keusahawanan

Upload: tikahradzi

Post on 07-Jan-2016

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Kejayaan Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah

Blog ini diwujudkan melalui ulasan artikel dalam buku 66 Usahawan Malaysia, Jutawan Malaysia: Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah (Kumpulan Sunway), dan artikel Berita Harian-Pengalaman Tan Sri Jeffrrey memberi motivasi kepada pelajarDaripada artilel kedua, dapat diketahui bahawaTan Sri Jeffrey Cheah dilahirkan di Pusing, Perak. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Victoria University of Technology, Australia. Selepas menamatkan pengajian, beliau memulakan kerjayanya sebagai akauntan di kilang pemasangan motor. Pada tahun 1974, beliau menubuhkan syarikat perlombongan bijih timah, iaitu Syarikat Sungei Way dengan modal sebanyak RM100000. Lima tahun kemudian, ketika berlaku kemelestan ekonomi, beliau menukar perusahaan bijih tersebut kepada perusahaan lombong kuari dan pasir dengan segera dan beliau berjaya menyelamatkan syarikat beliau. Selepas kemelesetan ekonomi berakhir, beliau mula melebarkan risiko syarikat dengan mempelbagaikan perniagaannya. Dalam keadaan ini, dapat menunjukkan kebijaksanaan beliau dalam merebut peluang yang merupakan salah satu cirri-ciri keusahawanan. Pada tahun 1984, beliau berjaya membawa Sunway Holding Berhad ke papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur.Kebijaksanan beliau juga dapat dikukuhkan ketika kemelesetan ekonomi kembali pada tahun 1985 dan 1997. Kali ini, kesan yang dirasai lebih ketara dan Sunway Holding Berhad mengalami kerugian yang hampir melenyapkan dana pemegang sahamnya. Tan Sri Dr Jefferey Cheah cuba bertahan dan melakukan pelbagai cara untuk menjimatkan kos operasi syarikatnya.Beliau bersikap terus dengan kakitangannya dan kerap mengadakan pertemuan dengan kakitangan bagi membentangkan akaun syarikat. Beliau juga memotong gaji beliau sendiri dan mengurangkan perbelanjaan dan cara hidup mewah beliau. Beliau tetap menjaga kebajikan pekerja dengan membayar gaji mereka tepat pada waktunya dan ini telah menanamkan rasa cinta dan setia pekerja terhadap beliau.Daripda artikel kedua, dalam sesi bersama pelajar SMK Puchong, Tan Sri Jeffrey mengkongsi pengalamannya yang berharga dan bernarik kerana beliau beranggapan pendidikan ialah asas kejayaan dalam hidup. Dalam sesi tersebut, Tan Sri Jeffrey bercerita mengenai pengalaman hidup, perjalanan beliau sehingga berjaya menjadi ahli perniagaan yang disegani dan memberi motivasi kepada pelajar supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk menjadi individu yang berjaya pada masa depan. Selain itu, beliau juga menasihati pelajar agar sentiasa berdisiplin dan bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukan. Pengkongsian ini dapat menunjukkan cirri-ciri keperibadian dan cirri ciri keusahawanan beliau.Daripada artikel pertama pula, Tan Sri Dr. Jeffrey juga merupakan seorang dermawan.Beliau melibatkan diri dalam beberapa persatuan kebajikan, seperti Yayasan Buah Pinggang Malaysia, Yayasan Hati Malaysia dan Persatuan Hakka Malaysia. Dua buah projeknya, iaitu Kolej Sunway dan Monash Universiti juga ditubuhkan sebagai institusi pendidikan bukan untung.Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah mempunyai rahsia kejayaan yang banyak. Antaranya, beliau ialah seorang yang suka belajar daripada kesilapan. Selain bergantung pada fakta, beliau juga tidak lupa memanfaatkan gerak hatinya dan mempergunakannya dalam membuat keputusan. Beliau juga tidak membiarkan emosi menguasai dirinya. Beliau juga suka dan berani mengambil risiko. Beliau juga mementingkan kebolehpercayaan dan integrity. Contohnya, beliau sentiasa memastikan segala hutang pada pihak bank dapat dijelaskan sepenuhnya.Kesimpulannya, selain merupakan usahawan yang berjaya, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah jugamemiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak. Beliau menderma untuk membantu golongan yang lemah serta berkongsi pengalaman untuk memotivasikan pelajar.Posted bykwee pingat16:32No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestKerjaya Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

