maklumat keselamatan - help. · pdf filejangan menyaratkan soket elektrik, ......

Download Maklumat keselamatan - help.  · PDF fileJangan menyaratkan soket elektrik, ... bertanggungjawab untuk mengetahui dan mematuhi undang-undang dan peraturan berkenaan

If you can't read please download the document

Upload: duonganh

Post on 06-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • BlackBerry Z30 STA100-2 SmartphoneMaklumat Keselamatan dan Produk

    PRINTSPEC-147MAT-56994-057

    SWD-20130827124701121 | RFW121LW

    Maklumat keselamatanSebelum anda mula menggunakan telefon pintar BlackBerry anda (selepas ini dirujuk sebagai telefon pintar), semak maklumat keselamatan dan peraturan yang disediakan dalam dokumen ini. Simpan dokumen ini di tempat yang selamat supaya anda boleh merujuk padanya bila-bila masa yang anda perlukan.Di sesetengah negara, mungkin terdapat sekatan terhadap penggunaan peranti yang didayakan Bluetooth dan peranti wayarles dengan perisian penyulitan. Semak dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengetahui tentang sekatan di kawasan anda.Untuk mendapatkan maklumat keselamatan dan produk terkini, lawat www.blackberry.com/docs/smartphones.

    Langkah-langkah keselamatan penting

    Gunakan bateri dan pengecas yang diluluskan sahaja dengan telefon pintar anda. Penggunaan bateri atau pengecas yang tidak diluluskan oleh BlackBerry boleh menyebabkan risiko kebakaran atau letupan, yang boleh mengakibatkan bahaya yang serius, kematian atau kerugian harta benda.Gunakan sarung yang diluluskan oleh BlackBerry sahaja. Penggunaan sarung yang tidak diluluskan oleh BlackBerry boleh menyebabkan risiko bahaya yang serius dalam jangka masa panjang.

    Semasa anda memakai telefon pintar dekat pada badan anda, gunakan sarung yang diluluskan oleh BlackBerry dengan klip tali pinggang atau kekalkan jarak 15 mm (0.59 in) antara telefon pintar anda dan badan anda semasa telefon pintar sedang menghantar isyarat. Penggunaan aksesori yang dipakai di badan, selain daripada sarung yang diluluskan oleh BlackBerry dengan klip tali pinggang boleh menyebabkan telefon pintar anda untuk melebihi standard pendedahan frekuensi radio jika aksesori dipakai pada badan anda semasa telefon pintar sedang menghantar isyarat. Kesan jangka panjang daripada melebihi standard pendedahan frekuensi radio boleh menyebabkan risiko kecederaan yang serius. Untuk maklumat selanjutnya tentang pematuhan telefon pintar ini dengan garis panduan pemancaran frekuensi radio FCC, lawat www.fcc.gov/oet/ea/fccid dan cari FCC ID untuk telefon pintar anda yang tersenarai di bawah. FCC ID terdapat di bahagian belakang telefon pintar anda.Telefon pintar BlackBerry Z30 STA100-2 (nombor model RFW121LW): FCC ID L6ARFW120LW

    Telefon pintar anda direka bentuk untuk beroperasi dalam suhu antara 0 dan 35C (32 dan 95F). Penggunaan telefon pintar anda di luar daripada julat suhu yang disyorkan boleh menyebabkan kerosakan kepada telefon pintar atau bateri litium-ion anda.

    Jangan bergantung pada telefon pintar anda untuk komunikasi kecemasan. Rangkaian wayarles yang perlu untuk membuat panggilan kecemasan atau menghantar mesej tidak tersedia di semua kawasan dan nombor kecemasan seperti 911, 112 atau 999, mungkin tidak dapat menyambungkan anda ke perkhidmatan kecemasan di semua kawasan. Jika anda memasang BlackBerry Mobile Voice System pada telefon pintar anda, lihat bahagian "Mengenai panggilan kecemasan dan BlackBerry Mobile Voice System" untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang panggilan kecemasan.

