kesanrumahhijau 150212211238 conversion gate01

8
Kesan Rumah Hijau Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau (karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida ) di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang. Proses Kesan Rumah Hijau

Upload: oleveand

Post on 14-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Kesan Rumah Hijau_x000B_

Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau (karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida) di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.

Proses Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

1. Menyebabkan pencairan ais di kutub dan kawasan pergunungan2. Mengakibatkan kenaikan suhu dunia/ global3. Berlakunya kenaikan aras laut4. Daratan yang rendah ditenggelami air / pulau ditenggelami air5. Peluasan kawasan gurun6. Penurunan hasil pertanian/ penternakan kerana kurang fotosintesis7. Kandungan gas oksida dalam udara meningkat8. Menyebabkan berlakunya perubahan iklim dunia.

Kesan Rumah Hijau Kepada DuniaKesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.

(a) Banjir akibat pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan(b) Kemarau di kawasan tertentu dan kawasan gurun menjadi bertambah luas.(c) Menjejaskan pergerakan tenaga dan bahan-bahan dalam rantai makanan kerana tumbuhan tertentu (pengeluar) mati.

Punca Kesan Rumah HijauKesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan juga. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.

1. banyak berlaku pembakaran terbuka/ pembakaran hutan2. banyak asap dari kereta atau kenderaan3. banyak asap dari kilang4. pembakaran bahan api fosil berlebihan5. kurang pokok / tumbuhan hijau / penerokaan hutan berlebihan6. penggunaan petrol berplumbum yang banyak7. Pembebasan bahan CFC dari alat hawa dingin yang banyak.8. Ujian senjata nuklear yang berlebihan.

Kaedah Mengurangkan Kesan Rumah HijauAntara langkah untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui penjimatan tenaga. Jikalau manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan.

1. Menanam pokok / menambah kawasan hijau/ menghijaukan bumi.2. Mengenakan denda/ menguatkuasakan undang-undang kepada pihak mencemarkan alam sekitar.3. Mengadakan kempen alam sekitar / pendidikan alam sekitar.4. Kenderaan menggunakan petrol tanpa plumbum5. Memasang alat penapis asap kilang6. Menjalankan pembakaran menggunakan incinerator7. Berkongsi kereta8. Menjalankan proses kitar semula bahan buangan/ terpakai9. Menjalankan R&D