ebooktarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · ini berbeza dengan...

57
Terima kasih kerana memuat turun sampel ebook daripada: EbookTarbiyah.Com

Upload: phamthuy

Post on 09-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Terima kasih kerana memuat turun sampelebook daripada:

EbookTarbiyah.Com

Page 2: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

“KEISTIMEWAAN SIRAH NABAWIYAH & SUMBER RUJUKANNYA”

PENDAHULUAN

Objektif Khusus:

Selepas mengkaji tajuk ini, mutarabbidapat:

1. Menjelaskan keistimewaan mengkajiSirah Nabawiyah

2. Menjelaskan sumber-sumber rujukanSirah Nabawiyah

Page 3: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

1. KEISTIMEWAAN SIRAH NABI MUHAMMAD SAW

Apakah keistimewaan Sirah Nabi Muhammad SAW, sehingga penting untuk kita

mempelajari & mengkajinya?

Kita menerima riwayat hidup Nabi SAW daripadasusur galur ilmiah yang paling tepat dan paling pasti(perbincangan lanjut selepas ini).

Kisah rasul-rasul terdahulu telah bercampur denganpemalsuan dan pindaan oleh pendeta kaum mereka.

Contohnya; kisah Nabi Musa AS dalam Taurat danNabi Isa dalam Bible tidak lagi dapat dipastikankebenarannya.

Sejarah kehidupan tokohagama lain seperti Buddha &Confucius telah pun ditokoktambah oleh pengikut merekapada setiap generasi.

Tiada disiplin ilmiah dalamperiwayatan kisah mereka.

i. Kisah Rasul Allah SWT dan tokoh pengislahan yangpaling sahih:

Page 4: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

ii. Kehidupan pada setiap peringkat kehidupan NabiMuhammad SAW terang seumpama sinaran mentari:

Diriwayatkan secara jelas setiap peringkat kehidupanbaginda;

seawal perkahwinan ibubapanya, zaman kanak-kanak & remaja, sumber pencarian sebelum kerasulan, saat kerasulan, dakwah di setiap fasa, sehinggalah kewafatan baginda.

Lebih daripada itu, kehidupan baginda yangterperinci turut diriwayatkan seperti;

keperibadian, gaya makan minum, bangun duduk, rupa paras fizikal, ibadah & muamalah akhlak pergaulan bersama sahabatnya.

Fenomena ini tidak terdapat dalam kisah rasul-rasulterdahulu.

Sebagai contoh, kita tidak tahu kisah Nabi Musa ASketika kanak-kanak, Nabi Isa AS juga begitu, malahNabi Yusuf AS juga tidak dicerita saat kewafatannya.

Page 5: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

iii. Kisah perjalanan manusia yang dimuliakan denganRisalahnya, namun tidak mengeluarkan bagindadaripada sifat-sifat kemanusiaan:

Kehidupan baginda tidak disertakan dongeng-dongeng atau ditokok tambah dengan sifatketuhanan.

Baginda menjalani kehidupan seperti manusia biasa,seperti makan dan minum, berkahwin danmempunyai anak, sakit, terluka dalam peperangandan sebagainya.

Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan GauthamaBuddha yang telah diubah sifat kemanusiaan merekakepada sifat ketuhanan oleh pengikut-pengikutmereka.

Oleh sebab itu, Nabi Muhammad SAW terusreleven untuk dijadikan model insan kamil kepadasetiap manusia.

GambaranGautama Buddha,

seorang tokoh perubahanyang akhirnya disembah

oleh pengikutnya.

Page 6: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Firman Allah SWT:

Á Â Ã Ä Å Æ Ç È É Ê Ë Ì Í Î

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diriRasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagiorang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allahdan (balasan baik) hari akhirat…

(Al-Ahzab 33: 21)

iv. Sirah Nabi Muhammad SAW meliputi setiap dimensikemanusiaan yang dimiliki oleh setiap insan yangingin mencontohinya:

Baginda mencontohkan teladan terbaikbagi manusia melalui dirinya sendiriperanan seorang:

pemuda, suami, bapa, pendakwah, murabbi, guru, panglima, ketua negara, politikus sahabat, jiran, ahli masyarakat dsb.

Page 7: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Kita tidak mendapati kesyumulan seperti ini dalamsirah kehidupan rasul-rasul terdahulu.

Di sebalik agungnya kehidupan para Rasul AS,namun tidak semua yang menjadi ketua negara,berperang, berkeluarga dan lain-lain.

Tokoh-tokoh seperti Buddha, Confucius, Aristotle,dan Napoleon hanya terserlah dan terkenal dalamsatu-satu bidang sahaja. Dalam aspek kehidupanyang lain, mungkin mereka gagal.

v. Memberi dalil yang tidak diragui lagi tentangkebenaran Risalah dan Kerasulan baginda kepada kita:

Rasulullah SAW memulakan dakwah berseorangan,namun setelah berjuang selama 23 tahun, hampirseluruh semenjang Arab memeluk Islam.

Baginda dibekali mukjizatAl-Quran yang sentiasamenjadi panduan dan hujahkepada baginda dalammenghadapi orang kafir.

Mukjizat baginda ini bukanlah berbentuk perkaraluar biasa yang menyalahi adat seperti mukjizat paraRasul lain, sebaliknya Al-Quran berdialog denganakal, hati dan pancaindera manusia agar mengenalikebesaran Allah SWT.

Page 8: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Manusia akhirnya beriman kepada dakwah bagindadengan penuh rasional, kesedaran, dan sukarelatanpa ada unsur paksaan.

Ini membuktikan betapa Risalah tersebut amat suci,dan datang daripada Pencipta manusia.

Baginda juga telah mendapat dokongan Ilahisepanjang perjalanan Dakwah dan peperangannya,ini menunjukkan kebenaran Risalah yang dibawa.

Tersebar luasnya Islam sehingga membentuk empayardalam masa yang singkat merupakan di antara bukti

kebenaran Risalah Nabi SAW.

