keunikan kaum murut

Upload: ummi-syafiqah

Post on 03-Jun-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Keunikan Kaum Murut

    1/4

    Adat Perkahwinan Kaum Murut

    Dalam pengertian adat Barian Sampai Mati ialah Barian atau dalam bahasa Melayu Mas

    Kahwin dan dalam bahasa Inggeris Dowry. Barian ialah namayang diberi oleh masyarakat Murut

    bagi menunjukkan mas kahwin ataupun barang-barang hantaran daripada keluarga pihak lelaki

    kepada keluarga pihak perempuan semasa perkahwinan berlangsung. Oleh demikian, BarianSampai Mati bermaksud mas kahwin atau barang-barang hantaran yang dituntut atau diminta oleh

    keluarga pihak perempuan daripada keluarga pihak lelaki bermula dari perkahwinan sehingga ke

    akhir hayat.

    Adat Barian Sampai Mati sudah lama diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi oleh

    masyarakat Murut di Sabah. Apabila gadis Murut dikahwini oleh lelak pilihan keluarga atau pilihan

    sendiri, barian akan terus ditagih oleh keluarga pihak perempuan sehingga ke akhir hayat. Meskipun

    sudah beranak pinak dan umur sudah menjangkau 30 hingga 90 tahun, tetapi keluarga pihak

    perempuan masih meminta barian daripada pihak lelaki. Masyarakat Dusun dan masyarakat lain di

    Sabah mengatakan bahawa gadis Murut yang dikahwini memiliki barian atau hantaran mas kahwin

    yang sangat mahal berbanding suku kaum lain di Malaysia.

    CTH:

    Adat Barian Sampai Mati dapat dilihat apabila keluarga sebelah pihak perempuan

    menghadapi masalah seperti ada kematian, saudara mara berkahwin, menghadiri perkahwinan.

    Keluarga sebelah pihak lelaki mahupun suami gadis yang dikahwini turut dilibatkan sama dalam

    kesusahan tersebut. Pihak suami mesti mambantu keluarga sebelah pihak perempuan dengan

    memberi mana-mana barang seperti tajau, kain sarung, emas, gong, kain nila, sisitan, duit dan

    sebagainya.

    Seterusnya, Barian Sampai Mati juga dapat dilihat apabila keluarga pihak perempuan pergi

    mengunjungi rumah pihak lelaki selepas kahwin, keluarga pihak perempuan akan meminta apa saja

    yang disukai dan dijumpai oleh mata mereka dalam rumah menantu lelaki. Pada masa itu juga,

    keluarga pihak perempuan akan terus mengambil benda atau barang tersebut, misalnya televisyen,

    peti sejuk, tajau, gong, kain sarung, emas, basikal dan apa sahaja yang ditemui ketika berada di

    rumah pihak lelaki. Pihak lelaki pula tidak berbuat apa-apa dan membenarkan saja permintaan

    keluarga pihak perempuan sebagai tanda hormat kepada bapa dan mak mertuanya.

    Tarian Tradisional Kaum Murut

    Masyarakat kaum Murut juga terkenal dengan Tarian Lansaran dan Tarian Mangunatipyang penuh tenaga. Kebanyakan upacara keramaian, tarian-tarian ini lazim ditarikan kerana

    muziknya rancak serta bersimbolik. Semasa pesta menuai diadakan, penari-penari kaum Murut ini

    akan membuat persembahan di Bandar-bandar sehingga menjadi suatu daya tarikan kepada para

    pelancong dalam dan luar Negara. Walaupun terdapat sedikit sebanyak unsur tarian ini telah diubah

    namun makna serta gaya tariannya masih tidak terjejas. Tarian Mangunatip misalnya mempamerkan

    unsur kegagahan yang ada dalam kaum Murut serta bertujuan untuk memujuk roh-roh nenek

    moyang mereka agar dapat menjaga mereka. Penari-penari tarian ini menyelitkan gugusan padi yang

    sudah dituai dan juga kepala mangsa pada pinggang mereka.

