keberkesanan tiga teknik darab

28
I KEBERKESANAN TEKNIK PENDARABAN BENTUK LAZIM TRADISIONAL, LATTICE DAN SIGAI DALAM PENGUASAAN KEMAHIRAN MENDARAB DI KALANGAN MURID TAHUN 3 Norazlin binti Mohd Rusdin Universiti Pendidikan Sultan Idris 2016

Upload: norazlin-mohd-rusdin

Post on 29-Jan-2018

310 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

I

KEBERKESANAN TEKNIK PENDARABAN BENTUK LAZIM

TRADISIONAL, LATTICE DAN SIGAI DALAM

PENGUASAAN KEMAHIRAN MENDARAB DI KALANGAN

MURID TAHUN 3

Norazlin binti Mohd Rusdin

Universiti Pendidikan Sultan Idris

2016

Page 2: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

II

KEBERKESANAN TEKNIK PENDARABAN BENTUK LAZIM TRADISIONAL,

LATTICE DAN SIGAI DALAM PENGUASAAN KEMAHIRAN MENDARAB DI

KALANGAN MURID TAHUN 3

Norazlin binti Mohd Rusdin

Tugasan ini adalah sebahagian daripada kerja kursus bagi

kursus Kaedah Eksperimental (UKP 6023) yang perlu

diserahkan untuk memenuhi syarat lulus kursus ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris

2016

Page 3: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

III

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

1.0 Pendahuluan

.2.0 Tinjauan Literatur berkaitan dengan isu kajian

3.0 Metodologi

3.1. Rekabentuk Kajian

3.2 Pemilihan Sampel

3.3 Persoalan Kajian

3.4 Hipotesis Kajian

4.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

4.1 Teknik Lattice

4.1.1 Pengenalan

4.2.2 Kaedah Perlaksanaan

4.2 Teknik Sigai

4.2 1 Pengenalan

4.2.2 Kaedah Pelaksanaan

5.0 Analisis Data

5.1 Frekuensi Bagi Skor

5.2 Penentuan Keberkesanan Ketiga-tiga Teknik Pendaraban Mengikut Jantina

dan Secara Keseluruhan

5.3 Perbandingan Penguasaan Kemahiran Mendarab Murid Mengikut Jantina

Secara Keseluruhan

5.4 Kesan Antara Faktor-faktor yang diuji

5.5 Perbandingan Keberkesanan antara Tiga Teknik yang Digunakan

.6.0 Kesimpulan

Page 4: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

IV

SENARAI RAJAH, JADUAL DAN GRAF

Rajah 4.1.1: Bentuk Umum Kekisi Lattice

Rajah 4.1.2 (i): Pendaraban Lattice bagi Dua nombor 1 Digit

Rajah 4.1.2 (ii): Pendaraban Lattice bagi Nombor Dua Digit dan Nombor 1 Digit

Rajah 4.1.2 (iii): Pendaraban Lattice bagi Nombor Tiga Digit dan Nombor 1 Digit

Rajah 4.2.2 (i): Pendaraban Sigai bagi Dua Nombor 1 Digit

Rajah 4.2.2 (ii): Pendaraban Sigai bagi Nombor Dua Digit dan Nombor 1 Digit

Rajah 4.2.2 (iii): Pendaraban Sigai bagi Nombor Tiga Digit dan Nombor 1 Digit

Jadual 3.1: Rekabentuk Kajian

Jadual 5.1: Taburan Frekuensi Bagi Skor

Jadual 5.2: Keberkesanan Ketiga-tiga Teknik Pendaraban Mengikut Jantina dan

Secara Keseluruhan

Jadual 5.3: Penguasaan Kemahiran Mendarab Murid Mengikut Jantina Secara

Keseluruhan

Jadual 5.4: Kesan Antara Faktor-faktor yang Diuji

Jadual 5.5: Perbandingan Keberkesanan antara Tiga Teknik yang Digunakan

Graf 5.2: Keberkesanan Ketiga-tiga Teknik Pendaraban Mengikut Jantina

Page 5: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

1

1.0 Pendahuluan

Murid Tahun 3 buat pertama kalinya didedahkan dengan pendaraban melibatkan nombor

sehingga 3 digit dengan nombor 1 digit kerana dalam silibus Tahun 2 yang mereka pelajari

sebelum ini, mereka hanya belajar tentang asas darab seperti kumpulan sama banyak,

penambahan berulang dan fakta asas darab bagi sifir 2, 4, 5 dan 10. Hanya di Tahun 3 mereka

mula belajar pengiraan darab yang melibatkan algoritma.

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran tajuk darab dengan kemahiran melibatkan

pendaraban satu nombor hingga 3 digit dengan satu nombor 1 digit, murid menunjukkan tahap

penguasaan yang lemah. Rata-rata murid tidak dapat melakukan pendaraban dengan tepat

menggunakan bentuk lazim tradisional seperti yang terdapat dalam buku teks dan buku

aktiviti.

