kod keselamatan infrastruktur elektrik pemegang lesen - bm

50
Jabatan Pembangunan Keselamatan Elektrik Suruhanjaya Tenaga 17 Mei 2016

Upload: ahmad-zairi-bin-mohd-zain

Post on 09-Jul-2016

174 views

Category:

Documents


40 download

DESCRIPTION

SEMINAR BIJAK TENAGA (Pengukuhan dan Pematuhan Perundangan)

TRANSCRIPT

Page 1: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

Jabatan Pembangunan Keselamatan Elektrik Suruhanjaya Tenaga

17 Mei 2016

Page 2: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

1.0 Pengenalan 1.1 Pihak Berkuasa (Custodian)

1.2 Skop

1.3 Objektif

1.4 Definasi

2.0 Pepasangan

3.0 Pengoperasian Pepasangan

4.0 Penyelenggaraan

5.0 Pelbagai

Annex 1 – Pelan Pengurusan Keselamatan

Annex 2 – Standard-Standard Yang Berkaitan

Annex 3 – Jenis-jenis Fius

Page 3: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

Dibangunkan oleh ST berdasarkan kepada subSeksyen 50A (1) Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2015.

Pemegang lesen hendaklah mematuhi peruntukan Kod ini seperti yang diperuntukkan dalam Bahagian VII A, Keselamatan Pepasangan dan Peralatan Elektrik, Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2015.

Page 4: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

Pepasangan penjanaan selain daripada untuk kegunaan sendiri;

Pepasangan penghantaran dan pengagihan; Pencawang untuk menukar, mengubah atau

mengawal; Peralatan untuk pemeteran, pengawasan dan

mengawal elektrik; Apa-apa wayar, peralatan, laluan termasuk

terowong dan laluan yang digunakan yang berkaitan dengan penjanaan selain daripada untuk kegunaan sendiri, penghantaran atau pengagihan elektrik;

Infrastruktur untuk tujuan pengagehan.

Page 5: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

Menghuraikan dasar & standard untuk :- ◦ operasi & senggaraan pepasangan yang berkaitan

Tidak terpakai kepada:- ◦ pemasangan dan pendawaian pengguna di luar meter

atau di luar mana-mana bahagian lain pemasangan seperti yang dipersetujui bersama antara pemegang lesen dan pengguna di premis pengguna;

◦ sistem komunikasi termasuk radio, televisyen kabel kecuali untuk perkhidmatan menggunakan pemasangan pemegang lesen seperti komunikasi membawa line, sistem SCADA; dan

◦ Penjanaan untuk kegunaan sendiri dan pengagehan elektrik.

Page 6: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

menggalakkan amalan sesuai dan selamat dalam pemeriksaan dan pengujian, pengendalian dan penyenggaraan pepasangan dari segi keselamatan, kesihatan dan alam sekitar;

menyediakan panduan mengenai amalan dan prosedur yang terbaik bagi tujuan untuk melindungi keselamatan pekerja-pekerja pemegang lesen, agensinya dan pemasangan, pengguna dan orang awam;

meningkatkan aspek pematuhan Akta dan Peraturan untuk mencapai standard minimum keselamatan elektrik kepada pengguna, orang awam, kontraktor dan industri;

pemegang lesen hendaklah mengemukakan pelan pengurusan keselamatan mereka sendiri mengenai operasi dan penyelenggaraan infrastruktur elektrik milik mereka;

Page 7: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

menyediakan keperluan keselamatan, kesihatan dan persekitaran yang berkaitan dengan operasi, pemeriksaan, pengujian dan penyelenggaraan pepasangan mengikut piawaian teknikal yang berkaitan dan amalan yang

menetapkan jenis kelengkapan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar yang sesuai digunakan dalam kerja-kerja di pepasangan yang berkaitan; dan

menyediakan rangka kerja bagi pemegang lesen yang memiliki pemasangan berkaitan supaya mengemukakan pelan pengurusan keselamatan mereka sendiri, seperti yang ditetapkan dalam kod

