kit al-qadr 2011

30

Upload: biro-media

Post on 29-Mar-2016

250 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Penerbitan Khas ISMA Jordan sempena Ramadhan Al-Mubarak 2011

TRANSCRIPT

Page 1: Kit Al-Qadr 2011
Page 2: Kit Al-Qadr 2011

Penyelaras Operasi : Aiman Rosl iKetua Pengarang : Ahmad Khairuddin

Timbalan Ketua Pengarang : Nabi lah Mohd YaakobRekabentuk dan Seni : Mohd Ayub & Mohd Fairuzaman

& Hanis MahmudSunt ingan dan Adaptasi : Muhammad Mustafa &

Shathirah Abdul Hal imPromosi dan Maklumbalas : Muhammad Huzai fah

Jusoh & Izzah Kamilah Mohd Tahir

Edis i 01 , Ogos 2011 / R amadhan 1432H.

sebarang komen membina dan aduan boleh disa lurk an kepada Ketua, Timbalan Pengarang, ser ta Unit Promosi dan Mak lumbalas K i t Al - Qadr 2011.

Dihasi lk an untuk I k atan Musl imin Malays ia ( ISMA) Jordan.

KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

editor ia l team

Page 3: Kit Al-Qadr 2011
Page 4: Kit Al-Qadr 2011

KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

i s i k a n d u n g a n1 0 M a l a m T e r a k h i r v s 1 S y a w a l

P e r s e d i a a n 1 0 M a l a m T e r a k h i r

P e r i s t i w a P e n t i n g D a l a m R a m a d h a n

R o j a k R a m a d h a n

F i q h P u a s a

A r t i k e l M o t i v a s i : R a m a d h a n & T a r b i y y a h

A r t i k e l M o t i v a s i : R a m a d h a n & P r o d u k t i v i t i

A r t i k e l M o t i v a s i : M u s l i m a h d a n R a m a d h a n

A r t i k e l M o t i v a s i : M e n g u r u s A k a d e m i k d a n I b a d a h S e m a s a R a m a d h a n

D a p u r R a m a d h a n : A y a m b l a c k p e p p e r r a m a d a n

D a p u r R a m a d h a n : K u i h k e t a y a p

01

03

07

09

12

14

16

18

20

23

24

Page 5: Kit Al-Qadr 2011

etiap interaksi dan hubungan yang seimbang, yang berlaku di alam ini sentiasa memerlukan respon dua hala. Kita saksikan bagaimana benih pohon yang ditanam pada tanah, jika bukan kita yang memberi kasih sayang dan penjagaan yang cukup, mana mungkin pokok tersebut akan menumbuhkan hasil yang kita inginkan. Kedatangan Malam Al-Qadr kali ini pasti mencetuskan persoalan dalam minda kita, sudahkah kita bersedia untuk nya? Persis analogi benih pohon tadi, begitu lah fitrah yang berlaku antara kita dan Malam Al-Qadr. Kita tak akan merasai manisnya keindahan Malam Al-Qadr, jikalau hati kita belum dibersihkan dari segala keduniaan sebelum kedatangannya lagi.

Kefahaman kepada persediaan menghadapi 10 malam terakhir yang terkandung Malam Al-Qadr ini akan membawa kita bertembung dengan realiti kehidupan kita di tengah-tengah masyarakat yang sangat meraikan hari raya Aidilfitri.

Kita faham bahawa 10 malam terakhir adalah kemuncak pesta ibadah di bulan Ramadhan, tapi dalam masa yang sama.. keluarga di sekeliling sibuk memenuhi masa 10 hari tersebut dengan memasak dodol. Kita percaya bahawa..kita sudah bersiap untuk fokus memaksimakan amal pada 10 malam terakhir ini demi mencari fadhilat Malam Al-Qadr, tapi kawan-kawan kerap mengajak kita keluar untuk membeli baju raya. Kita sudah pun bersemangat untuk beriktikaf sepanjang 10 malam terakhir di masjid, tapi nampaknya luntur habis semua semangat bila kita lihat masjid menjadi lengang dari manusia. Semakin dekat kepada raya, semakin kosong lah masjid.

Lalu, di mana titik penyelesaiannya?

Andai kita terpilih untuk berada pada situasi ini, rahsia solusinya terletak pada kebijaksanaan kita mengatur masa Ramadhan ini dengan baik. Tidaklah menjadi kesalahan untuk memasak dodol atau membuat kuih raya pada 10 malam terakhir, tapi amalan khusus seperti solat malam dan terawih mesti diteruskan. Ambil giliran sesama ahli keluarga dalam melaksanakan tugas, wujudkan gerak kerja tersusun dalam keramaian berkumpul.

Contohnya, dalam sebuah rumah tersebut ada 5 orang yang sepatutnya bertungkus lumus menyiapkan kuih raya. 3 daripadanya boleh memulakan proses mengadun bahan kuih raya, manakala 2 yang selebihnya boleh tunaikan solat terawih secara berjemaah. Selesai beberapa rakaat, tukar giliran antara dua kumpulan tadi. Dengan cara ini, kita bukan sahaja dapat mengejar pahala mujahadah melaksanakan solat terawih, bahkan kita dapat menghasilkan kuih raya yang pasti di dalamnya ada barakah �

01KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

S

10 MALAMVS

TERAKHIR1 SYAWAL

OLEH: MASILAH MUHAMMAD

Page 6: Kit Al-Qadr 2011

Adapun untuk ajakan kawan-kawan / saudara untuk menghabiskan masa menyiapkan diri demi pagi Syawal, maka usahakan supaya semua perkara tersebut dilangsaikan sebelum tiba 20 Ramadhan lagi. Nah, sebagai gantinya..apa kata kita pula yang mengajak mereka untuk menemani kita qiamullail di masjid-masjid (bagi lelaki) dan di rumah-rumah (bagi perempuan). Manis kan ukhuwah yang terjalin atas ketaatan kepada Allah?

Sebagai seorang yang berusaha mewujudkan suasana khusyu’ dan tadharru’ sepanjang tempoh 10 malam terakhir, sudah tentu kita tak mahu ia hilang begitu sahaja dengan tibanya hari raya. Sifat qanaah yang diajar kepada kita daripada madrasah Ramadhan, tidak patut dihapuskan dengan rasa berbangga-bangga memakai baju baru dan kasut baru. Sifat kehambaan kepada Allah - yang ditanam sejak sebelum Ramadhan lagi – tidaklah layak untuk dilupuskan begitu saja dengan kealpaan kita mengucapkan takbir, tahmid, dan tasbih pada malam 1 Syawal.

Kejutlah ahli keluarga dan kawan-kawan untuk terus menghidupkan malam dengan solat, zikir dan bacaan al-Quran, kerana tersebut lah sebuah hadith;

“barangsiapa yang menghidupkan dua malam hari raya, maka hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati-hati lain”

Imam An-Nawawi meriwayatkan di dalam syarah Al-Azkar bahawa ulama’ as-Syafi’iyyah sangat meng-galakkan agar malam hari raya dihidupkan dengan tahajud dan zikir. Walaupun hadith ini ditarafkan sebagai hadith dhaif oleh ulama’ hadith, tapi disebabkan fadhilat amal yang membawa kita untuk mendekatkan diri kepada Allah..maka tidak mengapa jika kita ingin beramal dengannya, asal saja kita tidak menjadikannya sebagai dalil untuk mewajibkan orang lain untuk turut beramal dengannya. Hadith ini bukanlah hadith maudhu’ sehingga kita dimestikan meninggalkannya. Akan tetapi lebih afdhal meninggalkan hadith-hadith selain sohih, hasan sohih dan hasan – menurut pendapat kebanyakan ulama’ hadith.

