kesan pembangunan terhadap alam sekitar

18
KESAN PEMBANGUNAN TERHADAP ALAM SEKITAR Muhamad Al-Mu`izz Omar D20121059092 Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan Fakulti Sains dan Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Kini, negara Malaysia diancam dengan pelbagai masalah pencemaran alam sekitar yang semakin serius seperti masalah pencemaran air, udara, pelupusan sisa pepejal, pembuangan sisa toksik dan sebagainya yang mendatangkan masalah kritikal kepada negara. Malah kerajaan terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk membiayai kos pemuliharaan termasuklah proses rawatan dan penyediaan alat-alat bagi membaik pulih kualiti alam sekitar yan semakin merosot. Keprihatinan pihak kerajaan terhadap pemuliharaan alam sekitar terserlah dengan memperuntukkan berjumlah jutaan ringgit setiap tahun untuk program pemuliharaan alam sekitar. Negara Malaysia mula merasai dan menghadapi masalah alam sekitar terutamanya dalam bentuk pencemaran air dan hakisan tanah pada dekad 1960. Persoalan yang harus difikirkan dan diberikan wajaran ialah apakah kemajuan dan permasalahan alam sekitar itu tidak dapat dipisahkan? Dan adakah kita mampu bergantung sepenuhnya kepada peruntukan yang diberikan kerajaan untuk memulihara pencemaran alam yang berlaku di negara kita? Masalah pencemaran yang semakin meningkat seolah-olah membuktikan manusia lebih mementingkan pembangunan dan kemajuan sehingga sanggup mengorbankan taraf kebajikan sendiri. Pengenalan Pada masa kini, permsalahan alam sekitar tidak boleh dianggap perkara kecil dari perancangan dan gerakan pembangunan negara. Perkaitan yang erat di antara pembangunan dan kemerosotan alam sekitar tidak boleh di sangkal lagi. Malah dalam beberapa kes, aktiviti pembangunan merupakan pemangkin kepada masalah alam sekitar seperti pencemaran air, pencemaran udara, hakisan tanah, jerebu dan sebagainya. Persoalan pembangunan dan alam sekitar melibatkan pertimbangan sama ada merancang dan menjana pembangunan atau menjaga dan memulihara alam sekitar. Dalam hal ini, manusia terpaksa berdepan dengan suatu dilema dan konflik membuat pertimbangan dan pilihan serta memberi wajaran yang adil terutamanya dalam merencana dan menggerakkan 1 | Page

Upload: muizzomar

Post on 29-Sep-2015

2.789 views

Category:

Documents


76 download

DESCRIPTION

kesan pembangunan.

TRANSCRIPT

KESAN PEMBANGUNAN TERHADAP ALAM SEKITARMuhamad Al-Mu`izz OmarD20121059092Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan PendidikanFakulti Sains dan KemanusiaanUniversiti Pendidikan Sultan Idris

AbstrakKini, negara Malaysia diancam dengan pelbagai masalah pencemaran alam sekitar yang semakin serius seperti masalah pencemaran air, udara, pelupusan sisa pepejal, pembuangan sisa toksik dan sebagainya yang mendatangkan masalah kritikal kepada negara. Malah kerajaan terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk membiayai kos pemuliharaan termasuklah proses rawatan dan penyediaan alat-alat bagi membaik pulih kualiti alam sekitar yan semakin merosot. Keprihatinan pihak kerajaan terhadap pemuliharaan alam sekitar terserlah dengan memperuntukkan berjumlah jutaan ringgit setiap tahun untuk program pemuliharaan alam sekitar. Negara Malaysia mula merasai dan menghadapi masalah alam sekitar terutamanya dalam bentuk pencemaran air dan hakisan tanah pada dekad 1960. Persoalan yang harus difikirkan dan diberikan wajaran ialah apakah kemajuan dan permasalahan alam sekitar itu tidak dapat dipisahkan? Dan adakah kita mampu bergantung sepenuhnya kepada peruntukan yang diberikan kerajaan untuk memulihara pencemaran alam yang berlaku di negara kita? Masalah pencemaran yang semakin meningkat seolah-olah membuktikan manusia lebih mementingkan pembangunan dan kemajuan sehingga sanggup mengorbankan taraf kebajikan sendiri.

