04 tamadun india (1)

Upload: wenn-kb

Post on 13-Oct-2015

209 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

  • TAMADUN INDIA

  • HASIL PEMBELAJARAN1. menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun India;2. menerangkan ciri-ciri utama tamadun India; dan3. mengenal pasti sumbangan-sumbangan penting tamadun India kepada tamadun dunia.

  • PENGENALANBerpusat di lembah Sungai Indus. Tamadun ini dikenali sebagai Harrapa dan dianggap sebagai antara tamadun yang tertua di dunia yang muncul 3000 S.M iaitu 1000 tahun lebih awal dari tamadun Cina.Keistimewaan: mampu bertahan ribuan tahun serta mengekalkan tradisi kebudayaannya tanpa banyak mengalami perubahan.: pengaruh agama yang menjadi asas pembentukannya terutamanya agama Hindu, Buddha dan Islam.

  • PETA TAMADUN INDIA

  • Harappan Civilizationca. 3000-1500 BC

  • India dibahagikn kpd 2: India Utara dan India SelatanBenua kecil India: merangkumi negara India, Pakistan, Bangladesh, Nepal, Bhutan dan Sri Lanka.

  • MASYARAKAT

  • Maklumat ringkas tentang Veda1.Rig (1500 S.M.) merangkumi sepuluh buah buku yang mengandungi mazmur-mazmur dan puji-pujian tentang dewa-dewi, makhluk halus dan soma. 2. Yajur (1500-1000 S.M) mengandungi mazmur-mazmur untuk pedanda Adhvaryu untuk digunakan dalam upacara-upacara. 3. Sama (1500-1000 S.M) adalah antologi mazmur-mazmur Rig Veda dengan muzik untuk digunakan dalam upacara soma. 4. Atharva (1200 S.M) merupakan koleksi mazmur-mazmur untuk makhluk halus bagi mengelakkan keburukan seperti penyakit, kematian, sihir dan lain-lain (R. Rajakrishnan, 1994: 40).

  • Mazhab masyarakat Dravida Saivisme adalah satu mazhab yang dipelopori oleh Sankara (788-820 M.). Beliau adalah seorang ahli falsafah Brahmin India Selatan. Beliau percaya kepada monisme (advaita); bahawa dunia adalah ilusi (maya); akhirnya ada satu realiti sahaja, iaitu Brahman; roh individu bersatu dengan Brahman; dan pelepasan dari duniawi datang dari kesedaran identiti ini.

  • Samb..Vaisanavisme pula ialah satu mazhab yang dipelopori oleh Ramanuja (1017-1137 M.). Beliau adalah seorang Brahmin yang menekankan kepentingan kebaktian kepada Vishnu. Ini kerana cara demikian adalah yang terbaik untuk seseorang itu mencapai kebebasan. Beliau percaya bahawa monisme berkelayakan (Visistadvaita); roh bersatu dengan tuhan tetapi asing darinya sepertimana bahagian (fragment); setelah mencapai kebebasan, roh yang dicipta oleh tuhan akan kembali kepadanya (R.Rajakrishnan, 1994: 35-36).

  • Ashrama dharma (4 peringkat kehidupan) Brahmacarya (dari kecil sehingga usia 24 tahun). Masih bujang dan mempunyai tanggungjawab untuk menimba ilmu. 12 tahun yang pertama adalah tahap pembelajaran yang informal. 12 tahun kedua pula adalah tahap pembelajaran yang formal. Grihasta (apabila tamatnya tahap pembelajaran) Berumah tangga serta berkhidmat untuk keluarga dan masyarakatDalam konteks tamadun India, usia yang paling sesuai bagi seseorang itu berkahwin ialah 21 hingga 30 tahun bagi lelaki dan 18 hingga 25 tahun bagi perempuan.

