khilaf antara mazhab: sorotan sejarah sebagai satu analisis

8
1 Khilaf Antara Mazhab: Sorotan Sejarah Sebagai Suatu Analisis. Mohd Khir Johari bin Abas. Pensyarah Jabatan Pengajian Am. Politeknik Ungku Omar. [email protected]. Pendahuluan Setelah kewafatan baginda SAW sustainability Islam diteruskan generasi sahabat. Sedia dimaklumi bahawa era permulaan dan pengasasan syariat membuka ruang terhadap perkembangan dan membuka ruang ijtihad kepada para sahabat. Tatkala wujudnya persoalan-persoalan yang menuntut kepada hukum, muncul pandangan-pandangan dari para sahabat dalam pelbagai hukum, sama ada pandangan itu datang dari segolongan sahabat atau pandangan persendirian mereka. Era ini merupakan era baru yang membuka dimensi Islam yang lebih humanis dan mampan. Justeru, kertas kerja ini akan merungkai khilaf yang berlaku di kalangan para ulama dari sorotan sejarah. Hal ini bertujuan memberikan kefahaman bahawa khilaf yang berlaku merupakan suatu perjalanan yang panjang berasal dari usaha gigih memelihara Islam dan bukan bermatlamatkan perpecahan. Kepelbagaian yang wujud hasil daripada keperihatinan tidak sewajarnya berubah menjadi titik permusuhan yang membawa pertelingkahan. Era Khulafaal-Rashidin Setelah kewafatan Baginda SAW, agama ini diserahkan kepada golongan sahabat bagi memastikan usaha Nabi SAW diteruskan. Sahabat diberikan kelebihan memahami Islam dan pensyariatan hukum-hukumnya berbanding generasi lain. Dengan keistimewaan anugerah Allah khusus kepada sahabat inilah menjadikan mereka golongan yang paling dipercayai mewarisi legasi agama. Antara kelebihan para sahabat adalah : i. Hampirnya sahabat dengan Nabi SAW dan kerapnya mereka melazimi Nabi SAW. ii. Keupayaan mereka memahami bahasa Arab. iii. Kekuatan hafalan mereka dalam menghafal al-Quran dan hadith-hadtih. Walau bagaimana pun, perbezaan di kalangan mereka tetap wujud atas pelbagai faktor. Perbezaan inilah yang menjadi titik tolak awal wujudnya kepelbagaian pandangan dalam hukum Islam atas dasar

Upload: kami05053950

Post on 04-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Menceritakan tentang sejarah perjalanan hukum.

TRANSCRIPT

Page 1: Khilaf Antara Mazhab: Sorotan Sejarah Sebagai Satu Analisis

1

Khilaf Antara Mazhab: Sorotan Sejarah Sebagai Suatu Analisis.

Mohd Khir Johari bin Abas.

Pensyarah Jabatan Pengajian Am.

Politeknik Ungku Omar.

[email protected].

Pendahuluan

Setelah kewafatan baginda SAW sustainability Islam diteruskan generasi sahabat. Sedia

dimaklumi bahawa era permulaan dan pengasasan syariat membuka ruang terhadap perkembangan dan

membuka ruang ijtihad kepada para sahabat. Tatkala wujudnya persoalan-persoalan yang menuntut

kepada hukum, muncul pandangan-pandangan dari para sahabat dalam pelbagai hukum, sama ada

pandangan itu datang dari segolongan sahabat atau pandangan persendirian mereka. Era ini merupakan

era baru yang membuka dimensi Islam yang lebih humanis dan mampan.

Justeru, kertas kerja ini akan merungkai khilaf yang berlaku di kalangan para ulama dari sorotan

sejarah. Hal ini bertujuan memberikan kefahaman bahawa khilaf yang berlaku merupakan suatu

perjalanan yang panjang berasal dari usaha gigih memelihara Islam dan bukan bermatlamatkan

perpecahan. Kepelbagaian yang wujud hasil daripada keperihatinan tidak sewajarnya berubah menjadi

titik permusuhan yang membawa pertelingkahan.

Era Khulafa’ al-Rashidin

Setelah kewafatan Baginda SAW, agama ini diserahkan kepada golongan sahabat bagi

memastikan usaha Nabi SAW diteruskan. Sahabat diberikan kelebihan memahami Islam dan

pensyariatan hukum-hukumnya berbanding generasi lain. Dengan keistimewaan anugerah Allah khusus

kepada sahabat inilah menjadikan mereka golongan yang paling dipercayai mewarisi legasi agama.

