membunyikan penggera: anak-anak kita dididik atau...

5
Tuhan boleh menggunakan sesiapa saja untuk pekerjaan-Nya, tua atau muda. Roshan, salah seorang pengarah kami, sering bercakap tentang bagaimana dia dan dua orang rakan Kristian Tingkatan 2 yang mencabar logik sehingga menyebabkan kekacauan di MBS KL hampir 20 tahun yang lalu. Apa yang diperlukan hanyalah hati yang sanggup dan keinginan untuk melakukan perkara-perkara besar untuk Tuhan. Ia bermula dengan sebuah doa, meminta Tuhan untuk “membuat kehidupan mereka suatu penggembaraan yang berani, BUKAN TAK BERMAKNA!” Dan Tuhan menjawap permintaan mereka dengan memberi mereka keberanian dan kreativiti untuk berkongsi kasih-Nya di sekolah. Buku-buku komik penginjilan terbitan CHICK Publication dari beg sekolah Roshan telah bertukar tangan dari teman sekelas ke bilik pengawas, kelas-kelas lain dan bilik guru (tapi tak pernah kembali kepada Roshan!). Hasilnya? Ramai rakan-rakan kelas dan sekolah mengenali Kristus melaui komik! Kita berdoa supaya sekali lagi sekolah-sekolah di Malaysia akan mempunyai Persekutuan Kristian yang giat bertemu untuk berdoa, membaca Firman Tuhan, dan bersaksi bagi Kristus. Semua perkara besar yang terjadi, termasuklah kebangunan rohani yang besar, selalunya bermula dengan doa. Jadi, mula berdoa untuk sekolah-sekolah. Dan jika anda seorang pelajar, mula berdoa dengan rakan-rakan Kristian anda di sekolah hari ini, untuk kemuliaan Tuhan bersinar di sekolah anda. Anda pasti akan takjub dengan apa yang akan terjadi! Ingatlah, tiada apa pun yang akan terjadi tanpa doa! Berita Rakan Penabur ialah penerbitan berita elektronik pelayanan Wawasan Penabur. Segala maklum-balas sila hubungi: Wawasan Penabur Sdn. Bhd P.O.Box: 8327, Kelana Jaya Post Office 46787 Petaling Jaya, SELANGOR Tel/Fax: 03-5888 4987 Email: [email protected] Website: www.wawasanpenabur.org Januari – Jun 2013 Membunyikan Penggera: Anak-anak Kita – Dididik atau Diubah? “Jika kamu berdiam diri dalam keadaan seperti ini, (orang-orang kita) pasti akan mendapat pertolongan dari syurga, tetapi kamu sendiri akan mati dan keluarga bapamu akan berakhir. Siapa tahu, mungkin justeru untuk saat-saat seperti inilah kamu sudah dipilih menjadi permaisuri!" (Ester 4:14) Awal tahun ini, seorang pastor di Miri berkongsi kejadian yang dia alami semasa mengedarkan Alkitab Kanak-Kanak di sebuah sekolah di Lawas. Dengan jumlah pelajar Kristian lebih daripada 95%, sekolah itu mempunyai tradisi untuk berdoa secara beramai-ramai sebelum makan di kantin. Setiap hari, murid yang berlainan dipanggil untuk memimpin doa. Pada hari itu, seorang pelajar Kristian memimpin doa dengan “Bismilah…. Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar." Secara spontan, ramai pelajar membuka tangan mereka dan bawa ke muka sebelum mereka berkata “amin”. Pastor itu sangat terkejut! Kita yang dari bandar mungkin merasa hairan sesuatu seperti itu boleh berlaku di kalangan kanak-kanak Kristian. Bukanlah mereka itu Kristian? Bahkan ada di antara kita yang cepat menghakimi ibu-bapa Kristian gagal mendidik anak-anak mereka dengan hal-hal rohani. Ada juga yang menyalahkan gereja kerana gagal meneguhkan iman jemaahnya. Dan kita gagal menyedari bahawa semua ini sebenarnya dipelajari oleh anak-anak kita di sekolah! KEMAS – Mulanya Di Sini Di pedalaman Sabah & Sarawak (dan kampung-kampung Orang Asli), kanak- kanak memulakan perjalanan pendidikan mereka di TASKA, TABIKA dan TADIKA KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat). KEMAS adalah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Willayah yang menawarkan pendidikan percuma pra- sekolah kepada kanak-kanak di luar bandar. Mereka menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang telah diwajibkan sejak 1 Januari 2010, sesuai dengan Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002). Tiada yang salah dengan kurikulum itu, kecuali tunjang “Kerohanian, Sikap dan Nilai” di mana guru-guru yang mengajar adalah guru-guru Muslim. Tambahan kepada kebimbangan itu ialah tadika-tadika KEMAS akan mengambil sukatan pelajaran Permata, seperti yang diumumkan di Sabah pada Julai 2011 olehPenaung Permata Kebangsaan, Datin Seri Rosmah Mansur. Salah satu mata pelajaran dalam kurikulum Permata ini adalah pelajaran agama Islam di dalam kelas. Kanak-kanak bukan Islam juga tidak dikecualikan untuk mengikuti pelajaran tersebut. Ini adalah di mana para Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber dalam BM dengan gereja-gereja berbahasa Malaysia di Malaysia

Upload: dangque

Post on 02-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Membunyikan Penggera: Anak-anak Kita Dididik atau …wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/... · ulai 2011 olehPenaung Permata Kebangsaan, ... pengetua beragama Islam. Pendidikan

Tuhan boleh menggunakan sesiapa saja untuk pekerjaan-Nya, tua atau muda. Roshan, salah seorang pengarah kami, sering bercakap tentang bagaimana dia dan dua orang rakan Kristian Tingkatan 2 yang mencabar logik sehingga menyebabkan kekacauan di MBS KL hampir 20 tahun yang lalu. Apa yang diperlukan hanyalah hati yang sanggup dan keinginan untuk melakukan perkara-perkara besar untuk Tuhan.

Ia bermula dengan sebuah doa, meminta Tuhan untuk “membuat kehidupan mereka suatu penggembaraan yang berani, BUKAN TAK BERMAKNA!” Dan Tuhan menjawap permintaan mereka dengan memberi mereka keberanian dan kreativiti untuk berkongsi kasih-Nya di sekolah. Buku-buku komik penginjilan terbitan CHICK Publication dari beg sekolah Roshan telah bertukar tangan dari teman sekelas ke bilik pengawas, kelas-kelas lain dan bilik guru (tapi tak pernah kembali kepada Roshan!). Hasilnya? Ramai rakan-rakan kelas dan sekolah mengenali Kristus melaui komik!

Kita berdoa supaya sekali lagi sekolah-sekolah di Malaysia akan mempunyai Persekutuan Kristian yang giat bertemu untuk berdoa, membaca Firman Tuhan, dan bersaksi bagi Kristus. Semua perkara besar yang terjadi, termasuklah kebangunan rohani yang besar, selalunya bermula dengan doa.

Jadi, mula berdoa untuk sekolah-sekolah. Dan jika anda seorang pelajar, mula berdoa dengan rakan-rakan Kristian anda di sekolah hari ini, untuk kemuliaan Tuhan bersinar di sekolah anda. Anda pasti akan takjub dengan apa yang akan terjadi! Ingatlah, tiada apa pun yang akan terjadi tanpa doa!

Berita Rakan Penabur ialah penerbitan

berita elektronik pelayanan Wawasan Penabur.

Segala maklum-balas sila hubungi: Wawasan Penabur Sdn. Bhd P.O.Box: 8327, Kelana Jaya Post Office 46787 Petaling Jaya, SELANGOR Tel/Fax: 03-5888 4987 Email: [email protected] Website: www.wawasanpenabur.org

Januari – Jun 2013

Membunyikan Penggera: Anak-anak Kita – Dididik atau Diubah?