Page 9: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

2. SUMBER RUJUKAN SIRAH NABI MUHAMMAD SAW

Apakah sumber-sumber rujukan asasi bagiSirah Nabi Muhammad SAW?

Hanya terdapat 4 sumber rujukan utama Sirah NabiMuhammad SAW yang diiktiraf iaitu:

Sumber-sumber rujukan asasi bagiSirah Nabawiyah yang diiktiraf

AL-QURAN AL-KARIM

SUNNAH YANG SAHIH

SYAIR ZAMAN

KERASULAN

KITAB-KITAB SIRAH

Page 10: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

i. Al-Quran Al-Karim

Al-Quran merupakan sumber asasi yang paling sahihtentang Sirah Nabi Muhammad SAW.

Al-Quran menceritakan kisah baginda secara ringkasdan tidak disertakan data-data terperinci.

Fokusnya adalah ‘Ibrah (Pengajaran dan Pedoman)yang boleh diambil dalam setiap peristiwa.

Contohnya ialah cerita keadaan baginda yangyatim piatu, firman Allah SWT:

Y Z [ \ ] Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, laluDia memberikan perlindungan?

^ _ ` aDan didapati-Nya engkau mencari-cari (jalan yangbenar), lalu Dia memberikan hidayah pertunjuk(dengan wahyu - Al-Quran)?

(Ad-Dhuha 93: 6-7)

Page 11: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Kemuliaan akhlak baginda; seperti firmanAllah SWT:

k l m n oDan bahawa sesungguhnya engkau mempunyaiakhlak yang sangat-sangat mulia.

(Al-Qalam 68: 4)

Al-Quran turut membicarakan tentang:

Keperitan dan sikap degil manusia yang dihadapioleh baginda di jalan dakwah

Beberapa gelaran yang diberikan orang musyrikkepada baginda demi menyekat penerimaandakwah

Perjalanan hijrah baginda dan para Sahabat

Pertempuran-pertempuran penting yang telahdihadapi seperti Perang Badar, Uhud, Azhab,Perjanjian Hudaibiyah, Fathu Makkah dan PerangHunain.

Page 12: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

ii. Sunnah yang Sahih

Sunnah-sunnah Nabi SAW diriwayatkan secarabersambung kepada baginda dan para Sahabat RAoleh para imam hadis yang diakui kejujuran danketsiqahan mereka.

Rujukan utama bagi sunnah Rasulullah SAW ialah:

Kitab Sunnan Sittah (6 Kitab Hadis) yang utama,iaitu Sahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan AbuDaud, Sunan An-Nasaie, Sunan At-Tirmidzi danSunan Ibnu Majah.

Juga termasuk Al-Muwatto’ Imam Malik danMusnad Imam Ahmad.

Sebahagian besar kehidupan Nabi SAW, peristiwa,peperangan dan amalannya terkandung di dalamkitab-kitab ini.

Para Sahabat RA yang telah meriwayatkan hadis-hadis ini hidup, bergaul dan ditarbiyah secaralangsung oleh Rasulullah SAW.

Mereka adalah generasi yang termulia, dan melaluimerekalah Allah SWT menangkan Islam. Oleh itu,riwayat dari mereka diterima tanpa ragu-ragu lagi.

Page 13: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

iii. Syair Zaman Kerasulan

Serangan orang Musyrikin Mekah kepada Nabi SAWmelalui syair-syair dibalas oleh para penyair Islamseperti:

Hasan bin Tsabit RA, dan Abdullah bin Rawwahah RA.

Kitab-kitab sastera dan Sirah yang ditulis selepaszaman itu mengandungi banyak syair-syair sebegini.

Melalui syair-syair tersebut, kita dapat membuatkesimpulan tentang fakta-fakta yang berkaitansuasana persekitaran ketika itu.

Asalnya Sirah Nabi SAW hanya berbentuk hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para Sahabat RA.

Sesetengah Sahabat memberikan perhatian khususpada setiap peristiwa yang berlaku dalam Sirah NabiSAW dan perinciannya.

Para Tabi’in menukilkan riwayat-riwayat ini danmencatatnya dalam lembaran simpanan mereka,antaranya:

iv. Kitab-kitab Sirah

Page 14: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Aban bin Uthman bin ‘Affan (32 - 105 H) Urwah bin Az-Zubair bin Al-’Awwam (23 - 93 H) Abdullah bin Abu Bakar Al-Ansori (meninggal

135 H) Muhammad bin Muslim bin Syihab Az-Zuhri

(50 - 124 H) ‘Asim bin Umar bin Qatadah Al-Ansori

(meninggal 135 H)

Keperihatinan para Tabi’in ini berpindah ke generasiseterusnya yang mengasingkan penulisan Sirahdaripada bidang lain.

Antara pengarang awal Sirah yang paling terkenaltermasuklah:

IBNU ISHAK (Meninggal 152H)

IBNU HISYAM (Meninggal 213 /

218H)

IBNU SAAD (168 - 230H)

AT-TOBARI(224 - 310H)

Page 15: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Jumhur ulama dan para ahli hadis bersepakatmengatakan beliau Tsiqah, kecuali Malik danHisyam bin Urwah bin Az-Zubair.

Ulama muhaqqiqin tafsirkan tindakan dua alimbesar ini disebabkan persengketaan peribadiantara mereka dengan Ibnu Ishaq.

Ibnu Ishaq telah menulis kitab Al-Maghazi yangmengandungi riwayat-riwayat yang pernahdidengarnya sendiri di Madinah dan Mesir.

Sayangnya kitab tersebut telah hilang bersamawarisan ilmu silam yang lain.

a. Ibnu Ishak (Muhammad bin Ishaq)

Bagaimanapun, kandungandaripada kitab tersebuttelah diriwayatkan semulaoleh Ibnu Hisyam dalamkitab Sirahnya melaluigurunya, Al-Bakka’I (salahseorang daripada muridIbnu Ishaq yang terkenal)

Kitab Sirah Ibnu Ishaq

Page 16: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Beliau membesar di Basrah.

