profil slc one

23
PROJEK CADANGAN 1 INTISARI PENDAHULUAN PENGENALAN

Upload: hanamahsuri

Post on 05-Jul-2015

3.947 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

1

INTISARI

PENDAHULUAN

PENGENALAN

Page 2: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

2

Keusahawanan kini menjadi suatu bidang yang semakin mendapat tempat

di hati rakyat Malaysia sebagai salah satu bidang yang dapat membentuk acuan

baru kepada rakyat, khususnya generasi muda dan secara tidak langsung dapat

membantu melonjakkan ekonomi Negara. Hal ini merupakan sesuatu yang

sangat positif dan tidak seharusnya dipandang enteng oleh segenap masyarat

kini. Selain selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang

berdaya saing, masyarakat yang kompetitif dalam mengharungi cabaran

globalisasi juga dapat diwujudkan. Demi mencapai hasrat tersebut dan ingin

menyahut seruan kerajaan, maka tertubuhnya SLC ONE SERVICES.

SLC ONE SERVICES yang ditubuhkan pada awal tahun 2009 dan

didaftarkan secara rasmi pada 8 Oktober 2009 merupakan pemilikan tunggal

100% milik bumiputera. SLC ONE SERVICES mempunyai premis perniagaan

yang beralamat di No.5, Kompleks Perniagaan Masjid, Persiaran Tuanku Syed

Putra, 01000 Kangar, Perlis. Syarikat ini terus memikirkan langkah dan strategi

untuk memulakan operasi dan perniagaan. Misi dan visi dirangka seiring

dengan keinginan syarikat untuk berjaya dalam dunia perniagaan ini. SLC ONE

SERVICES berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjalankan

perniagaan yang merangkumi pelbagai jenis perkhidmatan terutamanya jualan

ais krim MINGOMINGO.

Page 3: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

3

Tertubuhnya SLC ONE SERVICES seiring dengan misi dan visinya yang

tersendiri, mempunyai matlamat yang besar untuk turut memonopoli pasaran

yang sedia ada di pasaran setempat di negeri Perlis. Setelah menjalankan

pemerhatian dan kajian terhadap pasaran semasa, keperluan dan permintaan

masyarakat di negeri Perlis, SLC ONE SERVICES telah membuat keputusan

untuk menyediakan perkhidmatan perniagaan jualan ais krim MINGOMINGO

yang bercirikan kontemporari, sangat menjimatkan dan menepati standard masa

kini.

Page 4: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

4

Berdiri teguhnya syarikat yang masih ditubuhkan dan belum lagi

mencapai usia satu tahun penubuhannya, pencapaian SLC ONE SERVICES

boleh dibanggakan. SLC ONE SERVICES berjaya mendapatkan pasaran

tersendiri dalam persaingan dunia perniagaan kini. Pelbagai pihak tidak meragui

perkhidmatan yang ditawarkan bahkan amat percaya dengan usaha yang

ditunjukkan dan hasil yang diberikan.

Moto utama syarikat iaitu sentiasa mengutamakan pelanggan menjadi

asas kepada segala tindak tanduk aktiviti syarikat. Perkhidmatan yang terbaik

cuba diberikan kepada pelanggan kerana tidak mahu mengecewakan hati

pelanggan seterusnya membaiki kelemahan yang ada dari masa ke masa.

Kajian yang didapati bahawa kebanyakan perkhidmatan penyediaan

makanan di kawasan Kangar, menyediakan makanan ringan yang hampir sama

kualitinya dan juga didapati dalam pelbagai variasi. Walaupun begitu, syarikat

tidak akan mudah menyerah, bahkan akan lebih berusaha untuk mendapatkan

pasaran dengan cara yang tersendiri dalam posisi yang berbeza dan aspek yang

berlainan dari sedia ada. Syarikat akan menyediakan perkhidmatan penyediaan

makanan dengan cepat yang dapat disediakan mengikut kesesuaian dan

permintaan pengguna demi memenuhi kehendak mereka.