Dengan cara ini, kita akan mendapati bahawa ibadah 10 malam terakhir tadi dapat diteruskan biarpun Ramadhan bakal berlalu pergi. Imam Hasan Al Basri pernah berpesan:”Jadilah kamu hamba Allah (yang beribadat sepanjang masa dan suasana), janganlah menjadi hamba Ramadhan(yang hanya tekun beribadat pada bulan ramadhan sahaja)”

Semoga pembacaan artikel ini dapat membantu kita menyelesaikan dilema 10 malam terakhir Ramadhan dan 1 Syawal. Selamat beramal.

02KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

Page 7: Kit Al-Qadr 2011

ungguh tidak terasa akan waktu yang terus berlalu dan hari-hari yang telah dilalui dalam bulan Ramadhan .Malah seperti baru semalam Ramadhan tahun lalu yang penuh dengan keberkatan itu, kita tinggalkan.Kalau kita mengimbau suasana di bulan Ramadhan tahun lalu itu, kita mungkin merasa begitu dekat dengan Allah swt. Kita lalui hari-harinya untuk sentiasa beribadah kepadaNya dengan solat berjamaah di masjid, solat tarawih, qiyamullail, tilawah Al Qur’an, sedekah dan macam-macam ibadah lainnya, lebih-lebih lagi di sepuluh hari terakhirnya.

Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat Lailatul-Qadar atau malam Al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah Al-Qadr;

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu?Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan.Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (al-Qadr: 1-5)Dalam surah ini kita melihat kelebihan malam Al-Qadar iaitu;

1. Ia merupakan malam penurunan al-Quran. Menurut Ibnu ‘Abbas; penurunan yang dimaksudkan ialah penurunan al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitil-‘Izzah yang terdapat di langit dunia pertama. Setelah itu barulah diturunkan berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w selama 23 tahun.

2. Beramal pada malam Al-Qadar lebih baik dari beramal selama seribu bulan (iaitu 83 tahun 4 bulan) yang tidak terdapat di dalamnya malam Al-Qadar.

3. Pada malam itu, Jibril dan juga para malaikat turun ke langit dunia atau ke bumi dengan membawa kebaikan dan keberkatan yang ditetapkan Allah untuk tahun tersebut hingga datang malam Al-Qadar berikutnya. Menurut Imam Ibnu Kathir; “Banyaknya malaikat yang turun pada malam Al-Qadar adalah kerana banyaknya keberkatan malam tersebut. Para malaikat turun bersama turunnya berkat dan rahmat sebagaimana mereka turun tatkala mendengar bacaan al-Quran, mereka melingkungi halaqah-halaqah zikir dan mereka membentangkan sayap-sayap mereka kepada orang yang keluar mencari ilmu untuk membesarkannya”.

4. Malam Al-Qadar itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar, yakni; pada malam tersebut Allah tidak mentakdirkan melainkan perkara-perkara yang baik, selamat dan sejahtera. Ada ulama’ berpendapat; pada malam Al-Qadar itu para malaikat yang turun akan mengucap salam kepada sekelian orang beriman yang mereka temui sama ada lelaki atau perempuan.

S

03KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

PERSEDIAAN MALAMTERAKHIR10

OLEH: NOOR HIDAYAH ADZMAN

Page 8: Kit Al-Qadr 2011

Walaupun surah di atas tidak menjelaskan bilakah akan munculnya malam Al-Qadar, namun jawapan bagi persoalan ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya;

“Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.)

Menggiatkan ibadah di sepuluh malam terakhir ramadhan

Terdapat hadis di mana Saidatina ‘Aisyah menceritakan;

“Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan, baginda bangun menghidupkan malamnya (dengan ibadah lebih dari biasa), membangunkan ahli-ahli keluarga baginda (untuk sama mengerjakan ibadah seperti baginda), baginda bersungguh-bersungguh (mengerjakan ibadah) dan baginda mengikat kainnya (dikiaskan kepada kesungguhan untuk beribadah atau kiasan kepada meninggalkan isteri untuk menumpukan kepada ibadah)”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam satu riwayat yang lain, Saidatina ‘Aisyah menceritakan; “Rasulullah menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain”. (Riwayat oleh Imam Muslim)

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu."

Mendirikan malam Al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.

Terdapat beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan para sahabat pada malam-malam akhir Ramadhan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:

1) Mandi, berpakaian indah dan berharum-harumanDiriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu.Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama’ pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

04KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

Page 9: Kit Al-Qadr 2011

2) Melaksanakan solat sunat dan membaca al-Quran

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas.Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadhan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”

Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.Baginda tidak akan melalui ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan.Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh sahaja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

3) I’tikafSelain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beri’tikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud:”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”

05KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

Page 10: Kit Al-Qadr 2011

4) Memperbanyak doaRasulullah bersabda doa adalah kunci segala ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperban-yak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).

Pada malam itu Allah akan mengkabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”

Begitulah antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Orang yang tahu menilainya sudah pasti tidak akan mensia-siakan peluang untuk merebut kelebihan-kelebihan tersebut. Bahkan Rasulullah sendiri pernah menegaskan;

“Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan”. (Riwayat Ibnu Abi Dunya)Peluang masih ada, rebutlah sebelum terlambat! Andainya ini Ramadhan terakhir, layakkah kita berhari raya?

06KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

Page 11: Kit Al-Qadr 2011

ebu berterbangan, dan ringkikan kuda kedengaran. Umat Islam gagah mara dengan keimanan yang teguh kepada Allah berusaha untuk menghapuskan kaum mushrikin. Dan sekiranya mereka ditewaskan, nescaya cahaya aqidah yang masih baru menyinar akan luput dengan musnahnya mereka. Itulah peperangan yang dinamakan Badar Al-Kubra. Akhirnya, kemenangan yang agung berpihak kepada umat Islam.” Sangat asyik si kecil Asiah itu,yang tika itu berumur 8 tahun, membaca sejarah nabi yang dicintainya. Namun, dia terperanjat besar apabila melihat tarikh peperangan tersebut. Kebanyakan sejarawan berpendapat peperangan tersebut berlaku pada 17 Ramadhan, 2 Hijrah. “Bukankah orang muslimin sedang berpuasa ? Tidak penatkan mereka seperti kita?”,monolognya sendirian.

Apabila pembacaan diteruskan, dia mendapati rupa-rupanya terdapat lagi enam kali Rasulullah S.A.W melakukan peperangan terhadap kaum mushrikin dalam bulan ramadhan dalam jangka masa 13 tahun di Madinah. Kehairanan si anak kecil itu memikirkan kaum muslimin membuat persiapan menggali parit untuk peperangan khandak pada bulan Ramadhan, tahun 5 Hijrah; dan melakukan perjalanan yang jauh menempuh kepanasan padang pasir menuju medan Tabuk juga pada bulan Ramadhan, tahun 9 Hijrah dan berpatah kembali apabila pihak mushrikin mengundur diri; serta puncak kegemilangan umat Islam Madinah menawan kota Mekkah dalam peristiwa Fathul Makkah pada 20 Ramadhan tahun 8 Hijrah bersama penghapusan berhala-berhala lata dan uzza.

