kewujudan afektif dan kognitif dalam esei · pdf filejenis esei gambaran / imaginasi,...

9
KEWUJUDAN AFEKTIF DAN KOGNITIF DALAM ESEI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH MELALUI PENYELIDIKAN KUALITATIF (ANALISIS HERMENEUTIK) Suppiah, N. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim, Perak. Malaysia [email protected] Abstrak: Penulisan esei adalah komponen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Beberapa jenis esei yang berdasarkan format-format tertentu, seperti surat kiriman tidak rasmi, syarahan, cerita rekaan, laporan, diari, perbincangan dan wawancara diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan esei di sekolah-sekolah. Dalam penyelidikan ini, dianalisis kewujudan unsur afektif dan kognitif yang membantu pelajar menulis esei yang baik atau di sebaliknya. Metodologi kajian yang digunakan adalah analisis Hermeneutik yang bersifat interpretif dan kualitatif. Afektif sebagai unsur dalaman membantu menjana ilmu pengetahuan. Afektif menjadi asas untuk proses pemikiran dan ingatan. Reaksi afektif dapat mengembangkan pelajar secara kognitif untuk menghasilkan esei yang baik. Apabila reaksi afektif mengalami gangguan, iaitu kegagalan pencungkilan maklumat tentang sesuatu tajuk esei daripada tahap bawah sedar pelajar, maka proses penulisan esei yang baik mengalami kecacatan sehingga terdapat pelbagai kategori esei yang terdiri daripada esei yang baik, sederhana dan lemah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun pencungkilan maklumat tentang sesuatu tajuk esei dapat dibuat oleh pelajar, namun kemahiran berbahasa adalah satu fenomena penting dalam penulisan esei. Penguasaan kemahiran berbahasa dapat memantapkan penulisan esei dengan mengambil kira kewujudan afektif dan kognitif yang mendasari penulisannya. 1. PENGENALAN Proses penulisan ialah suatu aktiviti yang kompleks di mana komponen dan subkomponen terlibat dalam aksi pada beberapa tahap, iaitu pada pendahuluan, perkembangan dan penutupan sesuatu esei. Pendidikan Bahasa Melayu dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di Malaysia adalah untuk membolehkan pelajar; (i) melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan dan penulisan, (ii) dapat memeroses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton untuk digunakan bagi tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan, dan (iii) melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan. Justeru, pendidikan Bahasa Melayu KBSM adalah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian” (KPM, 2001). Beberapa aspek atau ciri kemahiran menulis yang seharusnya dicapai oleh pelajar sekolah menengah melalui pelajaran Bahasa Melayu peringkat sekolah menengah (KPM, 1999) adalah seperti berikut:-

Upload: lenhan

Post on 07-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEWUJUDAN AFEKTIF DAN KOGNITIF DALAM ESEI · PDF filejenis esei gambaran / imaginasi, perbincangan, keperihalan dan surat kiriman tidak rasmi murid tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah

KEWUJUDAN AFEKTIF DAN KOGNITIF DALAM ESEI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH MELALUI PENYELIDIKAN KUALITATIF

(ANALISIS HERMENEUTIK)

Suppiah, N. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim, Perak.

Malaysia [email protected]