PengenalanPada masa kini, permsalahan alam sekitar tidak boleh dianggap perkara kecil dari perancangan dan gerakan pembangunan negara. Perkaitan yang erat di antara pembangunan dan kemerosotan alam sekitar tidak boleh di sangkal lagi. Malah dalam beberapa kes, aktiviti pembangunan merupakan pemangkin kepada masalah alam sekitar seperti pencemaran air, pencemaran udara, hakisan tanah, jerebu dan sebagainya. Persoalan pembangunan dan alam sekitar melibatkan pertimbangan sama ada merancang dan menjana pembangunan atau menjaga dan memulihara alam sekitar. Dalam hal ini, manusia terpaksa berdepan dengan suatu dilema dan konflik membuat pertimbangan dan pilihan serta memberi wajaran yang adil terutamanya dalam merencana dan menggerakkan pembangunan, lebih-lebih lagi ketika negara sedang menuju wawasan yang akan meletakkan negara malaysia sebagai sebuah negara maju. Dilema yang dimaksudkan disini adalah pilihan yang terpaksa dibuat sama ada memerlukan pembangunan atau memahukan kualiti alam sekitar yang sentiasa baik. Pembangunan dan alam sekitar merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Pertalian ini jelas wujud kerana pembangunan tidak akan tercapai tanpa perubahan alam sekitar. Permasalahan alam sekitar boleh berlaku sekiranya wujud dilema atau konflik antara kehendak yang berlawanan, misalnya kehendak untuk memajukan pembangunan negara atau kehendak untuk mnjaga kualiti alam sekitar. Justeru, wajaran yang adil dan pertimbangan yang waras berasaskan etika alam sekitar perlu dibuat bagi menilai apakah pilihan yang terbaik untuk diambil. Misalnya sebuah negara yang mengalami masalah pengangguran yang serius terpaksa membuat pilihan sama ada mengekalkan kualiti alam sekitar atau menjalankan membangunkan ekonominya bagi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan untuk mengatasi masalah pengangguran. Konflik antara kehendak yang berlawanan ini yang selalunya menyebabkan penjagaan kualliti alam sekitar dipinggirkan. Pembangunan merupakan satu proses atau usaha untuk memodenkan sesebuah negara yang sedang membangun atau mundur serta meningkatkan taraf hidup rakyat ke tahap yang lebih lebih baik seperti yang telah dicapai oleh negara-negara maju. Dalam konteks negara Malaysia melalui Dasar Pembangunan Nasional (DPN), pembangunan dan kemajuan yang dikecapi bukan sahaja bertujuan untuk membentuk sebuah negara yang maju tetapi juga mempunyai masyarakat yang beretika dan berwawasan. Dalam hal ini, penekanan kepada pembangunan sumber manusia dan proses perindustrian sebagai satu alternatif ke arah pembangunan yang mapan. Selaras dengan kepesatan pertunbuhan ekonomi negara, kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah tertentu dalam menseimbangkan pembangunan yang ada dengan alam sekitar. Ini disebabkan telah timbul kebimbangan dan kesedaran oleh pihak kerajaan terhadap masalah alam sekitar yang wujud masa kini.pembangunan yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara bukan sahaja membawa kesan positif seperti pertumbuhan di sektor-sektor perindustrian, pembuatan, pertanian dan pelbagai peluang pekerjaan. Namun pertumbuhan ini juga membawa kesan negatif apabila dikatakan perkembangan ekonomi dan pertambahan penduduk yang pesat akan mempercepatkan penggunaan sumber yang berleluasa, penebangan kawasan hutan untuk pengeluaran pertanian yang berskala besar, pembangunan perindustrian dan perumahan sehingga menimbulkan masalah pencemaran alam sekitar. Menjurus kepada era pembangunan yang pesat di negara ini fokus adalah kepada pembangunan-pembangunan yang dilakukan pada masa kini terutamanya proses perindustrian, pembandaran, pembalakan, pelancongan dan penyediaan kemudahan infrastruktur. Namun kewujudan pembangunan tersebut telah membawa kesan negatif iaitu masalah terhadap alam sekitar seperti masalah pencemaran air, udara, bunyi, hakisan, dan sampah sarap. Seterusnya pelbagai langkah pengawalan cuba ditonjolkan sebagai satu alternatif kepada pihak-pihak tertentu untuk menangani masalah alam sekitar. Antaranya melalui cara perundangan, bukan perundangan dan instrumen ekonomi. Ini kerana manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan alam semulajadi iaitu alam sekitar yang merupakan satu elemen yang amat penting bagi manusia meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Malah alam sekitar mempunyai hubungan yang amaat sinonim dengan pelbagai perkara di sekeliling manusia seperti daratan, air, udara dan lain-lain. Hubungan erat ini boleh dilihat dalam proses kitaran alam sekitar sebagai pembekal oksigen kepada manusia untuk terus hidup.Sekiranya struktur semulajadi ini terganggu maka kitaran tersebut akan terjejas dan bakal mnerima impak kepada keseluruhan ekosistem kehidupan di muka bumi. Selain daripada itu, ia juga akan membawa kepada kewujudan bencana yang lebih besar lagi. Manakala tindakan manusia dalam mencipta bahan-bahan kimia yang beracun dan tenaga berbahaya seperti atom dan nuklear adalah pemusnah kepada alam sekitar contohnya peristiwa yang terjadi di Long Island, Amerika Syarikat dan peristiwa kebocoran reaktor tenaga nuklear Chernobyl, di Soviet Union, kebocoran gas kilang Union Carbide di Bhopal, India dan beberapa lagi. Setiap peristiwa meninggalkan kesan pemusnah alam sekitar yang sangat mendalam.

Isu dan Penyataan Masalah MalaysiaPerubahan iklim menjadi isu global masa kini dan ia dikatakan berlaku kesan daripada pembangunan yang pesat di seluruh dunia. Perubahan ini menyebabkan iklim dunia menjadi semakin panas dan ia dikaitkan dengan dua faktor iaitu berlakunya peningkatan konsentrasi gas karbon dioksida (CO2) dan pengurangan konsentrasi gas ozon (O3) atau penipisan lapisan ozon. Masalah ini berpunca akibat daripada pembangunan yang dilakukan oleh manusia bagi tujuan kesejahteraan hidup pada asalnya tetapi mendatangkan kemudaratan akhirnya.Sebenarnya perubahan iklim ini bermula apabila berlakunya Revolusi Industri di Eropah. Pembangunan pesat dalam perindustrian dan penggunaan bahan bakar bagi kenderaan bermotor khasnya telah menyebabkan banyak gas bahan pencemar dilepaskan ke ruang atmosfera menyebabkan banyak gas bahan pencemar dilepaskan ke ruang atmosfera sehingga mewujudkan kesan rumah hijau. Justeru, perubahan suhu dunia telah mulai menjadi tumpuan masyarakat dunia umumnya dan masyarakat Malaysia khasnya. Menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju dan perlu memikirkan apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini kerana pembangunan yang pesat dalam bidang perindustrian menjadi fokus dan agenda utama pembangunan negara.