Page 5: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

5

Projek ini dilihat mempunyai potensi yang baik kerana:-

1. Berkonsepkan usahawan mencari pelanggan dan pelanggan tidak perlu

bersusah payah untuk ke kedai atau premis perniagaan. Hal ini

menjimatkan masa dan tenaga serta keselamatan pelanggan. Tambahan

pula, cara ini dapat memudahkan urusan pelanggan.

2. Citarasa pelanggan yang sentiasa berubah-ubah tanpa had masa menuntut

satu olahan kepada citarasa produk ais krim yang alternatif dengan variasi

pilihan.

Konsep perniagaan bergerak yang mencari pelanggan dilihat masih

kurang dijalankan di beberapa lokasi dan atas potensinya yang cerah di masa

hadapan, peluang ini dimanfaatkan sepenuhya justeru garapan peluang ini di

peringkat permulaan bakal merancakkan industri ais krim buatan sendiri.

Berdasarkan kepada variasi makanan yang bakal ditawarkan oleh pihak kami,

SLC ONE SERVICES amat yakin dan optimis bahawa perniagaan ini bakal

mendapat sambutan yang hangat daripada semua golongan terutamanya pelajar

dan kanak-kanak, seterusnya dapat menjamin kestabilan dan kelangsungan

syarikat untuk terus beroperasi dan melakar prestasi.

Page 6: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

6

Menjadi syarikat yang baru ditubuhkan, kami memasang impian dan

angan-angan untuk memonopoli pasaran setempat dan meluaskan lagi empayar

perniagaan yang dimiliki kini. Oleh itu, perancangan sentiasa diaturkan dan

kami sentiasa memandang ke hadapan untuk terus mengorak langkah.

Antara syarikat atau pihak yang telah berurusan dengan pihak SLC ONE

SERVICES antaranya ialah:

-Koperasi SMKAP Berhad

-Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Kangar

-E-Dymium Network Sdn.Bhd.

-Frutania Industry

Walaupun usia penubuhan syarikat belum lagi menjangkau usia satu

tahun, namun kematangan syarikat amat jelas dilihat. Langkah demi langkah

disusun agar perjalanan syarikat berjalan dengan lancar. Berkat usaha semua

pihak, segala titik peluh kini mula menampakkan hasilnya.

Page 7: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

7

BUTIR-BUTIR PERNIAGAAN

Nama Syarikat : SLC One Services

Alamat Perniagaan : No.5, Kompleks Perniagaan Masjid,

Persiaran Tuanku Syed Putra,

01000 Kangar, Perlis.

No. Telefon : 017-5637623 / 010-5267623

e-mel : [email protected]

Alamat Pejabat : No.5, Kompleks Perniagaan Masjid,

Persiaran Tuanku Syed Putra,

01000 Kangar, Perlis.

No. Pendaftaran Perniaagan : RA0017308-P

Jenis Perniagaan : Milikan Tunggal

Tarikh Daftar Perniagaan : 08 Oktober 2009

Page 8: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

8

BUTIR-BUTIR USAHAWAN

Nama : Suhaimi bin Abdul Hamid

No. Kad Pengenalan : 760311-02-6227

Alamat Tetap : No.10, Taman Santan Indah,

Jalan Santan,

01000 Kangar, Perlis.

Tarikh Lahir : 11 Mac 1976

Umur : 34 Tahun

Jantina : Lelaki

Status : Berkahwin

Warganegara : Malaysia

Agama : Islam

Pengalaman Bekerja : Marketing dan Motivation

Pekerjaan Sekarang : Ahli Perniagaan

Kursus yang dihadiri : Kelab Usahawan

Kemahiran/Kebolehan : Berpengalaman dalam menguruskan perniagaan yang

Diusahakan bersama ahli lembaga pengarah yang lain.

Jawatan : Pengarah Urusan

Page 9: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

9

Untuk terus melakar prestasi dan kredibiliti syarikat, projek demi projek

dirancang untuk meluaskan lagi perniagaan syarikat di samping untuk menjana

pendapatan yang memberangsangkan. Namun, perancangan amat mudah

dilakukan tetapi pelaksanaannya kadang kala tidak semudah yang disangka.

Pelbagai aspek harus dititikberatkan terutamanya dari aspek kewangan dan

pembiayaan modal. Itulah menjadi masalah kepada kebanyakan syarikat untuk

memulakan operasi perniagaan. SLC ONE SERVICES juga tidak ketinggalan

dalam menghadapi kesulitan ini. Oleh itu, pembiayaan dari pihak pengurusan

SME Bank amat diharapkan.

Projek cadangan yang dimaksudkan ialah perniagaan menjual ais krim

jenama MINGOMINGO yang memerlukan pembiayaan kos yang tinggi

berikutan dengan keperluan yang harus dipenuhi oleh pihak syarikat untuk

memulakan operasinya. Pada ketika ini, syarikat hanya mempunyai sebuah lori

ais krim MINGOMINGO yang beroperasi di sekitar negeri Perlis. Kekurangan

bilangan lori ais krim MINGOMINGO ini menyukarkan pergerakan

perniagaannya kerana pihak syarikat terpaksa menukar lokasi perniagaan hari

demi hari untuk memenuhi kehendak pelanggan. Syarikat memerlukan 3 buah

lagi lori ais krim MINGOMINGO untuk menjalankan perniagaan ini dan

merancakkan lagi aktiviti perniagaannya kerana permintaan ais krim

MINGOMINGO di negeri Perlis semakin mendapat sambutan. Setelah

membuat kiraan berdasarkan keperluan semasa, SLC ONE SERVICES

memerlukan kos sebanyak RM170,000.00 untuk menambahkan lagi bilangan

lori bagi meneruskan rancangan perniagaan yang berpotensi tinggi ini. Pihak

syarikat akan mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM 20,000.00. Justeru,

SLC ONE SERVICES masih memerlukan baki pembiayaan sebanyak

RM 150,000 dan dengan jumlah wang sebanyak inilah SLC ONE SERVICES

mengharapkan kelulusan pemohonan daripada SME Bank untuk membiayai

baki modal yang diperlukan.

Page 10: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

10

Dengan kelulusan pembiayaan ini, SLC ONE SERVICES yakin bahawa

perniagaan ini bakal dilaksanakan dengan jayanya dan berjalan seperti yang

telah dirancangkan. SLC ONE SERVICES juga begitu yakin bahawa penjualan

ais krim MINGOMINGO ini akan mendapat sambutan yang

memberangsangkan berikutan dengan usaha yang telah kami jalankan dalam

memperkenalkan produk ini kepada masyarakat setempat yang mendapat

sambutan yang baik dan kami menjangkakan peningkatannya yang mendadak

sekiranya pembiayaan ini diluluskan agar kami dapat meluaskan lagi

pasarannya dengan wujudnya lebih banyak lori ais krim MINGOMINGO ini.

PROJEK CADANGAN

PERNIAGAAN : JUALAN AIS KRIM MINGOMINGO

JUMLAH KOS KESELURUHAN : RM 170,000.00

MODAL SYARIKAT : RM 20,000.00

BAKI MODAL DIPERLUKAN : RM 150,000.00

PEMBIAYAAN EKUITI : RM0

PEMBIAYAAN PINJAMAN BANK : RM 0

CADANGAN PEMBIAYAAN BALIK PINJAMAN

TEMPOH BAYARAN BALIK : 10 TAHUN / 84 BULAN

ANSURAN BULANAN : RM 1874.00

Page 11: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

11

Aktiviti pemasaran merangkumi proses membeli, menjual, menyediakan

iklan,mengedar,serta menanggung risiko yang berkaitan dengan aktiviti

pemasaran.

Pemasaran juga dapat didefinisikan sebagai usaha yang dijalankan bagi

melariskan serta meningkatkan hasil jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan

di dalam pasaran,

Matlamat pemasaran SLC ONE SERVICES adalah mencapai

penghasilan dan pemasaran produk yang dapat memenuhi cita rasa pengguna

dan masyarakat seterusnya mempelbagaikan pilihan produk kepada pengguna

yang dijamin kepuasan dalam menikmatinya.