    Gaya tarian Mangunatip ini amat unik serta mempesonakan dimana lelaki yang memegang

    parang akan melompat ke atas bambu yang disusun selang-seli oleh penari-penari lelaki lain. Selepas

    itu, penari yang berada di atas itu akan dianggap sebagai seorang pemburu yang menggunakan

  • 8/12/2019 Keunikan Kaum Murut

    2/4

    penyumpit iaitu buluh yang dimasukkan sejenis sumpit untuk memecahkan belon yang disediakan.

    Alunan muzik daripada gendang kulit serta somputon akan mengawal rentak tarian ini[9].

    Di samping itu, Tarian Mangunatip ini mempunyai keunikan tersendiri. Melalui nama tarian ini

    sudah menampakkan keunikan kerana mengekalkan identity suku kaum Murut. Perkataan

    Mangunatip diambil dalam bahasa Murut iaitu apit yang bermaksud sepit kerana tarian inimenggunakan buluh dan para penari memerlukan kepantasan dan kecekapan ketika menari.

    Oleh itu, setiap gerakan dalam sesuatu tarian mempunyai maksud tersirat. Tarian Mangunatip

    juga mempunyai makna disebalik sesuatu gerakan. Tarian yang lemah-gemalai membawa maksud

    kesopanan wanita dan pihak lelaki sebagai pelindung kepada wanita dalam kehidupan. Hal ini dapat

    dilihat ketika penari lelaki memegang parang dan perisai yang melambangkan sifat kepahlawanan

    kaum Murut sambil matanya liar berwaspada dan seolah-olah sedang bertarung dengan musuh.

    Ketika melalui buluh pula, penari lelaki dan wanita akan berpasang-pasangan sambil berpegangan

    tangan menari melalui buluh tersebut. Hal ini menerangkan bahawa walau apa jua cabaran dan

    rintangan yang melanda, kedua-dua pasangan khasnya dalam institusi perkahwinan, kedua-dua

    pihak hendaklah berganding bahu menyelesaikan masalah dalam rumahtangga[10].

    Tarian Mangunatip Kaum Murut

    Adat Kematian Kaum Murut

    Adat kematian dalam masyarakat Murut, mereka akan mengebumikan mayat. Mereka akan

    melakukan mengebumikan mayat bergantung kepada punca kematian seseorang itu. Sesuatu kes

    kematian perlu diuruskan dengan tertib dan baik dengan mengikuti adat-adat tertentu. Hal ini

    bertujuan bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana atau musibah.Terdapat tiga

    proses dalam pengebumian mayat dalam kaum Murut iaitu semasa kematian, pengebumian, dan

    selepas pengebumian.

    Semasa kematian, ahli keluarga si mati akan memukul gong dan ketika gong dipukul, semua

    penduduk perlu berhenti daripada melakukan aktiviti masing-masing. Jika terdapat penduduk tidak

    berhenti daripada melakukan pekerjaan semasa gong dipukulkan, seluruh penduduk akan didenda

    iaitu memberi seekor khinzir kepada ahli keluarga si mati. Selepas itu, mayat akan dimandikan dansetelah itu mayat akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik serta bersih. Mayat akan berada di

    http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn9http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn9http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn9http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn10http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn10http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn10http://4.bp.blogspot.com/-kGpDPbUI8IM/UYkUKmenyoI/AAAAAAAAAEI/X1gW8RF3ruE/s1600/Wednesday,+March+26,+2008+(4).jpghttp://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn10http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn9
  • 8/12/2019 Keunikan Kaum Murut

    3/4

    rumah selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam tajau iaitu bangkalan kaum Murut. Tajau akan

    ditutup dengan kayu dan di atasnya diletakkan lampu kecil bagi menakutkan hantu syaitan. Pada hari

    kedua, tajau akan dibawa keluar dari bilik tepat pukul 12.00 tengah malam dan ketika ini ahli

    keluarga akan bertangis-tangisan sambil mengelilingi tajau tersebut. Pada hari ketiga, kaum lelaki

    akan pergi ke tanah perkuburan untuk membaiki rumah perkuburan sekiranya terdapat kerosakkan.