Antara kelebihan para sahabat adalah :

i. Hampirnya sahabat dengan Nabi SAW dan kerapnya mereka melazimi Nabi SAW.

ii. Keupayaan mereka memahami bahasa Arab.

iii. Kekuatan hafalan mereka dalam menghafal al-Quran dan hadith-hadtih.

Walau bagaimana pun, perbezaan di kalangan mereka tetap wujud atas pelbagai faktor. Perbezaan inilah

yang menjadi titik tolak awal wujudnya kepelbagaian pandangan dalam hukum Islam atas dasar

Page 2: Khilaf Antara Mazhab: Sorotan Sejarah Sebagai Satu Analisis

2

memastikan kemampanan dan dinamisme Islam terus berjalan. Antara perbezaan para sahabat dalam

memahami nas-nas syarak :

i. Perbezaan dalam memahami bahasa arab.

ii. Perbezaan dalam melazimi Nabi SAW .

iii. Perbezaan mereka dalam bentuk kadar dan kemampuan sebagai manusia.

Pada era kedua ini, para sahabat tidak terhenti kepada al-Quran dan Hadith semata-mata dalam

menghuraikan hukum khususnya hukum-hukum baru yang muncul setelah kewafatan Nabi SAW. Ijmak

dan al-Ra’yi muncul sebagai sandaran ketiga dan keempat setelah al-Quran dan Hadith. Ijmak sangat

mudah berlaku kerana semua sahabat-sahabat utama berada di Madinah. Selain itu rasa kebertanggung

jawaban sahabat-sahabat yang sangat tinggi dalam menjelaskan setiap persoalan dan hukum-hukum

yang mendatang menyebabkan ijmak sangat mudah berlaku. Keadaan tersebut menyempitkan ruang

perbezaan hukum yang dikeluarkan.

Walau bagaimanapun adakalanya persepakatan sukar dicari menyebabkan berlaku perbezaan

hukum khususnya sahabat-sahabat utama memiliki pandangan yang berbeza. Ironinya, walaupun ijmak

mudah berlaku tetapi ia tetap terbatas terhadap hal-hal dan perkara-perkara tertentu sahaja. Keadaan

tersebut membawa kepada kemunculan al-Ra’yi. Al-Ra’i (al-Ra’i juga disebut sebagai ijtihad) adalah

menggunakan seluruh daya upaya (جهد) menghasilkan hukum melalui penelitian dan pengkajian dalil-

dalil yang terperinci sama ada daripada al-Quran, Hadith, penelitian daripada qias, uruf dan keutamaan.

Manakala sebahagian sahabat tidak cenderung menggunakan al-Ra’yi bahkan lebih selesa untuk tawaquf

dalam masalah yang ambigu. Justeru, dapat difahami bahawa pada era ini telah mula wujud dua

kelompok aliran dalam mengeluarkan hukum iaitu :

i. Aliran “al-Ra’yi”- berdasarkan pemikiran ijtihad. Mereka yang termasuk di dalam

aliran ini adalah: Umar Al-Khattab, Ali bin Abi Talib dan Abdullah bin Mas’ud.

ii. Ahlu al-Hadith - Aliran yang takut menggeluarkan pandangan kerana takut hukum

yang dikeluarkan tidak selari dengan kehendak Allah. Antara mereka yang termasuk

dalam aliran ini adalah: Abdullah bin Umar dan Zaid bin Thabit .

Kedua-dua aliran ini adalah bibit awal pembinaan dua aliran pemahaman fiqh iaitu : Ahlu al-Hadith dan

Ahlu ar-Ra’yi.

Page 3: Khilaf Antara Mazhab: Sorotan Sejarah Sebagai Satu Analisis

3

Keadaan Fiqh Seusai era Khulafa’ al-Rashidin

Perjalanan fiqh pada era ini berjalan sama seperti dua era sebelumnya. Cuma pada era ini syura

sangat sukar berlaku kerana bibit-bibit perpecahan sudah melanda umat Islam1. Setiap kelompok

cenderung kepada pandangan yang selari dengan kelompok mereka. Selain daripada itu punca perbezaan

pendapat dalam masalah fiqh didorong oleh berberapa sebab utama, di antaranya :

i. Ulama muslimin terpisah disebabkan pembukaan negara-negara Islam yang semakin luas.

ii. Jumhur ulama terpecah kepada dua idealogi fiqh seperti yang telah dibahaskan di dalam topik

terdahulu:

a) Golongan yang berpegang dengan nusus semata-mata. Mereka digelar sebagai Ahlu al-

Hadith.

b) Golongan yang berpandukan nusus dan meng-istinbat hukum berdasarkan qias. Mereka

digelar Ahlu ar-Ra’yi.

iii. Berkembangnya periwayatan hadith sesudah melalui era kejumudan kerana golongan sebelumnya

sangat takut menyebarkan hadith. Mereka sangat khuatir tersalah dan termasuk di dalam golongan

yang mendustakan hadith Nabi.

iv. Wujudnya hadith-hadith palsu pada era ini kerana banyaknya percampuran yang berlaku.

v. Wujudnya golongan bukan Arab yang menguasai agama dan adakalanya mengatasi kehebatan

golongan Arab sendiri.

