ketua jabatan pendidikan jasmani dan...

Download Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatanketuajabatanpendidikanjasmani.blogspot.com/2015/01/...2017-10-07Pendidikan jasmani turut membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas

If you can't read please download the document

Upload: phamnguyet

Post on 10-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Saturday, 17 January 2015

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM SUKAN SUKAN

(MOHD,YAZID DERAMAN)

PENSYARAH KANAN, IPG KAMPUS KOTA BHARU.

PENGENALAN

Pengelolaandan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang berlainan samasekali. Pengelolaan pendidikan jasmani ini mengutamakan unsur pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmanimerupakan subjek akademik disekolah-sekolah dan mempunyai kurikulum yangterancang dan teratur. Manakala aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola,menyertai pertandingan dan permainanserta mengelola dan melatih pasukan untuk pertandingan yang lebih formal.

KONSEPDAN DEFINISI PENGURUSAN

MenurutKamus Dewan, pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan, pengelolaan, dan penyelenggaraan.Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikansebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran,perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet,kepemimpinan dan penilaian dalam konteksperkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani.

Berikut merupakan fungsi pentadbirandan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan iaitu merancang, menyediakanbajet, mengawal, mengelola, menyediakan jadual pertandingan, membuat keputusandan menilai. Seterusnya untuk mencapai kejayaandalamsesebuahpentadbirandanpengelolaanpendidikanjasmanidan sukan, terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitupersediaan profesional, sikap profesional dan perkembangan profesional. Jikaketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badanpentadbirandan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan, maka kemajuanpentadbiran dan pengelolaanpendidikan jasmani dan sukan akan memperolehikecemerlangan dan kegemilangan.

PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikanjasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkan kemampuankecergasan dan nilai seseorangindividu melalui pendekatan aktivitifizikal. Pendidikan jasmani (PJ)juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumisemua aspek domain seperti psikomotor,kognitif, afektif, sosial, dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani (PJ), pelajarakan diberi ruang untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Malah, secararingkasnya Pendidikan Jasmani (PJ) adalah merupakan satu bentuk pembelajaranyang holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapatmenghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986).

Oleh yang demikian, pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai matapelajaran yang menumpukan penekananterhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui aktiviti fizikalyang menyumbang ke arah pertumbuhanmental, fizikal, sosial, pembentukan nilai danemosi. Pendidikan Jasmani juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebihsihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan danamalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

KURIKULUMPENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

PendidikanJasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia. yangdiajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia. KurikulumPendidikan Jasmani merangkumi aspek-aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikansukan serta kesihatan. Kurikulum PendidikanJasmani di Malaysiadigubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individubagi membentuk masyarakat yang seimbangdari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjangpembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahirandan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektifPendidikan Jasmani. Oleh itu, bagimembentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani,pelajar perlu memahami dan menghayatipengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani ke arahmembentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat. KurikulumPendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkanpengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahapoptimum.

ObjektifKurikulum Pendidikan Jasmani

Terdapatbeberapa objektif kurikulum Pendidikan Jasmani. Antaranya ialah mempertingkatdan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor, menguasai kemahiranasas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri, melakukan senaman danaktiviti fizikal sebagai rutin harian, mengaplikasikan pengetahuan kesihatandan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal, membentuk sahsiahdan disiplin diri, dan membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Sukatan Pelajaran,Pendidikan Jasmani, 1999).

Aktiviti Pendidikan Jasmani yang dilaksanakandi sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruangpersekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasandan penjagaan kesihatan. Oleh yang demikian, guru perlu sentiasa memahamimatlamat utama Pendidikan Jasmani iaitu Pendidikan Jasmani adalah bertujuanmembantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalankecergasan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999).

Organisasi

PendidikanJasmani merupakan disiplin pendidikan. Oleh itu, di sekolah Pendidikan Jasmanimempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan akademik.

Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani

Antara bidang kuasa KetuaPanitia Pendidikan Jasmani ialah menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah,mempengerusi mesyuaratpanitia Pendidikan Jasmani, memastikanrancangantahunanPendidikanJasmanitersediauntukdigunakan, mengagihdan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani, menyediakan perancangantahunan panitia, memantau pengajaran pendidikan jasmani, memeriksa buku latihanpelajar, merancang pembelian alatan untuk panitia, menyediakan anggaranperbelanjaan panitia, dan merancang latihan dalaman.

PerancanganBelanjawan

Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistemperbelanjaan yang sistematik. Ketua panitia Pendidikan Jasamani perlumenyediakan perancangan belanjawan tahunan. Malah, ketua panitia juga perlu menyenaraikan atau menyusun itemmengikut kepentingan. Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukankewangan Pendidikan Jasmani.

Bil Murid ------------------> Peruntukan

Kurang daripada 100 Orang RM 300.00

101-250 Orang RM300.00(minimum)Rm2.80/seorang (selepas 100 0rang)

251-500 Orang RM720.00(minimum)Rm2.60/seorang (selepas 250 0rang)

501-750 Orang RM1370.00(minimum)Rm2.40/seorang (selepas 500 0rang)

751-1000 Orang RM 1970.00(minimum)Rm1.80/seorang(selepas 100 0rang)

1001 Orang atau lebih RM 2420.00(minimum)Rm1.00/seorang (selepas100 0rang)

Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani

Pendidikan jasmani akan dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasanberasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan domain kognitif danafektif. Pendidikan jasmani juga adalah melahirkan masyarakat yang akanmenjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin harian sertadilaksanakan secara berterusan. Pendidikan jasmani turut membolehkan pelajarmenguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diriberdasarkan ketiga-tiga tunjang pembelajaran iaitu kecergasan,kemahiran dan kesukanan.

Pendidikan jasmani adalah dapatmelahirkan masyarakat yang dapat mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dankeselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal. Pendidikan jasmani dilihatakan dapat membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai murni, sahsiah dandisiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat.

PrinsipPengurusan Sukan

Pengurusan sukan adalah proses bekerja bersama orang lain denganmenggunakan sumber secara optimum dalam persekitaran yang sentiasaberubah-ubah. Pengurus bertanggungjawab memastikan proses pengurusan berjalanlancar, bertindak menggunakan sumber fizikal dan manusia dengan cekap danberkesan ke arah mencapai matlamat organisasi. Menurut Kelly, Blanton dan Bertel (1990), mendefinisikan pengurusansukan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan denganperancangan pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan budget, kepimpinandan penilaian dalam konteks sesebuah oraganisasi atau jabatan di mana produkatau perkhidmatan berkaitan dengan sukan. Pengurusan sukan juga ialahmembentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal danmental, bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin dan berdikarimelalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalamsemua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal.

Terdapat empatprinsip pengurusuan sukan iaitu yang pertama ialah perancangan untuk membentuk hala tuju. Pengurus memulakan tugas dengan menentukan matlamat, mengatur denganmerancang program dan menentukan garis-garis kasar gerak kerja. Perananpengurus di sini amat penting bagi menggerakkan perancangan yang akan dilakukandengan kuasa yang ada padanya. Prinsipyang kedua ialah merupakan pengorganisasian iaitu pengurus memastikan semuabahagian unit dapat bertindak, selaras melaksanakan apa yang dirancang. Iniberkaitan dengan pembahagian kerja kepada individu dan kumpulan. Pada masayang sama, kerja haruslah dilaksanakan dengan betul dan bersama. Dua aspekutama pengorganisasi ialah aspek teknikal dan sosial. Aspek teknikal ialahuntuk mencari individu yang mempunyai kebolehan teknikal yang tertentu dalamorganisasi. Manakala aspek sosial pula melibatkan ahli-ahli bukan teknikal,tetapi individu dengan kebolehan kemanusiaan yang unik.

Prinsip yangketiga adalah kepimpinan yang mempunyaikebolehan seseorang mencari pengaruh. Kepimpinan seorang pengurus ialahbagaimana ia mempengaruhi pekerjanya dan bagaimana ia menyebarkan pengaruhnyadalam organisasi. Pengurus memimpin dengan menunjukkan cara, membimbing danmemberi motivasi kepada pekerja-pekerja dalam organisasi dengan tujuan mengekaldan meningkatkan moral mereka. Motivasi juga diperoleh melalui komunikasiaktif, penghargaan dan kebajikan. Seterusnya pengawalan adalah merupakanprinsip-prinsip yang terakhir dalam pengurusan sukan. Pengawalan adalah prosesmenilai dan menyemak. Caranya ialah dengan membandingkan status pencapaianorganisasi sekarang ini dengan apa yang dirancang.