Bagi merealisasikan matlamat pemasaran syarikat, pelbagai strategi telah

dilakukan oleh pihak pemasaran supaya segala produk dan perkhidmatan

syarikat mendapat sambutan yang baik daripada semua pihak. Antaranya adalah

dapat memberi kepuasan kepada pengguna setelah menggunakan produk atau

perkhidmatan tersebut.

Memandangkan SLC ONE SERVICES beroperasi di sekitar negeri

Perlis, permintan terhadap produk yang dihasilkan amat memberangsangkan

daripada semua lapisan masyarakat tidak mengenal usia bermulalah dari kanak-

kanak mahu pun golongan dewasa.

MATLAMAT PEMASARAN

DEFINISI PEMASARAN

Page 12: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

12

1. PRODUCT/PRODUK

Dalam dunia perniagaan, pemasaran memainkan peranan yang penting

bagi melancarkan urusniaga yang bakal dijalankan. SLC ONE SERVICES

telah merangka strategi-strategi pemasaran yang tertentu bagi membolehkan

penjualan ais krim MINGOMINGO ini berjaya dipasarkan serta mendapat

sambutan dari orang ramai.

SLC ONE SERVICES telah menggunapakai konsep 5P iaitu PRODUCT,

PLACE, PEOPLE, PRICE, dan PROMOTION.

Produk merupakan satu aset yang bernilai bagi

sesebuah perniagaan. Produk menjadi identiti kepada

sesebuah syarikat dan merupakan penentu kepada turun

naiknya sesebuah perniagaan. Jadi, setelah melakukan

beberapa proses pengkajian, SLC ONE SERVICES begitu

yakin untuk memprodukkan ais krim MINGOMINGO

dengan melakukan sedikit pembaharuan dari segenap aspek

untuk mencari kelainan berbanding ais krim yang telah sedia

ada di pasaran setempat yang telah dikenali umum. Dengan

ini, SLC ONE SERVICES mencari identiti sendiri untuk

memasarkan produk ini tanpa mengfotokopikan mana-mana

produk yang berada di pasaran dengan rasa yang tersendiri

dan harga yang berpatutan.

STRATEGI PEMASARAN SYARIKAT

Page 13: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

13

2. PLACE/TEMPAT

3. PEOPLE/KUMPULAN SASARAN

Tempat atau lokasi sesebuah perniagaan juga menjadi aspek penting

dalam ruang sudut pemasaran. Lokasi yang strategik memberi kelebihan kepada

syarikat. Lokasi yang difikirkan menjadi tumpuan orang ramai menjadi

keutamaan dalam pemilihan lokasi perniagaan. Oleh itu, SLC ONE SERVICES

akan menggerakkan lori ais krim MINGOMINGO ke kawasan yang menjadi

tumpuan orang ramai seperti di kawasan sekolah, pasar malam, pasar tani,

kawasan perumahan dan lain-lain kawasan yang difikirkan sesuai dengan

keadaan dan persekitaran semasa.

Untuk menjalankan penjualan ais krim MINGOMINGO, SLC ONE

SERVICES telah menetapkan sasaran pasaran iaitu pelajar sekolah rendah,

pelajar sekolah menengah, penduduk setempat dan orang ramai tanpa mengira

usia terutamanya kanak-kanak. Pada kebiasaannya, SLC ONE SERVICES lebih

mengkhususkan kumpulan sasaran mengikut lokasi perniagaan yang dijalankan.

Cara ini lebih berkesan kerana SLC ONE SERVICES dapat menganggarkan

keuntungan yang bakal diperoleh dan mudah untuk mencapai target jualan.

Page 14: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

14

4. PRICE/HARGA

Struktur penetapan harga dirangka dan ditetapkan mengikut klasifikasi

produk tertentu sambil mengkaji harga pasaran semasa. Oleh itu, setelah

menjalankan kajian yang teliti, akhirnya SLC ONE SERVICES berpendapat

dan mengambil kata putus untuk meletakkan harga yang berpatutan selaras

dengan kualiti produk yang dijamin amat memuaskan hati pengguna dari hanya

serendah RM1. Dengan harga yang berpatutan selaras dengan kualiti dan

kepuasan pelanggan, SLC ONE SERVICES yakin bahawa pernigaan ini bakal

mendapat sambutan yang membanggakan.

