keselamatan dan instalasi karya dalam galeri seni · 2014. 2. 19. · lampu, penghawa dingin,...

2
Pemasangan CCTV dapat mengelakkan kegiatan vandalisme dan kecurian di dalam galeri. Panel-panel pembahagi dinding dibina dan digunakan untuk menempatkan karya-karya yang akan digantung mengikut perencanaan kurator dengan kesesuaian tema. Vandalisma dan kecurian adalah faktor paling membimbangkan pihak keselamatan mana-mana galeri di dunia. Pihak galeri berhadapan dengan konflik masalah bilangan pengunjung yang ramai seperti yang dialami oleh muzium-muzium awam yang menerima kunjungan lebih dari seribu orang sehari dan jumlah gangguan fizikal antara objek dan pengunjung. Gejala vandalisma seperti menoreh kanvas dengan pisau, menyembur cat menggunakan tin penyembur cat, membuat contengan pada lukisan dan sebagainya antara perkara biasa yang dilakukan oleh pengunjung. Peraturan meninggalkan beg dan payung di tempat yang disediakan juga tidak menjanjikan tiada sebarang kegiatan vandalisma berlaku. D i kebanyakan bangunan-bangunan awam, aspek keselamatan adalah antara aspek penting yang perlu dititikberatkan sebelum memulakan operasi. Pemasangan pengesan asap, perenjis air, kemudahan tangga kecemasan, pemadam api tangan, gelendong getah (sama ada air atau gas) dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kes-kes kebakaran dalam galeri tidak banyak dilaporkan. Mungkin kerana peraturan larangan kawasan merokok serta penggunaan pengesan elektronik. Namun begitu, sistem penggera kebakaran dimestikan ada di semua jenis galeri. Penggera perlu diaktifkan setiap masa dan dihubungkan terus ke balai bomba yang berdekatan jika terjadi sesuatu kebakaran khususnya di waktu malam dan hari cuti. Catan kontemporari contohnya memerlukan dinding yang bersih dari sebarang kesan fizikal. Warna dinding seelok-eloknya menggunakan warna neutral dan lembut. Warna-warna yang terang akan menenggelamkan karya dan mengubah warna. Tiada sebarang warna khas sesuai untuk semua jenis pameran melainkan jika pihak galeri ada menyediakan perbelanjaan untuk mengecat semula dinding bagi setiap pameran baru. Walau bagaimanapun, warna putih paling sesuai untuk dipadankan dengan apa keadaan sekali pun. Bahagian pameran Balai Seni Visual Negara contohnya menggunakan cat Nippon Paint Matex Imulsi Putih. Lantai pula mestilah neutral atau sebaik- baiknya berwarna gelap serta tidak licin dan tidak memantulkan bayangan. Tiba hari penggantungan, kurator memainkan peranan untuk mengatur cara perletakan karya secara kronologikal tahun atau tarikh, atau kronologikal tematik. Sebagai permulaan, karya-karya akan diletakkan di posisi yang dicadangkan. Barulah panel-panel tambahan akan digunakan mengikut kesesuaian ruang galeri yang difikirkan sesuai. Panel bertindak sebagai penyokong kepada objek-objek yang akan digantung serta tambahan ruang selain dinding tetap. Keadaan dinding dan lantai di Galeri 2A Balai Seni Visual Negara sebelum instalasi pemasangan pameran dilakukan Pengawasan secara manual iaitu menempatkan pengawal secara bergilir-gilir bagi mengawal dewan pameran antara jalan paling selamat. Secara tidak langsung dapat mengurangkan kes pengunjung yang suka menyentuh karya. Masalah keselamatan menjadi lebih besar apabila tiba waktu galeri ditutup. Sistem penggera keselamatan juga penting selain daripada para pengawal kerana mereka tidak boleh berada di sekitar bangunan pada masa yang sama. Kebanyakan sistem penggera mempunyai dua jenis pengesan utama iaitu sensitif pada gegaran jika berlaku sebarang pergeseran sewaktu mengangkat lukisan dari tempat ia digantung. Seperti yang diaplikasikan oleh Galeri Petronas kesemua tempat gantungan dan letakan karya telah diprogramkan beratnya. Jika sebarang alihan atau gegaran berlaku sistem penggera akan berbunyi. Pengesan yang kedua pula ialah berupaya mengesan sebarang pergerakan menggunakan sinaran infra merah atau ultra sonik. Amnya, aspek keselamatan dalam galeri perlu mendapat nasihat dan khidmat pakar. Selain konservasi, aspek keselamatan mempersoalkan tentang tanggungjawab moral ke atas penjagaan dan pengekalan khazanah negara yang tidak ternilai harganya. Kebanyakan pameran yang berasaskan catan, lukisan, cetakan dan sebagainya yang perlu digantung ke dinding sangat mementingkan cara penggantungan. Oleh itu, kekreatifan mengolah ruang dewan pameran juga sangat penting. Dinding perlu dicat semula dan dibaik pulih daripada sebarang kesan-kesan gantungan sebelumnya. Persekitaran yang membosankan turut menjejaskan keseluruhan pameran nampak tidak menarik. | Zitil Akhyar Baharin 12 Menempatkan pengawal yang secara bergilir-gilir bagi mengawal galeri pameran adalah langkah berjaga-jaga terhadap tingkahlaku pengunjung. (Gambar Pameran - Seni Konseptual: Koleksi Balai Seni Visual Negara, 2012) Galeri Seni Keselamatan dan Instalasi Karya Dalam

Upload: others

Post on 12-Dec-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keselamatan dan Instalasi Karya Dalam Galeri Seni · 2014. 2. 19. · lampu, penghawa dingin, penggera kebakaran, saluran pengudaraan dan sistem penggera keselamatan. Selain itu,

Pemasangan CCTV dapat mengelakkan kegiatan vandalisme dan kecurian di dalam galeri.

