ramalan ending one piece

Click here to load reader

Post on 27-Dec-2015

146 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Ramalan Ending One PieceRamalan Ending One PieceRamalan Ending One PieceRamalan Ending One PieceRamalan Ending One PieceRamalan Ending One PieceRamalan Ending One PieceRamalan Ending One PieceRamalan Ending One Piece

TRANSCRIPT

RABU, 20 OGOS 2014Teori pengakhiran manga/anime One PieceTukang Merepek:Prince of NoobMangaOne PiececiptaanEiichiro Odamerupakanmanga yang paling popular bukan sahaja di Jepun malah di seluruh dunia. Mula dihasilkan pada tahun 1997 dan kini sudah 17 tahun bertahan dalam dunia manga dan anime. Apa yang membuatkan cerita One Piece ini menarik dan lain daripada manga yang lain adalah kerana plot yang unik dan tersusun, jalan cerita yang misteri dan tidak cliche serta karakter yang berwarna-warni. Malah sebuah babak atau dialog yang kecil pada suatu chapter boleh menjadi petunjuk dan bayangan kepada sesuatu yang penting dan besar pada beratus2 chapter kemudiannya.

Namun tidak tahu sampai bila One Piece ini akan tamat, dan Oda sendiri berkata yang One Piece kini hanya separuh daripada penceritaannya, bermaksud mungkin ia akan tamat dalam 10 atau 15 tahun lagi dan mencecah ribuan chapter. Akan tetapi, bagi yang hendak tahu pengakhiran dan misteri harta karun One Piece, ini adalah teori yang paling logik dan masuk akal setakat ini hasil daripada perbincangan hebat komuniti peminat siri One Piece.

Teori pengakhiran One Piece: The Inherited Will.

(Artikel ini hanya ditujukan kepada peminat dan mereka yang mengikuti One Piece sahaja. Mereka yang bukan peminat dan tidak pernah baca siri One Piece, boleh abaikan artikel ini).

THE VOID CENTURY

Mari kita mulakan dari awal. Ada satu tempoh masa yang dinamakanVoid Centurydalam dunia One Piece, di mana hanya kru dari lanunGol D. Rogersahajalah yang mengetahui misteri apa yang terjadi di dalam temph masa tersebut.

Namun, seorang profesorOharabernamaClovertelah memperolehi petunjuk tentang apa yang terjadi di masa itu. Beliau mengatakan bahawa terdapat sebuah kerajaan kuno yang digelarAncient Kingdom atau Great Kingdomyang amat hebat dan menguasai seluruh lautan. Namun kerajaan tersebut memiliki ramai musuh yang sangat berbahaya, yang pada akhirnya musuh2 itu berjaya meruntuhkan kerajaan hebat tersebut dan menghapuskan semua bukti2 kewujudannya dari sejarah.

Dalam masa yang sama sewaktu kerajaan agung itu dilenyapkan dari dunia,World Governmentjuga dibentuk buat kali pertamanya pada waktu itu. Maka Clover membuat kesimpulan bahawa World Government yang wujud sekarang tak lain dan tak bukan adalah musuh silam kerajaan agung tersebut.

THE HIDDEN PATTERN

There are three things that cannot be stopped: Man's dreams (Impian manusia) The flow of time (Aliran masa) Inherited will (Keazaman yang diwarisi)As long as people continue to seek the true meaning of freedom, they will never ceased to be!~ Gol D. Roger

