keseimbangan monopoli dalam jangka panjang.docx

6
KESEIMBANGAN MONOPOLI DALAM JANGKA PANJANG Firma monopoli merupakan pengeluar tunggal tanpa kebebasan keluar masuk. Jika firma monopoli memperoleh untung dalam jangka pendek, maka ia akan menenruskan operasinya dalam jangka panjang dengan mengunakan saiz loji yang lebih besar supaya memperoleh untung yang lebih banyak. Jika firma monopoli mengalami kerugian jangka pendek, ia akan membuat penyesuaian ke atas saiz loji yang sekurang-kurangnya mendatangkan untung normal dalam jangka panjang. Jika tidak, ia perlu menutup operasinya. Penyesuaian saiz loji oleh firma monopoli dalam jangka panjang dapat ditunjukkan oleh rajah di bawah.

Upload: shahrul-nasir

Post on 17-Feb-2016

283 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESEIMBANGAN MONOPOLI DALAM JANGKA PANJANG.docx

KESEIMBANGAN MONOPOLI DALAM JANGKA PANJANG

Firma monopoli merupakan pengeluar tunggal tanpa kebebasan keluar masuk. Jika

firma monopoli memperoleh untung dalam jangka pendek, maka ia akan menenruskan

operasinya dalam jangka panjang dengan mengunakan saiz loji yang lebih besar supaya

memperoleh untung yang lebih banyak. Jika firma monopoli mengalami kerugian jangka

pendek, ia akan membuat penyesuaian ke atas saiz loji yang sekurang-kurangnya

mendatangkan untung normal dalam jangka panjang. Jika tidak, ia perlu menutup operasinya.

Penyesuaian saiz loji oleh firma monopoli dalam jangka panjang dapat ditunjukkan oleh rajah

di bawah.

Page 2: KESEIMBANGAN MONOPOLI DALAM JANGKA PANJANG.docx

Daripada rajah di atas, firma monopoli mencapai tingkat keseimbangan dalam

jangka pendek di E1, iaitu apabila keluk SMC1 bersilang dengan keluk MR dengan

firma sedang menggunakan saiz loji SAC1. Harga dan tingkat keluaran keseimbangan

ialah P1 dan Q1. Pada tingkat keluaran Q1, firma monopoli sedang menikmati untung

lebih normal sebanyak kawasan berlorek P1ABC1 di mana hasil purata melebihi kos

purata.

Dalam jangka panjang, monopoli akan membesarkan saiz lojinya supaya

tingkat keluaran dapat ditingkatkan dengan beroperasi pada loji SAC2. Pada loji

SAC2 firma monopoli mencapai keseimbangan di E2 dengan harga dan tingkat

keluaran keseimbangan di P2 dan Q2.

Pada keluaran Q2, hasil purata sebesar A1Q2 dan kos purata B2Q2. Oleh

sebab hasil purata melebihi kos purata, maka firma monopoli akan terus menikmati

untung lebih normal sebanyak C2P2A1B2. Untung lebih normal ini lebih besar

berbanding dengan untung lebih normal jangka pendeknya P1ABC1.

Walaupun saiz loji SAC2 bukanya saiz loji dengan kos purata terendah LAC

minimum, tetapi pada E2, kos sut jangka pendek dan panjang adalah sama dengan

hasil sut. Kesimpulanya, dalam jangka panjang, firma monopoli mencapai

keseimbangan apabila SMC=LMC=MR

Page 3: KESEIMBANGAN MONOPOLI DALAM JANGKA PANJANG.docx

DISKRIMINASI HARGA

Diskriminasi harga wujud apabila monopoli mengenakan harga yang berbeza bagi

barang dan perkhidmatan yang sama daripada segi saiz, mutu dan lain-lain kepada pengguna

yang berlainan. Dasar diskriminasi harga hanya boleh dijalankan oleh firma monopoli kerana

ia boleh mempengaruhi tingkat harga atau keluaran. Untuk menjual barangan yang sama

tetapi mengenakan harga yang berbeza hanya mungkin dilakukan oleh penjual yang berupaya

menguasai atau mempengaruhi pasaran melalui kuasa monopolinya.

Dasar diskriminasi juga wujud lebih daripada satu pasaran. Firma monopoli

hendaklah memisahkan penggunaanya kepada beberapa pasaran tertentu supaya pengguna

yang membayar harga tinggi tidak dapat berpindah ke pasaran yang lebih murah atau

sebaliknya. Pengguna boleh diasingkan kepada beberapa kumpulan tertentu mengikut jantina,

umur, jarak, atau kawasan penempatan, serta kedudukan sosial ekonomi.

Setiap pasaran mempunyai keanjalan permintaan harga yang berbeza. Dasar

diskriminasi hanya boleh dilaksanakan jika setiap pasaran mempunyai kenjalan permintaan

harga yang berbeza iaitu bagi pasaran yang mempunyai permintaan anjal, harga yang lebih

rendah dikenakan dan sebaliknya.

Tujuan menjalankan dasar diskriminasi harga adalah supaya untung yang diperoleh

semakin besar dan bertambah. Oleh yang demikian, kos yang terlibat untuk memisahkan

pasaran itu mestilah tidak melebihi hasil yang diperoleh. Kos yang terlibat adalah seperti

perbelanjaan atas pengangkutan semasa memisahkan pasaran melalui jarak, perbelanjaan atas

kemudahan, dan lain-lain.

Syarat-syarat diskriminasi harga adalah yang pertama, pengeluar mesti monopoli dan

tiada barang pengganti. Kedua, barang tidak boleh dipindahkan daripada seorang pengguna

kepada pengguna lain oleh pengguna yang membayar harga yang berbeza. Ketiga, pasaran

Page 4: KESEIMBANGAN MONOPOLI DALAM JANGKA PANJANG.docx

mesti mempunyai keluk permintaan yang berbeza daripada segi keanjalannya. Yang terakhir

sekali, kos diskriminasi harga mesti tidak melebihi keuntungan yang diperoleh.