manual kit fertigasi full v10092007

11
Manual Kit Fertigasi sabakAgro sabakAgro Manual Kit Fertigasi 10 Beg Pengenalan Fertigasi ialah kaedah penanaman yang menggabungkan sistem pembajaan dalam sistem pengairan. Bermakna, pembajaan dilakukan semasa penyiraman pokok di- lakukan. Penanaman dilakukan samada didalam polibeg atau diatas tanah atau dalam apa- apa bekas yang mengandungi media tanaman yang tidak semestinya tanah dan bukan cecair. Kandungan Ada 4 jenis Kit Fertigasi iaitu : 1. Kit Fertigasi Emas - Sesuai untuk anda yang ingin mengenali lebih dekat sistem fertigasi. 2. Kit Fertigasi Perak - Sesuai untuk anda yang telah mengenali sistem fertigasi. 3. Kit Fertigasi Hijau - Sesuai untuk anda yang mahir mengenai sistem fertigasi. 4. Kit Fertigasi Am - Sesuai untuk profesional 1. Kit Fertigasi Emas ( 10 beg ) Kit Fertigasi ini mengandungi : - 10 helai Polibeg Putih 16x16cm - 10 unit Pen Penitis 4/6mm (Pen Dripper) - 5 unit Penyambung Tee Mikro 4/6mm (Joiner Micro Tee) - 7.5m Tiub Poli 4/6mm (PolyTube) - 10m Tiub Poli 16mm (PolyTube) - 1 unit Injap 16mm (Quick Action Valve) - 1 unit Pam Mini - 1 unit Pengukur Masa Digital (Digital Timer) - 1 set Baja (Organik atau Komposit) - 1 set Bahan Kawalan Serangga Mesra Alam (DIPEL atau Ekstrak Neem/ Semambu) - 2 jenis Biji Benih - Peralatan Asas, seperti penebuk lubang dan lain-lain (Basic Tools) - Manual kaedah pemasangan dan penjagaan Sistem Fertigasi

Upload: api-25920018

Post on 07-Jun-2015

1.308 views

Category:

Documents


33 download

DESCRIPTION

Manual Kit Fertigasi Versi 10Sep2007

TRANSCRIPT

Page 1: Manual Kit Fertigasi Full v10092007

Manual Kit Fertigasi sabakAgro

sabakAgro

Manual Kit Fertigasi 10 Beg

Pengenalan Fertigasi ialah kaedah penanaman yang menggabungkan sistem pembajaan dalam sistem pengairan. Bermakna, pembajaan dilakukan semasa penyiraman pokok di-lakukan. Penanaman dilakukan samada didalam polibeg atau diatas tanah atau dalam apa-apa bekas yang mengandungi media tanaman yang tidak semestinya tanah dan bukan cecair.

Kandungan Ada 4 jenis Kit Fertigasi iaitu : 1. Kit Fertigasi Emas - Sesuai untuk anda yang ingin mengenali lebih dekat sistem fertigasi. 2. Kit Fertigasi Perak - Sesuai untuk anda yang telah mengenali sistem fertigasi. 3. Kit Fertigasi Hijau - Sesuai untuk anda yang mahir mengenai sistem fertigasi. 4. Kit Fertigasi Am - Sesuai untuk profesional 1. Kit Fertigasi Emas ( 10 beg ) Kit Fertigasi ini mengandungi : - 10 helai Polibeg Putih 16x16cm - 10 unit Pen Penitis 4/6mm (Pen Dripper) - 5 unit Penyambung Tee Mikro 4/6mm (Joiner Micro Tee) - 7.5m Tiub Poli 4/6mm (PolyTube) - 10m Tiub Poli 16mm (PolyTube) - 1 unit Injap 16mm (Quick Action Valve) - 1 unit Pam Mini - 1 unit Pengukur Masa Digital (Digital Timer) - 1 set Baja (Organik atau Komposit) - 1 set Bahan Kawalan Serangga Mesra Alam (DIPEL atau Ekstrak Neem/Semambu) - 2 jenis Biji Benih - Peralatan Asas, seperti penebuk lubang dan lain-lain (Basic Tools) - Manual kaedah pemasangan dan penjagaan Sistem Fertigasi

