khidmat nasihat 24 jam mengenai keracunan · undang-undang ini dan boleh dikenakan hukuman. di...

2
Mitragyna speciosa Korth Kesan penyalahgunaan daun ketum 1. Susut berat badan 2. Sukar untuk tidur (insomnia) 3. Tiada selera makan 4. Bibir menjadi kering 5. Kesukaran membuang air besar 6. Kesan lebam dan terbakar pada muka terutamanya pada bahagian pipi 7. Gejala-gejala ketagihan seperti :- a. Mata dan hidung berair b. Sengal-sengal sendi c. Mudah marah d. Semakin lemah untuk bekerja Peruntukan Undang-undang Mulai Januari 2003, Mitragynine ( merujuk kepada daun ketum) telah dimasukkan ke dalam Jadual 3 Peraturan Racun 1989 yang dikawal sebagai bahan psikotropik di bawah Seksyen 30 (5) Akta Racun 1952. Ini bermakna, individu yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan daun ketum di Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang ini dan boleh dikenakan hukuman. Di Thailand, satu undang-undang yang dinamakan Akta Kratom 2486 telah digubal pada tahun 1943. Akta ini mengharamkan sebarang aktiviti penanaman pokok ketum dan mana-mana pokok ketum yang masih ada hendaklah ditebang atau dimusnahkan. Pada masa ini, Undang-undang Thailand telah mengkelaskan daun ketum di bawah kelas yang sama dengan kokain dan heroin yang mengakibatkan penyalahguna daun ketum dikenakan hukuman yang sama seperti pengguna kokain dan heroin. Daun Ketum Sumber Rujukan 1. http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/2000/januari00.pdf 2. http://www.pemadam.org.my/main.php Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia KHIDMAT NASIHAT 24 JAM MENGENAI KERACUNAN Waktu Pejabat : 1-800-88-8099 / 04-6570099 [ Isnin hingga Jumaat : 8.10 pagi – 4.40 petang Sabtu : 8.10 pagi – 1.00 petang ] Selepas Waktu Pejabat : 012-4309499 [ Termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum ] Pusat Racun Negara 11800 Pulau Pinang Malaysia Fax: 604-6568417 Tel: 604-6570099 Website: www.prn.usm.my

Upload: phamngoc

Post on 27-Mar-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Mitragyna speciosa Korth

Kesan penyalahgunaan daun ketum

1. Susut berat badan2. Sukar untuk tidur (insomnia)3. Tiada selera makan4. Bibir menjadi kering5. Kesukaran membuang air besar6. Kesan lebam dan terbakar pada muka terutamanya pada bahagian pipi7. Gejala-gejala ketagihan seperti :- a. Mata dan hidung berair b. Sengal-sengal sendi c. Mudah marah d. Semakin lemah untuk bekerja

Peruntukan Undang-undang

Mulai Januari 2003, Mitragynine ( merujuk kepada daun ketum) telah dimasukkan ke dalam Jadual 3 Peraturan Racun 1989 yang dikawal sebagai bahan psikotropik di bawah Seksyen 30 (5) Akta Racun 1952.

Ini bermakna, individu yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan daun ketum di Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang ini dan boleh dikenakan hukuman.

Di Thailand, satu undang-undang yang dinamakan Akta Kratom 2486 telah digubal pada tahun 1943. Akta ini mengharamkan sebarang aktiviti penanaman pokok ketum dan mana-mana pokok ketum yang masih ada hendaklah ditebang atau dimusnahkan.

Pada masa ini, Undang-undang Thailand telah mengkelaskan daun ketum di bawah kelas yang sama dengan kokain dan heroin yang mengakibatkan penyalahguna daun ketum dikenakan hukuman yang sama seperti pengguna kokain dan heroin.

DaunKetum

Sumber Rujukan 1. http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/2000/januari00.pdf 2. http://www.pemadam.org.my/main.php

Pusat Racun NegaraUniversiti Sains Malaysia

KHIDMAT NASIHAT 24 JAM MENGENAI KERACUNAN

Waktu Pejabat : 1-800-88-8099 / 04-6570099[ Isnin hingga Jumaat : 8.10 pagi – 4.40 petang

Sabtu : 8.10 pagi – 1.00 petang ]

Selepas Waktu Pejabat : 012-4309499[ Termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum ]

Pusat Racun Negara11800 Pulau Pinang

MalaysiaFax: 604-6568417Tel: 604-6570099

Website: www.prn.usm.my

Kegunaan daun ketum secara tradisional

Bahagian yang selalu digunakan ialah daun.Daun ketum telah digunakan secara meluas oleh generasi terdahulu dalam bidang perubatan tradisional terutamanya dalam masyarakat Melayu. Ia digunakan dalam merawat keadaan seperti :-1. Masalah cirit-birit dan sakit perut2. Masalah kecacingan3. Sebagai penahan sakit4. Mengembalikan semula tenaga wanita selepas bersalin5. Menggalakkan penyembuhan luka6. Sebagai penenang fikiranSecara umum, ia digunakan samada dengan cara mengunyah daun ketum yang segar atau meminum air rebusannya.

Penyalahgunaan daun ketum dan kesannya

Di Malaysia, penyalahgunaan daun ketum ini semakin menular terutamanya dalam kalangan penagih dadah seperti morfin dan heroin.Ini disebabkan, selain mempunyai kesan penenang, ia juga dikatakan berupaya menghilangkan kesan sindrom penarikan (withdrawal syndrome) untuk jangka masa yang singkat.

Memandangkan kesan seperti mengambil heroin dan morfin daripada daun ketum hanya mampu bertahan selama 3-4 jam, para penagih terpaksa mengambil rebusan daun ketum secara lebih kerap dan dalam jumlah yang banyak untuk mengurangkan kesan gian terhadap morfin atau heroin. Keadaan inilah yang menyebabkan penagih mula menagih daun ketum pula.

Oleh kerana daun ketum mudah didapati secara percuma di negara ini, maka penyalahgunaannya juga menjadi semakin berleluasa.

Bahan Aktif

Mitragynine merupakan sebatian aktif yang banyak terdapat di dalam daun ketum. Ia sejenis alkaloid yang hampir menyerupai yohimbin, psilosibin dan lysergic acid diethylamide-LSD. Sebatian-sebatian ini mempunyai kesan rangsangan dan psikoaktif terhadap penggunanya. Mitragynine mewakili hampir separuh daripada 0.5 peratus kandungan alkaloid yang berada di dalam daun ketum. Terdapat sekurang-kurangnya 24 alkaloid lain yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah ajmalicine, corynanthedine, mitraphylline, mitraversine, isomitraphylline, paynanthesine, speciophylline, speciofoline dan speciogynine.

Pengenalan

Mitragyna speciosa Korth atau pokok ketum ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Tenggara dan merupakan tumbuhan asli di Thailand dan Malaysia. Di Malaysia tumbuhan ini banyak terdapat di negeri-negeri sebelah utara semenanjung dan pantai timur. Ia hidup subur di kawasan bertanah lembab yang mempunyai kandungan humus yang tinggi. Kebanyakannya ditemui tumbuh secara liar di kawasan-kawasan hutan dan persekitaran kampung.

Pokok ketum berasal daripada keluarga "Rubiacea". Di Amerika Syarikat ia dikenali di dengan nama "Kratom". Di Thailand pula ia dipanggil "Kakuam", "Katawm", "Ithang" atau "Tawm". Sementara itu di Malaysia, pokok ketum juga dikenali sebagai pokok biak.

Mengenali bahagian-bahagian pokok ketum

Pokok - Mempunyai batang yang keras, besar, bercabang dan kadangkala mencapai ketinggian melebihi 20 meter dengan garis pusat mencapai satu meter.

Daun - berbentuk bujur telur yang berpasangan atau tiga helai dengan panjang antara 3 - 20 sm dan lebar antara 2 - 12 sm. Berwarna hijau berkilat dengan permukaan atas yang licin dan bahagian bawah yang berbulu.

Bunga - Tersusun sejambak berbentuk sfera dan setiap bunga berbentuk tiub kecil berwarna kuning

Buah - Berbentuk sfera dengan garis pusat antara 2 - 3 sm, manakala bijinya bersayap sepanjang 1mm.

Bunga ketum

Daun ketum

Buah ketum