kisyor one

28
ANALISIS SOSIOLOGI TERHADAP ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN A). Isu Interaksi Etnik Di Sekolah Yang Mempunyai Kaitan Dengan Perpaduan Isu interaksi sosial adalah suatu perkara yang biasa berlaku disekolah, Cuma perbezaan sama ada isu tersebut kecil ataupun besar. Interaksi sosial berlaku dalam kalangan murid pelbagai etnik iaitu Melayu, Cina dan India dari Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di Sekolah Menengah Kebangsaan yang mempunyai persekitaran multi-etnik. Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan antara aspek yang penting dalam membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh beberapa kaum dan etnik yang bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang perpisahan . Bagi kajian ini fokusnya adalah isu interaksi sosial yang berlaku di sekolah menengah secara keseluruhan diantara pelajar berbilang etnik. Persoalan yang perlu dijawab adalah sejauh mana isu interaksi sosial berbilang etnik ini mempengaruhi perpaduan antara pelajar disesebuah sekolah. Perkara yang diketengahkan ialah adakah interaksi sosial ini meningkatkan perpaduan kaum di sekolah atau menjejaskan perpaduan dikalangan pelajar. Selain itu

Upload: vignes-viki

Post on 10-Nov-2015

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sociologist

TRANSCRIPT

ANALISIS SOSIOLOGI TERHADAP ISU-ISU DALAM PENDIDIKANA). Isu Interaksi Etnik Di Sekolah Yang Mempunyai Kaitan Dengan Perpaduan

Isu interaksi sosial adalah suatu perkara yang biasa berlaku disekolah, Cuma perbezaan sama ada isu tersebut kecil ataupun besar. Interaksi sosial berlaku dalam kalangan murid pelbagai etnik iaitu Melayu, Cina dan India dari Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di Sekolah Menengah Kebangsaan yang mempunyai persekitaran multi-etnik. Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan antara aspek yang penting dalam membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh beberapa kaum dan etnik yang bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang perpisahan .Bagi kajian ini fokusnya adalah isu interaksi sosial yang berlaku di sekolah menengah secara keseluruhan diantara pelajar berbilang etnik. Persoalan yang perlu dijawab adalah sejauh mana isu interaksi sosial berbilang etnik ini mempengaruhi perpaduan antara pelajar disesebuah sekolah. Perkara yang diketengahkan ialah adakah interaksi sosial ini meningkatkan perpaduan kaum di sekolah atau menjejaskan perpaduan dikalangan pelajar. Selain itu meneliti apakah langkah yang telah diambil oleh pihak sekolah untuk mengukuhkan interaksi sosial pelajar berbilang etnik disesebuah sekolah itu serta keberkesanan langkah atau program yang telah dijalankan. Disamping itu mengkaji apakah saranan, peranan serta cadangan yang telah diambil di peringkat kementerian untuk mengatasi masalah interaksi sosial pelajar berbilang etnik di sekolah selain bagaimana cara yang dipraktikkan untuk mengekalkan perpaduan serta interaksi sosial dalam kalangan pelajar sekolah menengah terutamanya. Perpaduan secara amnya dijelaskan sebagai satu proses menyatupadukan seluruh rakyat disesuatu tempat, dalam hal ini ia secara langsung dirujuk kepada perpaduan pelajar. Perpaduan juga dilabelkan sebagai membentuk satu identiti , nilai dan perasaan serta membentuk hubungan yang erat dan bertoleransi diantara pelajar yang berbeza etnik secara jujur dan ikhlas. Antara isu isu interaksi antara etnik yang sering wujud disekolah ialah: a) Kurangnya nilai jati diri iaitu tiada pegangan cinta pada Negara dan semangat kebangsaan (patriotik). Hal ini wujud adalah kerana kurangnya didikan pembentukan jati diri yang bersemangat perpaduan di Negara yang berbilang kaum sejak kecil lagi. Oleh itu para pelajar terikut dengan cara tidak mengendahkan perpaduan atau tidak mengetahui kepentingan mengeratkan perpaduan dan interaksi sosial. Oleh yang demikian menjejaskan perpaduan pelajar disekolah. Semangat perpaduan boleh diterapkan kepada pelajar bermula dalam lingkungan usia muda di samping menanam sikap dan nilai yang dapat melahirkan kesedaran nasional, semangat cinta dan bangga kepada negara dan perpaduan antara kaum.

b) Kurangnya pendidikan dan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah juga merupakan penyumbang kepada terjejasnya nilai perpaduan dalam kalangan pelajar. Aktiviti kokurikulum adalah platform yang sangat baik untuk memupuk nilai perpaduan disekolah namun kegagalan tersebut mencetuskan kelonggaran dalam perpaduan di kalangan pelajar kerana interaksi mereka terhad. aktiviti kokurikulum juga menerapkan sikap dan nilai-nilai yang mendukung pencapaian perpaduan negara. Sikap dan nilai-nilai ini termasuk juga sikap kesejahteraan, bertolak ansur dan saling menghormati antara kaum dan agama, taat setia dan cinta kepada negara.

