kisah nabi dzulkifli as

Upload: nazrulhadi76

Post on 14-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bercerita Dari Kisah Al-Quran MTQSS

TRANSCRIPT

1 | DRAF TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN (P) SKPEJ 2014

KISAH NABI DZULKIFLI A.S.1. Muqaddimah

Assalamualaikum wrt. wbh . Terima kasih pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa, guru-guru seterusnya kawan-kawan yang dimuliakan. Kawan-kawan nak dengan cerita ?. Yapada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita bertajuk Kisah Nabi Ddzulkifli Alahissalam. 2. Isi 1

Kawan,kawan, siapakah dia Nabi Ddzulkifli?

Anak kepada seorang Nabi,Basyar bin Ayub nama diberi, SyairDiberi gelaran Nabi Dzulkifli,Orangnya sabar berakhlak terpuji.

Dzulkifli membawa makna "orang yang sanggup". Allah s.w.t telah mengangkatnya sebagai rasul setelah ayahnya Ayub dan dia dimasukkan oleh Allah sebagai orang yang sabar. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Anbiya ayat 85 :

Ertinya: Dan Ismail, Idris dan Dzulkifli adalah termasuk golongan orang yang sabar.

Kawan-kawan, pada hari ini banyak kes-kes penderaan terhadap kanak-kanak telah berlaku dalam masyarakat. Menurut Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia kes penderaan kanak-kanak pada tahun 2012 dicatatkan sebanyak 285 kes.Antara puncanya ialah kurangnya kesabaran hingga hilang pertimbangan..Sedihkan kawan-kawan.

Pengajarannya, kesabaran adalah sesuatu yang sangat dituntut dalam Islam. Allah Ta'ala berfirman dalam Surah Ali Imran 200 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu."

3. Isi 2

Ilyasa pemerintah yang sudah tua, Tiada zuriat mewarisi takhta, PantunMencari pemuda yang sanggup gantikannya,Bertanggungjawab dan bertaqwa jadi syaratnya.

Raja telah menghimpunkan seluruh rakyat jelata untuk memilih sesiapa yang sanggup menjadi raja. Di hadapan rakyatnya raja berkata : Siapakah di antara kamu yang sanggup berpuasa pada siang hari, beribadat pada malam hari dan tidak marah- marah, maka kepadanya aku serahkan takhta ini, kerana aku sudah tua ? .

Berdirilah seorang pemuda bernama Basyar dengan mengangkat tangannya seraya berkata : Aku sanggup. Demikianlah berulang kali raja bertanya dan berulang kali pula hanya sahutan pemuda itu menjawabnya.Maka pemerintahan pun diserahkan kepadanya kerana tiada seorang pun yang sanggup menerima amanah tersebut. Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu beliau diberi gelaran Dzulkifli.

Firman Allah Taala dalam Surah Sad ayat 48 :

Maksudnya : Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa' dan Dzulkifli. Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik .Tahun lalu, kita telah dikejutkan dengan kes pembunuhan ketua penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang yang ditembak kerana keberaniannya mempertahankan aqidah umat Islam dari dicemari oleh ajaran sesat.Semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada.Ya kawan-kawan, pengajarannya, kita mestilah berani dan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam tugas kita seperti Nabi Dzulkifli. Barulah umat Islam boleh cemerlang. Sejarah telah membuktikan bagaimana keberanian para Nabi terdahulu menghadapi pelbagai rintangan dalam menegakkan syiar Islam.

4. Isi 3

Kawan-kawan, Sang Raja sangat yakin bahawa rakyatnya akan mendapatkan kedamaian di bawah kepimpinan Dzulkifli. Baginda sempat berpesan kepadaDzulkifliagar tetap menjalankan syaratnya setelah kematiannya. Dzulkifli meyakinkan raja dan bersumpah bahawa ia akan tetap mematuhi syarat-syarat tersebut.

Sabda Nabi SAW

Yang bermaksud Tanda tanda orang munafik ada tiga, jika dia berbicara dia menipu, jika dia berjanji dia mungkiri dan jika dia diberi amanah dia mengkhianati Hadis riwayat Al-Bukhari dan MuslimLaporan tahun 2013 oleh Polis Diraja Malaysia memaparkan statistik kes pecah amanah yang dicatatkan ialah sebanyak 16,661 kes melibatkan jumlah kerugian mencecah lebih daripada RM1 bilion. Begitulah keadaannya, kalau tidak menjadikan Islam sebagai pedoman hidup.Ya kawan-kawan, pengajarannya, jika kita diberikan amanah kita wajib melaksanakannya supaya kita tidak tergolong dalam golongan orang munafik.

5. Isi 4Siang hari Dzulkifli berpuasa,Malam hari ibadah berlipat ganda ,Melayani rakyatnya dengan sempurna, PantunMasa rehatnya hanya seketika.

Suatu hari, seorang tetamu datang kepadanya ketika waktu rehatnya. Kononnya untuk mengadu masalah kepada sang raja. Walaupun sudah dinasihati untuk datang pada waktu bekerja namun tetamu itu tetap datang pada waktu rehatnya. Dzulkifli keluar mendengar permasalahan lelaki berkenaan walaupun dia berasa sangat letih. Pada pertemuan yang ketiga barulah Dzulkifli menyedari tetamu itu adalah jelmaan iblis yang mahu menggodanya.

"Ya, aku memang iblis yang ingin menguji kesabaranmu. Ternyata memang benar, engkau orang yang dapat memenuhi kesanggupanmu dahulu," kata iblis. Namun Dzulkifli tidak marah, malah tetap bersabar. Maka gagallah iblis untuk menghasut Dzulkifli supaya marah sekaligus memungkiri janjinya.

Firman Allah Taala dalam Surah Yaasin ayat 60:

Yang bermaksud : Sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu

Kawan-kawan, apa yang menyedihkan, menurut kajian yang dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010, hanya 28.7 % remaja Islam di Malaysia yang solat 5 waktu penuh sehari semalam. Macamana nak lawan syaitan kalau begitu kan kawan-kawan?

Kawan-kawan pernah digoda syaitan? Ya, semua orang pasti tidak terlepas dari godaannya. Pengajarannya, jagalah solat, kerana solat adalah benteng untuk menghadapi hasutan syaitan sekaligus mencegah kita dari melakukan perkara yang keji dan mungkar.

6. Penutup

Demikianlah kawan-kawan kisah Nabi Dzulkifli as yang sabar dan bertaqwa kepada Tuhannya. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua. Sekian, wassalamualaikum wrt wbh.

Isi

Dalil

Pengajaran

Isu semasa