Memandangkan objektif perniagaan menjual ais krim ini adalah untuk

menyediakan suatu pembaharuan terhadap variasi ais krim yang terdapat dalam

pasaran tempatan pada hari ini, kami bercadang untuk memasarkan ais krim

berikut dengan disertakan nila anggaran harga:-

BIL JENIS AIS KRIM

HARGA JUALAN

1

AIS KRIM KON

RM 1.00

2

AIS KRIM CUP

RM 2.00

3

ROTI AIS KRIM

RM 1.50

4

TAPAI AIS KRIM

RM 3.50

5

AIS KRIM MANGKUK

RM 3.50

Page 15: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

15

5. PROMOTION/PROMOSI

Promosi merupakan nadi perniagaan. Oleh itu, aspek ini diberi penekanan

yang lebih oleh syarikat. SLC ONE SERVICES membuat perancangan yang

rapi untuk menjalankan promosi yang berkesan bertujuan untuk

memperkenalkan ais krim jenama MINGOMINGO kepada masyarakat setempat

tidak kurang pula menyedarkan masyarakat tentang kewujudan ais krim jenama

MINGOMINGO ini di pasaran semasa.

Antara promosi yang bakal dilaksanakan oleh SLC ONE SERVICES ialah:-

1. IKLAN

Iklan berupaya untuk mengetengahkan ais krim jenama MINGOMINGO

kepada kumpulan sasaran pasaran dan juga kepada semua lapisan

masyarakat. Antara langkah yang diambil untuk merancakkan

pengiklanan ais krim MINGOMINGO ialah dengan memasang

BANNER dan mengedarkan FLYERS.

BANNER atau kain rentang yang direka kreatif dan menarik dipasang di

tempat-tempat yang berpotensi dikunjungi dan menjadi paparan orang

ramai. Dengan ini, orang ramai dapat mengetahui informasi terkini dari

syarikat khususnya yang berkaitan dengan ais krim MINGOMINGO.

Page 16: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

16

FLYRES dan BROUSHER turur diedarkan kepada sekolah-sekolah,

kelab-kelab sukan dan kawasan perumahan untuk memberi pendedahan

yang lebih terperinci agar lebih tertumpu kepada pengetahuan individu.

2. TAWARAN DISKAUN

Promosi dalam bentuk tawaran diskaun yang menarik dibuat pada

pembukaan kedai dan pada setiap musim cuti sekolah. Kadar diskaun

yang ditawarkan ialah dari 10% sehingga 50%. Promosi ini dijangka

dapat menarik minat lebih ramai orang untuk menikmati ais krim

MINGOMINGO pada harga yang rendah.

3. HADIAH PERCUMA/CENDERAHATI

Hadiah percuma bakal diberikan kepada pembeli yang membeli ais krim

MINGOMINGO dengan kuantiti yang banyak dengan pembelian ais krim

MINGOMINGO yang mencecah RM10 dan ke atas. Hadiah percuma

yang diberikan adalah mengikut kepada kesesuaian dan menarik dengan

kos yang minima dan berpatutan. Pemberian hadiah percuma ini

dianggarkan akan lebih menarik perhatian orang ramai untuk membeli ais

krim MINOMINGO dan sekali gus dapat melariskan ais krim ini.

4. JUALAN LANGSUNG

SLC ONE SERVICES menjalankan perniagaan ais krim MINGOMINGO

secara jualan langsung di tempat-tempat yang dikunjungi oleh orang

ramai dan lokasi yang strategik bagi melariskan jualan harian. Dengan

ini, pengguna dan pembeli tidak lagi bersusah payah untuk mendapatkan

ais krim MINGOMINGO di premis perniagaan bahkan hal ini lebih

memudahkan orang ramai menikmatinya.