Beliau telah menulis kitab As-Sirah An-Nabawiyahyang mengandungi riwayat dari Al-Bakka’I danguru-gurunya yang lain.

b. Ibnu Hisyam (Abu Muhammad; Abdul Malikbin Ayyub al-Himyari)

Beliau menyebutkan riwayat Ibnu Ishaq yangtidak menetapi standard ilmunya, dan yangdikritiknya.

Kitab ini muncul sebagai sumber Sirah NabiMuhammad SAW yang paling amanah, palingsahih dan paling teliti.

Ia telah diterima oleh orang ramai dankemudiannya dinamakan Sirah Ibnu Hisyam.

Kitab ini telah disyarahkanoleh dua orang alim dariAndalus iaitu:

o As-Suhaili (508 - 581 H)o Al-Khusyaini (535 - 604 H)

Kitab Sirah Ibnu Hisham

Page 17: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Beliau dilahirkan di Basrah dan meninggal diBaghdad.

Merupakan seorang penulis kepada Muhammadbin Umar Al-Waqidi (130 - 207 H), seorang ahlisejarah yang terkenal dalam bidang peperangandan sirah.

c. Ibnu Saad (Muhammad bin Saad binMani’ Az-Zuhri)

Kitab ini dianggap antara sumber awal sirahyang paling dipercayai.

Faktanya paling terpelihara dengan dinyatakanlatarbelakang Sahabat dan Tabi’in.

Beliau telah menulis kitabAt-Tabaqot Ibnu Saad (iaituselepas menulis Sirah NabiSAW) dengan menyebutnama-nama para Sahabatdan Tabi’in mengikutlapisan generasi (Tabaqot),kabilah serta kawasanmereka.

Kitab Tabaqot Ibnu Saad

Page 18: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

d. Abu Ja’far; Muhammad bin Jarir At-Tobari

Seorang Imam, faqih, ahli hadis dan pengasasmazhab fiqh (namun kurang tersebar).

Riwayat-riwayat beliau boleh dijadikan hujahdan dipercayai. Namun, terdapat juga banyakriwayat dhaif atau batil yang disebut dengandisandarkan kepada perawinya.

Pada zaman beliau, orang mengenali perawiberkenaan. Contohnya Abu Mikhnaf, seorangpengikut Syiah yang taksub.

At-Tobari banyak memasukkan riwayat darinyake dalam tulisan beliau dengan menyandarkanriwayat tersebut kepada Abu Mikhnaf.

Dengan itu, beliau seolah-olah melepaskantanggungjawab terhadap riwayat tersebut danmeletakkannya ke bahu Abu Mikhnaf.

Menulis Tarikh At-Tobari yangtidak terbatas kepada SirahNabi SAW, bahkan sejarahumat-umat sebelumnya.

Terdapat bahagian khususuntuk Sirah Nabi SAW,seterusnya disambung tentangsejarah umat Islam hinggabeliau meninggal dunia. Tarikh At-Tobari

Page 19: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Penulisan Sirah terus berkembang dan sesetengahnyaditulis secara khusus dan berasingan, contohnya:

Dala-il An-Nubuwwah (Tanda-tanda Kenabian)oleh Al-Ashbahani.

As-Syamail Al-Muhammadiyyah (PerwatakanMuhammd) oleh At-Tirmidzi.

Zadul Ma’ad (Bekalan ke Tempat Kembali) olehIbnu Qayyim Al-Jauziyyah.

As-Syifa’ (Kesembuhan) oleh Qadhi ’Iyadh

Al-Mawahib Al-Laduniyah (Bakat-bakat KurniaanTuhan) oleh Al-Qastalani.

Demikianlah, sehingga kinipara ulama’ terus menulisSirah Ar-Rasul SAW dengancara moden yang sesuaidengan citarasa semasa..

Antara kitab Sirah moden yang terkenal ialah “Nur Al-Yaqin fi Sirah

Sayyid Al-Mursalin” olehSyeikh Muhammad Al-Kudhori.

Page 20: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Kitab Sirah moden terkini yangpaling mendapat sambutan dikalangan para ulama’ danmasyarakat adalah “Ar-RahiqAl-Maktum” yang telah ditulisoleh Syeikh Sofiyurrahman Al-Mubarakfuri daripada India.

Kitab ini telah dianugerahkan“Kitab Sirah Terbaik” olehRabithah ‘Alam Islami.

Page 21: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

“KEHIDUPAN BAGINDA SEBELUM DIUTUSKAN SEBAGAI RASUL”

BAHAGIAN 1

Objektif Khusus:

Selepas mengkaji bahagian ini, mutarabbidapat:

1. Mengetahui sebahagian kehidupanRasulullah SAW semasa kecil &remajanya.

2. Menentukan beberapa pemangkinyang membantu & memberi kesandalam pendidikan baginda.

3. Membandingkan di antara kehidupanbaginda dengan kehidupan pemuda-pemuda lain di Makkah.

4. Mengkaji sebab Rasulullah SAWpergi ke gua Hira’ sebelumdibangkitkan (al-Bi’thah).

5. Mengetahui bahawa berfikir tentangmakhluk ciptaan Allah SWT dengabtujuan untuk mengetahui kekuasaanAllah SWT adalah Ibadah.

Page 22: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

1. KELAHIRAN MUHAMMAD SAW

Nabi Muhammad SAW dilahirkan daripada keluargaterbaik di kalangan keluarga Arab; iaitu Bani Hasyim.

Bani Hashim merupakan keturunan Quraisy yangpaling mulia, nasab tidak tercemar. Nenek moyangbaginda semuanya lahir dari perkahwinan yang sah.

Mereka juga memiliki kedudukan yang paling tinggidi kalangan bangsa Arab.

Salsilah Keluarga Nabi Muhammad SAW

Page 23: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Daripada al-’Abbas RA, daripada RasulullahSAW, baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah mencipta makhluk ini; laluDia menciptakan aku daipada sebaik-baik makhluk &daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia).

Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baikkumpulan di antara dua kumpulan (Arab & bukanArab). Kemudian Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan akudaripada sebaik-baik kabilah (Quraisy).

