kesilapan dan miskonsepsi dalam operasi darab tanp

Upload: khairul-bariah-kassim

Post on 16-Oct-2015

217 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

jurnal praktikum bubu

TRANSCRIPT

KESILAPAN DAN MISKONSEPSI DALAM OPERASI DARAB TANPA PENGUMPULAN SEMULA YANG MELIBATKAN MENDARAB ANTARA DUA NOMBOR.

KESILAPAN DAN MISKONSEPSI DALAM OPERASI DARAB TANPA PENGUMPULAN SEMULA YANG MELIBATKAN MENDARAB ANTARA DUA NOMBOR.

Khairul Bariah binti Kassim

(PISMP MATEMATIK JANUARI 2011)

1.0

PERNYATAAN MASALAH

Pada minggu ini, kekurangan yang telah saya kenalpasti adalah terdapat beberapa orang murid tahun 3 Kekwa yang telah melakukan kesilapan konsep apabila menyelesaikan operasi darab antara dua nombor iaitu antara nombor dua digit dengan nombor satu digit. Pada minggu ini, saya hanya berkesempatan untuk mengajar murid operasi darab dua nombor tanpa pengumpulan semula. Pada mulanya saya dapati murid akan dapat menguasainya dengan baik kerana algoritma yang akan digunakan lebih senang dan mudah berbanding algoritma yang akan digunakan sewaktu mendarab dua nombor dengan pengumpulan semula nanti. Sewaktu PdP berjalan, mereka juga tidak menunjukkan sebarang permasalahan dan apabila ditanya samada mereka faham atau tidak, semua murid mengatakan yang mereka faham akan setiap yang saya ajar dihadapan kelas. Dalam topik ini, saya menggunakan algoritma standard written method. Setelah menyemak lembaran kerja, hampir 7 orang murid telah melakukan kesilapan yang pelbagai. Selain kesalahan algoritma juga, murid telah melakukan banyak kecuaian terutama sekali apabila melibatkan sifir. Majoriti daripada mereka salah bukan kerana kesilapan dalam konsep darab, tetapi kesalahan mereka terletak pada penguasaan sifir yang menjadi masalah biasa dalam kalangan murid.

2.0

ANALISIS MASALAH

Setelah menyemak lembaran kerja murid, saya dapati terdapat 2 orang murid yang melakukan kesalahan yang paling ketara sekali. Berikut merupakan analisa bagi kesalahan yang murid ini telah lakukan.

KesilapanKeterangan

Operasi darab ini adalah mendarab tanpa pengumpulan semula.

Murid ini telah menurunkan terus 1 ke bawah tanpa mendarabkannya dengan 4.

Saya amat khuatir murid ini akan lebih keliru apabila saya mula mengajar tajuk mendarab dua nombor dengan pengumpulan semula pada minggu hadapan. Hal ini kerana murid ini belum betul-betul menguasai kemahiran mendarab menggunakan algoritma seperti ini.

3.0

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya bercadang untuk menggunakan Model Luas yang juga merupakan model yang akan saya gunakan kepada 4 orang responden saya dalam kajian tindakan saya kelak. Model Luas yang akan saya gunakan ini merupakan model alternatif bagi menyelesaikan masalah kira darab yang dialami oleh 4 orang responden saya. Kegagalan number sense mereka untuk mengingati semula fakta aritmetik sewaktu menyelesaikan masalah darab semakin bertambah rumit apabila kaedah standard written method dan bentuk lazim digunakan. Kaedah bentuk lazim ini agak rumit dan kompleks kerana terdapat banyak step by step procedure yang perlu diingat. Oleh itu, murid-murid yang lemah akan mengalami pelbagai kesukaran dan kekeliruan dan seterusnya akan melakukan pelbagai kesilapan sewaktu menjawab soalan darab ini.

Terdapat empat langkah utama apabila menggunakan kuantiti selanjar analog dalam Model Luas ini. Empat langkah ini ialah Split, Sketch, Draw, Count and Sum. Berikut merupakan contoh bagi penggunaan Model Area bagi soalan kira darab antara nombor dua digit dengan nombor satu digit.

12 8 = ______

Langkah Penerangan / Gambarajah

Split12 = 10 2

Asingkan nombor dua digit mengikut nilai tempat.

SketchLakar dan labelkan setiap sisi.

Draw

Lukiskan segiempat tepat bagi menunjukkan keseluruhan hasil darab bagi dua nombor ini.

Lukiskan garisan bagi menunjukkan bagaimana jumlah keseluruhan hasil darab dua nombor ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang lebih kecil

Count10 8 = 80

8 2 = 16

Sum 80 + 16 = 96

Oleh itu, 12 8 = 96.

4.0

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan perkenalkan kaedah ini kepada keseluruhan murid dalam kelas 3 Kekwa. Saya akan menggunakan kedua-dua cara iaitu menggunakan algoritma standard written method dan saya juga akan menggunakan kaedah ini bagi menjawab solan yang sama. Kemudian, saya akan menyuruh murid untuk membuat perbandingan terhadap kedua-dua kaedah ini dan menyuruh mereka menetapkan sendiri kedah mana yang akan mereka guna untuk menyelesaikan masalah darab ini. Saya juga telah menunjukkan kaedah ini kepada guru pembimbing dan beliau mengatakan bahawa kaedah ini dapat mengurangkan kesilapan murid terutama pada aspek hafalan sifir kerana kebanyakan sifir yang terlibat adalah sifir 10 yang kebanyakan murid dari kelas ini sudah menghafal sifir 10 dengan baik.

5.0

KESIMPULAN.

Bagi memastikan murid tidak melakukan kesilapan knsep ini secara berulangkali, guru perlu konsisten dengan apa yang dilakukan agar murid-murid tidak mempunyai peluang untuk melakukan kesilapan seperti ini lagi. Moga urusan mendidik murid dan memegang hati mereka ini dipermudahkan. Betulkan niat kerana Allah dan In Syaa Allah kan dipermudahkan. 2

10

2

10

2

10

10

2

80

16