penerbitan bil. (10) november 2012 mari berhijrah! · inilah solat jumaat pertama dalam islam dan...

4
Mutiara CintaNya “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Baqarah: 218) PENERBITAN BIL. (10) NOVEMBER 2012 Mari Berhijrah! 6 Tips untuk Berhijrah Niat berhijrah kerana Allah. Tetapkan matlamat yang spesifik dan mudah dicapai. Mencari suasana dan rakan yang baik serta mendampingi orang soleh. Bersabar dengan cemuhan orang lain dan jauhkan perkataan dan berfikiran negatif. Banyakkan membaca dan mendengar kisah orang yang berjaya. Berdoa dengan yakin kepada Allah. Hijrah kerana Allah, hijrah kerana Rasulullah saw. Hijrah minda, hijrah hati, ke arah yang lebih baik. Semoga pengertian hijrah kali ini dihayati dalam semua aspek kehidupan duniawi untuk kehidupan ukhrawi yang lebih bermakna.

Upload: donhi

Post on 29-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Mutiara CintaNya

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Al-Baqarah: 218)

PENERBITAN BIL. (10) NOVEMBER 2012

Mari Berhijrah!

6 Tips untuk Berhijrah

Niat berhijrah kerana Allah.

Tetapkan matlamat yang spesifik dan mudah dicapai.

Mencari suasana dan rakan yang baik serta mendampingi

orang soleh.

Bersabar dengan cemuhan orang lain dan jauhkan perkataan dan berfikiran negatif.

Banyakkan membaca dan mendengar kisah orang yang berjaya.

Berdoa dengan yakin kepada Allah.

Hijrah kerana Allah, hijrah kerana Rasulullah saw.

Hijrah minda, hijrah hati, ke arah yang lebih baik.

Semoga pengertian hijrah kali ini dihayati dalam semua aspek kehidupan duniawi untuk kehidupan ukhrawi yang

lebih bermakna.

Kafir Quraisy telah merancang membunuh Rasulullah saw dengan melibatkan wakil semua kabilah. Allah memaklumkan Baginda Rasulullah saw tentang rancangan kejam kafir Quraisy

melalui malaikat Jibrail. Allah memerintahkan supaya Rasulullah saw berhijrah ke Madinah. Rasulullah saw memaklumkan Abu Bakar ra bahawa mereka telah diizinkan berhijrah, Rasulullah saw keluar menuju ke rumah Abu Bakar ra pada waktu tengah hari tatkala matahari terik dan berkelubung kepala supaya tiada orang mengenalinya. Abu Bakar ra menyiapkan segala keperluan logistik untuk berhijrah (unta dan bekalan).

Pada malam hijrah, rumah Rasulullah saw dikepung oleh kafir Quraisy. Baginda Rasulullah saw meminta Ali bin Abi Talib ra supaya berbaring di tempat tidur Baginda.

Rasulullah saw membaca ayat ke-9 surah Yasin hingga menyebabkan semua yang mengepung tidak dapat melihat Baginda saw. Rasulullah saw menuju ke rumah Abu Bakar ra. Pada malam itu juga mereka keluar melalui pintu belakang rumah Abu Bakar ra. Kumpulan yang mengepung rumah Baginda saw berang apabila mendapati Ali bin Abi Talib ra yang berbaring, terus memulakan usaha mencari yang akhirnya membawa mereka ke depan pintu Gua Thur. Baginda saw bersama Abu Bakar ra menuju ke Gua Thur dan bersembunyi selama tiga hari. Kehadiran sarang burung merpati dan sarang labah-labah menyebabkan musuh menyangka tiada sesiapa di dalam gua tersebut. Setelah tiga hari berlindung di dalam Gua Thur, Rasulullah saw dan Abu Bakar ra meneruskan perjalanan dengan menelusuri jalan pantai menuju ke Madinah. Terserempak dengan Suraqah bin Malik yang memburu Rasulullah saw. Singgah di khemah Ummu Maabab. Terserempak dengan Abu Buraydah yang turut memburu Rasulullah saw. Tiba di Quba’ yang terletak di pinggiran Madinah. Rasulullah saw membina Masjid pertama di situ. Dari Quba’ mereka menuju ke Madinah pada hari Jumaat. Rasulullah saw menunaikan solat Jumaat di situ bersama Bani Salim. Inilah solat Jumaat pertama dalam Islam dan khutbah Jumaat pertama. Tiba di Madinah. Ketibaan Rasulullah saw disambut dengan meriah diiringi irama memuji Baginda saw. Penduduk Madinah berebut-rebut menjemput Baginda saw singgah dan menetap di rumah mereka, namun Baginda saw membiarkan untanya berhenti di tempat yang ia sukai kerana itu adalah wahyu. Unta Rasulullah saw akhirnya berlutut di hadapan rumah Abu Ayyub Al-Ansari ra. Maka baginda dijemput oleh Abu Ayyub ra agar menetap di rumahnya sementara menunggu Masjid Nabawi siap dibina.