  • SambVanaprasta (kerohanian) Golongan berumah tangga yang sudah mencapai peringkat tua, iaitu yang mencapai usia antara 48 hingga 72 tahunMeninggalkan rumah dan tinggal di hutan untuk bertapa. Merenung dan menumpukan perhatian kepada hal kerohanian serta moksha iaitu soal membebaskan diri dari kehidupan duniawi. Mencapai kearifan dan berkeupayaan untuk menasihati anggota masyarakatnya.Sanyasa (menolak kehidupan duniawi) Meninggalkan tempat pertapaan dan kembali ke dalam masyarakat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan yang diperolehi semasa bertapa Usia 72 tahun. Berupaya mengatasi nafsu dan keinginan kepada perkara-perkara duniawi

  • Purusartha ( 4 objektif mulia)Aram/dharma- Kepatuhan kepada moral dan kerohanian Hindu = Kebahagiaan, kekuatan spritualPorul/artha- Bekerja untuk kekayaan dan berasaskan dharma. Biayai golongan memerlukanInbam/kama- Cinta dan kasih sayang serta kepuasan nikmati harta benda. Gunakan untuk kebaikan.Vidu/moksha- Kesempurnaan rohani hasil bebas diri dari duniawi dan terlepas dari lingkaran kelahiran dan kematian

  • Sistem VarnaSistem varna merupakan pembahagian kelas sosial yang tetap hierarkinya dan tidak boleh diubah. Sistem ini membahagikan masyarakat kepada lima kelas sosial: Brahmin- golongan pendidik, pengendali upacara di kuil.Ksatriya- golongan pemerintah & pasukan keselamatan.Vaisya- golongan peniaga.Sudra- golongan pekerja.Panchama/Chandala- gol murtad dan dibuang dari varna

  • SambTiga kasta teratas adalah masyarakat Aryan. Sudra merupakan masyarakat tempatan.Sekatan: Sudra dilarang belajar Veda.Tidak boleh tukar kasta (tiada mobiliti sosial).Tidak digalakkan kahwin campur.

  • Sistem Jati

    Diwujudkan untuk menjaga kebajikan ahli sekerja dan tidak mempunyai hierarki sosial. Wujud pada Zaman Veda Kemudian (1000 S.M. - 500 S.M.). Berfungsi berdasarkan pekerjaan yang mempunyai identiti sosial dan kepentingan ekonomi. Sistem ini bermula di India Utara dan kemudiannya tersebar luas ke seluruh benua kecil India. Sistem Jati mempunyai sistem pentadbiran dan keadilan tersendiri. Sistem keadilannya dikendalikan oleh jawatankuasa lima orang yang dipanggil Panchayat

  • Kedudukan WanitaMasyarakat Indo-Aryan : Zaman Veda Awal (1500 1000SM) - memberi kedudukan yang sama seperti lelaki Zaman Veda Akhir (1000-500SM) wanita dihadkan kepada aktiviti rumahtangga semata-mata; tidak dibenarkan membaca kitab suci, menjalankan upacara keagamaan dan terlibat dengan pendidikanWanita tidak berhak untuk hidup setelah kematian suami adat sutti mereka dibakar bersama mayat suamiMasyarakat Dravida : Mengamalkan perkara yang sama dengan dengan masyarakat Indo-AryanZaman IslamIslam mengangkat martabat wanita

  • BAHASA DAN KESUSASTERAAN

  • Kesusasteraan VedikTertua & terkemuka di India.Menggunakan bahasa Sanskrit.Veda (Vid) bermaksud melihat & mengetahui.Dibahagikan kpd Shruti & Smriti.4 Kitab Veda- Rig, Yajur, Sama, Artharva.

  • Kesusasteraan EpikEpik Ramayana (oleh Valmiki 200 S.M. 200 M.)- mengandungi 24,000 seloka tentang pemerintahan kerajaan Kosala, mengajar tentang keadilan.Epik Mahabhrata (oleh Vyasa 400 S.M. 400 M.) 100,000 seloka tentang pemerintahan kerajaan Kurukshetra, mengajar supaya berpegang pada janji & menjauhi sifat negatif.