Berdasarkan kepada prinsiptersebut, sukan merupakan satu aktiviti yangpaling berkesan membentuk kecergasan dan kesihatan dari segi fizikal danmental. Sukan juga dilihat membolehkan seseorang itu memperoleh sebanyak-banyakkeseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup (qualityof life) dan keperluan asas manusia. Selain itu, sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaanberamai-ramai sama ada ahli keluarga,sahabat handai, masyarakat setempat dan masyarakat asing yang mana ianyamenggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungansosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri. Keperluan asasmanusia juga merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluanfiziologi kepada kepuasan mutlak diri.

Definisi Organisasi

Sekumpulan individu berusaha untuk menyempurnakan satu-satutugas yang tidak boleh dilaksanakan oleh seorang individu sahaja. Struktur pula menentukan tugas seseorang individu dalamorganisasi tersebut dan perhubungan dengan individu lain. MengikutPfiffner (1960), organisasi adalah persediaan yang sistematik untuk tindakan danmenstrukturkan individu serta fungsi kepada pertalian-pertalian yang produktif.Organisasi juga mencari satu pola kemahiran dan tanggungjawab yang boleh diselaraskanserta penyatuan tujuan melalui pengawasan.

Definisi Pentadbiran

Pentadbiran merupakansatu proses atau keadaan yang melibatkandua atau lebih individu mengembleng tenaga untuk mencapai matlamat yangditetapkan. Menurut Leith (1990)pentadbiran melibatkan proses perancangan, pengelolaan, bimbingan dan kawalan keatas sumber-sumber yang wujud untuk menghabiskan kerja yang diharapkan atau untukmengarahkan program kepada pencapaian matlamat-matlamat tertentu. Manakalamenurut Daughtrey & Woods (1976) pula ialah pentadbiran merupakan koordinasiaktiviti oleh individu dalam kumpulan yang tersusun. Pentadbiran juga melibatkanpengurusan kakitangan, perancangan organisasi, penghasilan dan perhubungan awam.

Perkaitan antara Pentadbiran & Organisasi

Organisasi dibentuk untuk membekalkan suatustruktur @sistem yang berkesan bagi mencapai tujuan satu-satu kumpulan. Pentadbiran pulaialah sebahagian daripada organisasi. Ia membimbing tingkah laku individu didalam organisasi untuk mencapai tujuan yang ditetapkan. Organisasi membekalkan struktur untuk mencapai sesuatumatlamat oleh satu-satu kumpulan dan pentadbiran membekalkan unit-unit yangberfungsi untuk menjalankan organisasi dengan berkesan. Pentadbiran diperlukan untuk menubuhkan sesuatuorganisasi. Manakala organisasi pula memerlukan pentadbiran untuk berfungsi. Objektif pentadbiran dan organisasi adalah untuk mengawalpersekitaran dan pentadbiran serta memberi arah kepada organisasi.

Aspek perlu diberi perhatian dalam perancangan organisasi:

Terdapat beberapa aspek yang perlu diberikan perhatiandalam perancangan sesuatu organisasi. Antara aspek tersebut ialah menentukandengan jelas garis autoriti dan tanggungjawabdari paras atas ke bawah di dalam organisasi. Aspek yang kedua ialah individu yang mendelegasikan tanggungjawabmasih lagi bertanggungjawab. Seterusnya memastikan bilangan paras organisasi adalahterendah. Aspek yang keempat ialah delegasiautoriti dan tanggungjawab adalah pada peringkat tindakan sahaja. Aspekkelima ialah kedudukan dibentuk supayatugas pentadbiran dan fungsi dipisahkan. Kemudian, aspek keenam adalah objektifunit atau bahagian dalam organisasi adalahselaras dengan objektif organisasi itu sendiri. Seterusnya aspek yangterakhir ialah setiap individu dalam organisasimenerima arahan daripada seorang ketua yang lebih tinggi sahaja.

PROSES DAN ASASPENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Pengurusan

Pengurusan adalah merupakan satu proses perancangan,pengelolaan, memimpin dan pengawalan usaha-usaha anggota sesebuah organisasi sertamenggembleng sumber-sumber yang ada dalam organisasi bagi mencapai objektifyang telah ditetapkan. Pengurusan juga bolehdidefinisi dan ditafsir oelh pengamal dan ahli akademik dari pelbagai sudutyang berbeza.