Kemudian Dia meneliti pemilihan keluarga-keluargasecara rapi, maka Dia menciptakan aku daripadasebaik-baik keluarga (Bani Hasyim).

Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehinggadipilih menjadi Rasul & penutup segala nabi) &sebaik-baik keluarga di kalangan mereka (keturunannenek moyang baginda tiada yang lahir daripadapenzinaan, sebaliknya melalui pernikahan yang sah).

Riwayat at-Tirmidzi dengan sanad yang sohih

Page 24: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Oleh disebabkan nasab yang mulia ini, RasulullahSAW tidak berhadapan dengan isu keturunannyadicela oleh musyrikin Quraisy.

Akhirnya, mereka terpaksa mereka-reka isu lainuntuk mencela baginda SAW; contohnya ahli sihir,gila dan sebagainya.

Pengajaran & Pedoman

Sudah menjadi kebiasaan, masyarakat akanmempelekehkan seseorang yang tidak dikenalilatarbelakang dan keturunannya.

Ketika Rasulullah SAW mengirimkan surat kepadaHercules (Maharaja Rom) menyeru keislamanmereka; soalan pertama beliau kepada Abu Sufianadalah; “Bagaimana keturunan Muhammad dalammasyarakat kamu?”

Abu Sufian menjawab (ketika itu belum beriman):“Dia daripada keturunan kami yang paling mulia.”

Jika Da’I berada di kedudukan yangmulia di kalangan masyarakat, orangramai lebih tertarik untuk mendengarseruannya.

Page 25: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Selesai Hercules mendengar jawapan tentang diriRasulullah SAW, beliau berkata kepada Abu Sufian:

“Aku tanyakan kepadamu, bagaimanakah keturunannya?Kamu mendakwa bahawa dia daripada keturunan kamuyang paling mulia.

Demikianlah, Allah hanya memilih nabi daripada golonganyang mulia dalam kaumnya; dan mempunyai keturunanyang baik.”

Benar, Islam tidak meletak apa-apa nilai padakemuliaan nasab seseorang, namun ia bermanfaatbagi memangkin penerimaan masyarakat terhadapmesej yang disampaikan oleh Da’I.

Sabda Rasulullah SAW:

“Mereka yang terpilih semasa jahiliyah, adalah jugaterpilih semasa Islam, sekiranya mereka memahami.”

Hadis Riwayat al-Bukhari

Page 26: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

2. ZAMAN KANAK-KANAK MUHAMMAD SAW

Muhammad SAW membesar sebagai anak yatim.Bapa baginda, Abdullah telah meninggal dunia ketikaibunya, Aminah baru 2 bulan mengandungkannya.

Apabila baginda berusia 6 tahun, Aminah pulameninggal dunia. Maka, sejak kecil baginda merasaipahit maung kehilangan kasih sayang ibubapa.

Selepas itu, baginda dipelihara oleh datuknya, AbdulMutollib. Ketika berumur 8 tahun, datuk bagindapula meninggal dunia.

Dengan itu, baginda dipelihara pula oleh bapasaudaranya, Abu Tolib sehinggalah dewasa.

Al-Quran menyebutkan hal keyatiman bagindadi dalam firman Allah SWT:

Y Z [ \ ] Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, laluDia memberikan perlindungan?

(Ad-Dhuha 93: 6)

Page 27: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Pengajaran & Pedoman

Baginda menjadi lebih belas simpati kepada anakyatim, orang miskin & mereka yang diseksa. Inimelahirkan usaha untuk berlaku adil, melakukankebajikan & mengasihi golongan tersebut.

Setiap Da’I memerlukan aset peri kemanusiaan ini,sehingga kita mampu merasai kesengsaraan orangyang lemah & susah.

Tiada cara yang lebih berkesan dalam membekalkanaset peri kemanusiaan ini, kecuali dengan mengalamisendiri kesulitan yang dirasai oleh mereka.

Ketabahan menanggung keperitananak yatim atau kesusahan hidupsemasa kecil, membuatkan RasulullahSAW lebih peka dan sensitif dengannilai-nilai kemanusiaan yang mulia.

Kanak-kanak Gaza berjalan di atas runtuhan

rumah mereka selepasdibom oleh tentera Israel.

Tercabarkah perikemanusiaan kita?

Page 28: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Nabi SAW menghabiskan 4 tahun pertama kanak-kanaknya di padang pasir perkampungan Bani Saad.

Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmaniyang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani danmampu menunggang kuda di usia yang masih kecil.

Bakat-bakat baginda ini terasah dalam kemurniandan keheningan padang pasir, di bawah kilauansinaran matahari dan udara yang bersih.

Pengajaran & Pedoman

Hidup dalam suasana yang hampirkepada fitrah semulajadi dan jauhdaripada kehidupan yang kompleksakan membentuk kemurnian fikiran,kekuatan akal, tubuh badan dan jiwasejahtera. Pemikiran juga mudahdibentuk.

Pemilihan bangsa Arab sebagai tempat bermulanyaIslam bukanlah secara kebetulan. Bahkan keranamereka lebih berjiwa murni, berfikiran sejahtera &berakhlak kukuh.

Mereka lebih cekal menanggung kesukaran dalamperjuangan berbanding bangsa bertamadun yangberjiran dengan mereka (Rom & Parsi).

Page 29: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Keunggulan Muhammad SAW terserlah sejak kecillagi. Wajahnya menampakkan kecerdikan danmenimbulkan kasih sayang bagi yang melihatnya.

Dalam majlis Abdul Mutollib, baginda duduk di atastilam datuknya itu. Kanak-kanak lain tiada yangberani duduk di atasnya.

Ketika bapa-bapa saudaranya cuba menarik baginda,datuknya berkata: “Biarkan cucuku ini. Demi Allah, diamemiliki keistimewaan.”

Page 30: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

3. ZAMAN REMAJA MUHAMMAD SAW

Pada awal zaman remajanya, Muhammad SAWmengembala kambing untuk penduduk Makkahdengan upah 2 Qirat (iaitu 1/24 Dinar).