Asiah tidak berpuas hati. Dia mula menurunkan buku-buku dari rak-rak untuk melihat lagi pencapaian umat Islam dalam bulan Ramadhan yang dirasakannya mustahil. Mulutnya terlopong apabila melihat sejarah umat Islam terbentang di hadapannya dengan penuh kehebatan dan kegemilangan. Dalam bulan Ramadhan tahun 53 Hijrah, tentera Islam membuka Rhodesia yang terletak di benua Afrika selatan. Hati si kecil itu melonjak gembira dan bangga membaca pembukaan kota Andalus bawah pimpinan Musa Ibnu Nusair serta panglima tenteranya, Toriq bin Ziyad, berlaku dalam bulan Ramadhan, tahun 92 Hijrah. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Rhoderic, malah telah membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.

Zaman yang panjang berlalu. Namun kehebatan umat Islam tidak berkurangan. Pada bulan Ramadhan 584 Hijrah, tentara Solahuddin Al-Ayyubi berjaya menawan kota Baitul Maqdis melalui kota Asqolan dan membebaskan bumi Palestin daripada genggaman tentera salib. Dan pada 25 Ramadhan 654 Hijrah, Saifudin Al-Qutuz,pemerintah Mesir ketika itu telah mengumpulkan kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar yang telah menghancurkan kota Baghdad dan bertembung dengan mereka di Ain Jalut.

Asiah berasa kagum. Tak henti-henti bibirnya mengucap tasbih kepada Allah s.w.t tanpa disedari. Rupa-rupanya, selain peristiwa agung dan bersejarah iaitu penurunan wahyu yang pertama kepada Rasulullah SAW melalui Malaikat Jibril AS dengan firman Allah Taala yang bermaksud, “bacalah!’, umat Islam tidak hidup bergoyang kaki di bulan Ramadhan malah melakukan perubahan demi perubahan yang telah melakar sejarah sehingga ke hari ini. Mereka inilah yang dikatakan sebagai singa di bawah terik matahari dan abid di keheningan malam. Dan mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan kesenangan di akhirat.

“DPERISTIWAPENTING

RAMADHAN

07KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

OLEH: HAMIZAH ABDUL RAHMAN

Page 12: Kit Al-Qadr 2011

Asiah merenung keadaan masyarakatnya. Di sana, dia melihat suasana sudah bertukar. Sesetengah umat Islam senang bergoyang kaki pada waktu Ramadhan dengan alasan yang bermacam-macam. Hingga waktu hening yang sangat berkualiti selepas solat fajar digunakan untuk mengqadha’ waktu tidur yang digunakan untuk bersahur. Sedangkan, tahap umat Islam kini sudah jatuh merudum berbanding zaman sahabat dan para tabi’in dan lain-lain. Peluang ibadah untuk merebut pahala juga tidak diambil dengan semaksima mungkin. Sejarah telah membuktikan bahawa Allah memberikan kemenangan kepada umat Islam yang berjihad untuk agamanya walaupun logik akal mengatakan fizikal mereka dalam keadaan yang lebih lemah berbanding biasa. Seolah-olah, ini adalah tapisan Allah untuk membuktikan bahawa hanya tentera yang benar-benar beriman sahaja akan dikurniakan Allah kemenangan ke atas kaum kafir, walaupun kekuatan musuh islam itu berkali-kali ganda besarnya.

Asiah berasa sangat insaf. Dia berazam untuk menggunakan peluang bulan Ramadhan yang bakal menjelang dengan seoptima mungkin. Dengan harapan, Allah memberi kemenangan kepada umat Islam kini yang tertindas di satu bahagian dari bumi dan Allah juga memberikan hidayah kepada umat Islam yang tenggelam dalam kenikmatan dunia di satu bahagian yang lain. InsyaAllah.

08KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

Page 13: Kit Al-Qadr 2011

engertian ibadah dalam Islam bukanlah sekadar bentuk dan rupanya sahaja. Namun, yang dimaksudkan ialah matlamat dan pengertian yang dikandungi di samping perlaksanaan ibadah tersebut. Tiada nilai sembahyang yang tidak berjaya menghalang daripada perbuatan keji dan mungkar. Tiada manfaat berpuasa jika dia tidak meninggalkan perbuatan dan perkataan yang dusta – Dr. Ali Laban

Ramadhan kini tiba lagi. Masuk tahun ini, sudah berapa tahunkah kita menghadapi ramadhan? Bagaimana perasaan kita bila Ramadhan menjelang? Gembira, suka,atau biasa-biasa sahaja?

Mari renung kembali selama berapa tahun kita menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan, adakah kita benar-benar yakin segala amal kita diterima Allah? Agaknya berapa banyak amal-amal di bulan ramadhan lalu benar-benar meraih taqwa di sisi Allah? T_T"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa" [Al-Baqarah: 183]

Sungguh, bulan ramadhan adalah bulan bonus yang Allah beri pada kita, yang tiada pada bulan lain. Ganjaran yang ditawarkan di dalam bulan ini juga berganda-ganda. Bayangkan jika baru beramal sedikit, ganjaran berganda-ganda sudah menunggu kita di ‘sana’. Apatah lagi jika kita beramal dengan banyak secara konsisten, tunggu sajalah syurga idaman di negeri akhirat nanti. Atau yang labih agung lagi, kita dapat bertemu dengan Allah. Masya-Allah!

Dari Abu Huraiarah RA berkata:“Rasulullah SAW bersabda: “Setiap amal Anak Adam dilipatgandakan (pahalanya): satu kebaikan (diberipahala) sepuluh kali lipat sampai tujuhratus kali lipat. Allah ‘AzzaWajalla berfirman: “Itu selain puasa,karena puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan memberikan pahalanya. Orang puasa itu meninggalkan syahwatnya (keinginannya) dan makanannya karenaKU. Orang yang berpuasa memperoleh duakegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya (di akherat). Sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa, lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi” (HR Bukhari)

Bahagia sungguh, bukan? Dengan meng’score’ berhabis-habisan di bulan ramadhan, bermacam-macam ganjaran yang manis-manis sudah siap2 menanti kita di akhirat nanti.Subhanallah!

Tapi..jangan lupa sahabat-sahabat!

Kemanisan syurga di sana hanyalah akan terbentang bila kita berpuasa benar-benar kerana Allah dan untuk Allah. Kebahagiaan hakiki di negeri akhirat hanya akan terasa bila kita benar-benar beramal bersungguh-sungguh demi meraih keredhaan Allah. Kebesaran nikmat bertemu Allah bila kita benar-benar bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa. Layakkah kita menggapai semua ini jika kita masih tidak serius dan bermain-main dalam beribadah kepada Allah?