Abstrak: Penulisan esei adalah komponen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Beberapa jenis esei yang berdasarkan format-format tertentu, seperti surat kiriman tidak rasmi, syarahan, cerita rekaan, laporan, diari, perbincangan dan wawancara diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan esei di sekolah-sekolah. Dalam penyelidikan ini, dianalisis kewujudan unsur afektif dan kognitif yang membantu pelajar menulis esei yang baik atau di sebaliknya. Metodologi kajian yang digunakan adalah analisis Hermeneutik yang bersifat interpretif dan kualitatif. Afektif sebagai unsur dalaman membantu menjana ilmu pengetahuan. Afektif menjadi asas untuk proses pemikiran dan ingatan. Reaksi afektif dapat mengembangkan pelajar secara kognitif untuk menghasilkan esei yang baik. Apabila reaksi afektif mengalami gangguan, iaitu kegagalan pencungkilan maklumat tentang sesuatu tajuk esei daripada tahap bawah sedar pelajar, maka proses penulisan esei yang baik mengalami kecacatan sehingga terdapat pelbagai kategori esei yang terdiri daripada esei yang baik, sederhana dan lemah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun pencungkilan maklumat tentang sesuatu tajuk esei dapat dibuat oleh pelajar, namun kemahiran berbahasa adalah satu fenomena penting dalam penulisan esei. Penguasaan kemahiran berbahasa dapat memantapkan penulisan esei dengan mengambil kira kewujudan afektif dan kognitif yang mendasari penulisannya. 1. PENGENALAN Proses penulisan ialah suatu aktiviti yang kompleks di mana komponen dan subkomponen terlibat dalam aksi pada beberapa tahap, iaitu pada pendahuluan, perkembangan dan penutupan sesuatu esei. Pendidikan Bahasa Melayu dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di Malaysia adalah untuk membolehkan pelajar; (i) melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan dan penulisan, (ii) dapat memeroses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton untuk digunakan bagi tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan, dan (iii) melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan. Justeru, pendidikan Bahasa Melayu KBSM adalah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian” (KPM, 2001). Beberapa aspek atau ciri kemahiran menulis yang seharusnya dicapai oleh pelajar sekolah menengah melalui pelajaran Bahasa Melayu peringkat sekolah menengah (KPM, 1999) adalah seperti berikut:-

Page 2: KEWUJUDAN AFEKTIF DAN KOGNITIF DALAM ESEI · PDF filejenis esei gambaran / imaginasi, perbincangan, keperihalan dan surat kiriman tidak rasmi murid tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah

a) menulis ayat dan perenggan secara mekanis dengan tulisan tangan yang jelas dan kemas. b) melengkapkan perenggan dengan kata, frasa, ungkapan dan peribahasa. c) menyusun perenggan mengikut urutan isi karangan. d) membina ayat yang betul, tepat, gramatis dan indah. e) membina ayat-ayat dalam perenggan untuk menghasilkan karangan. f) menulis surat kiriman rasmi dan tidak rasmi dan juga pengumuman, berita, dialog, laporan, teks ucapan, minit mesyuarat dan skrip drama. g) menghasilkan penulisan kreatif yang mencakup jenis karangan keperihalan, fakta, cereka atau imaginasi, dan perbincangan. Penulisan esei yang baik bergantung kepada penggunaan proses afektif dan kognitif. Pelajar menulis esei berdasarkan pola-pola berfikir yang sistematik, iaitu mencungkil maklumat daripada tahap bawah sedar mereka. Pelajar menyimpan ilmu pengetahuan yang pernah dipelajarinya sejak di sekolah rendah lagi. Apabila mula berfikir untuk menulis esei, maka pelajar mula mengalami proses afektif secara dalaman untuk mencungkil maklumat berkaitan esei yang akan ditulis. Kemahiran menulis esei dapat digunakan sebagai kaedah penglahiran idea daripada fikiran. Beberapa langkah pemikiran diambil oleh pelajar dalam proses menghasilkan sesebuah esei. Pemikiran ilmu pengetahuan sebelum, semasa dan selepas menulis esei diberi perhatian oleh pelajar dalam proses menyiapkan esei. Berjaya atau tidak pelajar menghasilkan esei yang baik adalah bergantung kepada keaktifan proses afektif dan kognitif yang dialami semasa proses menulis esei. Menurut Sri Rosdiniawati (2003), proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan yang berlaku dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa dan media untuk individu memperoleh pengetahuan sedia ada dalam tahap bawah sedar. Pembelajaran formal yang dialami oleh pelajar sejak di sekolah rendah lagi membantu mereka menghayati pengalaman dan menyimpan dalam tahap memori jangka panjang (LTM) yang akan membantu murid menulis esei yang baik. Penulisan esei bergantung kepada penyampaian maklumat yang dikehendaki oleh soalan esei. Pemahaman isi kandungan esei membantu murid menulis esei apabila perasaan afektif dan proses kognitif memangkin pencungkilan idea dan huraian daripada tahap bawah sedar. Dalam proses ini, kemahiran imaginasi dan kesedaran kognitif, emosi dan perasaan (afektif) turut sama bergabung dan saling berinteraksi dengan proses pemikiran yang lain untuk menghasilkan esei. Menurut Black et al., (1995) isi kandungan esei dan proses pemikiran boleh dikelaskan dalam empat kategori, iaitu (i) pengetahuan fakta, (ii) pengetahuan imagistik, (iii) pengetahuan prosedur dan (iv) pengetahuan mekanisme. Keempat-empat kategri mempunyai objektif tersendiri dalam mengintergrasi maklumat atau ilmu pengetahuan murid untuk menghasilkan esei yang baik. Dalam pada itu, aspek afektif mempengaruhi pemikiran (kognitif) minda murid semasa memikir, merancang dan menulis esei. Unsur afektif membantu mencungkil maklumat daripada tahap bawah sedar murid semasa menulis. Menurut Reber (1995), unsur afektif digunakan untuk emosi, emosionaliti, perasaan, mood dan sebagainya. Manakala Darley, Glucksberg dan Kinchla (1991) memberi makna ekspresi emosi sebagai tanda-tanda dan perasaan emosi yang ditunjukkan kepada orang lain. Ini bermakna afektif dibayangkan oleh murid semasa mencungkil maklumat semasa menulis esei. Tegasnya, unsur afektif dan kognitif mempunyai perkaitan yang erat dalam mencungkil informasi secara sedar, tidak sedar atau bawah sedar. Proses kognitif akan kurang berkesan dalam mencungkil pengalaman lampau tanpa unsur afektif seperti emosi, perasaan, mood, motivasi intrinsik dan sebagainya.