Sabda Baginda SAW:

“Semua Nabi yang diutuskan Allah pernahmengembala kambing” Maka para Sahabat RAbertanya kepadanya: “Kau juga ya Rasulullah?”

Lantas Baginda menjawab: “Aku juga begitu. Akupernah mengembala kambing untuk pendudukMakkah dengan upah beberapa Qirat.”

Pengajaran & Pedoman

Urusan sara hidup bagi para Da‘Ibergantung kepada usahanya sendiridan sumber pencarian yang mulia.

Seorang Da’i tidak akan mengemis &meminta-minta (malah berhelah untukmengaut keuntungan dunia), sehinggamerendahkan harga diri ke tahap hina.

Page 31: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Muhammad SAW tidak menyertai rakan-rakansebayanya bersuka ria dan berpoya-poya.

Pernah baginda teringin untuk menyaksikannyanyian di majlis perkahwinan sebuah rumah diMakkah, namun Allah memeliharanya denganmenidurkannya.

Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnyamenyembah berhala, makan sembelihan untukberhala, minum arak dan berjudi. Juga tidak pernahcelupar atau berkata kesat.

Pengajaran & Pedoman

Kehidupan Da’I yang lurus semasaremaja & perjalanan hidup yang baik,lebih menjamin kejayaannya dalamdakwah.

Ini kerana, dia tidak akan berhadapandengan orang yang akan mencemuh &mengungkit keperibadiannya (yaknisebelum menerima tarbiyah).

Benar, Allah SWT sentiasa menerima taubat hamba-hamba yang kembali kepada-Nya. Namun, reputasiyang baik tetap memainkan peranan penting dalampenerimaan seruan dakwah.

Page 32: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

4. KECERDIKAN MUHAMMAD SAW

Sejak mumayyiz lagi, Muhammad SAW sudahterkenal mempunyai akal yang matang &pandangan yang bernas.

Buktinya ialah dalam peristiwa peletakkan HajarulAswad ke tempatnya di Kaabah. Ceritanya begini:

Suatu ketika dinding Kaabah retak akibat banjir.Maka diputuskan agar ia diruntuhkan & dibinasemula.

Ketika sampai ke peringkat meletakkan HajarulAswad semula ke tempatnya, setiap Kabilahberebut untuk mendapatkan penghormatan ini.

Pertelingkahan sampai ke tahap saling mengancamuntuk berperang, sehinggalah mereka bersetujuuntuk merujuk kepada orang pertama yangmemasuki pintu Bani Syaibah (antara pintu Kaabah)sebagai hakim.

Dan ternyata orang yang pertama memasukinyaadalah Muhammad SAW. Mereka berkata: “Iniadalah Al-Amin! Kami rela dengan hukumannya.”

Sebagai penyelesaian, Baginda SAW memutuskanagar dibentangkan kain selendangnya, kemudiandiletakkan Hajarul Aswad di atasnya.

Page 33: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Baginda menyuruh setiap wakil Kabilah untukmemegang hujung selendang dan mengangkatnyake tempat letak.

Seterusnya, Baginda mengambil dan meletakkanHajarul Aswad dengan tangannya sendiri.

Semua pihak berpuas hati dan Allah selamatkanpenduduk Makkah dari berlakunya pertumpahandarah melalui kecerdikan Baginda SAW.

Gambaran semulaperistiwa perletakkan

Batu Hajarul Aswad olehwakil setiap kabilah.

Pengajaran & Pedoman

Orang yang cerdik dan cerdas amatdiperlukan untuk memegang tampukdakwah & kepimpinannya.

Jika orang jahil yang memimpin, iaakan memberi kesan buruk kepadakeputusan, gagasan & strategi dakwah.

Page 34: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

5. KEJUJURAN MUHAMMAD SAW

Muhammad SAW dikenali sebagai seorang yangjujur & amanah di kalangan kaumnya. Bagindadigelar oleh kaumnya sebagai al-Amin.

Baginda terkenal dengan hubungan baik, menepatijanji, kehidupan yang lurus & reputasinya yangamat baik.

Hal ini telah menarik minat seorang Khadijah bintiKhuwalid untuk menawarkan baginda agarmemperniagakan barang dagangannya ke kotaBusra, di Syam.

Sekembalinya ke Makkah, Baginda membawabanyak keuntungan dalam perniagaan tersebut.

Maisarah, hamba lelaki Khadijah menceritakansikap amanah & ikhlas baginda dalam berniaga.

Sehingga akhirnya, keperibadian Muhammad SAWmenarik hati Khadijah RHA untuk melamarbaginda sebagai suami.

Maka, dalam usia 25 tahun,Muhammad SAW berkahwindengan Khadijah RHA.

Gambar Hiasan

Page 35: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

6. PENGALAMAN BERMUSAFIR

Muhammad SAW keluar bermusafir daripadaMakkah sebanyak 2 kali.

Pertama, bersama bapa saudaranya, Abu Tolibketika berusia 12 tahun.

Kedua, ketika membawa barang dagangan Khadijahke Syam ketika berumur 25 tahun.

Pengajaran & Pedoman

Pengalaman berkelana, bergaul denganorang ramai, memahami adab, situasi& masalah mereka memberi kesanbesar terhadap kejayaan dakwah.

Da’I hendaklah hidup & berinteraksibersama mad’u, fahami masalahmereka, lalu meyelesaikannya secarapaling berhikmah.

Page 36: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Jika ingin mengislah golongan beragama, Da’I perluhidup bersama mereka di masjid, di majlis & dalammasyarakat mereka.

Jika ingin mengislah golongan buruh & peladang,Da’I mesti hidup dengan mereka di kilang &kampung. Makan minum & bermasyarakat dipersekitaran mereka.

Begitulah jika ingin mengislah sesuatu kaum ataumasyarakat, dia perlu hidup bersama sehinggabenar-benar memahami latarbelakang mereka. Agardakwah & islah dapat dilakukan secara berstrategi &diterima baik oleh mereka.

Gambar HiasanDa’I perlu hidup & berinteraksi bersama

mad’unya.