  • Bhagavadgita:sebahagian daripada epik Mahabharata mengandungi ajaran agama dalam bentuk falsafah. Ianya merupakan koleksi pemikiran falsafah India yang utama. Antara perkara penting yang ditekankan ialah:menjalankan tanggungjawab tanpa mengharapkan sebarang balasan;menyerah diri kepada Tuhan;- mendisiplinkan rohani dan jasmani; dan- mengawal hawa nafsu, kemarahan, haloba, dengki dan sebagainya.

  • Kesusasteraan DravidaTolkapiyam (300 S.M.) karya tertua (sebelum zaman Sanggam)- karya nahu yg mempunyai 3 bahagian iaitu fonologi, morfologi & sintaksis, konvensi puisi.

  • Kesusasteraan SanggamBertemakan cinta, sifat-sifat mulia, pemujian raja serta peperangan.Ettutokai (2381 puisi oleh 473 pujangga)- bertemakan aham & puram.Pattupattu (koleksi nyanyian).Tema khusus: pertemuan, penantian, kecurangan, penantian cemas, perpisahan sementara.

  • Selepas Zaman SanggamKemunculan agama Buddha & Jaina.Tirukkural (oleh Tiruvalluvar 400 M.)- sastera klasik, 1330 sajak, menyentuh etika, ketatanegaraan & cinta.Naladiar 40 bab, setiap bab 10 sajak, menekankan kesederhanaan serta kepentingan pertapaan tanpa menyebut Tuhan.

  • AGAMA & FALSAFAH DALAM TAMADUN INDIAPandangan semesta tamadun India secara amnya bergantung pada falsafah dan pegangan agama masyarakat di India.Antara agama yg terbesar: Agama Islam, Hindu, Buddha, Sikh, Jaina, Bahai dan Zoroaster

  • HINDUISME

    Disebut Sanatana dharma bermaksud prinsip ataupun peraturan kerohanian yang kekal abadi. Tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang khusus. Bukti terawal mengenai agama Hindu ditemui dalam tamadun Lembah Sungai Indus yang berusia lebih kurang 4000 tahun (seperti patung-patung yang menandakan konsep Dewi Ibu, sebuah mohor yang menandakan penyembahan Dewa Shiva, objek-objek yang berbentuk seolah-olah seperti Shiva-Linga dan kolam permandian yang digunakan untuk tujuan kerohanian)

  • Konsep ketuhanannya TRIMUTRI:-Dewa Brahman - Dewa PenciptaDewa Vishnu - Dewa PelindungDewa Shiva - Dewa Pemusnah.

  • Kitab-kitab Veda:-Rig VedaSama VedaYajur VedaAtharva VedaKitab-kitab tambahan : BrahmanasUpanishadUpa PuranaBhagavad Gita

  • Agama Buddha diasaskan oleh Siddhartha Gautama (563-483 S.M), putera Raja Suddhodana Gautama, daripada suku bangsa Shakya di India. Beliau menerima kesedaran semasa berumur 29 tahun, setelah bertapa buat sekian lama di bawah pokok bodhi dan kemudiannya dikenali sebagai Buddha. Buddha berasal daripada perkataan Sanskrit budh bermakna yang mendapat kesedaran. Cahaya kebenaran ini membolehkan Gautama Buddha menyelesaikan kesengsaraan manusia yang menjadi asas persoalan beliau sebelumnya Menekankan tentang psikologi dan etika yang berkaitan dengan kehidupan. Memperkenalkan konsep ahimsa iaitu melarang seseorang itu daripada melakukan pembunuhan binatang walaupun untuk mengisi perut

  • Ajaran Buddha mengutamakan Dhamma (bahasa Pali) atau Dharma (bahasa Sanskrit) yang dirangkumkan dalam Empat Kebenaran Mulia iaitu; i. penderitaan itu universal (dukkha); ii. ada punca segala penderitaan (dukkha samudaya); iii. penderitaan itu boleh diatasi (dukha nirodha); dan iv. ada cara untuk mengatasi penderitaan (dukha nirodha marga)