Tumpahan minyakSejarah membuktikan bahawa Selat Melaka menjadi jalan air paling sibuk di dunia semenjak abad ke-15. Para pedagang sama ada dari negara Arab, India dan China akan melalui Selat Melaka bagi tujuan perdagangan di alam Melayu. Kepulauan Melayu bukan sahaja terkenal sebagai kawasan perdagangan tetapi juga menjadi tempat pertemuan pelbagai kebudayaan dan kepercayaan. Kesibukan Selat Melaka sebagai jalan perdagangan masa kini telah menimbulkan kegusaran khasnya kepada dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia terutamanya berlaku peningkatan terhadap kejadian tumpahan minyak dari pelanggaran kapal-kapal dagangan dan kapal minyak.Pencemaran marin kesan daripada tumpahan minyak mula mendapat perhatian apabila pada bulan Januari 1975, kapal tangki minyak Jepun iaitu Showa Maru telah menumpahkan hampir satu juta gelen minyak mentah ke Selat Melaka (Amriah Buang, 1993). Kejadian tumpahan minyak ini terus berlaku sama ada disebabkan kecuaian manusia itu sendiri atau dengan sengaja dilepaskan ke dalam perairan Selat Melaka. Kemalangan yang paling dasyat telah berlaku pada 20 September 1992, apabila kapal tangki minyak Nagasaki Spirit telah berlanggar dengan kapal kontena Ocean Blessing iaitu 18 batu nautika dari Belawan, Sumatera, Indonesia. Dianggarkan 13,000 tan daripada 57,000 tan minyak mentah yang dibawa oleh Nagasaki Spirit telah tumpah dan mengancam sumber sumber laut dan pantai yang menjadi asas pelbagai kegiatan ekonomi di pantai Semenanjung Malaysia. Keadaan tumpahan minyak ini amat jelas memberi impak terhadap kawasan persekitaran marin yang kaya dengan pelbagai sumber laut dan pantai di Selat Melaka. Kegiatan perikanan mengalami impak yang amat besar kerana tangkapan nelayan semakin berkurangan dan industri pelancongan yang berasaskan air turut terjejas kerana keindahan pantai dan pulau-pulau telah mula dicemari degnan pelbagai bahan berminyak ini.

Jerebu Masalah jerebu juga merupakan satu fenomena pencemaran udara yang telah melanda di kepulauan Nusantara ini. Fenomena ini bukan sahaja berpunca dari masalah setempat sebaliknya boleh dianggap sebagai masalah serantau dan dikatakan berpunca daripada faktor manusia dan faktor semulajadi. Faktor manusia dikatakan berpunca daripada industri yang melakukan proses pembakaran bahan bakar serta pembakaran hutan untuk kawasan pertanian yang disengajakan. Faktor semualajadi boleh dilihat melalui aktivit letusan gunung berapi dan kebakaran hutan akibat berlakunya musim kemarau. Jerebu terdiri daripada gas dan asap sebanyak 60 peratus dan partikel halus serta debu sebanyak 40 peratus yang terapung di atmosfera secara bebas dan besar-besaran. Kesan yang amat ketara apabila berlakunya masalah jerebu ini disebabkan oleh kebakaran Sumatera dan Kalimantan, Indonesia pada tahun 1997 telah memberi impak kepada negara-negara seperti Malaysia, Brunei dan Singapura. Kebakaran hutan ini telah megnhasilkan jerebu yang amat teruk dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat sehinggga ke paras bahaya iaitu melebihi 300. Masalah jerebu ini menyebabkan jarak penglihatan berkurangan, masalah kesihatan dan mengganggu keselamatan pengguna jalan raya, pengangkutan udara dan pelayaran laut. Secara tidak langsung ini telah menyebabkan kerugian kepada kegiatan-kegiatan ekonomi negara seperti sektor pelancongan, sektor perikanan dan sebagainya.

Pencemaran AirPembangunan yang pesat khususnya penerokaan terhadap kawasan hutan telah menyumbang kepada masalah hakisan tanah sehingga menyebabkan alur-alur sungai menjadi cetek. Ini disebabkan larian air permukaan telah membawa sedimen-sedimen tanih ke dalam sungai sehingga menyebabkan sungai mengalami pencemaran air dengan jumlah pepejal terampai. Banyak sungai yang menjadi cetek ekoran pemendapan seperti yang berlaku di sungai Bertam, Cameron Highlands baru-baru ini akibat daripada penerokaan kawasan hutan untuk aktiviti pertanian. Selain daripada aktiviti pembangunan guna tanah, punca pencemaran air sungai adalah daripada sisa-sisa perkilangan sama ada dari industri berasaskan pertanian, industri makanan, industri pembuatan serta industri petrokimia. Sisa-sisa atau efluen pencemar yang tidak dirawat dengan sempurna ini telah memasuki sistem seperti sungai dan tasik serta menurunkan tahap kualiti air yang menjadi sumber utama bekalan air negara serta mengancam pembiakan hidupan akuatik dalam ekosistem tersebut.Masalah pencemaran air tidak hanya berlaku di sungai-sungai, malah melibatkan perairan pinggir pantai yang berpunca dari kawasan hulu dan hilir sungai akibat daripada aktivit pertanian, perindustrian dan kumbahan domesrtik daripada aktiviti-aktiviti manusia di kawasan pinggir pantai. Banyak kawasan pantai rekreasi sama ada di pantai timur Semenanjung Malaysia seperti Pantai Sabak, Pantai Bisikan Bayu dan Pantai BatuBuruk mahupun pantai barat Semenanjung Malaysia seperti Pantai Bagan Lalang dan Port Dickson telah dicemari dengan serius khususnya masalah kumbahan domestik dan pembuangan sisa najis khinzir dan memberi kesan kepada keselesaan pengunjung dan masyarakat. Sekiranya langkah-langkah tidak diambil akan memberi impak yang negatif terhadap industri pelancongan di kawasan pinggir pantai khususnya daripada jumlah kedatangan para pelancong dari dalam dan luar negara.