P

09KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

OLEH: NABILAH HUDA ZAIM

ROJAKRAMADHAN

Page 14: Kit Al-Qadr 2011

Kita berpuasa tapi masih lagi mengumpat di sana sini. Kita berpuasa tapi kita masih lagi membuang masa di depan kaca maya. Kita berpuasa tapi kita masih lagi memandang perkara-perkara mungkar jauh sekali menun-dukkan pandangan.Kita berpuasa tapi kita masih lagi mendengar perkara yang sia-sia.Kita berpuasa tapi kita masih berburuk sangka dan bersikap prejudis terhadap teman-teman di sekeliling kita.Kita berpuasa tapi adakah mata, telinga, mulut serta hati kita turut sama berpuasa? Inikah bekalan yang ingin kita bawa dan serahkan pada Allah? T.T

Rasulullah bersabda ; " Ramai yang berpuasa tapi tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga." ( HR Nasa'i )

Sahabat-sahabat yang dikasihi fillah,

Mari sama-sama kita merenung dan muhasabah kembali ibadah puasa salah satu rukun islam kita yang satu ini. Adakah puasa kita selama ini benar-benar mencapai hakikat taqwa seperti yang diharap-harapkan?

Jika ramadhan sebelum ini kita telah rugi besar, maka mari sama-sama ambil peluang untuk meraih keuntungan yang tinggi dalam ramadhan kali ini. Masih belum terlambat sahabat-sahabat! Pasakkan niat dalam hati dan sematkan dalam2 bahawa aku akan berusaha yang terbaik untuk ramadhan kali ini. Kita akan tinggalkan perkara-perkara syubhah apatah lagi yang terlarang. Dan kita akan cuba meningkatkan amal-amal kebaikan dan kebajikan setiap masa.

Pastikan kita; Tilawah/Bertadarus Al-Quran. Cuba target paling minimum sebulan khatam 1 al-quran Dari Abdullah ibn Abbas, " Jibril as menemui Rasulullah SAW pada setiap malam Ramadhan untuk bertadarus al-Quran, dan Rasulullah ketika itu lebih cepat daripada angin yang berhembus " ( Hadith riwayat Bukhari )

Perbanyakkan bersedeqah/infaq. Abdullah Ibn Abbas meriwayatkan." Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan Baginda akan lebih dermawan di bulan Ramadhan "(Hadith Riwayat Bukhari. )

Perbanyakkan solat-solat sunat; rawatib, dhuha, tarawih, tahajud Rasulullah bersabda , " Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan ganjaran dari Allah SWT, maka di ampunkan dosanya yang telah lalu " ( Hadith riwayat Bukhari )

Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Praktikal mudah, belanja kawan-kawan/ahli keluarga berbuka puasa n etc. Rasulullah saw bersabda:"Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikit pun pahalanya " ( Hadith riwayat Baihaqi dan Ibn Khuzaimah )

Beritikaf terutama pada 10 terakhir Ramadahan Siti Aisyah berkata : " Adalah Rasulullah mengamalkan iktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehinggalah Baginda wafat "( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )

10KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

Page 15: Kit Al-Qadr 2011

Mengejar malam Lailatulqadar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: " Berusahalah untuk mencari lailatulqadar pada sepuluh malam terakhir pada bulan ramadhan," ( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )

Pada masa itu Rasulullah saw menyuruh umatnya memperbanyakkan bacaan doa yang bermaksud, "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Engkau sukakan kemaafan, maka ampunkanlah dosa-dosaku." ( Hadith riwayatTirmizi )

Bersahur paling kurang pun minum segelas air. Disunatkan melambatkan sahur namun awas jangan terbabas sehingga ke subuh pula :p Rasulullah SAW bersabda: " Makanlah sahur kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan " ( Hadith riwayat Bukhari )

Mempercepatkan berbuka puasa sejurus masuknya waktu maghrib. Perlu diingatkan supaya bersederhanalah dalam berbuka dan jangan pula terlajak sehingga melambatkan solat maghrib

Tidak banyak tidur pada siang hari dan banyak makan pada waktu malam. Sebaliknya bersederhana pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga.

Manfaatkan masa dengan melakukan perkara-perkara yang baik sahaja

Tinggalkan perkara yang terlarang, syubhat mahupun yang sia-sia

Jauhi mengumpat dan berkata dusta

Menjaga mata, telinga, mulut serta hati dari perkara-perkara kefasadan

Zikrullah

Insha Allah kita akan cuba praktikkan amalan-amalan ini dalam setiap ramadhan kita. Semoga kita tak rugi di kala orang lain meraih keuntungan besar setiap kali ramadhan menjelma.Mudah-mudahan amalan ini akan berterusan sepanjang tahun sehinggalah kita bertemu lagi di bulan ramadhan yang akan datang.Sesungguhnya Ramadhan adalah sebuah madrasah tarbiyah untuk diri kita agar bila melangkahnya kita dari bulan Ramadhan kita akan terus laju dan konsisten meneruskan perjalan sebagai hamba yang bertaqwa dalam erti kata yang sebenar. Dan semoga syurga Firdausi menjadi tapak untuk kita bertemu semula di sana nanti, ameen~

Dari Sahal bin Said r.a.katanya :Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya di syurga ada sebuah pintu yang dinamakan pintu kepuasan. Orang-orang yang berpuasa masuk di situ di hari kiamat.Tidak boleh seorang pun masuk selain mereka.Bila dipanggil ;Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka masuk dari pintu itu.Setelah orang yang terakhir masuk kedalamnya, pintu itu dikunci dan tiada siapa pun yang dapat masuk ke situ.” (HR Muslim)

Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya.Allahummabalighnaa ramadhan, yaAllah~

11KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

Page 16: Kit Al-Qadr 2011

Bagaimana dengan wanita yang haidhnya melebihi masa normal haidh?Pertama: Jika tempoh haidh wanita itu dapat ditentukan setiap bulan sebelumnya, misal 6 hari, maka darah yang keluar selebihnya dari waktu tersebut dapat dinyatakan sebagai darah istihadhah, sehingga setelah 6 hari itu tetap wajib berpuasa sebagaimana biasa.

Kedua: Jika tempoh haidh wanita itu tidak dapat ditentukan setiap bulan sebelumnya, atau bahkan belum pernah haidh. Maka darah yang keluar harus dapat dibedakan antara darah haidh dan istihadhah dengan ciri masing-masing.Darah haidh bercirikan pada warna yang agak kehitaman, kental dan baunya menyeruak tajam. Sedangkan darah istihadhah agak kekuningan, lebih cair dan baunya sebagaimana darah biasa.Ketika darah yang keluar itu telah bercirikan darah istihadhah, maka wanita itu telah wajib berpuasa

Ketiga: Jika tempoh haidh wanita itu tidak dapat ditentukan setiap bulan sebelumnya, atau belum pernah haidh, sedangkan darahnya sendiri tidak dapat dibedakan. Maka yang dinyatakan sebagai darah haidh diperkirakan sebanyak hari yang menjadi kebiasaan wanita pada umumnya, yakni 6 atau 7 hari. Sehingga selebihnya dinyatakan sebagai darah istihadhah, yang berarti sesudah masa 6-7 hari itu ia wajib berpuasa.

2. Batalkah puasa seseorang kerana muntah?Pendapat pertama, muntah yang disengaja membatalkan puasa.Sedang muntah yang tanpa sengaja tidak membatlkan puasa. Hal ini disandarkan pada sabda nabi: "Siapa saja terdesak muntah, ia tidak wajib qadha'. Dan siapa saja yang berupaya untuk muntah maka wajib mengqadha'nya.” (HR Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Majah, dari Abu Hurairah).