  • Segala penderitaan ada puncanya. Buddha menyebutnya sebagai roda empirik yang mengandungi 12 rangkaian iaitu; kecuaian (avidya); ikecenderungan (samskara); kesedaran tentang kuasa karma (vijnana); nama dan bentuk (nama rupa); lima organ deria dan minda (sodayatana); hubungan antara deria dengan objek (sparsa); sensasi (vedana); nafsu (trasna); bergantung kepada pewujudan (upadana); bertekad untuk lahir (bhava); kelahiran (jati); dan usia tua dan kematian (jara marana

  • Ajaran Buddha mengesyorkan Lapan Jalan Mulia untuk mengatasi samsara (sengsara) kitaran kelahiran semula. Seseorang harus menghindari karma dengan menjauhi diri daripada perbuatanLapan Jalan Mulia: i. Pandangan yang betul (kefahaman). ii. Aspirasi yang betul (cita-cita). iii. Pertuturan yang betul (komunikasi). iv. Kelakuan yang betul (aksi). v. Kehidupan yang betul (sara hidup). vi. Usaha yang betul (daya usaha). vii. Minda yang betul (mental). viii. Konsentrasi yang betul (meditasi).

  • Lapan Jalan Mulia tersebut adalah untuk mencapai nirvana iaitu suatu keadaan di mana seseorang itu berjaya melepaskan dirinya daripada ikatan duniawi, mengetahui kebenaran serta memperolehi kesedaran secara keseluruhan

  • Agama Jaina

    Pengasasnya ialah Mahavira (perwira perkasa). Beliau adalah keturunan golongan Ksatriya yang berasal dari Paisarah di Patna. Beliau dilahirkan pada 599 S.M. Ajaran- setiap yang hidup sama ada manusia atau benda-benda lain mempunyai roh; dan roh tersebut tidak akan bebas selagi ianya tidak dipisahkan daripada badan pemiliknya. Tidak percaya kepada penyembahan, tetapi percaya bahawa untuk mendapatkan kekuatan mental dan moral seseorang itu perlu bermeditasi atau bertapa dengan bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan.

  • Ajaran agama ini secara umumnya mengandungi prinsip-prinsip asas seperti berikut: i. Jiva atau roh yang ada pada makhluk bersifat kekal. ii. Asrava (daya penarik). iii. Karma (perbuatan seseorang) sewaktu hidup di dunia akan menentukan kelahiran semula. iv. Bandha atau ikatan antara roh yang kekal dengan keinginan. v. Samsara atau menahan penyiksaan karma. vi. Ninjava atau penghapusan karma. vii. Siddhi atau pelepasan dari kelahiran semula. viii. Ajivaa atau benda-benda yang tidak bernyawa. Agama ini dikatakan mencapai tahap kebesarannya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya; dan Magadha dijadikan sebagai pusat utama agama Jaina

  • Agama Sikh

    Diasaskan oleh Guru Nanak (1469-1539). Beliau adalah seorang Ksatriya Hindu yang dilahirkan di Punjab. Beliau telah mengambil ciri-ciri Hindu dan Islam dalam merangka ajarannya Ajaran beliau ini kemudiannya diteruskan oleh sembilan orang Guru Sikh seperti yang termaktub dalam kitab suci Guru Granth Sahib yang menjadi panduan hidup selama-lamanya bagi kaum Khalsa/ Sikh. Ajarannya menyentuh kod moral dan kerohanian serta semangat kemanusiaan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan gender dalam masyarakat.