“Jika kamu berdiam diri dalam keadaan seperti ini, (orang-orang kita) pasti akan mendapat pertolongan dari syurga, tetapi kamu sendiri akan mati dan

keluarga bapamu akan berakhir. Siapa tahu, mungkin justeru untuk saat-saat seperti inilah kamu sudah dipilih menjadi permaisuri!" (Ester 4:14)

Awal tahun ini, seorang pastor di Miri berkongsi kejadian yang dia alami semasa mengedarkan Alkitab Kanak-Kanak di sebuah sekolah di Lawas. Dengan jumlah pelajar Kristian lebih daripada 95%, sekolah itu mempunyai tradisi untuk berdoa secara beramai-ramai sebelum makan di kantin. Setiap hari, murid yang berlainan dipanggil untuk memimpin doa. Pada hari itu, seorang pelajar Kristian memimpin doa dengan “Bismilah…. Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar." Secara spontan, ramai pelajar membuka tangan mereka dan bawa ke muka sebelum mereka berkata “amin”. Pastor itu sangat terkejut!

Kita yang dari bandar mungkin merasa hairan sesuatu seperti itu boleh berlaku di kalangan kanak-kanak Kristian. Bukanlah mereka itu Kristian? Bahkan ada di antara kita yang cepat menghakimi ibu-bapa Kristian gagal mendidik anak-anak mereka dengan hal-hal rohani. Ada juga yang menyalahkan gereja

kerana gagal meneguhkan iman jemaahnya. Dan kita gagal menyedari bahawa semua ini sebenarnya dipelajari oleh anak-anak kita di sekolah! KEMAS – Mulanya Di Sini Di pedalaman Sabah & Sarawak (dan kampung-kampung Orang Asli), kanak-kanak memulakan perjalanan pendidikan mereka di TASKA, TABIKA dan TADIKA KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat). KEMAS adalah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Willayah yang menawarkan pendidikan percuma pra-sekolah kepada kanak-kanak di luar bandar. Mereka menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang telah diwajibkan sejak 1 Januari 2010, sesuai dengan Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002). Tiada yang salah dengan kurikulum itu, kecuali tunjang “Kerohanian, Sikap dan Nilai” di mana guru-guru yang mengajar adalah guru-guru Muslim. Tambahan kepada kebimbangan itu ialah tadika-tadika KEMAS akan mengambil sukatan pelajaran Permata, seperti yang diumumkan di Sabah pada Julai 2011 olehPenaung Permata Kebangsaan, Datin Seri Rosmah Mansur. Salah satu mata pelajaran dalam kurikulum Permata ini adalah pelajaran agama Islam di dalam kelas. Kanak-kanak bukan Islam juga tidak dikecualikan untuk mengikuti pelajaran tersebut. Ini adalah di mana para

Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber dalam BM dengan gereja-gereja berbahasa Malaysia di Malaysia

Page 2: Membunyikan Penggera: Anak-anak Kita Dididik atau …wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/... · ulai 2011 olehPenaung Permata Kebangsaan, ... pengetua beragama Islam. Pendidikan

ustazah mengajar mereka tentang Allah, Tuhan, nilai-nila Islam dan bagaimana untuk berdoa. Nilai-nilai dan kepercayaan Islam telah diterapkan kepada mereka seawal usia 2 tahun! Jadi, kanak-kanak tidak melihat apa yang salah dengan berdoa cara Islam dalam Bahasa Arab. Malah, kebanyakan ibu bapa juga tidak sedar anak-anak mereka “sedang diubah” di sepanjang usia persekolahan mereka! Pengislaman Sistem Pendidikan Pengislaman sistem pendidikan Malaysia telah berlaku selama beberapa dekad. ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) memainkan peranan yang amat penting dalam mengetengahkan agenda Islam, terutama dalam Akta Pendidikan 1995. Revolusi dan kebangkitan Islam di Iran pada tahun 1979 mempunyai kesan langsung kepada ABIM. Mereka menyokong dan membantu pelajar-pelajar Islam dalam menjalankan dakwah dan penyebaran Islam di kalangan pelajar. Pengaruh mereka sangat kuat dalam pergerakan dakwah awal di kalangan pelajar universiti dan kolej kerajaan. Buat pertama kalinya wanita Islam dilihat memakai tudung.