Panel-panel pembahagi dinding dibina dan digunakan untuk menempatkan karya-karya yang akan digantung mengikut perencanaan kurator dengan kesesuaian tema.

Vandalisma dan kecurian adalah faktor paling membimbangkan pihak keselamatan mana-mana galeri di dunia. Pihak galeri berhadapan dengan konflik masalah bilangan pengunjung yang ramai seperti yang dialami oleh muzium-muzium awam yang menerima kunjungan lebih dari seribu orang sehari dan jumlah gangguan fizikal antara objek dan pengunjung. Gejala vandalisma seperti menoreh kanvas dengan pisau, menyembur cat menggunakan tin penyembur cat, membuat contengan pada lukisan dan sebagainya antara perkara biasa yang dilakukan oleh pengunjung. Peraturan meninggalkan beg dan payung di tempat yang disediakan juga tidak menjanjikan tiada sebarang kegiatan vandalisma berlaku.

D i kebanyakan bangunan-bangunan awam, aspek keselamatan adalah antara aspek penting yang perlu dititikberatkan sebelum

memulakan operasi. Pemasangan pengesan asap, perenjis air, kemudahan tangga kecemasan, pemadam api tangan, gelendong getah (sama ada air atau gas) dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kes-kes kebakaran dalam galeri tidak banyak dilaporkan. Mungkin kerana peraturan larangan kawasan merokok serta penggunaan pengesan elektronik. Namun begitu, sistem penggera kebakaran dimestikan ada di semua jenis galeri. Penggera perlu diaktifkan setiap masa dan dihubungkan terus ke balai bomba yang berdekatan jika terjadi sesuatu kebakaran khususnya di waktu malam dan hari cuti.

Catan kontemporari contohnya memerlukan dinding yang bersih dari sebarang kesan fizikal. Warna dinding seelok-eloknya menggunakan warna neutral dan lembut. Warna-warna yang terang akan menenggelamkan karya dan mengubah warna. Tiada sebarang warna khas sesuai untuk semua jenis pameran melainkan jika pihak galeri ada menyediakan perbelanjaan untuk mengecat semula dinding bagi setiap pameran baru.

Walau bagaimanapun, warna putih paling sesuai untuk dipadankan dengan apa keadaan sekali pun. Bahagian pameran Balai Seni Visual Negara contohnya menggunakan cat Nippon Paint Matex Imulsi Putih. Lantai pula mestilah neutral atau sebaik-baiknya berwarna gelap serta tidak licin dan tidak memantulkan bayangan.

Tiba hari penggantungan, kurator memainkan peranan untuk mengatur cara perletakan karya secara kronologikal tahun atau tarikh, atau kronologikal tematik. Sebagai permulaan, karya-karya akan diletakkan di posisi yang dicadangkan. Barulah panel-panel tambahan akan digunakan mengikut kesesuaian ruang galeri yang difikirkan sesuai. Panel bertindak sebagai penyokong kepada objek-objek yang akan digantung serta tambahan ruang selain dinding tetap.

Keadaan dinding dan lantai di Galeri 2A Balai Seni Visual Negara sebelum instalasi pemasangan pameran dilakukan

Pengawasan secara manual iaitu menempatkan pengawal secara bergilir-gilir bagi mengawal dewan pameran antara jalan paling selamat. Secara tidak langsung dapat mengurangkan kes pengunjung yang suka menyentuh karya. Masalah keselamatan menjadi lebih besar apabila tiba waktu galeri ditutup. Sistem penggera keselamatan juga penting selain daripada para pengawal kerana mereka tidak boleh berada di sekitar bangunan pada masa yang sama.

Kebanyakan sistem penggera mempunyai dua jenis pengesan utama iaitu sensitif pada gegaran jika berlaku sebarang pergeseran sewaktu mengangkat lukisan dari tempat ia digantung. Seperti yang diaplikasikan oleh Galeri Petronas kesemua tempat gantungan dan letakan karya telah diprogramkan beratnya. Jika sebarang alihan atau gegaran berlaku sistem penggera akan berbunyi. Pengesan yang kedua pula ialah berupaya mengesan sebarang pergerakan menggunakan sinaran infra merah atau ultra sonik.

Amnya, aspek keselamatan dalam galeri perlu mendapat nasihat dan khidmat pakar. Selain konservasi, aspek keselamatan mempersoalkan tentang tanggungjawab moral ke atas penjagaan dan pengekalan khazanah negara yang tidak ternilai harganya.