Page 17: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

17

KELEBIHAN PRODUK

Dalam menyediakan sesuatu pasaran dan produk, pelbagai aspek harus

diteliti dan diambil perhatian untuk mendapatkan pasaran yang luas sekali

gus menyaingi produk dalam pasaran semasa. Setiap produk harus

ditampilkan kelainan dan kelebihan yang tersendiri untuk

membolehkannya mendapat tempat di hati pelanggan dan pengguna.

Antara kelebihan ais krim MINGOMINGO dapat dilihat dalam aspek-

aspek yang berikut:

ASPEK KELEBIHAN

Rasa Memberi kelainan rasa ais krim dengan tekstur yang

lembut dan rasa yang pasti memuaskan hati pelanggan.

Perisa Boleh didapati dalam 3 perisa yang enak iaitu vanila,

coklat dan strawberi. Campuran perisa juga boleh

disediakan seperti coklat + vanila, strawberi + coklat,

vanila + strawberi sekali gus dapat membuat olahan

citarasa yang baru dan memberi kelainan rasa kepada

penggemarnya.

Harga Harga yang berpatutan selaras dengan kualiti yang

diberikan dari serendah RM 1.00.

Kemudahan Perkhidmatan jualan ais krim bergerak. Pelanggan tidak

perlu bersusah payah ke premis perniagaan malah

syarikat yang mencari pelanggan. Menjimatkan petrol,

masa dan menjamin keselamatan orang ramai.

Lokasi Lokasi yang strategik yang berubah-ubah kerana

tertumpu di kawasan tumpuan orang ramai.

Masa

Proses yang dijalankan untuk membuat ais krim adalah

cepat dan tidak memakan masa yang lama kerana

penyediaannya menggunakan mesin yang efisyen.

Diskaun

Diskaun juga turut ditawarkan kepada pelanggan.

Page 18: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

18

ANALISA PESAING

Persaingan sebenarnya menjadi lumrah dalam dunia perniagaan. Sektor

perniagaan kini mendapat sambutan dan diusahakan oleh pelbagai pihak. Oleh itu,

masing-masing cuba mengeluarkan perkhidmatan dan produk yang terbaik bagi

memenuhi tuntutan permintaan pengguna.

Berikut merupakan beberapa pesaing utama yang beroperasi di lokasi

pilihan perniagaan:-

NAMA

SYARIKAT/

PESAING

KEDUDUKAN

KELEBIHAN

KEKURANGAN

WALLS

Stabil

-Sudah lama beroperasi

-Mempunyai 4

cawangan

-Mendapat pasaran yang

meluas

-Beraneka pilihan ais

krim

- Bukan Bumiputera

- Tiada perkhidmatan

jualan ais krim

bergerak

-Harga agak mahal

bagi sesetengah

produk

NESTLE

Stabil

-Sudah lama beroperasi

-Mempunyai 2

cawangan

-Beraneka pilihan ais

krim

-Mendapat pasaran yang

meluas

-Bukan Bumiputera

-Tiada perkhidmatan

jualan ais krim

bergerak

UNITED

FROZEN

Stabil

-Agak lama beroperasi

(4 Tahun)

-Beraneka pilihan jualan

- Lokasi kurang

strategik

Page 19: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

19

Perniagaan ais krim MINGOMINGO ini dijangka akan beroperasi

di sekitar seluruh negeri Perlis dan kawasan yang berdekatan dengannya

pada setiap hari terutamanya pada hari yang melibatkan tumpuan dan

kehadiran orang ramai di sesebuah tempat seperti di aktiviti jualan

langsung, jualan mega, pasar sehari, pasar malam dan sebagainya. Lori

ais krim MINGOMINGO ini akan turut menjalankan operasi perniagaan

di sekolah-sekolah di sekitar Kangar pada sebelah petang selepas aktiviti

kokurikulum.

Berikut ialah senarai tempat dan anggaran masa pihak kami akan

menjalankan perniagaan ais krim MINGOMINGO:-

BIL TEMPAT ANGGARAN MASA

1

Kawasan Sekolah

(Rendah&Menengah)

Selepas waktu persekolahan dan aktiviti

kokurikulum

2

Jualan

Langsung/Pameran/Expo

Pada waktu pagi sehingga waktu malam

3

Pasar tani dan pasar

malam

Sepanjang tempoh beroperasinya pasar

tani dan pasar malam (pagi dan malam)

4

Pusat dan Taman rekreasi/

Fun Fair

Waktu tumpuan orang ramai seperti

waktu petang dan hari minggu

Page 20: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

20

Untuk memastikan penjualan ais krim MINGOMINGO mendapat

sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak, SLC ONE

SERVICES cuba sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik

kepada pelanggan.

Ais krim yang berkualiti rasanya dan memuaskan ditambah dengan harga

yang berpatutan sudah pastinya mampu untuk memenangi hati pelanggan.

Namun perkara itu belum cukup bagi syarikat. Hal ini kerana syarikat

mensasarkan perkhidmatan yang boleh dibanggakan kerana perkhidmatan

yang memuaskan hati pelanggan adalah faktor kepercayaan dan keyakinan

pelanggan dan orang ramai kepada syarikat dan juga produk yang dipasarkan.

Semua pekerja dinasihati untuk menjalankan perniagaan yang

telus,amanah dan bersih. Aspek kebersihan amat dititikberatkan kerana ianya

melambangkan identiti syarikat dan merupakan salah satu faktor yang

diambil penelitian daripada pelanggan.

Misi syarikat iaitu mengutamakan pelanggan adalah asas kepada

perniagaan syarikat. Setiap pelanggan atau orang ramai yang ingin

mendapatkan ais krim MINGOMINGO akan dilayan dengan mesra oleh

pekerja dan akan membuatkan pelanggan bersenang hati dengan

perkhidmatan yang ditawarkan seiring dengan kulaiti produk. Setiap pekerja

juga disarankan untuk bercakap dengan nada yang penuh kesopanan dan

memberi senyuman kepada pelanggan yang berkunjung.

Kami juga berusaha menyempurnakan hasrat dan keinginan pelanggan

dengan cepat dan pantas. Kami tidak akan membiarkan pelanggan tertunggu-

tunggu dalam tempoh masa yang lama untuk mendapatkan ais krim

MINGOMINGO. Dengan adanya kemudahan mesin ais krim, ais krim dapat

disiapkan dalam jangka masa yang cepat. Inilah menjadi faktor tarikan

pelanggan.

Page 21: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

21

Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, SLC ONE SERVICES terlebih

dahulu memikirkan risiko dan kemungkinan yang bakal berlaku terhadap

operasi perniagaan yang bakal dijalankan. Hal ini bertujuan untuk merangka

perancangan pada masa hadapan seterusnya mengorak langkah ke hadapan

untuk mencapai matlamat dan sasaran perniagaan supaya menetapi rancangan

awal.

Begitu juga dengan perniagaan ais krim MINGOMINGO.Syarikat juga

telah mengkaji keadaan semasa dan membuat ramalan jualan bagi

membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar. Setelah diselidik, SLC

ONE SERVICES meramalkan penjualan ais krim MINGOMINGO ini bakal

mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai lapisan masyarakat kerana

menyediakan perkhidmatan perniagaan bergerak yang menggunakan lori ais

krim MINGOMINGO. Konsep perniagaan ini dijangkakan akan menarik

minat dan perhatian orang ramai kerana perkhidmatan ini memudahkan

malah menjimatkan masa dan tenaga mereka.

Selain itu, sambutan ini diramalkan akan mendapat sambutan yang

menggalakkan kerana atas faktor iklim dan cuaca di negara Malaysia sejak

kebelakangan ini. Cuaca yang begitu panas sehingga mencecah suhu yang

tinggi menyebabkan orang ramai cepat dahaga dan lebih menggemari

makanan dan minuman yang sejuk di waktu yang panas disinari cahaya suria

yang terik . Oleh itu, SLC ONE SERVICES, mengambil peluang ini untuk

merancakkan jualan ais krim berikutan permintaan yang tinggi umumnya dari

semua pihak.