Page 8: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

2.1 KEPERLUAN PERUNDANGAN 2.2 PERTIMBANGAN REKABENTUK 2.3 PEMILIHAN BAHAN DAN PERALATAN 2.4 PEMBUMIAN PEPASANGAN 2.5 KAEDAH PENGASINGAN 2.6 SISTEM PEMULIHAN 2.7 LOJI PENJANAAN BUKAN UNTUK KEGUNAAN SENDIRI 2.8 PENCAWANG 2.9 TALIAN BEKALAN BAWAH TANAH 2.10 TALIAN ATAS 2.11 PERLINDUNGAN 2.12 KERJA-KERJA OLEH ORANG KOMPETEN 2.13 PENYELIAAN DAN PENGUJIAN PEPASANGAN 2.14 PEMERIKSAAN PERMULAANI, PENGUJIAN DAN

MULA TUGAS

Page 9: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

2.1 KEPERLUAN PERUNDANGAN

- Semua pepasangan yang membekalkan elektrik boleh diberi lesen seperti yang dikehendaki oleh Akta dan Peraturan.

- Kerja-kerja di pepasangan elektrik hendaklah dijalankan oleh orang-orang yang memiliki perakuan kekompetenan yang bersesuaian.

- Mana-mana radas, konduktor atau aksesori bagi tujuan sambungan kepada pepasangan hendaklah mengikut cara yang sesuai untuk mencegah bahaya mengikut Peraturan- Peraturan.

Page 10: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

2.2 PERTIMBANGAN REKABENTUK PEPASANGAN

- Semua bahagian dalam infrastruktur pepasangan pemegang lesen hendaklah direkabentuk supaya sesuai digunakan tanpa mendatangkan bahaya kepada pengguna.

- Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa infrastruktur direka bentuk, dibangunkan dan dipasang dengan kaedah yang seberapa boleh supaya ia selamat untuk beroperasi, bekalan kepada pengguna yang berdayaharap, selamat dan kesan yang sedikit kepada radiasi elektromagnet.

Page 11: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

2.3 PEMILIHAN BAHAN BINAAN DAN PERALATAN - Bahan binaan dan peralatan yang digunakan untuk infrastruktur hendaklah sesuai digunakan tanpa mendatangkan bahaya kepada pengguna. - bahan binaan dan peralatan hendaklah mencukupi dari segi kadaran haba (thermal rating) untuk mengalirkan arus beban elektrik, keupayaan untuk mengalami litar pintas, beroperasi dengan cekap serta mempunyai kekuatan mekanikal untuk menahan kerosakan dan tahan karat.

Page 12: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

2.4 PEMBUMIAN PEPASANGAN - Bahagian-bahagian yang tertentu di dalam pepasangan hendaklah dibumikan. - Kaedah pembumian dan bahan yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan tujuan pembumian itu dibuat. - Sambungan ke bumi hendaklah dengan kaedah pembumian padu (solid earthing), melaksanakan pembumian konduktor dan pembumian perlindungan. - Nilai maksimum galangan pembumian (earthing impedance) untuk pepasangan. - Nilai maksimum galangan pembumian untuk pencawang alatubah. - Pembumian sementara.

Page 13: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

2.4 PEMBUMIAN PEPASANGAN - Keratan rentas minimum pengalir perlindungan atau pengalir pembumian. - Integriti pengalir perlindungan dan pengalir pembumian. - Pengalir pembumian. 2.5 KAEDAH PENGASINGAN (ISOLATION) - Setiap bahagian dalam infrastruktur elektrik hendaklah mempunyai kaeadah pengasingan seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 18, Peraturan- peraturan Elektrik 1994.

Page 14: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

2.6 SISTEM PEMULIHAN

- Untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan ketahanan sistem infrastruktur untuk menghadkan tempoh gangguan bekalan.

2.7 LOJI PENJANAAN (BUKAN UNTUK KEGUNAAN SENDIRI)

- Selamat untuk beroperasi

- Mampu untuk membekal tenaga dengan semua parameter yang diperlukan.

- Mengurangkan kesan rumah hijau

- Memastikan kebolehpercayaan dan keselamatan dalam operasinya.

Page 15: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

2.8 PENCAWANG - Hendaklah direkabentuk dan dibina untuk tujuan persekitaran kerja yang selamat, mengekalkan pematuhan keselamatan dan perundangan. - Hendaklah berkemampuan untuk beroperasi atau pemberhentian operasi dalam sebarang keadaan cuaca seperti banjir, angin kuat dan sebagainya. - Menghadkan akses untuk orang yang berkebenaran sahaja. - Selamat untuk keluar masuk. - Komponen pencawang hendaklah berkemampuan untuk membawa beban arus seperti direkabentuk - Papan tanda, label dan notis yang bersesuaian. - Jarak kerja selamat dari bahagian hidup pepasangan semasa kerja-kerja pengoperasian.

