kesenian dan kebudayaan

Upload: tanliekchuan

Post on 09-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kesenian Dan Kebudayaan

TRANSCRIPT

Dondang SayangDondang Sayang merupakan nyanyian perantaraan, di mana persembahannya diiringi oleh permainan alat-alat muzik Melayu asli dan moden. Dondang Sayang dipercayai muncul di Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke 15 Masihi. Perkataan nyanyi dalam lagu Dondang Sayang adalah bermaksud pantun.Nyanyiannya akan didengar orang dengan penuh minat terletak pada kebolehan dan kecekapan para penyanyinya bersoal jawab atau berjual beli pantun. Alat-alat muzik yang mengiringi nyanyian Dondang Sayang adalah terdiri daripada sebuah biola, sebuah gong dan dua atau tiga buah rebana iaitu rebana kompang atau rebana keras. Irama gesekan biola dapat dianggap sebagai pembuka dan pengiring utama kepada nyanyian. Sementara tingkah pukulan rebana yang diselangi dengan paluan gong merupakan pelengkap lagu.Teater TradisionalMek MulungDramatari ini sangat popular di kawasan utara negeri Kedah. Kisah sejarah yang dipaparkan dalam teater ini mengandungi elemen spiritual yang sangat mendalam. Setiap tarian yang dipersembahkan berbeza dari segi gerak jarinya. Tarian yang sering dipertontonkan dalam Mek mulung ialah tarian sembah, tarian gambang, tarian puteri mabuk, tarian menora dan tarian sirama.Semua tarian diselang seli dengan nyanyian beramai-ramai dan alunan muzik.Last UpdatedDec 26, 2012 ]MakyungTarian Melayu yang merangkumi kombinasi tarian, muzik dan drama ini mula bertapak di Pattani dan tersebar di pantai timur Semenanjung Malaysia khususnya Kelantan sejak 400 tahun dahulu.Dengan penggunaan kostum yang sangat menarik, tarian unik ini turut diserikan dengan alunan muzik seperti rebab, tawak, gendang, canang, kesi dan serunai terutamanya ketika segmen keluar masuk pelakon.Last UpdatedDec 26, 2012 ]Wayang KulitWayang kulit turut dikenali dengan nama wayang gedek, wayang melayu dan wayang purwo. Teater ini masih berpengaruh di Kelantan, Kedah, Johor dan Terengganu. Alat muzik yang mendominasi persembahannya ialah rebab, canang, gong, gendang dan kesi. Cerita yang dipersembahkan dalam wayang kulit merupakan adaptasi cerita-cerita epik Mahabrata dan Ramayana.Perubahan zaman turut mempengaruhi jalan cerita yang disampaikan oleh dalang wayang kulit melalui dailog dan pergerakan patung.Last UpdatedJan 15, 2013 ]

Teater MuzikalTeater moden pula berorientasikan kepada dunia masa kini. Isu-isu yang dipersembahkan adalah bersifat semasa dan kontemporari. Pakaian, muzik latar, pertuturan, dan kesan-kesan khas tidak terbatas kepada sebarang elemen, lebih mengikuti keperluan skrip dan kumpulan sasaran penonton.