c) Perlembagaan dan Rukun Negara menjamin bahawa rakyat Malaysia bebas menganut dan mengamalkan agama dan kepercayaan masing- masing bertujuan untuk memelihara suasana harmoni antara rakyat berbilang kaum. Walaupun agama Islam sebagai agama persekutuan namun agama-agama lain dilindungi oleh perlembagaan. Pengembangan sesuatu agama dalam kalangan penganut agama lain tertakluk kepada peruntukan dalam perlembagaan dan undang-undang. Justeru, sebarang aktiviti keagamaan perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menyentuh sensitiviti penganut agama lain. penekanan dalam aspek agama dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar kerana boleh mewujudkan rasa hormat menghormati nilai dan kepercayaan agama lain.

d) Sekolah juga perlu menekankan pembentukan Kebudayaan Kebangsaan tidak bermakna mengabaikan kebudayaan sukuan. Kebudayaan sukuan yang tidak menjadi sebahagian daripada Kebudayaan Kebangsaan seperti ciri-ciri tertentu dalam kebudayaan Melayu, Iban, Kadazan Dusun, Cina, India termasuk kebudayaan Barat bebas diamalkan selagi tidak menjejaskan nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan. Bagaimanapun nilai-nilai masyarakat yang bersifat positif merupakan aspek penting dalam Kebudayaan Kebangsaan kerana nilai- nilai tersebut adalah nilai-nilai sejagat dan menjadi kepunyaan bersama pelbagai kaum dan keturunan di Malaysia.dengan ini secara langsung dapat memuafaatkan para pelajar selain menyatu padukan perhubungan dan pergaulan antara pelajar dan dapat melihat perpaduan yang utuh diantara pelajar yang berbilang etnik disekolah menengah.

e) Sukan merupakan bidang yang ideal bagi membentuk perpaduan dan integrasi dalam kalangan pelajar berbilang kaum, khususnya bagi acara sukan yang popular. Sukan mewujudkan peluang dan persekitaran bagi pergaulan dan interaksi sosial dan melahirkan suasana yang sangat sesuai bagi memupuk semangat persaudaraan dan solidariti tanpa mengira etnik dan keturunan. Melalui sukan juga dapat membantu menaikkan semangat patriotisme dan mencairkan perasaan etnosentrisme, prejudis dan prasangka buruk dalam kalangan pelajar. Nilai kerjasama yang tinggi boleh dipupuk sementara itu interaksi antara pelajar lebih erat maka satu hubungan persaudaraan boleh wujud walaupun berlainan etnik.

f) Sistem pendidikan negara pelbagai aliran menyebabkan tidak ada acuan khusus yang boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu. Hal ini menyebabkan ibu bapa lebih cenderung memilih aliran mengikut etnik masing-masing. Usaha memupuk perpaduan harus bermula sejak awal lagi, iaitu sewaktu anak-anak berada di peringkat prasekolah dan sekolah rendah, mengikuti acuan kurikulum yang sama. Dengan itu, sekolah kebangsaan perlu diperkasakan bagi menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik supaya mereka dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta berakomodatif yang tinggi sejak kecil lagi. Apabila pelajar itu melangkah kesekolah menengah maka perpaduan yang wujud sejak sekolah rendah lagi akan diterapkan disekolah menengah. Agak terlambat atau boleh dikatakan sedikit sukar jika hanya paa sekolah menengah mahu menanam dan mewujudkan perpaduan pelajar pelbagai etnik. Dengan ini ia menjejaskan perpaduan antara pelajar disekolah menengah kerana sudah membiasakan diri bergaul dengan golongan etnik yang sama. Langkah-langkah untuk memperkasakan sekolah kebangsaan perlu diletakkan di landasan yang lebih kukuh ke arah menyatupadukan rakyat berbilang etnik tanpa mengetepikan sekolah rendah jenis kebangsaan yang telah dipersetujui oleh semua golongan etnik di bawah kontrak sosial. Setiap ibu bapa diberi kebebasan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil tanpa halangan. Sekolah kebangsaan merupakan institusi pendidikan utama bagi anak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri nasional. Sekolah Kebangsaan bukan sahaja berkemampuan mendidik pelajar pelbagai etnik, tetapi juga membantu menanam nilai- nilai perpaduan dalam kalangan pelajar Malaysia.

g) Pada masa ini, masyarakat bukan Melayu seperti Cina dan India termasuk juga etnik bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menerima budaya etnik Melayu dari segi pakaian dan makanan. Contohnya, orang bukan Melayu seperti Cina, India, dan Kadazan Dusun telah memakai baju kurung dan baju Melayu. Malah, trend berpakaian dan menikmati juadah makanan Melayu sudah menjadi lumrah bagi etnik bukan Melayu. Bagi orang Melayu pula, mereka mula menerima masakan Cina dan India serta pemberian duit raya telah menggunakan sampul atau angpau yang terkenal dalam golongan orang Cina. Jadi disekolah perlu mempelbagaikan menu makanan supaya dapat mewujudkan perpaduan. Sekolah perlu mengadakan program kebudayaan dan memilih tema seperti pakaian tradisional atau sebagainya. Kegagalan memperkenalkan keunikkan dan kesenian etnik lain kepada pelajar menyebabkan mereka tidak dapat menghayati seterusnya pengetahuan tentang etnik lain terbatas dan secara langsung menyebabkan perpaduan antara pelajar rendah. Menurut Durkheim jenis jenis perpaduan masyarakat seiring dengan jenis rakyat.