Pada Ogos 1986, ABIM mencadangkan kepada kerajaan bahawa “undang-undang Islam dijadikan asas kepada undang-undang di Malaysia.” Pada 1988, mantan Menteri Pendidikan, Anwar Ibrahim, mengarahkan semua pengetua yang berumur 55 tahun ke atas, yang merupakan penganut kuat “agama lain” untuk menghentikan perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta. Mereka digantikan dengan pengetua beragama Islam. Pendidikan Moral menggantikan pendidikan agama Kristian di sekolah-sekolah mission. Salib dan simbol2 Kristian

lainnya dikeluarkan dari sekolah2 mission kerana “sensitif kepada pelajar2 Islam.” Surau wajib dibina di sekolah-sekolah. Tamadun Islam juga telah diperkenalkan sebagai mata pelajaran wajib bagi semua pelajar universiti.

Sejarah Sebagai Pengajian Islam Hati anak-anak kita juga telah dilembut-kan terhadap Islam melalui sukatan pelajaran Sejarah. Pada 23 Oktober 2010, Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus untuk peperiksaan SPM, bermula tahun 2013. Ini meletakkan Sejarah setanding dengan Bahasa Malaysia. Satu kurikulum Sejarah yang baru telah diperkenalkan dengan memperkenalkan unsur-unsur baru “patriotik”, “kewarganegaraan” dan “perlembagaan”.

Buku teks Sejarah Tingkatan 4 menumpukan 115 halaman tentang Islam manakala agama lain hanya disebut sepintas. Malah, dua daripada empat penulisnya adalah pakar dalam sejarah Islam. Ada pihak ibu bapa yang mendakwa Sejarah dalam sekolah-sekolah di Malaysia bertujuan mempengaruhi minda generasi muda anak-anak kita yang datang dari pelbagai latar belakang agama, untuk mengikuti Nabi Muhammad yang berulang kali dimuliakan dalam buku teks tersebut. Pelajar digesa untuk mencontohinya sebagai satu model peranan dalam kehidupan.

Subjek ini wajib lulus – gagal Sejarah, gagal SPM; tiada kredit dalam Sejarah, tiada Gred 1 dalam SPM. Oleh itu, pelajar dipaksa menghafal, dicuci otak dan mendalami indoktrinasi. Jika tidak, mereka tidak akan dapat melalui peringkat pendidikan menengah mereka dengan cemerlang!

Kebanyakan kita tidak kisah kalau anak-anak kita lebih memahami tamadun Islam. Tetapi ia perlu dibentangkan dengan tepat dalam perspektif yang seimbang. Untuk masa ini, anak-anak kita diajar untuk percaya bahawa hanya ada satu tamadun yang penting di dalam sejarah manusia, yang lainnya tidak signifikan. Ketika anak-anak kita harus mempelajari konsep-konsep Islam, tiada ruang diberikan kepada perbandingan seimbang ajaran agama lain. Anak-anak kita akan hanya diajar kebaikan satu agama dengan mengecualikan agama-agama lain. Persatuan Agama Kristian & Bible Knowledge SPM Pengislaman sistem pendidikan juga memberi kesan kepada kewujudan kelab-kelab bukan Islam di sekolah. Pelajar, ibu bapa, guru-guru dan wakil-wakil agama mengadu tentang satu usaha yang sistematik oleh pegawai-pegawai pendidikan yang menghalang mereka mengadakan pertemuan aktiviti- aktiviti agama di sekolah-sekolah, walaupun panduan Kementerian Pendidikan yang berusia lebih satu dekad membenarkan kelab-kelab bukan agama Islam di sekolah.

