

Kerpasan : Proses pelepasan air daripada awan

Kerpasan ialah proses pelepasan air daripada awan dalam bentuk air hujan, salji atau hujan batu. Proses ini merupakan laluan penting bagi air di atmosfera kembali semula ke bumi dan kebanyakkan proses berlaku dalam bentuk air hujan.

Page 9: Kitaran air

Air larian permukaan:

• Air larian permukaan ialah hasil daripada air larian kerpasan merentasi bumi.

• Apabila air hujan dikenakan ke atas permukaan keras dan telap seperti jalan raya dan kawasan tempat letak kereta,maka air ini akan mula mengalir ke kawasan yang lebih rendah sebagai air larian sebelum mengalir ke sungai.

Page 10: Kitaran air

Infiltrasi: Proses pergerakkan air ke dalam bahagian

bawah tanah dan batu dari permukaan atas bumi.

• Sebahagian daripada air yang turun sebagai titisan air hujan atau salji akan menyerap masuk ke dalam permukaan tanah dan ketulan batu.

• Kuantiti resapan dipengaruhi oleh beberapa faktor yang berbeza.

Page 11: Kitaran air

Air bawah tanah mengalir di permukaan bawah tanah

• Sebahagian daripada kerpasan yang jatuh ke permukaan daratan akan diserap masuk ke dalam bumi untuk membentuk air bawah tanah. Sebaik sahaja berada di bawah tanah, sebahagian daripada air akan mengalir berdekatan dengan permukaan bumi dan akan disingkirkan ke dalam dasar alur sungai,tetapi disebabkan oleh tarikkan graviti,maka kebanyakkannya akan terus diserap ke dalam kerak bumi.

Page 12: Kitaran air

Mata air

• Mata air ialah kesan yang didapati apabila sebuah akuifer telah dipenuhi oleh air sehingga melimpah keluar ke permukaan bumi.

• Mata air boleh dibentuk dalam pelbagai jenis batu, tetapi kebanyakkannya didapati dalam batu kapur dan dolomite,yang akan merekah secara sangat senang dan boleh dilarutkan oleh air hujan yang seterusnya akan menyebabkan sifat asid padanya.

Page 13: Kitaran air

• Apabila batu tersebut melarut dan merekah,ruang-ruang akan terbentuk yang membolehkan pengaliran air menerusinya.Jika pengaliran air adalah secara mandatar, maka ia akan mengalir ke permukaan bumi sebagai mata air.

Page 14: Kitaran air

Mata air panas• Mata air panas adalah mata air yang biasa

tetapi airnya adalah suam dan di kawasan tertentu adalah panas iaitu air telah dipanaskan apabila bersentuhan dengan batu-bata panas jauh di bawah permukaan bumi. Batu menjadi semakin panas apabila semakin ke dalam kerak bumi dan jika air bawah tanah sampai ke kawasan yang menyediakan suatu laluan ke atas permukaan bumi,maka terbentuklah suatu mata air panas.

Page 15: Kitaran air

Kepentingan kitaran air

• Untuk memastikan kuantiti air bumi adalah kekal sama.

• Untuk menyediakan bekalan air tawar yang berterusan kepada benda hidup.

• Untuk menyejukkan bumi kerana air menyerap haba.

• Memastikan bekalan sumber air bersih yang berterusan.

Page 16: Kitaran air

Sumber air

• Sungai• Lautan• Perigi • Tasik• Mata air• Kolam air panas

Page 17: Kitaran air

Kepentingan sumber air

• Digunakan untuk mencuci, mandi dan air minuman.

• Digunakan dalam industri makanan sebagai bahan mentah.

• Digunakan oleh tumbuhan untuk menjalani proses fotosintesis dan untuk mengangkut mineral.

• Sebagai tempat tinggal bagi hidupan akuatik.