B. Aktiviti Aktiviti yang Dijalankan Di Sekolah Satu pemerhatian telah dijalankan disebuah sekolah ( Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar, Perak). Jumlah pelajar daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 disekolah tersebut ialah seramai 1272 pelajar. Daripada jumlah tersebut sebanyak 63 pelajar adalah kaum India, 27 orang kaum Cina dan Lain lain seramai 9 orang. Saya memilih sekolah ini untuk meninjau sejauh mana program dan aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah tersebut boleh membantu pelajar dalam meningkatkan perpaduan serta interaksi diantara pelajar yang berbilang kaum. Melalui pemerhatian dan penyelidikan ringkas mendapati sekolah tersebut melakukan beberapa aktiviti yang mendorong kepada pengukuhan perpaduan kerjasama dan intersaksi antara pelajar yang menjurus kepada konsep 1 Malaysia dan mendukung Rukun Negara dan Wawasan Negara. Antara aktiviti yang dijalankan disekolah tersebut ialah :a) Aktiviti kokurikulum dimana melibatkan semua pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Dalam aktiviti kokurikulum ini terdapat persatuan, permainan dan badan beruniform. Salah satu persatuan yang aktif ialah Persatuan Kebudayaan dimana pelajar diajar dan didedahkan dengan elemen elemen kebudayaan mengikut etnik utama di Malaysia. Aktiviti utama kelab ini ialah citra warna, dimana pelajar dilatih untuk membuat tarian 1Malaysia iaitu mengabungkan tarian tarian Melayu, India, Cina, Punjabi dan lain-lain. melalui pemerhatian saya didapatio kelab ini mendapat perhatian daripada pelajar dan mereka saling berinteraksi dan mempelajari serta member penjelasan dan penerangan mengenai tarian kebudayaan masing-masing. Selain itu ialah badan beruniform, Bulan Sabit Merah. Pelajar menanam sifat tolong menolong dan bantu membantu sesame manusia tanpa mengira kaum dan agama. Disini didapati pelajar berinteraksi dalam keadaan cemas untuk member pertolongan dan bantuan. Semasa melakukan latihan mereka saling berinteraksi dan membuat kerja dalam berpasukan. Disekolah ini juga terdapat Kelab Sukan Traditional dimana beberapa permainan klasik dan traditional diajar oleh guru kepada pelajar. Contohnya batu seremban, congkak, galah panjang, gasing, wau dan sebagainya. Hal ini secara langsung menampakkan pelajar etnik / agama lain dapat mempelajari dan menghormati permainan traditional orang Melayu. Jelas disini melalui aktiviti kokurikulum mengalakkan pelajar berkomunikasi serta berinteraksi dalam membina perpaduan dan kerjasama tanpa mengira agama.

b) Seterusnya sekolah ini juga menjalankan aktiviti sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah setiap tahun. Apabila meneliti dokumen serta laporan sambutan hari kemerdekaan didapati pelbagai program yang melibatkan kebudayaan masing masing diadakan, contohnya tarian dan mendeklamasi sajak atau puisi kemerdekaan. Program ini meningkatkan semangat patriotic terhadap Negara daripada semua lapisan pelajar disekolah ini kerana melibatkan semua pelajar. Dengan aktiviti sebegini semangat hidup dalam aman dan damai serta berdemokrasi dapat diaplikasikan terhadap pelajar yang berbilang kaum. Pelajar juga membuat latuhan bersama sama untuk menjayakan program ini dan menunjukkan interaksi yang baik antara pelajar disamping menanam sifat kesyukurab serta taat dan hormat kepada Negara tercinta. Terdapat satu slot persembahan dimana menunjukkan bagaimana Negara mencapai kemerdekaan yang melibatkan pemimpin daripada kaum Melayu, India dan Cina sama sama berganding bahu serta memperjuangkan kemerdekaan. Perkara ini boleh menimbulkan perasaan cinta pada Negara serta hormat menghormati setiap kaum dinegara disamping mengekalkan sillaturahim diantara semua pelajar tanpa mengira kaum ataupun agama.

c) Sekolah ini juga kerap menganjurkan perkhemahan yang bertemakan kebudayaan dan kenegaraan. Pengisian perkhemahan Kebudayaan ialah pelajar perlu membuat persembahan multi kebudayaan. Maka dengan ini pelajar akan berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain. malalui interaksi ini dapatlah mewujudkan satu hubungan dan perpaduan yang tinggi dalam kalangan pelajar. Disamping itu pembelajaran kebudayaan lain turut diberi tekanan supaya dapat mewujudkan perkesefahaman serta penghormatan terhadap kaum atau agama lain. pada penghujung perkhemahan juga terdapat satu tugasan berbentuk laporan perlu disediakan oleh peserta dimana soalan utamanya ialah menceritakan amalan kebudayaan atau tradisi agama lain. maka untuk menyiapkan tugasan tersebut pelajar perlu berinteraksi dengan pelajar agama lain kerana memerlukan pemahaman yang tinggi dan mendalam untuk menghasilkan satu tugasan yang baik. Disamping itu guru juga memainkan peranan penting dengan member informasi dan maklumat penting berkaitan agama dan kebudayaan dimalaysia untuk dipelajari serta difahami oleh pelajar pelajar disekolah itu. Manakala perkhemahan kenegaraan pula menfokuskan nilai nilai kenegaraan serta patriotic. Pengisian perkhemahan tersebut ialah untuk mewujudkan kesedaran hidup dalam keharmonian serta berbagai kaum. Juga diterapkan kepentingan perhubungan serta perpaduan penduduk dinegara ini.