Pencemaran BunyiPeningkatan penggunaan kenderaan bermotor, industri pembinaan, operasi kilang-kilang serta peningkatan kepadatan penduduk bandar telah menyebabkan pencemaran bunyi bising. Kini ia menjadi satu masalah yang kian meningkat terutamanya di bandar dan kawasan kediaman. Menurut kajian Jabatan Alam Sekitar (JAS) pencemran bunyi bising sekitar kawsan sekolah-sekolah dibandar dan hospital melampaui aras 55dBA yang dibenarkan. Di sekitar kawasan perindustrian sama ada industri ringan, sederhana dan berat mengeluarkan bunyi bising pada siang hari dan juga masalah ini telah mula dirasakan terutamanya di kawasan kediaman rumah pangsa dan rumah kos rendah di mana masalah ini dirasakan bukan hanya pada siang hari, tetapi juga di waktu malam. Ia sebenarnya memberi kesan negatif terhadap keselesaan, emosi dan kesejahteraan masyarakat terutamanya sekali pada waktu malam.

Pencemaran Sisa PepejalMasalah sampah-sarap merupakan masalah lama yang tidak pernah selesai terutamanya di kawasan perumahan dan tumpuan penduduk di bandar-bandar serta kawasan industri dan didorong oleh ketidakcekapan sistem pemungutan dan pelupusan sampah. Menurut Jamaluddin Md. Jahi (2001), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menganggarkan terdapat lebih kurang 15,268 tan metrik sampah sarap pepejal yang dihasilakn oleh 16,850,179 penduduk pada tahun 1999. Ketika ini, masalah sampah sarap adalah isu utama bagi pihak berkuasa tempatan yang terpaksa membelanjakan banyak wang untuk pemungutan dan pelupusan. Pengurusan yang tidak efisien akan memberi kesan dari segi kesihatan, pencemaran air bawah tanah dan estetika.

Pencemaran Sisa ToksikPerkembangan sektor perindustrian negara telah membawa kepada penghasilan sumber pencemaran baru iaitu sisa toksik dan berbahaya. pada tahun 1998, terdapat kira-kira 39,519 tan metrik buangan terjadual terhasil 40 peratus adalah daripada Pulau Pinang. Menurut Department of Environment (1999) sebanyak 75 peratus dari bahan-bahan tersebut adalah dalam bentuk dros/sangar/klinker, minyak dan hidrokarbon, enapcemar galian dan enapcemar logam berat. Kajian LiteraturProses pembangunan memberi pelbagai implikasi yang amat besar terhadap perubahan alam sekitar. Perubahan-perubahan yang wujud adalah hasil daripada tindakan manusia itu sendiri yang telah mengubah ekosistem semulajadi tanpa memikirkan kesan-kesan negatif yang bakal menimpa. Melalui kajian terhadap pencemaran udara, peningkatan terhadap bilangan kenderaan akan meningkatkan lagi masalah pencemaran udara. Menurut kajian Malaysia, dalam tahun 1995 sahaja punca bergerak atau kenderaan ini telah menyumbangkan peratusan yang tertinggi terhadap masalah pencemaran udara di Malaysia iaitu 75.1 peratus, diikuti punca tetap sebanyak 20.3 peratus dan pembakaran sampah-sarap sejumlah 4.6 peratus. Sehubungan dengan itu, 9,863,000 tan bahan pencemar telah dilepaskan ke ruang angkasa Malaysia dari tahun 1991 hingga 1995 sama ada dalam bentuk gas, wap atau zarah terampai. Antara bahan pencemar yang telah dilepaskan oleh punca-punca pencemaran seperti karbon monoksida (CO), nitrogen dioksida, sulfur dioksida, hidrokarbon dan partikel terampai. Pencemaran sungai pula mengalami pencemaran air yang serius ialah sungai-sungai yang melalui kawasan perbandaran seperti bandar-bandar besar dan kawasan perindustrian berbanding dengan sungai yang terletak di luar bandar dan kawasan dalaman. Di Malaysia, bilangan sungai yang tercemar telah meningkat dari tujuh kepada sebelas batang sungai iaitu pada tahun 1992 dan 1993. Antara sungai-sungai yang dianggap benar-benar tercemar seperti Sungai Kelang, Sungai Linggi, Sungai Sepang, Sungai Langat, Sungai Melaka, Sungai Muar dan Sungai Juru.melalui pencemaran bunyi pula, kajian telah dilakukan pada tahun 1985, pencemaran bunyi yang wujud di Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai aras bunyi bising kenderaan yang tertingg berbanding dengan bandar-bandar di negeri lain. Menurut Jamaluddin Md. Jahi (1995) Bandaraya Kuala Lumpur mencatatkan aras bunyi bising trafik yang melebihi daripada 70 dBA iaitu melebihi piawaian yang ditetapkan iaitu 65 dBA. Secara keseluruhannya didapati kawasan Kuala Lumpur mempunyai purata kebisingan kederaan pada aras 77.5 dBA dan 82 dBA pada waktu siang hari. Hal ini menunjukkan pencemaran bunyi adalah tinggi berbanding dengan piawaian yang telah ditetapkan.

Kajian Kes dan PembelajaranIsu yang berkaitan dengan alam sekitar seperti keruntuhan tanah tinggi, pencemaran air sungai, tasik dan laut, pencemaran udara termasuk penipisan lapisan ozon hangat dibincangkan dan diperdebatan dalam proses pembangunan sesebuah negara. Fenomena ini menjelaskan bahawa manusia sudah semakin sedar akan kepentingan mengekal dan menjaga alam sekitar. Kesedaran terhadap pemusnahan alam sekitar akibat daripada mengejar pembangunan serta penciptaan racun-racun serangga dan bahan-bahan kimia yang berbahaya.Ini juga termasuk juga penciptaan senjata pemusnah seperti bom atom, bom hidrogen dan nuklear telah mewujudkan pergerakan environmentalis antarabangsa seperti Green Peace, Sierra Club, Club of Rome, Nature Society dan sebagainya yang berperanan menyedarkan manusia untuk memelihara alam sekitar demi untuk kepentingan manusia sejagat serta segala kehidupan yang diciptakan Tuhan di dunia ini. suara-suara lantang yang berpengaruh ini telah menimbulkan kesedaran dalam kalangan mereka yang prihatin betapa perlunya peranan setiap individu dalam pemeliharaan alam sekitar. Berdasarkan kepada bencana-bencana alam yang berlaku, jelas membuktikan bahawa dunia sekarang umumnya dan Malaysia khasnya turut mengalami permasalahan pencemaran alam sekitar. Punca permasalahan ini adalah daripada eksploitasi sumber alam, pengabaian dan sikap manusia dan penghasilan ciptaaan yang berbahaya. Sikap manusia yang terlalu mementingkan nilai komersial daripada sumber alam semulajadi, misalnya menjalankan kegiatan pembalakan yang tidak terkawal, penerangan muka bumi untuk tujuan pelbagai aktiviti manusia telah mengabaikan fungsi tumbuh-tumbuhan sebagai nadi bumi. Pembalakan menyumbang kepada kerosakan ekosistem dan pembalakan yang tidak terkawal terus menyumbang kepada berlakunya tanah runtuh. Manakala pembersihan pokok akan menyumbang kepada banjir kilat dan maenimbulakn masalah air yang besar sekiranya berlaku kemarau panjang.Bagi negara-negara membangun, selain akibat pembalakan yang tidak terkawal dan pembersihan lereng-lereng bukit untuk pembangunan serta pembakaran hutan tanpa kawalan, pencemaran alam sekar juga adalah akibat daripada kecuaian manusia sendiri seperti pembuangan sisa toksik di merata-rata tempat. Akibat daripada pembuangan sisa-sisa toksik yang tidak terkawal ini membawa kemusnahan kepada hidupan air,seluruh hidupan akan tercemar dan akan menimbulkan gejala-gejala luar biasa seperti jenis penyakit yang kian bertambah dan sukar diubati. Tidak dinafikan pembangunan pesat yang berlaku dalam sesebuah negara memberikan impak negatif terhadap alam sekitar. Pembangunan pesat demi keperluan manusia. Dalam konteks negara Malaysia, pembangunan yang dilakukan sekiranya tidak mengambil kira kesan terhadap alam sekitar akan memberi impak yang negatif kepada kehidupan manusia khususnya terhadap kesejahteraan hidupnya.Kesan pembangunan terhadap alam sekitar yang pertama adalah dari aspek pembangunan perindustrian. Aktiviti-aktiviti industri menjadi penyumbang yang signifikan kepada kemerosotan alam sekitar terutamanya pencemaran udara dan air. Didapati punca utama dalam dalam indutri memproses ini adalah dari lialng kepala sawit dan getah iaitu punca kepada pencemaran udara. Dalam industri kelapa sawit, sumber pencemaran udara yang utama ialah habuk dan asap. Punca habuk dan asap ialah dari dandang atau incinerator dan dalam beberapa kes berpunca daripada pembakaran terbuka tandan kelapa sawit. Asap merupakan partikel gas manakala habuk pula terdiri daripada parikel pepejal yang melebihi 10 mikron yang dikategorikan sebagai habuk. Kilang-kilang sawit juga yang terletak berdekatan dengan sungai-sungai telah memudahkan pembuangan sisa-sisa efluen secara langsung ke dalam sungai, anak sungai atau ke dalam paya. Hal ini akan mewujudkan masalah pencemaran air dan menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) terdapat 42 batang sungai dianggap teruk tercemar,10 sungai tercemar sederhana dan tujuh lagi berpotensi mengalami pencemaran air disebabkan efluen kelapa sawit tersebut.Industri getah juga dikenal pasti sebagai punca kepada masalah pencemaran air. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan keluasan tanaman getah di Malaysia iaitu lebih dua juta hektar dan menghasilkan 1.6 juta tan getah asli mentah. Skala industri yang tinggi menyebabkan 97 juta liter sisa efluan dibuang ke dalam sungai atau anak sungai. Tiga jenis efluen yang biasanya dikeluarkan ialah block rubber, conventional grade dan latex concentrate. Sisa buangan yang tinggi ini akan menghasilkan kandungan amonia-nitrogen yang tinggi menyebabkan nila pH menjadi rendah dan Permintaan Oksigen Biokimia tinggi yang mengakibatkan bau busuk. Begitu juga dengan industri petrokimia yang turut memberi impak negatif kepada alam sekitar. Industri ini menghasilkan keluaran seperti celupan tiruan, bahan letupan, dan baja memerlukan jumlah air yang banyak dalam proses penyejukan dan pembasuhan. Hasilnya banyak kimia atau keluaran sampingan yang dikeluarkan oleh indusrti ini dibuang ke dalam sungai. Kesan negatif terhadap pencemaran udara dapat dilihat apabila proses kimia berlaku menghasilkan gas-gas yang berbahaya. Masalah pembuangan ini mungkin memberi kesan kepada manusia kerana ia mengandungi bahan-bahan radiasi, racun dan bahan kimia. Oleh itu, mengawal pencemaran ke tahap yang minimum, perancangan industri perlu mengambil kira beberapa kaedah seperti penempatan kawasan industri, cara pembuangan sisa, penyimpanan yang selamat dan mempunyai program kesihatan dan keselamatan yang teratur. Kedua, pembangunan pembandaran dan pembangunan ekonomi di Malaysia yang pesat bukan sahaja dapat mengubah taraf penghuninya tetapi turut memberi kesan kepada alam sekitar termasuklah persekitaran fizikal dan manusia. Sama ada disedari atau tidak, hampir semua tindakan manusia yang terlibat dalam proses pembandaran mempunyai kesan dan pengaruh terhadap perubahan alam sekitar terutamanya pelbagai masalah pencemaran. Dalam proses pembandaran, alam sekitar merupakan medium yang menerima kesannya. Hutan terpaksa diteroka, tanah terpaksa digondolkan, kepelbagai ekologi terpaksa diketepikan dan perhitungan terhadap alam sekitar terpaksa dipinggirkan untuk memberi laluan dan kebebasan penjanaan pembangunan bandar. Akhirnya, pembangunan yang digerakkan itu mencetuskan pelbagai ancaman kepada manusia dan alam sekitar melalui pencemaran dan gangguan ekologi. Apa yang jelas disini ialah aktiviti pembangunan ekonomi dan pembandaran adalah pencetus utama kepada segala bentuk hambatan dan ancaman pencemaran sama ada kepada manusia dan alam sekitar.Walaupun pembangunan ekonomi dapat dikecapi tetapi ternyata ia tidak dapat mewujudkan keseimbangan antara kemajuan dan pembangunan dengan keseimbangan ekologi dan alam sekitar. Kesannya telah menyebabkan negara ini mengalami masalah atau krisis alam sekitar yang serius. Kepesatan pembangunan di Malaysia menerusi pertumbuhan ekonomi yang semakin meningkat dan proses pembandaran yang semakin berkembang dalam beberapa dekad kebelakangan ini telah mencetuskan perubahan yang ketara terhadap alam sekitar. Kadar pembandaran yang pesat juga telah menimbulkan masalah pencemaran udara akibat pertambahan bilangan kenderaan bermotor terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Georgetown dan Johor Bharu. Punca pencemaran udara di bandar sebenarnya adalah kesan daripada gas-gas yang dibebaskan oleh kenderaan bermotor seperti kabon monoksida dan logam plumbum. Pencemaran udara di bandar akibat pembandaran yang pesat tidak hanya berpunca dari enjin kenderaan bermotor sahaja. Menurut Katiman Rostam (1990), industri di bandar-bandar di Semenanjung Malaysia juga melepaskan tidak kurang daripada 11 peratus atau 74,522 tan metrik bahan-bahan pencemaran ke udara. Di Kuala Lumpur misalnya, keadaan pencemaran udara ini mungkin akan lebih terancan lagi sekiranya kegiatan perkilangan tidak dikawal dengan rapi. Selain itu, punca-punca pencemaran udara di bandar juga berpunca daripada pembakaran sampah sarap secara terbuka. Asap, debu dan gas