Kebanyakan pameran yang berasaskan catan, lukisan, cetakan dan sebagainya yang perlu digantung ke dinding sangat mementingkan cara penggantungan. Oleh itu, kekreatifan mengolah ruang dewan pameran juga sangat penting. Dinding perlu dicat semula dan dibaik pulih daripada sebarang kesan-kesan gantungan sebelumnya. Persekitaran yang membosankan turut menjejaskan keseluruhan pameran nampak tidak menarik.

| Zitil Akhyar Baharin

12

Menempatkan pengawal yang secara bergilir-gilir bagi mengawal galeri pameran adalah langkah berjaga-jaga terhadap tingkahlaku pengunjung. (Gambar Pameran - Seni Konseptual: Koleksi Balai Seni Visual Negara, 2012)

Galeri Seni

Keselamatan dan Instalasi Karya Dalam

Page 2: Keselamatan dan Instalasi Karya Dalam Galeri Seni · 2014. 2. 19. · lampu, penghawa dingin, penggera kebakaran, saluran pengudaraan dan sistem penggera keselamatan. Selain itu,

Showcases atau almari kaca tertutup digunakan untuk menyimpan objek-objek yang sensitif serta mudah pecah.

Label karya

Gantungan karya pada dinding galeri

Padestels digunakan untuk meletakkan karya tiga dimensi seperti arca, artifak dan objek.

orang Asia dan ketinggian siling. Maksud ukuran penggantungan karya adalah dengan mendapatkan saiz bingkai tolak saiz imej sebenar dan dibahagi dua. Untuk mendapatkan tersebut, ia perlu di ukur secara melintang dan menegak. Hasilnya suatu bentuk gantungan yang konsisten dapat dicapai.

Siling juga antara bahagian-bahagian penting di dalam galeri. Ia menempatkan pelbagai jenis lampu, penghawa dingin, penggera kebakaran, saluran pengudaraan dan sistem penggera keselamatan. Selain itu, ia juga bertindak sebagai tempat penggerak panel secara manual serta tempat penggantungan objek. Sesuatu rekaan siling sepatutnya tidak terlalu menonjol dan mengganggu tumpuan visual penonton terhadap karya yang dipamerkan. Ini kerana siling juga sebahagian daripada dinding dan termasuk dalam suasana keseluruhan dewan.

Pihak galeri menggunakan kaedah paku terus ke dinding dengan menggunakan skru yang digantung pada penyangkut (loop) pada karya. Seperti kebanyakan galeri lain yang masih menggunakan tali plastik lut sinar atau tali pancing akan menyebabkan lukisan tersebut melentur ke hadapan. Sebaliknya dengan skru, lukisan akan berada dalam keadaan tegak.

Label ringkas atau kad tajuk juga penting untuk memberi maklumat ringkas kepada pengunjung berkenaan karya yang dipamerkan. Ia mestilah mengandungi nama pelukis, tajuk karya, tarikh dan media yang digambarkan. Penting untuk melekatkannya hampir dengan setiap karya dan saiz huruf yang dipilih boleh dibaca sekurang-kurangnya berjarak 15 inci. Warna pada kad tajuk seeloknya bertentangan dengan warna dinding.

Faktor fleksibiliti, penjimatan kos dan tenaga kerja, telah direka khas panel yang mudah alih menggunakan landasan bola besi pada siling untuk menggerakkannya. Secara tidak langsung ia menjimatkan tempoh masa instalasi yang sebelum ini memakan masa yang panjang.

Manakala pedestals atau platform yang merupakan tempat meletakkan objek yang terbuka dan showcases iaitu almari kaca tertutup adalah antara peralatan yang biasa digunakan di sesuatu pameran. Pedestals biasanya diperbuat daripada papan dan terpulang sama ada hanya di cat luarannya atau dibalut dengan fabrik. Ia mestilah kukuh supaya dapat menampung berat objek dan tidak mudah patah jika seseorang bersandar padanya.Ia direka bertujuan meletakkan sebarang objek yang kecil ke tahap ketinggian penglihatan yang sesuai. Selain itu, bagi menggelakkan dari perbuatan ditendang atau terkena ejen-ejen atau peralatan cucian lantai.

Showcases atau almari kaca tertutup pula berfungsi sebagai kelengkapan tambahan kepada pedestals tetapi dalam keadaan tertutup. Ia digunakan untuk menyimpan objek-objek yang sensitif serta mudah pecah. Kebiasaannya berbentuk segi empat. Tiga sebab utama penggunaan showcases digalakkan ;Membantutkan kegiatan pencuri-pencuri daripada mencuri objek di dalam showcases.

Menghalang makhluk perosak dan habuk melekat pada objek-objek yang sensitif.

Menstabilkan suhu dan kelembapan objek-objek di dalam showcases dengan mudah akibat penggunaan suasana ruang luas di dalam galeri.

Persetujuan dicapai antara pihak galeri dan kurator tentang ukuran gantungan mengikut paras mata manusia. Selalunya ia mengikut tahap ketinggian

13