kit matematik

Upload: jack-alonso

Post on 03-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Kit Matematik

    1/3

    MANUAL PENGGUNAAN KIT MATEMATIK (i)

    TOPIK: RUANG DUA DIMENSI (2D)

    1. Kit:

    Mari Mengenal Bentuk 2D

    2. Pengenalan:

    Mengenal bentuk-bentuk dua dimensi (2D) merupakan topik penting untuk

    dipelajari oleh murid. Kit ini memberikan keseronokkan dan motivasi kepada

    murid-murid dalam mempelajari dan mengenal bentuk-bentuk 2D melalui aktiviti

    termasuklah menyatakan nama dan ciri-ciri bentuk 2D. Ini akan meningkatkan

    daya kreativiti murid dalam pembelajaran mereka, mengembangkan keyakinan

    terhadap pembelajaran Matematik dan minat terhadap subjek ini.

    3. Alatan:

    Polisterin, glu, kertas A4, gunting, pisau pemotong, kertas berwarna, gelang

    getah, dan paku tekan.

    4. Panduan penggunaan:

    (a) Murid diminta untuk mengenalpasti nama setiap bentuk 2D.

    (b) Menyatakan ciri-ciri bentuk 2D tersebut.

    (c) Menyuaikan bentuk 2D ke dalam ruangnya.

    (d) Membina bentuk 2D dengan meregangkan gelang getah pada paku tekan.

  • 7/29/2019 Kit Matematik

    2/3

    5. Kebaikan:

    (i) Ringkas,

    (ii) Mudah digunakan (untuk murid),

    (iii) Mudah dibawa ke mana-mana kerana ia adalah kit pasang siap (untuk

    guru),

    (iv) Berwarna-warni Murid suka akan benda warna-warni, dan

    (v) Murid mudah mengingat nama dan ciri-ciri bentuk kerana murid akan

    menyesuaikan bentuk ke dalam ruang dan membina bentuk dengan

    menggunakan gelang getah.

  • 7/29/2019 Kit Matematik

    3/3

    MANUAL PENGGUNAAN KIT MATEMATIK (ii)

    TOPIK: RUANG DUA DIMENSI (2D)

    1. Kit:

    Mari Melukis Bentuk 2D

    2. Pengenalan:

    Mengenal bentuk-bentuk dua dimensi (2D) merupakan topik penting untuk

    dipelajari oleh murid. Kit ini memberikan keseronokkan dan motivasi kepada

    murid-murid dalam mempelajari dan mengenal bentuk-bentuk 2D melalui aktiviti

    melukis bentuk-bentuk 2D. Ini akan meningkatkan daya kreativiti murid dalam

    pembelajaran mereka, mengembangkan keyakinan terhadap pembelajaran

    Matematik dan minat terhadap subjek ini di samping melembutkan motor halus

    kanak-kanak.

    3. Alatan:

    Mounting board, glu, kertas A4, pembalut plastik, gunting, marker pen, pisau

    pemotong, dan kertas berwarna.

    4. Panduan penggunaan:

    (e) Murid diminta untuk melukis bentuk-bentuk 2D.

    5. Kebaikan:

    (i) Ringkas,

    (ii) Mudah digunakan (untuk murid),

    (iii) Mudah dibawa ke mana-mana (untuk guru), dan

    (iv) Melembutkan motor halu kanak-kanak.