kisah adam

Upload: juliza-yt

Post on 01-Mar-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

INI REKAAN SEMATA

TRANSCRIPT

Adam berjalan di antara gerai-gerai yang giat bersaing menarik pelanggan. Hiruk-pikuk suasana pasar tamu itu walau membingit telinga, seakan berbisik tentang sesuatu ke ruang telinga Adam. Adam berhenti sejenak. Mahu mengamati satu suara yang menghantar mesej asing di antara suara-suara berjual itu. Terima kasih, pak cik. Suara itu menarik perhatian Adam. Menarik langkah kakinya menuju punca suara itu. Semakin dekat, semakin kuat hati denyutan hati Adam. Kesabarannya hampir menuju titik noktah. Dia mula berlari-lari anak dalam himpitan manusia yang berjual beli.Dari kejauhan, matanya tertumpu pada satu sosok tubuh yang sedang duduk di tepi jalan. Indah wajah itu membawa ketenangan pada Adam. Wajah itu, membuatkan minda Adam mengimbau semula memori kisah lalu. Tubuh di hadapannya ialah Ah Chong, sahabat karibnya ketika di sekolah menengah. Mereka bagai belangkas. Kemana sahaja pergi, pasti berdua. Sehingga mereka pernah dilabel sebagai pasangan gay. Itu fitnah! Ya, itu semuanya fitnah. Mata yang melihat keakraban mereka tidak membolos hati berdua itu. Disebalik hubungan rapat mereka, ada sejarah yang terukir.