d) Sekolah ini juga memberikan keutamaan dalam bidang sukan dimana secara langsung dapat mewujudkan satu kefahaman serta semangat berpasukan yang dapat membina perhubungan serta perpaduan yang tinggi. Didapati sekolah tersebut mengambil bahagian dalam pelbagai sukan utama iaitu bola sepak, ragbi, hoki, badminton, bola jarring dan sebagainya. Melalui penglibatan pelajar ini kita dapat lihat perhubungan dan komunikasi mereka menjadi erat dan padu disamping mananam sifat kerjasama yang tinggi serta semangat juang yang mambina. Komunikasi adalah pentin g dalam memupuk semangat perpaduan jadi sukan dijadikan antara platform utama sekolah untuk membina landasan yang baik bagi pelajar untuk berinteraksi disamping mengukuhkan lagi perpaduan antara mereka. Hal ini dijamin Berjaya dalam memupuk perhubungan dan perpaduan adalah kerana sukan adalah sesuatu perkara yang umum dan bebas maka setiap pelajar boleh mengambil bahagian tanppa mengira agama dan bangsa oleh itu tidak terhad penyertaan daripada kaum kaum tertentu. Perpaduan hendaklah dijadikan panduan prinsip semua sekolah dalam menjalankan aktiviti sukan hinggalah aktiviti ko-kurikulum yang bertujuan untuk memupuk pemahaman antara kaum yang lebih tinggi.

e) Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Semangat perpaduan juga perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar. Dalam konteks ini sekolah (SMKSI) memberi tumpuan serta penekanan dalam silibus serta proses pengajaran dan pembelajaran. Sekolah menitikberatkan beberapa subjek seperti Pendidikan Agama, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Sivik dan Kenegaraan. Matapelajaran tersebut menjadi tunjang buat sekolah ini memperkukuhkan interaksi dan perpaduan pelajar berbilang kaum disitu. Guru guru dilihat memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai persahabatan, berpasukan, keharmoniam, hormat menghormati, perhubungan, semangat kenegaraan, patriotik dan sebagainya dalam melahirkan pelajar yang mampu berinteraksi serta mengekalkan hubungan perpaduan antara kaum disekolah tersebut. Beberapa latihan didalam kelas diadakan bertujuan memperkuatkan lagi perpaduan antara pelajar. Terdapat satu tugasan Pendidikan Moral dimana pelajar harus pergi kerumah jagaan orang tua untuk aktiviti gotong royong maka mereka perlu berinteraksi dengan penduduk disana serta mengambil beberapa maklumat tentang kedudayaan serta sosial masyarakat setempat. Maka dengan ini hubungan, komunikasi serta interaksi terutamanya pelajar kaum India dan Cina dengam Melayu terjalin.

f) Aktiviti gotong royong dikawasan sekolah ini juga setiap kali dianjurkan oleh pihak pengurusan. Aktiviti ini bermotifkan kerjasama, kebersihan, tolong menolong serta kerja berpasukan dalam kalangan pelajar. Semasa aktiviti gotong royong yang dijalankan baru baru ini disekolah tersebut, saya dapati pelajar mengambil peluang untuk berkomunikasi, bermain, bersembang dan sebagainya sambil melakukan kerja kerja pembersihan. Melalui aktiviti ini terjalinlah hubungan yang lebih utuh dan makmur diantara pelajar tersebut . saya dapat melihat kerjasama antara pelajar amat baik dimana pelajar Melayu, Cina dan India saling bersatu dan bersama sama melakukan kerja kerja pembersihan. Bagi memperolehi maklumat yang lebih terperinci tentang aktiviti serta program yang dianjurkan oleh pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar dalam memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar, satu soal selidik telah saya jalankan. Bagi menjayakan analisis ini saya telah menyediakan dua set soalan soal selidik dimana satu untuk dijawab oleh pihak pengurusan (guru) yang terpilih dan satu lagi adalah untuk dijawab oleh pelajar yang terpilih. Didalam soal selidik saya banyak member penekanan terhadap program serta aktiviti yang dianjurkan, keberkesanan, pengetahuan yang diperolehi dan keberkesanan program tersebut dalam menjalinkan hubungan persaudaraan serta perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar. Setelah menjalankan soal selidik saya menganalisis respon yang diberikan oleh responden. Saya membuat rumusan beberapa repons yang saya terima daripada responden mahupun guru ataupun pelajar. Berikut merupakan soalan soal selidik yang dibina serta analisis secara ringkas jawapan yang dikemukakan oleh respondens :I). SOALAN TEMU BUAL PELAKSANA

1. Apakah antara program-progran yang telah dijalankan oleh pihak sekolah dalam usaha untuk meningkatkan interaksi antara etnik ?

2. Apa cara yang cikgu gunakan untuk menentukan pemilihan program atau aktiviti yang akan dijalankan?

3. Bagaimana pula program tersebut dijalankan ?

4. Bagaimana dengan penglibatan murid? Adakah mendapat kerjasama yang baik atau sebaliknya?

5. Sejauh manakah pelaksanaan program / aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan interaksi antara etnik. Boleh cikgu jelaskan ?