Page 3: KEWUJUDAN AFEKTIF DAN KOGNITIF DALAM ESEI · PDF filejenis esei gambaran / imaginasi, perbincangan, keperihalan dan surat kiriman tidak rasmi murid tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah

2. ANALISIS HERMENEUTIK Kaedah Hermeneutik adalah salah satu kaedah analisis teks yang tertua yang digunakan oleh para penyelidik yang bersifat kualitatif dan interpretif. Ia digunakan untuk menginterpretasi kitab-kitab agama dalam kajian Greek lama. Heidegger, ahli falsafah German menggunakan kaedah ini untuk mencuba memahami dan menginterpretasi ayat-ayat daripada kitab Injil. Menurut Loganathan (1992/1995), Hermeneutik Pedagogi mengutamakan teks sebagai bahan kajian tertentu dan cuba menginterpretasi dan memahami ciri-ciri rasionaliti pemikiran manusia dan maksud yang terkandung di dalamnya. Analisis yang berbentuk interpretif dan fokus utama adalah untuk melakukan tafsiran dan interpretasi ke atas apa juga yang dihasilkan oleh manusia yang mempunyai implikasi makna (meaning). Pandangan Weinsheimer (1991) dianggap lebih menyeluruh kerana beliau menyarankan bahawa Hermeneutik bermaksud suatu teori dan praktis bagi aspek interpretasi. Skopnya menjangkau sehingga mana seseorang ingin memahaminya. Dilthey (1976) menyarankan sains Hermeneutik melibatkan seni membaca suatu teks untuk mengetahui dan memahami dengan penuh keinginan makna yang tersembunyi. Tegasnya, teks merupakan segala produksi manusia yang berkemampuan untuk memperlihatkan serta menganalisis tingkah laku dan pemikiran manusia. Ciri kewujudan Struktur Luaran dan Struktur Dalaman teks secara serentakadalah antara ciri dalam Hermeneutik. Struktur Luaran merujuk kepada perkara yang tersurat yang dapat dikesan dengan mudah dan secara langsung daripada teks (esei). Apabila teks yang dikaji sukar untuk difahami, maka pengkaji terpaksa bersungguh-sungguh menyelami unsur yang tersembunyi di dalam Struktur Dalaman. Sesuatu teks sebenarnya mengandungi pelbagai maksud yang tersirat yang tidak boleh ditanggap melalui pembacaan sekali lalu sahaja. Analisis yang mendalam terhadap elemen di bawah sedar yang tersirat di dalam teks akan membolehkan pengkaji mencapai suatu pemahaman yang bermakna. Pemahaman ini adalah Metateks yang boleh memberikan makna kepada teks atau hasil penulisan murid. 3. SAMPEL KAJIAN Dalam kertas kerja ini, 4 jenis sampel esei sahaja dipilih untuk dianalisis, iaitu sampel jenis esei gambaran / imaginasi, perbincangan, keperihalan dan surat kiriman tidak rasmi murid tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah di Perak. Analisis Hermeneutik digunakan untuk menjelaskan bagaimana afektif dan kognitif dapat membantu pelajar mengarang esei yang baik. 4. ANALISIS HERMENEUTIK UNTUK MENELITI KEWUJUDAN AFEKTIF DAN KOGNITIF DALAM PENULISAN ESEI Tajuk Esei: Gambarkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Esei Tajuk 1 Proses Kognitif Proses Afektif Setelah satu tahun meninggalkannya, kini muncul lagi. Sungguh bahagia aku mengenang peristiwa lalu. Aku termenung di jendela terbayang akan keindahan dan kemuliaan bulan Ramadhan yang muncul kembali mengingatkan aku kepada