    Telefon pintar dan aksesori telefon pintar anda bukan bertujuan untuk digunakan oleh kanak-kanak. Jika anda membenarkan kanak-kanak menggunakan atau mengendalikan telefon pintar atau aksesori telefon pintar anda, pastikan anda memantau kanak-kanak itu dengan sepenuhnya. Telefon pintar anda mengandungi bahagian kecil yang boleh mendatangkan bahaya akibat tercekik kepada kanak-kanak.

    Jauhkan telefon pintar anda daripada peranti perubatan termasuk perentak jantung dan alat bantuan pendengaran kerana alatan itu boleh pincang tugas dan mengakibatkan kecederaan yang serius atau kematian kepada anda dan orang lain.

    Jangan biarkan telefon pintar anda bersentuhan dengan air kerana hal ini boleh menyebabkan berlakunya litar pintas, kebakaran atau renjatan elektrik.

    Semasa anda menggunakan speaker telefon pintar anda, jangan pegang telefon pintar anda berdekatan dengan telinga anda. Kerosakan pendengaran yang serius dan kekal boleh berlaku.

    Pendedahan kepada cahaya yang berkelip pada telefon pintar anda boleh menyebabkan serangan epilepsi atau pitam dan mungkin berbahaya kepada anda atau orang lain. Sekiranya anda mengalami atau penggunaan telefon pintar anda menyebabkan orang lain mengalami sebarang disorientasi, kehilangan kesedaran, sentakan, sawan atau sebarang gerakan luar kawalan, berhenti menggunakan telefon pintar anda serta-merta dan berjumpa dengan doktor. Lampu pemberitahuan LED terdapat di bahagian hadapan telefon pintar anda, di penjuru atas sebelah kanan. Jika model telefon pintar anda mempunyai kamera, bukaan LED denyar kamera terletak di bahagian belakang telefon pintar anda, sama ada di sebelah atas atau kanan lensa kamera. Jika anda mudah terdedah kepada serangan epilepsi atau pitam, rujuk dengan doktor anda sebelum menggunakan telefon pintar anda.

    Jangan menggunakan telefon pintar anda semasa memandu melainkan anda dibenarkan oleh undang-undang untuk menggunakan telefon pintar dalam mod bebas tangan. Menggunakan telefon pintar anda semasa memandu boleh meletakkan diri anda dan orang lain dalam risiko kemalangan yang mengakibatkan kecederaan serius, kematian atau kerugian harta benda.

    Jangan menggunakan telefon pintar anda di tempat yang terdapat wasap gas kerana boleh menyebabkan risiko kebakaran atau letupan.

    Jangan lupuskan telefon pintar anda ke dalam api kerana ini boleh menyebabkan letupan yang mengakibatkan kecederaan serius, kematian atau kerugian harta benda.

    Matikan telefon pintar anda semasa di dalam pesawat. Menggunakan telefon pintar anda semasa di dalam pesawat boleh menjejaskan peralatan, komunikasi dan prestasi pesawat; mungkin mengganggu rangkaian, sebaliknya mungkin berbahaya kepada pengendalian pesawat, petugas dan penumpangnya; dan mungkin menyalahi undang-undang.

    Telefon pintar bukanlah satu peranti yang selamat dan tidak boleh digunakan di tempat yang terdapat wasap letupan, debu letupan atau bahan kimia lain yang mudah meletup. Percikan api di tempat sedemikian boleh menyebabkan letupan atau kebakaran yang mengakibatkan kecederaan serius, kematian atau kerosakan kepada harta benda.

    Menggunakan telefon pintar anda dengan selamat Jangan letakkan objek berat di atas telefon pintar anda. Jangan cuba mengubah suai atau menservis telefon pintar anda. Jangan cuba menutup atau memasukkan objek ke dalam bukaan telefon pintar anda melainkan

    diarahkan untuk berbuat demikian dalam dokumentasi telefon pintar yang dibekalkan oleh BlackBerry. Tindakan ini boleh menyebabkan berlakunya litar pintas, kebakaran atau renjatan elektrik.

