permohonan sumbangan penghawa dingin smkdk 2010

11
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ KAMARUDDIN 34500 BATU KURAU, PERAK PERMOHONAN SUMBANGAN 2 UNIT PENGHAWA DINGIN (1 H/P) BAGI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK DATO’ KAMARUDDIN. DISEDIAKAN OLEH: MOHD IRWAN BIN BAHARUDIN APRIL 2010 SEDAKA CEMERLANG

Upload: mohdewe

Post on 23-Jul-2015

1.004 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Permohonan Sumbangan Penghawa Dingin Smkdk 2010

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ KAMARUDDIN

34500 BATU KURAU, PERAK

PERMOHONAN SUMBANGAN 2 UNIT PENGHAWA DINGIN (1 H/P) BAGI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SMK DATO’ KAMARUDDIN.

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD IRWAN BIN BAHARUDINAPRIL 2010

SEDAKA CEMERLANG

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ KAMARUDDIN

34500 BATU KURAU, PERAK

PERMOHONAN SUMBANGAN 2 UNIT PENGHAWA DINGIN (1 H/P) BAGI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SMK DATO’ KAMARUDDIN.

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD IRWAN BIN BAHARUDINAPRIL 2010

SEDAKA CEMERLANG

Page 2: Permohonan Sumbangan Penghawa Dingin Smkdk 2010

PERMOHONAN SUMBANGAN 2 UNIT PENGHAWA DINGIN (1 H/P) BAGI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Page 3: Permohonan Sumbangan Penghawa Dingin Smkdk 2010

SMK DATO’ KAMARUDDINBATU KURAU, TAIPING

PERAK.

1.0 LATARBELAKANG

Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Dato’ Kamaruddin telah dibuka setelah

bangunannya siap pada 15 Januari 2007. Kelas Pendidikan Khas ini adalah bagi pelajar yang

bermasalah pembelajaran. Kelas telah bermula dengan 12 orang pelajar dan 2 orang tenaga

pengajar. Kini, bilangan pelajar telah meningkat kepada 24 orang dan dikendalikan oleh 6 orang

tenaga pengajar, dibantu oleh 2 orang pembantu pengurusan murid. Pelajar menjalani sesi

pembelajaran di dalam 4 buah kelas.

Sejak awal pembinaannya, blok (ruang dalam) Pendidikan Khas telah banyak melalui

proses tranformasi seperti penambahan “partition” bagi mewujudkan 4 buah kelas, meja guru,

stor alatan pra-vokasional, stor alatan PPKI, bilik masakan, bilik air guru dan meja penyelaras.

Namun, pertambahan bilangan guru serta pelajar mengakibatkan ruang dalaman bangunan

menjadi panas, sempit dan mengakibatkan ketidak selesaan kepada guru,pelajar dan staf bagi

menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna. Jadual 1.0 dibawah

menggambarkan penambahan jumlah guru, PPM, pelajar dan bilangan kelas Pendidikan Khas

sehingga April 2010.

Tahun Guru PPM Pelajar Kelas

2007 2 1 12 2

2008 4 2 17 3

2009 5 2 19 3

2010 6 2 24 4

Jadual 1.0 : Bilangan guru, PPM, Pelajar dan bilangan kelas Pendidikan Khas.

2.0 OBJEKTIF

Page 4: Permohonan Sumbangan Penghawa Dingin Smkdk 2010

2.1. Mengurangkan suhu panas (ruang dalam) blok Pendidikan Khas semasa proses

Pengajaran dan Pembelajaran.

2.2 . Mewujudkan keadaan yang kondusif dan selesa kepada guru, PPM dan pelajar.