beracun yang dilepaskan dari kawasan pelupusan dan pembakaran sampahseperti ini turut mencemarkan kualiti udara di bandaryang turut mengancam kesihatan dan kelangsungan hidup manusia.Banyak lagi masalah persekitaran yang ditimbulkan akibat proses pembandaran yang pesat. Di sesetengah kawasan tertentu, darjah keselesaaan semakin merosot, bukan sahaja akibat pencemaran udara dan air tetapi juga akibat pencemaran bunyi, bau busuk, terutamanya kawasan-kawasan yang berhampiran dengan pusat perniagaan dan perindustrian. Menurut Sham sani, perubahan-perubahan ke atas cuaca terutamanya dari segi suhu dan kelembapan juga turut dialami oleh bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Proses pembandaran dan aktiviti manusia di bandar telah banyak mengubah persekitaran bandar. Proses pembandaran yang berlaku telah menimbulkan pelbagai masalah pencemaran di sekitar kawasan bandar. Keadaan ini juga seterusnya boleh mewujudkan suatu bentuk iklim bandar yang berbeza dari kawasan sekitarnya. Proses pembandaran telah mengakibatkan perubahan bahan-bahan permukaan, struktur menegak kawasan, perubahan terhadap komposisi atmosfera serta menghasilkan haba yang boleh mengubah kesemua elemen iklim bandar. Proses pembandaran secara sedar atau tidak telah banyak mengubah persekitarn atmosfera sesuatu kawasan. Kesan daripada geometri permukaan bandar yang kompleks, bentuk dan orientasi bangunan dan struktur, sifat-sifat dan terma dan hidrologi bandar yang tersendiri, haba dari metabolisma dan proses pembandaran yang dibebaskan ke udara kesemuanya bertindak serentak mewujudkan suatu bentuk iklim yang tersendiri berbeza dari yang terdapat di kawasan sekitarnya. Pengubahsuaian terhadap bentuk fizikal bandar akan menyebabkan sebahagian permukaan bumi di bandar bertukar kepada lapisan batuan atau permukaan simen. Pertukaran permukaan ini akan menambahkan keupayaan penyerapan bahang di kawasan bandar. Sekiranya di bandar tersebut juga mengalami morfologi dan struktur bangunan yang kompleks, ia akan memerangkap bahangan ini dan seterusnya menghasilkan satu litupan udara yang lebih panas dari kawasan sekitarnya. Keadaan inilah yang dinamakan fenomena pulau haba.Ketiga, aktiviti pembalakan merupakan impak daripada proses pembangunan. Secara umumnya, kesan yang wujud daripada pemusnahan hutan boleh dilihat kepada dua keadaan iaitu secara langsung dan tidak langsung. Kesan secara langsung adalah melibatkan hidupan yang tinggal dalam hutan seperti masyarakat orang asli. Manakala kesan secara tidak langsung adalah masalah kepada alam sekitar. Kesan daripada pemusnahan hutan menyebabkan wujudnya pelbagai masalah alam sekitar dan memberi impak kepada kehidupan manusia seperti perubahan iklim secara mendadak, kenaikan suhu, banjir kilat, tanah runtuh, hakisan tanah dan juga kemusnahan hidupan dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan adalah penting dalam kitaran oksigen. Kesan ekologi akibat kehilangan hutan adalah amat serius dan masalah ini memberi kesan kepada rumah hijau secara global. Perubahan suhu juga boleh dikesan di antara bandar dengan luar bandar. Kejadian pulau haba di kebanyakan bandar menunjukkan perubahan suhu yang ketara berlaku. Kesan pulau haba amat ketara berlaku pada waktu malam antara kawasan bandar dan luar bandar. Menurut Rahmad Shukor Ab. Samad (1996), kesan pemusnahan hutan dengan kadar cepat disertai dengan sistem pengairan yang tidak sempurna akan mengakibatkan hakisan tanah. Apabila hujan turun di kawasan hutan, kebanyakan air terperangkap di kanopi pokok dan hanya sebahagian kecil sahaja yang sampai ke tanah. Namun apabila hutan telah dimusnahkan, hujan yang turun akan mengalir terus ke sungai kerana tanah tidak berupaya untuk menyerap air dengan banyak. Masalah hakisan tanah ini berkait rapat dengan hilangnya lapisan atas tanah. Air yang deras akan membawa bersama-sama kelodak dan lumpur. Kebanyakan lapisan tersebut dihanyutkan ke dalam sungai yang berhampiran dan seterusnya mencetekkan dasar sungai.Keadaan ini menyebabkan air melimpah ke tebing sungai dan menyebabkan banjir. Banjir merupakan masalah yang berlaku berulang kali di kebanyakkan tempat sama ada di Malaysia dan juga negara-negara lain di dunia. Banjir kerap berlaku di kawasan pembalakan dan pembangunan yang dilakukan secara besar-besaran. Ini jelas menunjukkan bahawa apabila berlakunya gangguan terhadap ekologi hutan ia akan memberi kesan kepada alam sekitar. Pemusnahan hutan akibat pembalakan terutamanya di kawasan tinggi turut menyebabkan masalah kepada alam sekitar dan seterusnya kepada manusia. Apabila tumbuhan di permukaan bumi dimusnahkan, fungsinya terhadap kitaran hidrologi sudah berubah. Ini akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh yang sering berlaku di tanah tinggi. Seterusnya air akan memendapkan bahan-bahan yang diangkut menyebabkan sungai menjadi berkelodak dan cetek. Keadaan ini akan menurunkan tahap kualiti air sungai serta kemungkinan berlakunya banjir kilat. Keempat, pembangunan pelancongan merupakan salah satu kesan alam sekitar yang dihasilkan oleh aktiviti pelancongan melalui pembangunan hotel dan kemudahan rekreasi yang lain ialah hakisan tanah. Pencemaran air terutamanya air laut juga berlaku di kawasan-kawasan tumpuan pembangunan hotel. Walaupun terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran air laut, pembuangan sisa najis menyebabkan timbul masalah lain iaitu pencemaran bau yang berpunca daripada pembuangan sisa kumbahan ke dalam laut. Satu lagi kesan lama sekitar adalah perubahan landskap. Keadaan ini banyak berlaku di pusat peranginan. Perjalanan yang dibuat oleh para pelancong didapati bertambah pada hari perayaan dan musim cuti sekolah. Pada hari tersebut, permintaan terhadap perkhidmatan pengangkutan awam meningkat dengan pesatnya. Stesen-stesen bas, teksi dan kerete api penuh sesak dengan penumpang-penumpang atau mereka yang datang menempah tiket. Pembangunan hotel di tempat peranginan khususnya di kawasan tanah tinggi dan pantai telah menyebabkan kesesakan lalulintas disebabkan oleh pertambahan pengangkutan awam seperti bas, teksi serta pengangkutan persendirian. Bunyi bising adalah satu lagi kesan alam sekitar yang dihasilkan oleh para pelancong. Kelima, penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam adalah masalah alam sekitar yang wujud seperti jalan raya yang mengakibatkan banyak kawasan hutan telah dimusnahkan. Hutan merupakan aset penting dalam membekalkan oksigen kepada atmosfera untuk kepentingan kehidupan manusia. Pembasmian hutan ini untuk tujuan pembangunan tersebut bukan sahaja mengubah ekologi persekitaran tersebut tetapi juga mendatangkan kesan hakisan tanah. Keadaan sungai yang penuh dengan kelodak ini akan menjadi cetek dan menimbulkan masalah banjir kilat. Masalah yang menimpa bukan sahaja beri kesan pada alam sekitar fizikal tetapi juga kepada manusia kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak selesa apabila mereka yang tinggal berhampiran dengan sungai kerana akan ditimpa dengan masalah banjir dan merosakkan harta benda mereka. Namun yang paling ketara ialah apbila wujudnya jaringan jalan raya yang banyak dan baik telah menggalakkan lagi bilangan kenderaan terutamanya kenderaan persendirian seperti kereta. Keadaan menjadi lebih teruk di kawasan bandar dan menghasilkan satu keadaan yang kurang menyenangkan iaitu masalah kesesakan dan pencemaran udara. Jumlah kenderaan bermotor yang meningkat dari tahun ke tahun telah meningkatkan lagi pencemaran udara. Begitu juga dengan keadaan yang berlaku pada stesen janakuasa elektrik yang turut memberi kesan luaran negatif kepada alam sekitar. Penjanaan kuasa elektrik dari stesen janakuasa dikatakan memberi kesan kepada alam sekitar kerana menggunakan bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas sebagai proses pembakaran dalam dandang stim untuk meghasilkan tenaga elektrik. Antara bahan-bahan pencemar yang terbentuk hasil daripada pembakaran bahan api tersebut seperti asap hitam dan partikel terampai. Pencemaran yang dihasilkan adalah lebih tinggi jika berlaku pembakaran yang tidak sempurna.

