pendawaian elektrik

17
SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13 1 1.0 PENGENALAN Amali pada minggu ini adalah tentang pendawaian litar. Jenis pendawaian yang dilakukan adalah litar akhir pengguna. Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik . Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhir ialah untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, memastikan bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan bekalan bagi tujuan pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa mengganggu litar lain serta untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar itu merebak ke litar yang lain. Litar akhir pengguna terbahagi kepada dua iaitu: 1) Pendawaian litar pencahayaan Pendawaian litar pencahayaan biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu filamen atau lampu discas. Beban lain juga disambungkan dari litar lampu seperti kipas siling dengan syarat arus beban penuh kurang daripada yang ditetapkan. Pengalir kabel litar akhir lampu yang diagihkan dari papan fius agihan akan berakhir di terminal siling ros atau pemegang lampu. Pendawaian litar pengcahayaan menggunakan MCB (Miniature Circuit Breaker) 6 ampere. Ia terdiri daripada suis 1, yang mengawal L1 (lampu satu). Bagi penggunaan 1 unit MCB 6 ampere jumlah unit peralatan elektrik ialah sepuluh unit. 2) Pendawaian litar kuasa Terdapat tiga jenia litar kuasa iaitu liatar jejari, litar gelang dan litar sulur. Pada bahagian litar kuasa kami menggunakan litar jenis jejari yang terdiri daripada dua soket. MCB yang digunakan ialah 16 ampere. Bagi jenis litar jejari iaitu litar yang di sambungkan kepada soket alur keluar dan berakhir pada soket alur keluar yang di hujung sekali, maksimum unit soket bagi satu unit MCB 16 ampere ialah dua unit. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mempelajari cara bagi membuat pendawaian litar pengcahayaan dan pendawaian litar kuasa. 2.2 Memahami tentang cara pemasangan komponen-komponen elektronik pada litar dengan betul dan ,mengetahui fungsi setiap komponen. 2.3 Mengenali komponen dan peralatan yang digunakan untuk membina sesutu litar.

Upload: syaurah-ashikin

Post on 22-Apr-2015

22.709 views

Category:

Education


29 download

DESCRIPTION

Laporan Amali Pendawaian Elektrik 1) Pendawaian litar pencahayaan 2) Pendawaian litar kuasa Sharing Is Caring (^_^)

TRANSCRIPT

Page 1: Pendawaian Elektrik

SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13

1

1.0 PENGENALAN

Amali pada minggu ini adalah tentang pendawaian litar. Jenis pendawaian yang dilakukan

adalah litar akhir pengguna. Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk

membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik . Tujuan pembahagian litar

utama ke litar akhir ialah untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, memastikan

bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan bekalan bagi tujuan

pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa mengganggu litar lain serta untuk

mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar itu merebak ke litar yang lain. Litar

akhir pengguna terbahagi kepada dua iaitu:

1) Pendawaian litar pencahayaan

Pendawaian litar pencahayaan biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu filamen atau

lampu discas. Beban lain juga disambungkan dari litar lampu seperti kipas siling dengan

syarat arus beban penuh kurang daripada yang ditetapkan. Pengalir kabel litar akhir lampu

yang diagihkan dari papan fius agihan akan berakhir di terminal siling ros atau pemegang

lampu. Pendawaian litar pengcahayaan menggunakan MCB (Miniature Circuit Breaker) 6

ampere. Ia terdiri daripada suis 1, yang mengawal L1 (lampu satu). Bagi penggunaan 1 unit

MCB 6 ampere jumlah unit peralatan elektrik ialah sepuluh unit.

2) Pendawaian litar kuasa

Terdapat tiga jenia litar kuasa iaitu liatar jejari, litar gelang dan litar sulur. Pada bahagian litar

kuasa kami menggunakan litar jenis jejari yang terdiri daripada dua soket. MCB yang

digunakan ialah 16 ampere. Bagi jenis litar jejari iaitu litar yang di sambungkan kepada soket

alur keluar dan berakhir pada soket alur keluar yang di hujung sekali, maksimum unit soket

bagi satu unit MCB 16 ampere ialah dua unit.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mempelajari cara bagi membuat pendawaian litar pengcahayaan dan pendawaian litar

kuasa.

