laporan elektrik

27
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063 1.0 PENGENALAN Pada 14 / 3 / 2013, kami telah melakukan amali untuk kursus Elektrik dan Elektronik ( VET 3036 ) untuk kali pertama. Amali pada kali ini berkaitan dengan litar pendawaian elektrik. Amali ini melibatkan litar pencahayaan dan litar kuasa jenis jejari. Kedua – dua litar ini merupakan sebahagian daripada litar akhir pengguna. Litar pencahayaan lazimnya digunakan untuk pemasangan litar lampu, kipas, loceng pintu dan jam elektrik. Kadaran bagi fius atau MCB bagi litar pencahayaan ialah 6 Ampere manakala saiz kabel yang digunakan ialah 1.5 mm. Terdapat enam jenis litar pencahayaan iaitu 1 suis mengawal 1 lampu, 1 suis mengawal 2 lampu, 2 suis mengawal 1 lampu, 2 suis mengawal 2 suis, suis perantaraan dan litar kipas. Litar kuasa pula lazimnya digunakan untuk pemasangan soket – soket keluaran ( socket outlet ). Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu pemasangan secara litar jejari dan juga litar gelang. Kadaran bagi fius atau MCB bagi litar kuasa jenis jejari ialah 16 Ampere ( maksimum 2 unit untuk 1 unit MCB ) manakala kadaran bagi saiz fius atau MCB bagi litar kuasa jenis gelang ialah 32 Ampere ( tiada had maksimum bagi 1 unit MCB ). Saiz kabel yang digunakan untuk kedua – dua jenis litar kuasa ini ialah 2.5 mm. 1

Upload: isminorazizahhashim

Post on 24-May-2015

8.567 views

Category:

Education


37 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

1.0 PENGENALAN

Pada 14 / 3 / 2013, kami telah melakukan amali untuk kursus Elektrik dan Elektronik

( VET 3036 ) untuk kali pertama. Amali pada kali ini berkaitan dengan litar pendawaian

elektrik. Amali ini melibatkan litar pencahayaan dan litar kuasa jenis jejari. Kedua – dua

litar ini merupakan sebahagian daripada litar akhir pengguna.

Litar pencahayaan lazimnya digunakan untuk pemasangan litar lampu, kipas, loceng

pintu dan jam elektrik. Kadaran bagi fius atau MCB bagi litar pencahayaan ialah 6

Ampere manakala saiz kabel yang digunakan ialah 1.5 mm. Terdapat enam jenis litar

pencahayaan iaitu 1 suis mengawal 1 lampu, 1 suis mengawal 2 lampu, 2 suis mengawal

1 lampu, 2 suis mengawal 2 suis, suis perantaraan dan litar kipas.

Litar kuasa pula lazimnya digunakan untuk pemasangan soket – soket keluaran (

socket outlet ). Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu pemasangan secara litar jejari dan juga

litar gelang. Kadaran bagi fius atau MCB bagi litar kuasa jenis jejari ialah 16 Ampere

( maksimum 2 unit untuk 1 unit MCB ) manakala kadaran bagi saiz fius atau MCB bagi

litar kuasa jenis gelang ialah 32 Ampere ( tiada had maksimum bagi 1 unit MCB ). Saiz

kabel yang digunakan untuk kedua – dua jenis litar kuasa ini ialah 2.5 mm.

1

Page 2: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

2.0 OBJEKTIF

Laporan ini ditulis adalah untuk memenuhi keperluan kursus VET 3063 – Elektrik Dan

Elektronik Sesi 2 2013/2014. Laporan ini meliputi tajuk pendawaian elektrik yang telah

dibincangkan pada minggu ini dan langkah kerja bagi pendawaian ini.

Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai melalui penulisan laporan ini. Antaranya

ialah:

i. Pelajar boleh menyatakan maksud litar pendawaian dengan tepat.

ii. Pelajar dapat menyatakan nama alatan, bahan dan komponen yang digunakan

untuk litar pendawaian dengan tepat.

iii. Pelajar boleh melakar dan membuat pendawaian litar kuasa dan litar cahaya

dengan betul dan tepat.

2

Page 3: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

3.0 BAHAN YANG DIGUNAKAN / PERALATAN / KOMPONEN

3.1 Komponen Elektrik

Bil.

Komponen Fungsi

1. Miniature Circuit Breaker ( MCB ) Memutuskan litar apabila berlakunya lebihan arus elektrik atau kerosakan. Ia tidak akan berfungsi sekiranya kerosakan tidak diperbaiki.

2. Earth Leakage Circuit Breaker ( ELCB ) Memutuskan bekalan elektrik secara automatik apabila berlakunya kebocoran arus atau litar pintas ke bumi.

