kesihatan

Upload: syedsmnwa

Post on 06-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kesihatan

TRANSCRIPT

1

1.0 PENDAHULUAN

Program Kempen Minggu Anti Denggi adalah hasil kerjasama bersepadu semua pihak untuk memastikan warga sekolah dan masyarakat setempat bebas dan selamat daripada serangan nyamuk aedes. Pihak sekolah berusaha untuk menerangkan punca dan bahaya denggi terhadap para pelajar, keluarga, masyarakat dan negara. Adalah diharapkan agar program Minggu Anti Denggi dapat mencapai sasarannya.

Minggu Anti Denggi ini merupakan program yang dirancang khas selama 4 hari untuk memberi maklumat, di samping menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi faedah kepada semua pihak. Walaupun program seumpama ini julung kali diadakan, diharap dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

2.0 RASIONAL

Mengikut kenyataan akhbar yang dikeluarkan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertarikh 29 Januari 2014, jumlah kes denggi yang dilaporkan bagi empat minggu pertama 2014, telah meningkat berbanding tahun sebelumnya di mana sebanyak 7,370 kes, berbanding hanya 2,098 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas. Bagi tempoh yang sama, jumlah kematian denggi adalah sebanyak sembilan (9) kematian, meningkat 80% (4 kematian) berbanding dengan hanya lima (5) kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil pemeriksaan pembiakan Aedes yang dibuat oleh KKM menunjukkan kadar pembiakan Aedes masih tinggi di negeri seperti Pulau Pinang iaitu mencatatkan kadar pembiakan 3.8%, Sarawak (3.7%), perlis (2.6%), Melaka (2.2%), Negeri Sembilan (2.1%), Selangor (1.7%), sabah (1.6%) dan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya (1.5%)

Oleh yang demikian, aktiviti pembersihan seperti gotong-royong yang dilakukan beramai-ramai perlu diaktifkan oleh semua pihak dengan segera. Denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes boleh merebak dan membunuh mangsanya. Kempen Minggu Anti Denggi 2014 bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya denggi dan kesan-kesannya.

3.0MATLAMAT

Memberi kesedaran kepada para pelajar, warga sekolah,ibu bapa dan masyarakat setempat terhadap tanggungjawab menghapuskan tempat pembiakan dan cara mencegah pembiakan nyamuk aedes di kawasan rumah mereka.

4.0OBJEKTIF

Pelajar dapat mengetahui dan menyedari bahaya denggi dan kesan-kesannya. Dapat menyemai sikap tanggungjawab melindungi keluarga dan jiran daripada jangkitan denggi. Membentuk pelajar yang bertanggungjawab dan perihatin terhadap persekitaran mereka dan bertindak dengan segera.

5.0PELAKSANAAN

TarikhMasaAktivitiTempat

5 Meil 2014 (Isnin)7.20-7.50 pgPerasmian Kempen Minggu Anti Denggi 2014Dewan Budaya,

SK Kampung Nyalau

5 9 Meil 2014

Isnin- Jumaat- Pertandingan Mewarna Poster

(Tahap 1 dan Pra Sekolah)

- Pertandingan Melukis Poster

(Tahap 2)

p/s: Masa pertandingan setiap kelas ditetapkan pada waktu PdP subjek PSV dan diawasi oleh guru subjek berkenaan.

Bilik Darjah

7 Meil 2014 (Rabu)3.00 4.30 ptgGotong-royong menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedesSeluruh kawasan sekolah

9 Meil 2014 (Jumaat)8.30 9.50 pgCeramah Anti Denggi

Oleh MA ..