2.2 Memahami tentang cara pemasangan komponen-komponen elektronik pada litar dengan

betul dan ,mengetahui fungsi setiap komponen.

2.3 Mengenali komponen dan peralatan yang digunakan untuk membina sesutu litar.

Page 2: Pendawaian Elektrik

SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13

2

3.0 BAHAN DAN PERALATAN

Bahan/Peralatan Fungsi

Kotak Fius Agihan (KFA/DB)

Kotak Fius Agihan 1fasa ( Distribution fuse board )

DB adalah papan terakhir sebelum bekalan

disalurkan ke beban. Terdapat DB satu fasa dan

tiga fasa. Jika bilangan lampu atau soket adalah

banyak, Dua DB berasingan khas untuk soket dan

lampu diadakan bagi memudahkan kerja-kerja.

KFA ini menepatkan suis utama, pemutus litar

bocor ke bumi dan MCB.

Pemutus Litar Keunit , MCB

MCB berfungsi sebagai pengasingan litar akhir ke

bahagian lain alatan elektrik. MCB mempunyai

pelbagai saiz seperti 6 ampere dan 16 ampere.

Untuk pendawaian pencahayaan hanya

menggunakan saiz 6 ampere sahaja dan untuk litar

kuasa menggunakan saiz 16 ampere.

ELBC

Pemutus Litar Bocor Ke Bumi, E.L.C.B adalah

singkatan dari pada Earth Leakage Circuit Breaker

berfungsi sebagai memutuskan arus elektrik

apabila berlaku kebocoran arus elektrik pada

alatan. Alatan ini terletak dalam DB.

MS

Suis Utama ( Main switch ) berfungsi sebagai

pengasingan litar dan pelindungan lebihan arus dan

beroperasi seperti suis utama iaitu bekalan masuk

akan melalui suis dan seterusnya ke fius.

Page 3: Pendawaian Elektrik

SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13

3

Plug 3 pin

Ia digunakan bagi menyambung dan mengalirkan

arus dari sumber elektrik kepada DB.

Soket & base (2+2)

Soket adalah alat yang membekalkan arus elektrik

yang boleh dipasang dan ditanggalkan. Ia

mempunyai tiga tamatan iaitu bumi, life dan

neutral.

Suis & base(1+1)

Suis berfungsi memutuskan dan menyambung litar

kepada alatan elektrik.

Lampu + base (1+1)

Lampu elektrik yang dibuat daripada kaca lut

cahaya atau lut sinar sebagai balangnya dan di

dalamnya terdapat dawai filament. Ia akan

mengeluarkan cahaya apabila dialiri arus elektrik,

filament akan menjadi panas dan menyinar.

Page 4: Pendawaian Elektrik

SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13

4

Kabel (L,N,E)

Menghubungkan komponen yang terdapat dalam

DB.

Copper bar

Menghubungkan antara dua atau lebih Pemutus

Litar Keunit , MCB.

Paku wiring

Paku yang digunakan adalah bersaiz kecil

bersesuaian dengan tujuan dan kehalusan tugas.

Paku digunakan untuk memaku timah kepada

papan agar ia dapat memegang wayar.

Timah wiring

Timah digunakan bagi memegang wayar ke

permukaan papan. Timah adalah bahan yang sesuai

digunakan untuk tujuan ini kerana sifatnya yang

boleh lentur membolehkan ia memegang wayar

dengan ketat dan kemas.

Page 5: Pendawaian Elektrik

SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13

5

Skru

Skru hitam panjang digunakan untuk memasang

tapak pemegang lampu dan kotak fius utama.

Skru hitam pendek digunakan pada tapak soket,

tapak suis dan pemegang lampu.

Skru putih digunakan untuk memasang soket dan

suis.

Wayar

Warna merah menandakan wayar tersebut

berfungsi menghantar arus elektrik daripada MCB

ke tamatan life yang terdapat pada soket dan suis.

Wayar neutral merujuk kepada wayar pengalir

yang berfungsi bagi membawa arus balikan dari

peralatan elektrik ke punca bekalan kuasa arus

ulang-alik wayar neutral memunyai arus.