Perjalanan Hukum Syara’ pada era awal kurun kedua sehingga pertengahan kurun keempat

Hijrah

Pada era ini perkembangan Fiqh berada di kemuncaknya, bahkan lahirnya pendokong-

pendokong mazhab yang muktabar. Perkembangan ilmu pada era ini bukan sahaja terhad kepada

perkembangan fiqh dan ilmu-ilmu agama semata-mata. Perkembangan ilmu turut meliputi bidang sains,

falsafah, sastera, sejarah dan lain-lain. Pada era ini juga bermulalah era penulisan buku, penterjemahan

kitab-kitab dan penyusunan masalah-masalah ilmu. Para ulama turut membahaskan ilmu yang bukan

sahaja dalam hal ehwal agama tetapi bersangkutan dengan Islam, seperti ilmu bahasa, ilmu nahu, ilmu

hadith, ‘arudh, sastera dan sejarah. Faktor mendorong perkembangan ilmu pada era ini adalah :

i. Keprihatinan pemerintah terhadap ilmu fiqh dan ulama-ulamanya.

ii. Kebebasan mengeluarkan ijtihad.

1 Merujuk kepada kemunculan puak Khawarij dan Syiah.

Page 4: Khilaf Antara Mazhab: Sorotan Sejarah Sebagai Satu Analisis

4

iii. Banyak berlaku perdebatan.

iv. Pengaruh semasa.

v. Penyusunan ilmu.

Pada era ini muncul ramai tokoh-tokoh yang membentuk komuniti hukum mereka. Mereka turut

membina lingkungan hukum yang berasas kepada metod dan kerangka fikir tersendiri. Antara tokoh-

tokoh zaman kegemilangan fiqh zaman ini adalah :

i. Imam Abu Hanifah ( 80 H – 150 H)

ii. Imam Malik bin Anas ( 93 H-179 H )

iii. Imam asy-Syafie ( 150 H – 204 H )

iv. Imam Ahmad bin Hanbal ( 164 H- 241 H )

Selain dari keempat-empat tokoh tersebut lahir juga tokoh-tokoh lain yang mendokong metod tersendiri

sehingga membentuk mazhab-mazhab kecil. Antara mazhab-mazhab lain selain Mazhab empat yang

Muktabar yang muncul :

i. Mazhab Al-Imam Al-Auza’ie.

ii. Mazhab Imam Sufian Ath-Thauri.

iii. Mazhab Al-Laith bin Sa’ad.

iv. Mazhab Imam Daud Az-Zhohiri.

v. Mazhab Ibn Jarir Al-Tabari.

Era dari pertengahan abad ke-4 sehingga kejatuhan baghdad

Era ini berlangsung antara pertengahan abad ke-4H sampai pertengahan abad ke-7H. Ia

menyaksikan menurunnya semangat ijtihad di kalangan ulama fiqh. Era ini juga disebut sebagai era

taqlid. Banyak faktor yang menyumbang ke arah pembentukan era taqlid ini antaranya:

i. Keadaan politik yang kucar-kacir, sehingga membawa kepada pembentukan wilayah-wilayah

kecil di bawah pemerintahan yang berbeza.

ii. Kesatuan umat Islam mula digugat sehingga memisahkan hubungan dalam sebuah empayar islam

yang besar sehingga membentuk negara-negara yang memiliki kuasa autonomi.

iii. Para pemimpin sibuk dengan hal ehwal politik sehingga mengabaikan hal ehwal ilmu dan ulama.

Berbeza dengan era yang sebelumnya, keperihatinan para pemimpin merupakan di antara faktor

utama perkembangan fiqh.