-Pelajar dapat memproses maklumat dengan baik berdasarkan tajuk esei ini.

-Pelajar berjaya menyarankan aspek afektif yang melibatkan perasaan seperti

Page 4: KEWUJUDAN AFEKTIF DAN KOGNITIF DALAM ESEI · PDF filejenis esei gambaran / imaginasi, perbincangan, keperihalan dan surat kiriman tidak rasmi murid tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah

peristiwa-peristiwa yang telah aku lalui. Perasaan gembira terserlah apabila aku tersenyum sendirian teringatkan rakan-rakan aku. Tetapi aku bingung, masih adakah kegembiraan pada syawal kali ini? Sedang aku termenung, tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi mercun yang di mainkan oleh kanak-kanak di tempat tinggalku. Aku turun dari rumah untuk menasihati kanak-kanak itu supaya main mercun di tempat lain. Nasihat aku tidak berguna. Aku naik ke rumah semula dan membayangkan keindahan yang bakal aku lalui di pagi syawal nanti. Sekali lagi aku terkejut dengan bunyi mercun, tetapi kali ini mercun yang kanak-kanak itu baling terkena pada tangan aku. Aku menjerit lalu menangis teresak-esak. Ibu dan ayah terdengar jeritan aku. Mereka segera mendapatkan aku di jendela ruang tamu. Aku segera dibawa ke klinik berhampiran. Tiba di klinik, tangan aku semakin membengkak. Jururawat dan doktor yang bertugas cuba menenangkan aku. Setelah dicuci dan di sapukan ubat, jururawat itu membalut tangan aku dengan hati-hati supaya tidak menyakitkan aku. Aku juga di berikan ubat tahan sakit. Ayah dan ibu membawa aku pulang dengan perasaan lega tanpa risau dengan keadaan aku yang sudah selamat. Tiba di rumah kanak-kanak yang bermain itu sudah pergi ke tempat lain. Rakan-rakan aku telah menanti kepulangan aku dari klinik. Hati aku berasa sedih dan gembira apabila rakan-rakan aku datang menziarahi aku. Mereka juga ada menceritakan bagaimana persiapan untuk menempuhi Bulan Ramadhan dan Syawal nanti. Rafidah adalah rakan karib aku yang paling banyak menceritakan persiapannya untuk hari raya. Wanie, Shima dan Suraya tak kurang juga bercerita. Aku berasa sangat sedih mengenangkan persiapan hari raya nanti memikirkan tangan aku yang luka akibat terkena mercun. aku juga tidak dapat menolong ibu membuat langsir, baju, kuih dan mengemas rumah. Begitu juga dengan ayah, aku tidak dapat tolong membakar lemang serta mengecat rumah. Rakan-rakan aku simpati dengan apa yang telah menimpa aku. Mereka memberi semangat kepada aku untuk mengembirakan aku menyambut hari raya akan datang. Ayah dan ibu tidak kurang juga. Merekalah yang paling bahagia melihat aku sembira, ketawa bersama rakan-rakan. Syawal kali ini banyak memberi aku pengajaran yang berguna.