Pendapat kedua, muntah bagi orang yang puasa, disengaja atau tidak sama sekali tidak membatalkan puasa. Pendapat ini didasarkan pada hadits nabi: "Perkara yang tidak membatalkan puasa; muntah, berbekam dan mimpi keluar sperma. (HR. Tirmidzi dan Baihaqi).Namun hadits ini adalah dhaif dari segi sanad.

3. Manakah lebih baik antara berbuka dan berpuasa bagi orang yang bermusafir pada bulan Ramadan?Pertama :Jika berpuasa dan berbuka kesannya sama kepada musafir dan puasa tidak menjejaskan dirinya, maka berpuasa itu lebih baik. Ini berdasarkan dalil Abu Darda

Kedua :Jika berpuasa menyukarkan perjalanannya, hukum meneruskannya makruh.

Ketiga :Jika berpuasa boleh mendatangkan kemudaratan, haram meneruskannya. Dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan bahawa orang yang meneruskan puasa dalam kepayahan itu sebagai derhaka. - Rujuk: Al-Syarh al-Mumti’ oleh Syeikh Muhammad bin SolehaI-’Uthaimin, jilid: 6, ms: 355.

1.

12KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

FIQH PUASASOALAN KERAP DITANYA TENTANG PUASA

OLEH: AHMAD

Page 17: Kit Al-Qadr 2011

4. Apakah yang patut dilakukan oleh seseorang yang bergerak dan sebuah negara ke negara lain yang berbeza waktu mula dan akhir puasa?Wajib ikut undang-undang negara tersebut.“Berpuasa itu adalah hari di mana orang-orang berpuasa dan berbuka itu adalah hari orang-orang berbuka dan korban pula adalah hari orang-orang (lain) berkorban.” -Diriwayatkan oleh Abu Daud-

5. Adakah batal puasa tertelan air liur selepas bersahur yang masih mengandungi sisa-sisa makanan selepas masuknya azan subuh ?1. Jika sisa-sisa makanan itu amat sedikit, sukar untuk dipisahkan dari air liur dan diludahkan, maka telah disepakati oleh ulamak bahawa ia tidak membatalkan puasa jika tertelannya. Hukumnya sama seperti menelan air liur sendiri yang sukar untuk dielakkan.2. Ada pun jika sisa-sisa makanan itu banyak, boleh dipisahkan dari air liur dan diludahkan, maka jika diluahkan tidaklah membatalkan puasa. Jika ditelan, batallah puasa mengikut jumhur ulamak. Menurut mazhab Abu Hanifah; batal puasa jika kadarnya melebihi sebiji kacang. Jika kurang darinya, menelannya tidaklah mem-batalkan puasa, namun makruh.

13KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

Page 18: Kit Al-Qadr 2011

ulan Ramadhan sering diibaratkan sebagai universiti atau madrasah kerana ini adalah waktu yang paling kondusif untuk kita mengislah diri kita. Sepanjang bulan ini pintu syurga dibuka seluas-luasnya, pintu neraka ditutup, dosa-dosa diampunkan, pahala amalan dilipat gandakan, doa-doa dimakbulkan dan juga syaitan-syaitan dibelenggu. Ramai orang menjadi ringan badan untuk beramal dan untuk bergerak ke arah kebaikkan. Alhamdulillah, masjid-masjid semakin penuh, terutamanya di hari-hari sepuluh terakhir, di mana baginda Rasullullah SAW sendiri sibuk dengan beriktikaf dan memenuhi malam dengan solat dan amalan lain. Kebaikan dan keberkatan melingkari masyarakat, dan perkara-perkara mungkar semakin menurun walaupun masih berlaku.

Proses Tarbiyah tidak pernah berganjak dari jiwa-jiwa yang dahagakan perubahan ke arah mencari keredhaan Allah. Di sini kita diberi peluang seumur hidup untuk memilih jalan yang sememangnya penuh dengan onak dan duri kehidupan. Ramadhan yang dirindui kini berkunjung kembali, jiwa yang lemah kini perlu digilap agar tidak terus malap.

Puasa di bulan Ramadhan amat berkait rapat dengan proses tarbiyah jiwa mukmin. Melalui puasa, pelbagai perkara disekeliling menjadi aspek penting mempengaruhi iman seseorang individu. Begitu banyak hadis Rasulullah SAW yang mengaitkan puasa dengan tarbiyyah terutama di bulan Ramadhan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah saw bersabda: “Puasa adalah perisai (memelihara daripada akhlak yang buruk). Apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah dia mengeluarkan kata-kata yang tidak elok (mencarut) atau kesat. Jika ada orang memakinya atau mahu membunuhnya, maka katakanlah kepadanya: Sesungguhnya aku berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa”

Kesemua anggota kita dikawal sepenuhnya semasa berpuasa. Lidah perlu dijaga, hati juga perlu dijaga. Rasulullah sendiri mengulang “Sesungguhnya aku berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa” sebanyak 2 kali untuk menyatakan betapa pentingnya menahan diri ketika berpuasa.Seperkara lagi yang amat dititik beratkan adalah nafsu yang bersemadi di dalam jiwa yang tidak dapat dilihat tapi mempengaruhi tindak tanduk individu. Tidakkan kita lupa keegoan nafsu ini ketika bersua muka dengan Allah seraya berkata “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.” Ramadhanlah masanya untuk menundukkan nafsu. Jika kita sepanjang tahun menundukkan diri terhadapnya, telah tiba masanya nafsu dididik agar tunduk kepada kita.

Sedikit persoalan buat semua, apakah yang akan kita lakukan ketika berada dihadapan cermin? Rambut yang kusut akan disikat, tudung yang senget akan dibetulkan. Serba serbi tak kena, semuanya akan diperelok sehingga sedap mata memandang. Sebahagian kita sanggup menghabiskan berjam-jam dihadapan cermin hanya untuk dilihat cantik oleh masyarakat sekeliling. Andai cermin ini bulan ramdhan, sanggupkah kita meng-habiskan masa sehabis baik memperbaiki diri walau berjam-berjam lamanya hanya untuk dilihat cantik dihada-pan Allah SWT? Bulan ramadhan datang dan pergi, peluang datang hanya sekali, itu pun kalau sempat untuk dinikmati.

B

14KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

RAMADHAN&TARBIYAH

OLEH: HILMIMOTIVASI

Page 19: Kit Al-Qadr 2011

Bulan Ramadhan kedatangannya amat ditunggu-tunggu dan pemergiannya akan ditangisi. Ditunggu oleh mukmin yang ingin mengejar segala ganjaran dan keistimewaannya dan ditangisi kerana takut tidak dapat menempuhinya pada tahun akan datang. Ramadhan dipermulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan dipenghujungnya adalah pembebasan daripada api neraka merupakan kurniaan Allah SWT kepada hambaNya untuk direbut. Ramadhan juga sebenarnya masa yang amat sesuai untuk mendidik jiwa seorang hamba dan seterusnya melahirkan sifat ketakwaan yang tinggi sehingga memperolehi syurga yang amat dirindui. Rebutlah peluang keemasan ini.

CERMIN DIRI RAMADHAN BERKUALITIMarilah bersama-sama menggarap kelebihan-kelebihan ini.“Tahniah, raya ini kamu semua dapat bonus khas dari Pengarah Syarikat sebanyak RM1000.” Habuan yang begitu lumayan pastinya menyenangkan hati semua manusia di saat-saat memer-lukan terutama apabila syawal menjelang tiba.