Page 16: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

2.8 PENCAWANG - Mempunyai radas perlindungan yang sesuai – OCR, EFR dsb. - Kadar bunyi, getaran yang tidak menganggu, dan tahap elektromagnetik yang bersesuaian. 2.9 KABEL BAWAH TANAH - Mampu untuk mengalirkan beban arus - Penebatan yang sesuai - Jarak yang bersesuaiaan dengan sistem perkhidmatan utiliti yang lain - Perlindungan mekanikal yang sesuai - Sentiasa selamat untuk beroperasi

Page 17: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

2.9 KABEL BAWAH TANAH - Penandaan yang sesuai bagi menentukan lokasi kabel - Beza upaya bumi (earth potential transfered) tidak boleh berlaku - Voltan teraruh (Induced voltage) hendaaklah pada kadar selamat - Tiada kerosakan mekanikal ke atas kabel sedia ada - Sambungan dan tamatan hendaklah dalam keadaan bersesuaian - Kerosakan ke atas alam sekitar hendaklah diminimakan

Page 18: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

2.10 TALIAN ATAS

- Berkemampuan untuk membawa beban arus

- Penebatan yang bersesuaian

- Mampu menahan beban mekanikal dan sebarang keadaan persekitaran

- Jarak yang mencukupi dengan lain-lain talian atas, struktur dan perkhidmatan

- Jarak ke bumi – Peraturan 41(15)

- Sentiasa selamat untuk beroperasi

Page 19: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

2.10 TALIAN ATAS

- Hendaklah sentiasa beroperasi dan dijaga– mematuhi Peraturan 41, 42, 43, 110, 111, 112 and 113 requirements

2.11 PERLINDUNGAN

- Hendaklah direkabentuk dan dibina untuk dilindungi dari renjatan elektrik, kesan suhu, lebihan arus, kerosakan arus ke bumi dan gangguan voltan serta elektromagnetik.

Page 20: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

2.11 PERLINDUNGAN - Perlindungan kedua atau perlindungan sokongan ke atas sentuhan secara terus diperlukan jika perlindungan utama tidak berfungsi - Bekalan tenaga kecemasan hendaklah beroperasi semasa kebakaran - Perlindungan lebihan arus - Perlindungan kerosakan ke bumi - Tempoh memutuskan bekalan (Disconnection time) - Pengurusan Harmonik

Page 21: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

2.12 KERJA-KERJA OLEH ORANG KOMPETEN

- Kerja-kerja hendaklah dijalankan oleh orang kompeten atau di bawah pengawasan orang kompeten - Peraturan 12

- Hanya orang yang telah manjalani latihan dan menerima arahan boleh menjalankan kerja-kerja elektrik

- Kelengkapan yang digunakan hendaklah diperiksa, diuji bagi memastikan ia selamat digunakan

-Langkah berjaga-jaga perlu diambil semasa bekerja di peralatan yang telah dimatikan bekalan

Page 22: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

2.12 KERJA-KERJA OLEH ORANG KOMPETEN

- Bekerja berhampiran konduktor hidup

- Ruang kerja, akses dan cahaya

2.13 PENYELIAAN DAN PENGUJIAN PEPASANGAN

- Kerja-kerja hendaklah diselia semasa peralatan/pepasangan dipasang oleh orang kompeten

- Komponen pepasangan yang baru dibina hendaklah diperiksa dan diuji

- Ujian perlu dijalankan berpandukan kepada standard yang ditetapkan dan amalan terbaik diikuti

Page 23: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

2.14 PEMERIKSAAN PERMULAAN, PENGUJIAN DAN MULA TUGAS

- Selepas siap, pepasangan hendaklah diuji oleh orang kompeten

- Ujian elektrikal dan pemeriksaan visual termasuk:

i. Ujian penebatan

ii. Ujian keterusan dan konduktiviti

iii. Ujian kekutuban

iv. Ujian rintangan

v. Ujian kekuatan dielektrik

vi. Ujian tekanan

Page 24: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

3.1 AM 3.2 PELAN PENGURUSAN KESELAMATAAN 3.3 MENGHIDUPKAN, MEMATIKAN DAN MENGHIDUPKAN

SEMULA BEKALAN 3.4 JARAK KESELAMATAN MINIMUM DAN JARAK KERJA 3.5 PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI, PERALATAN