Membina Masjid Nabawi. Menyatukan golongan Ansar (Aus dan Khazraj) dan Muhajirin. Menubuhkan negara Islam yang pertama di dunia dan Rasulullah saw menjadi pemimpinnya. Mewujudkan Piagam Madinah.

Kronologi Hijrah Rasulullah saw

2 B i l . (10), November 2012

Sebelum

Semasa

Selepas

Armada Hijrah

Sumber: Majalah Solusi, Isu No. 15, Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.

3 B i l . (10), November 2012

Sayidina Ali bin Abi

Talib ra

Tugas-tugas khas Berada di tempat tidur Rasulullah saw bagi

mengaburi mata musuh.

Menyerahkan kembali barang amanah yang berada

dalam jagaan Rasulullah saw kepada empunyanya.

Sayidina Abu Bakar

ra

Pembantu kanan Abu Bakar menyediakan dua ekor unta beberapa

bulan sebelum Allah mengizinkan hijrah, memberi

makan hingga untanya kuat.

Memastikan keselamatan Rasulullah saw semasa

berada di dalam Gua Thur hingga merelakan dirinya

dipatuk ular.

Memastikan putera-puterinya terlibat sama

menjayakan hijrah dengan menugaskan mereka

Asma’ binti Abu

Bakar rh

Logistik makanan Menyediakan makanan dan menghantarnya kepada

Rasulullah saw dan Abu Bakar semasa mereka

bersembunyi di Gua Thur selama tiga hari.

Suraqah bin Malik ra Penghalang Suraqah memacu kudanya menjejak Rasulullah saw

untuk mendapatkan ganjaran 100 ekor unta tetapi

kemudiannya pulang sebagai pembantu agama

Allah dengan bertindak menghalang perjalanan

mereka yang memburu Rasulullah saw.

Abdullah bin Abu

Bakar ra

Sumber maklumat Abdulllah menyampaikan berita/laporan kepada

Rasulullah saw sepanjang Baginda di Gua Thur.

Abdullah berangkat ke sana pada waktu malam dan

Amir Fuhairiah ra Logistik minuman

Penghapus jejak

Membawa kambing gembalaannya ke pintu gua

menjelang senja supaya Rasulullah saw dapat

minum susu tersebut.

Menghapus jejak-jejak Rasulullah saw, Abu Bakar

dan Abdullah Abu Bakar dengan jejak kaki kambing

gembalaannya.

Abdullah bin Uraiqit Penunjuk jalan Beliau adalah seorang kafir, yang boleh dipercayai

serta seorang penunjuk jalan yang mahir.

Ummu Maabab Rehat dan rawat

(R&R)

Kambingnya yang telah kering susu diperah oleh

Rasulullah saw dan berkat doa yang dibacakan oleh

Rasulullah saw, kambing tersebut mengeluarkan

susu dengan banyaknya sehingga mengenyangkan

Rasulullah saw, Abu Bakar, Ummu Maabab dan Abu

Merpati dan labah-

labah

Pengawal dan

menutup pintu gua

Merpati dan labah-labah membina sarang di depan

gua hingga musuh percaya tiada orang di dalam

gua.

Risalah ini diterbit dan diedarkan oleh Biro Pendidikan dan Dakwah PKKIM Sesi 2012/2014.

Ibnu Abbas ra pernah ditanya mengenai masalah berpuasa pada hari Asyura, beliau menjawab: Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw berpuasa sehari pada hari Asyura untuk mencari kelebihan atau fadilat yang tidak ada pada hari-hari selain hari ini (Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 2006).

Berpuasa pada hari Asyura dapat menghapuskan dosa-dosa

kita pada tahun sebelumnya. Ini sebagaimana sabda Rasulullah saw: Puasa tiga hari daripada setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya menurut Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya menurut Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya (Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1163).

Allah SWT mengurniakan taufikNya kepada mereka yang berpuasa pada hari Asyura. Dari Ibnu Umar ra, beliau berkata:Tidaklah seorang hamba berpuasa di dalamnya (hari Asyura) kecuali puasanya akan memberikan taufik kepadanya (Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1892).

Disunatkan juga untuk menambahkan puasa pada hari Asyura tersebut dengan berpuasa sehari sebelum ataupun sehari sesudahnya. Rasulullah saw memerintahkan hal ini bertujuan untuk menyelisihkan amalan orang Yahudi. Rasulullah saw bersabda: Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya, dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya (Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 2047).

Semoga Allah merahmati kita semua dengan berlumba-lumba melakukan ibadah sunat puasa hari Asyura dan iba-dat sunat lain demi mencari keredaanNya.

Puasa Hari Asyura (10 Muharam)

Hadis Rasulullah saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abdullah bin Amru, Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya orang yang benar-benar berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan perkara yang ditegah oleh Allah swt".

Semakan Amalan Hari Asyura Berpuasa sunat 10 Muharam (disertai dengan 9 atau 11 Muharam)

Melapangkan masa/belanja anak isteri.

Mengusap kepala anak yatim. Memuliakan fakir miskin.

Memperbanyakkan solat sunat, zikir dan munajat.