Page 37: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

7. BERKHALWAH DI GUA HIRA’

Beberapa tahun sebelum diutuskan sebagai Rasul,Allah SWT telah menimbulkan rasa cinta padaMuhammad SAW untuk berkhalwah di Gua Hira’.

Gua Hira’ terletak di sebuah bukit berdekatandengan Makkah, di barat laut Makkah.

Baginda berkhalwah di Gua Hira’ selama sebulan(iaitu sepanjang bulan Ramadahan).

Di sini, baginda merenung & berfikir mengenaitanda-tanda kebesaran Allah SWT, serta kehebatankekuasaan-Nya.

Khalwah ini berterusan sehinggalah turunnyawahyu & Al-Quran kepada baginda.

Gua Hira’

Page 38: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Pengajaran & Pedoman

Dari semasa ke semasa, seorang Da‘Imestilah mempunyai waktu untukbersendiri dengan Allah SWT.

Dalam tempoh ini, ruhnya berhubungdengan Allah SWT. Agar jiwanyadibersihkan daripada akhlak tercela &kehidupan yang kacau.

Di sini juga, Da’I bermuhasabah diri dari kecuaian &kesilapan dalam cara, manhaj & jalannya, sertamendekatkan diri (zikrullah) kepada Allah SWT.

Tahajjud & qiamullail di penghujung malammerupakan suatu khulwah (bersendirian) bagi seorangDa’I. Ia adalah kelazatan yang tidak diketahui kecualioleh orang-orang yang Allah muliakan dengannya.

Ibrahim bin Adham berkata:

“Kelazatan yang kami kecapi, jika diketahui oleh raja-raja,pasti mereka akan memerangi kami demi memperolehinya.”

Page 39: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

“PERMULAAN WAHYU SEHINGGA HIJRAH KE HABSYAH”

BAHAGIAN 2

Objektif Khusus:

Selepas mengkaji bahagian ini, mutarabbidapat:

1. Menerangkan permulaan wahyuditurunkan kepada Rasulullah SAW.

2. Menjelaskan strategi awal dakwahbaginda & mencontohinya.

3. Mengetahui kesan pederitaanRasulullah SAW apabila sahabat-sahabatnya diseksa orang-orang kafir.

4. Mentafsirkan arahan Rasulullah SAWkepada para sahabat untuk berhijrahke Habsyah.

Page 40: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

1. WAHYU PERTAMA DI GUA HIRA’

Jibril AS datang membawawahyu pertama kepadaMuhammad SAW ketikabaginda berusia 40 tahun.

Peristiwa ini berlaku padahari Isnin, 17 Ramadhan.

Imam Bukhari meriwayatkan daripadaUmmul Mukminin; Aishah RHA:

Perkara pertama yang mula-mula berlaku kepadaRasulullah SAW ialah mimpi baik semasa tidur.Baginda hanya bermimpi melihat ia datangseperti cahaya subuh.

Kemudian ditimbulkan kepada Baginda rasacinta untuk berkhulwah. Baginda punberkhulwah di Gua Hira’.

Baginda beribadah di dalamnya untuk beberapamalam sebelum pulang untuk menemuikeluarganya bagi mengambil bekalan untukkhulwah seterusnya. Kemudian Baginda kembalilagi menemui Khadijah RHA, mengambilbekalan yang seumpamanya.

Page 41: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Sehinggalah wahyu kebenaran diturunkan kepadaBaginda ketika berada di Gua Hira’.

Malaikat (Jibril) datang menemui Baginda serayaberkata, “Bacalah!” Baginda berkata, “Aku tidaktahu membaca.”

Baginda menceritakan:

Maka dia memegang dan memeluk aku sehinggaaku merasa kepenatan. Dia berkata lagi,“Bacalah.” Maka aku berkata, “Aku tidak tahumembaca.”

Maka dia memegang dan memeluk aku untuk kalikedua sehingga berasa penat.

Kemudian dia melepaskan aku. Dia berkatakembali, “Bacalah.” Maka aku berkata, “Aku tidaktahu membaca.”

Maka dia memegang dan menutupi aku untuk kaliketiga. Kemudian dia melepaskan aku serayaberkata:

Page 42: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

“Bacalah dengan Nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).

Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.

Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.

Dia mengajarkan manusia apa yang tidakdiketahuinya.”

(Al-‘Alaq 96: 1 - 5)

^ _ ` a b c

K L M N O P

Q R S T U

V W X Y

] \ [ Z

Page 43: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Pengajaran & Pedoman

Dalam konteks Rasulullah SAW, Allah SWT telahmengilhamkan kepadanya rasa cinta untukberkhulwah & beribadah kepada Allah SWT.

Ini merupakan suatu proses pembersihan &persediaan rohani untuk memikul bebanan Risalah.

Tatkala Allah SWT ingin mendorongseseorang hamba-Nya agar berdakwahkepada kebaikan & pengislahan, makaDia mencampakkan ke dalam hatinya,rasa benci kepada kesesatan &kerosakan yang dilakukan olehmasyarakat.

Setelah peristiwa di Gua Hira’ itu, baginda teruspulang ke rumah dalam keadaan gementar.

Nabi SAW mendapatkan Khadijah RHA lalu berkata,“Selimutkan aku, selimutkan aku!”

Baginda menceritakan apa yang telah berlaku &berkata, “Aku bimbangkan diriku.”

Page 44: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Lantas Khadijah RHA berkata, “Tidak mungkin! DemiAllah, Allah tidak akan sekali-kali menghinamu. Kamumenyambungkan silaturrahim, menanggung pihak yanglemah, memberi pendapatan kepada yang tidak berharta,memuliakan tetamu & menolong mereka yang benar.”

Kemudian, Khadijah RHA mengajak Nabi SAWmenemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin AbdulUzza (sepupu Khadijah).

Beliau seorang pendeta Nasrani yang sudah tua &buta. Beliau boleh menulis dalam bahasa Ibrani &menuliskan Injil dalam bahasa tersebut.