3. Main Switch / DB / Suis Utama Berfungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik serta mengawal arus berlebihan.

3

Page 4: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

4. Plug 3 pin Digunakan untuk menyambungkan perkakas elektrik ke soket dinding alir keluar.

5. Soket Berfungsi untuk menyediakan punca bekalan kuasa kepada alat / kelengkapan elektrik mudah alih.

6. Suis + tapak Merupakan sebuah peranti mekanikal yang berfungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik secara manual.

7. Mentol + tapak ( pemegang lampu ) Lampu = memberikan cahaya dan menunjukkan bahawa litar yang dipasang betul dan ada arus elektrik mengalir di dalamnya.

Pemegang lampu = digunakan untuk memegang mentol atau lampu.

4

Page 5: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

8. Kabel – L ( merah ), N ( hitam ), E ( hijau )

kabel

Untuk membuat pendawaian dalam litar dan perkakas elektrik.

Mengalirkan arus elektrik ke seluruh litar.

9. Copper Bar Untuk mengalirkan arus elektrik di antara MCB 6 Ampere dan MCB 16 Ampere.

3.2 Peralatan

Bil.

Peralatan Fungsi

1. Paku Wiring

Paku wiring

Digunakan untuk mengikat timah wiring yang digunakan dalam litar pendawaian.

2. Timah Wiring Digunakan untuk memegang beberapa jalur wayar di dalam satu kemasan.

5

Page 6: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

timah wiring

6

Page 7: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

3. Tukul Warrington Digunakan untuk membuat ketukan ringan.

Untuk mengetuk paku kecil seperti paku wiring.

4. Cordless Drill Digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan skru benam sendiri.

Digunakan juga untuk menebuk lubang kecil pada kayu dan kepingan logam dengan memasang mata gerudi pintal pada rahangnya.

5. Pemutar Skru ( Screwdriver ) Pemutar skru rata = digunakan untuk memasang atau mengeluarkan skru yang kepalanya berbentuk alur.

Pemutar skru Philips = digunakan untuk memasang atau mengeluarkan skru yang kepalanya berbentuk palang.

6. Pena Ujian ( Test pen ) Digunakan untuk menguji dan mengesan kebocoran arus elektrik dan wayar hidup.

Digunakan juga untuk mengetatkan dan melonggarkan skru kecil.

7. Pembaris Untuk mengukur kabel yang digunakan dalam litar.

Untuk mengukur dan membuat garisan pada papan litar pendawaian.

7

Page 8: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

8. Penjalur Wayar ( Wire stripper ) Digunakan untuk memotong dan menjalur wayar.

9. Kapur Untuk melakar rajah skematik pendawaian elektrik pada papan.

10. Playar Muncung Tirus Digunakan untuk memegang benda kecil, membentuk dawai atau kaki komponen elektronik dan memotong dawai.

11. Playar Gabung Digunakan untuk kerja – kerja umum seperti memotong, memegang, mencengkam, membentuk dan membengkok.

12. Pemotong sisi Alat ini digunakan untuk memotong wayar dan memotong lebihan wayar pada punca tamatan.

8

Page 9: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

4.0 LANGKAH KERJA KELAS AMALI UNTUK PENDAWAIAN ELEKTRIK

LITAR KUASA DAN LITAR CAHAYA

MASA PENERANGAN CATATAN

SEBELUM 1. Memastikan peralatan yang akan digunakan

berada dalam keadaan baik dan selamat.

2. Menyediakan peralatan, bahan dan komponen

yang diperlukan.

3. Peralatan yang akan digunakan ialah pemutar

skru, pemotong wayar, test pen, tukul, player,

pembaris, kapur dan juga cordless drill.

4. Bahan-bahan yang akan digunakan ialah kabel

2.5mm untuk litar kuasa, 1.5mm untuk litar

cahaya, paku, plat timah, skru dan skru Edison.

5. Manakala untuk komponen ialah MCB, ELCB,

M.S, plug 3 pin, copper bar, socket dan base,

switch dan base, ros siling, cable life, earth dan

neutral.

Semua pelajar berada

dalam kumpulan

masing-masing.

SEMASA 1. Melakar rajah pendawaian pada kotak

pendawaian (dinding) dengan menggunakan

kapur.

Pelajar membuat

pendawaian litar.

9

Page 10: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

2. Memotong kabel mengikut ukuran yang telah

dikira.

3. Kemudian memasang kabel (L) life, kabel (E)

earth, dan kabel (N) neutral pada papan sistem

pendawaian dengan menggunakan plat timah

dan paku wiring.

