kesenian dalam tamadun india 2
TRANSCRIPT
PENGARUH KESENIAN DALAM TAMADUN INDIA
1. KESUSASTERAAN
Kesusasteraan terbahagi 2 iaitu Kesusasteraan Sanskrit dan keusasteraan Tamil.
Kesusasteraan Sanskrit terbahagi kepada kesusasteraan vedik, epik dan sekular manakala
kesusasteraan Tamil pula meliputi kesusasteraan sangam, epik, etika dan bhakti. Semua
hasil sastera membincangkan tentang agama hindu, buddha dan Jainisme yang juga
merupakan lambang kemegahan masyarakat hindu seluruh dunia. Karya buku veda dan
epik seperti Ramayana dan Mahabharata yang menjadi ikutan sehingga kini.
2. SENI BINA
Bangunan-bangunan yang dibina di bandar Mohenjo Daro begitu kukuh dengan
menggunakan batu bata yang mempunyai saiz yang sama. Bentuknya hampir seragam
dan boleh dikatakan setiap rumah mempunyai bilik mandi. Bukan itu sahaja, tempat
mandi awam juga turut dibina iaitu The Great Bath yang berukuran 11.8 meter panjang, 7
meter lebar dan 2.4 dalam. Terdapat Sistem saliran dan pembentungan bawah tanah,
jalanraya yang lurus, longkang dan terusan. Pembinaan bangunan-bangunan ini
menjadikan bandar Mohenjo Daro sebagai bandar terancang.
The Great Bath
Selain daripada itu, Taj Mahal merupakan senibina Mughal terbaik yang
menggabungkan senibina Parsi, Turki, India dan Islam. Monumen peringatan ini mula
dibina pada tahun 1632 hingga 1648 juga merupakan kompleks bersepadu yang
mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain.
Taj Mahal
3. SENI UKIR
Contoh Tugu Edik Asoka di Sarnath – kekal hingga sekarang
Pada zaman Dinasti Maurya iaitu semasa pemerintahan Asoka, tukang-tukang
ukir yang mahir telah mengukir patung-patung dan membuat ukiran pada pintu-pintu
gerbang gua. Ukiran tersebut kebanyakkannya berupa perintah-printahnya. Di dalam gua-
gua juga terdapat ukiran yang menggambarkan kehidupan Gautama Buddha. Manakala
masyarakat Indus pula telah menggunakan tanah liat untuk membentuk patung-patung
dan ala-alat perhiasan.
4. SENI HALUS
Dalam tamadun India, seni halus meliputi seni tarian, muzik dan drama. Seni
tarian dalam masyarakat India bukan sahaja hiburan semata-mata tetapi mengandungi
elemen keagamaan juga. Contohnya satu imej Tuhan Siva membayangkan tarian yang
dikenali sebagai Tarian Kosmik. Elemen-elemen penting yang terdapat dalam tarian ialah
muzik, pakaian, gerakan, ekspresi dan emosi.
Dalam seni muzik pula berperanan penting dalam menyatukan masyarakat India
Muslim. Hal ini dapat dilihat dimana hampir kesemua pemerintah empayar Mughal
seperti Akhbar, Jahangir dan Shah Jehan berminat dengan muzik kecuali Aurangzeb.
Dengan ini, bidang muzik matang, maju dan berkembang maju. Seni muzik juga
terbahagi kepada 2 kawasan iaitu di India Selatan dan India Utara. Perbezaan ketara
dalam 2 kawasan ini adalah alat- alat muzik yang digunakan. Antara alatan yang
digunakan di India Selatan ialah seperti Veena, Natasvaram dan Mirdanga manakala di
India Utara pula seperti Sitar, Sahnai dan Tabala.
Sitar
5. SENI LUKIS
Seni ini bermula di Parsi pada abad ke-13 setelah diperkenalkan oleh penakluk-
penakluk Monggol. Hasil lukisan zaman Mughal ini menunjukkan ciri-ciri India dan
pengaruh asing. Hal ini dapat dibuktikan dalam sejenis lukisan Cina yang menpunyai
unsur-unsur India-Buddha, Iran, Bactrian dan Monggol. Timurid merupakan individu
yang bertanggungjawab mengembalikan seni lukis ini ke India.
Pada zaman Ahkbar, Institusi Lukisan Mughal ditubuhkan yang bertujuan untuk
menentukan gaya lukisan Islam dan Hindu. Kesan daripada penubuhan institusi ini, telah
menarik minat ramai pelukis Hindu untuk mempelajari seni ini dan sejajar dengan itu,
gaya lukisan Hindu telah mendominasikan gaya lukisan Parsi.
Bagi mengingati pengasas institusi lukisan ini, pemerintah-pemerintah di luar kota
telah menyeru kepada pelukis-pelukis supaya melukis dengan menggambarkan
kehidupan Akhbar. Perkembangan Institusi Lukisan Mughal ini dapat dilihat apabila
pelukis-pelukis mula menjadikan alam semula jadi sebagai salah satu elemen dalam
lukisan mereka seperti dalam Lukisan Mansur yang mengandungi gambar burung, pokok
dan binatang. Bukan itu sahaja, penemuan Lukisan Mural di Gua Ajanta yang dikatakan
tiada tolok bandingnya pada zaman silam.