Setelah mendengar cerita Rasulullah SAW, Waraqahberkata: “Dia adalah Namus (pembawa wahyu, Jibril)yang pernah turun kepada Nabi Musa AS. Alangkahbaiknya kalau aku masih muda remaja & kuat. Semoga akumasih hidup ketika kaum kamu mengusirmu keluar.”

Lalu Rasulullah SAW bertanya, “Adakah mereka akanmengusir aku keluar?” Dia berkata, “Ya. Tiada seoranglelaki yang datang membawa seperti apa yang kamu bawa,pasti akan dimusuhi. Sekiranya aku sempat dengan hariitu, aku akan menolongmu semampuku.”

Tidak lama kemudian Waraqah meninggal dunia.Sementara wahyu pula terhenti buat seketika.

Page 45: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Pengajaran & Pedoman

Nabi SAW hanya mendapat kepastian kenabiannyasetelah melihat datangnya Jibril AS, juga setelahditegaskan oleh Waraqah bin Naufal.

Nabi Muhammad SAW tidak bercita-cita menjawat tugas kenabian & tidakpernah mengimpikannya.

Jika baginda bercita-cita memperolehkenabian, pasti baginda tidak akan takut& gementar ketika menerima wahyu.

Page 46: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

2. DAKWAH SECARA RAHSIA

Nabi SAW mula berdakwah secara rahsia kepadaorang-orang terdekat & terpercaya. Di antara orangyang paling awal beriman dengan Nabi SAW adalah:

Khadijah binti Khuwalid RHA (isteri) Ali bin Abi Tolib RA (sepupu, 10 tahun) Zaid bin Harithah RA (bekas hamba, anak angkat) Abu Bakar As-Siddiq RA (sahabat karib) Bilal bin Rabah RA (hamba)

Kemudian wahyu terhenti seketika. Ulama berselisihpendapat tentang masa terhentinya wahyu (palinglama 3 tahun, paling singkat 6 bulan). Menurutpenulis, 6 bulan adalah paling sohih.

Oleh sebab itu, Nabi SAW bersusah hati & kecewa,bimbang jika Allah SWT telah membencinya. Setelahitu, turunlah wahyu yang kedua.

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Jabir RA,daripada Nabi SAW:

Ketika aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba akumendengar satu suara dari langit. Aku mengangkatpandanganku. Rupa-rupanya ia adalah malaikat yangtelah datang kepadaku di Gua Hira’. Malaikat itusedang duduk di atas kerusi di antara langit & bumi.

Page 47: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Aku merasa takut kepadanya, lantas aku pulang.Aku berkata, “Selimutkan aku!” Maka AllahTaala menurunkan:

“Wahai orang yang berselimut!

Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran(kepada manusia).

Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlahkebesaran-Nya.

Dan pakaianmu, maka hendaklah kau bersihkan.

Dan segala kejahatan, maka hendaklah kau jauhi.

(Al-Muddathir 74: 1-5)

« ª ©

~ } |

ے ¡ ¢

¥ ¤ £

¨ § ¦

Page 48: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Setelah itu, wahyu pun turun secara berterusan.Rasulullah SAW mula mendakwahkan Islam secararahsia kepada golongan yang dipercayai kerasionalanakalnya selama 3 tahun.

Hasilnya seramai kira-kira 30 orang memeluk Islamdi kalangan lelaki dan wanita.

Pengajaran & Pedoman

Jika dakwah & islah menjadi satuperkara yang janggal pada mentaliti &kepercayaan masyarakat, Da’I tidakperlu segera untuk menyampaikannyadengan lantang.

Da’I terlebih dahulu perlu membina sekumpulankader yang mengimani dakwah ini, serta sanggupberkorban apa sahaja untuk menegakkannya.

Langkah ini juga agar keselamatan dan kelangsungandakwah terjamin (jika tidak, akan dihancurkansebelum ia menjadi kuat).

Page 49: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

3. DAKWAH SECARA BERTERUS TERANG

Selepas 3 tahun dakwah secara rahsia, Allah SWTmemerintahkan agar Nabi SAW mula berdakwahsecara terang-terangan melalui firman-Nya:

“Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apayang diperintahkan kepadamu, dan janganlah kauhiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrikitu.” (Al-Hijr 15: 94)

Ekoran dakwah secara berterus-terang ini, makabermulalah peringkat ujian apabila musyrikinmenyakiti orang-orang Islam. Malah Nabi SAWjuga turut disakiti mereka.

Dalam fasa ini, orang-orang mukmin berhimpunsecara rahsia di rumah Al-Arqam bin Abi ArqamRA untuk mendalami Islam.

./01234

Page 50: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Pengajaran & Pedoman

Da’I mestilah berada bersama-samapara mad’unya secara berkala dalamjangkamasa tertentu agar dapatmempertingkatkan keimanan merekaterhadap Islam & jalan dakwah.

Da’I perlu merahsiakan pertemuan tersebut, jikadikhuatiri keselamatan gerakannya terancam & akanmembangkitkan penindasan golongan batil.

Suatu ketika, Nabi SAW diperintahkan untukmemberi amaran kepada keluarga terdekatnya.

Baginda SAW berdiri di Bukit Sofa dan menyeruseluruh keluarga Quraisy agar beriman kepadaAllah dan meninggalkan penyembahan berhala.

Abu Lahab menengking baginda, “Celaka kamu,adakah untuk ini kamu mengumpulkan kami?” LaluAllah melaknat Abu Lahab dan isterinya di dalamsurah Al-Lahab.

Liqa’ tarbawi mingguanmerupakan salah satu wasilah

untuk membina Iman, mendalamiIslam & mengenal jalan dakwah.

Page 51: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Pengajaran & Pedoman

Dakwah Nabi SAW telah mengejutkanorang Arab dengan perkara yang asingbagi mereka.

Mereka bimbang jika dakwah tersebutdibiarkan, ia akan memperbodohkanpemikiran mereka, membongkarkankecacatan tuhan-tuhan mereka & orangArab akan meninggalkan agama nenekmoyang mereka.

Oleh demikian, mereka menyanggah keras daningin menghapuskan dakwah Islam bersama parapengikutnya.