Page 5: Khilaf Antara Mazhab: Sorotan Sejarah Sebagai Satu Analisis

5

Walaupun dalam keadaan fiqh yang semakin lemah dinamikanya, para ulama pada era ini turut

memiliki kehebatan ilmu dan penguasaan alat-alat bagi mengeluarkan hukum. Walau bagaimanapun

mereka lebih selesa dalam lingkungan apa yang telah sedia wujud. Antara faktor yang menyumbang ke

arah fenomena taqlid adalah :

i. Penyusunan kitab-kitab Fiqh.

ii. Fanatik Mazhab.

iii. Penutupan pintu ijtihad.

iv. Polisi pemerintah.

Dalam keadaan hukum fiqh berlegar di dalam kelompok tersendiri para ulama yang muncul turut

memberikan sumbangan yang besar dalam bidang keilmuan. Antara sumbangan ulama fiqh pada era ini

adalah :

i. Meletakkan ‘illah bagi sesuatu hukum ) تعليل األحكام(.

ii. Tarjih di antara pandangan yang berbeza di dalam Mazhab.

Era jumud dan mundur

Era ini berlangsung dari perrtengahan kurun ke-7H sehingga kurun yang ke-13H. Perkembangan

fiqh pada era ini seolah-olah tiada pergerakan dan berada pada tahap yang paling teruk. Walau

bagaimanapun era ini merupakan yang paling panjang dalam sejarah perjalanan hukum. Pada era

sebelumnya kita melihat bagaimana para ulama cenderung terhadap mengeluarkan illah, tarjih, tahrij

dan sebagainya. Berbeza dengan era kejumudan dan kemunduran ini, para ulama tidak cenderung

terhadap perkara yang sama, walau pun mereka mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk ber-

ijtihad. Dalam bidang penulisan juga mengalami kemunduran. Tidak banyak kitab-kitab baru dihasilkan.

Mereka lebih tertumpu terhadap usaha menghafal kitab-kitab yang sedia ada. Antara usaha yang

dijalanakan ulama pada era ini :

i. Menulis mutun.

ii. Penulisan syarah, hasyiah dan ta’liq.

Era ini berlalu dengan keadaan fiqh yang suram. Bahkan mewarisi dogma yang hitam atau putih.

Kesinambungan taqlid pada era lalu diteruskan dengan menjadikan atmosfera fiqh yang jumud dan

mundur. Antara faktor kejumudan dan kemunduran era ini :

i. Ketegangan politik di dalam negara-negara Islam.

Page 6: Khilaf Antara Mazhab: Sorotan Sejarah Sebagai Satu Analisis

6

ii. Para ulama cenderung terhadap pengajian kitab-kitab fiqh yang ditulis era sebelumnya.

iii. Para ulama dikekang dari menjalankan ijtihad.

iv. Wujudnya penulisan-penulisan yang menggunakan istilah-istilah yang sukar difahami.

Maka para ulama sibuk merungkai dan memahami istilah-istilah tersebut.

Era kesedaran dan kebangkitan semula Fiqh

Era ini bermula dari akhir kurun ke-13 sehingga sekarang. Ia memaparkan munculnya tokoh-

tokoh yang berwibawa membawa fiqh ke suatu arah yang tersendiri. Walau pun era ini tidaklah

segemilang era-era awal tetapi ia tetap mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding era yang

sebelumnya. Fiqh berjalan dengan nafas dan wajah yang baru. Berjalan seiring dengan perkembangan

dan kemajuan manusia dalam pelbagai bidang . Antara elemen yang menyumbang kemajuan fiqh dalam

era ini adalah:

i. Pembelajaran fiqh islami secara tersusun.

ii. Pengkanunan fiqh Islami di dalam negara-negara Islam.

1. Pembelajaran Fiqh secara tersusun.

Para ulama meletakkan keutaman terhadap pembelajaran dan pengkajian fiqh pada era ini.

Mereka mula menulis dan mengeluarkan pandangan-pandangan segar dalam isu-isu semasa sesuai

dengan perkembangan manusia. Antara kejayaan yang dapat dicapai pada era ini dalam bidang

pembelajaran fiqh adalah:

i. Keperihatinan para ulama terhadap mazhab-mazhab muktabar dan pandangan-pandangan

ulama muktabar tanpa membezakan antara mereka.

ii. Keperihatinan terhadap perbahasan topik-topik yang berfaedah.

iii. Keperihatinan terhadap fiqh perbandingan.

iv. Penubuhan Institut penyelidikan (بحوثل)مجامع ا dan penghasilan ensiklopedia fiqh الموسوعات )