Perbincangan dan CadanganPelbagai cara telah dilaku oleh pihak-pihak berwajib bagi mengurangkan masalah alam sekitar yang wujud masa kini. Di Malaysia terdapat beberapa cara yang telah digunakan dalam menguruskan masalah alam sekitar sejajar dengan kepesatan dan pembangunan ekonomi negara seperti kawalan secara perundangan, bukan perundangan serta instrumen ekonomi. Kawalan Cara PerundanganPada umumnya, kawalan pencemaran alam sekitar terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang melibatkan kerjasama beberapa agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam membantu menjayakan tindakannya. Kaedah kawalan cara perundangan melibatkan penggubalan dan perlaksanaan undang-undang yang dibentuk berdasarkan peruntukan kuasa untuk menggubal dan melaksanakan perundangan alam sekitar di Malaysia. Sehingga kini terdapat lebih daripada 46 buah perundangan yang ada kaitan dengan alam sekitar. Perundangan tersebut berserta dengan undang-undang kecil atau perundangan wakilan dikuatkuasakan oleh beberapa buah agensi kerajaan sama ada di peringkat persekutuan seperti JAS atau di peringkat negeri dan kerajaan tempatan untuk mengawal pencemaran daripada pelbagai punca pencemaran. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) merupakan satu akta yang digubal untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling. Penggubalan akta ini telah memperuntukkan penubuhan sebuah badan untuk mengurus dan menjaga alam sekitar yang dikenali sebagai Bahagian Alam Sekitar. Kini dikenali dengan nama JAS dan berfungsi sebagai jabatan yang menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan alam sekitar. Terdapat 51 seksyen dalam Akta 127 ini dan kesemuanya digubal sebagai perundangan yang komprehensif iaitu mengkoordinasikan kesemua aktiviti berkaitan pengawalan alam sekitar di seluruh negara. Sebagai contoh dalam Seksyen 22 ada menyatakan tentang sekatan mengenai pencemaran udara. Sekiranya didapati seseorang melanggar seksyen boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 10 ribu atau penjara tidak lebih daripada dua tahun dan denda tambahan tidak lebih daripada RM1,000 sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan.Bagi Akta 127 ia tidak boleh berfungsi atau dikuatkuasakan tanpa wujudnya perundangan perwakilan atau dipanggil peraturan-peraturan yang digubal dari akta tersebut. Perundangan perwakilan ini telah digunakan dengan agak berkesan dalam rangka strategi jangka pendek JAS sebagai kaedah statut dalam pengawalan kualiti alam sekitar. Terdapat banyak perundangan perwakilan yang digubal dari JAS yang dipanggil dengan nama seperti perlesenan, premis yang ditetapkan, rawatan bahan buangan yang terjadual dan sebagainya. Tidak kurang daripada 24 buah peraturan atau perintah yang digubal di bawah Akta 127 untuk membantu menguatkuasa dan melindungi alam sekitar semenjak tahun 1974 sehingga tahun 2000. Kawalan Bukan Perundangan Menyedari hakikat bahawa pengurusan alam sekitar bukan hanya dapat dilaksanakan melalui penguatkuasaan undang-undang sahaja, pihak kerajaan juga telah mewujudkan beberapa garis panduan dan tatacara yang digunakan oleh pihak kerajaan persekutuan dan negeri untuk pengendalian sesuatu aktiviti atau projek, penyelidikan, pendidikan dan pemonitoran. Tugas JAS dalam membuat garis panduan dan tatacara tersebut dapat dianggap sebagai cara bukan perundangan (cara bukan statut) bagi menguruskan alam sekitar. Secara mudahnya, cara bukan perundangan yang digunkan ini dapat dikatakan sebagai satu perancangan gunatanah seperti Rancangan Kemajuan Wilayah, Pelan Induk, Pelan Struktur, Pelan Tempatan atau Pelan Pembangunan yang melibatkan pertimbangan alam sekitar ke dalam keseluruhan kegiatan perancangan bagi menjaga dan mempertingkatkan kualiti alam sekitar. Tujuan garis panduan perancangan alam sekitar ialah untuk memberikan panduan secara langsung kepada agensi-agensi perancangan dan pembangunan untuk membantu mereka dalam mengambil kira cara-cara kawalan alam sekitar dalam perancangan dan melaksanakan program pembangunan. Ini bermakna perancangan alam sekitar melibatkan penerapan faktor-faktor alam sekitar ke dalam perancangan guna tanah dan pengzonan, penggunaan tatacara dan garis panduan Penilaian Impak Alam Sekitar (PIAS) dan juga penerapan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan sumberjaya bagi tujuan pembangunan berterusan yang menitikberatkan alam sekitar di samping kemajuan pembangunan.

