kesenian

3
kesenian Kesenian telah memberikan pengaruh yang besar kepada perkembangan sosio-budaya di Asia Tenggara. Kesenian boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti binaan bangunan dan ukiran-ukiran sama ada di binaan ataupun pada batu bersurat. Kesenian ini juga merupakan salah satu daripada bukti kepada kewujudan pengaruh seperti hindu-buddha. Di bahagian kemboja pula terdapat bangunan yang berasal daripada zaman Chenla yang berada di Sambor Prei Kuk. Di kuil-kuil ini mengandungi lingam emas dan ukiran-ukiran pemandangan yang terdapat didalam dan diluar kuil. Dari segi ukiran juga dapat dilihat daripada pembinaan patung- patung yang masih lagi wujud sehingga kini seperti yang terdapat di Bukit Phom Da. Patung yang berupa Dewa Vishnu juga telah wujud sejak dari zaman rudravaman pada abad ke-6. Selepas itu, kewujudan patung-patung juga emakin bertambah antaranya juga adalah seperti patung dewa lelaki berkepala kuda di Kuk Trap, patung Lakshmi di Kok Krieng, patung Harihara di Prasat Andet serta kumpulan-kumpulan patung naga dan garuda di Bakong. Dari segi seni bina pula adalah berkaitan dengan pembinaan kuil-kuil yang boleh dilihat seperti yang berada di pulau Jawa. Raja Jayavarman II merupakan arkitek kuil yang terdapat disana dan beliau juga telah membina kuil seperti di Banteay Prei Nokar, Roluos dan di Phnom Kulen. Didalam pemerintahan Khmer adalah merupakan sejarah yang paling penting dimana pembinaan Angkor Watt dan Angkor Thom telah dibina oleh

Upload: harunzz-abdullah

Post on 21-Dec-2015

238 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kesenian

TRANSCRIPT

Page 1: kesenian

kesenian

Kesenian telah memberikan pengaruh yang besar kepada perkembangan sosio-budaya di

Asia Tenggara. Kesenian boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti binaan bangunan dan

ukiran-ukiran sama ada di binaan ataupun pada batu bersurat. Kesenian ini juga merupakan salah

satu daripada bukti kepada kewujudan pengaruh seperti hindu-buddha. Di bahagian kemboja

pula terdapat bangunan yang berasal daripada zaman Chenla yang berada di Sambor Prei Kuk.

Di kuil-kuil ini mengandungi lingam emas dan ukiran-ukiran pemandangan yang terdapat

didalam dan diluar kuil. Dari segi ukiran juga dapat dilihat daripada pembinaan patung-patung

yang masih lagi wujud sehingga kini seperti yang terdapat di Bukit Phom Da. Patung yang

berupa Dewa Vishnu juga telah wujud sejak dari zaman rudravaman pada abad ke-6.

Selepas itu, kewujudan patung-patung juga emakin bertambah antaranya juga adalah

seperti patung dewa lelaki berkepala kuda di Kuk Trap, patung Lakshmi di Kok Krieng, patung

Harihara di Prasat Andet serta kumpulan-kumpulan patung naga dan garuda di Bakong. Dari segi

seni bina pula adalah berkaitan dengan pembinaan kuil-kuil yang boleh dilihat seperti yang

berada di pulau Jawa. Raja Jayavarman II merupakan arkitek kuil yang terdapat disana dan

beliau juga telah membina kuil seperti di Banteay Prei Nokar, Roluos dan di Phnom Kulen.

Didalam pemerintahan Khmer adalah merupakan sejarah yang paling penting dimana pembinaan

Angkor Watt dan Angkor Thom telah dibina oleh Suryavarman.1 Di Indonesia pula telah wujud

beberapa pembinaan candi yang menjadi bukti pengaruh hindu-buddha. Candi-candi tersebut

merupakan makan yang memuliakan nenek moyang mereka yang berada di pulau Jawa.

Di Jawa Tengah Utara, antara candi-candi terpenting ialah Candi Gunung Wukir, Candi

Badut, kelompok Candi Dieng dan kelompok Candi Gedung Songo. Dan di Jawa Tengah Selatan

pula, di antara yang terpenting ialah Candi Kalasan, Candi Borobodur, Candi Sari, Candi

Mendut, kelompok Candi Sewu, Candi Plaoson dan Candi Laro Jonggrang. Sedangkan di Jawa

Timur antara yang terpenting ialah Candi Kidal, Candi Jago, Candi Singasari, Candi Jawi, Candi

Jabung, kelompok Candi Panataran, Candi Muara Takus dan Candi-Candi Gunung Tua.

1 Abdul Rahman Hj Abdullah,2006,Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional,Karisma Publications,Shah Alam,hlm 60

Page 2: kesenian

Didalam candi-candi ini juga terdapat beberapa ukiran yang unik yang menjadi hiasan di

dinding-dinding. Hiasan ini juga mempunyai cerita disebaliknya seperti yang terdapat daripada

kepercayaan dari kitab Ramayana. Di Malaysia juga terdapat beberapa jenis kesenian yang telah

wujud sejak awal abad masihi hingga 20 masihi. Antara tempatnya adalah di Lembah Bujang

yang merupakan tempat candi dibina. Namun begitu, hanya penemuan tapak tanah yamg

mempunyai ribuan pecahan seramik, kaca dan manik yang berasal daripada China, Asia Barat,

India atau tempatan. Terdapat juga beberapa jenis patung, arca, dan batu bersurat. Terdapat

banyak lagi jenis kesenian yang dapat dilihat. Namun begitu, terdapat juga beberapa jenis

kesenian seperti pembinaan yang telah dihapuskan oleh masyarakat kini. antaranya adalah seperti

pembinaan bangunan-bangunan baru. Namun begitu, tidak kesemuanya dimusnahkan kerana

terdapat juga kawasan pembinaan yang telah diselamatkan dan dijadikan sebagai tempat

perlancongan. Kesenian jenis artifak pula dipamerkan di muzium-muzium yang membolehkan

generasi akan datang melihatnya.