6. Bagi menentukan kejayaan program yang dijalankan, apakah alat atau cara yang cikgu gunakan untuk membuat penilaian bagi menentukan keberkesanan sesuatu program tersebut?

7. Apa tindakan yang diambil oleh pihak sekolah bagi memastikan perpaduan etnik yang telah terjalin dapat berterusan dan berkekalan?Ii). Analisis Respons Dari Beberapa Responden.

Responden 1

Pelbagai program telah dijalankan oleh pihak sekolah dan saya rasakan sambutan hari Kemerdekaan adalah Program paling sesuai dalam meningkatkan interaksi dan perpaduan dalam kalangan pelajar. Saya selalunya akan minta pelajar saya untuk membuat deklamasi sajak atau pantun secara berkumpulan. Dalam kumpulan itu saya pastikan pelajar berbilang kaum supaya dapat mewujudkan komunikasi antara pelajar. Selalunya saya akan adakan latihan sebelum hari sebenar program . Dari segi penglibatan dan kerjasama pelajar adalah memuaskan kerana selalunya saya memilih pelajar yang minat dan sporting jadi saya tak berhadapan dengan banyak masalah. Bila pelajar duduk sekali dan berbincang maka secara langsung komunikasi berkesan berlaku dan mendorong kepada peningkatan perpaduan. Saya akan buat pemerhatian sama ada pelajar yang diletakkan dalam satu kumpulan semasa program, adakah mereka masih berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain walaupun setelah selesai program tersebut. Saya akan cuba kekalkan kumpulan untuk satru dua aktiviti lain dimana dengan itu kumpulan tersebut akan jadi semakin rapat dan hubungan persaudaraan dan perpaduan yang mantap dapat dipupuk serta dilatih dan dilihat pula sejauh mana ia bertahan.

Responden 2

Disekolah ini lebih mengutamakan kegiatan kokurikulum dimana ia membantu pelajar untuk lebih berinteraksi dan berkomunikasi dalam mengeratkan hubungan perkauman dan perpaduan. Saya tidak mempunyai cara khas untuk memilih aktiviti yang melibatkan pelajar, saya hanya ikut apa yang telah dijadualkan dan dirancang pihak pengurusan sekolah Cuma saya menerapkan beberapa isu perpaduan dan nilai moral dalam aktiviti yang saya anjurkan.program selalunya dijalankan mengikut kesesuaian pelajar dan mengikut kehendak pengurusan sekolah. Selalunya penglibatan dan kerjasama yang diberikan oleh pelajar baik. Mereka suka mengambil bahagian serta memahami konsep modul atau kehendak yang kita terapkan. Senang kata pelajar yang berminat akan mengikuti segala yang kita ajar. Dari segi keberkesanan pula ia bergantung kepada individu tersebut sama ada mereka terima sepenuhnya dan mengaplikasikan kerana kita tidak mempunyai tools khas untuk mengukur keberkesanan sesuatu program secara terperinci. Selalunya kita akan memperbanyakkan aktiviti diperingkat sekolah yang berkisarkan perpaduan , kerjasama dan interaksi. Kita lebih fokuskan kepada kumpulan berbanding individu disebabkan jumlah pelajar yang ramai. Secara lazimnya mempelbagaikan program kesedaran dan kepentingan amalan hidup bersatu.

Responden 3

Salam sejahtera, terima kasih kerana cikgu mengambil inisiatif menjalankan kajian perpaduan dan interaksi social dalam kalangan pelajar. Dalam menjawab soalan pertama , saya ingin jelaskan bahawa kesemua program yang dirancang dan dijalankan di peringkat sekolah meliputi interaksi, komunikasi, perhubungan serta nilai perpaduan selaras dengan garis panduan Kementerian Pelajaran. Apa yang membezakan ialah jumlah aktiviti yang dianjurkan disekolah sama ada mencukupi atau tidak. Tidak dapat menyalahkan sekolah sepenuhnya jika kurang melakukan program kerana terdapat beberapa kekangan terutamanya peruntukkan kewangan. Sekolah kami selalunya menerapkan nilai nilai perpaduan serta patriotic dalam program seperti sambutan Hari Merdeka, Bulan Bahasa , gotong royong dan sebagainya. Cara yang selalu saya gunakan ialah dengan mengenal pasti pelajar pelajar yang kurang berinteraksi atau berkomunikasi dengan pelajar lain. selain itu saya memilih pelajar yang suka bersama rakan rakan kaum yang sama dan tidak menyertai pelajar kaum lain. misalnya, melayu dengan pelajar melayu, pelajar india dengan pelajar india dan sebagainya. Saya akan pecahkan mereka dalam kumpulan yang multiracial supaya dapat memupuk semangat perpaduan serta interaksi yang berkesan. Katakana gotong royong disekolah, maka asas pemilihan program ini untuk menanam nilai kerjasama dan tolong menolong diantara pelajar. Saya akan pecahkan kumpulan tadi yang pelajarnya bercampur dan mengagihkan kawasan yang perlu mereka bersihkan. Dengan ini mereka akan bersatu, membantu serta berkomunikasi untuk membersihkan kawasan mereka. Pada awalnya pelajar berasa tidak selesa dan terasing daripada kumpulan mereka, tetapi lama kelamaan mereka akan membiasakan diri dan mula bergaul dan berinteraksi antara satu sama lain. kebiasaannya komitmen dan kerjasama yang tinggi akan diberikan oleh pelajar dalam penglibatan program atau aktiviti. Bila pelajar dah mula bergaul dengan pelajar agama lain maka mudahlah untuk mereka berinteraksi dan memupukkan semangat perpaduan dalam Negara yang berbilang kaum ini. Pemantauan adalah cara yang paling berkesan untuk pastikan pelajar berada dalam landasan yang betul. Seringkali memerhatikan tingkah laku serta hubungan mereka dalam kumpulan baru tersebut. Sekolah perlu banyakkan aktiviti perpaduan maka Kementerian perlulah menyokong usaha sekolah dengan menyediakan peruntukkan terutamanya. Selain itu mempelbagaikan penglibatan program program dan aktiviti diluar sekolah untuk pendedahan lebih baik.