Terdapat beberapa perkara yang telah dilihat mempengaruhi penguasaan darab

melibatkan algoritma di kalangan murid. Segelintir murid tidak dapat mengingati langkah-

langkah pengiraan darab menggunakan bentuk lazim tradisional. Misalnya, bagi soalan

pendaraban 296 x 3. Pendaraban ini melibatkan pengumpulan semula di mana pendaraban

pada nilai sa menghasilkan 18, 1 diletakkan di atas nilai tempat puluh. Pengiraan pada nilai

tempat puluh juga melibatkan pengumpulan semula dengan hasil darab 27. dalam bentuk

lazim tradisional, tiada ruang khusus untuk menulis 27 yang diperolehi tadi. Ada murid yang

menulis pada bahagian atas nilai tempat puluh (di atas 1 yang diperoleh daripada 18 iaitu

hasil darab pada nilai tempat sa) dan cara penulisan sebegini tidak kemas dan boleh

mengelirukan murid. Kesalahan akibat kecuaian lebih ketara jika murid tidak menulis nilai 27

tadi dan sekadar menyebut dan mengingatinya sahaja.

Berdasarkan isu ini, murid memerlukan suatu teknik yang lebih kemas dan lebih

bersistematik supaya pengiraan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan tepat. Suatu teknik

yang diperlukan membolehkan murid menulis setiap hasil pengiraan yang dilakukan.

Page 6: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

2

Faktor kedua yang mempengaruhi penguasaan darab murid ialah masih ramai murid

tidak menguasai fakta asas darab yakni sifir. Kegagalan mereka mengingati sifir

menyebabkan mereka mengambil masa yang lama untuk membuat pendaraban nombor yang

lebih besar ini malah ramai juga yang membuat pendaraban yang salah sama ada pada nilai

tempat sa, puluh dan ratus. Bagi membolehkan kumpulan murid yang tidak menguasai sifir ini

boleh membuat pendaraban melibatkan nombor sehingga 3 digit, suatu teknik mendapatkan

hasil darab tanpa menggunakan sifir perlu digunakan.

2.0 Tinjauan Literatur berkaitan dengan isu kajian

Penilaian terhadap hasil pembelajaran murid bagi tajuk Darab menunjukkan murid

mengalami kesukaran untuk melakukan pendaraban dengan betul menggunakan bentuk

lazim tradisional. Hal ini berlaku kerana murid mempunyai masalah untuk melakukan

pendaraban melibatkan pengumpulan semula. Bagi pendaraban yang melibatkan

pengumpulan semula pada dua atau lebih nilai tempat yang bersebelahan, murid menjadi

keliru. Kaedah Lattice dipercayai dapat mengatasi masalah ini. Bagi kumpulan murid yang

tidak menguasai sifir dan gagal mendapatkan hasil pendaraban yang tepat pula, teknik sigai

dipilih dan diaplikasikan. Maklumat tentang penggunaan kedua-dua teknik Lattice dan Sigai

ini dikumpulkan daripada kajian atau dapatan yang lepas.

Di dalam sesuatu kelas matematik, terdapat beberapa kumpulan murid dengan gaya

dan keperluan pembelajaran yang berbeza-beza. Namun begitu, gaya dan keperluan yang

pelbagai ini tidak dipenuhi oleh kebanyakan guru Matematik yang terlalu bergantung kepada

teknik atau kaedah pengiraan yang dimuatkan di dalam buku teks semata-mata. Kesannya,

murid tidak berupaya mencapai pemahaman terhadap konsep atau kemahiran yang dipelajari

pada tahap optimum dan hasil pembelajaran yang disasarkan tidak berjaya dicapai. Rentetan

daripada itu, murid tidak mampu menjawab ujian dan peperiksaan dengan baik. Hal ini boleh

menyebabkan mereka mengalami ketakutan, kurang minat dan kurang keyakinan diri untuk

Page 7: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

3

mempelajari matematik kerana kesukaran yang dialami ketika belajar matematik. Menurut

Ashcraft dan Kirk (2001) “mengelak Matematik dan penguasaan mereka lebih kurang dari

Matematik tidak dapat dielakkan dan kualitinya hanya kurang kompeten disebabkan atas

kecemasan individu dalam Matematik”. Hal ini bermakna, murid hanya belajar matematik

disebabkan oleh keadaan terpaksa (tuntutan peperiksaan) dan menyebabkan kualiti

pembelajaran mereka menjadi rendah.