Terdapatbeberapa definisi pengurusan iaitu yang pertama ialah pengurusan merupakan satuproses integrasi sumber dan tugasan dan tanggungjawab ke arah mencapai matlamatyang telah ditetapkan oleh organisasi. Kedua, pengurusan adalah merupakan satuproses menetapkan objektif dan pengelolaan sumber ke arah mencapai matlamatyang telah ditetapkan dan keberkesanannya akan dinilai bagi membantu pengamalmengambil langkah-langkah yang perlu di masa hadapan. Pengurusan juga ialahsatu proses yang melibatkan pengarahan satu-satu kumpulan yang terlibat ke arahmencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi. Seterusnya pengurusanadalah merupakan satu proses yang melibatkan perancangan, pengelolaan,memotivasikan dan pengawalan dengan tujuan untuk menghasilkan satu hala tujudan matlamat bagi sesebuah organisasi.

Bagimemastikan aspek pengurusan itu berfungsi dengan baik, tiga aspek penting yangberikut perlu dipatuhi iaitu perlu wujudnya sebuah organisasi yang formal. Yangkedua organisasi perlulah jelas dan memilik matlamat atas kewujudannya. Aspekpenting yang ketiga pula ialah organisasi itu perlu memiliki struktur pengurusanyang diketuai oleh seseorang yang diberikan kepercayaan memimpin.

Dalamkonteks pengurusan masa kini fungsi utama pengurusan terdiri daripada komponen-komponenseperti berikut iaitu perancangan (Planning), pengelolaan (Organising, memimpin (Leading) dan pengawalan (Control.

(a) Perancangan (Planning)

Perancangan adalah satu aktiviti penetapan matlamat dan objektifyang dirangka secara tersusun dan sistematik. Perancangan yang baikdan berkesan adalah yang tidak bermasalah dan mudah untuk dilaksanakan.Terdapat empat kategori perancangan iaitu yang pertama ialah perancanganstrategik yang dirangka bagi memenuhi objektif organisasi dalam konteksyang lebih luas. Ianya merangkumi pelan tindakan dan aktiviti yang menjuruskepada kepentingan kewujudan organisasi tersebut. Ianya juga dikenali Master plan.

Kedua ialahperancangan operasi yang dirangkasecara terperinci untuk melaksanakan plan strategik. Seterusnya aspek yangketiga ialah perancangan jangka panjang dan jangka pendek. Perancangan ini diklasifikasikansebagai rancangan yang melibatkan tempoh masa. Tempoh masa yang ditetapkanditentukan oleh perancang berdasarkan objektif yang ingin dicapai. Tiada tempohmasa yang spesifik, ianya boleh jadi satu tahun atau pun kurang. Jikaperancangan itu ditetapkan untuk dicapai dalam tempoh masa kurang dari satutahun ianya diklasifikasikan sebagai perancangan jangka pendek dan begitulahsebaliknya.

Kategori perancangan yangterakhir ialah perancangan berfungsi. Perancangan jenis ini diklasifikasikansebagai perancangan yang dibuat untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan untukdicapai. Perancangan jenis bersifat bertindan dan ianya berkaitan antararancangan-rancangan lain bagi tujuan untuk mencapai objektif yang telahditetapkan. Sebagai contoh, perancangan jenis ini ialah perancangan sumbermanusia, perancangan kewangan dan perancangan program pembangunan atletsekolah. Untuk perancangan program pembangunan atlet sekolah tercapai, ianyamemerlukan kewangan dan juga sumber manusia bagi menjayakan rancangan tersebut.

Langkah-langkahdalam merangka sesuatu perancangan:

Dalam merangka satu perancangan yang baik ianya perlu mengambilkira semua aspek yang berkaitan dan juga aspek luar jangka. Perancangan iniperlu dirangka dan dipastikan dengan betul dan berkesan bagi memastikanprestasi dan masa depan organisasi tidak terjejas.