III). SOALAN TEMUBUAL PELAJAR

1. Pelajar sekolah ini terdiri daripada pelajar yang pelbagai kaum. Boleh kamu senaraikan kaum-kaum tersebut ?2. Apakah perasaan kamu apabila dapat belajar dengan pelajar yang berbilang bangsa?3. Adakah kamu mempunyai kawan dari pelbagai kaum tersebut?4. Bagaimana kamu menjalinkan persahabatan dengan kawan-kawan tersebut? Boleh kamu jelaskan?5. Bagaimana kamu menunjukkan rasa hormat terhadap pelajar-pelajar lain yang terdiri dari pelbagai agama dan bangsa?6. Sekiranya diadakan aktiviti berkumpulan, adakah kamu melibatkan pelajar dari kaum lain dalam kumpulan kamu?7. Apa perasan kamu bila menjalankan aktiviti bersama pelajar dari bangsa lain. Boleh jelaskan perasaan kamu ?8. Apa pandangan kamu terhadap program / aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah? Adakah dapat menjalinkan perpaduan. Boleh berikan pandangan kamu.9. Bagaimana kamu mengekalkan hubungan yang terjalin. Adakah kamu berkomunikasi dan bekerjasama hanya semasa menjalankan sesuatu atktiviti sahaja atau ada cara lain yang kamu lakukan?10. Pernahkah kamu pernah berkunjung ke rumah rakan-rakan kamu dari kaum lain? Adakah kamu turut mengenali ahli-ahli keluarga rakan-rakan kamu tersebut?

Iv). Analisis Respons Dari Beberapa Responden.

Responden 1

Kaum majority disekolah ini adalah melayu, india dan cina. Saya berasa gembira dapat belajar dengan rakan rakan yang berbilang kaum dan agama. Sebenarnya menyeronokan juga. Ya sudah semestinya, kelas saya ada rakan india dan cina jadi saya memang berkawan dengan mereka sejak tingkatan 1 lagi. Disekolah kami banyak bersembang dan berbual. Kami makan sama sama dan bermain. Kadang kadang kami menziarahi atau kunjung kerumah masing masing. Selalunya saya akan menghormati mereka terutamanya kepercayaan kaum lain. selalunya dalam kelas pun cikgu saya praktikkan kita membuat kumpulan yang terdiri dari pelbagai kaum. Jadi saya dah biasa bekerja dalam kumpulan yang berbilang kaum. Gembira lah sebab buat kerja dengan rakan rakan, banyak kami bergurau dan bermain. Ya saya berpuashati dengan program yang diadakan disekolah. Contohnya ada program bulan bahasa, mendeklamasi sajak, jadi ada kawan kawan dari kaum melayu, india dan cina. Kami berkerjasama, saling mempelajari serta bantu membantu untuk membuat persediaan. Ini membantu kami untuk bersatu. Tidak , selalunya masa petang kami bermain bola bersama sama dipadang dekat taman kami. Saya mengenali ibubapa rakan saya, kalau raya Deepavali atau raya Tahun Baru Cina saya kunjung ke rumah mereka.