-Pelajar berjaya mengingat dan mencungkil maklumat daripada tahap bawah sedar minda untuk dimuatkan dalam esei ini. -Pelajar juga berjaya mengaplikasikan fakta-fakata tentang esei ini, seperti bulan Ramadhan, mercun, aktiviti mengemas rumah, memasang langsir, mengecat, membuat kuih-muih dan membakar lemang. -Pelajar turut menceritakan gambaran tentang kecederaan yang dialami kerana terkena mercun, dirawat di klinik dan sebagainya menggambarkan bahawa pelajar berjaya menggunakan proses kognitif untuk menulis esei tersebut.

gembira, terkejut, menangis teresak-esak dan termenung dalam esei ini. Unsur afektif dibayangkan apabila mencungkil maklumat yang berkaitan dengan tajuk esei ini.

Page 5: KEWUJUDAN AFEKTIF DAN KOGNITIF DALAM ESEI · PDF filejenis esei gambaran / imaginasi, perbincangan, keperihalan dan surat kiriman tidak rasmi murid tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah

Tajuk Esei 2: Ceritakan suasana majlis perkahwinan yang pernah anda saksikan. Tajuk 2 Proses Kognitif Proses Afektif Pada cuti semester yang lalu, aku berkesempatan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan rakan baik ku, Farizah. Kenduri kahwinnya itu cukup meriah. Pada pukul 11.30 pagi, aku sampai di tempat kenduri kahwin Farizah. Aku dijemput masuk ke dalam rumah oleh ayah Farizah, pak cik Samsuddin dan emaknya, Baayah dengan layanan yang mesra. Aku sebagai rakan baik Farizah, amat mengenali kedua-dua orang tuanya begitu juga dengan mereka. Lagu pengantin yang kuat didendangkan menambahkan lagi kemeriahan kenduri kahwin itu. Aku tersenyum gembira mendengar lagu itu. Tiba di depan pintu bilik, aku masuk ke dalam bilik pengantin. Aku melihat rakan ku sedang disolek seorang mak andam. Rakan ku nampak cantik dan berseri. Aku pergi menegurnya. Wajahnya bertambah ceria melihat kedatangan ku. Kami kemudiannya bersalaman. Katilnya yang cantik dihias menambahkan lagi keunikannya. Warna cadar yang kuning keemasan menambahkan seri di dalam bilik itu.. Aku berkenal-kenalan dengan saudari –maranya yang berada di dalam bilik itu. Mereka semua cukup peramah. Anak saudaranya pula yang amat manja sentiasa di sisiku. Kompang bunyi bertalu-talu menandakan ketibaan pengantin lelaki. Rakanku yang sudah siap dengan solekan dan pakaiannya, keluar bersama-sama pengapit dari bilik. Kemudian, kedua-dua pengantin naik ke atas pelamin. Kedengaran suara saudara-maranya yang bergurau menyorakkan pengantin memeriahkan suasana. Selepas bersanding, kedua-dua pengantin pergi menjamu selera. Aku dan saudara-mara yang lain turut dijemput makan bersama pengantin. Lauk-pauk yang dijamu menyelerakanku. Pada jam 2.00 petang, aku bersalaman dengan kawanku, ibu bapanya serta saudara-maranya dan meminta diri untuk pulang. Aku amat gembira melihat kemeriahan kenduri kahwin itu.