4. Seterusnya memasang base untuk soket, dan

suis lampu serta ros siling untuk pemegang

lampu.

10

Page 11: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

5. Selepas memasang base dan ros siling, kabel

disambung untuk dipasangkan pada terminal

bagi litar cahaya dan litar kuasa.

6. Kemudian memasang kotak agihan (DB) pada

dinding pendawaian dengan menggunakan

cordless drill.

7. Semua kabel disambungkan pada terminal yang

betul untuk memastikan litar kuasa MCB 16A

dan litar cahaya MCB 6A iaitu dengan

memasukkan kabel berwarna merah kepada

terminal life, kabel E untuk terminal earth dan

kabel neutral untuk terminal neutral.

8. Kabel life dimasukkan pada M.S, kemudian dari

M.S kabel life dimasukkan pada atas ELCB.

Seterusnya kabel life keluar dari bawah ELCB

dan dimasukkan pada atas ELCB dan keluar

dibawah ELCB dan terus ke terminal neutral.

Manakala kabel bumi dimasukkan terus pada

11

Page 12: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

terminal bumi pada kotak suiz agihan.

SELEPAS 1. Melakukan cubaan pada litar pendawaian kuasa

dan litar cahaya.

2. Langkah seterusnya, ialah pemerhatian

dilakukan pada litar untuk memastikan kabel

yang dipasang disambung pada terminal yang

betul.

3. Selepas pemerhatian dilakukan, suis, soket dan

juga ros siling diskrukan supaya kelihatan lebih

kemas dan teratur.

4. Selepas itu, sumber bekalan kuasa dibekalkan

pada litar.

5. Test pen digunakan untuk mengetahui kehadiran

bekalan kuasa elektrik pada litar.

Semua pelajar

bekerjasama semasa

menjalankan tugas.

12

Page 13: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

6. M.S, ELCB, MCB16, MCB6 di hidupkan

supaya bekalan kuasa masuk ke dalam

keseluruhan litar.

7. Kipas motor digunakan untuk menguji

keberkesanan litar kuasa sama ada berfungsi

ataupun tidak.

8. Manakala, lampu (mentol) digunakan untuk litar

cahaya dapat untuk memastikan ia boleh

berfungsi atau tidak apabila suis di hidupkan.

13

Page 14: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

9. Kesemua barang atau alatan yang telah

digunakan disimpan semula di tempat asalnya

kembali.

10.Mengemaskan bengkel dan membersihkan

bengkel.

5.0 PERBINCANGAN

Pada minggu ini kami perlu melakukan pemasangan sistem pendawaian asas bagi litar

pencahayaan. Kami mengambil masa selama 4 jam 15 minit bagi menyiapkan satu set sistem

pendawaian ini. Masa yang sepatutnya diperuntukkan ialah dari pukul 2 hingga 5 petang.

Antara masalah yang kami hadapi semasa melakukan pemasangan set sistem pendawaian ini

ialah:-

Ruang yang kami gunakan bagi pemasangan set sistem pendawaian ini adalah terhad.

Hal ini, papan pemasangan pendawaian perlu dibahagi kepada dua kumpulan.

Akibatnya terdapat beberapa komponen elektrik perlu diubah jaraknya bagi

menjimatkan ruang. Disebabkan masalah ruang yang terhad, kumpulan kami

mengambil masa yang lama untuk melukis rajah sistem pendawaian di papan

pendawaian.

Terdapat juga masalah lain seperti kabel yang disambungkan adalah pendek. Hal ini,

kami tidak melebihkan 5 cm bagi pemasangan lampu dan kotak agihan (distribution

box). Perkara ini menyebabkan kami terpaksa mengubah distribution box dan lampu

kepada tempat yang baru supaya memudahkan penyambungan.

Masa yang diperuntukkan untuk kelas amali kami ialah dari pukul 2 hingga 5 petang.

Tetapi disebabkan kami mula lewat iaitu dalam pukul 3 petang maka penyambungan

pendawaian kami berjaya disiapkan pada pukul 5.30 petang.

Pada pukul 5.30 petang, kumpulan kami berjaya menyiapkan sistem pendawaian ini.

Pn. Nurul Nazirah mula melakukan pemeriksaan pada sistem pendawaian kami. Beliau

menggunakan test pen untuk menguji sama ada arus elektrik mengalir atau tidak di dalam

litar pendawaian yang kami lakukan. Masalah yang kami hadapi semasa menguji sistem

pendawaian kami ialah:-

14

Page 15: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

Soket yang bernombor (2) tidak berfungsi dan lampu (mentol) tidak menyala. Hal

ini disebabkan, lampu mentol tersebut telah terbakar manakala kabel Neutral (N)

tidak disambungkan pada soket dengan kemas. Akibatnya sewaktu melakukan

cubaan bagi litar pencahayaan dan kuasa ini, soket tidak berfungsi dengan baik.

