keselamatan di dalam bengkel

Upload: vasu-dominique-dave

Post on 04-Nov-2015

49 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Keselamatan

TRANSCRIPT

KESELAMATAN SEMASA DALAM BENGKEL Sebelum kita memasuki bengkel atau makmal maka perlukan kita mengetahui tentang keselamatan di dalam bengkel atau makmal tersebut.Di peringkat awal, pensyarah akan menerangkan peraturan keselamatan kepada pelajar-pelajar. Peraturan keselamatan dalam bengkel haruslah dipelajari dari semasa-ke semasa. Ini adalah kerana kita akan mula bekerja dengan peralatan elektrik dan alatan elektronik . Sewaktu kita bekerja maka perlukan kita berwaspada bagi menggelakkan satu kejadian yang tidak diinginan berlaku. Punca-punca keselamatan yang berkaitan dengan alat-alat elektronik ini , perlukan dikenali dan tabiat kerja yang baik serta selamat perlulah diamalkan selalu. Demikian juga bagi membolehkan semua kerja-kerja atau peralatan berkeadaan baik.

KESELAMATAN SEMASA MEMBUAT PROJEK 1. Keselamatan adalah merupakan sesuatu yang paling penting di dalam melakukan sesuatu projek yang berkaitan elektrik dan elektronik . 2. Semasa menjalankan kerja , para pelajar hendaklah mematuhi langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan ataupun kecederaan semasa membuat projek.3. Semasa menjalankan kerja juga janganlah kita bersikap cuai atau tidak bekerjasama kerana buruk padahnya nanti.KESELAMATAN DIRI SENDIRI 1. Perlindugan mata perlulah dijaga semasa berada di tempat merbahaya , maka kita perlulah memakai alat perlindugan mata.2. Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja , iaitu lengan baju yang panjang mesti digulung hingga ke atas siku. 3. Gunakan kasut yang tertutup dan bertapak getah semasa bekerja di dalam bengkel. 4. Gunakan pakaian pelindung seperti baju bengkel, apron dan sarung tangan apabila bekerja dengan bahan kimai. 5. Elakkan berambut panjang , jika berambut panjang maka mestilah diikat atau disepit supaya tidak menganggu sewaktu bekerja.6. Elakkan dari memakai perhiasan diri yang diperbuat daripada logam seperti jam,rantai emas, loket , cincin dan lain-lain lagi.

PERATURAN KESELAMATAN AMMurid-murid mesti mematuhi peraturan di dalam bengkel supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.Peraturan tersebut ialah :

1. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk atau keluar dari bengkel.

2. Beratur terlebih dahulu diluar bengkel sebelum menerima arahan masuk dari guru.

3. Jangan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa masuk dan keluar dari bengkel

4. Dilarang sama sekali membawa beg masuk ke dalam bengkel.

5. Pastikan tingkap dibuka untuk mendapatkan pengudaraan yang baik dan pencahayaan mencukupi.

6.Labelkan semua peralatan dan bahan.

7. Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika berlaku kemalangan.

8. Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai melakukan aktiviti.

9. Pastikan bahan dan peralatan dan bahandijaga baik dan sempurna.

PERATURAN KESELAMATAN DIRI

1. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang masa.

2. Pakai apron, kasut, baju berlengan pendek atau lipat baju sampai keparas siku.

3. Ikat rambut yang panjang atau pastikan tudung diikat dengan kemas dan hujungnya dimasukkan kedalam apron.

4. Jangan bermain dan bergurau senda semasa berada di dalam bengkel.

5. Fahami cara yang bertul untuk menggunakan sesuatu alatan dan bahan serta patuhi arahan guru.

6. Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan.

7. Cuci tangan menggunakan sabun dan air setelah selesai melakukan aktiviti-aktiviti di bengkel.

8. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera.

PAKAIAN YANG SESUAI SEMASA DI DALAM BENGKEL

PERATURAN KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN

1. Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan fahami cara-cara untuk menggunakannya.

2. Minta kebenaran dan tunjuk ajar daripada guru tentang cara-cara menggunakan peralatan elektrik.

3. Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.

4. Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah pecah dan mudah terbakar seperti petrol dan cat serta peralatan yang tajam hendaklah disimpan di dalam almari.

5. Gunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan berjimat cermat.

6. Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada guru dengan segera.

CARA YANG BETUL MENYIMPAN ALATAN DI BENGKEL