Sangat sukar untuk mempunyai persatuan agama Kristian (CF) di sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak. Ada yang tiba-tiba diarahkan untuk pembubaran, dengan alasan mereka tidak berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Aktiviti-aktiviti kebudayaan dan moral dibenarkan tetapi tidak untuk aktiviti dan kelab-kelab agama bukan Islam.

Bible Knowledge adalah salah satu subjek elektif SPM yang ditawarkan bersama-sama dengan Kesusasteraan Cina & Tamil, Pengajian Al-Quran, Bahasa Iban dan Kadazandusun. Pelajar dan calon persendirian harus menjawap soalan dalam Bahasa Inggeris. Banyak cabaran yang mereka hadapi sehingga ramai yang berasa subkjek itu tidak ada prospek. Jumlah calon SPM bagi kertas itu juga telah menurun secara drastik. Pada tahun 1950-an, ada 7,000 calon. Ia jatuh kepada 20 orang (1995), meningkat ke 1,170 (2009), kemudian menurun ke kira-kira 700 (2011) dan 600 (2012).

.

Page 3: Membunyikan Penggera: Anak-anak Kita Dididik atau …wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/... · ulai 2011 olehPenaung Permata Kebangsaan, ... pengetua beragama Islam. Pendidikan

Tingkap Peluang Terbuka Walau bagaimanapun, Tuhan membuka pintu dan tingkap peluang. Teachers' Christian Fellowship (TCF) Malaysia dan Scripture Union (SU) telah menekankan dua perkembangan positif oleh Kementerian Pendidikan yang membolehkan gereja-gereja serta jemaahnya untuk bertindak dengan cepat bagi memulakan Persatuan Agama Kristian dan kelas-kelas Bible Knowledge di sekolah-sekolah kerajaan.

Satu surat pekeliling bertarikh 18 March 2011 membatalkan surat pekeliling tahun 2000 yang menghalang pembentukan kelab-kelab agama yang baru di sekolah. Kini mana-mana sekolah yang mempunyai minima 15 orang pelajar bukan Islam boleh membentuk satu kelab, tertakluk kepada kelulusan dari pengetua sekolah dan garis panduan yang telah ditetapkan. Peranan ibu bapa dan guru Kristian sangat penting untuk kelab-kelab ini ditubuhkan.

Surat pekeliling yang kedua (27 April 2011) membolehkan Bible Knowledge (BK) diajar di premis sekolah selepas waktu sekolah. Sebelum ini, kelas BK terpaksa diajar di luar sekolah. Walau bagaimanapun, kelulusan adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti persetujuan PIBG sekolah dan kebenaran bertulis ibu bapa bagi pelajar2 (kecuali pelajar Muslim yang tidak mengikut kelas BK). Kelas BK tidak boleh menggunakan perbelanjaan kerajaan, tidak boleh tinggalkan bahan pelajaran di kelas, dan tidak boleh mengajar di luar skop sukatan pelajaran SPM BK. Dalam menghadapi ancaman pengislaman di sekolah yang agresif ini, kita mesti merebut semua peluang yang ada untuk menubuhkan sebanyak mungkin CF, dan menggalakkan anak-anak kita untuk mengikuti CF di sekolah atau kolej. Ia adalah lanjutan daripada persekutuan gereja di mana anak-anak kita dapat menyembah dan bertumbuh dalam Kristus. Ramai di antara kita yang masih ingat bagaimana CF membantu kita di sekolah dulu, sehingga kita dapat bertumbuh dalam iman, memperdalam pemahaman kita tentang Alkitab dan merangsang kita untuk berkongsi iman serta memimpin orang lain kepada Kristus.