Page 2: Manual Kit Fertigasi Full v10092007

Manual Kit Fertigasi sabakAgro

sabakAgro

2. Kit Fertigasi Perak ( 10 beg ) Kit Fertigasi ini mengandungi : - 10 helai Polibeg Putih 16x16cm - 10 unit Pen Penitis 4/6mm (Pen Dripper) - 5 unit Penyambung Tee Mikro 4/6mm (Joiner Micro Tee) - 7.5m Tiub Poli 4/6mm (PolyTube) - 10m Tiub Poli 16mm (PolyTube) - 1 unit Injap 16mm (Quick Action Valve) - 1 unit Pam Mini - 1 set Baja (Organik atau Komposit) - 1 set Bahan Kawalan Serangga Mesra Alam (DIPEL atau Ekstrak Neem/Semambu) - 2 jenis Biji Benih - Peralatan Asas, seperti penebuk lubang dan lain-lain (Basic Tools) - Manual kaedah pemasangan dan penjagaan Sistem Fertigasi 3. Kit Fertigasi Hijau ( 10 beg ) Kit Fertigasi ini mengandungi : - 10 helai Polibeg Putih 16x16cm - 10 unit Pen Penitis 4/6mm (Pen Dripper) - 5 unit Penyambung Tee Mikro 4/6mm (Joiner Micro Tee) - 7.5m Tiub Poli 4/6mm (PolyTube) - 10m Tiub Poli 16mm (PolyTube) - 1 unit Injap 16mm (Quick Action Valve) - 1 set Baja (Organik atau Komposit) - 1 set Bahan Kawalan Serangga Mesra Alam (DIPEL atau Ekstrak Neem/Semambu) - 2 jenis Biji Benih - Peralatan Asas, seperti penebuk lubang dan lain-lain (Basic Tools) - Manual kaedah pemasangan dan penjagaan Sistem Fertigasi 4. Kit Fertigasi Am Kit Fertigasi ini mengandungi : - 1 helai Polibeg Putih 16x16cm - 1 unit Pen Penitis 4/6mm (Pen Dripper) - 1 unit Penyambung Tee Mikro 4/6mm (Joiner Micro Tee) - 0.75m Tiub Poli 4/6mm (PolyTube) - 1m Tiub Poli 16mm (PolyTube)

Page 3: Manual Kit Fertigasi Full v10092007

Manual Kit Fertigasi sabakAgro

sabakAgro

Kaedah Pemasangan Sebelum anda memulakan pemasangan sistem ini, sila pastikan anda telah ada : 1. 10 beg media semaian...boleh didapati dari nurseri tanaman. 2. 1 bekas yang boleh mengisi 4 liter air atau lebih. Setelah pemasangan siap, anda akan mendapat hasil seperti gambar.

Urutan Pemasangan 1. Isikan polibeg dengan media semaian pada kadar 2/3 beg, jangan isi penuh. 2. Susun polibeg pada jarak yang anda selesa ( 80 cm ~ 120 cm ). 3. Rentangkan Tiub Poli 16mm seperti gambar. 4. Tebuk lubang pada Tiub Poli 16mm untuk Mikro

Tee dengan penebuk lubang yang disediakan. 5. Masukkan Mikro Tee pada lubang tersebut.

Jarak Antara Polibeg : 80cm ~ 120 cm

Jarak Antara

Polibeg : 80cm ~ 120 cm

Polibeg

Tiub Poli 16mm

Klip Hujung

Pen Penitis (Dalam

Polibeg )

Tiub Poli 6mm

Pam Mini & Timer

Mikro Tee

Mikro Tee Penebuk Lubang

Page 4: Manual Kit Fertigasi Full v10092007

Manual Kit Fertigasi sabakAgro

sabakAgro

6. Potong Tiub Poli 6mm sepanjang 75cm atau panjang yang anda selesa. 7. Masukkan hujung Tiub Poli 6mm kedalam salah satu hujung Mikro Tee. 8. Masukkan hujung Tiub Poli 6mm yang lain ke Pen Penitis. 9. Cucuk Pen Penitis kedalam media dalam polibeg. 10. Ulang proses di atas untuk semua polibeg.