Sabda Rasulullah s.a.w :“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggal-kan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedang-kan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”

Berfikir sejenak kelebihan yang diberikan manusia mampu menggembirakan kita bukan kepalang inikan pula pemberian Allah yang dihakiminya sendiri. Jika kita gembira dengan pemberian manusia, pemberian Allah jauh lebih menggembirakan. Memang kita adalah menusia yang paling rugi jika kelebihan-kelebihan ini tidak diendahkan sepanjang bulan ramadhan. Begitu banyak ayat Al-Quran dan hadis yang menceritakan mengenai kelebihan bulan ramadhan tetapi yang paling utama adalah dengan dipersembahkan dalam bentuk amali.

15KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

Page 20: Kit Al-Qadr 2011

amadhan kini tiba lagi”, “Ahlan ya Ramadhan”…Begitulah seruan-seruan yang biasa kita dengar apabila Ramadhan menghampiri. Seruan yang bertujuan membugarkan kembali jiwa yang lesu untuk terus bangkit dan menyiapkan dirinya ke sebuah madrasah pembentukan jiwa dan peribadi. Namun bagi yang gersang jiwanya, mereka akan terus mebiarkan Ramadhan kali ini pergi, sedang tidak mengetahui adakah sempat bertemu Ramadhan akan datang.

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183) Madrasah Ramadhan dibentuk oleh Allah dengan begitu indah sekali. Bermatlamat supaya umat Islam yang mendapat ‘ijazahnya’ mampu ‘bekerja’ untuk tempoh 11 bulan seterusnya sebelum bertemu kembali dengan Ramadhan Al-Mubarak. Dan ‘ijazah’ itulah taqwa yang akan memandu kehidupan seorang muslim agar sentiasa lurus, lalu meluruskan umat yang dia hidup bersamanya.

Ramadhan hadir bagi memastikan seorang muslim itu terus produktif untuk bulan-bulan mendatang, yang sebenarnya lebih mencabar berbanding Ramadhan itu sendiri. Tolakan dan desakan untuk menggoda nafsu lebih hebat, dan menyerang dari pelbagai sudut. Bukankah syaitan juga sudah dilepaskan dari belenggu pada ketika itu?

Taqwa dari madrasah Ramadhan hanya akan berjaya digenggam jika kita tekun dan sabar melalui ujian-ujiannya, dan berusaha mengutip segala hikmah disebalik syariat ini. Seperti perasaan seorang mahasiswa yang baru tamat pengajian dan berkobar-kobar untuk

berkhidmat pada diri dan umatnya, begitu jugalah sepatutnya kekuatan jiwa yang perlu kita miliki kelak bila Ramadhan malabuhkan tirainya.

Kekuatan jiwa hasil tarbiyyah madrasah ini jugalah yang menolak para sahabat Rasulullah s.a.w untuk terus keluar beramal dan berjihad di jalan Allah, meninggalkan segala kenikmatan dunia di belakangnya. Titik tolaknya adalah taqwa di dalam hati yang melahirkan ketinggian tekad dan azam. Begitu jua amal yang perlu kita laksanakan, apatah lagi kita hidup di zaman fitnah ini. Sayyid Qutb mengungkapkan gambaran ini di dalam ‘Zilal’nya, “Apabila terjadi kerosakan pada suatu generasi manusia, maka untuk memperbaikinya bukan dengan memperketat hukum terhadap mereka melainkan dengan jalan memperbaiki pendidikan dan hati mereka serta menghidupkan rasa taqwa di dalam hati mereka”.

“R

16KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

RAMADHAN&PRODUKTIVITI

OLEH: SYAMILMOTIVASI

Page 21: Kit Al-Qadr 2011

Perkara ini diakui juga oleh sarjana barat di mana mereka melihat peningkatan produktiviti para pekerja apabila memiliki kekuatan jiwa. Steven Covey menyatakan dalam buku beliau ‘Principle-Centered Leadership’ bahawa menurut kajiannya, sesebuah syarikat itu akan lebih produktif jika ia memiliki para pekerja yang berjiwa besar dan bijak mengurus masalah, yang beliau istilahkan sebagai ‘the primary greatness’.

Justeru, Rasulullah s.a.w terus mengingatkan kita agar melalui Ramadhan ini dengan penuh ketekunan. Moga ganjaran buat kita bukanlah sekadar lapar & dahaga, bahkan ganjaran yang lebih dari 1000 bulan.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tiada baginya melainkan lapar, dan boleh jadi orang yang bangun malam itu tiada banginya melainkan berjaga malam”. (Riwayat Ibnu Majah, Sahih di sisi Al-Bani)

“Ramadhan Madrasah Perubahan”

Wallahu a’lam

17KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

Page 22: Kit Al-Qadr 2011

enjelang Ramadhan, alangkah baiknya jika kita mempersiapkan diri menyambut bulan yang diberkati ini. Kebanyakan manusia mengambil kesempatan di dalam bulan Ramadhan untuk menumpukan kesungguhan dalam berpuasa, mendirikan solat, pergi ke masjid untuk solat Terawih, melaksanakan solat Tahajud, dan membaca Al-Quran.

Walaubagaimanapun, kita sebagai kaum wanita sedia maklum bahawa terdapat tempoh masa tertentu di mana kita tidak boleh melakukan ibadah puasa dan solat.Disebabkan perkara ini, kita cenderung untuk merasa jauh daripada Allah dan iman kita cenderung untuk berkurangan.

Janganlah kita runsing merenungi amalan-amalan ibadah yang kita terhalang daripada melakukannya, bahkan kita perlu mencari alternatif-alternatif lain untuk mengekalkan prestasi iman kita dan merebut ganjaran daripada Allah.

Redha dengan ketentuan IlahiTindakan yang paling utama bagi kita adalah merasa berpuas hati atau redha dengan apa yang telah Allah subhanahuwata'ala tetapkan untuk kita sebagai kaum wanita. Ini bermakna tidak membenci haidh yang dialami dan tidak membenci keadaan terhalangnya kita daripada berpuasa.Selain itu, mengadu atau merungut menge-nai tempoh tersebut juga menandakan bahawa kita tidak berpuas hati dengan qadha' dan qadar Allah.Ia juga memberi gambaran bahawa kita berpandangan Allah tidak bersikap adil terhadap kita dan tidak memberikan peluang untuk kita meraih pahala dan kebaikan yang layak kita perolehi dan yang sebanyak kita idam-idamkan. Persepsi ini tidak masuk akal sama sekali! Allah tidak sekali-kali sengaja mengakibatkan kita kehilangan pahala dan Allah tidak pernah bersikap tidak adil terhadap hamba-hamba-Nya.

Mengingati sifat Ar-Rahman yang dimiliki AllahSaat kita merasa lemah semangat kerana tidak dapat mengoptimakan Ramadhan, ingatlah Abdullah bin Amr melaporkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w berkata: "Tiada seorang pun (yang beriman) mendapat sakit, tetapi (amalannya) akan dicatatkan untuknya sesuai dengan apa yang dia kerjakan apabila dia sihat" [Bukhari]. Saya tidak mengatakan bahawa ini adalah apa yang berlaku apabila kitahaid, kerana saya tidak tahu adakah hakikatnya sebegitu. Namun, saya percaya dan yakin bahawaTuhan kita, yang telah menggariskan satu kaedah mencatat amalan yang sangat lembut dan belas ihsan bagi orang sakit, pastinya tidak akan mensia-siakan kaum wanita dan pastinya menyediakan kaedah mencatat amalan yang setara dari segi kelembutan dan belas ihsanNya bagikita.