Wayar bumi dapat dikenali dengan warnya yang

hijau. Ia berfungsi menghantar sebarang kebocoran

elektrik serta litar pintas ke bumi. Ia tidak

mempunyai arus. Wayar bumi bertindak sebagai

langkah keselamatan kepada pengguna bagi

menghindarkan renjatan elektrik jika terdapat

kebocoran elektrik. Jika wayar bumi tidak

dipasang, seseorang boleh menerima renjatan

elektrik kerana arus akan mengalir melalui

tubuhnya untuk masuk ke bumi. Tetapi

pemasangan wayar bumi membolehkan arus

dihantar dengan selamat ke dalam bumi melalui

wayar tersebut.

Wayar merah,life

Wayar Hijau,Earth

Wayar Hitam, Neutral

Page 6: Pendawaian Elektrik

SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13

6

Tukul Waringgton

Digunakan bagi mengetuk kerja-kerja halus dan

hanya memerlukan ketukan yang ringan sahaja.

Ketika memasang litar permukaan tukul

warrington ini digunakan bagi mengetuk plat timah

yang digunakan untuk mengikat wayar kepada

permukaan papan.

Cordless drill

Membolehkan kerja membuka dan pemasangan

dilakukan dengan pantas dan mudah.

Menggunakan sumber kuasa daripada bateri yang

membolehkannya dibawa kemana-mana.

Pemutar skru

Memutarkan skru seperti pada bahagian soket dan

suis. Ia juga digunakan untuk memulakan

pemasangan skru sebelum skru diputar pula

menggunakan cordless screwdriver.

Pembaris

Pembaris digunakan untuk mengukur panjang

wayar dan melukis lakaran litar pada papan kotak.

Page 7: Pendawaian Elektrik

SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13

7

Wire stripper

Ia digunakan bagi membuang bahagian penebat

pada bahagian luar wayar sebelum dawai tersebut

diikat pada tamatan atau terminal.

Kapur

Ia digunakan untuk melukis litar pada papan kotak

sebelum menjalankan pendawaian.

Test pen

Test pen digunakan bagi memeriksa samada

pendawaian dilakukan dengan betul dengan

menentukan terdapat arus yang mengalir pada

sesuatu bahagian pendawaian. Jika lampu pada test

pen menyala, ia menunjukkan bahawa sesuatu

bahagian pendawaian telah dipasang dengan betul.

Selain itu, ia berfungsi sebagai pemutar skru bagi

bahagian penyambung wayar dan tamatan pada

suis dan soket.

Pelayar kacip

Playar kacip digunakan bagi memotong wayar

pada ukuran yang dikehendaki,ia mampu membuat

potongan yang kemas.

Page 8: Pendawaian Elektrik

SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13

8

Playar muncung tirus

Playar muncung tirus digunakan untuk memegang

wayar pada tempat yang sempit, pelayar ini boleh

menyepit wayar dengan lebih kemas untuk menarik

wayar agar pemasangan wayar dilakukan dengan

kemas. Ia juga boleh digunakan untuk memotong

wayar.

Playar gabung

Playar gabung digunakan untuk memegang bahan,

memotong dan memintal dawai atau kabel elektrik.

4.0 LANGKAH KERJA

a) Sebelum

1. Sebelum pendawaian dilakukan, kami telah melakarkan litar pendawaian yang ingin

dijalankan pada kertas A4 dan mengira jumlah wayar yang diperlukan seperti yang

terdapat pada lampiran 1.

2. Pendawaian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pendawaian soket dan pendawaian

lampu.

3. Wayar neutral (hitam), life (merah) dan bumi (hijau). Panjang wayar life bagi litar

pencahayaan ialah 170 cm. Manakala, panjang wayar neutral dan wayar bumi masing-

masing ialah 100 cm.

4. Manakal bagi litar kuasa panjang wayar life, wayar neutral dan wayar bumi masing-

masing sepanjang 130cm.

Page 9: Pendawaian Elektrik

SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13

9

5. Terdapat perbezaan bagi wayar pendawaian lampu dan soket kerana wayar yang

digunakan untuk pendawaian soket lebih besar saiznya berbanding wayar yang digunakan

pada pendawaian lampu.

6. Sebelum proses pendawaian dilakukan, litar perlu dilukis pada dinding menggunakan

kapur dan pembaris untuk memudahkan proses pendawaian dilakukan.

b) Semasa

1. Pendawaian dilakukan bermula pada bahagian soket. Timah digunakan untuk melekatkan

wayar pada dinding. Timah dipakukan dengan paku yang kecil menggunakan tukul yang

sesuai.