Pen Penitis

Tiub Poli 6mm

Tiub Poli 6mm

Tiub Poli 16mm

Tiub Poli 6mm

Pen Penitis

Tiub Poli 6mm

Tiub Poli 16mm

Page 5: Manual Kit Fertigasi Full v10092007

Manual Kit Fertigasi sabakAgro

sabakAgro

11. Lipat hujung Tiub Poli 16mm dan matikan dengan End Clip untuk menghalang air keluar. Ikut urutan gambar di bawah.

Pemasangan Pam & ‘Timer’ 1. Hujung lain Tiub Poli 16mm akan disam-

bung kepada Pam Mini dan Pam Mini akan dihidupkan oleh ‘Timer’.

2. Hujung lain Tiub Poli 16mm disambung kepada Tiub Lutsinar Besar seperti gam-bar di bawah.

3. Sambung Tiub Lutsinar Besar dengan Tiub Lutsinar Kecil dengan perantaraan Tiub Getah seperti gambar di bawah.

4. Tiub Lutsinar Kecil akan disambung lagi dengan Pam Mini melalui Tiub Getah.

End Clip

Page 6: Manual Kit Fertigasi Full v10092007

Manual Kit Fertigasi sabakAgro

sabakAgro

5. Masukkan Pam Mini hingga ke dasar bekas air. 6. Pasangkan kabel Pam Mini pada soket ‘Timer’. 7. Pasang ‘Timer’ pada punca elektrik. ‘Timer’ akan terus berfungsi. Ujian Sistem Sebelum memulakan ujian sistem anda, sila pastikan bahawa : 1. Polibeg anda telah diisi dengan media semaian iaitu 2/3 dari tinggi polibeg. 2. Anda telah menyucuk semua Pen Penitis ke dalam media dalam polibeg. 3. Anda telah menyambung semua Tiub Poli hingga ke Pam Mini Apa yang harus anda lakukan seterusnya ialah : 1. Buka End Clip dihujung Tiub Poli 16mm 2. Hidupkan Pam Mini 3. Pastikan air keluar di hujung Tiub Poli 16mm selama 30 saat untuk membuang

semua kotoran. 4. Pasang semula End Clip untuk menutup jalan keluar air. 5. Pastikan semua Pen Penitis menitiskan air. 6. Jika air yang keluar daripada Pen Penitis terlalu deras atau terlalu lambat

atau tidak keluar langsung,sila pusingkan tiub berwarna biru pada Pam Mini kearah jam tau lawan jam untuk mengawal kelajuan air. Sila rujuk gambar di bawah.

Sistem Fertigasi anda sepatutnya akan berfungsi dengan baik. Sila hubungi kami jika sistem anda tidak berfungsi.

Tiub Pelaras Kuantiti Air

Digital Timer

Punat Pelaras Kuantiti Air

Page 7: Manual Kit Fertigasi Full v10092007

Manual Kit Fertigasi sabakAgro

sabakAgro

Cara Guna Gabungan Baja EM & Baja Komposit Dalam Kit Fertigasi Gabungan baja ini boleh digunakan untuk 10 ~ 30 polibeg. • Pada hari pertama penyiraman, masukkan 1 pek baja komposit dan satu penu-

tup baja EMAS kedalam tangki air. • Masukkan air hingga penuh tangki air. • Pasang ‘Digital Timer’ anda, campuran baja dan air akan dipam ke polibeg se-

cara automatik. • Campuran Baja EMAS & Komposit mestilah dilakukan setiap 7 hari iaitu hari

pertama, hari ke 7, hari ke 14 dan seterusnya. • Pek baja yang dibekalkan boleh diguna selama 3 bulan.