-Pelajar dapat memproses maklumat yang dikehendaki oleh tajuk dengan baik. -Pelajar berjaya mengingat, menaakul dan mencungkil maklumat daripada tahap bawah sedar minda untuk di analisis dan dimuatkan dalam esei jenis keperihalan ini. -Pelajar juga berjaya mengaplikasikan fakta-fakta tentang esei ini, seperti lagu pengantin, solekan pada pengantin oleh mak andam, cadar, menjamu selera dan naik ke atas pelamin. -Pelajar turut menceritakan gambaran tentang suasana majlis perkahwinan secara satu persatu, jelas dan sistematik dengan bantuan proses kognitif.

-Pelajar berjaya menggunakan beberapa perkataan dan frasa seperti kemeriahan, wajah ceria, cantik dan berseri, peramah, dan gembira untuk membantu meluahkan perasaan dan emosi semasa menulis esei. -Pelajar berjaya memproses maklumat dengan bantuan afektif.

Page 6: KEWUJUDAN AFEKTIF DAN KOGNITIF DALAM ESEI · PDF filejenis esei gambaran / imaginasi, perbincangan, keperihalan dan surat kiriman tidak rasmi murid tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah

Tajuk Esei 3: Pemilihan rakan yang sesuai amat penting dalam kehidupan seseorang remaja. Bincangkan. Tajuk 3 Proses Kognitif Proses Afektif Pada masa kini, terdapat ramai remaja yang terpengaruh dalam pergaulan mereka. Pemilihan rakan yang sesuai amat penting dalam kehidupan remaja. Pertama, remaja yang baik hati adalah salah satu pilihan rakan yang sesuai. Rakan yang baik hati boleh mempengaruhi kita untuk bersikap sepertinya. Contohnya, menasihati diri kita supaya bersikap positif. Kedua, remaja sering ditinggalkan ketika rakannya dalam kesedihan. Rakan yang sesuai, sepatutnya sentiasa bersama kita walaupun dalam keadaan sedih dan gembira. Sekurang-kurangnya dia boleh menenangkan fikiran kita. Sesetengah rakan, dia menolong kita kerana sesuatu. Contoh rakan yang baik adalah rakan yang menolong kita dengan seikhlas hatinya. Dengan ini, kita tidak perlu mengeluarkan duit atau sesuatu barang untuk membalas budinya tetapi kita mestilah menolongnya jika dia memerlukan pertolongan. Rakan yang senang dibawa berbincang juga adalah rakan yang sesuai. Jika kita mempunyai masalah, kita boleh berbincang dengannya dan meminta pendapatnya. Oleh itu, kita tidaklah bersusah untuk memikirkan masalah itu. Pada pendapat saya, sebelum berkawan, kita haruslah menyiasat latar belakang seseorang itu. Dan memang benar pengaruh rakan dalam pergaulan remaja perlu dipertimbangkan.

-Pelajar dapat memproses maklumat yang dikehendaki oleh tajuk dengan baik. -Pelajar berjaya mengingat, menaakul dan mencungkil maklumat yang berupa fakta, iaitu isi dan huraian daripada tahap bawah sedar minda untuk dianalisis dan dimuatkan dalam esei jenis perbincangan ini. -Pelajar juga berjaya mengaplikasikan kata-kata dan frasa-frasa tentang esei ini, seperti ’bersikap positif’, ’sentiasa bersama dan sedih dan gembira’, ’membalas budi’, ’menolong kita dengan seikhlas hatinya’ dan ’berbincang untuk mendapat pendapatnya’ melalui proses kognitif yang dialaminya oleh murid sewaktu menulis esei.

-Pelajar berjaya menggunakan beberapa perkataan dan frasa seperti baik hati, ’bersikap positif’, ’dalam kesedihan’, ’sedih dan gembira’, menenangkan fikiran’ dan ’seikhlas hatinya’ adalah antara unsur afektif yang mendasari perasaan bagi membantu meluahkan perasaan dan emosi semasa menulis esei. -Pelajar berjaya memproses maklumat dengan bantuan afektif.