  • Kepercayaan yang utama ialah mengenai kewujudan Tuhan yang satu, iaitu bersifat nirankar (tidak berbentuk), abadi, amat berkuasa dan manusia tidak dapat menghuraikannya. Kepercayaan bahawa Tuhan wujud di mana-mana jua dan Tuhan sajalah yang memiliki segala sifat kesempurnaan. Tuhan dipanggil Waheguru bermakna Tuhan yang menakjubkanMenolak penggunaan patung sebagai gambaran Tuhan yang transendental dan Tuhan adalah kuasa terkuat yang memberi kurnia menurut kehendaknya. Berpegang pada konsep kelahiran semula, maya, karma dan guru.

  • Gobind Singh (1675-1708) merupakan guru terakhir dalam sejarah Sikh. Beliau memperkenalkan persaudaraan khalsa bertujuan memperkasa identiti Sikh dengan memakai lima simbol utama yang dikenali sebagai 5K, iaitu kesh (rambut panjang), kangha (sikat), kara (gelang besi), kirpan (pedang kecil), dan kachera (seluar cerut). Penganut Sikh dikehendaki menghormati simbol 5K demi kesejahteraan hidup dan penerimaan agama Sikh

  • PENCAPAIAN DLM PELBAGAI BIDANG

  • PERANAN ISLAM DLM TAMADUN INDIAIslam memainkan peranan besar dalam pembinaan dan perkembangan tamadun India sejak abad ke-7M lagi.Kesan; seluruh aspek kehidupan masyarakat India termasuklah kerohanian dan kebendaan.Tamadun India telah muncul sebagai pusat perkembangan intelektual, kebudayaan dan kesenian Islam.

  • Antara sumbangan pemerintahan Islam kpd t.India1. menyatukan pemerintahan di bawah satu kuasa yang berpusat di Delhi (kesultanan Delhi-abad ke 12 M).2. melahirkan bahasa baru (bahasa Urdu), seni bina (seperti Taj Mahal, Kota Agra, Qutb Minar).3. mewujudkan pusat-pusat pengajian yang penting dan terkenal sehingga kini.4. memperkenalkan sistem kemasyarakatan tanpa kasta dan memartabatkan kedudukan wanita dengan menghapuskan dowri dan amalan sati .

  • Taj Mahal (Bahasa Hindi: )yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'

  • Pemerintah Mughal terkenal seperti Babur, Humayun, Akbar, Jehangir, Shah Jahan dan Aurangzeb tinggal di sini, dan memerintah negara dari sini. Di dalam kota ini disimpan kekayaan negara.

  • Monumen Qutb Minar , India

  • Qutub Minar (Hindi: Urdu: ) ialah menara bata tertinggi di dunia, dan merupakan contoh senibina India-Islam yang penting. Menara tersebut terletak di dalam Kompleks Qutb di selatan Delhi, India. Qutub Minar dan monumen-monumennya disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia, UNESCOQutub Minar berketinggian 72.5m (237.8 kaki) dengan 399 anak tangga menuju ke puncak. Diameter bahagian tapak ialah 14.3m manakala lantai teratas berdiameter 2.75m.Bangunan sekeliling adalah contoh-contoh terbaik kerja seni orang India dari masa ia dibina pada tahun 1193. Menara kedua berada dalam pembinaan dan dirancang supaya lebih tinggi daripada Qutub Minar itu sendiri. Pembinaannya terhenti apabila ia mencecah 40 kaki tinggi.

  • KESIMPULANTamadun India unik kerana perkembangannya meliputi banyak aspek seperti agama, spiritualisme, falsafah, matematik, ekonomi, fizik, seni, budaya, astronomi dan sebagainya. Tamadun ini turut dianggap unggul kerana telah melahirkan beberapa agama besar dunia seperti Hindu, Buddha, Jaina dan Sikh. Di samping itu, perkembangan agama Islam ke kawasan Asia turut dikaitkan dengan peranan tamadun ini.

    zy/Agama & Kepercayaan (4.3)**Tajuk Keempat : Tamadun Indiazy/Agama & Kepercayaan (4.3)**Tajuk Keempat : Tamadun India