Menurut Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil (2010), ‘Kelemahan

dan pencapaian prestasi rendah subjek matematik di kalangan pelajar sekolah rendah

bermula dalam kelemahan di dalam penguasaan fakta asas matematik seperti fakta asas kira

tambah, kira tolak dan kira darab. Ini akan menimbulkan perasaan tidak berminat mereka

terhadap subjek tersebut. Persoalan timbul apabila hal ini berlaku dan banyak faktor penyebab

yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh para pendidik di Malaysia’. Hal ini bermakna

faktor pengajaran dan pembelajaran yag stereotaip telah menyebabkan murid bosan dan

hilang minat untuk belajar matematik. Sesetengah murid pula tidak meminati matematik

kerana tidak memahami fakta asas dalam pengiraan aritmetik. Mereka masih tidak menguasai

sepenuhnya kaedah untuk melakukan operasi aritmetik terutamanya darab. Oleh itu, murid

hilang minat dengan pelajaran matematik. Justeru, saya cuba menggunakan teknik baru agar

murid lebih mudah untuk memahami pendaraban dan seterusnya membuatkan pembelajaran

matematik menjadi mudah.

Kebanyakan murid mengalami masalah untuk melakukan pendaraban kerana mereka

tidak memahami teknik pendaraban yang sebetulnya. Murid hanya didedahkan dengan satu

atau dua teknik sahaja sedangkan sebenarnya banyak cara boleh diajarkan kepada murid.

Salah satu teknik yang boleh diperkenalkan ialah kaedah lattice. Menurut Cooper (1994),

sesetengah pelajar mendapati corak adalah berguna dalam mempelajari pendaraban.

Kaedah lattice merupakan satu teknik yang menggunakan petak-petak atau kekisi untuk

mendarab. Teknik ini lebih kepada pengaplikasian teknik pola atau corak dalam

menyelesaikan masalah darab.

Page 8: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

4

Chan Yaw Jong (2011) dalam kajiannya berkata ‘Biasanya, murid-murid tidak tahu apa

yang perlu dilakukan dan tidak tahu bagaimana menyelesaikan soalan yang melibatkan

operasi darab kerana mereka lemah dalam sifir. Penggunaan kaedah Lattice telah

meminimumkan kesukaran murid untuk mendarab kerana mereka hanya perlu menumpukan

kepada sifir satu angka darab satu angka sahaja. Murid tidak perlu lagi memikirkan tentang

penggunaan nilai tempat dan sebagainya kerana mereka hanya perlu melakukan pendaraban

sahaja dan mengisi di dalam kotak setelah tamat mengisi, mereka hanya perlu menambah

hasil darab dan akan mendapat jawapan.

Kaedah lattice merupakan kaedah yang mementingkan penyelesaian secara

sistematik iaitu ianya menggunakan kotak atau kekisi untuk mendarab. Namun, di sebalik

sistematik itu, murid bebas untuk meletakkan nombor pada atas atau sisi kekisi. Menurut

Brumbaugh, D. K., Moch, P. L., & Wilkinson, M. E. (2005) di dalam buku Mathematics content

for elementary teachers menjelaskan bahawa salah satu kecantikan kaedah lattice ialah

hanya fakta matematik diperlukan dan ianya boleh diselesaikan dalam mana-mana susunan.

Hal ini bermakna murid bebas untuk meletakkan nombor di atas atau tepi kekisi. Sebagai

contoh untuk satu masalah matematik 227 x 204. Murid boleh meletakkan 227 di atas atau di

tepi sebelah kiri kekisi. Jika nombor 227 diletakkan di atas kekisi maka nombor 204 perlu

diletakkan di sebelah atas kekisi. Begitu juga jika sebaliknya.

3.0 Metodologi

31. Rekabentuk Kajian

Reka bentuk bagi kajian ini ialah 2-way anova iaitu 2 x 3 factorial design kerana ia terdiri

daripada faktor-faktor seperti dalam senarai di bawah

i. 2 jantina

a) Lelaki

b) Perempuan

Page 9: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

5

ii. 3 teknik darab

a) Bentuk lazim tradisional

b) Teknik Lattice

c) Teknik Sigai

Teknik Pendaraban

Bentuk Lazim

Tradisional

(Kumpulan Kawalan)

(T1)

Teknik Pendaraban

Lattice

(T2)

Teknik Pendaraban

Sigai

(T3)

Lelaki (1) S1

S2

S3

S4

S5

S6

S7

S8

S9

S10

S11

S12

S13

S14

S15

S16

S17

S18

S19

S20

S21

S22

S23

S24

S25

S26

S27

S28

S29

S30

Perempuan (2) S1

S2

S3

S4

S5

S6

S7

S8

S9

S10

S11

S12

S13

S14

S15

S16

S17

S18

S19

S20

S21

S22

S23

S24

S25

S26

S27

S28

S29

S30

Terdapat enam kumpulan sampel bagi projek ni berdasarkan reka bentuk factorial 2 x 3

seperti yang ditunjukkan dalam jadual di atas. Senarao kumpulan tersebut adalah seperti

berikut:

Page 10: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

6

i. Kumpulan murid lelaki dengan teknik pendaraban bentuk lazim tradisional (kumpulan

kawalan)

ii. Kumpulan murid lelaki dengan teknik pendaraban Lattice.

iii. Kumpulan murid lelaki dengan teknik pendaraban Sigai

iv. Kumpulan murid perempuan dengan teknik pendaraban bentuk lazim tradisional

(kumpulan kawalan)

v. Kumpulan murid perempuan dengan teknik pendaraban Lattice

vi. Kumpulan murid perempuan dengan teknik pendaraban Sigai

3.2 Pemilihan Sampel

Sampel dipilih dari dua kelas pertama Tahun 3. Seramai 60 orang murid iaitu 30 orang murid

lelaki dan 30 orang murid perempuan telah menyertai kajian ini. Murid-murid dari kedua-dua

kelas telah digabung dan dibahagikan kepada 6 kumpulan yang homogen dari segi jantina

yang pencapaian dalam mata pelajaran matematik. Pencapaian murid dalam matematik

dinilai berdasarkan Ujian 1 yang telah diduduki awal bulan Mac yang lalu.

Penempatan sampel mengikut teknik dilakukan secara rawak mudah fishbowl. 2 buah bekas

berisi nombor cabutan 1 hingga 30. Setiap bekas dilabelkan mengikut kategori lelaki dan

perempuan. Penentuan sampel untulk setiap kaedah darab dilakukan seperti berikut:

i. Penentuan sampel murid lelaki.

Setiap orang murid lelaki mencabut 1 nombor dari mangkuk berlabel murid lelaki. Murid-murid

lelaki ini dikumpulkan ke dalam tiga kumpulan berasingan berdasarkan nombor yang dicabut

seperti berikut

a) Kumpulan 1: nombor cabutan 1 hingga 10

b) Kumpulan 2: nombor cabutan 11 hingga 20

c) Kumpulan 3: nombor cabutan 21 hingga 30

Seorang ketua kumpulan dilantik bagi setiap kumpulan. Ketua kumpulan akan membuat

cabutan untuk menentukan teknik mana yang akan diikuti.

ii. Penentuan sampel murid perempuan.

Setiap orang murid perempuan mencabut 1 nombor dari mangkuk berlabel murid perempuan.

Murid-murid perempuan ini dikumpulkan ke dalam tiga kumpulan berasingan berdasarkan

nombor yang dicabut seperti berikut

Page 11: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

7

d) Kumpulan 1: nombor cabutan 1 hingga 10

e) Kumpulan 2: nombor cabutan 11 hingga 20

f) Kumpulan 3: nombor cabutan 21 hingga 30

Seorang ketua kumpulan dilantik bagi setiap kumpulan. Ketua kumpulan akan membuat

cabutan untuk menentukan teknik mana yang akan diikuti.

3.3 Persoalan Kajian

i. Apakah teknik pendaraban (kaedah tradisional, lattice dan sigai) yang paling

berkesan untuk penguasaan kemahiran mendarab murid Tahun 3?

ii. Adakah jantina murid mempengaruhi tahap penguasaan murid terhadap kemahiran

mendarab?

iii. Adakah terdapat interaksi antara teknik pendaraban dan jantina murid

3.4 Hipotesis Kajian

Terdapat tiga hipotesis bagi kajian ini iaitu

i. Kesan teknik pendaraban ke atas penguasaan kemahiran mendarab murid.

Ho: µ1 = µ2 = µ3

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara teknik pendaraban dengan

penguasaan kemahiran mendarab murid.

H1: µ1 ≠ µ2 ≠ µ3

Terdapat perbezaan yang signifikan antara teknik pendaraban dengan penguasaan

kemahiran mendarab murid.

ii. Kesan jantina murid ke atas penguasaan kemahiran mendarab murid

Ho: µ1 = µ2

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina murid dengan penguasaan

kemahiran mendarab murid.

H1: µ1 ≠ µ2

Page 12: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

8

Terdapat hubungan yang signifikan antara jantina murid dengan penguasaan

kemahiran mendarab murid.

iii. Kesan interaksi antara teknik pendaraban dan jantina murid

Ho: µ1 = µ2

Tidak terdapat interaksi yang signifikan antara teknik pendaraban dengan jantina

murid.

H1: µ1 ≠ µ2

Terdapat interaksi yang signifikan antara teknik pendaraban dengan jantina murid.

4.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

4.1 Teknik Lattice

4.1.1 Pengenalan

Teknik Lattice juga dikenali sebagai teknik kekisi di kalangan guru-guru

Matematik. Ia mengunakan petak-petak yang aman setiap satunya dibahagikan

kepada 2 bahagian oleh satu garisan yang dibina dari bucu pada bahagian bawah

kiri petak dengan bucu pada bahagian atas kanan petak seperti yang ditunjukkan

dalam Rajah di bawah.