Berikut adalah beberapa langkahyang boleh digunakan dalam merangka sesuatu perancangan iaitu memikirkan ideayang baik, memilih idea yang terbaik, mengenal pasti sumber yang boleh menyumbangkankepada idea, menjalankan kajian yang terperinci dan mengumpul maklumat penting,menyemak semula semua idea dan pelan alternatif yang ada dan boleh diguna pakai,mencari dan memilih kaedah yang terbaik untuk memulakan tindakan perancangan, menentukantempoh masa yang perlu dicapai, mengenal pasti masalah yang bakal dihadapiterlebih dahulu, menentukan struktur organisasi, menyediakan garis panduan yangboleh diguna pakai sebagai contoh ketika ingin membuat sebarang keputusanpenting panduan ini boleh digunakan, memikirkan kaedah pemantauan danpengawalan yang terbaik, memastikan rancangan ini bertulis (Blueprint) dansebaiknya dibukukan untuk panduan mereka yang terlibat, melaksanakan rancangan danyang terakhir ialah menilai keberkesanan perancangan untuk tujuan pembaikan dan rujukan di masahadapan

FaedahPerancangan

Berikut adalah faedah yang diperolehi melalui perancangan yangbaik iaitu membantu memberikan hala tuju, membantu organisasi menentukan masahadapannya, membantu organisasi dalam pemantauan dan pengawalan dan membantumenjadikan organisasi berjaya dalam aspek pengurusannya.

(b) Pengelolaan (Organising)

Pengelolaan adalah merupakan salah satu fungsi utama dalam pengurusan dan ianya bukannya satu proses yangberasingan. Pengelolaan juga boleh menjadi sebahagiandari perancangan atau digabungjalinkan dengan fungsi pengurusan yang lain.Secara kolektifnya, proses dan fungsi pengurusan ialah perancangan, pengelolaan, pelaksanaan dan pengawalan sebagai satuaktiviti mengurus (managing).

Langkah-langkahdalam Melaksanakan Pengelolaan

Berikut ialah langkah-langkah yang boleh diikuti dalam aktivitipengelolaan. Yang pertama ialah membahagikantugas secara spesifik. Ini kerana, keberkesanan dalam pengelolaan banyakbertumpu kepada pembahagian tugasan secara spesifik kepada mereka yangdipertanggungjawab. Faedahnya ialah individu yang menjalankan tugasan yangspesifik dan sama akan lebih mahir dan juga turut membantu mempertingkatkankemahiran dan menjamin pencapaian matlamat.

Kedua ialah pembahagian tugas berdasarkan kumpulan/unitkecil yang mana dapat membantu ketua memantau anggota di bawahnyaberdasarkan kumpulan yang telah ditetapkan. Malah turut bekerjasama dengananggota lain serta memantau pelaksanaan tugas. Ketiga ialah memberikan autoriti dan tanggungjawab.Ini adalah berdasarkan portfolio masing-masing. Ketua memiliki autoriti yangboleh dikaitkan dengan pemilikan kuasa. Kuasa yang wujud dari pihak atasan danditurunkan adalah mengikut keperluan tugas. Seterusnya tanggungjawab merupakan satu bentuk akauntibiliti terhadaptugasan yang diterima.

Langkah yangseterusnya dalam aktiviti pengelolaan ialah menentukan span of managementyang bermaksud jumlah anggota yang akan ditugaskan bagi satu-satu kumpulanatau unit. Jumlah anggota juga menentukan kejayaan sesuatu tugasan. Jika terlalusedikit anggota yang diperlukan ianya akan mengurangkan keberkesanan kerja,manakala jika terlampau ramai sebagai ketua maka akan hilang kawalan terhadapanggota bawahan yang terlampau ramai. Langkah yang terakhir dalam aktiviti pengelolaanialah mengkoordinasi sumber organisasi.Ianya merupakan usaha kolektif yang dilakukan bagi memenuhi objektiforganisasi. Koordinasi juga merujuk kepada kaedah penggabungan, integrasi dankeseragaman di antara kumpulan danunit-unit lain.

FaedahPengelolaan

Berikut adalah faedah diperolehi melalui pengelolaan yang tersusun dan sistematik. Faedahyang pertama ialah tindakan yang diambil akan lebih berkesan. Kedua, menggunakan segala sumber yang anda denganlebih efektif dan efisien. Faedah ketiga ialah membantu dan memudahkan proses meletak tugasandan tanggungjawab kepada individu yang berkenaan. Seterusnya faedah yangterakhir ialah membantu mewujudkan satu sistempelaksanaan dan pengawalan yang berkesan.

SEMAK KENDIRI 5.2

(c) Memimpin (Leading)

Dalam aktiviti perancangan dan dan pengelolaan, ketua akanbekerjasama dengan anggota di bawahnya dalam setiap tugasan yang ingin dicapai.Memimpin adalah satu proses mempengaruhidan memujuk anggota bawahan untuk bekerja secara bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan. Dalamkonteks sebagai seorang ketua, objektif ini bukan hanya disebut dari mulutsahaja, tetapi ianya menuntut seorang ketua memotivasikan anggotanya ke arahmencapai objektif.