.الفقهية (

2. Pengkanunan hukum-hukum fiqh ) تقنين أحكام الفقه اإلسالمي(.

Perkataan (تقنين) merupakan bentuk kata terbitan dari ( َقَنَّن), yang bererti membentuk undang-

undang. Maka boleh kita fahami taqnin al-ahkam bererti mengumpulkan hukum-hukum dan kaedah-

kaedah penetapan hukum (tasyri’) yang berkaitan dengan masalah tertentu, menyusunnya secara

sistematik, serta mengungkapkannya dengan ayat-ayat yang tegas, ringkas, dan jelas dalam bentuk bab,

Page 7: Khilaf Antara Mazhab: Sorotan Sejarah Sebagai Satu Analisis

7

dan fasal. Kemudian disusun mengikut nombor secara berurutan. Penyusunan ini bertujuan

menetapkannya sebagai undang-undang atau peraturan. Undang-undang atau peratutran ini

kemudiannya disahkan oleh pemerintah, sehingga wajib para qadhi melaksanakannya dalam

mengeluarkan hukum. Dengan demikian dapat disimpulkan bahawa taqnin adalah proses legalisasi fiqh

Islam ke dalam bentuk undang-undang yang berlaku di sesebuah negara. Di Malaysia, kita menyebutnya

sebagai enakmen atau akta.

Pada era ini muncul tokoh-tokoh yang menggerakkan dan menyumbang perkembangan fiqh

yang lebih dinamis. Antara tokoh-tokoh fiqh era baru.

i. Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili.

ii. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi

iii. As-Syahid Abdul Qadhir Audah. (Hakim yang syahid: 1906-1954)

iv. Muhammad Abu Zahrah (1898-1974 M)

v. Mustafa al-Zarqa (1907 M-1999 M)

Kesimpulan

Syari’at Islam merupakan keadilan Allah di antara hambaNya, rahmat Allah ke atas

makhlukNya dan perlindungan Allah terhadap bumiNya. Ia dibina di atas dasar memberi

kemanfaatan ke atas hambaNya. Oleh yang demikian setiap hukum yang terkandung dalam al-

Quran memandang berat terhadap kemaslahatan umat manusia untuk menjamin kelangsungan

hidup mereka. Sejarah perjalanan hukum merakamkan hukum berubah sesuai dengan masa, zaman,

tempat dan maslahah yang wujud. Apatah lagi hukum Syariat bukan bermatlamat meletakkan manusia

dalam kongkongan atas slongan hukum semata-mata, bahkan bertujuan mendatangkan kemaslahatan di

dunia dan di akhirat. Para ulama Usul Fiqh dan Fiqh berkonsensus bahawa maslahah adalah inti kepada

pensyariatan, bermatlamat menjaga kepentingan dan kemaslahatan manusia dalam perlaksanaannya.

Setiap hukum yang dipertanggungjawabkan ke atas mukallaf mengandungi hikmah tersembunyi yang

membawa kebaikan atau menghindarkan kemudharatan dunia dan akhirat, bersumberkan al-Quran dan

al-hadith.

Dalam perbahasan Perundangan Islam, kita juga akan didedahkan dengan sumber-sumber yang

menjadi sandaran hukum-hukum. Hal ini kerana hukum dibina melalui kaedah dan displin ilmu yang

tersusun rapi. Ia tidak terbina di atas rasa atau pandangan seseorang ulama semata-mata. Para ulama

mengkategorikan sumber hukum kepada yang disepakati dan yang tidak disepakati. Sumber hukum

Page 8: Khilaf Antara Mazhab: Sorotan Sejarah Sebagai Satu Analisis

8

yang disepakati adalah al-Quran, al-Hadith, al-ijma’ dan al-Qiyas. Manakala sumber hukum yang tidak

disepakati seperti istihsan, ‘urf, maslahah al-mursalah, sadd al-dhra’i’ dan madhab sahabi. Daripada

pembahagian tersebut sumber-sumber hukum boleh dikategorikan kepada sumber primer dan sumber

sekunder. Sumber hukum yang berbentuk primer adalah nas al-Quran dan al-hadith, manakala sumber

sekunder seperti ijma’, qiyas, istihsan, ‘urf, maslahah al-mursalah, sadd al-dhra’i’ dan madhab sahabi.

Dengan penghayatan sejarah perjalanan hukum ini, dapat melahirkan perasaan menyanjung dan

menghargai perjuangan para ulama dalam memahami, meng-istinbat dan mengeluarkan hukum.

Penghayatan yang mendalam juga, dapat membantu kita mengetahui punca perbezaan pandangan di

kalangan para ulama dalam mengeluarkan hukum seterusnya menerima perbezaan sebagai suatu

kesempurnaan dan bukan membawa kepada perpecahan.