“Selama hari masih terang, kita harus melakukan tugas yang diberikan oleh Dia yang mengutus (kita). Malam akan tiba dan tidak

seorang pun dapat melakukan apa-apa.” (Yoh 9:4)

Dokumen yang Dikeluarkan oleh Persidangan Uskup Katolik Malaysia

IMPLIKASI UNDANG-UNDANG MEMELUK ISLAM

Saudara dan Saudari dalam Kristus,

Ada beberapa perubahan penting dalam status undang-undang anda jika anda menukar agama kepada Islam. Penukaran itu akan didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara, di mana kedua-duanya sudah dikomputerisasi dan maklumat dapat diakses di seluruh negara. Di bawah Enekmen Syariah di kebanyakan 13 buah negeri di Malaysia:

Penukaran semula ke agama asal tidak dibenarkan dari segi undang-undang, dan ia boleh dianggap sebagai satu kesalahan jenayah di mana anda boleh didenda, disebat, ditahan atau dipenjarakan di bawah undang-undang Islam Negeri.

Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda memer-lukan kebenaran dari ibu bapa untuk memeluk Islam.

Kad pengenalam anda akan mencatatkan penukaran agama anda kepada Islam. Oleh itu, walaupuan anda tidak lagi mengamalkan ajaran Islam, anda tetap akan didenda, disebat, ditahan dan dipenjarakan kerana melanggar undang-undang Syariah seperti berdoa di dalam gereja, makan di khalayak ramai semasa bulan puasa, berkhalwat dsbnya.

Anda tidak boleh berkahwin dengan seorang bukan Islam. Jika anda membuat keputusan untuk bercerai dan cuba keluar dari Islam, anda akan kehilangan hak penjagaan anak-anak anda kerana mereka beragama Islam.

Sekiranya berlaku kematian, saudara mara bukan Islam anda akan kehilangan hak mereka untuk menuntut harta, wang dsbnya yang anda ingin tinggalkan untuk mereka. Jenazah orang yang masuk Islam akan diambil dari keluarganya yang bukan Islam untuk pengebumian cara Islam, walaupun orang itu tidak mengamalkan ajaran Islam selama bertahun-tahun.

Sekiranya pasangan anda masuk Islam, anda mungkin tidak mempunyai hak ke atas anak-anak anda atau harta pasangan anda.

Kami tahu ada orang Kristian yang telah masuk Islam atas pelbagai alasan, tetapi tidak mengetahui atau memandang serius implikasi-implikasi penukaran agama. Oleh itulah kami melihat keperluan untuk memberitahu anda. Dengan ini, kami tidak menentang Islam atau kebebasan beragama seperti yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan untuk semua rakyat Malaysia yang memberikan hak kepada individu untuk memilih secara bebas agamnya. Tetapi untuk memilih dengan betul, anda perlu tahu dengan jelas apa yang anda pilih dan akibat pilihan anda.

Sumber: http://www.catholiclawyersmalaysia.org/resources/legal-

implications-conversion-islam

Page 4: Membunyikan Penggera: Anak-anak Kita Dididik atau …wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/... · ulai 2011 olehPenaung Permata Kebangsaan, ... pengetua beragama Islam. Pendidikan

Surat dari Pembaca Alkitab Kanak-Kanak

Kami menerima berita yang menyenangkan apabila mendapat dua pucuk surat tulisan tangan dari pembaca Alktab Kanak-Kanak: John Bourdon (10 tahun) dan Cecelia Rachel Ak Norberd (11 tahun) dari Bau, Sarawak. John berkongsi tentang bagaimana Abram dipanggil Allah dan namanya ditular kepada Abraham. Dia berkata dia tidak dapat berhenti membaca buku itu sehingga selesai seluruh Alkitab! Cecelia menyedari bahawa Yesus telah mati bagi dosanya, dan Tuhan boleh menggunakan orang yang berdosa sepertinya untuk menyentuh banyak jiwa. Dia kini mula berdoa untuk keselamatan keluarga dan rakan-rakannya.

Anda tidak tahu berapa banyak berkat yang telah dikurniakan kepada kanak-kanak Kristian di Sabah & Sarawak melalui pemberian anda! Tuhan memberkati anda!

