khutbah poligami

3
berdasarkan dalil dari surah an nisa ayat 3 tersebut maka para ulama menetapkan hukum berpoligami adalah harus jelasnya disini walaupun ayat di atas berunsur perintah berpoligami tetapi perintah tersebut bukanlah membawa kepada makna wajib berpoligami bahkan jika dikaji dengan difahami boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang dikahwini Islam telah menetapkan syarat syarat tertentu untuk berpoligami antaranya ialah syarat yang pertama berlaku adil kepada isteri isteri keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka termasuklah cara pergaulan yang adil dan baik di antara suami dan isteri yang meliputi perbuatan tutur kata dan akhlak keadilan ini wajib dijelmakan di dalam perkara perkara seperti berikut adil dalam menyediakan kediaman sebagaimana pemberian nafkah suami juga perlu menyediakan tempat tinggal kepada isteri apabila berpoligami kediaman isteri seboleh bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu tindakan untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu menular di kalangan para isteri . seterusnya ialah berlaku adil dalam giliran bermalam : suami wajib menentukan kadar giliran bermalam yang ada di antara isteri isterinya tanpa mengira sama ada

Upload: tt8181

Post on 16-Nov-2015

75 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

khutbah poligami

TRANSCRIPT

berdasarkan dalil dari surah an nisa ayat 3 tersebut maka para ulama menetapkan hukum berpoligami adalah harus jelasnya disini walaupun ayat di atas berunsur perintah berpoligami tetapi perintah tersebut bukanlah membawa kepada makna wajib berpoligami bahkan jika dikaji dengan difahami boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang dikahwini Islam telah menetapkan syarat syarat tertentu untuk berpoligami antaranya ialah syarat yang pertama berlaku adil kepada isteri isteri keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka termasuklah cara pergaulan yang adil dan baik di antara suami dan isteri yang meliputi perbuatan tutur kata dan akhlak keadilan ini wajib dijelmakan di dalam perkara perkara seperti berikut adil dalam menyediakan kediaman sebagaimana pemberian nafkah suami juga perlu menyediakan tempat tinggal kepada isteri apabila berpoligami kediaman isteri seboleh bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu tindakan untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu menular di kalangan para isteri . seterusnya ialah berlaku adil dalam giliran bermalam : suami wajib menentukan kadar giliran bermalam yang ada di antara isteri isterinya tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri muda isteri tua dan sebagainya . suami berdosa berdosa memberikan lebih banyak kepada salah seorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain walau bagaimanapun kelonggaran boleh diberikan pada malam malam awal perkahwinan dengan isteri baru ini berdasarkan kepada hadis nabi yang diriwayatkan dari anas ra katanya : ertinya diantara sunat ialah apabila seorang lelaki berkahwin dengan anak dara lalu dia bermalam dengannya selama 7 malam . sekiranya janda selama tiga malam . di samping itu keadilan dalam giliran malam ini masih boleh dinilai dan dipertimbangkan mengikut situasi seseorang isteri dia boleh dilonggarkan apabila ada kelapangan daripada mana mana isteri tersebut berdasarkan kepada hadis nabi sallallahu alaihi wasallam yang diriwayatkan dari imam al bukhari bahawasanya zaman telah memberikan giliran beliau kepada aisyah dan nabi sallallahu wasallam telah membahagikan hari hari itu untuk bersama aisyah sedangkan hari tersebut ialah giliran nabi sallallahu wasallam bersama saudara . seterusnya ialah berlaku adil ketika hendak bermusafir dengan para isteri menurut sunnah nabi suami hendaklah membuat undian di antara para isteri sekiranya beliau menginginkan salah seorang dari mereka menemaninya bermusafir perkara berkenaan undian ini disebut oleh aisyah ra. menerusi hadis riwayat imam al bukhari adalah apabila hendak keluar bermusafir baginda akan menjalankan undian antara isteri isterinya . perasaan dan kasih sayang pula tidak termasuk di dalam tuntutan keadilan dan bukanlah satu dosa untuk tidak berlaku adil dalam berkasih sayang kerana untuk berlaku adil dalam berkasih sayang ini tidak akan dapat dilaksanakan oleh sesiapa pun seperti mana allah subhana wa ta'ala berfirman dalam surah an nisa ayat 129 dan kamu tidak akan dapat berlaku adil dalam berkasih sayang di antara isteri isteri kamu sekalipun kamu bersungguh sungguh hendak melakukannya . syarat yang kedua berkemampuan untuk menanggung nafkah isteri kewajipan menanggung nafkah isteri zahir dan batin tidak kira sama ada dia mempunyai seorang isteri atau lebih yang dimaksudkan di sini ialah dari aspek makan minum pakaian kediaman perubatan dan lain lain keperluan . berkemampuan ini merupakan salah satu syarat untuk berkahwin sepertimana yang tersebut dalam surah an nur ayat 33 allah berfirman maksudnya dan orang orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnianya