keselamatan elektrik

21
1

Upload: kevin-jones

Post on 27-Apr-2017

393 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: keselamatan elektrik

1

Page 2: keselamatan elektrik

2

Tempat kerja meliputi persekitaran, keadaan dan suasana kerjayang amat luas. Bangunan pejabat, kilang- kilang, tapakpembinaan, pelantar minyak, dan lombong bawah tanah adalahantara contoh- contoh tempat kerja.

Walaupun suasana dan keadaan pekerjaan berbeza, semuanya bergantung kepada sistem elektrik untuk tenaga, kawalan, komunikasi dan sebagainya dalam hampir setiapoperasi kerja. Oleh itu kemalangan elektrik kemungkinan besar boleh berlaku di semua tempat kerja.

PENGENALAN

Page 3: keselamatan elektrik

3

Bahaya elektrik boleh menyebabkankemalangan dan kebakaran.

Aliran arus boleh mencacatkan anggota, menyebabkan renjatan, lumpuh, kebakaran, letupan dan sebagainya.

Kemalangan yang disebabkan elektrik:1.sentuhan terus dengan arus elektrik2.arka elektrik

Page 4: keselamatan elektrik

4

Gejala ini dapat diatasi jika peraturan-peraturan keselamatan elektrik dipatuhi

Tujuannya adalah untuk melindungipengguna, alat-alat, pekerja dan harta bendadaripada kemalangan elektrik.

Page 5: keselamatan elektrik

5

Page 6: keselamatan elektrik

6

1. Rancang setiap kerja.2. Fikir setiap kesilapan yang kemungkinan berlaku.3. Guna alat tangan yang betul4. Gunakan prosedur, rajah, dan dokumen sebagai alat untuk kerja.5. Asingkan peralatan dari sumber bekalan.6. Kenalpasti renjatan dan arka serta bahaya yang mungkin ada.7. Minimakan bahaya dengan perlindungan atau pendekatan berhati-

hati.8. Uji setiap litar dan setiap pengalir, setiap kali sebelum menyentuh9. Gunakan alat perlindungan diri sebagai perlindungan terakhir10.Tanya diri anda “adakah saya mempunyai kemahiran,

pengetahuan, peralatan dan pengalaman untuk menjalankan kerja-kerja ini secara selamat”.

Apabila hendak menjalankan kerja keatas sistem dan peralatanelektrik, sentiasa:

Page 7: keselamatan elektrik

7

Renjatan ElektrikKerosakan alat elektrik dan kecuaian manusiasendiri merupakan sebab utama terjadinyarenjatan elektrik yang boleh dipecahkan kepadabeberapa bahagian:

1.Kecuaian mematuhi langkah-langkah keselamatan.2.Menambah dan mengubahsuai alat-alat yang sedia

ada.3.Menggunakan alat elektrik yang telah rosak tanpa

membaiki terlebih dulu.

Page 8: keselamatan elektrik

8

3 keadaan yang perlu dipertimbangkan:1. Laluan – masuk ke badan dan keluar

2. Nilai arus atau tenaga mengalir ke badan iaitu:

Kebakaran tisu dan organ dalamanLebih dari 1.5 APenyepitan Jantung200 – 500 mAPengepaman jantung terhenti100 – 200 mAPenyerabutan sistem respitori30 – 75 mAParalisis sistem saraf.10 – 40 mAmengalami kesakitan, pengecutan otot3 – 10 mATerasa menggelenyar0.5 – 3 mATindakbalasArus AU 60 Hz.

Page 9: keselamatan elektrik

9

3. Jangkamasa sentuhan - Tahap kecederaanbergantung pada masa dan frekuensi arus. Kecederaan renjatan adalah dalaman, kesan lukayang boleh dilihat adalah pada bahagian masuk dan keluar arus.

Page 10: keselamatan elektrik

10

Mangsa kemalangan elektrik boleh juga mengalamikecederaan berikut;

1. Luka sentuhan voltan rendah2. Luka sentuhan voltan tinggi kemasukan dan keluaran arus

ke badan3. Melecur4. Susah bernafas (tersekat laluan pernafasan oleh lidah)5. Kecederaan urat saraf6. Kecederaan mata (jangka panjang – boleh berlaku selepas

3 tahun terkena renjatan)7. masalah jangkitan8. retak tulang disebabkan pengecutan otot (bahagian sendi

bahu)

Page 11: keselamatan elektrik

11

CARA MENGAWAL BAHAYA RENJATAN ELEKTRIK

1. PENGHAPUSAN (ELIMINATION)

2. PENGGANTIAN (SUBSTITUTION)

3. PENGASINGAN (ISOLATION)

4. KEJURUTERAAN (ENGINEERING)

5. PENTADBIRAN (ADMINISTRATION)

6. PAKAIAN PERLINDUNGAN DIRI (P.P.E)

Page 12: keselamatan elektrik

12

Penyelenggaraan elektrik dengan cara pencegahan

Satu cara penting untuk mengurangkan kemalangan renjatanelektrik adalah dengan mengamalkan dan mematuhi prosedurpenyelenggaraan secara pencegahan:

Periksa kawasan kerja terhadap bahaya elektrik setiap hari, seperti:

• Lampu berkelip• Keadaan suis ( panas,pecah)• Bau benda terbakar• Penyambungan yang longgar• Kabel pecah, berserabut

Page 13: keselamatan elektrik

13

Jangan sesekali mengabaikan masalah elektrik

Gunakan penyambungan dan kabel yang sesuai untuksesuatu kerja seperti saiz yang sama denagan kabel alat dankekuatan yang boleh tahan kepanasan dan sebagainya.

Semua alat penguji perlu di selaraskan

Baca dan patuhi arahan operasi alat yang digunakan

Alat yang rosak mesti dibaiki oleh mereka yang berkemahiran dan bertauliah

Page 14: keselamatan elektrik

14

Matikan semua peralatan selepas diguna

Tanggalkan alat dari bekalan kuasa

Sentiasa bersihkan kawasan kerja dengan memastikan ianyakering.

Kekemasan dan rekaletak terancang pendawaian sementara akan mengurangkan bahaya renjatan dan kebakaran elektrik

Page 15: keselamatan elektrik

15

Pencegahan dan pengurangan bahaya elektrikMengurang dan menghapuskan pendedahan bahaya elektrik memerlukanperhatian berterusan. Keselamatan adalah tanggungjawab semua –majikan dan pekerja. Kepekaan terhadap persekitaran kerja elektrik yang selamat menghasilkan keperibadian yang baik.

Sekatan fizikal seperti pagar, penebat, kotak agihan dsb.

Pastikan kawasan kerja bersih dan kering. Kawasan kerja yang bersepahmengundang kemalangan dan kecederaan

Page 16: keselamatan elektrik

16

Sekatan Pengurusan - dokumen polisi

Siapa yang bertanggungjawab terhadap keselamatan elektrik ?

Bagaimana keselamatan elektrik di selaraskan?

Bagaimana pekerja dilatih?

Apakah kelayakan mereka yang bekerja dengan dan berkaitan peralatanelektrik.

Page 17: keselamatan elektrik

17

Sekatan pentadbiran – perlaksanaan polisi

Pengkhususan tugas dan kawasan

Mengenalpasti bahaya

Panduan untuk menghadapi bahaya elektrik

Page 18: keselamatan elektrik

18

Kawalan Perlindungan Diri

Page 19: keselamatan elektrik

19

Page 20: keselamatan elektrik

20

ARC FLASH

Page 21: keselamatan elektrik

21