KESELAMATAN DAN PERALATAN KERJA 3.6 PERMIT TO WORK 3.7 KERJA DALAM RUANG TERTUTUP (CONFINED

SPACES) 3.8 PERTOLONGAN CEMAS 3.9 KERJA DI PEPASANGAN YANG DIMATIKAN BEKALAN 3.10 KERJA DI PEPASANGAN HIDUP 3.11 KERJA DALAM PENCAWANG

Page 25: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

3.12 BEKERJA DI ATAU BERHAMPIRAN TALIAN BAWAH TANAH

3.13 BEKERJA DI TALIAN ATAS

3.14 KEPERLUAN KEKOMPETENAN

3.15 LATIHAN KESELAMATAN

3.16 MELAPORKAN DAN PENYIASATAN KEMALANGAN DAN KEBAKARAN YANG BERKAITAN DENGAN ELEKTRIK

3.17 PROSIDUR PENSUISAN

3.18 KOMUNIKASI AWAM MENGENAI MAKLUMAT KESELAMATAN

Page 26: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

3.1 AM

- Bahagian ini adalah untuk kerja-kerja operasi ke atas atau di dalam kawasan infrastruktur elektrik

- Pemunya, pengurusan dan pengendali infrastruktur hendaklah memastikan pematuhan oleh pekerja-pekerja, kakitangan, agen dan kontraktor.

Page 27: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

3.2 PELAN PENGURUSAN KESELAMATAN

- Pemunya, pengurusan dan pengendali infrastruktur hendaklah mengujudkan Pelan Pengurusan Keselamatan mereka

- Pelan Pengurusan Keselamatan hendaklah termasuk aspekaspek seperti yang dinyatakan dalam Annex 1

- Kerja-kerja operasi hendaklah mengikut kehendak kod dan pemilik infrastruktur atau pengendali Pelan Pengurusan Keselamatan hendaklah memastikan keselamatan orang awam, pekerja dan aset infrastruktur

Page 28: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

3.3 MENGHIDUPKAN, MEMATIKAN DAN MENGHIDUPKAN SEMULA BEKALAN

- Komponen infrastruktur bekalan harus menghidupkan atau menghidupkan semula tenagadengan cara yang selamat. Sebelum menghidupkan atau menghidupkan semula tenaga, keperluan keselamatan minimum hendaklah dipatuhi. - Langkah-langkah minimum hendaklah dilaksanakan apabila mematikan komponen infrastruktur bekalan.

Page 29: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

3.4 JARAK KELEGAAN KESELAMATAN MINIMUM DAN JARAK KELEGAAN KERJA SELAMAT– Bekerja Dalam Pencawang atau Pencawang Pensuisan

- Apabila kerja-kerja yang dijalankan dalam persekitaran mana-mana konduktor terdedah yang atau boleh dihidupkan, kelegaan minimum dari konduktor yang terdedah kepada paras bumi atau platform atau akses keluar masuk hendaklah seperti dalam Jadual (Rujuk Annex)

Page 30: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

3.4 JARAK KELEGAAN KESELAMATAN MINIMUM DAN JARAK KELEGAAN KERJA SELAMAT– Bekerja Di Menara, Tiang atau Struktur Penyokong Talian Atas.

- Apabila bekerja di bawah atau di kawasan sesuatu pengalir hidup terdedah, orang yang bekerja itu tidak boleh bergerak di luar kedudukan di mana ada kemungkinan untuk mana-mana bahagian badannya atau peralatan kerja yang dibawa dalam jarak dari konduktor yang terdedah seperti yang dinyatakan dalam Jadual (Rujuk Lampiran)

Page 31: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

3.5 PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI, PERALATAN KESELAMATAN DAN PERALATAN KERJA.

- PPE yang sesuai seperti Fire Retardant Suit (FRS), topi keledar, tali pinggang, abah-abah, pelindung mata, sarung tangan, but dan lain-lain hendaklah dipakai oleh orang yang bekerja dalam infrastruktur elektrik.

- Peralatan kerja yang sesuai seperti hot stick, phasing stick, barrier tape, signage, tags, kekunci, meter-meter pengukur, peralatan pembumian, jumper dan clamp hendaklah dipakai oleh orang yang bekerja dalam infrastruktur elektrik.