Kempen Satu Anak Satu Alkitab

Puji Tuhan untuk Kempen Satu Anak Satu Alkitab 2012 yang berakhir pada 30hb April 2013. Sejumlah 120,000 naskah Alkitab Kanak-Kanak telah dicetak sejak November 2011. 107,914 naskah telah disebar dan permintaannya masih lagi tinggi.

Tahun kini, kami menyasarkan untuk cetak dan edar 100,000

naskah lagi melalui Kempen Satu Anak Satu Alkitab 2013. Dengan slogan “Kini Setiap Kanak-Kanak Boleh Memiliki Sebuah Alkitab” kami bekerjasama dengan SIB Sabah dan Bible League untuk penedaran Alkitab Kanak-Kanak di Sabah & Sarawak.

Salurkan derma anda kepada akaun Wawassan Penabur: May Bank Account No: 5623 6663 2813

Page 5: Membunyikan Penggera: Anak-anak Kita Dididik atau …wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/... · ulai 2011 olehPenaung Permata Kebangsaan, ... pengetua beragama Islam. Pendidikan

Pelan Tindakan … RM 3.00

Komik Penginjilan Hadiah Kehidupan

RM 2.00

Badan Penasihat

Rev Wong Fong Yang

Senior Pastor Gereja City Discipleship

Presbyterian Church dan mantan Moderator

untuk Synod Presbyterian Synod di Malaysia

Rev Danil Raut

Presiden, SIB Semenanjung

Lim Heng Seng

Peguam

Rev Datuk Jerry Dusing

Presiden, SIB Sabah

Pengerusi, NECF-COSA & Majlis Gereja-

Gereja Sabah

Badan Pengurus (Penabur)

Chow Chee Yan (PJEFC)

Roshan Thiran (Pusat Injil Kelana Jaya)

Pr. Alfred R. Tais (Komisi BM NECF)

Randy Singkee (SSMC)

Ada banyak cara kita boleh bekerjasama dalam pelayanan menabur, menanam dan menyebar bahan sumber yang terbaik

kepada gereja-gereja BM.

Membangun kesedaran dan menggalang dana. Saya

percaya pelayanan ini berpotensi jangka panjang. Saya

ingin berperanan aktif untuk memberitakan inisiatif ini

supaya orang lain juga akan beriltizam menguatkan gereja

BM melalui tenaga, dana dan doa.

Terlibat dalam projek penulisan dan

penterjemahan. Saya ingin menyumbang dalam

pengembangan sumber BM dengan para penulis,

penterjemah dan penerbit yang lain.

Doa Syafaat. “Jikalau bukan TUHAN yang

membangun rumah, sia-sialah usaha kita yang

membangunnya”. Saya mahu serahkan diri kepada

Tuhan untuk berdoa bagi gereja-gereja BM dan

pelayanan Wawasan Penabur.

Address

Name (or Company Name) Contact Person

Ini adalah sumbangan saya/kami untuk Wawasan Penabur: RM __________________________

Saya / Organisasi/Syarikat saya mahu menyumbang untuk pelayanan Wawasan Penabur.

Nama : _________________________________________ Email: _____________________________

Alamat: ___________________________________________________________________________

No. Telefon: ______________________ (rumah) ______________________ (pejabat)

______________________ (telefon bimbit) _____________________ (fax)

Akaun Bank Kami:

(1) Public Bank, Kelana Jaya branch. Nom. Akaun: 3127674507

(2) CIMB Bank, Damansara Utama branch. Nom. Akaun: 1250 000 7114 058

(3) May Bank, USJ 9 branch. Nom. Akaun: 5623 6663 2813

Bagaimana Kita Boleh Bekerjasama?

Mensponsor “Kempen Satu Anak Satu Alkitab

2013” untuk Orang Asli, Sabah dan Sarawak. Saya

percaya dengan pemberian saya, umat Kristian berbahasa

Malaysia di Negara ini akan dapat diberkati.

Siri Kaunseling Pastoral (11 buah). RM 2.00/buah