Dalam dunia One Piece, kebanyakan arc atau cerita dalam dunia One Piece dirangka mengikut ketiga2 aturan tersebut, seperti contoh kisah Chopper danDr. Hiluluk:Impian Dr. Hiluluk adalah untuk untuk mengubati hati rakyat di Pulau Drum yang telah membeku dan dingin yang disebabkan oleh sikap pentingkan diriRaja Wapoldengan membuat bunga sakura mekar diDrum Kingdom(Man's Dream). Namun Hiluluk telah kalah melawan penyakit yang dideritainya menyebabkan impiannya tergendala di makan masa (Flow of Time). Impiannya diwarisi oleh Chopper, yang pada akhirnya berjaya membuat bunga sakura mekar di Drum Kingdom dan berlayar bersama Luffy (Inherited Will).KisahGolden Bell of Shandorian:2 orang rakan baik,CalgaradanNolandberpisah di persisiranJaya. Persahabatan mereka tidak berhenti di sini dan mereka berjanji untuk bertemu lagi (Man's Dream). Calgara sering membunyikan loceng emas agar rakannya tidak sesat dalam perjalanannya. Malangnya, pulau Jaya telah ditakdirkan untuk tercampak 10,000 meter di atas langit. Calgara mati disebabkan perang, manakala Norland dihukum mati di kampung halamannya. Dengan itu janji tersebut turut terkubur (Flow of Time).

400 tahun kemudian, seorang budak bernama Luffy berjaya menjumpai loceng emas tersebut dan membunyikannya semula untuk memenuhi janji yang telah dilupakan itu (Inherited Will).Begitu juga dengan kisah Sanji:Zeffsi kaki merah mempunyai impian untuk mencari "All Blue", lautan lagenda di mana lautan dari Utara, Selatan, Barat dan Timur bertemu dan mempunyai ikan daripada keempat2 lautan (Man's Dream). Namun setelah setahun berlayar di lautanGrand Line, beliau meninggalkan laut tersebut dan peristiwa kehilangan kaki kanannya menyebabkan beliau terpaksa melupakan impiannya (Flow of Time). Namun impiannya diwarisi oleh Sanji yang turut belayar bersama Luffy untuk mencari lautan All Blue (Inherited Will).

Boleh disimpulkan rangka cerita kebanyakan arc di dalam One Piece seperti berikut:1. Di masa lampau, ada seseorang yang memiliki impian tertentu, namun impian tersebut tidak sempat dikabulkan.2. Impian tersebut tidak terkabul dan terkubur dalam suatu tempoh waktu yang lama.3. Muncul seseorang yang akan mengabulkan impian tersebut dan merupakan seseorang yang mewarisi impian pemilik asal.

Dan kisah2 dalam One Piece diceritakan mengikut aturan ini berkali2 namun mungkin tidak ramai yang perasan. Aturan ini kita gelarkan "The Golden Pattern" kerana Gol D. Roger yang mencetuskannya.

Lalu bagaimana dengan impian Gol D. Roger sendiri? Adakah ia juga mengikut aturan The Golden Pattern ini? Persoalan ini terjawab dalamChapter 576:

Nampaknya Roger juga mempunyai suatu impian, impian yang diwarisi sejak beratus tahun, dan dia menunggu seseorang untuk membawa impian tersebut, dan ia juga mempunyai kaitan dengan One Piece. Oleh itu, apakah sebenarnya impian Roger?

ROGER'S DREAM

Impian Roger yang diceritakan kepadaWhitebeard, sebenarnya bukanlah impiannya sendiri. Roger sebenarnya mewarisi impian tersebut dari 800 tahun yang lalu, ya, impian yang telah dilupa dan dihilangkan dari The Ancient Kingdom.

Kerajaan Ancient Kingdom ini sangat besar, dan menguasai hampir seluruh dunia. Mereka juga memiliki teknologi yang sangat canggih, namun ada satu perkara yang menjadi masalah kepada mereka. Seperti yang kita tahu, dunia One Piece memiliki empat lautan utama yang dibahagi oleh Grand Line danRed Line. The Ancient Kingdom menganggap kedua2 tebing ini sebagai pengganggu yang harus dimusnahkan kerana mereka mengganggu para pelaut dan penjelajah yang hendak menyeberangi lautan dengan bebas, yang juga menghalangi kerajaan ini mencapai kemakmuran tertingginya.

