khutbah jumaat - ums.edu.my · pdf fileanak-anak dan keluarga kita yang menjadi asas ......

10
1 KHUTBAH JUMAAT Masjid Universiti Malaysia Sabah “IHSAN MEMPERKASA JATIDIRI DALAM MENCARI REZEKI” (29 APRIL 2016 / 21 REJAB 1437) Khutbah Pertama أن شهد ، وأ ع وخض لك د سج ن م د ه د ، أ ع ى ومن ي أعط الذ المد إ إله شيء ل ى ك عل هو و المد وله لك ا ، له له ريك ش ه وحد ا، ووضع ه ون ومكن النفوس ا م م ا، وعل ه ترون د عم بغ السموات ، رفع قدير ه ي وصف ه رسول و بد ع مدا م د سي أن شهد ا، وأ ه زون ا ون ه أرزاق رض ا ، أ ه وخليل ت ، و ة ي ق ل ام ه صفات ت ل م ، ك عم م ه وأتقن قو ق امل ق صد ه وصحب ه ى آل وعل مد م ى سيد عل ك ر و م وسل ل ص م ه ل ، فال ة ي ق ل ام ه صورت. ين الد يوم إ حسان م ه ع ب ت ن ، وم ع أ و م وصيك : أ عباد ول ل وصية ي ، فه وع جل ى ي بتقو نفس: تعا ، قال خرين وا ن أ م ك إ و م ك ل ب ن ق م اب ت وا الك وت أ ين ذ ال ا ن ي ص و د ق ل و وا ا ق ات)

Upload: lamkien

Post on 05-Mar-2018

219 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KHUTBAH JUMAAT - ums.edu.my · PDF fileanak-anak dan keluarga kita yang menjadi asas ... mewujudkan pekerjaan yang cemerlang dan ... Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara untuk

1

KHUTBAH JUMAAT

Masjid Universiti Malaysia Sabah

“IHSAN MEMPERKASA JATIDIRI DALAM MENCARI REZEKI” (29 APRIL 2016 / 21 REJAB 1437)

Khutbah Pertama

احلمد هلل الذي أعطى ومنع، أمحده محد من سجد لك وخضع، وأشهد أن وحده ال شريك له، له امللك وله احلمد وهو على كل شيء ال إله إال للا

قدير، رفع السموات بغري عمد ترون ها، وعلم ما ف النفوس ومكنون ها، ووضع ف األرض أرزاق ها وخمزون ها، وأشهد أن سي دان حممدا عبد للا ورسوله وصفيه

صدق اخللق قوال وأتقن هم عمال، كملت صفاته اخللقية، وتت وخليله ، أصورته اخللقية، فاللهم صل وسل م وابرك على سيدان حممد وعلى آله وصحبه

ين. أمجعني، ومن تبعهم إبحسان إل يوم الد

نفسي بتقوى للا جل وعال، فهي وصية للا لألولني عباد للا: أوصيكم و كم أن واآلخرين، قال تعال: نا الذين أوتوا الكتاب من ق بلكم وإي ولقد وصي

(ات قوا الل

Page 2: KHUTBAH JUMAAT - ums.edu.my · PDF fileanak-anak dan keluarga kita yang menjadi asas ... mewujudkan pekerjaan yang cemerlang dan ... Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara untuk

2

Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah.

Marilah kita meningkatkan darjat ketaqwaan kepada Allah SWT dengan

melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala laranganNya agar

meneguhkan nilai-nilai keimanan dengan patuh dan taat melakukan amal-

amal soleh. Mudah-mudahan dengan ketakwaan itu, akan mewujudkan

anak-anak dan keluarga kita yang menjadi asas kekuatan masyarakat ini

menjadi insan soleh serta membawa kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Bersempena sambutan Hari Pekerja yang disambut saban tahun pada 1

Mei, Mimbar Jumaat pada hari ini ingin mengajak jemaah untuk menghayati

khutbah yang bertajuk “IHSAN MEMPERKASA JATIDIRI DALAM MENCARI

REZEKI”. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 168 :

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi

yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana

sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah ;

Allah memberi peringatan, agar manusia mencari rezeki yang halal dan baik

dan tidak mencari rezeki melalui jalan dan jejak langkah perbuatan syaitan.