2. Wayar dijalurkan terlebih dahulu menggunakan penjalur wayar sebelum proses

penyambungan dan pemasangan soket.

Rajah 4.1: Melukis Litar

Rajah 4.2: Proses Pendawaian

Page 10: Pendawaian Elektrik

SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13

10

3. Setelah siap pendawaian pada dinding bagi soket. Tapak soket dipasang dengan

menggunakan cordless screwdriver.

4. Selepas tapak soket dipasang proses penyambungan wayar pada soket dilakukan

melibatkan wayar neutral, bumi dan life.

5. Soket dipasang selepas penyambungan siap dilakukan menggunakan pemutar skru philip

/pena ujian. Kemudian pendawaian yang bermula dari soket akan dibawa kepada kotak

fius agihan (DB).

Rajah 4.3: Proses menjalur wayar

Rajah 4.3: Proses peyambungan wayar pada soket

Rajah 4.4: Proses pemasangan soket dan peyambungan wayar

pada fius agihan

Page 11: Pendawaian Elektrik

SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13

11

6. Seterusnya pendawaian pada bahagian lampu. Setiap wayar akan dilekatkan

menggunakan timah yang dipaku.

7. Seterusnya pemasangan tapak bagi soket lampu menggunakan pena ujian/cordless

screwdriver.

8. Bagi soket lampu terdapat tiga wayar iaitu satu wayar merah yang akan menuju ke suis,

satu wayar hitam dan satu wayar hijau yang akan disambung pada kotak fius agihan

(DB).

9. Satu suis mengawal lampu digunakan dimana melibatkan peyambungan dua wayar merah

dari soket lampu dan kotak fius agihan.

10. Selepas pendawaian pada dinding siap dilakukan, penyambungan pada suis dilakukan.

11. Langkah seterusnya, suis utama (MS), MCB 16 Ampere dan MCB 6 Ampere serta ELBC

dipasang pada kotak fius agihan (DB). Pada MCB 16A dan 6A perlu dipasang cooper

bar. Kabel L, N dan E yang dilabel dengan 1, 2 dan 3 juga dipasang pada DB berdasar

pada gambar rajah litar dibawah.

Rajah 4.5: Proses pemasangan soket lampu

Rajah 4.6: Proses pemasangan suis lampu

Page 12: Pendawaian Elektrik

SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13

12

12. Seterusnya pemasangan kotak fius agihan pada dinding.

13. Selepas itu lakukan proses penyambungan wayar neutral, life dan bumi pada DB yang

telah siap dipasang. Sebelum penyambungan dilakukan, wayar perlu dijalurkan terlebih

dahulu.

Rajah 4.7: Lukisan pendawaian pada DB

Rajah 4.8: Pemasangan DB

Page 13: Pendawaian Elektrik

SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13

13

14. Merah menunjukkan penyambungan bagi wayar life, hijau untuk penyambungan wayar

bumi dan hitam untuk penyambungan wayar neutral.

15. Pendawaian yang telah siap dipasang sebelum proses pengujian.Terdapat satu suis yang

mengawal satu lampu dan dua soket serta suis utama, MCB, PLBB yang dipasang pada

kotak agihan.

Rajah 4.9: Penyambungan wayar pada DB

Rajah 4.10: Hasil kerja pendawaian

Page 14: Pendawaian Elektrik

SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13

14

c) Selepas

1. Kaedah pengujian

Pengujian di lakukan dengan menggunakan „ Test Pen” . Di bawah adalah langkah-langkah

membuat pengujian arus elektrik pada litar pendawaian.

Langkah 1

Langkah 2

1. Test pen di letakkan pada terminal

Life (L) dan „in‟. Jika LED pada test

pen menyala bermakna terdapat arus

elektrik pada litar pendawaian

berfungsi dari meter kilowatt jam.

2. Langkah seterusnya, letak Test pen

pada lubang yang kedua seperti

gambar rajah. Lubang tersebut ialah

lubang „out‟ bagi wayar L. Sekiranya

menyala LED teruskan dengan

langkah yang seterusnya.