Salah seorang daripada kumpulan kami mula membetulkan soket berkenaan dan

menukar lampu tersebut kepada lampu yang baru.

Pada pukul 5.45 petang kami sekali lagi memanggil Pn. Nurul Nazirah untuk

melakukan cubaan pada set litar pendawaian kami. Masalah yang kami hadapi

pula ialah soket nombor 1 dan 2 tidak berfungsi. Pn. Nurul Nazirah sekali lagi

membuka soket 1 bagi mengenal pasti masalah. Apabila soket dibuka, beliau

dapati kabel N masih tidak disambungkan dengan baik pada terminal. Sekali lagi

kumpulan kami terpaksa membaiki sambungan wayar tersebut.

Pada pukul 6.00 petang kumpulan kami berjaya menyambungkan kabel pada

soket berkenaan. Pn. Nurul Nazirah buat kali ke-3 menguji set litar pendawaian

kami. Masalah yang kami hadapi selepas cubaan dilakukan ialah soket 2 masih

tidak berfungsi. Pn. Nurul Nazirah sekali lagi membuka dan mendapati kabel N

yang ada pada soket berkenaan tidak disambungkan dengan baik. Cadangan

daripada Pn. Nurul Nazirah ialah menukar soket 2 itu kepada soket yang baru.

Maka kumpulan kami sekali lagi terpaksa membetulkan semula soket 2 tersebut.

Pada pukul 6.15 petang kumpulan kami berjaya menyiapkan pemasangan set litar

pendawaian untuk kali yang ke-4. Pn. Nurul Nazirah, untuk kali yang ke-4 sekali

lagi mula menguji set litar pendawaian yang kami lakukan. Pada kali ini, kesemua

komponen yang kami pasang pada sistem pendawaian kami mula berfungsi

dengan baik dan sempurna.

Kumpulan kami mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sistem

pendawaian ini, iaitu 4 jam 15 minit. Masa yang kami sepatutnya siap ialah pada

pukul 2 hingga 5 petang. Tetapi disebabkan pelbagai masalah teknikal yang kami

hadapi menyebabkan, kumpulan kami mengambil masa yang panjang untuk selesai

melakukan amali sistem pendawaian.

15

Page 16: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

6.0 RAJAH SKEMATIK DAN PENDAWAIAN (KUMPULAN)

16

Page 17: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

7.0 RAJAH SKEMATIK DAN PENDAWAIAN (INDIVIDU)

17

Page 18: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

18

Page 19: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

19

Page 20: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

KESIMPULAN

Sistem pendawaian yang kami pelajari ialah sistem pendawaian terbuka. Hal ini,

sistem pendawaian ini tidak dilindungi oleh mana-mana penebat mahupun getah dan

PVC. Sistem pendawaian ini adalah tidak selamat kerana terdedah dengan suasana luar

dan mungkin membahayakan penghuni rumah tersebut.

Terdapat banyak ilmu yang kumpulan kami peroleh melalui kelas amali pada kali ini

iaitu antaranya kami mula mengetahui tentang komponen – komponen elektrik yang

digunakan dalam sistem pendawaian ini. Sebagai contoh perlindungan arus. Terdapat 3

bentuk perlindungan arus yang disediakan pada unit pengguna dalam sistem pendawaian

elektrik seperti litar pintas, arus berlebihan, kebocoran arus dan kilat. Suis utama (MS)

merupakan pensuisan serta perlindungan daripada arus berlebihan. Pemutus litar bocor ke

bumi atau dikenali sebagai (ELCB) tugasnya memutuskan litar jika berlaku kebocoran

arus elektrik ke bumi. Bagi Fius elektrik (MCB) pula tugasnya memutuskan litar jika

berlaku lebihan arus elektrik.

Selain ketiga-tiga komponen ini terdapat banyak lagi komponen yang kami ketahui

termasuk dengan fungsinya. Pemasangan sistem pendawaian perlu dilakukan dengan

betul dan sempurna supaya pendawaian yang dipasang dapat berfungsi dengan baik.

Ilmu yang kumpulan kami peroleh pada kelas amali pada kali ini dapat dimanfaatkan

dengan sempurna dan baik serta diaplikasikan pada kehidupan seharian kita.

20

Page 21: Laporan elektrik

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK VET 3063

LAMPIRAN

RAJAH LITAR PENCAHAYAAN

21