Page 8: Manual Kit Fertigasi Full v10092007

Manual Kit Fertigasi sabakAgro

sabakAgro

Manual Kit Fertigasi 10 Beg Siri 2

Kaedah Penanaman **Sebelum memulakan sessi ini, anda perlu memastikan media polibeg anda lem-bab dengan cara menyiram air pada setiap polibeg. Jika boleh, gunakan air kum-bahan dari sinki dapur anda atau air basuhan beras. Jika tidak, air paip juga bo-leh digunakan. Sebagai info, sebahagian benih perlu disemai dahulu sebelum menanam di dalam polibeg. Sila rujuk www.sabakagro.com.my tentang cara penanaman sesuatu benih di bahagian BENIH. Cara mudah CARI ‘nama benih’. Anda boleh juga menyemai benih terus ke dalam polibeg dengan menggunakan kaedah yang di terangkan dalam ruangan BENIH untuk setiap benih. Kaedahnya, masukkan benih ke dalam media sedalam 2.5cm, ulangi proses ini untuk 2~3 biji benih setiap polibeg. Setelah tumbuh setinggi 10cm, pilih satu anak benih yang paling sihat dan buang yang lain dengan cara memotong dan bukan mencabut. Anda juga boleh menggunakan kaedah menyemai di bekas lain dahulu, seperti tray penyemaian dan bila benih telah mencapai tinggi 10cm, alihkan kedalam polibeg. Kaedah ini dapat menjimatkan biji benih bila anda memulakan projek fertigasi secara komersil. Kaedah Pembajaan & Kawalan Serangga **Didalam kotak Kit Fertigasi anda, ada 3 jenis pek disediakan. Pek kecil yang mengandungi serbuk berwarna KELABU adalah bahan kawalan serangga. Pek lain adalah baja. Baja yang disediakan ada 2 jenis, mengikut permintaan anda. -Baja Organik >> dibuat dari ekstrak pokon Neem (semambu) dan di bungkus dalam bentuk pallet. -Baja Komposit >> dari jenama Miracle Gro dan di bungkus dalam bentuk serbuk (powder) Cara pembajaan menggunakan Baja Organik adalah seperti berikut : Masukkan semua isi pek Baja Organik (pek besar) ke dalam bekas takungan air anda. Masukkan juga 1 pek Baja Komposit (pek kecil). Masukkan air kedalam ta-kungan sehingga 90% penuh dan peram selama 24 jam. Selepas itu anda boleh memasukkan Pam Mini ke dalam bekas takungan air untuk disalurkan ke setiap polibeg. Setiap 14 atau 21 hari, anda digalakkan memasukkan 1 pek Baja Kompo-sit sebagai baja tambahan untuk pokok. Ini bukan satu kemestian jika anda ma-hukan 100% hasil organik.

Page 9: Manual Kit Fertigasi Full v10092007

Manual Kit Fertigasi sabakAgro

sabakAgro

Cara pembajaan menggunakan Baja Komposit adalah seperti berikut : Masukkan 1 pek Baja Komposit (pek kecil) ke dalam bekas takungan air. Masuk-kan air sehingga 90% bekas takungan penuh. Kacau air dalam takungan untuk memastikan baja terlarut. Selepas itu anda boleh memasukkan Pam Mini ke dalam bekas takungan air untuk disalurkan ke setiap polibeg. Setiap 7 hari anda mesti memasukkan 1 pek Baja Komposit ke dalam takungan air anda. Pek baja yang disediakan boleh digunakan untuk tempoh 3 bulan. Sila rujuk mukasurat akhir untuk penggunaan BAJA EM Cara Pengawalan Serangga **Bahan Kawal Serangga ialah pek yang mengandungi bahan berbentuk serbuk berwarna KELABU. Gunakan penyembur (sprayer) kecil yang ada dijual di kebanyakan pasaraya. Jika ada, gunakan penyembur yang mempunyai bekas isi air 1.5 liter.

Masukkan sebungkus Bahan Kawal Serangga untuk setiap 1 ~ 1.5 liter bekas air. Selepas itu masukkan air dan goncang sekadar air dan Bahan Kawal Serangga boleh larut dan bercampur dalam air. Sembur pada bahagian daun, batang dan tanah (media) pada kadar 7 hari sekali.

**Bahan Kawal Serangga yang digunakan berjenama DIPEL dan tidak merbahaya kepada manusia dan binatang peliharaan. Telah diiktiraf sebagai bahan kawalan serangga organik.