Page 32: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

3.6 PERMIT TO WORK - Pemegang lesen hendaklah memastikan perlu ada sistem pensijilan kerja yang diluluskan seperti PTW untuk mengakses kerja-kerja di infrastruktur elektrik. 3.7 BEKERJA DALAM RUANG TERKURUNG

(CONFINED SPACES) - prosedur yang diluluskan yang ditetapkan dalam COP Industri Untuk Bekerja Selamat Di Ruang Terkurung 2010 yang dikeluarkan oleh JKKP, hendaklah dipatuhi apabila bekerja di dalam ruang terkurung.

Page 33: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

3.8 PERTOLONGAN CEMAS

- Orang yang bekerja dalam infrastruktur elektrik hendaklah dilatih dan membiasakan diri dengan prosedur pertolongan cemas untuk menghadapi kemungkinan berlaku kemalangan dan kecederaan semasa bekerja.

- Peralatan pertolongan cemas yang sesuai perlu disediakan untuk menangani kecederaan dan kemalangan yang mungkin berlaku.

Page 34: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

3.9 BEKERJA DI PEPASANGAN YANG DIMATIKAN BEKALAN

- Kerja-kerja di pepasangan yang dimatikan bekalan hendaklah dijalankan mengikut peruntukan Peraturan 112, Peraturan- Peraturan Elektrik 1994. 3.10 BEKERJA DI PEPASANGAN HIDUP

- Kerja-kerja di pepasangan hidup hendaklah dijalankan mengikut peruntukan subPeraturan (7), Peraturan 112, Peraturan- Peraturan Elektrik 1994.

Page 35: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

3.11 BEKERJA DI DALAM PENCAWANG

- Tiada seorang pun boleh memasuki ke dalam pencawang elektrik dengan komponen hidup yang terdedah melainkan jika dia diberi kuasa atau beliau ditemani oleh seseorang yang diberi kuasa atau jika dia telah diarahkan oleh orang yang diberi kuasa.

3.12 BEKERJA DI TALIAN BAWAH TANAH ATAU BERDEKATAN DENGAN TALIAN BAWAH TANAH

- Perkara berikut hendaklah dipertimbangkan apabila bekerja di talian bawah tanah atau berdekatan dengan talian bawah tanah:

Page 36: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

i. Mengenalpasti kabel yang betul

ii. Kabel voltan tinggi hendaklah diberi bekalan dengan kaedah yang diluluskan

iii. Kemungkinan berlaku bahaya fizikal hendaklah dikenalpasti

iv. Kemungkinan berlaku bahaya elektrik hendaklah dikenalpasti

v. Langkah awasan yang mencukupi hendaklah diambil apabila mengendalikan kabel yang bertenaga.

Page 37: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

3.13 BEKERJA DI TALIAN ATAS - Perkara berikut hendaklah dipertimbangkan apabila bekerja di talian atas: i. lokasi di mana kerja hendak dijalankan hendaklah dikenal pasti dengan jelas ii. integriti tiang atau struktur hendaklah diperiksa iii. langkah-langkah hendaklah diambil bagi mengelakkan talian menjadi bertenaga ketika kerja-kerja sedang dijalankan. iv. langkah berjaga-jaga hendaklah diambil untuk melindungi daripada letupan, pancaran arka, renjatan dan sebagainya.

Page 38: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

3.14 KEPERLUAN KEKOMPETENAN - Hanya orang kompeten sahaja yang boleh bekerja, mengendalikan atau mempunyai kawalan apa-apa kerja atau pengendalian pepasangan. 3.15 LATIHAN KESELAMATAN - Kerja tidak boleh dijalankan oleh seseorang melainkan jika dia telah dilatih, mempunyai pengetahuan prosedur keselamatan dan cekap untuk mempraktikannya. - Majikan kakitangan hendaklah memastikan bahawa kursus atau latihan yang diberi oleh jurulatih adalah sesuai dan berkelayakan serta diiktiraf oleh pihak berkuasa.

Page 39: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

3.16 MELAPORKAN DAN PENYIASATAN BERKAITAN KEMALANGAN DAN KEBAKARAN YANG BERKAITAN DENGAN ELEKTRIK.

- Jika sekiranya berlaku kemalangan atau kebakaran, pemilik, pemegang lesen atau pihak pengurusan hendaklah melaporkan kepada suruhanjaya dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi bukti.

3.17 PROSIDUR PENSUISAN

- Semua aktiviti pensuisan hendaklah dilakukan dengan cara yang sesuai untuk mencegah bahaya dan mengikut prosedur keselamatan pemegang lesen

Page 40: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

- Prosedur juga hendaklah disediakan untuk keperluan pensuisan yang tidak berjadual.