Tajuk Esei 4: Tulis sepucuk surat kepada ayahanda tentang kepulangan anda ke rumah pada musim cuti sekolah nanti. Tajuk 4 Proses Kognitif Proses Afektif No. 3, Blok F, Asrama Puteri, Sek. Men. Keb. Sri Setia, Sungkai, Perak. 25.10.2004. Kehadapan ayahanda dan bonda yang

-Pelajar dapat memproses maklumat yang dikehendaki oleh tajuk dengan baik. -Pelajar berjaya

-Pelajar berjaya menggunakan beberapa perkataan dan frasa seperti ’ ayahanda dan

Page 7: KEWUJUDAN AFEKTIF DAN KOGNITIF DALAM ESEI · PDF filejenis esei gambaran / imaginasi, perbincangan, keperihalan dan surat kiriman tidak rasmi murid tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah

tersayang. Semoga sihat sejahtera selalu bersama adik-adik di kampung. Ayahanda dan bonda, Apa khabar. Ayahanda dan bonda serta adik-adik. Diharap sihat sentiasa. Anakanda di sini sihat. Untuk pengetahuan ayahanda dan bonda, anakanda akan pulang ke kampung pada cuti semester yang akan datang menjelang. Diharap ayahanda dan bonda gembira menerima berita ini. Anakanda tidak sabar untuk mencium tangan ayahanda dan bonda apabila balik nanti. Ini kerana pada semester yang lalu anakanda tidak dapat pulang seperti yang anakanda beritahu kepada ayahanda dan bonda sebabnya. Diharap ayahanda dapat menjemput anakanda di sekolah apabila cuti semester menjelma nanti, iaitu seminggu dari sekarang. Kepada bonda anakanda rindu masakan bonda, dan anakanda harap bonda dapat mempertimbangkannya. Sekian sahaja warkah untuk ayahanda dan bonda. Akhir kata sambutlah salam rindu dari anakanda. Sekian, terima kasih. Yang benar, Suraya (t/t)

mengingat, menaakul dan mencungkil maklumat yang berupa fakta yang berkaitan untuk surat kiriman tidak rasmi, iaitu surat yang ditujukan kepada rayahanda dan bonda yang tinggal di kampung. -Pelajar juga berjaya mengaplikasikan kata-kata dan frasa-frasa tentang esei ini, seperti ’bertanya khabar’, ’tidak sabar untuk mencium tangan ayahanda dan bonda’, dan ’rindu masakan bonda’ adalah antara fakta / informasi yang memberi kekuatan kepada surat kiriman tidak rasmi ini. -Pelajar menepati penulisan format esei surat kiriman tidak rasmi ini.

bonda’, ’gembira menerima berita kepulangan’, ’tidak sabar untuk mencium tangan’ ’rindu masakan bonda’ dan ’warkah’ adalah antara unsur afektif yang membantu pelajar meluahkan perasaan dan emosi semasa menulis esei surat kiriman tidak rasmi ini. -Pelajar berjaya memproses maklumat dengan bantuan afektif untuk menguatkan aspek perasaan dan emosi di dalamnya.

5. DAPATAN KAJIAN Pelajar dapat menulis esei jenis gambaran/imaginasi berdasarkan kemahiran kognitif seperi mengingat, menghafal, menganalisis, mencungkil, meraptai dan menyusun untuk menghasilkan esei ini. Proses kognitif sebenarnya membantu pelajar menulis esei yang baik. Dalam pada itu, perlu juga sedar bahawa proses afektif menjadi pemangkin dalam penulisan ini. Tanpa afektif, pelajar tidak dapat mengalami perasaan secara intrinsik untuk mencungkil maklumat tentang tajuk esei. Pelajar dapat menulis esei jenis keperihalan yang membayangkan suasana majlis perkahwinan yang meriah. Proses kognitif membantu menjana idea dalam esei ini. Pelajar berjaya mengingat maklumat lama yang tersimpan di bawah tahap bawah sedar untuk dicungkil semula untuk menulis dalam esei secara tersusun. Walaupun proses kognitif mendasari penulisan isi dan huraian esei, namun perlu sedar bahawa proses afektif membantu pelajar memokus emosi dan perasaan untuk menghasilkan esei yang baik. Proses afektif membantu menguatkan penulisan esei dengan mewujudkan rasa bertanggungjawab kepada pelajar semasa menyiapkan esei tersebut. Pelajar dapat menulis esei jenis perbincangan juga dengan bantuan kognitif dan afektif. Apa yang dipentingkan dalam esei jenis ini ialah proses kognitif membantu pelajar mencungkil maklumat semasa pelajar memikir secara mendalam untuk mula menulis esei ini. Unsur afektif