Klinik Kesihatan Kampung NyalauDewan Budaya,

SK Kampung Nyalau

12 Mei 2014

(Isnin)

7.20 -7.50 pg- Perhimpunan

- Perasmian Penutup Kempen

Minggu Anti Denggi 2014

dan Penyampaia HadiahDewan Budaya,

SK Kampung Nyalau

6.0KUMPULAN SASARAN

Semua murid SK Kampung Nyalau.7.0JAWATANKUASA PROGRAM8.0CADANGAN PENCERAMAH

8.1 MA

Klinik kesihatan Kampung Nyalau9.0ANGGARAN PERBELANJAAN

9.1 Penceramah -RM50.00

9.2 Cenderahati -RM20.00

9.3 Hadiah untuk pemenang

RM 5.00 x 6

-RM87.00

9.4Jamuan Ringan

-RM20.00RM 8.00 x 12 -RM36.00

JUMLAH

RM293.00

1.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan

Aktiviti Peta Minda Inovatif (Alat Tulis)

Tempat Pertama = Hamper

(41 X 3 Kelas X RM 2)

RM246.00

Tempat Kedua = Hamper

(41 X 3 kelas X RM 2)

RM246.00

Tempat Ke 3 = Hamper

(41 X 3 kelas X RM 1)

RM123.00

Hadiah Mewarna Poster

(1 X 20 kelas X RM 3.70)RM 74.00

Makanan Penceramah

(5 X RM10)

RM 50.00

Cenderamata Penceramah

(1 X RM 24)

RM 24.00

Moulting Board

(32 X RM 2.90)

RM 92.80

JUMLAH

RM 855.80

PeruntukanPCG Unit Bimbingan dan Kaunseling

RM 855.80

JUMLAH

RM 855.80

10.0SUMBER KEWANGAN

10.1 PIBG SK Kampung Nyalau.11.0 JAWATAN KUASA PROGRAM

Penasihat

: Hj. Zulkifli Hj. Hainin

( Guru Besar SK Sungai Buloh )

Pengerusi

: En. Samuri Boradi

Pn. Hjh. Sumiah Abd. Rahman

En. Halimon Suratman

En. Yusof Sudin

11.3Ketua

: Pn. Norhanida Saaidin

11.4Setiausaha

: Pn. Faridah binti Majid

11.5Bendahari

: Pn. Suzanna Md Saud

11.6Ajk

: Pn. Norazuwani Mohammad Arif

Pn. Zakiyah Abdullah

Pn. Nooriza Ramlan

Pn. Noor Anita Ishak

13.0 JADUAL PELAKSANAAN

2.0 TENTATIF PROGRAM KEMPEN ANTI DENGGI TAHUN 2013

Isnin (15 April 2013)

7.30 8.00

-Perasmian Kempen Anti Denggi Tahun 2013

08.00 pg 9.00 pg-Ceramah Cegah Denggi oleh wakil Pejabat Kesihatan Daerah Petaling

9.00 pg 1.00 tgh- Pameran Anti Denggi oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling

Selasa (16 April 2013)

08.00 pg 10.00 pg- Pertandingan Peta Minda Inovatif (Tahap 2)

- Pertandingan Mewarna Poster (Pra Sekolah)

5.00 ptg 6.30 ptg- Pertandingan Mewarna Poster (Tahap 1)

Isnin (22 April 2013)

7.30 8.00

- Perasmian Penutup Kempen Anti Denggi Tahun 2013

- Penyampaian Hadiah

16.0Penutup

Semoga program yang dijalankan selama seminggu ini akan dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya jangkitan denggi dan kesan-kesannya. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk melahirkan insan yang sihat dan cergas serta dapat menimbulkan rasa tanggungjawab kepada diri, keluarga, agama dan negara. Pencegahan tempat pembiakan nyamuk aedes adalah tanggungjawab bersama.

Disediakan oleh:

...............................................................

En. Zulkefli Bin ArshadSetiausaha

Kempen Minggu Anti Denggi 2014SK Kampung Nyalau

Disemak oleh:

..................................................................

En. SYED MOHAMAD NORSHAHBUDIN BIN WAN AHMADGuru Penolong Kanan HEM

SK Kampung Nyalau