KesimpulanMasyarakat hari ini hendaklah mengambil inisiatif memperbaiki kualiti kehidupan mereka melalui gerak kerja atau aktiviti harian yang sentiasa menyokong kepada kapasiti tampungan ekosistem bumi. Masayarakat semua sedar bahawa pembangunan yang melampaui batas batas-batas keperluan keseimbangan dunia boleh merosakkan persekitaran. Risiko perlakuan ekonomi manusia yang bertujuan untuk kepentingan masayarakat lokal itu dapat diimbangi melalui keupayaan penjanaan semula ekosistem atau mengamalkan konsep penggantian dalam sistem alam sekitar keseluruhannya. Pendekatan ini membolehkan situasi menang-menang (win-win situation) dicapai, baik dari segi ekonomi mahupun persekitaran itu sendiri. Kedua-dua unsur tersebut amat penting dalam sistem pembangunan masyarakat. Pengabaian salah satu entiti ini memungkinkan kepincangan pembangunan akan berlaku. Persekitaran sangant mustahak untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat kerana sumbangan kedua-dua unsur tersebut keapda faedah manusia telah berjalan semenjak manusia membina tamadun lagi.

Rujukan Amriah Buang. (1993). Selat Melaka- Berapa Aspek Permasalahan dalam Mengurus Kesejateraan Persekitaran Serantau. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.Department of Environment. (1999). Environment Quality Report 1998. Kuala Lumpur: Ministry of Sciences, Technology and the Environment. Jamaluddin Md. Jahi. (1995). Kesedaran terhadap Alam Sekitar dan Pengurusannya di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.Jamaluddin Md. Jahi. (2001). Pengurusan Alam Sekitar di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Jabatan Alam Sekitar. (1996). Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1995. Kuala Lumpur: Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.Katiman Rostam. (1990). Pembandaran, Pembangunan Ekonomi serta Kesannya terhadap Alam Sekitar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Rahmad Shukor Ab. Samad. (1996). Hutan dalam Arus Pembangunan. Dewan Budaya.17 | Page