Kesakitan adalah RahmatTidak dapat dinafikan lagi kita semua telah mendengar bahawa apabila seseorang itusakit, dosa-dosa beliau sedang dibersihkan. Oleh itu, sementara kita terhalang daripada melaksanakan solat, apalah salahnya kita menahan kekejangan yang menyakitkan itu dengan kesabaran yang boleh menaikkan darjat kita di hadapan Allah s.w.t. Boleh jadi, ganjarannyal ebih hebat daripada solat beberapa rakaat sahaja, bahkan boleh membersi-hkan kuantiti dosa yang lebih besar.

Daripada Abu Sa`id dan Abu Hurairah; dilaporkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w berkata:" Tidak sekali-kali orang yang beriman ditimpa ketidak selesaan, penyakit, kebimbangan, kesedihan, kebimbangan mental, hatta walaupun tusukanduri; melainkan Allah akan menebus dosa-dosanya oleh kerana kesabarannya." [Bukhari dan Muslim]

M

18KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

MOTIVASIOLEH: NADHIRAH SAHRI

MUSLIMAH&RAMADHAN

Page 23: Kit Al-Qadr 2011

Rehat daripada Berpuasa bukanlah Rehat daripada RamadhanSedarlah, hanya kerana kita tidak solat dan tidak berpuasa, bukanlah bermakna kita boleh meninggalkan segala kebaikan yang sedang dijalankan.Teruskan melaksanakan usaha-usaha dalam menjadi muslimah yang lebih baik dengan menjauhi perbuatan menonton TV atau mendengar lagu.Sekiranya anda sedang gigih mengurang-kan gosip, teruskan usaha anda! Ayuh tetap istiqamah menahan diri daripada perkara mazmumah, sama sahaja seperti kita menahan diri semasa berpuasa! Menggantikan Sebahagian Amalan dengan Amalan Lain1. Daripada pergi ke masjid untuk solatTerawih, kita masih tetap boleh pergi ke masjid untuk mendengar bacaan Imam.2. Babysit untuk seorang kakak yang mempunyai anak-anak supaya dia boleh pergi ke masjid.3. Menawarkan khidmat untuk babysit di kawasan kanak-kanak di masjid.4. Membuat senarai doa supaya kita tidak mengulangi beberapa doa yang sama berulang-ulang kali.5. Menghulurkan bantuan di dalam kerja-kerja rumah sebanyak yang kita boleh dengan menawarkan diri untuk memasak, mengemas, atau hanya menguruskan perkara-perkara yang akan memudahkan orang lain yang mungkin terlalu letih berpuasa, supaya kita boleh merebut pahala kebaikan.6. Hidangkan makanan dan air, sementara orang sedang makan.7. Mendengar Al-Quran pada iPod atau komputer riba anda semasa anda membuat kerja harian.8. Memberi makan kepada orang yang berpuasa, yang akanmemberikan anda ganjaran yang sama jumlah demgan ganjaran-Nya. Jangan Lupa untuk MakanKita cenderung untuk tidak makan sepanjang hari walaupun kita tidak berpuasa. Terda-pat ganjaran dalam makan, kerana Allah telah menetapkan kita untuk tidak berpuasa pada masa ini. Walaubagaimanapun, jika Allah telah memberikan kita kesenangan, kita harus menerima dan bersyukur kepada-Nya. Apabila kita berpuasa, kita mengadu kelaparan, namun apabila kita tidak berpuasa, kita tidak mahu makan pula.Subhanallah! Tetapi ingat, cuba untuk tidak makan di hadapan orang-orang yang berpuasa bagi memelihara etika yang baik.

Kekal dalam Tabiat SolatUntuk kekal dalam tabiat mendirikan solat, seharusnya apabila kita mendengar azan, kita terus pergi mengam-bil wuduk. Sementara kawan-kawan lain sedang mendirikan solat, peruntukkan masa untuk memperbanyak-kan zikir, istighfar atau doa. Dengan cara ini, kita kekal menyusun hidup mengikut waktu-waktu solat dan kita tidak perlu bersusah payah berjuang dengan nafsu saat tiba waktu untuk kita solat seperti sediakala.

Sematlah dalam fikiran bahawa terdapat banyak amal kebaikan yang boleh dilakukan walaupun kita tidak dibolehkan solat dan berpuasa.Apa yang kita perlu lakukan hanyalah berusaha untuk sentiasa berhubungan dengan Allah s.w.t dan insya Allah, Dia pasti membantu kita. Kita hanya perlu memulakan langkah pertama-dengan niat kita. -diterjemah daripada http://www.igotitcovered.org/2011/07/06/no-breaks-from-ramadan/

19KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

Page 24: Kit Al-Qadr 2011

ecara umumnya..melaksanakan tuntutan akademik, itulah ibadah. Solat, membaca alquran, berzikir - juga dihitung ibadah.Kita dituntut untuk memahami dan menghalakan seluruh aktiviti dalam hidup sebagai ibadah (meniatkan setiap amalan demi Allah).

Dalam artikel motivasi Ramadan kali ini, isu yang ingin ditampilkan bukanlah untuk mendalami apakah nilai ibadah dalam setiap aktiviti, walaupun itu adalah topik usul yang harus ditelaah oleh setiap individu yang mengu-cap syahadah.Akan tetapi, artikel ini ingin membawa kita secara praktikal - bagaimana mengurus aktiviti belajar dan aktiviti ritual ibadah di dalam bulanRamadhan.

Bulan yang diturunkan padanya Alquran, dimuliakan dengan berganda-ganda ganjaran bagi setiap amalan, dan dikhususkan padanya segala tumpuan ibadah ;pasti orang yang berakal sahaja tidak akan melepaskan peluang mengejar amal pada setiap saatnya. Tapi realiti jurusan akademik yang telah dirangka pihak Barat hari ini untuk kita, mungkin menekan akalfikiran kita supaya mampu berfikir di luar kotak - bagaimana untuk menyeimbangkan amal untuk dunia dan amal untuk akhirat.

Ini bukanlah suatu yang mustahil, jika kita bijak merancang hari-hari Ramadhan kita.Tapi bagaimana?

Jika anda adalah...1- mahasiswa/mahasiswi Jordan2- ingin menjadi pelajar cemerlang akademik3- bercita-cita untuk mengkhatamkan bacaan quran sekali sepanjang bulan Ramadhan4- berazam melaksanakan qiamullail pada setiap malam Ramadhan5- mahu konsisten dengan amalan nawafil (amalan sunat)maka anda adalah calon paling terdekat untuk beramal dengan pelan jadual ini :

3am : qiamullail , sahur solat subuh , ma'thurat 6am : tilawah 10 muka surat 7am : pre-reading material sebelum kuliah 7.30 : bersiap ke kuliah 8am-4.30pm : kuliah di universiti Cari sela masa untuk qailulah* Pulang ke rumah Cari orang yang memerlukan sedekah 5pm : ma'thurat , ambil masa untuk berehat sebentar 6pm : bersiap untuk hidangan berbuka 7.30pm :berbuka , solat maghrib 8pm : bersiap untuk solat isya dan terawih 10pm : ulangkaji pelajaran kuliah siang tadi 11pm : bacaan almulk , tidur

S

20KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

MOTIVASIOLEH: NABILAH YAAKOB

MENGURUSAKADEMIKIBADAH

SEMASA RAMADHAN&

Page 25: Kit Al-Qadr 2011

Nasihat saya;

1. Keep on track dan jangan bertangguh-tangguh membaca - sama ada alquran atau material kuliah.

Sekali anda tertunda, anda akan terbeban dengan bilangan mukasurat yang terkumpul ;akhirnya? Target bacaan quran anda untuk Ramadhan tahun ini tak mampu dicapai ,dan anda terpaksa melepaskan ganjaran tilawah hanya kerana bimbangkan keputusan peperiksaan yang bagaikan telur di hujung tanduk!