    Jangan menggunakan objek tajam pada skrin. Jangan menggunakan kekuatan yang berlebihan pada skrin.

    Jangan menggunakan telefon pintar atau aksesori telefon pintar anda berhampiran air (contohnya, berdekatan tab mandi atau singki, dalam ruangan yang basah atau berdekatan kolam renang).

    Jangan meletakkan telefon pintar atau aksesori telefon pintar anda pada mana-mana permukaan yang tidak stabil. Telefon pintar atau aksesori telefon pintar boleh jatuh, dengan itu berpotensi menyebabkan kecederaan serius kepada seseorang dan kerosakan serius kepada telefon pintar atau aksesori telefon pintar.

    Semasa menggunakan telefon pintar anda, berhenti seketika dengan kerap. Jika anda mengalami sebarang ketidakselesaan leher, bahu, lengan, pergelangan tangan, tangan (termasuk ibu jari dan jari-jari yang lain) atau bahagian badan lain semasa menggunakan telefon pintar anda, berhenti menggunakannya dengan serta-merta. Jika ketidakselesaan berterusan, berjumpa dengan doktor.

    Keselamatan elektrikCas telefon pintar menggunakan aksesori pengecas yang disediakan oleh BlackBerry atau diluluskan secara khusus oleh BlackBerry untuk digunakan dengan telefon pintar ini. Jangan gunakan aksesori pengecas yang tidak mematuhi Keperluan Pensijilan CTIA untuk Pematuhan Sistem Bateri pada IEEE Std 1725, kerana ia boleh menyebabkan risiko kebakaran, letupan, kebocoran bateri atau bahaya lain yang boleh mengakibatkan kecederaan serius, kematian atau kerugian harta benda dan boleh membatalkan sebarang waranti.

    Model aksesori pengecas yang diluluskan untuk telefon pintar BlackBerry Z30

    Pengecas AC: HDW-46445-001, HDW-46446-001, HDW-46447-001, HDW-46448-001, HDW-46449-001, HDW-46450-001, HDW-46451-001

    Gunakan aksesori pengecas yang disediakan dengan telefon pintar atau mana-mana aksesori pengecas yang diluluskan oleh BlackBerry hanya daripada jenis sumber kuasa yang ditunjukkan pada label penanda. Sebelum anda menggunakan sebarang bekalan kuasa, sahkan bahawa voltan utama adalah sama dengan voltan yang dicetak pada bekalan kuasa. Sambungkan telefon pintar hanya pada penyesuai yang diiktiraf oleh CTIA, produk yang memaparkan logo USB-IF atau produk yang telah melengkapkan program pematuhan USB-IF.Jangan menyaratkan soket elektrik, kord sambungan atau bekas kemudahan kerana ini boleh menyebabkan risiko kebakaran atau renjatan elektrik. Untuk mengurangkan risiko kerosakan terhadap kord atau plag, tarik plag dan bukannya kord semasa anda menanggalkan aksesori pengecas daripada soket elektrik atau bekas kemudahan.Lindungi kord kuasa daripada dipijak atau dihimpit, terutama sekali pada bekas kemudahan dan tempat di mana kord kuasa disambungkan ke telefon pintar. Sentiasa halakan kord kuasa dengan cara yang mengurangkan risiko kecederaan kepada orang lain seperti tersandung atau terjerut. Tanggalkan aksesori pengecasan semasa berlakunya ribut petir atau semasa tidak digunakan. Jangan menggunakan aksesori pengecasan di luar atau di mana-mana tempat yang terdedah kepada unsur-unsur.Untuk maklumat selanjutnya tentang menyambungkan bekalan kuasa, lihat dokumentasi yang dibekalkan dengan telefon pintar anda.Untuk membeli aksesori untuk telefon pintar anda, hubungi pembekal khidmat wayarles anda atau