3.18 KOMUNIKASI AWAM KE ATAS MAKLUMAT KESELAMATAN

- Pemilik infrastruktur elektrik hendaklah membangunkan dan melaksanakan program komunikasi awam termasuk langkah-langkah keselamatan semasa berada di dalam infrastruktur, semasa bencana alam (banjir, kebakaran dan lain-lain) dan langkah- langkah yang perlu diambil semasa bekalan terputus.

Page 41: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

4.1 AM

4.2 SENGGARAAN KOMPONEN INFRASTRUKTUR ELEKTRIK

4.3 MEMBERSIHKAN TUMBUH-TUMBUHAN

4.4 SENGGARAAN REKOD-REKOD

Page 42: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

4.1 AM

- Semua bahagian infrastruktur hendaklah disenggara oleh pemegang lesen bagi mengelak bahaya kepada orang awam dan harta.

- Untuk prosedur senggaraan, perkara berikut hendaklah disediakan oleh pemegang lesen:

i. senarai asset infrastruktur dan lokasi; dan

ii. jadual aktiviti senggaraan yang akan dilaksanakan dan rekod-rekod senggaraan.

Page 43: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

4.2 SENGGARAAN KOMPONEN-KOMPONEN INFRASTRUKTUR ELEKTRIK

- Komponen-komponen termasuk:

i. loji penjanaan dan peralatan; ii. pencawang dengan bangunan, dinding, pagar dan peralatan;

iii. talian bawah tanah;

iv. talian atas dengan tiang dan struktur; dan

v. pembumian dan sistem perlindungan.

- Jadual senggaraan hendaklah termasuk:

i. pemeriksaan dan pengujian;

ii. senggaraan; dan

iii. penggantian

Page 44: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

4.3 PEMBERSIHAN TUMBUH-TUMBUHAN

- Tumbuh-tumbuhan di bawah dan berhampiran dengan infrastruktur elektrik, hendaklah dibersihkan secara berkala untuk memastikan kelegaan yang mencukupi.

4.4 SENGGARAAN REKOD-REKOD

- Semua rekod reka bentuk, pembinaan, lukisan pelan, operasi dan senggaraan hendaklah disimpan, dikemaskini dan boleh diakses oleh orang yang diberi kuasa dan pihak berkuasa.

Page 45: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

Tarikh penerbitan standard-standard adalah terpakai pada masa penerbitan Kod ini.

Jika kod antarabangsa versi Malaysia telah ujud, versi Malaysia hendaklah dipakai dan diberi keutamaan.

Isu-isu terkini yang bersesuaian dengan standard boleh digunakan pada setiap masa.

Jika sebarang konflik timbul daripada Kod ini, peruntukan Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2015, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Kod Grid atau Kod Pengagihan akan diguna pakai.

Page 46: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

Polisi keselamatan pekerjaan Struktur organisasi jawatankuasa keselamatan Program latihan keselamatan pekerjaan Prosidur & dokumentasi Keselamatan pepasangan Penguatkuasaan dan audit Pengurusan kekompetenan Pengurusan kemalngan Komunikasi & promosi Anugerah persijilan

Page 47: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

76 LISTED STANDARD:- ◦ Electrical Installation of Buildings ◦ Protection against Lightning ◦ Plug Top (Plugs) ◦ Switches and Dimmers ◦ Socket Outlets 15A and below (with or without elcb/rcd) ◦ Lampholders ◦ Bayonet Caps and Multiway Adaptors ◦ Fluorescent Lamps Fitting Excluding Tubes If Imported

Separately ◦ Capacitors for Fluorescent Lamps ◦ Ballast for Fluorescent ◦ Domestic Light Fittings Having Accessible Metal Parts ◦ Fans ◦ Wires/Cables/Cords (Non-armoured) 0.5 sq mm – 35 sq mm

Page 48: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM

Bahan-bahan (i.e steel, copper)

Permukaan fius (i.e hot-dip galvanized, copper-sheathed, electro-deposited copper coating, bare, tin-coated)

Bentuk fius (i.e strip, round wire for surface electrode, rope, sections)

Saiz minimum (i.e diameter, keratin rentas, ketebalan, thickness of coating/sheathing)

Page 49: Kod Keselamatan Infrastruktur Elektrik Pemegang Lesen - BM