Allah SWT menciptakan manusia dan jin adalah untuk beribadah dan

menjadi hamba Allah dengan mengurus dunia ini sebaik mungkin mengikut

standard piawaian atau peraturan yang ditetapkan-Nya. Selepas itu

manusia akan dikembalikan ke akhirat untuk menghadapi penilaian dan

Page 3: KHUTBAH JUMAAT - ums.edu.my · PDF fileanak-anak dan keluarga kita yang menjadi asas ... mewujudkan pekerjaan yang cemerlang dan ... Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara untuk

3

pengadilan sejauhmana prestasi melaksanakan perintah Allah SWT. Inilah

matlamat utama dan halatuju kehidupan manusia di dunia ini.

Sebagai pekerja Allah di atas dunia ini samada bekerja dengan kerajaan,

agensi swasta atau bekerja sendiri , kita mempunyai tugas dan

tanggungjawab tertentu. Menurut ajaran Islam, pada dasarnya setiap

pekerjaan orang Islam mempunyai dua sasaran utama : Pertama

melaksanakan hak Allah SWT dan Keduanya melaksanakan muamalah

sesama manusia seperti dalam politik, undang-undang, pendidikan,

ekonomi, pertanian, kesihatan dan sebagainya. Mimbar amat yakin jika

umat Islam dapat memenuhi dengan cemerlang melaksanakan dua sasaran

itu maka umat Islam akan memperolehi kejayaan hidup di dunia dan

akhirat.

Namun persoalannya, adakah kita benar-benar telah menjadi hamba yang

sentiasa berusaha memastikan keberkatan dalam setiap sumber rezeki?

Kita bukan sahaja perlu menilai tentang kualiti kerja, namun keperluan

bermuhasabah kualiti rezeki juga amatlah penting. Adakah kita telah

menjemput rezeki yang halal lagi baik ke dalam ruh dan jasad kita? Rezeki

yang dikurniakan adalah untuk disyukuri melalui pengabdian kepada Allah

SWT. Rezeki yang halal lagi baik, akan mendorong tuannya mengabdikan

diri kepada Allah SWT seterusnya menjauhi laranganNya. Para hamba yang

soleh, mereka memperoleh kenikmatan berupa sesuatu yang baik dan halal,

kemudian mereka memuji Allah, bersyukur dengan rahmat, dan kasih

Page 4: KHUTBAH JUMAAT - ums.edu.my · PDF fileanak-anak dan keluarga kita yang menjadi asas ... mewujudkan pekerjaan yang cemerlang dan ... Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara untuk

4

sayang Allah SWT. Sumber rezeki yang halal lagi baik merupakan kunci

kepada pembentukan masyarakat yang bertakwa. Masyarakat bertakwa

hidup penuh beretika, tidak akan bersekongkol dengan penglibatan rasuah,

penipuan mahupun penganiayaan. Justeru, setiap rezeki daripada pekerjaan

yang dilakukan mestilah daripada perolehan yang halal serta dijamin

keberkatannya.

Hadis daripada Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Tidak masuk syurga setiap daging yang tumbuh dari hasil yang haram,

maka nerakalah tempat yang paling layak untuknya.” (Riwayat Imam

Ahmad).

Hadis daripada Abi ‘Abdillah al-Nu’man Ibn Basyir RA bahawa Rasulullah

SAW bersabda: “Sesungguhnya dalam tubuh anak adam ada seketul

daging. Jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggota badan.

Sebaliknya jika rosak daging itu, rosaklah seluruh anggota badan.

Ketahuilah bahawa daging itu ialah hati.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sesungguhnya Islam melihat pekerjaan sebagai suatu yang sangat bernilai.

Malah Islam menganggap bekerja untuk memperolehi rezeki atau

pendapatan yang halal merupakan hakikat yang diletakkan setaraf dengan

kedudukan berjihad di jalan Allah. Sebab itu jugalah, Islam menganjurkan

umatnya bekerja keras bukan sahaja untuk kebaikan di akhirat, bahkan

Page 5: KHUTBAH JUMAAT - ums.edu.my · PDF fileanak-anak dan keluarga kita yang menjadi asas ... mewujudkan pekerjaan yang cemerlang dan ... Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara untuk

5

untuk memperoleh kecemerlangan hidup di dunia. Hadis daripada Ibnu

Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Mencari yang halal itu jihad” (Riwayat al-Qudho’ie).

Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 114

Maksudnya: “Maka makanlah daripada rezeki yang Allah telah kurniakan

kepada kamu yang halal lagi baik, dan bersyukurlah kamu akan nikmat

Allah sekiranya kamu benar-benar beribadah kepadanya”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Isu yang sering menjadi perbahasan mengenai pekerja ialah kualiti

pekerjaan dan kecemerlangan dalam usaha memberi perkhidmatan

yang memuaskan dalam menjaga hubungan yang disebutkan tadi iatu

Allah SWT dan Manusia. Islam telah memberi peringatan kepada

umatnya supaya sentiasa berbuat baik, cemerlang dan menjaga kualiti atau

bersifat Ihsan dalam melakukan setiap pekerjaan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 77:

Maksudnya: “ Dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah

berbuat baik kepadamu; dan janganlah engkau melakukan kerosakan di

muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat

kerosakan”.

Page 6: KHUTBAH JUMAAT - ums.edu.my · PDF fileanak-anak dan keluarga kita yang menjadi asas ... mewujudkan pekerjaan yang cemerlang dan ... Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara untuk

6

Ketika mengulas perkara yang sama mengenai kecemerlangan dalam

melaksanakan sesuatu pekerjaan, Rasulullah SAW bersabda sebagaimana

yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah azza wajalla sangat suka (bahkan cinta) jika

seseorang daripada kamu, apabila melakukan kerja, maka dia bekerja

dengan tekun.(Riwayat Baihaqi)”

Dalam hadith terkenal yang diriwayatkan al-Bukhari menyatakan Malaikat

Jibril mengajar Rasulullah SAW tentang perihal Rukun Iman, Rukun Islam

dan Ihsan. Jika salah satu komponen ini tidak ada atau tidak difahami,

maka kita belum menghayati Islam secara sempurna.

Memahami dan menghayati sifat Ihsan ini akan membantu umat Islam

mewujudkan pekerjaan yang cemerlang dan berkualiti tinggi. Sifat ihsan

bermaksud kita melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk mengabdikan diri

kepada Allah SWT dengan perasaan yakin seolah-olah pekerjaan kita dilihat

dan dipantau oleh Allah SWT. Sabda Rasullullah SAW ketika di tanya oleh

Jibril tentang ihsan:

“Apakah ihsan itu?, Rasulullah bersadba ; Ihsan itu, sesungguhnya kamu

menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak

melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu”. ( Riwayat al-Bukhari )

Ihsan berdasarkan Wikipedia = Excellence and Perfection

Page 7: KHUTBAH JUMAAT - ums.edu.my · PDF fileanak-anak dan keluarga kita yang menjadi asas ... mewujudkan pekerjaan yang cemerlang dan ... Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara untuk

7

Untuk mencapai hasil kerja yang cemerlang dan sempurna, maka hendaklah

bekerja secara profesional, menguasai bidang kerja, kreatif dan inovatif

untuk menghasilkan kualiti kerja yang tinggi. Penghasilan yang baik sudah

tentu menjadi hak pekerja dan memberi kepuasan kepada pelanggan.

Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara untuk melahirkan ihsan atau

sebaik-baik pekerjaan yang amat dituntut dalam Islam itu?. Berdasarkan

dalil al-Quran, hadith Rasulullah dan pakar pengurusan, prinsip ihsan

meliputi perkara berikut:

Pertama: Berakhlak mulia,

Kedua: Kita perlu mempunyai keterampilan dan kemahiran tinggi dalam

sesuatu bidang tugas,

Ketiga: Mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman serta kecerdasan

dalam menganalisis sesuatu maslahah dan peka dengan keperluan

masyarakat semasa,

Keempat: Mempunyai wawasan dan dapat membuat jangkaan tentang

keperluan masa depan,

Kelima: Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam menghasilkan

kecemerlangan sesuatu aktiviti.