Rajah 4.1.1: Bentuk Umum Kekisi Lattice

Bahagian pada sebelah kiri adalah untuk menulis nilai pengumpulan semula.

Contohnya, jika pendaraban pada nilai tempat sa ialah 4 x 6 dengan hasinya 24,

angka 4 ditulis pada bahagian kanan manakala angka 2 dimasukkan ke dalam

bahagian kiri. Lattice membolehkan hasil pendaraban pada setiap nilai tempat

ditulis secara lengkap dan sistematik. Ia dapat mengurangkan kecuaian dalam

pengiraan terutamanya bagi pendaraban yang melibatkan pengumpulan semula.

bahagian kiri bahagian kanan

Page 13: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

9

4.1 2 Kaedah Perlaksanaan

Kaedah perlaksanaan ini menekankan teknik pendaraban altenatif yang digunakan

iaitu kekisi Lattice dan Sigai.

Langkah 1: Guru menunjukkan langkah-langkah memindahkan soalan darab

daripada ayat matematik ke bentuk kekisi Lattice.

Langkah 2: Murid mengikut bimbingan guru memindahkah soalan darab daripada

ayat matematik ke bentuk kekisi Lattice secara langkah demi langkah. Proses ini

dilakukan secara ansur maju dari mudah ke kompleks seperti yang ditunjukkan di

bawah

a. Pendaraban 1 digit dengan 1 digit, 4 x 3

4

1 1 2

3

2

4 x 3 = 12

Rajah 4.1.2 (i): Pendaraban Lattice Bagi Dua Nombor 1 Digit

b. Pendaraban 2 digit dengan 1 digit, 24 x 3

2 4

0 0 6

1 2 3

7 2

24 x 3 = 72

Rajah 4.1.2 (i): Pendaraban Lattice Bagi Nombor 1 Digit dan Nombor 1 Digit

Page 14: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

10

c. Pendaraban nombor 3 digit dengan 1 digit, 204 x 3

2 0 4

0 0 6

0 0

1 2 3

6 1 2

204 x 3 = 612

Rajah 4.1.2 (i): Pendaraban Lattice Bagi Nombor 3 Digit dan Nombor 1 Digit

Langkah 3: Murid diberikan latihan dengan mengikut langkah-langkah daripada

senang kepada susah. Ini adalah juga untuk membantu murid supaya dapat

menguasai teknik Lattice. Dalam memastikan murid dapat memahami teknik

Lattice ini, latihan dan latih tubi diberikan kepada murid-murid dalam kumpulan

yang berkenaan di mana murid perlu menggunakan teknik Lattice sepenuhnya

semasa membuat pendaraban sepanjang projek ini dijalankan.

4.2 Teknik Sigai

4.2 1 Pengenalan

Asas bagi teknik sigai ialah penggunaan garisan-garisan menegak dan mendatar

serta bulatan (dot). Bagi pendaraban 2 nombor, satu nombor diwakili dengan

garisan-garisan menegak manakala satu nombor lagi diwakilkan dengan garisan-

garisan menegak. Garisan-garisan bagi nombor pada nilai tempat yang sama

disusun berdekatan antara satu sama lain manakala garisan-garisan bagi nombor

dengan nilai tenpat berbeza dijarakkan. Tiada garis dilukiskan bagi nombor 0.

Persilangan antara garisan-garisan ditandakan dengan dot dan dot inilah yang

dibilang dan ditambah mengikut nilai tempat untuk mendapatkan hasil darab.

4.2.2 Kaedah Pelaksanaan

Langkah 1: Guru menunjukkan langkah-langkah memindahkan soalan darab

daripada ayat matematik ke bentuk sigai.

Langkah 2: Murid mengikut bimbingan guru memindahkah soalan darab daripada

ayat matematik ke bentuk sigai secara langkah demi langkah. Proses ini dilakukan

secara ansur maju dari mudah ke kompleks seperti yang ditunjukkan di bawah.