Maka, mereka membuat sebuah projek raksasa yang boleh dianggap gila tapi harus juga dilaksanakan. Projek ini adalahprojek untuk menghancurkan titik temu antara Red Line dan Grand Line, dan dengan demikian menyatukan keempat lautan tersebut menjadi sebuah lautan besar. Projek ini dinamakanONE PIECE. Untuk merealisasikan projek ini, The Ancient Kingdom telah mencipta dan memiliki tiga buah senjata kuno iaitu Pluton, Poseidon dan Uranus yang berkemampuan untuk menghancurkan dunia, yang kini disebutAncient Weapons.

Chapter 650

Namun, tidak semua orang senang dengan projek tersebut. Terdapat 19 daripada 20 kerajaan kecil yang lain tidak setuju dengan projek itu, maka mereka bersatu dan melancarkan perang terhadap The Ancient Kingdom. Akhirnya mereka memenangi perang dan kerajaan2 kecil ini bergabung membentuk World Government. Kekalahan dalam perang tersebut menyebabkan Ancient Kingdom beserta projek One Piece lenyap dari muka bumi dan sejarah mengenai kewujudan kerajaan agung itu juga dihapuskan oleh World Government.

THE FLOW OF TIME

Namun, the Ancient Kingdom ini seperti sudah dapat mengagak akan kejatuhan mereka. Mereka pun menciptaPoneglyphsyang terkandung mesej yang ingin disampaikan kepada generasi akan datang dengan batu yang tidak boleh dimusnahkan serta tulisan yang tidak dapat difahami lalu disembunyikan di seluruh muka bumi, berisikan sejarah mereka dan Ancient Weapons yang mereka ciptakan.

Disebabkan itu, World Government melarang sebarang aktiviti untuk membaca Poneglyph dan mempelajari sejarah sebenar yang berlaku pada Void Century.

THE INHERITED WILL

Ketika Gol D. Roger tiba di pulauRaftel, tempat terakhir diNew World, dan juga dikhabarkan adalah pulau di mana kerajaan Ancient Kingdom terletak pada suatu ketika dahulu, mereka telah berjaya bertemu dan mengetahui sejarah yang telah hilang itu 800 tahun yang lalu. Beliau tahu apa yang harus dilakukan untuk melaksanakan projek One Piece, namun tubuhnya dijangkiti olehpenyakit yang tiada penawar dan umurnya tidak panjang. Maka, Roger memutuskan untuk mencetuskan era "The Great Age of Pirates" yang terkenal itu, dengan harapan seseorang yang cukup kuat akan muncul dan memenuhi impian tersebut untuk menggantikan dirinya.

Dan siapakah seseorang itu yang telah mewarisi impian tersebut? Rasanya kita semua sudah tahu jawapannya.

THE PROJECT OF ONE PIECE

Bagaimana projek ini akan terlaksana?

Rajah berikut menunjukkan bentuk bumi dunia cerita One Piece. Terdapat 4 lautan utama iaituEast Blue,North Blue,South BluedanWest Blueyang dipisahkan oleh Redline (tanah besar yang menegak) dan Grand Line (arus laut melintang).

Chapter 51 Page 4

Peta East Blue:

Idea One Piece ini adalah projek untuk menciptakan lautan yang sempurna untuk dilayari. Oleh itu ada dua perkara yang harus dilakukan: menyatukan empat lautan besar menjadi satu lautan yang besar, dan melenyapkan keluarbiasaan dan ketidakstabilan di Grand Line.

Adakah ia tidak mustahil untuk dilakukan?

Sebenarnya ia tidak mustahil untuk saintis Ancient Kingdom. Caranya adalah dengan menghancurkan satu titik di mana semua lautan di muka bumi (North, West, East, South, Grand Line, New World,Calm Belt) bertemu di satu tempat. Titik ini ada dua, dan keduanya harus dihancurkan:Reverse MountaindanHoly Ground Mariejoa/Fishman Island. Ya, tempat pertama Luffy memasuki Grand Line dan tempat di manaTenryuubito(Celestial Dragon) tinggal.

Maka, apakah yang mampu untuk menghancurkan titik tersebut? Ya, itulah Ancient Weapon atau Senjata Kuno iaitu Pluton.