Prinsip ihsan tidak berhasil jika semata-mata kuat beragama tetapi tidak

menguasai ilmu dan kemahiran pekerjaan. Prinsip ihsan juga akan cacat

jika hebat menguasai ilmu tetapi lemah dalam penghayatan agama.

Berdasarkan pengertian sebenar sifat ihsan ini, akan melahirkan pekerja

Page 8: KHUTBAH JUMAAT - ums.edu.my · PDF fileanak-anak dan keluarga kita yang menjadi asas ... mewujudkan pekerjaan yang cemerlang dan ... Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara untuk

8

yang bertanggungjawab, beristiqamah dengan suruhan Allah SWT dan

sekaligus mengutamakan kepentingan pelanggan dalam melakukan

tugasannya, samada ketika berhadapan dengan orang ramai atau di tempat

yang sunyi, samada ketika bersama dengan majikan ataupun ketika

ketiadaan majikan.

Pekerja yang melaksanakan tugas mengikut bidang yang ditetapkan dengan

penuh ihsan dijanjikan pahala yang besar daripada Allah SWT. Firman Allah

SWT dalam surah al-Baqarah ayat 112:

Maksudnya, ”Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi

perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia

akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya, dan tidaklah ada kebimbangan

(dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka

pula tidak akan berdukacita”.

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Kecemerlangan sesebuah organisasi itu tidak akan datang bergolek tanpa

usaha yang gigih, tidak datang melayang tanpa tekad dan azam yang kuat

dan tidak dapat kita capai tanpa ada perubahan kearah peningkatan. Allah

SWT telah mengingatkan umat manusia supaya berani membuat perubahan

positif dalam semua aspek kehidupan. Sikap ini dikenalpasti memajukan lagi

prestasi dan kualiti keinsanan seseorang. Firman Allah SWT dalam surah ar-

Ra’d ayat 11:

Page 9: KHUTBAH JUMAAT - ums.edu.my · PDF fileanak-anak dan keluarga kita yang menjadi asas ... mewujudkan pekerjaan yang cemerlang dan ... Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara untuk

9

Maksudnya: “. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada

sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka

sendiri..” Bekerja atas dasar ihsan untuk memenuhi hak Allah SWT dan keperluan

manusia sejagat akan memperkasa jati diri dan meningkatkan harga diri

pekerja. Seseorang akan takut melakukan perbuatan keji, tercela seperti

melakukan rasuah, kerosakan, penipuan, mencuri tulang, ponteng kerja,

dan perbuatan negatif yang lain. Jangan mendapatkan rezeki atau

kekayaan dengan sembarangan, dengan jalan haram, dengan jalan

penipuan, rasuah, penyelewengan dan lain-lain.

Semua wang kekayaan yang didapati dengan cara haram apalagi dengan

menganiaya pihak lain dengan merugikan orang lain adalah wang dan

kekayaan yang tidak berkat. Kekayaan secara haram hakikatnya tidak

membawa kesenangan dan kebahagian dalam hidup, tetapi akan membawa

kesengasaraan dan kecelakaan di dunia dan akhirat. Jiwa manusia, jiwa

pekerja pada asalnya adalah sesuatu yang suci. Tetapi harta yang

diperolehi secara tidak halal tidak mungkin dapat memberi kebaikan pada

jiwa..kita.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru semua golongan pekerja, sempena

sambutan Hari Pekerja 2016 yang bertemakan: Pekerja Berkemahiran

Page 10: KHUTBAH JUMAAT - ums.edu.my · PDF fileanak-anak dan keluarga kita yang menjadi asas ... mewujudkan pekerjaan yang cemerlang dan ... Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara untuk

10

Penggerak Ekonomi, maka marilah sama-sama kita memperkasa jati diri

dengan menghayati sifat ihsan supaya setiap amalan dan pekerjaan kita

memenuhi standard piawaian Allah serta memberi manfaat kepada manusia

sejagat serta alam.

Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 105:

Maksudnya: “ Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu akan

segala yang diperintahkan, maka Allah SWT. dan Rasul-Nya serta orang

yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan

dikembalikan kepada Allah SWT. yang mengetahui perkara-perkara yang

ghaib dan nyata. Kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu

telah kerjakan.”