Page 15: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

11

a. Pendaraban 1 digit dengan 1 digit, 4 x 3

sa

4

3

12

12 titik persilangan bermaksud hasil darab 4 dan 3 ialah 12

4 x 3 = 12

Rajah 4.2.2: Pendaraban Sigai Bagi Dua Nombor 1 Digit

b. Pendaraban nombor 2 digit dengan 1 digit, 24 X 3

pu sa

2 4

3

+

6 1 2

72

24 x 3 = 72

Rajah 4.2.2: Pendaraban Sigai Bagi Nombor 2 Digit dan Nombor 1 Digit

Ra Pu Sa

2 4

x

3

7 2

Page 16: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

12

c. Pendaraban nombor 3 digit dengan 1 digit, 204 x 3

ra pu sa

2 0 4

3

+

6 0 1 2

612

204 x 3 = 612

Rajah 4.2.2: Pendaraban Sigai Bagi Nombor 3 Digit dan Nombor 1 Digit

Langkah 3: Murid diberikan latihan dengan mengikut langkah-langkah daripada

senang kepada susah. Ini adalah juga untuk membantu murid supaya dapat

menguasai teknik sigai. Dalam memastikan murid dapat memahami teknik sigai

ini, latihan dan latih tubi diberikan kepada murid-murid dalam kumpulan yang

berkenaan di mana murid perlu menggunakan teknik sigai sepenuhnya semasa

membuat pendaraban sepanjang projek ini dijalankan.

Ra Pu Sa

2 0 4

x

3

6 1 2

Page 17: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

13

5.0 Analisis Data

5.1 Frekuensi Bagi Skor

Analisis deskriptif frekuensi bagi setiap skor yang diperolehi sampel telah dibuat.

Keputusannya adalah seperti dalam Jadual 5.1 di bawah.

SKOR

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Valid 3 1 1.7 1.7 1.7

4 5 8.3 8.3 10.0

5 3 5.0 5.0 15.0

6 2 3.3 3.3 18.3

7 5 8.3 8.3 26.7

8 5 8.3 8.3 35.0

9 1 1.7 1.7 36.7

10 11 18.3 18.3 55.0

11 17 28.3 28.3 83.3

12 10 16.7 16.7 100.0

Total 60 100.0 100.0

Jadual 5.1: Taburan Frekuensi Bagi Skor

Jadual 5.1 di atas menunjukkan skor 11 merupakan mod dengan kekerapan tertingi

iaitu 17 di mana 17 murid telah mendapat skor 11. Ia diikuti dengan skor 10 (kekerapan

= 11) dan skor 12 (kekerapan = 10) dan ini bermaksud 11 murid mendapat skor 10

dan 10 murid mendapat skor 12. Bagi skor-skor lain, masing-masing seorang murid

mendapat skor 3 dan 9, 5 murid mendapar skor 4, 3 murid mendapat skor 5, 2 murid

mendapat skor 6 serta 5 murid masing-masing mendapat skor 7 dan 8.

5.2 Penentuan Keberkesanan Ketiga-tiga Teknik Pendaraban Mengikut Jantina dan

Secara Keseluruhan

Analisis Deskriptif dilakukan bagi mendapat nilai min setiap teknik mengikut jantina

murid. Maklumat analisis tersebut adalah seperti dalam Jadual 5.2 di bawah

Page 18: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

14

JANTINA TEKNIK Mean Std. Deviation N

LELAKI TRADISIONAL 5.70 2.163 10

LATTICE 9.70 1.767 10

SIGAI 8.50 2.461 10

Total 7.97 2.684 30

PEREMPUAN TRADISIONAL 8.90 2.923 10

LATTICE 11.20 .919 10

SIGAI 11.10 .568 10

Total 10.40 2.044 30

Total TRADISIONAL 7.30 2.993 20

LATTICE 10.45 1.572 20

SIGAI 9.80 2.191 20

Total 9.18 2.665 60

Jadual 5.2: Keberkesanan Ketiga-tiga Teknik Pendaraban Mengikut Jantina dan Secara

Keseluruhan

Berdasarkan Jadual 5.2, murid lelaki menunjukkan penguasaan kemahiran mendarab

tertinggi dengan menggunakan Teknik Lattice (min=9.70) diikuti dengan teknik Sigai

(min=8.50). Penguasaan terendah adalah bagi kumpulan murid lelaki yang

menggunakan Teknik Tradisional (min=5.70).

Pelajar perempuan juga menunjukkan keputusan yang sama iaitu penguasaan

kemahiran mendarab tertinggi dengan menggunakan Teknik Lattice (min=11.20)

diikuti dengan teknik Sigai (min=11.10) dan penguasaan terendah adalah bagi

kumpulan murid perempuan yang menggunakan Teknik Tradisional (min=8.90).

Secara keseluruhan, teknik pendaraban yang paling berkesan ialah Teknik Lattice

(min=10.45), kedua berkesan ialah Teknik Sigai (min=9.80) manakala teknik yang

paling kurang berkesan antara ketiga-tiganya ialah Teknik Tradisional (min=7.30).

Perbandingan keberkesanan bagi ketiga-tifa teknik pendaraban boleh dilihat dengan

lebih jelas pada Graf 5.2 berikut.