Page 8: KEWUJUDAN AFEKTIF DAN KOGNITIF DALAM ESEI · PDF filejenis esei gambaran / imaginasi, perbincangan, keperihalan dan surat kiriman tidak rasmi murid tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah

kurang terserlah untuk membantu pelajar menulis esei ini. Akan tetapi, afektif hadir dalam diri pelajar secara tersirat semasa menulis esei dan ia kurang atau tidak ditonjolkan dalam esei secara tersurat. Pelajar yang menulis esei jenis surat kiriman tidak rasmi memproses maklumat yang sesuai untuk menulis esei dari segi kognitif. Penonjolan afektif dapat dilihat dengan tersurat melalui format surat kiriman tidak rasmi yang sememangnya mempunyai ciri-ciri seperti ’bertanya khabar’, ’ayahanda dan bonda’, ’warkah’ dan menutup esei dengan kata-kata seperti ’ ’sambutlah dengan salam rindu’ dan menurunkan tandatangan di akhir suratnya. 6. RUMUSAN Kewujudan kognitif dan afektif dalam penulisan esei memberi makna tersendiri semasa menulis esei. Setiap kata yang diucap atau ditulis sememangnya mendasari kedua-dua proses ini. Kehadiran kedua-dua proses ini akan membantu pelajar menulis esei yang baik. Kedua-dua proses akan menonjol mengikut format esei, seperi gambaran/imaginasi, perbincangan, keperihalan dan surat kiriman tidak rasmi. Tajuk yang menyentuh cerita rekaan dilihat mempunyai banyak unsur afektif daripada kognitif. Manakala tajuk esei yang lebih mirip kepada fakta, proses kognitif bertindak mencungkil maklumat dari mula menulis esei sehinggalah pengakhirannya. Unsur afektif ’hadir’ menyusup di sebalik fakta-fakta (isi dan huraian) dalam penulisan esei.

Page 9: KEWUJUDAN AFEKTIF DAN KOGNITIF DALAM ESEI · PDF filejenis esei gambaran / imaginasi, perbincangan, keperihalan dan surat kiriman tidak rasmi murid tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah

RUJUKAN Black, J.B. & et al., (1995). Using knowledge Representations Approach to Cognitive Task Analysis. In Proceedings of the 1995 Annual National Convention of the Association for Educational Communications and Technology (AECT), (17th, Anaheim. CA, 1995) (ERIC Document Reproduction Service No. ED383287). Darley, J.M., Glucksberg, S. & Kinchla, R. A. (1991). Psychology (5th ed.). Englewood Cliffs, NJ:Prentice Hall. Dilthey, W. (1976). Selected Writings. (Terj. Diedit) Rickman. H.P. Cambridge University Press. Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Tingkatan 3 & 4): Edisi Penyesuaian Kesusasteraan Melayu Sebagai Komponen Wajib Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2001). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Melayu. PPK, 2001. Loganathan, K. (1992). Hermeneutic Analysis of Discourse, International School of Dravidian Linguistics, India. Loganathan, K. (1995). Pedagogic Hermeneutics and The Unification of Positive Hermeneutic Sciences, Paper presented at the International seminar of Asian Bishops’ Association, New Delhi dan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang, November, 1995. (Tanpa Terbit). Reber, A. S. (1995). The Penguin dictionary of psychology. 2th Ed. England: Penguin. Sri Rosdiniawati, (2003). Perkembangan anak sebagai peribadi yang unik. Diperoleh Ogos 19, 2003 daripada www.puskur.or.id Weinsheimer, J. (1991). Philosophical Hermenuetics and Literary Theory, Yale University Press.