Secara Amnya Pengairan ke dalam polibeg perlu dilakukan setiap hari selama 5 ~ 10 minit, 2 kali sehari, sebaiknya pada pukul 5 pagi dan selepas pukul 5 petang. Lama masa pam air berfungsi adalah bergantung kepada kelembapan media. Jangan terlalu lembab sebab ia akan menyebabkan kulat mudah membiak yang boleh menyerang pokok anda.

Penyaluran baja dilakukan setiap 7 hari untuk Baja Komposit dan setiap hari un-tuk Baja Organik. Baja Organik sememangnya telah terendam di dalam air, jadi anda hanya perlu menambah air sahaja untuk setiap kali penyiraman dilakukan.

Penambahan air boleh dilakukan secara automatik jika anda menambah pelam-pung injap air (yang digunakan pada tangki air tandas) pada takungan air anda. Harga sekitar RM 5 ~ 7 di pasaran.

Penyemburan Bahan Kawal Serangga perlu dilakukan pada setiap 7 hari.

Manual ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan masalah

Page 10: Manual Kit Fertigasi Full v10092007

Manual Kit Fertigasi sabakAgro

sabakAgro

Masalah & Penyelesaian

Penyelenggaraan 1. Pada kadar 15 hari sekali atau pada bila-bila masa jika perlu, lakukan pember-sihan Pam Mini terutama dibahagian kipas penyedut. Lakukan juga pembesihan di bahagian alur masuk air Pen Penitis secara berkala. Ini untuk mengelakkan sam-pah atau kotoran lain yang akan menyekat perjalanan air. 2. Pastikan punca elektrik untuk ‘Digital Timer’ anda sentiasa ‘ON’ sebab bateri di dalamnya mesti sentiasa di cas semula. 3. Pastikan media tanaman anda tidak terlalu lembab untuk mengelakkan kulat membiak.

Cara Guna Gabungan Baja EM & Baja Komposit Dalam Kit Fertigasi Gabungan baja ini boleh digunakan untuk 10 ~ 30 polibeg. • Pada hari pertama penyiraman, masukkan 1 pek baja komposit dan satu penu-

tup baja EMAS kedalam tangki air. • Masukkan air hingga penuh tangki air. • Pasang ‘Digital Timer’ anda, campuran baja dan air akan dipam ke polibeg se-

cara automatik. • Campuran Baja EMAS & Komposit mestilah dilakukan setiap 7 hari iaitu hari

pertama, hari ke 7, hari ke 14 dan seterusnya. • Pek baja yang dibekalkan boleh diguna selama 3 bulan.

Manual ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan masalah

Masalah

Sila pastikan ‘power source’ anda atau ‘setting digital timer’ anda berfungsi dengan baik.

1. Pam Mini tidak berfungsi

Penyelesaian

2. Air tidak keluar

3. Pokok layu

4. Daun pokok kekuningan

1. Pastikan pam anda berfungsi. 2. Sila buka ‘end clip’ dan alirkan air selama 15 saat untuk

membuang udara terperangkap. 3. Keluarkan pen penitis dari media dan cabut pen penitis

dari tiub 6mm. Bersihkan / basuh bahagian aliran masuk pen penitis dengan air bersih.

Jangan terlupa memberi air. Air dalam polibeg tidak seperti air di dalam tanah. Ianya cepat kering.

Pastikan anda memberi baja pada setiap 7 hari untuk baja komposit dan setiap 14 hari untuk baja organik + komposit.

Page 11: Manual Kit Fertigasi Full v10092007

Manual Kit Fertigasi sabakAgro

sabakAgro

Cara Guna Gabungan Baja EM & Baja Komposit Dalam Kit Fertigasi Gabungan baja ini boleh digunakan untuk 10 ~ 30 polibeg. • Pada hari pertama penyiraman, masukkan 1 pek baja komposit dan satu penu-

tup baja EMAS kedalam tangki air. • Masukkan air hingga penuh tangki air. • Pasang ‘Digital Timer’ anda, campuran baja dan air akan dipam ke polibeg se-

cara automatik. • Campuran Baja EMAS & Komposit mestilah dilakukan setiap 7 hari iaitu hari

pertama, hari ke 7, hari ke 14 dan seterusnya. • Pek baja yang dibekalkan boleh diguna selama 3 bulan.

Manual ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan masalah