Page 19: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

15

Graf 5.2: Keberkesanan Ketiga-tiga Teknik Pendaraban Mengikut Jantina

5.3 Perbandingan Penguasaan Kemahiran Mendarab Murid Mengikut Jantina

Secara Keseluruhan

Satu analisis deskriptif telah dijalankan bagi melihat perbandingan penguasaan

kemahiran mendarab murid mengikut jantina. Hasil analisis ini adalah seperti dalam

Jadual 5.3 di bawah.

JANTINA Mean Std. Deviation N

LELAKI 7.97 2.684 30

PEREMPUAN 10.40 2.044 30

Total 9.18 2.665 60

Jadual 5.3: Penguasaan Kemahiran Mendarab Mengikut Jantina dan Secara Keseluruhan

Daripada perbandingan nilai min pada Jadual 5.3, dapat disimpulkan bahawa tahap

penguasaan darab murid perempuan (min=10.40) adalah lebih tinggi berbanding

murid lelaki (min=7.97)

Page 20: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

16

5.4 Kesan Faktor-faktor yang diuji

Jadual 5.4 di bawah menunjukkan nilai sinifikan bagi kesan teknik pendaraban dan

kesan jantina ke atas penguasaan kemahiran mendarab murid serta kesan interaksi

antara teknik pendaraban dan jantina murid.

Jadual 5.4: Kesan Antara Faktor-faktor yang Diuji

Jadual 5.4 menunjukkan kesan jantina dan kesan teknik pendaraban ke atas

penguasaan kemahiran mendarab murid adalah signifikan. Ini bermakna hipotesis

alternatif berkaitan kedua-dua faktor ini iaitu Hipotesis (i) dan Hipotesis (ii) perlu

diterima. Interaksi Jantina-Teknik adalah tidak signifikan (p=.395) dan ini bermakna

Hipotesis null bagi Hipotesis (iii) diterima iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara teknik pendaraban dengan jantina murid.

5.5 Perbandingan Keberkesanan antara Tiga Teknik yang Digunakan

Ujian post hoc telah dilakukan bagi melihat perbezaan keberkesanan antara ketiga-

tiga teknik pendaraban yang telah digunakan dalam projek ini. Perbandingan

keberkesanan teknik-teknik pendaraban seperti dalam senarai di bawah telah

dilakukan

i. Teknik Tradisional – Teknik Lattice

Teknik Lattice – Teknik Tradisional

ii. Teknik Tradisional – Teknik Sigai

Teknik Sigai – Teknik Tradisional

Source

Type III Sum of

Squares df

Mean

Square F Sig.

Corrected Model 206.883a 5 41.377 10.534 .000

Intercept 5060.017 1 5060.017 1.288E3 .000

JANTINA 88.817 1 88.817 22.612 .000

TEKNIK 110.633 2 55.317 14.083 .000

JANTINA * TEKNIK 7.433 2 3.717 .946 .395

Error 212.100 54 3.928

Total 5479.000 60

Corrected Total 418.983 59

Page 21: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

17

iii. Teknik Lattice – Teknik Sigai

Teknik Sigai – Teknik Lattice

Analisis Ujian post hoc adalah seperti dalam Jadual 5.5 di bawah.

Jadual 5.5: Perbandingan Keberkesanan antara Tiga Teknik yang Digunakan

Jadual 5.5 menunjukkan perbezaan keberkesanan yang siginifikan antara teknik

Tradisional-Teknik Lattice (dan sebaliknya) dengan perbezaan nilai min sebanyak 3.15

dan Teknik Tradisional-Teknik Sigai (dan sebaliknya) dengan perbezaan nilai min

sebanyak 2.50. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara keberkesanan Teknik

Lattice-Teknik Sigai (dan sebaliknya) kerana perbezaan nilai min yang kecil iaitu 0.65

sahaja.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulan daripada kajian ini ialah teknik pendaraban yang dipelajari murid adalah

mempengaruhi penguasaan kemahiran mendarab di kalangan murid. Teknik Lattice

merupakan teknik pendaraban yang paling berkesan dalam kajian ini. Ia diikuti

denganTeknik Sigai dan seterusnya Teknik Tradisional yang menunjukkan tahap

keberkesanan paling rendah.

Dalam kajian ini, faktor jantina juga mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran

mendarab murid. Murid perempuan memperlihatkan tahap penguasaan kemahiran

mendarab yang lebih tinggi berbanding murid lelaki.

Tidak terdapat interaksi yang signifikan antara teknik pendaraban dan jantina murid

dalam kajian ini. Ini adalah kerana kedua-dua jantina murid menunjukkan persamaan

terhadap teknik mendarab yang berkesan bagi mereka.

(I) TEKNIK (J) TEKNIK

Mean

Difference (I-J) Std. Error Sig.