    Pada malam keempat, mereka akan bersuka ria sebagai menghormati malam terakhir si mati berada

    dirumah. Keesokan harinya, tajau mayat akan diusung dengan menggunakan usungan kayu ke tanah

    perkuburan. Ketika ini, ahli keluarga perempuan si mati akan menangis kerana mereka percaya akan

    roh si mati akan selamat ke syurga dan bertujuan mengucap selamat jalan.

    Proses yang kedua iaitu semasa pengebumian gong akan dibunyikan sepanjang jalan tajau

    dihantar ke tapak pengebumian dan tajau tersebut akan dihias dengan manik-manik beraneka warna

    dan dipaku dengan kayu yang berukir. Ketika ini mereka akan meraikan majlis makan-makan.

    Seterusnya proses yang terakhir iaitu selepas pengebumian, ahli keluarga akan meletakkan

    tiga potongan bara setelah empat hari tajau di tanah perkuburan. Bara-bara tersebut akan dikawal

    apinya oleh keluarga si mati, supaya roh si mati tidak dapat meniup api tersebut kerana merekapercaya sekiranya si mati dapat meniup api sehingga menyala kemungkinan rumah tersebut ditimpa

    bencana. Adat tolak bala akan diadakan bagi menandakan pantang larang adat kematian sudah

    selesai[12].

    Tajau tempat simpan mayat bagi suku kaum Murut.

    Tambahan pula, adat kematian Murut sudah tidak diamalkan pada zaman moden sekarang[13].

    Pada zaman dulu, adat kematian suku kaum Murut akan berkabung selama sebulan denganmemakai baju hitam bagi keluarga atau saudara-saudara terdekat si mati[14].Pada zaman sekarang,

    pemakaian baju hitam tidak diamalkan lagi malah kain digunting kecil dan diletakkan pada lengan

    kiri. Di samping itu, responden mengatakan bahawa keluarga si mati dan orang-orang kampung tidak

    boleh berhibur seperti menyanyi, menari dan sebagainya untuk menghormati keluarga si mati tetapi

    boleh mengadakan majlis perkahwinan tanpa hiburan. Selepas berkabung selama sebulan, kain

    hitam itu akan dibakar diikuti pukulan gong sebanyak tiga kali menandakan pantang larang sudah

    berakhir[15].

    Selain itu, responden juga mengatakan bahawa adat kematian suku kaum Murut sekiranya

    berlaku kematian si suami atau si isteri. Contohnya, jika si suami meninggal si isteri akan di

    masukkan ke dalam bilik, sepanjang keluarga yang lain menguruskan pengebumian mendiang. Kaum

    Murut memanggilnya Nampalang tujuannya adalah mengelak daripada bala kepada orang lain.

    http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn12http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn13http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn13http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn14http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn14http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn14http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn15http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn15http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn15http://1.bp.blogspot.com/-M3HzmyZAzjw/UYkVnWN5u6I/AAAAAAAAAEc/9bUMIZj4GMI/s1600/MAYAT+TEMPAYAN.jpghttp://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn15http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn14http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn13http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn12
  • 8/12/2019 Keunikan Kaum Murut

    4/4

    Dalam perkabungan si balu akan berlanjutan selama satu hari dan satu malam. Dalam pantang

    larang tersebut orang yang sudah berkahwin tidak sama sekali dibenarkan mengunjungi si balu

    selama tempoh itu. Tujuan pantang larang tersebut adalah untuk mengelak bala supaya orang yang

    masih mempunyai pasangan hidup tidak mengikut seperti si balu. Sepanjang pantang larang tersebut

    hanya anak perempuan yang belum berkahwin ,begitu juga sebaliknya hanya dibenarkan masuk ke

    dalam bilik melayan si balu seperti memberi makan dan minum. Selepas acara pengebumian

    mendiang, si balu pula tidak boleh keluar rumah atau mengunjungi rumah jiran selama sebulan,

    hanya keluarga terdekat yang dibenarkan mengunjungi si balu untuk memberi keperluan harian

    seperti beras dan sebagainya[16].

    http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn16http://f/My%20Jobs/pbs%20sej%20(3).docx%23_edn16