Tambahan pula, seperti diketahui umum, ais krim merupakan salah satu

makanan yang digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat khususnya kanak-

kanak. Jadi, ais krim MINGOMINGO diyakini tidak akan pernah terputus

permintaan daripada masyarakat kerana bukan sahaja rasanya yang enak

dinikmati malah harganya juga amat berpatutan dan mampu dibeli oleh

segenap lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak dan golomgan dewasa.

Page 22: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

22

Projek perniagaan penjualan ais krim yang bertemakan ringkas, mudah

dan cepat yang bakal dirintis oleh syarikat SLC ONE SERVICES dapat

diklasifikasikan sebagai sebuah projek yang amat berdaya saing, berpotensi dan

mampu menjana pendapatan dan hasil yang lumayan dan banyak dalam tempoh

yang singkat.

Menerusi analisis dan penelitian yang dibuat dan dijalankan yang

seterusnya dirangkumkan dalam rancangan perniagaan ini, didapati bahawa

kebarangkalian untuk projek ini berjaya dan mendapat sambutan daripada

masyarakat awam adalah sangat tinggi dan positif. Dari sudut pemasaran,

perniagaan ini tidak keterlaluan sekiranya dikatakan mampu menjadi perniagaan

yang terlaris di kawasan sekitar negeri Perlis. Hal ini didorong oleh keunikan

tema yang diketengahkan selain keberkesanan strategi pemasaran yang

diaplikasikan secara efektif dan proaktif. Oleh hal yang demikian, perniagaan

ais krim MINGOMINGO ini dijangka mampu untu menguasai segmen pasaran

setempat dalam jangka masa kurang dari lima tahun.

Seterusnya, hasil daripada kajianyang dijalankan terhadap operasi

perniagaan didapati pihak pengurusan syarikat akan menyelaraskan segala

aturan perniagaan demi dari masa ke masa demi keselesaan serta memudahkan

pengguna. Bagi menjamin kelancaran perniagaan serta sistem operasinya, pihak

syarikat akan mengambil beberapa orang pekerja yang bertugas secara shift

serta mengikut bidang tugas yang dikhususkan dan ditetapkan oleh pihak

syarikat, dan akan dikawal selai oleh seorang pengurus yang bertanggungjawab

untuk menyelia para pekerja yang bekerja di premis kami agar dapat

menjalankan kerja dengan baik dan tidak menimbulkan sebarang masalah

kepada syarikat.

Page 23: Profil slc one

PROJEK CADANGAN

23

Seterusnya, kestabilan syarikat untuk teguh beroperasi dan dapat

beroperasi dengan baik dapat dinilai berdasarkan analisa-analisa yang telah

dijalankan. Perkara yang paling mustahak adalah keupayaan syarikat untuk

bekerja dengan efektif serta memberi mutu perkhidmatan yang terbaik kepada

setiap lapisan masyarakat tanpa menjejaskan keupayaan untuk menjana

keuntungan hasil daripada strategi kewangan yang efektif. Harapan kami amat

besar untuk melihat syarikat ini dapat menjalankan operasi dengan

mengaaptasikan budaya kerja Jepun yang seterusnya dapat berkembang kukuh

dengan segala penambahan prasarana dan kemudahan baru yang akan

dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Tuntasnya, setelah pihak kami menganalisa segenap aspek perniagaan ini,

syarikat secara teguh dan sangat komited serta yakin bahawa kami mampu

untuk menjalankan perniagaan sebagaimana yang telah ditetapkan. Oleh hal

yang demikian, sekiranya perniagaan ini dapat dijalankan, pihak syarikat akan

berjanji untuk berusaha sedaya upaya untuk mlakar prestasi, menampilkan

kualiti yang tersendiri serta beriltizam untuk mempertingkatkan mutu

perkhidmatan dan sentiasa bersikap profesional dalam apa-apa sahaja perkara

seiring dengan syarikat-syarikat lain.