3.0 RASIONAL

Sebagaimana yang kita ketahui, kesan daripada peningkatan suhu dunia telah

mengakibatkan fenomena pemanasan global. Negara kita juga tidak terkecuali daripada terkena

tempiasnya. Fenomena ini di jangka berterusan sekiranya tiada langkah konkrit diambil oleh

pihak yang berwajib. Setiap bangunan-bangunan, blok-blok pentadbiran kerajaan mahupun

swasta , ruang-ruang pejabat, bilik guru dan bilik-bilik darjah di sekolah khasnya menjadi lebih

panas dan tidak selesa, lebih-lebih lagi sewaktu menjelangnya tengah hari. Keadaan ini

menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran murid terganggu. Jadi, dengan adanya

kemudahan penghawa dingin yang sesuai dengan ruang bilik, diharap masalah ketidakselesaan di

dalam bilik darjah Pendidikan Khas dapat dikurangkan sekaligus mewujudkan keadaaan yang

selesa serta kondusif kepada semua warga Blok Pendidikan Khas SMK Dato’ Kamaruddin.

4.0 ANGGARAN KOS PENGHAWA DINGIN

Kos anggaran bagi 2 unit penghawa dingin setiap satunya berkuasa (1 H/P) dianggarkan bernilai

RM 2600.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Enam Ratus Sahaja) termasuk kos pemasangan

oleh kontraktor.

Page 5: Permohonan Sumbangan Penghawa Dingin Smkdk 2010

5.0. PELAN/SUSUNATUR DALAM BANGGUNAN PENDIDIKAN KHAS.

X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X

Tandas Guru Kelas Sigma Kelas Alpha Stor PPKI Dapur 25 kaki

Stor Pra-Vokasional Meja Penyelaras

Kelas Delta Kelas Beta Meja Guru & PPM

50 kaki

X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X

Pintu Utama

Penunjuk: 1. Papan putih

2. Pintu

3. X X X X X X X Pagar utama

4. Cadangan lokasi Penghawa dingin.

6.0. GAMBAR-GAMBAR.

Page 6: Permohonan Sumbangan Penghawa Dingin Smkdk 2010

Gambar-gambar di bawah menggambarkan situasi dan keadaan fizikal sebenar di dalam blok bangunan Pendidikan Khas SMK Dato’ Kamaruddin. Suasana yang padat dengan pelajar, bahan bantu mengajar, meja, kerusi dan papan putih sekaligus menjadikan kelas-kelas di dalamnya padat dan panas. Kipas sama sekali tidak membantu mewujudkan suasana yang kondusif dan selesa di dalam blok.

Page 7: Permohonan Sumbangan Penghawa Dingin Smkdk 2010

7.0. PENUTUP

Page 8: Permohonan Sumbangan Penghawa Dingin Smkdk 2010

Bagi merealisasikan bangunan Pendidikan Khas SMK Dato’ Kamaruddin yang berhawa

dingin dan mesra pelajar sumbangan pihak luar dan swasta amatlah di alu-alukan. Sumbangan ini

diharap menjadi pemangkin kepada pelajar untuk belajar dengan lebih gigih.Guru-guru dan

stafnya pula akan menjadi lebih aktif dan inovatif untuk mencurahkan ilmu kepada anak-anak

bangsa.

Sumbangan ini kelak diharap akan menjadikan kami warga Pendidikan Khas SMK Dato’

Kamaruddin lebih ceria, berdaya saing dan aktif bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas. Ucapan ribuan terima kasih tidak terhingga buat pihak yang

sudi menyumbangkan wang ringgit untuk kemudahan kami. Semoga Allah SWT memberkati

setiap sumbangan yang dihulurkan kepada pelajar-pelajar istimewa ini.

Disediakan oleh:

Page 9: Permohonan Sumbangan Penghawa Dingin Smkdk 2010

……………………………………….

(MOHD IRWAN BIN BAHARUDIN)Guru,Program Pendidikan Khas Integrasi,SMK Dato’ Kamaruddin,34500 Batu Kurau.

Disemak Oleh:

...........................................................(NOR MALA BT ABDUL)Penyelaras,Program Pendidikan Khas Integrasi,SMK Dato’ Kamaruddin,34500 Batu Kurau.

Disahkan oleh:

.........................................................(KAMAL BIN MANSOR)Pengetua,SMK Dato’ Kamaruddin,34500 Batu Kurau.