Penentangan ini merupakan jawapan sejarahterhadap dakwaan orientalis & pejuang kebangsaanbahawa dakwah Rasulullah SAW mewakili cita-cita& aspirasi Arab ketika itu.

Jika dakwah baginda berorientasikan kebangsaanArab, sudah pastilah ia mendapat sambutan tanpasebarang tentangan daripada bangsa Quraisy.

Page 52: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

4. PENENTANGAN MUSYRIKIN

Musyrikin Quraisy ingin mengambil tindakanterhadap Rasulullah SAW, namun Abu Tolibmelindungi baginda.

Selepas mereka beredar, Abu Tolib memintaRasulullah SAW agar mengendurkan dakwahnya.

Namun, baginda menjawab dengan ucapan yangmasyhur:

“Demi Allah, wahai bapa saudaraku! Jika merekaletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan disebelah kiriku agar aku tinggalkan urusan ini, sekali-kali aku tidak akan tinggalkannya, sehinggalah Allahmemenangkannya atau aku binasa kerananya!”

Selepas peristiwa itu, musyrikin semakin hebatmenyakiti Rasulullah SAW dan para Sahabat RA.Sehingga ada yang syahid diseksa dalam usahamempertahankan keimanan; iaitu Sumayyah RHA& Yasir RA.

Page 53: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Gambaran semulapenyeksaan terhadap Bilal bin

Rabah RA yang diletakkan batubesar di atas dada, di tengah

terik matahari.

Apabila melihat keteguhan orang-orang mukmin,musyrikin membuat keputusan untuk berundingdengan Nabi SAW.

Lalu mereka menawarkan:

harta sebanyak mana yang baginda mahu, atau melantik Nabi SAW sebagai raja mereka.

Namun, semuanya ditolak oleh baginda.

Pengajaran & Pedoman

Walaupun musyrikin menyeksa &menindas orang-orang mukmin,mereka tetap teguh dengan akidahmereka. Ini adalah bukti kejujuraniman & keikhlasan keyakinan mereka.

Page 54: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Ia juga menunjukkan ketinggian jiwa & rohani orang-orang mukmin. Bagi mereka, kesakitan & kematian dijalan Allah adalah satu kerehatan serta ketenanganyang akan menghantar mereka kepada redha-Nya.

Da’I hendaklah mengambil berat pada kaumkerabatnya dan berusaha mengislahkan mereka. Jikamereka menolak, Da’I sudah ada perlepasan daripadatanggungjawab itu.

Sebaik-baiknya, keluarga dijadikan pendokongdakwah yang utama, atau sekurang-kurangnya tidakmenentang dakwah.

Penolakkan baginda terhadap tawaran Quraisymembuktikan kebenaran & kesucian dakwah yangdibawanya.

Dakwah Islam tidak berorientasi keduniaan. Da’Ilebih redha dengan Allah & syurga-Nya daripadasegala pangkat, kemegahan dan harta dunia.

Syeikh Ahmad Yasin & Dr Abdul Aziz ar-Rantisi, 2 orang pejuang yang telah

syahid dalammemperjuangkan kebebasan

Islam di bumi Palestin.

Page 55: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

5. HIJRAH KE HABSYAH

Melihatkan kedegilan & penyeksaan berterusanmusyrikin Quraisy terhadap orang-orang Islam,Nabi SAW menganjurkan agar para Sahabat RAberhijrah ke Habsyah.

Sabda Baginda SAW kepada Sahabat RA:

“(Bagaimana) kalau sekiranya kamu keluar ke bumiHabsyah? Di sana ada seorang raja yang tidakmenzalimi sesiapa yang tinggal di negerinya. (Kamutinggal di sana) sehinggalah Allah menjadikan untukkamu jalan keluar kepada kesulitan kamu ini.”

Dengan itu, seramai 12 orang lelaki dan 4 orangperempuan berhijrah buat kali pertama ke Habsyah.

Namun, selepas pengislaman Umar RA & khabarkejayaan Islam, mereka pulang semula ke Makkah.

Tapi ternyata khabar kejayaan Islam di Makkah itupalsu. Kemudian mereka pergi semula ke Habsyahbersama orang-orang Islam lain. Kali ini seramai 83orang lelaki dan 11 orang wanita telah berhijrah.

Page 56: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

Pengajaran & Pedoman

Apabila Jamaah dalam bahaya (nyawaatau ancaman fitnah kepada peganganakidah), Da’I mestilah menyediakansuatu tempat yang selamat daripadapercerobohan golongan batil tersebut.

Perintah berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali jugamenunjukkan ikatan agama sesama golonganberagama (samawi).

Lakonan semula ketika An-Najashi; Raja Habsyah yang beragama Kristian menerima

kedatangan umat Islam yang berhijrah.

An-Najashi akhirnya memeluk Islam & saling mengutus surat dengan Rasulullah SAW.

Page 57: EbookTarbiyahebooktarbiyah.com/.../ebooks/sirah_nabawiyah_3_tajuk_pertama.pdf · Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan Gauthama ... dalam masa yang singkat merupakan di antara

7. PEMBOIKOTAN

Selanjutnya musyrikin bertindak memboikot orang-orang Islam, Bani Hasyim dan Bani Muttolib.

Musyrikin sepakat tidak berjual beli, bernikah &bergaul dengan mereka. Juga tidak menerimasebarang penjanjian damai.

Pemboikotan ini berlangsung antara 2 hingga 3tahun. Nabi SAW dan orang-orang yang bersamabaginda berhadapan dengan kesulitan yang sangatteruk hasil pemboikotan tersebut.

Akhirnya boikot ini berhasil ditamatkan denganusaha tokoh-tokoh Quraisy yang rasional.

Pengajaran & Pedoman

Para pendokong kebatilan tidak mudahmenyerah kalah kepada pendokongkebenaran.

Setiap kali gagal, mereka pasti akanmencipta pelbagai cara lain. Hal iniakan berterusan, sehinggalah kebenaranberhasil mengalahkan kebatilan.