Responden 2

Selamat pagi cikgu. Kelas saya ada kawan kawan Melayu dan Cina. Saya beragama India. Ada juga seorang Punjabi dalam kelas saya cikgu. Saya rasa seronok kerana saya suka berkawan jadi saya ada banyak kawan, yang Melayu pun ada, India Cina semua ada. Semasa buat kerja sekolah kita akan bincang sama sama. Selain itu kami bersukan sama sama. Lepas sekolah kami pergi ke perpustakaan untuk belajar bersama sama. Saya hormat kawan kawan saya, contohnya bila ada bacaan doa semasa di perhimpunan saya akan diam dan tunduk ke bawah. Kawan saya yang agama Sikh pakai Turban ke sekolah tapi saya tak mengejeknya kerana saya hormat kawan kawan saya. Ya, semasa perbincangan dan aktiviti kumpulan kami semua akan sama sama melakukan. Saya juga pengawas sekolah jadi kebanyakkan masa saya berbincang dalam kumpulan dengan kawan kawan berbilang bangsa. Saya rasa suka dan seronok kerana kebanyakkan masa kami bergurau dan bermain, bila masa serius dan belajar masing masing focus dan kongsi idea. Banyak bantuan akan diberi kawan saya. Saya senang hati berada disamping kawan kawan saya. Bagus program dan aktiviti yang dijalankan disekolah kerana penglibatan yang baik daripada pelajar. Program Bulan Bahasa, Program Merdeka semuanya baik untuk meningkatkan semangat patriotic serta interaksi dan perpaduan. Masa sukan juga kami semua bersatu. Bila pergi bermain bola disekolah lain kami menyokong sepenuhnya supaya pasukan kami menang. Kami selalu buat group discussion dirumah kawan. Kami bertukar tukar rumah jadi dapat pergi semua rumah kawan. Masa petang main bola dan malam pergi tusyen dan pasar malam. Kami selalu bersama. Kami kenal ahli keluarga kawan kawan rapat saya kerana selalu pergi rumah. Masa perayaan atau harijadi kami pergi membantu dan bernjung untuk jamuan makan dan rumah terbuka. Kami duduk kawasan yang sama jadi senang untuk lawat kawan terutamanya masa cuti sekolah.

Responden 3

Saya ada kawan pelbagai agama didalam sekolah dan luar sekolah. Saya berkawan dengan orang Melayu dan India. Dari kecil saya dah besar dengan jiran Melayu dan India jadi saya tahu banyak kaum di Negara iaitu Melayu, Cina, India, Sikh , orang Asli dan sebagainya. Disekolah saya pun ada banyak kaum seperti ini. Saya rasa sangat selesa dan gembira kerana saya belajar dengan banyak pelajar yang berlainan agama. Dengan ini saya rasa kawan kawan saya berbangsa lain sama sama belajar dengan saya dan bergaul jadi saya betul betul rasa seronok. Ya cikgu saya ada kawan semua kaum disekolah ini. Saya kawan dengan Melayu Cina dan India. Di luar sekolah saya ada satu kawan Sikh. Saya suka bantu kawan kawan saya dalam matematik. Kawan saya seorang pandai Bahasa Melayu jadi dia bantu saya dalam subjek BM. Seorang lagi pandai English dia pula ajar saya untuk speaking. Jadi kami sama sama bantu antara satu sama lain. saya akan ajar kawan saya permainan traditional dan mereka ajar saya permainan traditional mereka. saya hormat kawan kawan saya dari kaum lain dengan menghormati perayaan perayaan mereka, kepercayaan mereka dan juga kebudayaan mereka. Saya tidak menghina mana mana kaum kerana saya faham semua orang adalah sama dan mempunyai kepercayaan masing masing. Contohnya kalau kawan India saya vegetarian saya tidak makan non vege dihadapannya, saya hormat kawan saya. Sama juga jika kawan Melayu saya puasa saya elak makan dan minum depan mereka. Saya suka bekerja dalam kumpulan, lagi besar kumpulan lagi saya suka sebab dapat kongsi ilmu yang banyak. Bekerja dalam kumpulan multi racial penting sebab banyak yang dapat dipelajari. Cikgu cikgu disekolah saya pun suruh kami buat kerja kumpulan dan ahlinya mesti bercampur dengan semua kaum. Kelas saya ada seorang saja pelajar cina jadi saya memang akan berada dikumpulan yang pelbagai kaum. Saya rasa seronok bekerja dalam kumpulan yang multiracial sebab saling membantu dan berkongsi maklumat serta pendapat. Memang seronok bagi saya. Saya rasa sekolah saya menjalankan program program perpaduan tapi Cuma kurang. Kalau boleh perlu banyakkan program sebab baru kami dapat kenali lebih rapat dengan amalan budaya dan bangsa lain. program perpaduan yang sekolah buat memang bagus dan membantu untuk tingkatkan perpaduan dan komunikasi dengan kawan kawan lain. saya sangat suka program Tarian 1 Malaysia yang sekolah anjurkan kerana saya dapat belajar kebudayaan traditional kaum lain. memang best dan bantu meningkatkan kefahaman kaum lain dan perpaduan sebab bantu membantu. Saya rasa saya bukan sahaja dalam sekolah berkawan dengan kawan kaum lain tapi luar sekolah pun saya ada kawan. Kami selalu bermain badminton dan pergi ke tuition sama sama. Saya juga ada sertai program kesukarelaan jadi aktiviti luar dan dalam sekolah saya selalu berkawan dengan pelajar dari pelbagai kaum. Saya sentiasa pergi kerumah kawan kawan saya. Saya selalu pergi kerumah jiran saya dan juga kawan baik saya Sharvin. Saya kenal semua ahli keluarga dia , Sharvin pun selalu dating rumah saya. Kami akan pergi rumah kawan kami masa bulan puasa untuk berbuka puasa bersama sama. Saya memang suka sangat kawan kawan saya yang dari berbilang kaum yang sentiasa membantu, berkomunikasi, bersatu dan menghormati satu sama lain.