Rajah: Test pen

Page 15: Pendawaian Elektrik

SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13

15

Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5

Langkah 6

3. Pengujian akan di lakukan pada

lubang yang ke tiga iaitu pada

lubang L di ELBC. Sekiranya LED

test pen menyala teruskan dengan

langkah seterusnya. Sebelum itu,

suis akan di naikkan.

4. Pengujian akan di lakukan pada

lubang seterusnya seperti gambar

di atas iaitu pada lubang “out”

pada suis ELCB. Tuil pada suis

ini akan di naikkan sebelum ujian

di lakukan supaya arus dapat

mengalir.

5. Ujian terus dilakukan pada lubang

MCB 6 ampere seperti gambar di

atas. Letakkan test pen pada

lubang tersebut. Jika terdapat

nyalaan pada LED suis diangkat

untuk membenarkan arus elektrik

mengalir bagi meneruskan

pengujian seterusnya.

6. Suis diangkat terlebih dahulu pada

MCB 6 ampere sebelum ujian

menggunakan test pen pada

lubang di atas di teruskan. LED

menyala bermakna langkah

seterusnya boleh dijalankan.

Page 16: Pendawaian Elektrik

SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13

16

Langkah 7

Langkah 8

Langkah 9

Langkah 10

Kipas berputar

soket

7. Pengujian di lakukan pada lubang

MCB 16 ampere pula pada gambar

rajah.

8. Suis pada MCB ini akan di naikkan

terlebih dahulu. Ujian terakhir pada

litar DB di lakukan pada MCB ini

pada lubang seperti gambar rajah.

9. Pengujian akan di lakukan pada

litar kuasa untuk memastikan arus

elektrik ada. Kipas diguna sebagai

bahan ujian. Suis 1 diuji bagi

memastikan berfungsi. Apabila

kipas berputar bermakna arus

elektrik ada dan ini bermakna

terdapat juga arus pada suis 2.

10. Langkah terakhir dalam pengujian

ini ialah memastikan mentol

menyala. Selepas suis diuji di

„ON‟dan „OFF‟ mentol kumpulan

kami ternyata berfungsi dengan

baik pada cubaan kedua kerana

pada cubaan pertama mentol

mengalami kerosakkan.

Page 17: Pendawaian Elektrik

SYAURAH ASHIKIN | UPSI ‘13

17

2. Selepas disambung dengan bekalan elektrik, pendawaian yang telah dilakukan berjaya.

Suis berfungsi apabila lampu menyala.

3. Soket juga berfungsi dengan baik apabila kipas berfungsi. Ini menunjukkan pendawaian

berjaya dilakukan dengan betul.

5.0 PERBINCANGAN

Terdapat pendawaian wayar yang kami lakukan ke atas papan sedikit tidak ketat dan kurang

kemas menyebabkan wayar kendur. Hal ini kerana kaedah ketukan paku pada kepingan timah

tidak rapat dan menyebabkan wayar tidak dicengkam dengan kemas. Selain itu kami tidak

mengabungkan wayar-wayar pada laluan yang sama tetapi mengasingkan antara satu wayar

dengan wayar yang lain. Oleh sebab itu, kami membuka semula kepingan timah tersebut dan

mengikat dengan cara yang betul. Kesannya litar kami nampak kemas dan dapat litar

berfungsi dengan baik.

Seterusnya terdapat alatan yang tidak mengcukupi sebagai contoh cordless drill yang

mempunyai bilangan yang terhad dan mengalami kerosakkan. Oleh sebab itu kami terpaksa

bergilir- gilir dengan kumpulan lain dan terpaksa menghabiskan masa menunggu giliran untuk

menggunakan Cordless drill. Selain itu semasa proses menguji litar pencahayaan mentol tidak

menyala pada cubaan pertama tetapi pada cubaan kedua mentol menyala. Hal ini berpunca

daripada mentol yang rosak pada percubaan pertama. Bagi mengatasi masalah ini kami

mengantikan mentol tersebut dengan mentol yang baru.

6.0 KESIMPULAN

Amali ini dijalankan bertujuan untuk membuat pendawaian litar pengcahayaan dan

pendawaian litar kuasa. Penggunaan jenis dan warna wayar adalah berbeza mengikut

fungsinya bertujuan bagi memudah dan mengelak kesilapan sewaktu pendawaian. Objektif

bagi amali ini tercapai.