Pasti bukan ini yang anda mahukan..

2. Andai anda seorang yang peka, cadangan jadual di atas cuma menyediakan masa tilawah cukup untuk 10 muka surat sahaja. Di mana dan bilakah masa untuk menamatkan 10 mukasurat berbaki?

Sempurnakan 10 lagi mukasurat berbaki pada masa senggang di dalam bas, sementara menunggu lecturer masuk, pada waktu gap antara kelas.

Kurangkan aktiviti biasa di luar bulan Ramadhan seperti bersembang, tidur, mengumpat, memerhati orang bukan mahram dan sebagainya..pasti anda akan menjumpai masa dan tempat yang cukup untuk melangsaikan semua bacaan hari tersebut.

Satu bonus untuk anda- kalau anda mampu membaca lebih sedikit dari 1 juz / 1 topik material akademik! Tinda-kan ini lebih bijak ;sebagai langkah keselamatan jika ada hari kemudian yang anda rasa futur / hilang semangat / tiba hari peperiksaan.

3. Aktiviti di dalam pelan jadual ini nampak sangat memenatkan..andai kita tak biasa melaksanakannya. Apa kata, kita mula berlatih aktiviti ini bermula Sya'ban lagi?

Ibarat dua orang yang bertanding di garisan permulaan ;seorang sudah menderum enjinnya dan seorang lagi masih belum masukkan kunci kereta ke lubangnya. Jika petanda 'Go' sudah menyala, anda rasa..siapa akan lebih cepat memecut? Pastilah yang sudah menderum enjinnya..bukan?Ramadhan adalah medium memacu amal, bukan lagi tempat untuk anda baru panaskan enjin..

21KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

Page 26: Kit Al-Qadr 2011

4. Setiap satu hari yang anda berjaya konsisten dengan jadual ini, maka ia adalah batu loncatan kepada kejayaan yang lebih besar.Nak berjaya itu tak susah - anda cuma perlu istiqamah buat perkara yang betul dengan cara yang betul. Anda perlu teliti dengan setiap satu kejayaan atau kegagalan anda melaksanakan setiap amalan pada hari tersebut.Ini boleh diintrospeksi dengan mengadakan sesi muhasabah pada penghujung setiap hari.

5. Meletakkan objektif yang tinggi dan mampu dicapai adalah motivasi terbaik untuk anda lebih berusaha.Kalau matlamat anda untuk Ramadhan ini sedikit dan rendah, maka sebagaimana itulah usaha anda.Anda yang menentukanRamadhan ini-adakah ia kan menjadi Ramadhan yang dikesali ataukah Ramadhan yang dirasakan paling bermakna.

Sudah berapa kali Ramadhan kita lalui..dan kita sia-siakan peluang untuk melipat gandakan amal? Mungkin sudah banyak..tapi kita berazam untuk tidak mengulanginya tahun ini.***Niat jangan ditinggal dalam hati, gerakkan amal dan pacu kesungguhan.Mungkin inilah Ramadhan terakhir kita!

*qailulah :tidur sebentar di siang hari, recharge tenaga untuk waktu petang & qiam di tengah malam. Ia adalah sunnah Nabi s.a.w yang tak pernah Baginda tinggalkan.

22KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

Page 27: Kit Al-Qadr 2011

lhamdulillah, Allah masih memberi kita peluang untuk menjadi tetamu ramadhan. Harapnya setiap hari kita berusaha untuk menambah amal dan berlumba-lumba mengejar pahala berganda di bulan mulia ini. Memahami kesibukan semua dalam mengumpul sebanyak mungkin harta yang ingin dibawa berjumpa Allah swt kelak, disini disisipkan satu resipi mudah untuk menjadi juadah berbuka. InsyaAllah tidak memakan masa yang lama, penyediaan yang ringan dan sedap untuk dimakan. =)Ayam Black Pepper RamadhanBahan-bahannya(untuk 2 orang makan):

6 ketul ayam sederhana besar1/2 biji bawang besar2 ulas bawang putih1 inci halia

2 sudu kicap2 sudu sos tiram1 sudu lada hitam

2-3 batang cili kering

2 sudu gulaGaram secukup rasa

Cara-cara: 1. Perap ayam bersama kicap,sos tiram dan lada hitam selama lebih kurang 30 minit2. Tumiskan bawang dan halia yang dihiris nipis sehingga naik bau dengan minyak yang sekadarnya. Masukkan ayam yang telah diperap dan goring sehingga masak. Masukkan cili kering yang dipotong dua.3. Tambahkan gula dan garam mengikut rasa.Kacau sehingga likat.

p/s: kalau suka lebih pedas, boleh tambahkan lada hitam.=)

Selamat mencuba!..^_^

A

23KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

DAPUR RAMADHANOLEH: MUSFIRAH ISHKANDAR

AYAMBLACKPEPPER

Page 28: Kit Al-Qadr 2011

ekali sekala mencuba resipi tradisonal, apa salahnya kan? Untuk resipi sampingan, mari kita sama-sama mencuba kuih yang agak popular di kalangan masyarakat melayu, kuih ketayap. Nak tahu kenapa namanya ketayap? Kerana struktur kulitnya yang seolah-olah seperti ketayap yang dianyam. Ketayap pula dipakai oleh para lelaki samada ke masjid, atau untuk menunjukkan kewarakan/kealiman seseorang. Harapnya bila memikirkan ini, sama-samalah kita fikirkan juga adakah kita sudah cukup alim/wara’ di mata Allah swt. Semoga tidak tersasar. Selamat beramal!

Bahan-bahan untuk kulit(anggaran 10-15 keping):

1 1/4 cawan tepung1 biji telur2 sudu gula1 sudu teh esen vanilla1/2 cawan susu3/4 cawan air1 sudu teh pewarna hijau

-gaul sebati semua bahan dan tapiskan untuk dapat campuran yang cantik.

bahan-bahan inti:

1 1/2 cawan kelapa parut(saya guna kelapa kering,rendam dalam air dan toskan)1/2 cawan gula perang1/2 cawan gula halus/castor sugar1/2 cawan air

-masak gula dan air sampai gula larut-masukkan kelapa dan gaul lagi sehingga kering dan sebati-kalau nak tambah wangi,boleh letak daun pandan

Selamat mencuba!..=)

S

24KIT AL-QADR 2011 ISMA JORDAN

DAPUR RAMADHAN

KUIHKETAYAPOLEH: MUSFIRAH ISHKANDAR

inti kuih ketayap

Page 29: Kit Al-Qadr 2011
Page 30: Kit Al-Qadr 2011