C. Cadangan Strategi Dan Program Meningkatkan Interaksi Antara Etnik

Dalam persekitaran sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum sangat penting. Hal ini dapat membantu menyuburkan semangavt perpaduan kaum dan membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Semangat perpaduan juga perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar.Jelaslah bahawa sistem pendidikan negara merupakan satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik.Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah, iaitu SRK, SRJK (C) dan SRJK (T) dalam satu kawasan mampu membentuk pelajar yang bertoleransi. Pelajar akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin dan perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara langsung apabila mereka bersukan, makan di kantin dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Oleh itu, pemupukan semangat perpaduan dapat ditanam dan disemai pada peringkat awal usia pelajar lagi.Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab dan persatuan serta ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti di luar system akademik pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat termasuklah pelajarDengan itu, sekolah kebangsaan perlu diperkasakan bagi menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik. Justeru, para pelajar dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta berakomodatif yang tinggi. Sekolah Kebangsaan bukan sahaja berkemampuan untuk mendidik pelajar tetapi membantu menanam nilai-nilai perpaduan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada palbagai kaum. Sekolah kebangsaan merupakan aliran utama pendidikan untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum.Aktiviti RIMUP perlu diterapkan disekolah dan memastikan program tersebut berterusan. Ini akan memberikan kesan positif kepada peningkatan interaksi dan perpaduan dalam kalangan pelajar. Bersama itu perlu terapkan lawatan lawatan yang member kesedaran serta nilai penghormatan terhadap bangsa dan agama lain. perkhemahan berasaskan perpaduan perlulah diperbanyakkan bagi melahirkan pelajar yang penuh dengan semangat patriotic dan mampu berkomunikasi secara berkesan. Selain daripada itu mempelbagaikan aktiviti kokurikulum adalah sangat perlu dalam konteks menerapkan semangat perpaduan dan perkauman dalam kalangan pelajar. Kokurikulum meliputi semua aspek dan melibatkan pelajar secara langsung dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Antara kegiatan kokurikulum yang boleh diterapkan disekolah ialah pertandingan kawad badan badan beruniform. Program ini bukan sahaja membina disiplin pelajar malah mengembangkan perpaduan kerana pelajar bersatu, melatih dengan gigih serta berinteraksi dan berkomunikasi untuk mencapai sesuatu matlamat. Selain daripada itu pertandingan memasak , menganyam serta lain lain yang sedemikian rupa boleh dilaksanakan di sekolah. Melalui pertandingan sebegini pelajar mula mengenali kebudayaan agama lain dari segi kraftangan dan makanan. Bukan setakat itu sahaja malah sekolah juga harus memperkenalkan sukan traditional dikalangan pelajar. Inilah peluang untuk pelajar bagi mengenali dan mempelajari sukan tradisional kaum lain. melalui ini pelajar akan mula berinteraksi serta bermain permainan tersebut dan secara langsung mengeratkan dan mengukuhkan perpaduan diantara pelajar. Sukaneka juga sesuatu yang menarik perhatian serta membuatkan pelajar berminat untuk menyertainya. Selain itu sekolah juga harus menyahut cabaran serta merealisasikan saranan kerajaan dan kementerian seperti Gagasan 1Malaysia. Ini bermaksud perpaduan antara kaum dalam pembangunan Negara diutamakan malah dijadikan elemen utama untuk membina Negara dan bangsa Berjaya. Dalam hal ini sekolah perlu memastikan adanya program diluar sekolah bagi memupuk semangat perpaduan yang lebih tinggi dan erat disamping mewujudkan komunikasi dan interaksi yang lebih luas dan terbuka diantara pelajar yang berbilang kaum dan agama. Antara program yang boleh diaplikasikan adalah Projek Keluarga Angkat. Menerusi program ini pelajar dapat mengeratkan lagi hubungan dan semangat kekitaan antara kaum di Negara kita. Misalnya pelajar bangsa Melayu ditempatkan atau diletakkan dibawah satu keluarga berbangsa India. Pelajar tersebut akan lebih memahami kebudayaan serta kepercayaan agama India maka akan meningkatkan nilai hormat menghormati dan perpaduan dalam kalangan pelajar. Program guru penyayang juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh member kesedaran tentang pentingnya interaksi dan perpaduan dalam diri pelajar di Negara yang berbilang kaum dan agama ini. Mengadakan program program bersama agensi kerajaan seperti BTN Biro Tatanegara dimana dapat memupuk semangat patriotic dan perpaduan yang tinggi dan mendalam. Nilai integrasi perlu diterapkan supaya pelajar dapat mengamalkan nilai tersebut dalam menyahut seruan kerajaan dalam membentuk perpaduan yang utuh.

d. Kaitkan analisis berdasarkan kefahaman sosiologi yang berkaitan teori dan konsep sosiologi.

Perpaduan bermaksud penyatuan dimana mengabungkan rakyat pelbagai etnik/bangsa/kaum dalam satu kelompok yang besar berdasarkan satu motif dan wawasan yang sama serta pengamalan nilai moral dan agama yang tinggi menurut ahli sosiologi Ibnu Khaldun. Kesedaran kumpulan amat penting dalam proses memupuk nilai perpaduan dalam kalangan pelajar. Komunikasi dan hubungan antara pelajar menjadi focus utama kerana dari situlah dapat mewujudkan kesefahaman serta nilai kekitaan. .Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam mempertingkatkan lagi nilai-nilai perpaduan dan mewujudkan masyarakat yang cinta kepada negara dan saling berkerjasama antara satu sama lain ibarat "berat sama dipikul ringan sama dijinjing".