Kuasa Memimpindalam Organisasi

Kuasa sering dilihat sebagai satubentuk keupayaan di mana seseorang itu boleh mengarah atau menyuruh orang lainmelakukan sesuatu tugasan atau kerja dan juga bagaimana ia menggunakan kuasauntuk melakukan sesuatu tindakan untuk dirinya dan orang lain. Denganperkataan yang lebih mudah, kuasa itu merupakan keupayaan yang dimiliki untukmempengaruhi tindakan-tindakan lain. Tanpa pemilikan kuasa, organisasi,pengurus dan juga pemimpin akan berhadapan dengan kesukaran untuk mencapaisebarang objektif yang telah ditetapkan.

Kepimpinan bolehdijelaskan melalui konsep-konsep berikut iaitu kepimpinan merupakan suatu kuasa yang menghubungkan pemimpin denganpengikutnya dan mendorong pengikutnya supaya mengerah tenaga secara tersusunmenuju objektif yang di rumus secara kolektif. Bekerja secara sedemikianakan memberikan kepuasan kepada pemimpin dan pengikutnya. Kepimpinan juga memberikan perwatakan dan menerimaperwatakan daripada media, persekitaran dan iklim di tempat ia berfungsi. Kepimpinantidak bekerja dalam ruang yang tidak mempunyai udara, tetapi bekerja dalam iklim yang diwujudkanoleh berbagai unsur. Interaksi pemimpin, ahli, masyarakat dan suasana sekitaransentiasa berlaku.

Kepimpinan juga sentiasa aktif dan mungkin berubah-ubah mengikutperingkat, kekuatan, atau had tetapiianya tidak akan tenggelam dan timbul. Ini bermakna tiada pemimpin, tiadapengikut, dan jika tiada anggota maka tiada kumpulan. Keadaaanya sama adadinamik atau tidak ada langsung. Kepimpinan juga mengambil prinsip-prinsip, kaedahdan sistem mengikut kadar yang pasti dan tetap secara yang disengajakan.Prinsip-prinsip ini termaktub dalam undang-undang tubuh atau perlembagaan.

c)Pengawalan (Control)

Pengawalan adalahsalah satu aktivitipenting dalam pengurusandan ianya wujud hasil dari keperluanyang telah ditetapkan dalam setiapperancangan. Sebagaipengurus, perlu dipastikan semuatugasan yang telahdiamanahkan telah dilaksanakandengan baik. Di sinilah letaknya peranan pengawalan di mana ianya berfungsi untuk memberikan maklumat kepadapengurus. Melalui maklumatyang diterima iniianya nanti akan membantupengurus dalam membuat keputusan. Antaraperanan penting pengawalan iniadalah bertujuan untukmenyesuaikan cara kerjakepada sesuatu standard yangtelah ditetapkan.

ContohPengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan :

Pengurusan dan Pengelolaan Kejohanan Olahraga TahunanPeringkat IPG Kampus Kota Bharu.

Posted by

Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

at18:01

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Followers

Blog Archive

2016

(24)

August

(2)

June

(3)

May

(2)

April

(6)

March

(3)

February

(3)

January

(5)

2015

(35)

December

(1)

November

(4)

October

(1)

September

(1)

August

(3)

July

(1)

June

(2)

May

(8)

April

(2)

February

(4)

January

(8)KECEDERAAN DAN RAWATAN ASAS DALAM SUKANBICARA DIRIPENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM SUKAN SUKAN(MOHD,...Kaedah PengajaranTEORI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN(MOHD.YAZID BINDE...Buku Permainan Kanak-kanak. (Mohd.Yazid Deraman)Pendekatan,strategi,kaedah dan teknik pengajaran P...Tekanan, Faktor dan Risikonya

2014

(3)

December

(1)

February

(2)

2013

(20)

October

(4)

July

(3)

May

(1)

April

(6)

March

(6)

2012

(31)

November

(1)

October

(5)

September

(2)

August

(10)

May

(1)

April

(1)

March

(4)

February

(3)

January

(4)

2011

(19)

November

(3)

October

(2)

September

(3)

August

(11)

About Me

Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

View my complete profile

Watermark theme. Powered by Blogger.