95% Confidence

Interval

Lower

Bound

Upper

Bound

TRADISIONAL LATTICE -3.15* .627 .000 -4.66 -1.64

SIGAI -2.50* .627 .001 -4.01 -.99

LATTICE TRADISIONAL 3.15* .627 .000 1.64 4.66

SIGAI .65 .627 .557 -.86 2.16

SIGAI TRADISIONAL 2.50* .627 .001 .99 4.01

LATTICE -.65 .627 .557 -2.16 .86

Page 22: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

18

LAMPIRAN

Page 23: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

19

PENGUMPULAN DATA

JANTINA BIL NAMA KAEDAH BENTUK LAZIM TRADISIONAL

(X/13)

KAEDAH LATTICE

(X/13)

KAEDAH SIGAI (X/13)

PE

RE

MP

UA

N

1 SAMPEL 1 10

2 SAMPEL 2 12

3 SAMPEL 3 12

4 SAMPEL 4 9

5 SAMPEL 5 11

6 SAMPEL 6 11

7 SAMPEL 7 12

8 SAMPEL 8 12

9 SAMPEL 9 10

10 SAMPEL 10 10

11 SAMPEL 11 12

12 SAMPEL 12 11

13 SAMPEL 13 10

14 SAMPEL 14 12

15 SAMPEL 15 11

16 SAMPEL 16 11

17 SAMPEL 17 11

18 SAMPEL 18 11

19 SAMPEL 19 11

20 SAMPEL 20 11

21 SAMPEL 21 10

22 SAMPEL 22 11

23 SAMPEL 23 12

24 SAMPEL 24 12

25 SAMPEL 25 11

26 SAMPEL 26 11

27 SAMPEL 27 4

28 SAMPEL 28 4

29 SAMPEL 29 7

30 SAMPEL 30 10

Page 24: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

20

LE

LA

KI

1 SAMPEL 1 11

2 SAMPEL 2 10

3 SAMPEL 3 7

4 SAMPEL 4 12

5 SAMPEL 5 7

6 SAMPEL 6 10

7 SAMPEL 7 11

8 SAMPEL 8 10

9 SAMPEL 9 8

10 SAMPEL 10 11

11 SAMPEL 11 10

12 SAMPEL 12 5

13 SAMPEL 13 11

14 SAMPEL 14 5

15 SAMPEL 15 7

16 SAMPEL 16 8

17 SAMPEL 17 8

18 SAMPEL 18 11

19 SAMPEL 19 8

20 SAMPEL 20 12

21 SAMPEL 21 5

22 SAMPEL 22 3

23 SAMPEL 23 6

24 SAMPEL 24 6

25 SAMPEL 25 4

26 SAMPEL 26 4

27 SAMPEL 27 7

28 SAMPEL 28 8

29 SAMPEL 29 10

30 SAMPEL 30 4

Page 25: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

21

PENYUSUNAN DATA KE DALAM SEL-SEL JADUAL FAKTORIAL 2 X 3

Kaedah

Tradisional

Kaedah Lattice Kaedah Sigai

Lelaki 10

10

6

6

4

4

7

8

10

12

11

3

7

12

7

10

11

10

8

11

5

5

11

5

7

8

8

11

8

4

Perempuan 10

11

12

12

11

11

4

4

7

10

10

12

12

9

11

11

12

12

10

10

12

11

10

12

11

11

11

11

11

11

Page 26: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

22

Ujian Penilaian (Set 1)

Nama:____________________________________________ Kelas: 3 ____________

Lakukan pendaraban di bawah menggunakan teknik bentuk lazim tradisional.

1. 22 x 3 =

2. 41 x 2 = 3. 21 x 4 =

4. 33 x 3 = 5. 24 x 5=

6. 36 x 3 =

7. 43 x 6 = 8. 57 x 4 = 9. 24 x 2 =

10. 235 x 5 = 11. 361 x 4 = 12. 419 x 3 =

Page 27: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

23

Ujian Penilaian (Set 2)

Nama:____________________________________________ Kelas: 3 ____________

Lakukan pendaraban di bawah menggunakan teknik Lattice.

1. 22 x 3 =

2. 41 x 2 = 3. 21 x 4 =

4. 33 x 3 = 5. 24 x 5=

6. 36 x 3 =

7. 43 x 6 = 8. 57 x 4 = 9. 24 x 2 =

10. 235 x 5 = 11. 361 x 4 = 12. 419 x 3 =

Page 28: Keberkesanan Tiga Teknik Darab

24

Ujian Penilaian (Set 3)

Nama:____________________________________________ Kelas: 3 ____________

Lakukan pendaraban di bawah menggunakan teknik sigai.

1. 22 x 3 =

2. 41 x 2 = 3. 21 x 4 =

4. 33 x 3 = 5. 24 x 5=

6. 36 x 3 =

7. 43 x 6 = 8. 57 x 4 = 9. 24 x 2 =

10. 235 x 5 = 11. 361 x 4 = 12. 419 x 3 =