Blog ini diwujudkan melalui ulasan artikel Bantu Golongan Miskin Bandar, Rahsia Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, artikel Ciri-ciri Usahawan yang Berjaya dan Cinta itu Abadi: Mutiara Kata Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary.Daripada artikel Ciri-ciri Usahawan yang Berjaya, dapat disimpulkan bahawa cirri-ciri usahawan yang berjaya terdapat 25ciri,antaranya ialah komitmen dan keazaman, berinisiatif, melihat dan merebut peluang yang ada, berkeyakinan tinggi dan lain-lain. Usahawan yang saya pilih, Tan Sri Syed Mokhtar merupakan usahawan yang banyak memenuhi cirri-ciri usahawan, walaupun tidak memenuhi kesemua cirri itu. Tan Sri Syed Mokhtar ialah seorang usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal. Selain itu, beliau juga usahawan Bumiputera yang paling kaya terkini. Kejayaan ini adalah berkat daripada latar belakang beliau yang mendorong semangat kegigihan beliau.Keadaan keluarga yang serba kurang menyebabkan beliau terpaksa menceburi diri dalam dunia pekerjaan dalam kehidupan awalnya. Beliau menolong ibunya menanm dan menjual sayur-sayuran serta menjual roti canai. Pengetahuan pengiraannya pula membantu bapanya melakukan buku simpanan harian. Keadaan hidup yang susah tidak menyebabkan beliau berasa rendah diri, malah merangsang semangat kegigihan dan ketahanannya. Keadaan ini menunjukkan cirri komitmen dan keazaman beliau yang dipupuk pada latar belakang yang susah itu.Pada tahun 1970an, perniagaan binatang ternankan bapanya merosot disebabkan penyakit kaki dan mulut.Beliau dmengambil alih perniagaan bapanya dengan cirri-ciri usahawan yang berani dan menukarkannya kepada perniagaan daging kecil-kecilan. Dengan kreatif dan inovatifnya, beliau membeli daging yang tidak terjual, kemudian membungkusnya berserta denagan ais dan menjual semula kepada peniaga bumiputera dan restoran di sekitar Alor Setar. Kemudian, beliau beralih perniagaannya kepada perniagaan pengangkutan.Pada tahun 1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau juga mendapat pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Dengan itu, beliau memulakan perniagaan beras. Perniagaan ini berkembang pesat menjadi syarikat Bernas pada hari ini. Melalui pernyataan di atas, dapat diketahui bahawaTan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary merupakan seorang yang pandai merebut peluang yang ada. Beliau juga pandai menggunakan peluang yang ada, dengan mengambil sedikit risiko, iaitu pada ketika beliau beliau mengambil alih perniagaan bapanya yang hampir gagal.Cirri-ciri usahawan yang disenaraikan oleh para pengkaji hanya merupakan cirri atau sifat yang ada pada usahawan, manakala ushawan memiliki rahsia kejayaan sendiri.Tan Sri Syed Mokhtar mengatakan mutiara katanya, iaitu bersyukur, rendah diri, berusaha dengan tekun, dan lain-lain. Beliau sentiasa berasa rendah hati dan tidak pernahlupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita, pesan Tan Sri Syed Mokhtar.Selain menyumbang kepada bidang perniagaan,Tan Sri Syed Mokhtar juga banyak menyumbang pada pendidikan dan kebajikan rakyat, contoh yang terbaik ialah Yayasan Al-Bukhary. Yayasan al-Bukhary ditubuhkan sebagai badan kebajikan yang berperanan dalam membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan mengglakkan persefahaman antara peradaban. Yayasan al-Bukhary banyak membiayai pelajar miskin,dengan inisiatif seperti membiayai pelajar Muslim yang miskin dari sekeliling ASEAN belajar di Malaysia. Yayasan ini juga menjalankan pembinaan Kompleks al-Bukhary di Kedah yang berperanan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.Yayasan Al-Bukhary bukan sahaja menyumbang pembangunan masyarakat termasuk pembinaan masjid dan rumah kebajikan, tetapi juga memainkan peranan di universiti dan hospital dengan membantu orang susah.Kesimpulannya, berdasarkan perceritaan di atas, beliau bukan sahaja ialah usahawan yang berjaya, tetapi juga memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak